Categories
SELANGOR

Pembangunan sukan seluruh daerah cungkil bakat baharu

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 2 JULAI: Program pembangunan sukan digerakkan di setiap daerah di Selangor bagi melahirkan bakat baharu berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat negeri dan kebangsaan.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata program terbabit juga adalah salah satu fokus sebagai persiapan pasukan Selangor untuk menghadapi temasya sukan seperti Sukan Malaysia (Sukma) tiga tahun lagi.

Sukan Selangor“Kita memberi penekanan kepada sukan olahraga selain setiap daerah perlu memilih sekurang-kurangnya dua sukan lain sebagai pilihan untuk dimajukan.

“Setiap daerah perlu membangunkannya dalam tempoh dua tahun hasil kerjasama Majlis Sukan Sekolah Daerah dan kelab di sekitarnya,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor sudah membahagi-bahagikan tanggungjawab itu kepada semua daerah di negeri berkenaan.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri berharap program membuahkan hasil dan Selangor mampu memberi cabaran bermakna dalam Sukma nanti.

“Namun ia masih di peringkat awal dan kita belum menyalurkan dana secukupnya.

“Tahun hadapan kita akan cuba memohon peruntukan bagi program berkenaan,” katanya.

Berhubung pembangunan sukan wanita, beliau berkata, program dijalankan adalah menyeluruh dan ia merangkumi semua dengan tidak membezakan antara lelaki dan wanita.

“Dalam sukan, kita tidak mengikut gender. Contohnya badminton, ada lelaki dan wanita, begitu juga banyak sukan lain,” katanya.

EZY

Kerajaan Negeri Sedia Kaji Peruntukan Tambahan Pembangunan Sukan Selangor

sukma selangor juara july 08 01

SHAH ALAM, 9 JULAI: Selepas kejayaan Selangor merangkul kejuaraan Sukan Malaysia XVI (Sukma XVI), Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan menambah peruntukan bagi pembangunan sukan di negeri itu.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, peruntukan tambahan tersebut akan disalurkan kepada mana-mana persatuan yang memerlukan peruntukan bagi membiayai sokongan latihan.

“Saya telah mintak Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor memberikan saya mana sukan-sukan yang perlukan peruntukan tambahan supaya dapat dipertingkatkan lagi.

“Ia juga mana-mana sukan yang perlu mendapat sokongan daripada segi latihan.

Sebab kita rasa kita ingin memastikan bahawa Sukma yang akan berlangsung tahun depan, Selangor akan dapat bersaing dengan lebih hebat lagi,” kata Abdul Khalid.

Sebelum ini, Ketua Kontinjen Sukma XVI Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi memberitahu, beliau berharap Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan peruntukan bagi membangunkan sukan di Selangor.

Menurut beliau, peruntukan tambahan tersebut diperlukan bagi memastikan Selangor dapat mempertahankan kejuaraan dalam Sukma tahun depan dan untuk pembangunan sukan Selangor secara menyeluruh.

Dr Ahmad Yunus yang juga Exco Belia dan Sukan Selangor juga menambah, berbanding negeri lain yang menerima peruntukan sukan sehingga mencecah RM10 juta, Selangor hanya menyediakan peruntukan RM5 juta setahun.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Dr Yunus Jumpa KBS Bincang Pembangunan Sukan Dan Belia Selangor

Group Olahragawan dan olahragawati 2012

SHAH ALAM 6 JUN : Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat bagi membincangkan kerjasama dan halatuju pembangunan sukan di negeri itu.

Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, penggal yang lalu beliau tidak menafikan pihaknya menghadapi situasi seperti dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat berkaitan sukan dan belia di Selangor.

Beliau mengharapkan Khairy Jamaluddin selaku Menteri Beliau dan Sukan yang baru dengan sikap terbukanya yang cuba ditonjolkan untuk mendekaptkan diri dengan belia akan memudahkan urusan ini.

“Kita merancang untuk berjumpa beliau supaya diharapkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri tidak dianaktirikan,” kata beliau.Yunus Hairi

Jelas beliau, pertemuan rasmi itu dijangkakan akan diadakan pada minggu depan dan surat rasmi sudah dihantar dan hanya menunggu respon daripada pihak KBS.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Penyampaian Anugerah Sukan Negeri Selangor 2012 yang diadakan di Grand Ballroom Hotel Concorde di sini.

Kata beliau lagi, Kerajaan Pusat tidak wajar untuk meminggirkan negeri Selangor dalam pembangunan sukan kerana negeri ini terbukti melahirkan atlet-atlet terbaik yang banyak menyumbang kepada kemajuan sukan negara.

“Peruntukan daripada Kerajaan Pusat wajar diberi tanpa melihat batasan politik kerana kita mahu memajukan sukan di negara kita,” kata Dr Yunus.

Ujar beliau lagi, untuk penggal kedua pentadbiran Pakatan Rakyat ini penumpuan konsep ‘Sukan Untuk Semua’ akan diteruskan bagi memajukan sukan negeri.

“Kita memberikan penumpuan kepada sukan berprestasi tinggi yang mana kecemerlangan negeri Selangor yang melahirkan atlet berjaya menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

“Kerajaan Negeri bersedia memberikan peruntukan untuk pembangunan sukan dan penambahbaikan kemudahan sukan di negeri ini,” kata beliau.