Categories
NASIONAL

Petisyen Helah Undang-Undang Sembunyi Penipuan Pilihan Raya

anwar white

PETALING JAYA 31 JULAI : Penolakan petisyen pilihan raya tanpa alasan munasabah cuma satu helah undang-undang dan cubaan menyembunyikan penipuan pilihan raya di negara ini.

Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan  badan kehakiman mempertimbangkan hujah kedua-dua pihak yang memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah bukannya menolak petisyen itu atas alasan teknikal semata-mata.

Katanya semua petisyen pilihan raya yang dikemukakan kini sudah tiada makna kerana hakim yang dilantik khas tidak mahu mendengar petisyen itu untuk dibicarakan.

“Saya sudah suarakan kekecewaan kita terhadap sikap hakim-hakim yang dipilih khas untuk mengendalikan kes ini dengan hanya menggunakan su-isu teknikal yang kecil dan tidak munasabah. Bagi saya ia usaha untuk memperbodohkan rakyat.

“Petisyen-petisyen ini ditolak hanya kerana perkara kecil, saya rasa hakim perlu meneliti semula pengajian undang-undang mereka bagi menghormati prinsip keadilan, bukannya mencari alasan supaya kes itu tidak didengari.

“Sepatutnya hakim beri ruang untuk didengar semua pihak, kemudian baru putuskan ia benar atau tidak, tetapi sekarang, ruang itu dinafikan,” katanya.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) memfailkan kira-kira 39 petisyen terhadap keputusan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu.

Isnin lalu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang, menggesa Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria campur tangan dalam isu petisyen pilihan raya ekoran keputusan mahkamah menolaknya tanpa alasan munasabah.

Beliau turut bimbang dengan penolakan petisyen pilihan raya yang kini sudah masuk 10 kes dengan alasan teknikal sedangkan mahkamah meletak jumlah kos yang tinggi setiap petisyen.

Antara petisyen yang mendapat perhatian ialah kes di Balik Pulau apabila mahkamah mengarahkan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik membayar kos RM120,000 selepas menfailkan keputusan pilihan raya bagi kawasan itu.

Bagi Parlimen Ketereh, Mahkamah Kota Bharu mengarahkan pempetisyen yang difailkan, Ab Aziz Ab Kadir membayar kos RM40,000 kepada responden pertama, Ahli Parlimennya, Tan Sri Annuar Musa dan masing-masing RM25,000 kepada responden kedua dan ketiga.

Bagi DUN Air Lanas, pempetisyen yang dinamakan Mustapha Deris diarah membayar kos RM30,000 kepada Adun Air Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bagi DUN Kok Lanas, pempetisyen Shaberi Mohd Zain diarah membayar RM30,000 kepada Adunnya, Datuk Md Alwi Che Ahmad dan masing-masing RM25,000 kepada responden kedua dan ketiga.

Categories
NASIONAL

Pakatan Sokong Himpunan “Blackout” 15 Jun Di Kuala Lumpur

blackout suara rakyat 505 01

PETALING JAYA 3 JUN : Pakatan Rakyat (PR) menyatakan sokongan terhadap penganjuran perhimpunan aman ‘Blackout 505’ yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 15 Jun ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, satu perbincangan akan diadakan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi memastikan perhimpunan tersebut akan berjalan secara selamat dan aman.

“Kita telah memutuskan untuk menyokong inisiatif mengadakan perhimpunan aman ini dan jawatankuasa sekretariat serta wakil NGO akan meneliti semua aspek berkaitannya.

“Rundingan bersama dengan Ketua Polis Negara dan pihak keselamatan akan dibuat supaya perjalanan perhimpunan ini terjamin aman dan terkawal,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Setakat ini, lokasi himpunan tersebut belum ditentukan lagi.

Beberapa siri perhimpunan ‘Blackout 505’ telah diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara sejak 8 Mei lalu di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Ia bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang didakwa penuh dengan unsur penipuan dan penyelewangan.

Berikutan penganjurannya, beberapa pemimpin PR dan aktivis politik ditahan dan didakwa di mahkamah selepas itu.

Antara mereka ialah, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Koordinator ABU, Haris Ibrahim; Presiden SMM, Safwan Anang, Aktivis PAS, Datuk Tamrin Ghafar dan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim.

Categories
NASIONAL

Mustafa : Pakatan Fail Kira-Kira 35 Petisyen PRU 13

SPR tipu suara rakyat 505 pj 01

PETALING JAYA 3 JUN : Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan kira-kira 35 petisyen terhadap keputusan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, setakat ini PAS sudah mempunyai sebanyak 14 petisyen manakala PKR 18 serta DAP sebanyak tiga.

Dakwanya, PRU13 lalu yang kendalikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) penuh dengan penipuan dan tidak bersih.

?Di samping perhimpunan aman yang diadakan bagi mendedahkan ketidakpuasan hati mengenai pengendalian PRU13 oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), kita juga sedang mempersiapkan untuk failkan petisyen pilhanraya.

“Ketiga-tiga parti, PKR, PAS dan DAP telah memutuskan untuk membuatnya berdasarkan kawasan yang dikenalpasti,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

“Rasa tidak puas hati ini berdasarkan fakta diperoleh. Maka sebab itu kita failkan petisyen dan BN pun failkan juga.

“Pasti ada perkara yang mereka juga tidak puashati dengan SPR. Ini menunjukkan SPR gagal dalam mengendalikan pilihanraya,” katanya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berdasarkan sejarah pilihanraya negara ini, ada satu atau dua kes dikemukakan selepas setiap kali selesai pilhanraya.

“Tetapi belum pernah sehingga hampir 90 petisyen dicadangkan untuk dikemukakan.

“Ini sahaja cukup alasan untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR letak jawatan segera kerana cuai dan terlibat dalam kegiatan curang serta penipuan dalam pilihanraya,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pulihkan Demokrasi Dahulu Sebelum Tawar Rekonsiliasi

wan azizah kongres ke 9 PKR 02

PETALING JAYA 25 MEI : Keadilan akan terus menuntut agar Kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi sebelum menawarkan rekonsiliasi.

Presiden Keadilan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata agenda itu perlu dilakukan melalui reformasi politik yakni reformasi pilihanraya dan reformasi Parlimen.

Katanya, tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu mengadakan rekonsiliasi (reconciliation) terbukti tidak ikhlas apabila terdapat pemimpin Umno mencabar sesiapa yang tidak bersetuju dengan sistem pilihanraya negara supaya berpindah ke negara lain.

“Apakah pemimpin Umno-BN mahu 51 peratus rakyat Malaysia berpindah ke negara lain?

“Sememangnya di negara lain pun ada sistem ‘first past the post’. Tetapi jurang pengundi di kawasan yang besar tidaklah begitu jauh bezanya dengan kawasan yang kecil jumlah pengundinya.”

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Kongres Nasional Keadilan ke 9 di Dewan Sivil Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini.

Sebelum ini, susulan daripada kepincangan dan penipuan dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13), Pakatan Rakyat menggerakkan Himpunan Blackout 505 sebagai membantah proses PRU13 yang tempang dan tercemar.

Beliau menambah Pakatan Rakyat akan terus komited mempertahankan rakyat daripada pelbagai kesusahan yang bakal diwujudkan dengan melaksanakan manifesto suara majoriti rakyat.

Ini termasuk memberikan mendesak kerajaan persekutuan melaksanakan pendidikan percuma, menghapuskan perancangan cukai GST dan saman AES, menurunkan harga barangan dan menghapuskan rasuah dan kronisme.

Categories
NASIONAL

Pakatan Rakyat Diberi Mandat Di Selangor – BULETIN 13


 

Sinopsis

Buletin 13 Untuk 06052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Keputusan rasmi dari Suruhanjaya Pilihan Raya setakat jam 12.00 malam.

2. Rakyat Selangor memberi mandat yang lebih besar kali ini kepada Pakatan Rakyat apabila 38 kerusi Dewan Negeri Selangor berjaya dimenangi gagasan itu.

Categories
NASIONAL

Kerusi-Kerusi Pilihan PRU 13 – BULETIN 13 (Khas)


 

Sinopsis:

Rangkuman calon-calon yang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 kali ini di Selangor

Layari http://www.selangorkini.net untuk mendapatkan info terkini Pilihanraya Umum Ke13 (PRU 13).

Categories
NASIONAL SELANGOR

PKR Gesa Polis Bertindak Tangani Budaya Politik Samseng

Bas 01

PETALING JAYA 18 DIS : PKR mengesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak segera menangani budaya politik samseng yang semakin berleluasa berlaku di negara ini.

Malah Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nor Manuty berkata sikap pihak berkuasa itu yang kelihatan ‘berdiam diri’ berhubung isu serangan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR menggambarkan ketidakadilan pihak tersebut ke atas Pakatan Rakyat dengan tiada sebarang tindakan dilakukan biarpun beberapa laporan dibuat mengenainya.

Terbaru jelasnya, bas tersebut diserang dipercayai menggunakan batu atau lastik hingga cermin sisi bahagian belakangnya pecah ketika dalam perjalanan di kawasan lebuhraya Utara-Selatan untuk program sambutan Deepavali PKR Tapah dan program Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Perak pada Ahad lalu melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Peristiwa ini kali keempat berlaku  dan kita  membuat laporan polis meminta Ketua Balai Polis Tapah untuk mengambil tindakan  dan mereka berjanji untuk bertindak tetapi difahamkan hingga ke saat ini tiada apa-apa dilakukan PDRM.

“Kita ingin menyatakan rasa kesal kerana dalam sebuah negara demokrasi  yang dicanangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno-BN yang lain namun keganasan politik masih terus berlaku tanpa sebarang kawalan oleh PDRM yang sepatutnya neutral.

“Setakat ini tiada perkembangan mengenai insiden ini dilaporkan termasuk yang berlaku sebelum ini seperti simbahan cat di Kelantan dan Kedah serta balingan batu di Johor dan Melaka,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Biro Kepenggunaan PKR, Mohd Yahya Mat Sahri.

Muhammad Nor Manuty yang juga Ketua Penerangan PKR berkata, PDRM perlu bertindak segera dengan siasatan dibuat untuk memberhentikan sama sekali kegiatan keganasan ke atas parti politik terutama PKR yang sering menjadi sasaran sejak kebelakangan ini.

Insiden tersebut tambahnya memberikan satu gambaran buruk bahawa amalan demokrasi di Malaysia bukan kembali ke arah hala tuju yang baik tetapi ia dalam keadaan membimbangkan.

“Fenomena budaya samseng ini semakin menjadi-jadi dalam negara kita sekarang. Seperti yang berlaku di Gombak pada minggu lalu dan ini saya lihat satu insiden berdarah serius yang boleh memberi kesan  buruk kepada keselamatan negara pada masa depan.

“Kerajaan terutamanya pucuk pimpinan Umno-BN perlu mengotakan apa yang mereka jamin kepada rakyat yang mana mereka mahu rakyat hidup dalam aman damai,” katanya.

Katanya, apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini diyakini tindakan terdesak Umno-BN yang mana rakyat memberi petanda bahawa mereka mahukan perubahan berlaku dalam kepimpinan negara serta menunggu-nunggu bila Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) akan dilangsungkan.