Categories
AGENDA BERITA UTAMA EKONOMI

Pasaran harta tanah dijangka kekal berdaya tahan

KUALA LUMPUR, 30 APRIL: Pasaran harta tanah Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun menghadapi ekonomi yang mencabar tahun ini disebabkan penularan pandemik Covid-19 dengan perumahan mampu milik dan penyelesaian yang tepat kepada harta tanah siap dibina tidak terjual akan terus menjadi agenda utama kerajaan.

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH) dalam satu kenyataan berkata pemantauan rapi terhadap pelaksanaan program di bawah Dasar Perumahan Nasional 2.0 (2018 – 2025) dan pelbagai insentif yang diperkenalkan untuk mempromosi pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia dijangka dapat mengatasi situasi siap dibina tidak terjual pada tahun akan datang.

“Sebagaimana jangkaan Bank Negara Malaysia bahawa ekonomi Malaysia akan kembali meningkat pada 2021, selari dengan unjuran pemulihan global, pasaran harta tanah juga diramalkan berada di aliran yang sama.

“JPPH akan terus memantau dan menilai kesan yang dijangka akibat pandemik ini ke atas pasaran harta tanah Malaysia dan akan memberikan nasihat kepada kerajaan untuk memastikan pasaran kekal teguh,” kata jabatan itu bersempena dengan pelancaran sembilan laporan termasuk Pasaran Hartanah Malaysia 2019.

Menurut JPPH terdapat kemungkinan risiko penurunan jangka pendek yang tinggi kesan daripada penularan pandemik Covid-19 yang tidak dijangka di seluruh dunia yang mungkin merendahkan jangkaan pertumbuhan ekonomi, terutamanya bagi setengah tahun pertama tahun 2020.

Wabak yang menjejaskan seluruh dunia itu dijangka mempengaruhi ekonomi dunia dan juga ekonomi Malaysia, khususnya sektor berkaitan pelancongan seperti syarikat penerbangan, peruncitan, makanan dan minuman dan hospitaliti; termasuklah sektor perkilangan dan perkhidmatan terpilih.

“Sejauh mana kesannya ke atas ekonomi Malaysia akan bergantung kepada tempoh dan penyebaran wabak itu bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara lain, terutamanya negara yang menjadi rakan dagang utama Malaysia.

“Pelbagai insentif diberikan oleh kerajaan dalam usaha mengurangkan kesan terhadap pasaran harta tanah. Bagaimanapun, dalam pasaran yang mencabar, ditambah pula dengan penurunan keyakinan pengguna dan komuniti perniagaan, aktiviti dan serapan pasaran dilihat akan cenderung lebih perlahan,” kata jabatan itu.

Laporan lain yang dilancarkan JPPH hari ini ialah Laporan Pasaran Harta 2019, Laporan Stok Harta Tanah 2019, Laporan Status Harta Tanah 2019, Indeks Harga Rumah Malaysia 2019, Laporan Bangunan Perdagangan: Penghunian dan Kedapatan Ruang Boleh Sewa 2019, Indeks Sewaan Pejabat Binaan Khas (PBO-RI) Lembah Klang, Johor Bahru dan George Town 2019, Harga Kediaman Sukuan/ Tahuan Terkini 2019, Laporan Pindah Milik Harta Tanah RM10 Juta Jilid 16 dan Laporan Jual Beli Tanah Ladang Jilid 26.

Laporan Pasaran Harta Tanah Malaysia menunjukkan bahawa pasaran harta tanah merekod kenaikan yang kecil dengan sejumlah 328,647 pindah milik bernilai RM141.40 billion telah direkodkan pada 2019, iaitu menunjukkan peningkatan 4.8 peratus bagi bilangan dan 0.8 peratus bagi nilai berbanding 2018, yang merekodkan 313,710 pindah milik bernilai RM140.33 billion.

“Prestasi aktiviti pasaran sektor bertambah baik sedikit – kediaman (6.0 peratus), komersial (7.2 peratus), industri (3.8 peratus) dan pertanian (2.0 peratus) kecuali bagi subsektor tanah pembangunan, yang sedikit menurun sebanyak 1.2 peratus.

“Subsektor kediaman menguasai keseluruhan pasaran harta tanah, dengan 63.7 peratus sumbangan,” kata jabatan itu.

-BERNAMA

Cukai Pintu Ditetap Kementerian Kewangan Bukan PBT – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 19122012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 19 DESEMBER 2012 :

1. Proses kenaikan cukai pintu dan lesen perniagaan bukan ditetapkan oleh PBT sebaliknya JPPH dan Kementerian Kewangan.

2. Kerajaan Negeri tidak menghalang selebriti berceramah atau bertazkirah selagi memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh JAIS.

3. Kerajaan Negeri Tawar Pemaju Bina Rumah Mampu Milik Di Selangor.

4. Umno-BN digesa menyelesaikan segera masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri melibatkan masyarakat India di negara ini.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB: Cukai Pintu Ditetap Kementerian Kewangan Bukan PBT

MB Batik 01

SHAH ALAM 18 DIS : Proses kenaikan cukai pintu dan lesen perniagaan bukan ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Selangor tetapi ia ditetapkan oleh Jabatan Penilaian Harta (JPPH) dan Kementerian Kewangan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Tak ada 10 kali ganda, itu Zin tak pandai kira, perkara ini bukan dibuat oleh pegawai PBT dengan sewenangnya tapi ada undang-undang, ia berasaskan nilai tanah semasa, bukan dibuat oleh pegawai MBSA atau PBT lain, tetapi dibuat olh JPPH dari kementerian kewangan.

“Mereka yang tentukan nilai dan kita tidak boleh tukarkan nilainya, jadi jangan salahkan PBT.

“Semua pihak harus memahami nilai hartanah di sekitar Lembah Klang tinggi, ditambah pula pelaburan negeri lebih tinggi berbanding negeri lain, jadi tidak mustahil mereka menaikkan cukai itu,” katanya ketika mengulas kenyataan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin mendakwa kenaikan cukai pintu sehingga 10 kali ganda berlaku di Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang serta kawasan lain mulai tahun depan.

Abdul Khalid juga memaklumkan Kerajaan Negeri akan berjumpa dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pihak terlibat berhubung isu kenaikan cukai pintu dan lesen perniagaan Januari depan.

Menteri Besar berkata, selepas perjumpaan itu, pihaknya akan mengadakan sesi penerangan kenaikan cukai, bagaimana proses dilakukan seterusnya keputusan hasil perbincangan itu.

“Setakat ini kita sudah membuatnya dengan telus, cara kita buat kiraan sangat telus dan kita boleh bagi beberapa potongan sementara sehingga selesai kenaikan kos itu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Himpunan Artis Sayang Islam (HIAS).

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam negeri, Ahmad Zaki Arshad dan Exco Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Categories
NASIONAL

Dakwaan Kenaikan Harga Rumah Di Penang Tidak Masuk Akal

SHAH ALAM, 26 OKT : Dakwaan akhbar The Star dan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek berhubung kenaikan harga rumah yang terlampau tinggi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga membebankan rakyat disifatkan sebagai tidak tepat, tidak masuk akal malah berniat jahat.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dalam satu kenyataan media menjelaskan, statistik yang digunakan akhbar itu hanya untuk daerah tertentu di Penang dan tidak mencerminkan seluruh negeri.

Beliau berkata, data yang digunakan untuk membuat perbandingan tersebut juga adalah perbandingan di antara Selatan-Barat dan Utara-Timur daerah Pulau Pinang.

“Saya ingin mengucapkan tahiah kepada Dr Chua Soi Lek dan The Star atas ‘kecemerlangan’ mereka dalam memanipulasi statistik. Apa yang mereka lakukan ialah mengambil harga purata tahun lepas dan kemudian membandingkannya dengan harga maksimum bagi setiap jenis harta tanah, seperti yang diterbitkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

“Sebagai contoh, harga purata pangsapuri atau kondominium di daerah Utara-Timur Q1 sememangnya bernilai RM450,286 seperti yang dilaporkan sebelum ini. Harga ini kemudian digunakan oleh The Star untuk membuat perbandingan kepada Laporan Stok terbaru oleh JPPH yang menyatakan bahawa harga pangsapuri atau kondominium di Daerah Timur Laut Pulau Pinang bernilai antara RM170,000 kepada RM2. 7 juta.

“Untuk membandingkan harga tahun ini harga purata tahun lepas adalah benar-benar keterlaluan,” katanya.

Justeru katanya, akhbar itu perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada institute berkenaan bagi memastikan orang ramai tidak terkeliru dengan fakta sebenar.

The Star dalam laporannya sebelum ini bertajuk “Properties in Penang only for the rich, says Chua? mendakwa harga hartanah di Pulau Pinang meningkat secara drastik iaitu pada kadar 400%” dalam tempoh setahun.

Laporan itu bagaimanapun disangkal Ketua Menterinya Lim Guan Eng.