Categories
NASIONAL

LAPORAN KHAS: Tawaran Pinjaman Tanpa Faedah – Membaiki Yang Pincang, Memperkasa Yang Baik

Sinopsis: Sebut sahaja Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN, pasti kita teringat keluh-kesah dan liatnya anak-anak kita melangsaikan pinjaman yang telah dibuat.

Banyak alasan yang kita dengar, terutamanya dari mereka yang telah disenarai-hitam. Namun hampir semuanya setuju kadar faedah dan caj tambahan yang dikenakan keatas mereka perlu diteliti semula.

Ramai yang tertanya-tanya apakah tidak ada alternatif lain kepada skim ini?

Categories
NASIONAL

LAPORAN KHAS: Lebuhraya Malaysia – Memudahkan Atau Membebankan?

Sinopsis: Sistem lebuhraya Malaysia merupakan antara sistem jalanraya terbaik di Asia. Namun disebalik kejayaan ini terselindung kisah penderitaan rakyat akibat urustadbir yang kurang cekap hingga lebuhraya bertukar menjadi satu bentuk tekanan kepada para pengguna.

Categories
NASIONAL SELANGOR

LAPORAN KHAS : Isu Bukit Botak – Menyelesaikan Permasalahan Rakyat Selangkah Demi Selangkah

Sinopsis :

Tiada yang lebih menggembirakan warga Bukit Botak dari menyaksikan projek penempatan semula menghampiri penyelesaian.

Selepas 3 dekad menunggu pemerintah lama menunaikan ikrar mereka, penduduk kampung Bukit Botak kini bersiap-sedia untuk berpindah ke kediaman baru lengkap dengan bekalan air dan elektrik.

Bagi kerajaan negeri Pakatan Rakyat, memenuhi keperluan rakyat adalah tanggungjawab dalam erti-kata sebenarnya…bukan ehsan, bukan menagih taat setia.

Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: Air & Rakyat – Mengapa Selangor Sanggup Hadapi Tekanan ?

Sinopsis:

Apa respon rakyat jika air percuma 20 meter padu dihapuskan di masa akan datang ?

Laporan khas ini meneroka persoalan itu dan mengapa kerajaan negeri bersedia apa sahaja untuk melindungi hai air untuk rakyat Selangor

 

Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: Cabaran Membela Mangsa Projek Terbengkalai


Sinopsis:

Tidak kurang dari 140 projek dan sekurang-kurangnya 60,000 keluarga yang menjadi mangsa kes pembangunan terbengkalai.

Menyelesaikan permasalahan ini memerlukan usaha bersama semua pihak dari kerajaan hingga ke pihak bank.

Laporan khas ini cuba meneroka usaha yang sedang dijalankan kerajaan negeri Selangor, serta cabaran yang dihadapi oleh pemaju baru dan mangsa.

Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS – Lebih berdaya saing di bawah kerajaan Reformasi


Lebih dari 7,000 pelajar ditaja selama setahun dari tingkatan satu hingga lima sekiranya RM500 juta wang Yayasan Selangor tidak bocor hilang entah kemana.

Bahkan, Yayasan Selangor dapat membina tiga sekolah berasrama penuh untuk pelajar-pelajar tajaan di lima sekolah, sekiranya wang Yayasan tidak diselewengkan.

Dalam masa empat tahun ini, terlalu banyak masa dan tenaga dihabiskan untuk memperbaiki kebobrokan yang telah berlaku.

LAPORAN KHAS – TAWAS – Bantuan Masa Depan Anak-Anak


Kerajaan negeri Selangor sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan rakyat di Selangor tanpa mengira usia tua mahupun muda.

Kini, pasangan suami isteri juga boleh menikmati program-program merakyatkan ekonomi selangor apabila mereka berdaftar di bawah tabungan anak warisan Selangor (TAWAS).

Sehingga kini, seramai 75,756 orang yang telah berdaftar di bawah TAWAS.

 

LAPORAN KHAS- SKIMSEL DAN MIMBAR Menjana Ekonomi Rakyat Bawahan

Sinopsis:

Hasil negeri untuk rakyat telah dirangkakan melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Sejak 2008 lagi, pelbagai program telah dijalankan dari semasa ke semasa.

Antaranya Skim Mikrokredit Selangor dan Program Mikrokredit Miskin Bandar. Skim bantuan yang diberikan kepada rakyat Selangor ini merupakan salah satu usaha kerajaan negeri Selangor membebaskan golongan berpendapatan rendah dari kitaran kemiskinan,

Sejak mula dilancarkan, ramai usahawan kecil yang menyertai skimsel dan mimbar kini berjaya memperluaskan perniagaan mereka.

Saksikan laporan khas mengenai skimsel dan mimbar yang memaparkan temubual krew Selangorku dengan usahawan-usahawan kecil yang berjaya

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

LAPORAN KHAS: NFC-Antara Suami Menteri dan Penternak Biasa

 

 

Pengarah Syarikat Fidlot Kebangsaan atau NFC telah diheret ke mahkamah, bagi menjawab kecurigaan disebalik projek ternakan lembu mega itu.

Tetapi persoalan yang masih tidak terjawab adalah, bagaimana projek yang penting dan besar seperti ini sewenang-wenangnya diberi kerajaan Umno-BN kepada suami seorang menteri?

Bagaimana dengan penternak lain yang mempunyai keupayaan tetapi tidak mempunyai hubungan intim dengan orang orang besar di dalam Umno-BN?

Ini kerana negara sememangnya memerlukan projek seperti ini bagi memenuhi keperluan domestik, khususnya di masa perayaan yang sentiasa dibelit kekurangan bekalan daging.

Akan tetapi proses pemberian projek yang ada kepentingan awam seperti NFC masih dibelengu budaya kroni yang merugikan wang rakyat.

Ikuti ulasan isu in di dalam klip video berikut.

 

 

Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS : Jom Shopping Penghargaan Pada Warga Emas

Sinopsis:

Menyakini kewangan negeri semakin kukuh dengan dasar telus dan
ketanggungjawaban yang tinggi, Pakatan Rakyat menganjurkan program Jom
Shopping.

Hasil kekayaan negeri diberi terus kepada warga emas. Wakil-wakil
rakyat membawa mereka ke gedung membeli-belah untuk membeli keperluan
harian mereka seperti barangan dapur dan pakaian.

Ini bukti keprihatinan Pakatan Rakyat, yang mahu kekayaan negeri
sampai terus ke tangan rakyat selepas berdekad lamanya wang Selangor
bocor di tengah jalan.

Categories
NASIONAL

LAPORAN KHAS: Isu Kepala Babi di Rawang-Sentul Yang Tiada Kesudahan

Sinopsis:

Serangan kepala babi di masjid di Rawang dan Sentul menandakan politik provokasi masih lagi dimainkan di negara ini.

Rakyat bagaimanapun tidak terpedaya sebaliknya menuntut kerajaan memikul tanggungjawab dan memberkas petualang terlibat.

Sehingga ke hari ini, tiada yang ditahan.

LAPORAN KHAS: FOMCA – Sara Hidup Tinggi Terus Mencengkam Pengguna

Sinopsis:

Perdana Menteri Najib Abdul Razak berjanji Program Transformasi Nasional akan mengangkat kehidupan rakyat menjadi lebih baik.

Tahun berlalu namun 2012 masih membelit rakyat dengan segala macam pencapaian statistik tanpa impak yang jelas.

KDNK dijangka berkembang ke paras 5.2 peratus pada suku keempat tahun ini. Alhamdulillah. Tetapi rakyat juga terpaksa mengikat perut dengan kos sara hidup yang makin tinggi. Subhanallah.