Categories
SELANGOR

MB : Harap Sekolah Timbangkan Kehadiran Murid

midlands_sjkt_mb_04

SHAH ALAM 25 JUN : Ibubapa disarankan supaya berunding dengan pihak sekolah berkenaan kehadiran anak-anak mereka di kala beberapa kawasan di Selangor masih dilanda keadaan jerebu bahaya dan tidak sihat.

Dalam membuat saranan itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Beliau melahirkan kebimbangan bahawa paras udara tercemar melebihi IPU 200 memberi kesan buruk kepada anak-anak dan berharap ibu-bapa dan guru-guru mampu mencapai satu kata putus.

“Kuasa (hentikan sekolah) itu terletak pada kementerian jadi kita tak nak merentikan sekolah kerana guru yang terlibat.

?Saya harap, apabila jerebu samapi tahap 200, kita harap ibu bapa tidak menghantar anak ke sekolah,” kata Abdul Khalid ketika ditanya adakah Kerajaan Negeri akan keluarkan arahan untuk tutup sekolah.

Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan arahan agar sekolah ditutup sekiranya masalah jerebu melebehi paras IPU 300, iaitu pada tahap ?bahaya?.

Buat masa kini beberapa kawasan di Selangor seperti Kuala Selangor, Banting, dan Shah Alam mencatit paras IPU lebih daripada 200, iaitu ?sangat tidak sihat?.

Pelabuhan Klang mencatit paras IPU 474, menurut bacaan daripada laman web Jabatan Alam Sekitar.

Sebelum ini Exco Alam Sekitar, Elizabeth Wong telah menggesa Kerajaan Persekutuan supaya membenarkan sekolah ditutup sekiranya paras IPU melebehi 150, iaitu paras ?tidak sihat?.

Khalid berkata Kerajaan Selangor mengeluarkan peruntukan segera kepada setiap kawasan DUN untuk membeli dan mengedarkan topeng muka kepada orang ramai.