Categories
SELANGOR

Bantuan baja, Petani Sungai Besar hargai keprihatinan Kerajaan Negeri

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SABAK BERNAM, 15 MEI : Komitmen Kerajaan Negeri memacu pertumbuhan industri pertanian luar bandar dihargai petani di kawasan Parlimen Sungai Besar.

Bukan hanya gula-gula pilihan raya, inisiatif berterusan Kerajaan Negeri membantu golongan petani mendorong perkembangan positif hala tuju industri pertanian negeri.

PadiHaliji Ahmad, 59, berkata banyak perubahan dinikmati petani sejak 2008 selepas tampuk pentadbiran negeri di bawah Kerajaan Pakatan.

“Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan sekarang ini yang sentiasa peduli akan kebajikan golongan petani.

“Sejak 2008, kita menerima banyak insentif berterusan dan galakan daripada kerajaan untuk lebih aktif meningkatkan hasil tanaman padi.

“Alhamdulillah, semoga bantuan ini akan terus disalurkan pada masa-masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Noraishah Abu Semah, 34, menyarankan Kerajaan Negeri memfokuskan usaha kepada program jangka panjang membantu golongan petani muda.

Katanya, tanggapan negatif golongan muda terhadap aspek pertanian perlu diberi perhatian Kerajaan Negeri dalam usaha menggalakkan golongan muda menceburi bidang ini.

“Kita hargai sumbangan seperti ini. Namun lebih baik juga jika golongan muda diberi pendedahan secara menyeluruh tentang kelebihan menceburi bidang pertanian ini.

“Sekarang ramai anak muda lebih memilih untuk berhijrah ke bandar tanpa mengetahu bahawa bidang pertanian sememangnya boleh menjana pendapatan lebih lagi,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

500 petani Sungai Besar terima bantuan tingkat produktiviti

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SABAK BERNAM, 15 MEI : Seramai 500 petani di DUN Sungai Panjang menerima sumbangan baja dan racun perosak pada Majlis Penyerahan Bantuan Peningkatan Hasil Padi di Dewan Binjai Sungai Panjang.

Majlis dirasmikan Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sallehin Muhyi.

Petani BajaSumbangan ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri memastikan golongan petani luar bandar meningkatkan lagi produktiviti hasil pertanian mereka.

Zaidy dalam ucapan perasmiannya berkata menggalakkan lebih ramai petani menghasilkan pengeluaran penghasilan padi sehingga 10 metrik tan sehektar semusim.

“Masih terdapat juga petani yang hanya menghasilkan pengeluaran padi di bawah purata penghasilan padi Selangor di bawah 6.15 tan metrik untuk sehektar.

“Menyedari hakikat tersebut, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Selangor merangka program berkaitan untuk meningkatkan hasil padi,” katanya.

PadiBeliau berkata, antara program diberi tumpuan termasuklah Program Natural Farming atau pertanian lestari.

“Bantuan baja mikrob diberikan kepada petani merupakan antara elemen atau kaedah penghasilan padi yang lebih bersifat semula jadi ke arah melestarikan pertanian,” katanya.

Sementara itu, Sallehen berharap insentif dihulurkan Kerajaan Negeri ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya petani seluruh negeri untuk menambah pendapatan.

“Insentif ini supaya pertani lebih serius membangunkan aktiviti kerana kita akui wujudnya kekangan daripada sebahagian petani untuk mengeluarkan modal.

“Lebih-lebih lagi petani juga tidak terlepas dihimpit kos penggunaan pengeluaran hasil padi sebanyak 20 peratus ketika ini,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Petani lega bantuan beri nafas baru

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 20 APR: Beban hidup golongan petani di Selangor berkurangan melalui inisiatif Kerajaan Negeri yang meluluskan peruntukan geran projek pertanian.

Petani, Siti Fatonah Marzuki, 50, berkata, bantuan itu meringankan bebannya yang mengusahakan tiga ladang pertanian sejak 2012.

fathonah a“Selepas menerima geran, saya mudah mendapat bantuan dan pihak terbabit sentiasa prihatin dan memantau ladang jika terdapat masalah.

“Bantuan yang diberi dapat memperkembangkan lagi pertanian saya,” katanya.

Siti Fatonah berkata demikian pada Majlis Hari Bertemu Pelanggan dan Penyampaian Geran Pembangunan Projek Pertanian 2015 anjuran Jabatan Pertanian Daerah Kuala Selangor yang dirasmikan Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib.

Sementara itu, Borhanudin Halimi, 45, berkata walaupun kos barangan semakin meningkat, namun tidak menjejaskan pendapatannya kerana kemudahan baja dan racun serangga yang diperuntukkan Kerajaan Negeri.

YB Zaidy menyampaikan geran projek pertanian di Kuala Selangor (ASRI)“Saya sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan pihak yang meluluskan permohonan golongan petani tempatan.

“Saya berharap kerajaan meneruskan usaha memberi bantuan kepada petani supaya industri pertanian di Malaysia lebih maju,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: Penanaman padi 5 kali setahun, kesuburan tanah jadi pertikaian

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 APR: Penanaman padi lima kali dua tahun diyakini meningkatkan pengeluaran padi Selangor, seterusnya mengukuhkan ekonomi pesawah.

Lebih 40 tahun bergelumang di bendang, Fadzlin Taslimin, 67, mengingatkan pihak berkaitan untuk menyediakan prasarana lengkap.

“Kita tidak mahu gagal sebab prasarana tidak mencukupi, yang memberi kesan langsung kepada pengeluaran padi.

“Dengan tunjuk ajar dan cara betul, pasti matlamat meningkatkan pengeluaran padi dan pendapatan pesawah berjaya,” kata bapa kepada lima anak itu.

benih_padi_KSelangor_hires-WEB BARUMohd Maksum Ramli, 52, dari Sungai Besar pula berkata tanaman dua kali setahun tidak lagi produktif.

“Daripada biar tanah berehat lama, lebih baik dikerjakan. Hasil pun dapat kepada negeri, juga pesawah atau penyewa petak.

“Kalau biar lama pun, tikus berleluasa seterusnya penjagaan di sawah juga kurang, tanah terbiar,” kata Ketua Kumpulan Petani Barat Laut Selangor itu.

Zulkifli Ibrahim, 40, berpendapat tanaman lima kali dua tahun langkah terbaik membuka peluang ekonomi kepada penduduk tempatan.

“Contohnya, jika ibu tunggal yang sewakan petak sawah, sebelum ini mungkin dua tahun empat kali, tetapi lepas ini dapatlah wang sewa untuk lima kali dalam tempoh sama.

“Begitu juga dengan penduduk kampung, mungkin ada lebih peluang untuk mengerjakan sawah,” katanya.

Bagaimanapun, Abu Bakar Yahaya, 51, dari Sungai Burong berkata beliau mahu tanaman dua kali setahun diteruskan.

“Pengeluaran padi lebih berkualiti dengan keadaan tanah cukup rehat dan cukup masa dikerjakan pesawah.

“Kalau masa rehat pendek, kita pun tidak sempat kemas kini tanah, hasil juga dikhuatiri tidak memuaskan,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Najib: Rugi bagi petani subsidi minyak sebab hanya pakai ‘kapchai’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SERDANG, 22 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap kenaikan harga petrol berikutan langkah kerajaan memansuhkan subsidi petrol tidak akan memberi kesan kepada golongan petani negara.

Najib berkata, hal itu disebabkan golongan petani negara terdiri daripada mereka bermotosikal enjin berkapasiti kecil yang beliau sebut sebagai ‘kapchai’ berbanding golongan kaya yang menggunakan kereta mewah.

“Rugi kita beri subsidi minyak sebab apa? Tuan-tuan semua bawak kapchai. Betul tak?

“Orang di sini (bandar) pakai kereta Mercedes, kereta besar. Sekali isi minyak 75 liter, kita isi minyak tujuh liter sebab motor kapchai,” kata Najib dalam ucapan perasmian Expo MAHA 2014, di sini, hari ini.

Jelas beliau, kerajaan akan menyalurkan peruntukan yang lebih besar terhadap sektor pertanian jika mekanisme baru ini berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Najib turut membandingkan kenaikan harga minyak di Indonesia 55 sen yang menurutnya lebih tinggi berbanding Malaysia.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Najib: Petani tak terkesan kenaikan petrol sebab hanya pakai ‘kapchai’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SERDANG, 22 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap kenaikan harga petrol berikutan langkah kerajaan memansuhkan subsidi petrol tidak akan memberi kesan kepada golongan petani.

Najib berkata, hal itu disebabkan golongan petani negara terdiri daripada mereka yang menggunakan motosikal enjin berkapasiti kecil yang beliau sebut sebagai ‘kapchai’ berbanding golongan kaya yang menggunakan kereta mewah.

Berita selanjutnya bakal menyusul…

-NFN-

 

Categories
SELANGOR

MB rasai pengalaman sembur baja padi di Sekinchan

Oleh: AFIX REDZUAN

SABAK BERNAM, 24 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hari ini mengadakan lawatan kerja ke Daerah Sabak Bernam bersama pimpinan Kerajaan Negeri.

Ini merupakan aktivi turun padang kali keempat yang dilakukan beliau selepas dilantik menjadi Menteri Besar pada 23 September lalu.

10710930_891502750860905_7929737292856932150_nLawatan kerja ini dimulakan di Majlis Perhimpunan Bulanan bersama penjawat awam di Dewan Seri Bernam.

Aktiviti diteruskan dengan kunjungan ke Kampung PPRT Desa Kasih yang telah dilanda banjir pada 8 Oktober lalu.

Mohamed Azmin melawat kawasan berkenaan dan mendapati sistem pengairan di kampung berkenaan berhadapan masalah besar sehingga mengakibatkan banjir yang berlaku awal bulan ini berlarutan selama empat hari.

Beliau turut mendengar taklimat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabak Bernam serta meluluskan peruntukan berjumlah RM600,000 untuk kerja-kerja penstrukturan semula sistem pengairan kampung berkenaan.

turun sekinchanBeliau seterusnya dibawa ke Jeti Nelayan Bagan  Sekinchan untuk mendengar sendiri masalah nelayan yang berhadapan kesulitan mengenai status pembinaan jeti perikanan di tanah milik Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan tempat pengumpulan ikan.

Kerajaan Selangor mencadangkan supaya tanah yang telah dibina untuk kemudahan jeti diwartakan sebagai rizab awam serta pajakan untuk tempoh lama.

Kesemua cadangan ini bergantung kepada persetujuan di antara persatuan nelayan dan Kerajaan Negeri.

mb rasai1Sejurus kemudian, Mohamed Azmin melawat Bendang Padi Side B di Sekinchan dan merasai sendiri pengalaman menggunakan mesin penyembur baja.

Beliau turut sempat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nurul Alaniah, Sekinchan selain mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama kariah setempat.

Katanya, pembinaan masjid bukan untuk bersaing masjid mana yang karpetnya lebih tebal dan penghawa dingin nyayang lebih sejuk tetapi pengisian yang perlu diutamakan.

Azmin sraSebelum mengakhiri lawatan kerja sehari ke Sabak Bernam, Mohamed Azmin sempat meninjau Sekolah Rendah Agama Harmoni Sekinchan bagi melihat suasana sekolah dan pembelajaran di situ.

“Tatkala bermesra dengan anak-anak di sini, saya terkenang pengalaman berkhidmat sebagai guru Matematik di Maktab Rendah Sains MARA Terendak suatu ketika dulu,” kata Azmin.

EZY

 

Categories
SELANGOR

Pinjaman wang : Petani perlu bayar dalam bentuk hasil

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 26 NOV : Kerajaan negeri akan memberikan bantuan secara pinjaman wang kepada petani yang perlu dibayar semula dalam bentuk hasil, menjelang 2014.

Exco Pertanian, Sallehen Mukhyi, berkata langkah itu diambil bagi membentuk sahsiah diri petani yang berdisiplin, tekun dan serius dalam perusahaan pertanian yang diceburi.

pc agrofest dan pc belia perkahwinan - 3“Contohnya, pihak yang terima pinjaman perlu membayar jumlah hasil pada masa ia dikeluarkan sehingga mencapai tahap jumlah nilai yang dipinjam.

“Hal ini kerana, kita tidak mahu lagi dengar berita kurang baik seperti sebelum ini iaitu apabila bagi bantuan anak ayam, tetapi tidak sempat jejak ke tanah dan kita beri enjin bot, dijualnya pula,” katanya.

Beliau berkata demikian di Sidang Dewan Negeri Selangor bagi menjawab soalan berkenaan rancangan meningkatkan hasil pertanian di Selangor.

Sallehen (PAS-Sabak) berkata, kerajaan negeri juga kini dalam pertimbangan untuk mengusahakan tanah terbiar bagi memperoleh hasil seperti yang dicapai ptahun lalu iaitu RM 45,500.

“Namun terdapat masalah apabila tanah itu adalah milik individu. Kita harap pihak jabatan pertanian akan mengadakan perbincangan dengan individu terbabit supaya tanah terbiar itu dapat diusahakan secara maksimum melalui usahasama,” katanya.

Mengulas perusahaan tanah simpanan milik Telekom dan Keretapi Tanah Melayu (KTM), Sallehen menjelaskan setiap pengusaha yang berminat perlu melakukan perbincangan terus dengan syarikat bertanggungjawab.

Katanya, kerajaan negeri tidak akan memberikan kelulusan, peruntukan dan bantuan kepada pengusaha yang tidak mendapatkan kebenaran pihak syarikat terlebih dahulu.

-NFN-

Lagi Petani Tanjong Karang Berdemo Bantah Subsidi Benih Padi Tidak Berkualiti

TANJONG KARANG 29 OKT: Petani di kawasan Tanjong Karang dan Sekinchan berang dan membuat laporan polis terhadap tindakan Datuk Seri Noh Omar yang memberikan tender subsidi benih padi bernilai RM164.8 juta kepada pembekal yang tidak memenuhi kriteria.

Menurut Naib Penyelaras DUN Sungai Burong, Misran Serman, laporan polis itu dibuat bersama Loo Kim Yong dan S Ragavan semalam berikutan kemungkinan wujudnya penyelewengan mengenai agihan tender benih padi sah bagi tahun 2013 hingga 2014.

Katanya, benih yang diberikan kepada petani melalui subsidi Kerajaan Pusat itu kurang berkualiti dan menyebabkan benih padi yang akan ditanam itu tidak dapat hidup serta menyebabkan pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan kerugian besar ditanggung petani.

“Para petani merasa marah dan tidak berpuas hati kerana benih padi yang diberikan melalui subsidi ini akan menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan kos yang besar bagi mengelakkan padi diserang pelbagai penyakit ,” katanya ketika ditemui selepas demonstrasi aman di hadapan Pusat Pemprosesan Benih Padi di Sungai Burong pagi ini.

Sementara itu, demonstrasi aman yang dihadiri kira-kira 30 petani di kawasan itu menuntut penjelasan lanjut oleh Noh mengenai pemberian kuota subsidi yang hanya mementingkan kroni dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membela nasib golongan berkenaan.

Dalam pada itu, Adun Sekinchan, Ng Sui Lim mendakwa, Noh Omar memberikan lebih separuh kuota subsidi benih padi berjumlah 80,000 tan metrik kepada Syarikat Seri Merbak Sdn Bhd yang didakwa dimiliki oleh Datuk Rais Zainuddin iaitu bekas ahli Exco Negeri Sembilan dan Syarikat Haji Mohd Noor yang didakwa memiliki hubungan rapat dengan Noh.

“Syarikat ini memonopoli lebih daripada jumlah kuota keseluruhan dan memberikan benih padi berkualiti rendah dan seterusnya menyebabkan penghasilan padi rendah yang akhirnya menyebabkan kerugian kepada petani,” katanya.

Sui Lim berkata, Noh Omar seharusnya meletakkan jawatan sebagai menteri kerana mempunyai pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan serta gagal menjalankan tugasnya menjaga kebajikan rakyat khususnya para petani.

“Saya mendesak Noh Omar meletakkan jawatannya sebagai menteri kerana gagal membela nasib rakyat malah didakwa mempunyai pelbagai skandal seperti penjualan tanah di Tanjong Karang dan isu kolam udang yang didakwa dimilikinya,” katanya lagi.

Sebelum ini Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menafikan dakwaan itu sambil menyifatkan isu mengenai pemberian tender benih padi kepada kroni itu sengaja dipolitikkan oleh pembangkang.