Categories
NASIONAL SELANGOR

Penganjur perlawanan Barcelona FC beri cek tendang -FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 25092013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerugian RM322,471 berikutan penganjur perlawanan persahabatan bola sepak antara Malaysia dengan FC Barcelona menggunakan cek tendang.

2. Mengapa sebuah firma pengurusan diupah RM20 juta untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)? Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming meminta Menteri Pendidikan 1 Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab kerana firma antarabangsa itu tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan.

3. Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran diarah keluar sidang Dewan Rakyat semata-mata kerana membangkitkan pertanyaan terhadap kes kematian dalam tahanan.

Categories
SELANGOR

Mengapa firma asing dibayar RM20 juta rangka PPPM?

zairil khir johari ongkian mingKUALA LUMPUR, 24 SEPT: Mengapa sebuah firma pengurusan diupah RM20 juta untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)?

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming meminta Menteri Pendidikan 1 Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab kerana firma antarabangsa itu tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan.

Tegas mereka, Malaysia sudah mempunyai pakar tempatan yang amat berkemampuan untuk merangka pelan pembangunan pendidikan seperti Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Dr Faridah Abu Hassan dan Pengarah NKRA dan NKEA Pendidikan, Tengku Azian Tengku Shariman, serta barisan pegawai di Kementerian Pendidikan dan di Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

“Mengapa JPM tidak memilih untuk menggunakan kepakaran dan tenaga kerja dalam kementerian dan PEMANDU untuk menyediakan PPPM 2013-2025? Apakah sebab Kementerian memilih untuk bazirkan RM20 juta mengupah pakar perunding yang mahal?” soal Zairil.

Semalam, Muhyiddin memberitahu firma Amerika Syarikat itu dibayar RM4,705,400 untuk fasa pertama dan RM15,860,000 untuk fasa kedua menyediakan PPPM.

Pelan tersebut mendapat kritikan dari pelbagai pihak kerana tidak membawa perubahan menyeluruh dan hanya menumpukan perubahan pentadbiran.

“Ada kemungkinan bahawa satu dua rakan kongsi utama McKinsey dulu terlibat dalam perundingan untuk projek-projek pendidikan tetapi pengalaman mereka tentu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan panel pakar yang menyertai pasukan petugas projek serta panel-panel penilai bebas,” kata Dr Ong.

Mereka juga mendakwa peranan firma McKinsey itu tidak didokumenkan dalam blueprint berkaitan.

“Jika bukan kerana soalan kepada Parlimen dan sidang media ini, pihak Kementerian tidak akan diminta untuk mendedahkan peranan dan kos mengupah McKinsey,” dakwa mereka.

Menurut Dr Ong, RM20 juta yang dibayar kepada McKinsey itu boleh membiayai pembinaan 4 sekolah baru bernilai RM5 juta setiap satu.

Categories
NASIONAL

Menteri juga hantar anak ke luar negara

tian chua pc pkr 01SHAH ALAM, 11 SEPT :  Menteri Kerajaan Pusat yang menghantar anak-anak mereka belajar di luar negara menunjukkan krisis keyakinan yang serius terhadap pelan pendidikan Malaysia.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang berkata, pihak yang tidak bersetuju dengan pelan pendidikan negara boleh menghantar anak-anak mereka ke luar negara

“Itu sebab mereka tidak peduli tentang pembangunan pendidikan negara, sebab mereka lebih utamakan masa depan anak-anak mereka sendiri dengan pendidikan luar negeri,” tegas beliau.

Baru-baru ini Idris berkata, tiada bantahan dan kritikan yang boleh menghentikan rancangan Putrajaya meneruskan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM).

Pelan berkenaan menerima reaksi negatif daripada pertubuhan persatuan Cina seperti Dong Zhong dan juga parti politik Pakatan Rakyat (PR).

“Menteri Pendidikan sepatutnya mengadakan pusingan kedua perundingan dengan pihak awam secara intensif untuk mendapatkan pandangan daripada kumpulan berkepentingan yang berbeza untuk diterapkan dalam dokumen akhir pelan pendidikan seperti yang dijanjikan,” jelas ahli akademik, Ong Kian Ming dalam satu kenyataan media.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang, menjelaskan banyak pihak yang prihatin telah meminta Kementerian supaya tidak tergesa-gesa melaksanakan PPPM, tetapi memberi lebih banyak masa untuk mengkaji rancangan itu.

Menurut Ong, pengkritik, antaranya seperti yang disebut dalam memo dalaman Panel Penilai Bebas Malaysia yang diketuai Naib Canselor Albukhary International Universiti, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, berpendapat perubahan yang dinyatakan dalam PPPM bersifat ‘incremental’ dan bukan pembaharuan kritikal yang perlu untuk memulihkan sistem pendidikan negara.

Menurutnya lagi, cadangan seperti pembinaan sekolah-sekolah aliran seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR) mengikut keperluan dan permintaan ibu bapa diabaikan dalam PPPM.

Antara yang diabaikan juga adalah penyelarasan sekolah-sekolah teknikal, vokasional dan kemahiran antara kementerian-kementerian, dan meluaskan peranan Kerajaan Negeri dan daerah.