Categories
NASIONAL

Bapa penumpang MH370 ambil tindakan mahkamah ke atas MAS, Boeing

SHAH ALAM, 26 MAC: Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan pengeluar pesawat Boeing Co bakal berdepan dengan tindakan mahkamah selepas bapa kepada Firman Chandra Siregar yang juga penumpang pesawat MH370 memfailkan petisyen bagi mendapatkan bahan bukti kes terbabit.

Perkara itu dilaporkan REUTERS selepas firma yang diwakili Januari Siregar membuat satu kenyataan berhubung tindakan yang bakal diambil ke atas dua syarikat berkenaan.

eeeFirman adalah salah seorang daripada tujuh warga Indonesia yang menaiki pesawat MH370 dan penerbangan itu dilaporkan berakhir di Lautan Hindi, pada 24 Mac lalu.

Firma Ribbeck Law dari Chicago, Amerika Syarikat menjelaskan petisyen itu dilakukan untuk memperoleh bukti berkenaan tragedi terbabit yang difailkan ke atas Boeing Co dan Malaysia Airlines pengendali penerbangan itu.

Peguam, Monica Kelly, berkata pemfailan petisyen berkenaan adalah permulaan kepada saman berjumlah berjuta dolar oleh keluarga Firman ke atas MAS dan Boeing.

782845-8d9f16fe-ac1d-11e3-bbbe-18ebc4e71679“Kita percaya dua defendan yang dinamakan bertanggungjawab ke atas bencana yang membabitkan MH370,” katanya.

Petisyen yang difailkan di Cook County, Illinoie Circuit Court itu juga dilakukan bagi mendapatkan bukti berhubung kemungkinan masalah pesawat berkenaan berpunca daripada kecacatan rekaan dan pembuatan.

Categories
NASIONAL

Generator MH006 tidak berfungsi, MH144 dirempuh itik

SHAH ALAM, 24 MAC: Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengesahkan pesawat MH006 milik syarikat penerbangan itu dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul, malam tadi, dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi.

Dalam satu kenyataannya, Pengurus Perhubungan Awam Media MAS, Kharunnisak Dzun Nurin, berkata pesawat Airbus A330-300 itu selamat mendarat di Hong Kong.

“Bekalan tenaga biasa terus dibekalkan menggunakan unit Kuasa Bantu dan kapal terbang itu kemudian dilencongkan ke Hong Kong untuk pembaikan dan mendarat dengan selamat,” katanya.

mh066MH066 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.37 malam dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 6.50 pagi waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia).

Beliau berkata, semua 271 penumpang pesawat berkenaan dipindahkan ke penerbangan lain.

“Penerbangan balik MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang dipindahkan ke pesawat lain, di samping penerbangan berikutnya oleh MAS ke Kuala Lumpur,” katanya, di sini, hari ini.

Semalam, sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA), pada 21 Mac lalu.

mhPortal berita Nepal kantipuronline.com. pada 22 Mac lalu, memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata, kejadian pada jam 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca.

Tiada laporan berkenaan kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu.

Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian terbabitkepada Pengawal Trafik Udara (ATC).

Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia “disyaki melanggar unggas”, selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang, kata laporan itu.

Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian terbabit dan MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada jam 11 malam, pada tarikh sama.

Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency, manakala pesawat berkenaan berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas dibaiki, jam 3:30 petang, pada 22 Mac lalu.

Categories
NASIONAL

Radar tentera kesan MH370 berpatah balik

SEPANG: Siasatan awal ke atas rakaman radar military menunjukkan terdapat kemungkinan juruterbang pesawat MH370 melakukan ‘air turn back’ atau berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, berkata penyiasat kini bekerjasama dengan rakaman radar awam dan agensi antarabangsa berhubung kemungkinan itu.

Beliau berkata, kemungkinan itu menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluas sehingga ke Selat Melaka.

9M-MRQ-Malaysia-Airlines-Boeing-777-200_PlanespottersNet_403769Sementara itu. Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahy,a berkata dalam senario sedemikian (air turn back), juruterbang tidak dapat meneruskan seperti perancangan dan biasanya akan melaporkan kepada pangkalan dan pengawal trafik udara (ATC).

“Apa yang kita tahu, kedua-dua rakaman ATC dan kita sendiri tidak ada isyarat atau panggilan kecemasan, jadi kami juga hairan kenapa,” katanya yang dipetik daripada BERNAMA.

Categories
NASIONAL

Pesawat MAS ke Beijing dilaporkan hilang

Malaysia Airlines telah terputus hubungan dengan pesawat penerbangan MH370 yang berlepas ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi ini.

Pesawat B777-200 itu dijangka tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi, kata syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan rasminya.

777 a.tifPenerbangan tersebut membawa seramai 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal.

Kuala Lumpur terputus hubungan pesawat itu pada jam 2.40 pagi dari Pusat Kawalan Udara Subang.

“Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan Mencari dan Menyelamat mereka untuk mengesan pesawat tersebut.

“Syarikat penerbangan ini akan menyediakan maklumat terkini mengenai situasi tersebut. Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234 untuk maklumat lanjut.”

Naib Presiden operasi MAS, Fuad Sharuji dipetik oleh CNN sebagai berkata mereka sedang cuba menghubungi pesawat itu tetapi tidak berjaya sejak beberapa jam yang lalu.

“Pesawat itu mempunyai bahan api untuk selama tujuh jam penerbangan dan akan kehabisannya menjelang jam 8.30 pagi.”

Menurut BBC, pesawat itu hilang dua jam setelah berlepas dari Kuala Lumpur, manakala Xinhua melaporkan pesawat itu hilang dalam ruang udara Vietnam.

Ia juga melaporkan bahawa pesawat itu tidak pernah memasuki ruang udara Cina dan tidak juga menghubungi pusat kawalan udara Cina.

Categories
NASIONAL

Rakyat boleh dapat BR1M RM1,200 jika MAS tidak rugi RM4.1 bilion

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 25 FEB: Rakyat wajar menerima Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) berjumlah RM1,200 sekiranya Malaysia Airlines (MAS) tidak mengalami kerugian besar berjumlah RM4.1 bilion dalam tempoh 3 tahun yang lalu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata penerima BR1M patut menerima jumlah itu seperti yang dijanjikan di bawah Manifesto PRU13 BN, dan bukannya dikurangkan kepada RM650.

one off copy BRIMKatanya, MAS mengalami kerugian sebanyak RM1.17 bilion tahun lepas, RM433 juta pada 2012 dan RM2.5 bilion pada 2011.

“Kerugian tiga tahun ini yang berjumlah RM4.1 bilion hampir mencukupi untuk menampung perbezaan RM650 yang berjumlah RM4.5 billion yang diperlukan untuk menaikkan bayaran BR1M kepada RM1,200,” kata Guan Eng.

Kata Guan Eng, walaupun MAS masih mempunyai baki tunai sebanyak RM3.9 bilion pada akhir tahun lepas, adalah tidak bertanggungjawab dan berbahaya untuk meneruskan “perniagaan seperti biasa”.

Beliau berkata, Singapore Business Times mencadangkan MAS diisytiharkan muflis bagi membenarkan permulaan baru yang diperlukan untuk memulihkan semula syarikat penerbangan bermasalah.

“Ini kerana MAS buntu dalam menyelesaikan masalah lebihan kakitangan dan “kontrak perolehan berat sebelah” dalam hal penyelenggaraan sehingga ke katering makanan.

Mas-1“Tiada siapa yang terkejut bahawa kronisme dan tipu muslihat adalah salah satu punca utama MAS terus merosot,” kata Guan dalam kenyataan medianya.

Katanya, beliau bagaimanapun tidak bersetuju cadangan mengisytiharkan MAS muflis, kerana bukan sahaja memalukan tetapi memberi kesan buruk ke atas pekerja MAS.

“Khazanah mesti menyediakan satu pelan konkrit untuk menyelamatkan MAS, termasuk melaksanakan tender terbuka kompetitif yang menjadi amalan antarabangsa dan penilaian berasaskan prestasi untuk semua pekerja, termasuk pengurusan tertinggi,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Dr Dzul: MAS rugi RM1.17 bilion, apa tindakan Kerajaan Pusat?

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 19 FEB : Kerajaan Pusat perlu berhenti mendendangkan cakap-cakap kosong kononnya ekonomi negara kini berada di landasan terbaik, sedangkan hakikatnya nilai ringgit semakin jatuh merudum.

Pengarah Pusat Pengajian PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kedudukan kecil ringgit pada hari ini memberi kesan besar kepada perniagaan yang melibatkan penukaran mata wang asing (forex) termasuk Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Katanya, nilai ringgit yang kecil menyebabkan MAS berterusan mencatatkan kerugian sekalipun terdapat peningkatan pendapatan kasar sebanyak 36 peratus iaitu RM254 juta.

Mas-1“Sebagai contoh, walaupun MAS mencatatkan peningkatan jumlah penumpang sebanyak 28.5 peratus, mereka masih mencatatkan kerugian ekoran kedudukan kecil nilai ringgit Malaysia.

“Kita akui tidak dapat mengawal persaingan syarikat penerbangan lain, kita tidak dapat kawal kos bahan bakar, tetapi kita sebenarnya mampu mengukuhkan nilai ringgit kita.

“Kerajaan perlu dan mesti lakukan sesuatu,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan kerugian RM 1.17 billion yang dicatatkan MAS sepanjang tahun lalu, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM 433 juta dicatatkannya pada 2012.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata selain bergantung kepada kedudukan nilai ringgit, MAS juga boleh mengambil langkah berjimat-cermat serta mengurangkan ketirisan dalam pentadbirannya.

Pada masa sama, beliau turut meminta penjelasan kerajaan pusat berhubung nilai sebenar keuntungan bagi setiap penumpang MAS bagi setiap kilometer.

dr.dzul“Pada tahun 2011, catatan keuntungan bagi setiap penumpang untuk setiap satu kilometer ialah sebanyak RM 0.23, kemudian jatuh kepada RM 0.13.

“Adakah pada laporan kali ini, keuntungan diperolehi daripada setiap penumpang juga semakin rendah nilainya,” kata Dzulkefly lagi.

Menurut laporan, bagi tahun kewangan 2013, MAS mencatatkan perolehan sebanyak RM 15.1 bilion, naik 10 peratus berbanding RM 13.8 bilion pada tahun sebelumnya.

Sehingga akhir 2013, kumpulan MAS memiliki 148 pesawat termasuk enam pesawat penumpang terbesar dunia iaitu Boeing A380.

EZY

Categories
SELANGOR

NUFAM: Berbincang atau berarak ke Putrajaya

OLEH : AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA 16 NOV – Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) memberikan tempoh seminggu kepada pengurusan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk berbincang mengenai tuntutan mereka yang dinafikan sejak sekian lama.

d (1)Sekretariat Nufam, Mahmood Abdullah, berkata sekiranya tidak ada sebarang tindakan, Nufam tidak akan teragak-agak untuk berarak ke Putrajaya dan menyerahkan memorundum kepada Perdana Menteri.

Katanya tindakan tidak demokratik pengurusan dikecam sehingga mengakibatkan Presiden Nufam, Ismail Nasaruddin digantung tugas selepas menerima surat penggantungan pada 8 November lalu dan diberikan surat tunjuk sebab.

Mahmood berkata, rundingan bersama perlu dilakukan segera perlu dibuat demi mencari jalan penyelesaian kedua-dua belah pihak dalam suasana menang-menang.

“Kami menuntut pihak pengurusan MAS jangan memperlekehkan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Artikel 59 dan Convention ILO 87 – Union Nation mengenai hak bersuara dan hak kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas sebagai persatuan.

b“Selain itu kami turut menuntut pengurusan MAS menerima dan memulakan perbincangan bersama Nufam mengenai Perjanjian Kolektif untuk Anak Kapal Kabin MAS,” kata Mahmood kepada ketika sidang media di sini.

Sebelum ini diadakan satu pertemuan yang menyaksikan Nufam mengemukakan 40 tuntutan untuk penambahbaikkan pengurusan MAS terutama hak anak kapal.

Antaranya adalah hak mengenai cuti tahunan, perubatan, masalah berat badan, pengangkutan, semakan semula gaji dan elaun serta pemecatan pekerja.

Ini kerana, ada diantara anak kapal mengalami masalah kesihatan kesan daripada tempoh bekerja yang terlalu lama sehingga ada diantara mereka mengalami masalah ‘slip disc’.

Ismail digantung pihak pengurusan kerana didakwa memberikan kenyataan kepada media ‘mewakili syarikat’ beberapa minggu lalu.

Namun ketika beliau memberikan kenyataan, beliau bercakap atas kapasiti Presiden Nufam dan bukannya mewakili MAS.

Ketika membuat kenyataan, Ismail tidak menggunakan sebarang kemudahan MAS apatah lagi memakai pakaian seragam bertugas.

“Ini adalah satu persoalan dimanakah saya sebagai ketua kesatuan tidak boleh membuat kenyataan media?, Mereka (MAS) berharap saya diam selepas digantung tugas, tetapi salah.

“Saya tidak akan izinkan sebarang bentuk penindasan terhadap petugas kabin,” kata Ismail.

Katanya, Nufam juga tidak teragak-agak untuk mendedahkan segala aktiviti penyelewengan yang berlaku sepanjang 30 tahun.

“Kalau pekerja rebah siapa yang ingin bertanggungjawab, Bila kita beritahu ertinya kami mempunyai bukti. Kami mahu mereka uruskan jadual kerja dengan teratur,” katanya lagi.

-EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

AES :Lagi ‘flip-flop’ BN untuk untungkan kroni

aes-johari

SHAH ALAM, 22 OGOS: Tindakan ‘flip-flop’ Kerajaan Umno-BN dalam beberapa isu yang melibatkan pengambilan wang rakyat dilihat seolah-olah sengaja dilakukan bagi membolehkan pemimpin-pemimpin Umno/BN menyalurkan keuntungan kepada para kroni.

Ini termasuklah pengumuman terbaru kerajaan yang bercadang untuk mengambilalih Operasi Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti yang diumumkan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata tidak mustahil kerajaan sudah merancang pengambilalihan operasi AES sebelum sistem perangkap had laju berkamera itu memulakan operasinya tahun lalu.

Johari yakin tindakan kerajaan tersebut diambil ekoran respon dari bantahan yang dibuat rakyat dan pembangkang.

Beliau juga menjangkakan pengambilalihan ini akan melibatkan pengaliran dana kerajaan kira-kira RM1 bilion kepada dua syarikat pengendali terbabit, sekaligus merugikan rakyat.

“Ini bukan dasar ‘flip-flop’, tetapi memang ‘di-design’ untuk ‘flip-flop’ sebab sepatutnya projek seperti ini perlukan tata kelola yang betul, kajian mendalam termasuk ahli akademi dan respon dari persatuan berkaitan.

“Tetapi di Malaysia tidak berlaku, kerajaan lebih berminat memberi projek kepada kroni yang datang dengan pelbagai cadangan, bila gagal dilaksanakan atau dapat tentangan, akhirnya kerajaan mengambil balik projek tersebut dengan bayaran pampasan yang mahal.

“Jadi seolah-olah ia sengaja direka sebegitu rupa, mereka tahu akan mendapat tentangan rakyat dan pembangkang dan akhirnya masalah itu kononnya diselesaikan dengan bayaran kepada pihak swasta,” kata Johari ketika dihubungi TV Selangor hari ini.

Johari berkata antara beberapa projek swasta yang diambilalih kerajaan sebelum ini termasuklah Indah Water Konsortium, MAS dan program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

“Zaman Tun Dr Mahathir pun sama juga, adakan PPSMI tetapi akhirnya ditukar semula kepada Bahasa Melayu dan menyebabkan kita kerugian kira-kira RM6 bilion untuk kos mencetak buku teks dan lain-lain.

“Dasar ini merugikan rakyat dan dalam isu AES ini sepatutnya dihentikan terus bukan kerajaan ambilalih,” ujar Johari lagi.

Johari menambah, isu ini akan dibangkitkan pembangkang dalam persidang dewan rakyat akan datang.

Selepas Mesyuarat Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Hishamuddin berkata kerajaan sedang menimbang untuk mengambil alih keseluruhan operasi dan penguatkuasaan AES daripada pengendali sedia ada.

– MZA

Categories
NASIONAL

Anwar : Pejabat PM Didakwa Terlibat Operasi Bawa Pengundi Hantu

anwar taman ampang 1 mei 03

PETALING JAYA 2 MEI : Pejabat Perdana Menteri didakwa terlibat dalam operasi membawa masuk pengundi yang dicurigai dari Malaysia Timur ke Semenanjung.

Dakwaan ini dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan pihaknya memperolehi bukti dokumen dan gambar 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.

Anwar mendakwa, sekurang-kurangnya 4,500 dibawa masuk ke semenanjung setiap hari sehingga menjelang hari mengundi. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.

Anwar menambah, berdasarkan maklumat yang diperoleh pihaknya sebanyak 16 penerbangan direkodkan daripada Sabah dan Sarawak, khususnya dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.

?Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT,? kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Turut didakwa terlibat ialah syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia.

?Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak),? kata Anwar.
Beliau menambah, kemudahan kem Askar Wataniah turut digunakan untuk menempatkan pengundi asing.

Tambah Anwar, beliau turut mendapat maklumat kemasukan secara tiba-tiba warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat asing Indonesia di Pelabuhan Klang.

Berikutan senario ini, Anwar menuntut penjelasan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara dan Ketua Turus ATM tentang jaminan dan sikap profesionalisme dan neutral yang kini menjadi dalang BN untuk mengekalkan kuasa.

Anwar juga berkata pihaknya juga memperolehi salinan komunikasi emel Sistem Penerbangan Malaysia yang didakwa mengaitkan Pejabat Perdana Menteri dengan penerbangan sewa khas tersebut.

Beliau turut mempersoal sama ada Ketua Pengarah Jabatan Peguam Negara terlibat memberikan kad pengenalan kepada pekerja asing di Sirkit F1 Sepang dan di KLIA.

?Sebab kita ada bukti dokumentari bergambar dan video yang dirakam dengan kerjasama dari PAS. Yang nyata ialah penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara.

?Seandainya Pakatan Rakyat menang, kita akan mendakwa sesiapa sahaja yang bertanggungjawab. Pelanggaran peraturan tidak akan dimaafkan,? kata Anwar.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pihak Pengurusan MAS Digesa Perjelas Polisi Pengambilan Pekerja Asing

PC Khalid Samad 03

SHAH ALAM,21 DIS : Pihak pengurusan baru syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Berhad (MAS) diseru memberikan penjelasan berkenaan polisi pengambilan pekerja asing yang dikhuatiri boleh menjejaskan kecekapan syarikat itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, usaha pemulihan prestasi MAS perlu dilaporkan kepada rakyat dan bukan sekadar hanya pihak kroni yang mendapat keuntungan.

“Difahamkan banyak kerja-kerja MAS yang disumberluarkan dan diagihkan-agihkan kepada pihak kroni.

“Dan banyak kerja-kerja MAS seperti penyelenggaraan kargo dijalankan oleh pekerja asing yang tidak mempunyai kemahiran dan latihan seperti pekerja MAS asal,” katanya dalam sidang media di pejabatnya.

Dalam sidang media itu juga, Khalid mempertontonkan kepada pihak media sebuah video yang dikatakan dihantar ke pejabatnya oleh individu tidak dikenali berkenaan kecuaian pekerja asing dalam penyelenggaran kapal terbang milik MAS.

Dalam video durasi kira-kira dua minit yang bertarikh November lepas itu menunjukkan pekerja yang didakwa warga asing melakukan aksi melanggar bahagian enjin sebuah pesawat 737 di sebuah landasan kapal terbang yang tidak dinyatakan lokasinya.

Ujarnya, dahalu syarikat MAS mempunyai kedudukan dan setaraf dengan syarikat penerbangan asing seperti Singapore Airlines System (SIA) dan beberapa syarikat antarabangsa lain.

Namun akibat pemberian kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan kepada pihak kroni menyebabkan prestasi MAS kini dipertikaikan.

“Selepas bermacam-macam campurtangan politik khususnya semasa zaman Tun Mahathir situasi semakin memburuk.

“Kita mahukan ketelusan dan akauntabiliti pihak MAS, kita tidak mahu perkara yang berlaku semasa Tajuddin Ramli berulang kembali,” ujarnya.

Sebelum ini, MAS mencatatkan kerugian bersih RM2.52 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, yang terbesar dalam sejarah korporatnya dengan pendapatan RM13.9 bilion.