Categories
NASIONAL

Pengambilan tanah MRT Ampang Park: Rayuan ditutup

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 JUN: Cabaran perundangan 39 pemilik strata dan penyewa pusat membeli belah Ampang Park terhadap pengambilan tanah bagi projek stesen Mass Rapid Transit (MRT) ditolak Mahkamah Persekutuan, semalam.

Panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif menolak permohonan mereka bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan bagi semakan kehakiman.

Berdasarkan keputusan sebulat suara, Raus memutuskan bahawa persoalan undang-undang dikemukakan peguam perayu, Datuk Zainur Zakaria bagi Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tidak memenuhi garis keperluan Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

“Malah jika kami membenarkan persoalan itu, tidak ada peluang persoalan yang dikemukakan itu diterima. Kami dengan ini menolak permohonan,” katanya dipetik Bernama.

Ampang-Park-Mall.-1Raus memerintahkan pemilik strata dan penyewa membayar kos RM20,000 kepada responden pertama dan responden kedua iaitu Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan serta membayar RM20,000 lagi sebagai kos kepada MRT Corporation.

Selain Raus, mahkamah turut disidangi dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abu Samah Nordin dan Datuk Aziah Ali.

Pada 8 Januari 2016, 39 pemilik premis perniagaan dan penyewa Ampang Park berkenaan memfailkan tindakan undang-undang bagi membatalkan kelulusan merobohkan pusat membeli belah itu.

Perobohan itu dikatakan bagi memberi laluan kepada pembinaan laluan pejalan kaki bawah tanah menghubungkan stesen MRT ke stesen Transit Rel Ringan (LRT) Ampang Park.

Pada 30 Jun 2016, permohonan mereka ditolak Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa pengambilan tanah dilakukan dengan sempurna dan mengikut undang-undang, termasuk mematuhi Akta Pengambilan Tanah 1960.

Pada 18 Januari lalu, pemilik strata dan penyewa pusat membeli-belah itu sekali lagi gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan sebelum memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Berdasarkan undang-undang, mereka dikehendaki mendapatkan kebenaran bagi memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Tiada lagi tambang MRT percuma

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Perkhidmatan Transit Aliran Massa Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) akan mula mengenakan tambang kepada pengguna esok.

Perkhidmatan membabitkan fasa pertama antara stesen Sungai Buloh-Semantan melibatkan 12 stesen sejauh 21 kilometer itu mula dibuka pada 16 Disember tahun lalu dengan tambang percuma termasuk bas pengantara selama sebulan sehingga hari ini.

MRTIa meliputi stesen Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

Menurut pengendali perkhidmatannya. Rapid Rail Sdn Bhd, pengguna akan dikenakan bayaran antara RM1.20 dan RM3.90 bergantung kepada jarak perjalanan di bawah struktur tambang tunai dan antara RM1.20 dan RM3.40 di bawah kaedah tanpa tunai, lapor Bernama.

Syarikat itu bagaimanapun menggesa pengguna menggunakan kaedah tanpa tunai dengan membeli kad Touch ‘n Go bulanan atau mingguan dari pejabat khidmat pelanggan di stesen MRT bagi kelancaran perjalanan.

Pelajar, warga emas, dan orang kurang upaya (OKU) akan diberikan diskaun 50 peratus.

Waktu operasi perkhidmatan MRT pada Isnin hingga Jumaat adalah pada jam 6 pagi hingga 12 malam, manakala Sabtu dan Ahad pada jam 6 pagi hingga 11.30 malam.

Bagi fasa kedua MRT SBK yang melibatkan laluan 30 kilometer untuk 19 stesen dari Semantan ke Kajang dijangka beroperasi sepenuhnya, bermula 31 Julai ini.

Penumpang boleh mendapatkan butiran terperinci mengenai struktur tambang itu dengan melayari laman sesawang myrapid.com.my.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MRT mula esok, perkhidmatan percuma sebulan

OLEH LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 15 DIS: Operasi Mass Rapid Transit (MRT) fasa pertama bagi laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) sepanjang 21 kilometer (km) akan mula beroperasi esok, pada jam 6 pagi.

Syarikat pengendali, Rapid Rail Sdn Bhd turut memberi perkhidmatan percuma kepada penumpang selama sebulan sehingga 16 Januari depan.

Tambang hanya akan dikenakan bermula keesokan harinya, pada 17 Januari ini.

Laluan SBK merangkumi 12 stesen antara Stesen Sungai Buloh dan Semantan iaitu Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara dan Pusat Bandar Damansara.

Baki laluan dari Semantan ke Kajang termasuk bahagian bawah tanah laluan itu dijangka mula dibuka, pada Julai 2017 di bawah pengoperasian fasa kedua.

Selepas fasa kedua beroperasi, keseluruhan laluan SBK sepanjang 51 kilometer akan dibuka sepenuhnya.

Mula dibina pada 8 Julai 2011, laluan SBK adalah salah satu dari tiga laluan MRT Lembah Klang (KVMRT) yang akan dibangunkan.

Dua laluan lain adalah MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) yang bermula, pada 15 September lalu dan MRT Laluan 3 yang kini dalam peringkat kajian kebolehlaksanaan (feasibility study).

-AA-

Categories
NASIONAL

Projek MRT Sungai Buloh-Kajang berjalan lancar

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Pembangunan projek Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bagi jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK) berjalan lancar dengan kerja utama projek disiapkan mengikut jadual.

Pengarah Operasi dan Bahagian Pengurusan Aset MRT Corp, Mahmood Abdul Razak, berkata sehingga Mei lalu, keseluruhan pembangunan projek jajaran SBK sudah mencapai 86.25 peratus siap membabitkan laluan sejauh 51 kilometer (km) dan penyediaan 31 stesen.

Beliau berkata, semua kerja pembinaan awam bagi stesen dan landasan bertingkat serta seksyen landasan berjejambat sudah siap dibina.

Mahmood“Kami yakin operasi MRT bagi fasa pertama akan mula beroperasi Disember ini membabitkan laluan dari stesen Sungai Buloh ke Stesen Semantan dengan 12 stesen.

“Bagi fasa kedua pula, ia akan dibuka keseluruhannya pada Julai tahun depan dari Stesen Sungai Buloh hingga ke Stesen Kajang,” katanya kepada pemberita ketika sesi penerangan di sini, hari ini.

Mahmood berkata, pihaknya kini menumpukan kerja pembinaan stesen dan pintu masuk serta pemasangan jejambat yang menghubungkan jalan dengan kemudahan di stesen.

Katanya, bagi operasi fasa pertama, sebanyak 24 kereta api diperlukan dan ia sudah dihantar ke MRT Depot Sungai Buloh.

“Kita jangka memulakan percubaan terhadap operasi bagi fasa pertama, pada 1 Oktober ini. Kita akan menempatkan 140 bas bagi kemudahan orang ramai untuk fasa pertama di seluruh 12 stesen,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Selangor perlu kaji nisbah plot 1:8, pastikan rakyat selesa

Oleh : AFEEQA AFEERA

SUBANG JAYA, 18 OKT : Pemimpin DAP Selangor mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengkaji semula cadangan menaikkan nisbah plot dan kepadatan di Puchong dan Subang Jaya dalam pelan Pembangunan Berorientasi Transit (TOD).

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, berkata fokus harus diberikan kepada penyelesaian kesesakan lalu lintas di kedua-dua kawasan sebelum isu nisbah plot dibangkitkan.

Katanya cadangan meningkatkan pembangunan juga tidak boleh dilaksanakan buat masa ini dan dibantah penduduk setempat.

Projek-mrt-300x202“Idea meningkat nisbah plot bukan sesuatu yang baru, tetapi Puchong tidak bersedia untuk jenis pembangunan itu disebabkan masalah lalu lintas yang serius.

“Saya faham kita sedang bergerak ke era memiliki sistem Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT), tetapi isu peningkatan nisbah plot itu masih terlalu awal untuk difikirkan.

“Kerajaan Negeri perlu menyelesaikan masalah trafik dulu kerana keberkesan LRT dan MRT masih belum terbukti untuk menyuraikan lalu lintas,” katanya dalam sidang media hari ini.

Terdahulu, Jawatankuasa Jabatan Perancang Negeri meluluskan garis panduan yang membolehkan TOD dilaksanakan dalam lingkungan 400 meter daripada stesen LRT dan MRT.

Jawatankuasa itu turut meluluskan peningkatan nisbah plot kepada 1:8 berbanding sebelumnya iaitu 1:4.

Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata peningkatan kemudahan pengangkutan awam tidak boleh dijadikan alasan untuk meningkatkan nisbah plot.

Beliau berkata pihaknya tidak pernah menentang pembangunan TOD, namun ia mesti menepati sasaran yang betul memandangkan ia menyebabkan kos hartanah semakin meningkat.

“Bas Rapid Transit (BRT) adalah contoh yang perlu dilihat jawatankuasa perancang kerana tidak berjaya mengurangkan kesesakan dan kurang mendapat sambutan disebabkan harga tambang yang mahal.

“Jawatankuasa tidak boleh menganggap apabila kemudahan awam ditingkatkan, maka nisbah plot juga boleh dinaikkan, justeru saya berpendapat Kerajaan Negeri perlu perjelaskan kepada Adun terlibat.

“Sehingga LRT atau MRT terbukti dapat mengurangkan kesesakan, kita tidak benarkan nisbah plot dinaikkan,” katanya.

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bercadang untuk melaksanakan pelan TOD dengan meningkatkan nisbah plot kepada 1:8 berdasarkan garis panduan baru.

Bagaimanapun cadangan itu dibantah penduduk setempat kerana ia akan menyebabkan masalah lalu lintas yang lebih kritikal.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Projek LRT 3 perlu dapatkan suara rakyat, pastikan bermanfaat

KUALA LANGAT, 17 MEI: Pembangunan pengangkutan awam termasuk projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT 3) perlu melibatkan maklum balas pengguna dan penduduk bagi memastikan projek itu memberikan manfaat rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata Kerajaan Selangor menyokong mendukung inisiatif pembangunan pengangkutan awam bernilai RM9 bilion itu yang bermula pada suku pertama tahun depan.

segi mb markshort“Dalam perbualan bersama Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berhubung perkara ini, saya mahu mereka melibatkan penduduk dan pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklum balas terbaik sebelum menyerahkan cadangan kepada Kerajaan Negeri.

“Maklum balas dan input daripada penduduk diraih terlebih dahulu sebelum Kerajaan Negeri membuat keputusan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan portal segifresh2u di Pasaraya SegiFresh di Telok Panglima Garang, di sini, hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Selangor menyokong inisiatif pengangkutan awam kerana ia adalah sistem pengangkutan efisen, murah dan mengurangkan pelepasan karbon.

“Saya tidak mahu lagi Kerajaan memilih hanya satu pilihan iaitu lebuh raya dan kita sendiri menolak pembangunan lebuh raya seperti Kidex kerana ia tidak mengurangkan kadar penggunaan kenderaan.

“Buat banyak manapun lebuh raya ia tidak membantu masalah trafik,” katanya.

LRT 3 dibangunkan Prasarana dijangka siap 31 Ogos 2020 bakal memanfaatkan dua juta pengguna sepanjang 36 kilometer yang menghubungkan Bandar Utama, Damansara dan Johan Setia di Klang menjelang 2025.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: LRT & MRT patut dilengkapi jaringan pengangkutan awam sempurna

KUALA LANGAT, 17 MEI: Projek pengangkutan awam aliran transit ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa Lembah Klang (MRT) perlu dilengkapi jaringan pengangkutan awam sempurna dan perkhidmatan bas pengantara.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata pembangunan projek itu tanpa perancangan rapi menghubungkan kawasan kediaman, kilang dan bandar untuk ke stesen menimbulkan masalah kepada pengguna.

Projek-mrt-300x202“Lihat sahaja hari ini, ada LRT tetapi ia tidak dilengkapi perkhidmatan bas pengantara efisen.

“Sebab itu kita masih lagi ke stesen LRT dengan kenderaan sendiri. Masalah kesesakan di stesen, parkir tidak cukup sehingga berlapis,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas melancarkan portal segifresh2u di Pasaraya SegiFresh di Telok Panglima Garang, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata biarpun inisiatif itu diluar bidang kuasa negeri, Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan bas pengantara dan bas percuma.

“Di Petaling Jaya kita ada 10 bas baru yang lengkap dengan kemudahan penyaman udara termasuk wifi. Sementara mulai Jun, lima bas seumpamanya disediakan di Shah Alam.

“Walaupun kosnya tinggi tetapi itu tanggungjawab Kerajaan Negeri sediakan pengangkutan awam efisen untuk rakyat,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Gagal janji keharmonian kaum, Najib perlu contohi tindakan Azhar

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 OGOS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran mencontohi tindakan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid yang meletakkan jawatan ekoran kemalangan di tapak pembinaan projek yang meragut nyawa tiga pekerja warga asing, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, berkata saranan itu perlu diambil Najib ekoran pelbagai krisis dan tragedi yang menimpa negara sejak kebelakangan ini di bawah pentadbirannya.

najib-razak1-may7-540x320Katanya, Najib juga gagal mengawal perhimpunan awam yang menimbulkan rusuhan dan kenyataan berbaur perkauman, bahkan Najib dan barisan kabinetnya gagal mengawal sentimen negatif itu terutama ketika negara menghampiri ulang tahun kemerdekaan ke-57.

“Najib gagal menjanjikan keharmonian kaum di saat negara menghampiri ulang tahun kemerdekaan ke-57 beberapa hari sahaja lagi dan beliau langsung tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau bertanggungjawab ke atas kegagalan itu.

“Najib juga kelihatan selamba sahaja bersetuju dengan kenyataan perkauman, termasuk kenyataan ‘balik Tongsan’ oleh orang sama yang mengetuai rusuhan di ibu pejabat DAP.

AZHAR ABDUL HAMID / SIDANG MEDIA MRT“Sewajarnya Najib dan pentadbirannya mencontohi tindakan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid yang meletakkan jawatan,” katanya dalam kenyataan media.

Pada 18 Ogos lalu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir membuat kenyataan menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan Najib Razak kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir dalam tulisan di blognya menyindir Najibdengan analogi ‘Datuk-datuk’ yang memberikan nasihat salah kepada ‘raja’ hanya kerana ingin menyenangkan hati ketuanya itu.

Mengulas kritikan itu, Lip Eng berkata, pujian atas pendekatan Najib menangani tragedi MH17 yang kononnya lebih hebat daripada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Presiden Rusia, Vladimir Putin oleh bekas pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein tidak boleh menjadi ukuran prestasinya apabila beliau ternyata gagal dalam banyak hal lain.

limlipeng“Beliau ternyata gagal dalam banyak hal lain. Kejadian di tanah air sendiri terus gagal ditangani termasuk kejadian pencerobohan dan penculikan yang terus berlaku berulang kali di Sabah,” katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini berulang kali mendedahkan salah laku, pembaziran dan kepincangan urustadbir membabitkan pentadbiran Najib setiap kali pembentangan bajet, pada bulan Oktober.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

MRT Corp & Kontraktor MRT perlu tingkat keselamatan kawasan pembinaan

Oleh: Syed Ibrahim Syed Noh

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius beberapa insiden kemalangan di tapak projek pembinaan Transit Aliran Massa atau Mass Rapid Transit (MRT) dan menggesa langkah-langkah keselamatan ditingkatkan segera.

Semalam 19 Ogos 2014, tiga orang pekerja binaan lelaki warga Bangladesh maut selepas dilaporkan dihempap landasan konkrit seberat 650 tan di tapak projek MRT berkenaan pada 8.30 malam semasa pemasangan tembok penghadang (parapet).

MRTDua insiden kemalangan telah dilaporkan pada tahun ini juga iaitu 24 Jun 2014 dan 26 Jun 2014, masing-masing di tapak pembinaan MRT berhampiran Pusat Bandar Damansara dan di Jalan Lapangan Terbang Subang.

Berikutan daripada insiden-insiden tersebut, para pengguna jalanraya khususnya di kawasan tapak pembinaan MRT bertambah bimbang dan risau akan keselamatan mereka. Demikian juga halnya dengan penduduk tempatan yang tinggal berhampiran kawasan pembinaan tersebut. Dipercayai perasaan yang sama dialami lebih-lebih lagi oleh pekerja binaan projek berkenaan.

IKRAM menghormati sikap tanggungjawab yang dipamerkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid apabila beliau meletakkan jawatan sebagai tanda memikul tanggungjawab penuh atas insiden maut semalam.

Namun, IKRAM berpendapat langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan untuk meyakinkan dan memberi jaminan kepada keselamatan rakyat dan pekerja:

1. Hentikan sementara kerja-kerja di tapak pembinaan Kota Damansara sehingga pemeriksaan keselamatan terperinci dilakukan dan disahkan selamat.

2. Laksanakan pemeriksaan keselamatan di semua tapak pembinaan MRT di Lembah Klang dan ambil langkah pencegahan segera.

3. Siasat secara terperinci punca insiden di Kota Damansara dan kemukakan laporan penemuan serta saranan dengan telus dan bertanggungjawab kepada rakyat. Laporan insiden-insiden terdahulu juga perlu didedahkan kepada rakyat.

4. Pihak MRT Corp, syarikat kontraktor utama dan syarikat-syarikat subkontraktor perlu bekerjasama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi lain yang berkenaan, untuk mengesahkan bahawa semua keperluan keselamatan telah dipenuhi sebelum pekerjaan dimulakan. Hal ini termasuklah bahan-bahan pembinaan yang digunakan, alat-alat keselamatan pekerja, laluan pekerja, tempoh waktu pekerja, laluan kenderaan dan amaran lalu lintas.

5. Semua pihak yang berkenaan perlu melakukan pemeriksaan keselamatan secara berkala termasuk mengadakan pemeriksaan mengejut supaya keselamatan terjamin dan dipatuhi pada setiap masa khususnya semasa pembinaan.

IKRAM berpandangan isu keselamatan semua pihak terutamanya rakyat dan pekerja mestilah menjadi keutamaan dan tidak diambil mudah semata-mata untuk mengejar pembangunan segera MRT, bangunan pencakar langit atau pembangunan serta pelebaran jalan raya.

* Syed Ibrahim Syed Noh adalah Naib Presiden IKRAM & Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani

Categories
NASIONAL

Siasat kemalangan di tapak pembinaan MRT, elak kejadian berulang

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 19 OGOS: Pihak berkuasa perlu memberi perhatian terhadap kejadian kemalangan di tapak pembinaan MRT yang meragut tiga pekerja asing.

Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai berkata pihak berkuasa perlu menyiasat punca kejadian serta mencadangkan piawaian keselamatan yang lebih tegas serta mendahulukan keselamatan pekerja dan orang awam.

MRTBeliau berkata, kemalangan runtuhan konkrit seberat 300 tan membunuh tiga pekerja asing tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi projek MRT sepanjang 51km itu dijangka siap hanya pada Julai 2017.

“Adakah pihak berkuasa dan juga kontraktor telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya bagi memastikan kemalangan sedemikian tidak lagi berulang?

“Kerajaan seharusnya berusaha memperbaiki sistem pengangkutan awam di Lembah Klang dan membangunkan hub pengangkutan dengan projek sambungan LRT dan MRT demi kebaikan orang ramai.

“Kemalangan yang kian kerap bukan sahaja membahayakan nyawa pekerja binaan tetapi mengancam keselamatan orang awam,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Beliau turut menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Albar jawatan kerana gagal menyelia perjalanan projek sehingga kemalangan sebegini sering berlaku dan membahayak keselamatan awam?.

Selain itu, beliau turut menggesa pihak berkuasa membuat penilaian semula terhadap semua kontraktor dalam memastikan mereka mematuhi prosedur kerja pembinaan yang ketat.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid mengumumkan meletak jawatan serta merta kerana mengambil tanggungjawab kejadian konkrit runtuh di projek MRT di Kota Damansara yang mengorbankan tiga pekerja itu.

Beliau mengumumkan peletakan jawatan itu di pejabat pembinaan Mass Rapit Transit hari ini.

EZY

Categories
NASIONAL

Landasan MRT jatuh, seorang mayat ditemui usaha mencari giat dijalankan

SHAH ALAM 19 OGOS: Mayat seorang daripada tiga pekerja binaan warga Bangladesh yang maut dalam runtuhan bahagian konkrit landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara, ditemui kira-kira pukul 2.34 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, mangsa ialah Mohammad Elahi Hossain, 27.

MRTOperasi mencari dua lagi mayat masih diteruskan.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam tadi, sebahagian landasan MRT itu terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu dijalankan.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataan berkata dua pekerja lain adalah Mohamad Faruk Khan dan Mohammad Alauddin Mollik.

“Usaha menyelamat masih berjalan dan pasukan tindakan kecemasan sedang bersedia di tempat kejadian, kata kenyataan itu.

Sebahagian landasan MRT itu terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu berjalan.

Landasan itu dibuat daripada 14 unit galang kotak sepanjang 38 meter.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang berada di tempat kejadian melahirkan kekesalan atas kejadian itu.

“Walaupun siasatan sedang dijalankan, MRT Corp akan bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden itu. Sebaik sahaja siasatan selesai, tindakan akan diambil terhadap mereka yang beertanggungjawab, katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat berkata pihaknya sedang menggunakan kaedah “tunnelling” iaitu mengorek lubang di tepi runtuhan landasan konkrit di tapak itu bagi mengesan kedudukan mangsa yang tertimbus.

Beliau berkata khidmat anjing pengesan dari unit K9 Bomba turut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat tiga pekerja Bangladesh itu yang dijangka berterusan sehingga awal pagi ini.

“Usaha sedang dijalankan menggunakan kaedah tunnelling kerana konkrit berkenaan terlalu berat dan panjang untuk dialihkan,” katanya.

Katanya, kesemua 14 unit landasan itu adalah seberat 490 tan.

EZY

JURNAL BERITA – PAS Selangor akan ambil tindakan jika terbukti ahli kutip sewa pasar

1. Taman Tasik Seri Aman hilang seri, bakal lenyap dengan timbunan sampah

2. Biaya projek MRT berbilion ringgit, gagal sedia hub selesa pemandu bas

3. 180 PPR Kota Damansara siap baik pulih September ini

4. PAS Selangor akan ambil tindakan jika terbukti ahli kutip sewa pasar

5. 3 lagi anak syarikat PKNS bakal tandatangan Ikrar Integriti Korporat

6. Empangan Sungai Selangor terus catat peningkatan

7. Program pemeriksaan kesihatan percuma, inisiatif bantu golongan OKU

8. 17 cabang PKR adakan pemilihan semula minggu ini

9. SPR umum PRK Teluk Intan 31 Mei, penamaan calon 19 Mei

10.Negara Islam bukan negara hudud, tidak berkisah darah atau nyawa

11.Najib penipu besar, ‘lupa’ janji mansuh Akta Hasutan

12.3 pemimpin mahasiswa UM terima surat tunjuk sebab

13.Penduduk gesa PBT segera ambil tindakan pada pihak cemar Taman Tasik Seri Aman

14.GST: Jangan paksa mahasiswa jadi pak turut