Categories
NASIONAL

‘Pendekar Ludah’ cemar Institusi Kesultanan Melayu

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 27 OGOS: Tindakan sekumpulan individu meludah dan menghamburkan kata kesat kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad atas alasan ingin mempertahankan Institusi Kesultanan Melayu sebenarnya hanya mencemarkan institusi itu.

Mereka yang digelar sebagai ‘Pendekar Ludah’ sebenarnya  bertindak biadap kerana Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang berada bersama Khalid turut terkena percikan ludah berkenaan

ludahRaja Kamarul Bahrin merupakan salah seorang kerabat diraja Terengganu dan Perak.

Khalid dalam sidang medianya hari ini menegaskan, tindakan liar dan samseng kumpulan berkenaan yang mengeluarkan kata kesat dan tidak berakhlak tiada kena mengena dengan institusi ini.

“Raja Kamarul Bahrin sendiri amat tersinggung dengan apa yang berlaku semalam.

“Bagaimana ingin membela institusi ini dengan perangai dan tindakan tidak beradab dan bertamadun sebegitu rupa, tanya dia kepada saya semasa perbualan telefon selepas peristiwa itu.

“Beliau sendiri terkena percikan geng ‘Pendekar Ludah’ sedangkan beliau sendiri kerabat diraja.

“Inilah masalah golongan yang sanggup dipergunakan orang lain kononnya atas dasar semangat tanpa ilmu. Akhirnya mencemarkan apa yang kononnya ingin diselamatkan,” katanya di pejabatnya hari ini.

Khalid semalam ‘diserang’ beberapa individu semasa dalam perjalanan meninggalkan Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas mengaku tidak bersalah atas dakwaan menghasut dalam kenyataannya menggesa kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihapuskan.

Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM4,000 dan Ahli Parlimen Kuala Kerai, Dr Hatta Ramli dinamakan sebagai penjamin.

Katanya, seorang pemuda Melayu menemui beliau dan bertanya ‘adakah kamu YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam?’ lalu beliau berkata ‘ya’.

Namun, pemuda berkenaan bertindak meludah ke muka beliau dan Khalid hampir menumbuk pemuda berkenaan sebagai tindak balas namun ditenangkan oleh Raja Kamarul Bahrin yang berada disebelahnya lalu terus beredar.

Jelasnya, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian berkenaan di IPK Shah Alam hari ini dan kes telah dirujuk ke IPK Sentul untuk siasatan selanjutnya.

Selain itu katanya, gambar individu berkenaan berjaya diperolehi dan sebahagian daripada mereka sudah dikenalpasti.

“Sekarang saya mahu tahu adakah ‘Pendekar Ludah’ ini benar-benar berani atau jenis manusia buang batu sorok tangan.

“Laporan polis telah saya buat  dan saya harap kalau mereka benar-benar yakin bahawa tindakan mereka wajar dibanggakan, tidak perlu polis membuang masa dan wang mencari mereka, serah diri sahaja untuk disiaaat,” kata beliau lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

4 wakil rakyat PAS sedia letak jawatan jika bergabung dengan Umno

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 OGOS: Analisis senario PAS menjalin kerjasama politik dengan Umno oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan (PPP) PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang bocor baru-baru ini tidak mendapat sambutan daripada ahli kumpulan whatsapp AJK PAS Pusat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata terdapat sekurang-kurangnya empat ahli kumpulan itu yang menyatakan pemimpin PAS perlu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing berikutan kemenangan yang diperoleh dalam pilihan raya adalah melalui sokongan parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Ini kerana kita menang atas sokongan rakyat terhadap PR, bukan PAS semata-mata. Maka, kekal dalam jawatan itu tanpa kita berada dalam PR adalah dianggap tindakan tidak bermoral dan berbaur pengkhianatan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.

umno-dan-pas-565x376Beliau berkata, fakta itu perlu diketahui rakyat bagi membuktikan PAS tidak pernah berhasrat mengkhianati amanah yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Katanya, kumpulan whatsapp itu dikendalikan seorang kakitangan ibu pejabat PAS bagi memudahkan menyalurkan pelbagai maklumat seperti tarikh, masa dan agenda mesyuarat kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

“Kumpulan whatsapp ini bukan rasmi. Malah, Presiden, Setiausaha Agung dan beberapa pemimpin tertinggi PAS juga tidak menyertai whatsapp ini. Sebarang keputusan diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri pemimpin tertinggi parti bukan di whatsapp ini,” katanya.

Khalid berkata, analisis senario yang dibocorkan itu juga adalah serangan ke atas PAS dan bukannya kepada Dr Zuhdi sendiri.

_MG_0168Beliau berkata, jika serangan itu ditujukan kepada Dr Zuhdi, maka analisis senario itu hanya berlegar di kalangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja dan tidak disebarkan kepada umum.

“Kalau Zuhdi sasarannya, sudah pasti ‘printscreen’ berkenaan akan hanya berlegar di kalangan pemimpin PAS sahaja kerana jawatannya sebagai Pengarah Operasi PPP bukan dipilih rakyat tetapi dilantik pemimpin.

“Oleh itu, jika ada yang ingin menjatuhkan Dr Zuhdi daripada jawatan itu, tidak perlu disebarkan ‘printscreen’ berkenaan ke luar, memadai disebarkan di dalam parti sahaja.

“Seharusnya, lebih banyak usaha dilakukan untuk membela nama baik PAS berbanding membela Dr Zuhdi bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap parti ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Khalid Samad: Serangan Saifuddin ke atas MB kurang bijak

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 OGOS: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyifatkan serangan berhubung isu intergriti Menteri Besar Selangor oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution sebagai tindakan kurang bijak.

Hal itu berikutan, serangan terbabit akan memberi persepsi kepada rakyat bahawa parti itu hanya bersedia mendedahkan penyelewengan seseorang pemimpin apabila mahu melaksana proses penyingkiran.

Grafik-Selangor-Pakatan“Ini seakan memberi gambaran jika betul ada penyelewengan dan kalau pemimpin itu masih dikehendaki, kita akan sorokkan penyelewengannya daripada pengetahuan rakyat.

“Rakyat akan melihat keadaan ini, yang mana kita serupa dengan Umno,” katanya dalam sidang medianya di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.

Beliau berkata, PKR harus mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP terlebih dahulu bagi menentukan langkah seterusnya.

_MG_0083“Seharusnya, perkara ini dibentangkan dahulu kepada PAS dan DAP untuk tindakan selanjutnya, sebelum memanggil Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan beliau.

“Mungkin dalam perbincangan itu juga boleh mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan isu kerusi Menteri Besar,” katanya.

-NFN-

JURNAL BERITA : Sultan Selangor serah sumbangan LZS, MAIS pada 645 asnaf

1. Sultan Selangor serah sumbangan LZS, MAIS pada 645 asnaf

2. Khalid Samad mohon ampun, terkejut Sultan murka

3. Dalang sampah Tasik Seri Aman tukar lokasi, enggan kerjasama

4. AJK masjid perlu kreatif rangka aktiviti selaras kehendak Islam

5. 320 topi keledar percuma sempena kempen Selamat Balik Kampung

Khalid Samad mohon ampun, terkejut Sultan murka

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencadangkan Kerajaan Negeri mengkaji kemungkinan kuasa eksekutif ditarik dari
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) demi menjaga nama baik agensi itu dan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Categories
SELANGOR

Khalid Samad mohon ampun, terkejut Sultan murka

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 JULAI: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencadangkan Kerajaan Negeri mengkaji kemungkinan kuasa eksekutif ditarik dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) demi menjaga nama baik agensi itu dan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya, cadangan yang dikemukakan itu bukan bertujuan untuk mencabar kuasa Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam di negeri itu atau MAIS selaku penasihat kepada baginda dalam menjalankan tugas.

KHALIDBeliau turut memohon ampun kepada Sultan Selangor jika keterlanjurannya mengeluarkan kenyataan yang mahu kuasa eksekutif dihapuskan dan memohon menghadap bagi menjelaskan maksud sebenar ucapan itu.

“Kedudukan Baginda dan MAIS tetap tidak berubah sebagai pihak yang berkuasa atas agama Islam apabila bertindak sebagai penggubal dasar dalam semua urusan berhubung agama Islam di Selangor.

“Perubahan yang dicadangkan adalah hanya sekadar sudut perlaksanaan, yang mana dasar yang sudah ditentukan baginda melalui MAIS diserahkan kepada Kerajaan Negeri di bawah portfolio exco agama untuk dilaksanakan,” katanya dakan satu sidang media bagi menjawab kontroversi berhubung isu ‘murka’ Sultan Selangor terhadapnya.

Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan kerana sebelum ini pelbagai masalah timbul membabitkan aspek pelaksanaan sehingga menimbulkan rasa tidak puas pelbagai pihak.

sultanKatanya, apabila pelaksanaan diserahkan kepada kerajaan, segala masalah yang timbul termasuk kemarahan pihak tertentu akan ditujukan kepada exco agama dan Kerajaan Negeri, bukan lagi kepada Sultan serta MAIS.

Terdahulu, Sultan Selangor melahirkan kemurkaannya terhadap Khalid Samad kerana biadap dan jahil dalam mengeluarkan kenyataan berhubung MAIS.

Baginda menganggap persoalan yang ditimbulkan Khalid bersabit isu MAIS adalah tidak bertanggungjawab dan menunjukkan penentangan terhadap kuasa baginda sebagai ketua agama Islam di Selangor.

Khalid juga melahirkan rasa terkejut diatas titah Tuanku Sultan yang murka terhadapnya, sedangkan pada 30 Jun lalu beliau bertemu baginda pada majlis berbuka puasa di Masjid Negeri.

-NFN-

Khalid: ‘Takziah’ Noh Omar tidak terpilih jadi Menteri

Khalid Samad mengucapkan ‘takziah’ kepada Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang gagal menempatkan diri dalam rombakan kabinet semalam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata beliau bersimpati dengan Noh yang begitu lantang membela Umno-BN dalam Dewan Rakyat tetapi tidak dilantik menjadi menteri semula.

Categories
NASIONAL

Khalid: ‘Takziah’ Noh Omar tidak terpilih jadi Menteri

Oleh :LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 JUN: Khalid Samad mengucapkan ‘takziah’ kepada Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang gagal menempatkan diri dalam rombakan kabinet semalam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata beliau bersimpati dengan Noh yang begitu lantang membela Umno-BN dalam Dewan Rakyat tetapi tidak dilantik menjadi menteri semula.

noh-omarKatanya, usaha Noh itu kelihatan sia-sia apabila tidak dihargai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Walaupun dia begitu lantang dalam Parlimen tetapi nampak gaya matlamat diimpikan untuk menzahirkan kehebatan dalam Parlimen tidak tercapai.

“Dia dengan jelas tidak dilantik menjadi menteri dalam rombakan baru-baru ini,” katanya dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu pembesaran kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Pada masa sama, Khalid turut menasihati Najib untuk menonjolkan hero lain jika benar-benar serius mahu mengambil alih Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau dia serius, cubalah cari orang lain selain Noh Omar.

“Noh Omar juga seolah-olah perkenalkan begitu (calon Menteri Besar) kerana kerap bercakap pasal Selangor.

“Jika begitu, boleh dikatakan tiada harapan, cari hero lain,” katanya lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Bawa masuk parti tidak relevan dalam kabinet bukti retorik politik BN

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 25 JUN: Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaksanakan penstrukturan semula kabinet dengan melantik pimpinan MCA dan GERAKAN menjadikan ia antara kabinet terbesar dalam sejarah negara.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata keputusan itu juga membuktikan tindakan berkenaan adalah untuk menarik kembali sokongan masyarakat bukan Melayu supaya kembali kepada Barisan Nasional (BN) selepas penolakan nyata pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Katanya, tindakan Najib juga bercanggah dengan apa yang ditonjolkan kelompok ‘Melayu Ultra’ yang dibawa badan bukan kerajaan (NGO) yang dibela Umno.

undi-bn-end“Keputusan itu seperti ingin melunturkan imej ‘Melayu Ultra’ antaranya Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) secara tidak langsung demi meraih sokongan bukan Melayu walaupun NGO ini turut memberi sumbangan penting bagi Umno.

“Pada masa sama, Najib secara tidak langsung mengakui hakikat sejarah negara yang mmepunyai perjanjian sosial dengan mengiktiraf masyarakat bukan Melayu yang mempunyai hak sama daripada segi undi dan pembetukan kerajaan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu perlantikan Pengerusi MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai yang dilantik ske dalam kabinet sebagai Menteri Pengangkutan, manakala Datuk Wee Ka Siong (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Sementara itu, Pengerusi GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong turut dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Lee Chi Leong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa), Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan), Datin Paduka Chew Mei Fun pula kembali memegang jawatan lama beliau iaitu sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

khalid samadPada masa sama, Khalid berkata, keputusan Najib merombak kabinet tidak akan berhasil bagi meraih sokongan bukan Melayu kerana MCA dan GERAKAN tidak lagi relevan, bahkan BN masih gagal menemui formula bagi mendapatkan semula sokongan bukan melayu.

“Keputusan yang dilakukan Najib juga satu bukti segala percakapan berkenaan penyatuan Melayu dan Umno-PAS adalah retorik kerana ia tidak boleh diguna pakai untuk membentuk Malaysia kerana tidak boleh membabitkan satu kaum sahaja.

“Malah, agenda hudud yang dilaungkan Umno untuk bersama PAS juga retorik dan hanya berniat untuk mencetuskan pergaduhan antara komponen Pakatan Rakyat.

“BN juga dilihat masih gagal memahami kehendak rakyat yang mahukan pimpinan yang telus, adil, bertanggungjawab dan bebas rasuah. Kalau ciri ini tiada, masyarakat tidak akan kembali kepada BN walaupun meletakkan MCA dan GERAKAN dalam kabinet,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Umno guna isu hudud untuk politik, tiada kesungguhan martabat Mahkamah Syariah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 JUN: Umno tidak ikhlas membincangkan perlaksanaan hukum Hudud sebaliknya hanya berminat mempermainkan isu itu dengan menjadikan sebagai senjata politik.

Ini dapat dilihat apabila Speaker Umno dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu sendiri menolak usul membahaskan isu Hudud yang cuba dibawa ADUN PAS kerana bimbang menimbulkan kemarahan parti komponen Barisan Nasional, MCA dan Parti Gerakan.

mole-Pas-Hudud-3Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh yang merupakan ADUN daripada DAP pula memutuskan untuk membenarkan isu Hudud dibahaskan di persidangan DNS berbanding Umno di Terengganu.

“Umno bukan sahaja tidak mempunyai kesungguhan malah tidak pernah berniat untuk melihat undang-undang Islam dilaksanakan atau sekurang-kurangnya menaikkan taraf institusi Mahkamah Syariah di Malaysia.

“Mereka tidak membawakan usul Hudud ini di negeri dikuasai mereka sebab isu hudud ini adalah senjata untuk melagakan PAS dan DAP,” kata Khalid ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Pada 15 April lalu, Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong menolak usul yang dibawa oleh ADUN Bukit Payong (PAS), Mohd Nor Hamzah di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN.

Mohd Nor meminta persidangan ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan merundingkan isu pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.

Mohd Nor berkata, tindakan menolak usul itu berikutan Umno Terengganu cuba melepaskan diri dan takut dengan tekanan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan MIC.

EZY

Categories
NASIONAL

Cadbury: Umat Islam jangan ikut perasaan, keluar pandangan tidak masuk akal

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 MEI: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menasihati umat Islam supaya tidak terlalu mengikut perasaan dan mengeluarkan pandangan tidak masuk akal berhubung isu coklat Cadbury yang mengandungi DNA babi.

Katanya, persepsi ‘babi itu haram’ menunjukkan tahap kelemahan mentaliti Melayu-Islam yang duduk di bawah pemerintahan Umno-BN sejak lebih 50 tahun.

“Soal sensitiviti jangan isu babi sahaja, banyak lagi benda haram seperti isu rasuah, penyelewengan, perkauman dan kezaliman yang langsung tiada sensitiviti dalam masyarakat,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

khalid samad white pc 011Katanya, Majlis Fatwa diberi tempoh masa sehingga tiga hari mengeluarkan kenyataan supaya kekeliruan itu dapat dihentikan.

“Kita minta alim ulama kalau ingin selamatkan imej Islam yang nampak sulit biar mereka memberikan kenyataan dalam soal ini.

“Jangan cepat bertindak atas emosi, NGO lain tidak perlu buat kenyataan mengarut,” katanya.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emiritius Tan Sri Dr Abd Shukor Husin dilaporkan berkata, pihaknya masih belum menjatuhkan sebarang hukum lagi terhadap dua produk Cadbury yang tercemar dengan DNA babi.

Abdul-Shukor-Husin-Majlis-Fatwa-Kebangsaan-MalaysiaBeliau berkata, keputusan itu berdasarkan belum ada penyelidikan yang dapat mengenal pasti sama ada DNA babi yang tercemar adalah asli atau sintetik dan sejauh mana tahap pencemarannya.

Katanya, keputusan muzakarah pada 2011 bahawa umat Islam diharuskan mengambil makanan dan minuman yang mengandungi bahan najis seperti DNA babi akibat daripada pencemaran yang tidak disengajakan atau tidak disedari adalah tidak terpakai kepada produk Cadbury.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pelan Lebuhraya KIDEX perlu didedah selari prinsip konsultasi PR

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 MEI: Kerajaan Selangor diminta mendedahkan pelan dan hujah bagaimana projek pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) mampu mengatasi masalah lalu lintas.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata Kerajaan Negeri  diminta mendengar suara penduduk terlebih dahulu sebelum meneruskan projek berkenaan selari dengan prinsip konsultasi yang diamalkan Pakatan Rakyat (PR)

“Konsultasi dengan rakyat penting kerana ia membezakan Barisan Nasional (BN) dan PR. Kita minta Selangor hayati prinsip ini dan ia teguran kepada negeri dan Putrajaya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

khalid samadBeliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof yang mengakui projek itu mendapat kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sejak dua tahun lalu iaitu pada 23 Februari 2012.

Khalid turut mempersoalkan kewujudan ‘masterplan’ kerana projek lebuh raya sepanjang 14 kilometer dengan kos RM2.4 bilion itu pada asalnya timbul atas cadangan pihak swasta.

Katanya, projek itu dilihat seakan tidak terurus dan tidak ada rancangan terperinci seperti laporan kesan alam sekitar (EIA) dan penyediaan kemudahan infrastruktur awam alternatif termasuk laluan Bus Rapid Transit (BRT) kepada pengguna.

“Infrastruktur dia jadi rojak sebab tidak ada ‘masterplan’. Saya nampak projek ini sekarang ikut suka masing-masing. Kita juga tidak mahu Kerajaan Pusat dapat keuntungan dengan mudah melalui hasil konsesi tol,” katanya.

kidex1Lebuhraya KIDEX akan menghubungkan persimpangan Damansara-NKVE di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di utara ke Bandar Kinrara di selatan.

KIDEX dengan kadar kos RM48 juta setiap satu kilometer dijangka memakan masa selama empat tahun untuk disiapkan.

-NFN-