Categories
NASIONAL

Wan Azizah lancar Halaqah Ilmu Bukit Segambut

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SEGAMBUT, 26 FEB: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Program Halaqah Ilmu Bukit Segambut bagi memperkukuhkan rohani perjuangan dalam kalangan ahli parti itu, malam tadi.

Wan Azizah berkata, perjuangan menegakkan keadilan tidak lengkap dengan program memantapkan kekuatan fizikal sahaja tetapi perlu diterapkan kerohanian sekaligus melahirkan jentera yang mampu mendepani pelbagai cabaran dalam perjuangan.

DSWA“Kita dah buat pelbagai perkara untuk gerakan fizikal tetapi tidak mencukupi sekiranya tidak diterapkan dengan kerohanian.

“Malam ini adalah permulaan semula parti kita bahawa ilmu itu penting untuk semua dan perjuangan kita adalah berasaskan ilmu, amal, kerana Allah dan ikhlas,” katanya ketika melancarkan program Halaqah Ilmu Bukit Segambut, di kediamannya di Bukit Segambut, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Ketua KEADILAN Cabang Tanjung Karang, Yahya Saari berkata, program itu akan diadakan setiap hari Khamis terakhir setiap bulan dengan menampilan tokoh-tokoh agama dan ilmuan lain.

HALAQAH ILMU“Kita berharap pimpinan dan ahli-ahli KEADILAN dapat meluangkan masa untuk datang untuk berkongsi ilmu disampaikan dan semoga dapat memantapkan diri kita dalam menghadapi cabaran dalam perjuangan,” katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin.

Terdahulu, majlis menampilkan Mudir Madrasah An-Nahdhoh, Pulau Pinang, Ustaz Abdul Mutalib Maarof sebagai penceramah minggu pertama.

-nR-

Categories
NASIONAL

PRN Sarawak: KEADILAN mahu kekal satu lawan satu

Oleh: NORHAYATI UMOR

SERI KEMBANGAN, 24 FEB: Isu pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diakui tidak mudah diselesaikan.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pihaknya masih berbincang mencari jalan terbaik bagi memastikan setiap kerusi yang bakal ditandingi adalah pertandingan satu lawan satu.

WAN AZIZAH“Isu kerusi memang ada perbincangan, tetapi ia tidak semudah kita harapkan.

“Kalau boleh kita pasti dapatkan satu lawan satu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Rohingya, di sini.

Bagaimanapun, Wan Azizah berkata, Pakatan Harapan sudah bersedia untuk menghadapi PRN dan yakin mampu memenangi lebih banyak kerusi.

“Kita bersedia menghadapi PRN Sarawak memandangkan negeri itu lain dari lain.

“Apa boleh kita lakukan adalah memberi khidmat dan pilihan kepada rakyat Sarawak untuk bersama-sama kita,” katanya.

Sebelum ini, Pakatan Harapan berikrar akan mencari jalan bagi mengelak pertembungan tiga penjuru sesama parti pembangkang pada PRN Sarawak.

-AA-

Categories
SELANGOR

RM1 sehari bantu kanak-kanak Rohingya

Oleh: NORHAYATI UMOR

SERI KEMBANGAN, 24 FEB: KEADILAN akan melancarkan kempen derma RM1 sehari bagi membantu kanak-kanak pelarian Rohingya di negara ini.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata mereka perlu dibantu dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan dan sara diri.

“Kita tahu mengapa perkara ini berlaku ke atas mereka, bukan sebab agama tetapi politik itu gambaran jelas. Kita mahu mereka dibantu dengan memberikan pendidikan.

Kak Wan lawat penempatan Rohingya di Serdang (ASRI) (3)“Tanpa pendidikan akan mengundang lebih banyak masalah sosial. Ini juga satu pelaburan dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Rohingya, di sini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Pengerusi Jawatankuasa Etnik Rohingya Aracan (ERCA) Rafique Khairul Bashar.

Wan Azizah berkata, kempen itu sekurang-kurangnya dapat membantu kanak-kanak terbabit mendapat kemudahan dan makanan baik.

“Kadang kala kita terlepas pandang, contohnya Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago memaklumkan mereka ini pernah berbuka puasa dengan nasi dan garam sahaja.

“Itu sudah cukup menyayat hati,” katanya.
-AA-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Perbezaan pendapat boleh selesai cara baik

Oleh: NORHAYATI UMOR

SERI KEMBANGAN, 24 FEB: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap isu perbezaaan pendapat antara Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diselesaikan dengan baik.

Meeting Wan Azizah isu banjir di Kajang (7)“Saya tidak mahu mengulas panjang, saya harap ia dapat diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui selepas lawatan di Pusat Jagaan Pelarian Anak-anak Rohingya, Knowledge Garden Learning Centre, di sini.

Isu bermula apabila Guan Eng menamatkan perkhidmatan dua Ahli Dewan Negeri (ADN) KEADILAN Pulau Pinang daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata isu terbabit seharusnya dibincang dalam mesyuarat Pakatan Harapan.

Surat rasmi bagi tujuan itu akan dihantar kepada Guan Eng.

November lalu, Ong dan Cheah adalah antara lima wakil rakyat KEADILAN Pulau Pinang mengambil sikap berkecuali pada sesi undian terhadap rancangan kerajaan Negeri melaksanakan projek tebus guna tanah pinggir laut di negeri berkenaan.

Categories
NASIONAL

Azizah hiba Anwar tak mampu angkat tangan untuk cucu

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 10 FEB: Isteri mana tidak hiba melihat suami tercinta yang bukan sahaja dipenjarakan secara tidak sah, malah terpaksa menanggung kesakitan hingga tidak mampu mengangkat tangan sendiri ketika bergurau dengan cucunya.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah, berkata beliau hanya dapat memandang dengan sayu gelagat suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama cucunya ketika pertemuan terakhir mereka ketika di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bulan lalu.

BEBAS ANWAR“Pada masa itu cucu kami melihat gambar Anwar semasa reformasi bermula pada 1998 yang menunjukkan Anwar sedang mengangkat tangannya kepada orang ramai.

“Bila melihat gambar itu, cucu kami meminta Anwar supaya mengangkat tangan kanannya seperti mana aksi di dalam gambar itu tetapi alangkah sayunya, Anwar tidak mampu mengangkat tangan kanannya,” kata Wan Azizah ketika berucap pada Himpunan 365 #BebaskanAnwar di hadapan Penjara Sungai Buloh di sini, malam tadi.

Bagaimanapun jelas Wan Azizah, untuk tidak mengecewakan cucunya itu, Anwar mengangkat tangan kirinya seperti mana aksinya di dalam gambar terbabit.

Dr Wan Azizah turut melahirkan kekesalannya dengan sikap kerajaan Umno-Barisan Nasional yang enggan membenarkan Anwar mendapatkan rawatan di luar negara.

-nR-

Pakatan mampu tadbir Putrajaya, Selangor buktinya

Pentadbiran cemerlang Pakatan di Selangor sebagai tanda aras gabungan itu mampu mengambil alih Putrajaya

Categories
NASIONAL

Perjuang reformasi patriot hancur otokrasi BN

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 NOV: Reformasi diperjuangkan patriot negara perlu diteruskan KEADILAN demi menghancurkan politik otokrasi Barisan Nosional (BN) selama ini.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pemimpin parti di peringkat nasional, negeri dan cabang mesti membudayakan serta menjiwai falsafah islah, pembaharuan dan reformasi demi perjuangan rakyat.

Katanya, reformasi untuk membina Malaysia lebih baik, makmur, sejahtera dan saksama adalah intipati perjuangan patriot negara.

WAWI“Apabila kita dijajah lebih 500 tahun lalu, berbilang patriot berjuang untuk kemerdekaan daripada tokoh seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau, Burhanuddin Helmi, Pendita Zaaba, Rosli Dhoby, Datuk Tating, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan, Tun Abdul Razak dan ramai lagi dalam lipatan sejarah.

“Ini adalah tanggungjawab islah dan tuntutan satu perubahan daripada penjajahan kepada kebebasan rakyat,” katanya dalam ucapan di Kongres Nasional Tahunan Ke-11 2015 KEADILAN di sini, hari ini.

Beliau berkata, tidak boleh dinafikan Malaysia kini sebuah negara otokrasi dan bukan demokrasi dalam erti kata sebenar.

Katanya, perlembagaan negara kini dilunturkan dengan perpisahan kuasa diketepikan serta perjanjian Malaysia dinafikan.

“Politik kita diotokrasikan, ruang demokrasi disempitkan dan undan-undang drakonian menghimpitkan.

“Ekonomi kita dimonopolikan, peluang ekonomi dikronikan, kesenjangan pendapatan dan kekayaan dilebarkan serta hutang negara digandakan.

“Hanya dengan reformasi diperjuangkan pewaris patriot sebenar dapat menghancurkan politik otokrasi, ekonomi kronisme, perpecahan perkauman dan penafian maqasid,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

KEADILAN komited realisasi Agenda Reformasi Negara

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 NOV: KEADILAN dan Pakatan Harapan (pakatan) akan membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bermula sekarang ke arah menjayakan Agenda Reformasi Negara.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata persiapan terbabit merangkumi reformasi sistem pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai agenda utama.

WAWI KONGRES“Usaha ini penting terutamanya dalam realiti di mana kemenangan undi popular tidak menjamin kemenangan di peti undi.

“Pendaftaran pengundi baharu perlu dilakukan secara aktif dan penuh sistematik terutama sekali memastikan pengekalan kerusi sudah dimenangi dan menambah peluang untuk kita menang di kawasan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di Kongres Nasional Tahunan Ke-11 KEADILAN di sini, hari ini.

Wan Azizah berkata, jentera parti perlu dibentuk dan digerakkan segera serta calon ditentukan seawal mungkin di setiap kawasan.

Katanya, kempen penerangan perlu dimulakan dari awal secara konsisten supaya mesej sampai ke akar umbi dan rakyat.

“Kempen penerangan kejayaan KEADILAN memerintah perlu ditonjolkan untuk memenangi keyakinan rakyat terutama sekali bagi pengundi atas pagar.

“Contoh boleh diambil menerusi penerangan prestasi Selangor dan Agenda Reformasi Nasional,” katanya.

-nR-

Categories
NASIONAL

Pakatan sedia jalin kerjasama dengan parti Sabah Sarawak

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 NOV: Pakatan Harapan (Pakatan) bersedia bekerjasama dengan parti politik di Sabah dan Sarawak bagi membentuk gagasan politik baharu demi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri itu pada masa depan.

Ini kerana Pakatan berpandangan suara rakyat dua negeri itu dipinggirkan Barisan Nasional (BN) biarpun sumbangan mereka untuk pembangunan dan kemajuan negara adalah besar.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata Pakatan Harapan (Pakatan) bersedia mengadakan perbincangan dengan negeri terbabit bagi tujuan itu.

WAWI“Itu cadangan kita kerana apa dilihat mereka mempunyai wakil melakukan perubahan dan ia boleh dilakukan sama ada melalui Pakatan atau BN kerana mereka kata mereka bebas.

“Tetapi sekarang ini kita lihat bila bersama BN, ia tidak memenuhi janji,” katanya dalam sidang media ketika Kongres Nasional Tahunan Ke-11 2015 KEADILAN di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pakatan yakin gabungan pemimpin dan Ahli Parlimen dari blok Sabah dan Sarawak mampu memberikan satu kelainan dalam pentadbiran negara.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, berkata cadangan dibuat KEADILAN itu ekoran Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sering menzahirkan ketidakpuasan terhadap layanan diterima daripada Kerajaan Persekutuan.

IMG_2624aKatanya, apabila gabungan itu berlaku maka suara pemimpin dari dua negeri terbabit menjadi kuat demi pembelaan kepada rakyat dan negeri mereka.

“Mereka juga penyumbang besar kepada ekonomi negara menerusi hasil minyak dan gas tetapi pulangannya terlalu kecil untuk pembangunan negeri berkenaan.

“Mereka boleh membawa suara ini dengan BN atau Pakatan dan gabungan parti politik pembangkang lain supaya kepentingan negeri dapat dijaga,” katanya.

-nR-

Categories
NASIONAL

Selangor bukti terbaik Pakatan mampu tadbir Putrajaya

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 NOV: Pentadbiran cemerlang Pakatan di Selangor menjadi landasan tepat terhadap kemampuan gabungan itu bagi mengambil alih pentadbiran negara di Putrajaya.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kejayaan dirintis sejak 2008 membuktikan Pakatan adalah alternatif kepada rakyat bagi mengenepikan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke 14 (PRU14) nanti.

Wan Azizah“Pemerintahan Selangor di bawah Dato’ Menteri Besar terus menjadi tanda bukti kemampuan kita mentadbir sebuah Kerajaan Negeri dengan baik dan prihatin rakyat.

“Belanjawan Selangor 2016 meletakkan keutamaan kesejahteraan rakyat, telah dibentangkan menyaksikan pencapaian besar apabila peratusan perbelanjaan mengurus dan pembangunan adalah 50:50.

“Ini jauh berbeza dengan belanjawan Kerajaan Persekutuan 2016 dengan nisbah 80:20,” katanya ketika berucap dalam Kongres Nasional Tahunan Ke-11 2015 di sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan pelbagai isu dan kepincangan dalam pentadbiran diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, maka ia adalah langkah wajar bagi rakyat membuat pilihan bijak dalam PRU14 akan datang.

-nR-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pulihkan Demokrasi Dahulu Sebelum Tawar Rekonsiliasi

wan azizah kongres ke 9 PKR 02

PETALING JAYA 25 MEI : Keadilan akan terus menuntut agar Kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi sebelum menawarkan rekonsiliasi.

Presiden Keadilan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata agenda itu perlu dilakukan melalui reformasi politik yakni reformasi pilihanraya dan reformasi Parlimen.

Katanya, tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu mengadakan rekonsiliasi (reconciliation) terbukti tidak ikhlas apabila terdapat pemimpin Umno mencabar sesiapa yang tidak bersetuju dengan sistem pilihanraya negara supaya berpindah ke negara lain.

“Apakah pemimpin Umno-BN mahu 51 peratus rakyat Malaysia berpindah ke negara lain?

“Sememangnya di negara lain pun ada sistem ‘first past the post’. Tetapi jurang pengundi di kawasan yang besar tidaklah begitu jauh bezanya dengan kawasan yang kecil jumlah pengundinya.”

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Kongres Nasional Keadilan ke 9 di Dewan Sivil Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini.

Sebelum ini, susulan daripada kepincangan dan penipuan dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13), Pakatan Rakyat menggerakkan Himpunan Blackout 505 sebagai membantah proses PRU13 yang tempang dan tercemar.

Beliau menambah Pakatan Rakyat akan terus komited mempertahankan rakyat daripada pelbagai kesusahan yang bakal diwujudkan dengan melaksanakan manifesto suara majoriti rakyat.

Ini termasuk memberikan mendesak kerajaan persekutuan melaksanakan pendidikan percuma, menghapuskan perancangan cukai GST dan saman AES, menurunkan harga barangan dan menghapuskan rasuah dan kronisme.