Categories
AGENDA NASIONAL

KSN: Kakitangan awam bekerja dari rumah sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 30 MEI: Perkhidmatan awam akan melaksanakan kaedah bekerja dari rumah (BDR) sepenuhnya susulan pengumuman pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mohd Zuki berkata arahan itu tidak termasuk perkhidmatan barisan hadapan, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.

Beliau berkata perintah itu bertujuan untuk mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19.

“Semua mesyuarat dan perbincangan dilaksanakan secara dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan serta tiada perjumpaan atau aktiviti fizikal dibenarkan.

“Perkhidmatan kaunter ditutup dan segala urusan adalah melalui perkhidmatan dalam talian kecuali kaunter perkhidmatan kesihatan, balai polis dan di pintu-pintu masuk antarabangsa yang melibatkan perkastaman, imigresen serta kuarantin,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuki turut memaklumkan pelaksanaan BDR adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 – Dasar Bekerja Dari Rumah yang jelas memperincikan aspek-aspek yang perlu dipatuhi termasuk tidak boleh melaksanakan urusan peribadi dalam waktu bekerja.

“Sebarang pelanggaran salah laku dalam pematuhan kepada BDR akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah P.U (A) 395 – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kehadiran ke pejabat hanya boleh dibenarkan bagi proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR dengan tidak melebihi kapasiti 20 peratus di pejabat.

Antara urusan yang dibenarkan kehadiran di pejabat ialah pembayaran kontrak, invois atau gaji, pembayaran atau pengagihan bantuan bulanan dan berkala kepada rakyat, penyelenggaraan atau keselamatan permis dan pengurusan teknikal ICT bagi tujuan penyelenggaraan sistem serta mesyuarat dalam talian.

Turut dibenarkan penyediaan kertas atau dokumen melibatkan jemaah menteri, penggiliran kakitangan bagi tempoh maksimun empat jam dan kehadiran ke pejabat perlu disertai dengan dokumen arahan rasmi dan pas pekerja.

Mohd Zuki juga berkata pemantauan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan kepada arahan yang dikeluarkan.

“Sebarang pengecualian arahan itu perlu mendapat kelulusan Pejabat KSN,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kakitangan awam, industri semua negeri boleh bekerja dari rumah

SHAH ALAM, 10 NOV: Kerajaan membenarkan kakitangan awam dan sektor industri semua negeri bekerja dari rumah susulan penutupan sekolah hingga hujung tahun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagi sektor awam ia tertakluk seperti pekeliling sebelum ini yang membenarkan kehadiran 30 peratus kakitangan selain ditentukan ketua jabatan masing-masing.

“Pihak JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) akan mengeluarkan surat pekeliling berkaitan hal ini kepada semua negeri manakala Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan mengumumkan untuk sektor industri,” katanya pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, arahan itu tidak melibatkan sektor peruncitan, restoran, perladangan, pertanian, perikanan dan lain-lain.

Pada 21 Oktober lalu, kerajaan membenarkan maksimum 10 peratus kakitangan sesebuah syarikat berada di pejabat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Categories
AGENDA NASIONAL

Kakitangan awam terima bantuan khas RM600

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM600 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini berkata bagi pesara kerajaan dan veteren tidak berpencen pula bantuan khas kewangan RM300 akan diberikan.

Katanya kedua-dua bantuan ini akan dibayar pada awal 2021.

“Sejak dilantik sebagai menteri hampir lapan bulan lalu, dan datangnya saya daripada sektor korporat, mata saya terbuka kepada betapa komitednya dan teguh setianya penjawat awam dalam menjalankan amanah yang diberi.

“Tanpa mengenal penat lelah, mereka berkhidmat melangkaui ekspektasi, and rose beyond the call of duty untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi,” katanya.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

Langgar peraturan waktu kerja, 18 penjawat awam kena tindakan tatatertib

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 NOV: Seramai 18 penjawat awam dikenakan tindakan tatertib kerana melanggar peraturan waktu bekerja antaranya bermain snuker, makan dan minum di premis makanan serta membeli-belah, sejak Januari hingga Jun lalu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi sudah mengeluarkan surat arahan pematuhan waktu bekerja kepada semua penjawat awam di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri, pada 1 Jun 2009.

Arahan itu dikeluarkan susulan arahan pematuhan waktu bekerja kepada penjawat awam yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pada 8 April 2009.

IMG_5828“Dalam menguatkuasakan arahan ini, semua jabatan, agensi juga pejabat tanah dan daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan Kerajaan Negeri, badan berkanun serta anak syarikat di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri diminta memantau arahan waktu itu.

Antara yang dilakukan adalah menerapkan amalan kerja berdisiplin dengan mengeluarkan poster dan e-mel suapaya arahan waktu bekerja dipatuhi,” katanya ketika menjawab soalan lisan Dr Yaakob Sapari (KEADILAN-Kota Anggerik).

Mohamed Azmin (KEADILAN-Bukit Antrabangsa) berkata, Skuad Pemantauan yang terdiri daripada ketua jabatan dan kakitangan turut ditubuhkan bagi mengadakan operasi berkala dan mengejut bagi memantau perkara itu.

“Amaran lisan dan bertulis serta syor tindakan tatatertib bagi kakitangan yang didapati gagal mematuhi arahan waktu bekerja ditetapkan sudah dikemukakan kepada ketua jabatan masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tiada kompromi kakitangan awam langgar integriti

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 OKT: Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi ke atas mana-mana kakitangan awam yang melanggar prinsip integriti dan ketelusan dalam perkhidmatan awam negeri.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata hal itu selaras dengan ketegasan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang menitik beratkan perkara itu.

“Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi atas mana-mana penjawat awam yang melanggar prinsip integriti dan ketelusan.

integriti 4“Dato’ Menteri Besar sangat tegas dalam perkara ini. Kita tidak mahu orang ramai tidak menghormati kakitangan lain disebabkan beberapa perkara,” katanya kepada Selangor Kini.

Ean Yong berkata Kerajan Negeri menyerahkan kepada pihak undang-undang supaya mengambil tindakan sepatutnya.

“Segala isu dan tingkah laku tidak betul atau melanggari undang-undang akan ditangani melalui agensi berkaitan.

“Kita tidak  menghalang sebarang siasatan dibuat,” katanya.

Baru-baru ini, seorang pegawai pelesenan dan sembilan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor antara 11 yang direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah lesen projek rumah urut di kawasan Lembah Klang.

Seorang orang awam dikatakan bertindak sebagai orang tengah antara penguatkuasa dan pemilik rumah urut turut direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan perintah reman itu yang dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret terhadap kesemua lelaki berumur antara 30-an hingga 50-an.

EZY

Categories
NASIONAL

Pemberian bonus kakitangan awam perlu ditaut prestasi kerja

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 OKT: Pemberian bonus kepada kakitangan sektor awam ketika ini dianggap tidak memberi kesan signifikan keatas produktiviti dan mutu perkhidmatan.

Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata pemberian yang lazimnya diumum dalam belanjawan tahunan atau menjelang musim perayaan diberi sama-rata tanpa mengambil-kira prestasi kerja, lantas menyebabkan perbelanjaan Kerajaan meningkat tanpa timbal-balik untuk rakyat.

rosli“Pertama, pada masa sekarang, kalau umum sebulan, semua dapat sebulan. Kedua jumlah bonus sebulan bukanlah suatu jumlah yang besar sebenarnya dan ketiga tak dikaitkan dengan prestasi.

“Sudah tiba masanya bayaran bonus dibuat berdasarkan prestasi semasa kakitangan awam ini. Contohnya wujudkan jumlah minima sebulan gaji dan maksima mungkin sehingga dua bulan gaji.

“Ini bermakna semua orang dapat bonus tetapi jumlah bayarannya bergantung kepada prestasi masing-masing. Kalau dia kerja bagus dia dapat bayaran bonus lebih,” kata Dr Rosli.

Beliau bagaimanapun menyarankan Kerajaan mewujudkan satu mekanisma penilaian permarkahan yang telus terlebih dahulu bagi mengelakkan budaya membodek dikalangan penjawat awam.

Tanpa mekanisma itu, prestasi sesetengah penjawat awam akan kekal di takuk lama walaupun menerima bayaran bonus dan juga pelbagai insentif lain daripada Kerajaan dengan menggunakan dana awam.

JURNAL BERITA – Kerajaan Selangor dan Pusat setuju ambil alih kawalan industri air

1- MB: Kerajaan Selangor dan Pusat setuju ambil alih kawalan industri air mengikut Akta WSIA.

2- MB: Kerajaan Negeri arah JAIS dapat pengesahan KDN.

3- Kerajaan BN boros, kakitangan awam mungkin dibuang atau dipotong gaji.

4- Kerajaan BN potong subsidi, lebih 60 rakyat muflis setiap hari.

5- Kerajaan pusat perlu tangani kenaikan harga makanan kantin sekolah.

6- Harga minyak naik jejas pengusaha makanan.

7- Elaun makan pekerja perlu diperluas.
.
8- MBSA jalan Operasi Pecah Tanjakan babit 3 premis.

9-Tren tergelincir, perkhidmatan Komuter laluan Pelabuhan Klang dan Batu Caves terganggu.