Categories
NASIONAL

MAS didakwa kunci mulut isu kakitangan terabai

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 12 JUN: Pengurusan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines didakwa gagal memberi penjelasan berhubung tindakannya mengurangkan tenaga kerja dalam pesawat terbabit.

Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) berkata, pihaknya masih menunggu jawapan daripada Malaysia Airlines atas tindakan berkenaan yang mengundang beban kerja tambahan kepada anak kapal.

Menurut kenyataan bersama Biro Aduan Pekerja Syaarikat Penerbangan (BATW) itu, setiap pesawat Malaysia Airlines dikurangkan kepada satu hingga dua anak kapal, pada setiap penerbangan.

Katanya, ia sekali gus menjejaskan prestasi pekerja juga keselamatan dalam pesawat penerbangan.

“Kami menerima banyak aduan berkenaan isu tekanan tempat kerja yang masih belum diambil tindakan.

mas“Apabila Malaysia Airlines mengurangkan tenaga kerja, anak kapal terpaksa memikul tugas lebih berat, malah anak kapal yang bertugas ke luar negara tidak mendapat rehat secukupnya,” katanya.

Lebih membimbangkan, wujud halangan daripada pengurusan Malaysia Airlines yang sukar membenarkan anak kapal mengambil cuti perayaan dengan alasan kekurangan tenaga kerja.

“Satu surat bertarikh 7 Jun lalu dihantar dan kami masih menunggu jawapan mereka,” katanya.

Sejak 2015, Malaysia Airlines mengurangkan tenaga kerja dari 3,900 kepaada 2,500 walaupun keperluan tenaga kerja masih tidak mencukupi.

Sementara itu, kenyataan terbabit turut mendedahkan NUFAM dan BATW akan memanjangkan masalah berkenaan kepada Kementerian Sumber Manusia bagi mencari penyelesaian.

Categories
EKONOMI

Tempahan penumpang MAS melonjak 12.9%

KUALA LUMPUR 27 MEI: Tempahan penumpang Malaysia Airlines terus meningkat pada suku pertama tahun ini, naik 12.9 peratus, tahun ke tahun kepada 3.57 juta penumpang, walaupun persekitaran mencabar susulan harga bahan api yang tinggi dan pertukaran asing yang tidak menggalakkan.

Dalam kenyataan, syarikat penerbangan nasional itu berkata faktor muatan domestik meningkat kepada 70.8 peratus bagi suku tersebut, berbanding 64.7 peratus dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu, manakala faktor muatan antarabangsa naik kepada 81.1 peratus berbanding 69.6 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Peter Bellew berkata hasil lebih rendah disebabkan persaingan sengit dan perang harga, bagaimanapun, suku tahun itu menyaksikan peningkatan yang pesat dalam perniagaan antarabangsa susulan penyamaan caj tertentu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Malaysia Airlines terus menyaksikan tempahan yang kukuh dengan 45 peratus peningkatan dalam tempahan ke hadapan bagi tempoh enam bulan akan datang (dari Jun hingga November 2017) berbanding tempoh sama pada 2016,” katanya.

Mengenai pengembangan, kumpulan meninjau pelbagai pilihan kerangka besar untuk kemungkinan serahan pada 2018 dan 2019 berdasarkan pertumbuhan pesat dalam segmen antarabangsa.

Kumpulan pesawat semasa syarikat penerbangan itu terdiri daripada 54 pesawat Boeing 737-800, 15 Airbus A330-300 dan enam Airbus A380.
Sementara itu, Malaysia Airlines terus melabur dalam perancangan tenaga kerja dengan mewujudkan sistem pengurusan prestasi berstruktur untuk semua pekerja di seluruh kumpulan dan pada suku pertama tahun ini, sebanyak 70 peratus daripada eksekutif dan ke atas telah menghadiri bengkel tersebut.

Sebagai sebahagian daripada pembangunan kepimpinan dan pelan penggantian, kumpulan memperkenalkan Program Pembangunan Kepimpinan Kanan (SLDP) iaitu tenaga kerja yang dikenal pasti untuk jawatan kepimpinan dihantar ke pelbagai institusi pendidikan yang berprestij sebagai sebahagian daripada pembelajaran dan pembangunan mereka.

Mengenai prospek, Malaysia Airlines mengekalkan unjuran berhati-hati bagi tahun kewangan 2017 susulan ringgit yang rendah dan harga bahan api tinggi mewujudkan persekitaran kos yang mencabar.

“Tempahan awal lebih kukuh pada 2017 berbanding 2016, bagaimanapun syarikat penerbangan menyaksikan tekanan dari segi hasil di semua laluan susulan tambang rendah boleh didapati daripada kebanyakan syarikat penerbangan legasi dan juga syarikat penerbangan tambang rendah tradisional.

“Kami akan terus berhati-hati dalam mengawal kapasiti dan menyediakan pesawat kumpulan di mana kami melihat potensi pulangan yang terbaik. Syarikat penerbangan masih di landasan untuk mencatat keuntungan pada 2018,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

MAS bakal umum jawatan kosong

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 MEI: Malaysia Airlines (MAS) bakal menambah 11 laluan baru menjelang akhir tahun ini, iaitu pertambahan tertinggi dalam tempoh setahun, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Bellew.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menilai sekurang-kurangnya 26 laluan untuk ditambah, pada 2018.

Katanya, penilaian itu berdasarkan permintaan pelanggan Asia terutama dari China, India dan Australia walaupun promosi penerbangan ke Eropah dan Amerika Syarikat (AS) menjunam.

“Dengan perkembangan ini, MAS sememangnya merancang untuk mengambil lebih ramai kakitangan kerana kami perlukan juruterbang, anak kapal, jurutera dan kakitangan sokongan.

“Kami juga bakal menambah beberapa pesawat besar untuk penerbangan,” katanya dipetik Free Malaysia Today.

Sebelum ini, Reuters melaporkan syarikat penerbangan itu merancang untuk memajak enam hingga lapan pesawat Airbus A330 atau Boeing 777 untuk digunakan syarikat penerbangan lain dari 2018 dan tujuh hingga sembilan pesawat dari 2019.

peterIa menyasarkan keuntungan pada 2018 dan merancang kembali tersenarai dalam pasaran saham pada Mac tahun berikutnya.

Pada 2014, dua pesawat MAS ditimpa tragedi termasuk kehilangan misteri MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh di Timur Ukraine.

Tahun sama turut menyaksikan syarikat itu terkeluar daripada senarai Bursa Saham Kuala Lumpur.

Pada 2015, ia memberhentikan kira-kira 6,000 pekerja, sekurang-kurangnya satu pertiga daripada tenaga kerja MAS ketika itu.

Categories
KENYATAAN MEDIA

MAS perlu ikut SOP, utama keselamatan

OLEH TAN KAR HING

Saya mengambil maklum berhubung insiden Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Jakarta, Indonesia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mendarat dengan dua tayar kempis.

Ini bukanlah pertama kali insiden kerosakan pesawat dan kemalangan yang melibatkan penerbangan MAS, awal bulan lalu juga dilaporkan sebuah pesawat penerbangan tersebut terbabas dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Sibu.

1. Setahu saya, pesawat milik mana-mana syarikat penerbangan yang didapati mempunyai sebarang ‘kecacatan’ pada mana-mana strukturnya tidak sekali-kali dibenarkan berlepas sepertimana Prosedur Operasi Standard (SOP) yang pertama perlu dipatuhi bagi mana-mana syarikat penerbangan.

Adakah MAS mengikut SOP yang ditetapkan ini?

2. Perkara seumpama ini perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh syarikat penerbangan tersebut kerana ia melibatkan soal keselamatan penumpang yang sepatutnya perlu sentiasa diberi keutamaan MAS pada setiap masa. Apabila perkara ini berlaku, ia turut akan menjejaskan keyakinan penumpang tempatan dan antarabangsa untuk menggunakan perkhidmatan MAS.

3. Lebih buruk lagi, selain menjejaskan imej penerbangan itu sendiri, ia turut menjejaskan imej negara juga kerana MAS adalah syarikat penerbangan utama di Malaysia dan sebelum ini juga telah terpalit dengan insiden pesawat MH370 yang hilang sehingga mendapat tumpuan satu dunia.

4. Bagi saya, dalam usaha untuk menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara ini, infrastruktur asas perlu efisien termasuk sektor pengangkutan. Penyediaan infrastruktur pengangkutan dan perhubungan yang moden, cekap dan bertaraf antarabangsa perlu disediakan kerana ia akan memudahkan perhubungan serta mobiliti dalam dan luar negara.

5. Justeru, saya menggesa MAS dan pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian supaya tidak berulang. MAS juga perlu mengemukakan hasil siasatannya kepada umum agar rakyat tahu dan imej MAS dapat dipulihkan.

*Tan Kar Hing adalah ADUN Simpang Pulai dan Naib Ketua AMK

Categories
NASIONAL

Pesawat MAS MH2718 terbabas ketika mendarat

SIBU 9 APRIL: Pesawat Malaysia Airlines dengan penerbangan MH2718 pada dari Kuala Lumpur terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Sibu pada 10:17 malam tadi.

MAS dalam satu kenyataan berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.

“Pesawat Boeing 737-800 itu membawa 61 penumpang dan enam krew.

“Kesemua penumpang dan krew di atas pesawat selamat dan dikeluarkan melalui dua gelongsor angin. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini,” kata MAS.

Tambah MAS lagi, mereka telah melancarkan siasatan untuk mengesan punca insiden.

Dalam perkembangan berkaitan, sehingga jam 12 tengah malam tadi, landasan Lapangan Terbang Sibu ditutup bagi memberi laluan kerja-kerja mengalihkan pesawat berkenaan dari lokasi kejadian.

Tergelincir

GAMBAR: Ehsan Pembaca dan Sumber Media Sosial

=EZY=

Categories
NASIONAL

NUFAM: Pulih imej lantik anak tempatan terajui MAS

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 MEI : Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) menyarankan anak tempatan berkelayakan diberi peluang menerajui pengurusan tertinggi syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Presidennya, Ismail Nasaruddin, berkata pengurusan KHAZANAH perlu lebih terbuka dan komited memperkukuhkan kembali kedudukan syarikat penerbangan negara itu.

mas“Harap kerajaan ambil inisiatif secepat mungkin ambil CEO berkualiti tinggi dalam kalangan anak tempatan.

“Sebagai syarikat penerbangan Malaysia, kita perlu ada wakil tempatan namun pada masa tidak salah melantik konsultan luar yang ada pengalaman selesaikan masalah MAS,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja di perkarangan Wisma MTUC, di sini, semalam.

MAB sebelum ini mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Christoph Mueller meninggalkan syarikat itu September ini, lebih awal dari kontrak tiga tahun beliau.

Muller bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut pengunduran beliau, selepas memegang jawatan tersebut 1 Mei tahun lalu.

Bercakap lanjut, Ismail berkata pengunduran Mueller memberikan tamparan hebat kepada pengurusan MAS untuk mencari individu berkebolehan memulihkan imej MAS.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan, ada dalam kalangan anak-tempatan diyakini mampu mengembalikan hasrat rakyat menjadikan MAS sebagai syarikat penerbangan unggul di dunia.

“Setelah beberapa bulan pegang jawatan kemudian ambil keputusan untuk berundur, ini masa amat kritikal daripada MAS untuk bangkit secepat mungkin dan kembali pulihkan imej penerbangan negara,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Mufti Perlis sedih kisah pramugari MAS terpaksa hidang arak

SHAH ALAM 2 JAN : Kisah sedih luahan hati pramugari yang terpaksa menghidangkan arak dan tidak dibenarkan memakai tudung mendapat perhatian Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

Asri berkata, beliau simpati dan tersentuh dengan luahan hati pramugari Malaysian Airline System Bhd (MAS) itu.

“Malam ini jiwa saya agak tersentuh. Dalam penerbangan MAS malam ini, seorang pramugari datang mengadu dan menangis di hadapan saya mengenai nasibnya.

Passenger planes of Malaysia's national flag carrier, Malaysian Airline System Bhd (MAS), sit in the tarmac at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, outside Kuala Lumpur, Malaysia, Wednesday, Dec. 6, 2006. National carrier Malaysia Airlines will embark on a massive exercise to improve service, match rivals' lowest fares, and revamp its ticketing process to catch up with regional foes Cathay Pacific and Singapore Airlines, its chief executive said Wednesday. (AP Photo/Vincent Thian)

“Jiwanya menderita kerana terpaksa menghidangkan arak dan tidak dibenarkan memakai tudung. Dia bekerja untuk menyara anak-anaknya. Ini bukan kali pertama saya mendengar aduan seperti ini.

“Saya sangat simpati dan tersentuh. Lebih sedih lagi memikirkan MAS merupakan sebuah syarikat penerbangan negara yang majoriti penduduknya muslim,” tulisnya dipetik di laman Facebooknya.

Asri turut mengajak rakyat memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar wanita muslimah yang bertugas sebagai pramugari MAS diberikan keizinan memakai pakaian memenuhi sifat pakaian wanita muslimah.

“Juga pekerja muslim dan muslimah diharap tidak ditugaskan untuk menghilangkan arak,” tulisnya.

Asri MASTulis Asri, beliau hairan mengapa MAS perlu menyediakan hidangan arak, sedangkan banyak lagi syarikat penerbangan lain tidak menghidangkan minuman itu.

“Marilah kita menyokong permohonan ini kepada kerajaan yang sering melaungkan nama Islam dalam pelbagai slogannya. Mohon mencadangkan,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Pesawat mendarat cemas di jalan raya Jeddah milik MAS?

JEDDAH 12 SEP: Sebuah video dimuat naik pengguna media sosial tempatan di Arab Saudi memaparkan kejadian sebuah pesawat terpaksa membuat pendaratan cemas di jalan raya menjadi viral di media sosial.

Memetik laporan dari Facebook Bernama Radio24, pesawat itu membuat pendaratan cemas di tepi jalan raya di Jeddah dan perkara itu disahkan oleh jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di sini.

MAS2Difahamkan pesawat itu membuat pendaratan cemas berikutan keadaan ribut pasir kuat yang melanda kawasan terbabit dan ekor kapal terbang itu jelas memaparkan logo wau Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Malaysia Airlines dalam kenyataannya berkata pihaknya tidak boleh mengesahkan kesahihan video pesawat mendarat cemas yang menjadi viral di laman sosial.

Beliau berkata semua pesawat Malaysia Airlines mendarat di Jeddah dengan selamat.

Berikutan ribut pasir di Jeddah, semua pesawat telah diarahkan oleh ATC untuk bergerak ke kawasan parkir pesawat.

EZY

Categories
NASIONAL

MAS: Terlalu awal buat spekulasi ‘flaperon’ pesawat di Lautan Hindi

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 JULAI: Malaysia Airlines (MAS) kini bekerjasama dengan pihak berkuasa terlibat bagi mengesahkan laporan penemuan ‘flaperon’ pesawat di Reunion Island, Lautan Hindi.

MAS memaklumkan masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan itu membuat spekulasi berkenaan laporan terbabit.

Manakala, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) sedang menyiasat serpihan bangkai sebuah pesawat yang ditemui di La Reunion Island di Lautan Hindi, awal hari ini (waktu Malaysia).

MH17 aAgensi itu berkat,a Malaysia bertanggungjawab ke atas siasatan dan sedang menguruskannya dengan bantuan Boeing, BEA (Bureau d’Enquêtes et d’Analisis pour la Sécurité de l’Aviation civile), Biro Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.

Kenyataan itu menyebut, jika bangkai dikenal pasti sebagai daripada MH 370 di La Reunion Island, ia menjadi konsisten dengan analisis lain dan menjadi model tempat pesawat itu bersemadi adalah di selatan Lautan Hindi.

Katanya, sebarang bukti baharu yang ditemui akan digunakan untuk terus memaklumkan dan memperbaiki usaha pencarian yang sedang berjalan.

Beberapa imej serpihan bangkai dipercayai daripada sirip Boeing 777 tersebar dalam pelbagai media sosial, memberi harapan baharu mengesan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang itu.

mhSerpihan bangkai itu dilaporkan ditemui di La Reunion Island, di bawah pentadbiran Perancis berhampiran Madagascar.

Selain daripada serpihan yang mungkin cebisan MH370 yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi, laman web itu melaporkan penyiasat meletakkan kebarangkalian ia mungkin datang daripada kemalangan sebuah enjin kembar yang terhempas, pada 4 Mei 2006 dekat dengan pantai di selatan pulau itu atau sebahagian serpihan A310 Yemenia yang terhempas di luar Comoros, pada Jun 2009.

Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pada 29 Januari lalu, Malaysia secara rasmi mengisytiharkan insiden itu sebagai satu kemalangan berdasarkan peraturan penerbangan antarabangsa dan semua 239 yang menaiki pesawat itu dianggap terkorban.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Penumpang tertarik MB naik kelas ekonomi

Oleh: NAEEM RAFFI

KOTA BHARU, 17 JUN: Penerbangan kelas ekonomi sekali lagi menjadi pilihan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk ke Kelantan, semalam.

Keberadaan Mohamed Azmin dan beberapa exco kanan Selangor di kerusi kelas ekonomi menarik perhatian penumpang pesawat MAS itu.

Ada penumpang  dilihat tidak melepaskan peluang dan mengambil kesempatan bersalaman dengan Mohamed Azmin dan barisan exco.

Kali ini, Mohemad Azmin bersama 45 delegasi Selangor turun ke Kelantan bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Bantuan Banjir ‘Rumah Desa Darul Ehsan’ di Manik Urai, hari ini.

DSC_7444Kerajaan Selangor membina 60 unit rumah pasang siap dengan kos hampir RM6 juta bagi membantu rakyat Kelantan yang kehilangan tempat berteduh akibat bencana banjir di negeri itu, pada Disember lalu.

Delegasi turut disertai Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, Dr Daroyah Alwi, Zaidy Talib dan Amirudin Shari.

Delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Petra, pada 7.30 malam tadi dan disambut wakil Kerajaan Kelantan dan beberapa jentera PKR negeri.

Kehadiran delegasi turut diraikan dalam Majlis Makan Malam bersama pimpinan tertinggi Kerajaan Kelantan di Hotel Perdana, di sini.

-NFN-

Usul bincang nasib pekerja MAS ditolak!

Pakatan Rakyat terkejut Kerajaan enggan membincangkan nasib pekerja MAS

Categories
NASIONAL

Suruhanjaya DiRaja siasat dalang kerugian MAS

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Pakatan Rakyat (Pakatan) menggesa Suruhanjaya Siasatan DiRaja dibentuk bagi menyiasat pihak bertanggungjawab yang mengakibatkan kerugian Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Hanipa Maidin (PAS-Sepang) yang mengemukakan cadangan itu berkata, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga perlu diberi kebenaran menyiasat antara alasan pemecatan kakitangan iaitu ‘kegagalan MAS untuk bersaing dalam pasaran’.

hanipa maidin“Sebagai Ahli Parlimen Sepang, saya menerima kehadiran ramai kakitangan yang tidak berpuas hati cara pengendalian pemberhentian kerja mereka.

“Menjadikan persaingan antara faktor pemberhentian kerja satu perkara yang tidak boleh diterima. Tindakan itu menunjukkan tidak ada komitmen untuk mencari punca MAS rugi,” katanya.

Hanipa berkata, beliau mendapat beberapa maklumat berkenaan pemecatan kakitangan MAS namun tidak boleh didedahkan kepada umum demi menjaga keselamatan mereka yang mendapat tawaran kerja baru.

Tegasnya, proses pemecatan kakitangan perlu dihentikan selagi suruhanjaya itu belum ditubuhkan.

-NFN-