Categories
SELANGOR

Nurul Izzah alu-alukan Abdul Khalid dilantik Pengarah PRK Kajang

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 FEB: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengalu-alukan jika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Beliau berkata, kehadiran Abdul Khalid sebagai Pengarah PRK Kajang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah satu gandingan erat bagi melicinkan jentera PRK Kajang nanti.

“Tan Sri Abdul Khalid dengan rekod cemerlangnya menguruskan ekonomi negeri Selangor membabitkan pelbagai program untuk rakyat dan Datuk Seri Anwar selain rekod cemerlang ketika menjawat Menteri Kewangan juga cukup dikenali sebagai ahli politik tegar memperjuangkan kepentingan rakyat.

Nurul-Izzah“Saya yakin gandingan Abdul Khalid dan Anwar bakal menjadi satu gandingan yang mampu mengerakkan jentera kempen dengan lebih berkesan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Nurul Izzah turut menemplak kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang membuktikan kecenderungan parti itu melakukan fitnah termasuk menggunakan politik seks sebagai bahan kempen politik mereka.

“Dia sekadar mendendangkan irama Umno yang gemar memfitnah dan menggunakan politik kotor seperti fitnah seks bagi meraih kemenangan.

“Ini adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab dalam mendidik mentaliti yang sihat kepada masyarakat. Beginikah kita sebagai pemimpin membentuk mentaliti masyarakat? Lebih malang lagi seruan seperti ini dikeluarkan menteri sendiri dan Inilah mentaliti menteri yang kita ada,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi di Kajang mampu menilai, sekali gus menolak permainan politik kotor yang dibawakan Umno dalam PRK itu nanti.

“Pakatan Rakyat (PR) akan berbalik kepada isu bagaimana PRK ini akan digunakan sebagai peluang untuk mengatur langkah bagi melahirkan wawasan dan agenda reformasi bagi memartabatkan rakyat Kajang dan Selangor dengan lebih baik lagi,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Abdul Khalid penting dalam pentadbiran Selangor selepas PRK Kajang- Anwar

SHAH ALAM 3 FEB: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal dalam pasukan pentadbir negeri itu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Anwar berkata, butiran lanjut berkenaan kedudukan Abdul Khalid hanya akan dibincangkan selepas Pakatan Rakyat (PR) memenangi kerusi berkenaan.

“(Kedudukan Abdul Khalid), kita akan uruskan selepas PRK dan peranan Khalid penting berdasarkan rekod kejayaan beliau.

Anwar“Sama ada kedudukannya sama atau berbeza, saya rasa beliau perlu memainkan peranan untuk membantu Selangor,” katanya yang dipetik daripada The Malaysian Insider.

Anwar menegaskan, sokongan semua pemimpin termasuk Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Abdul Khalid, dan dirinya adalah satu ‘bayangan pasukan’ yang akan mentadbir negeri terkaya di Malaysia selepas selesai PRK Kajang itu.

“Anwar harus menang DUN Kajang dulu … saya perlukan sokongan mereka,” katanya.

Anwar diumumkan menjadi calon DUN Kajang oleh Abdul Khalid selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasna berkenaan, Lim Chin Cheh meletak jawatan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), PKR menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.

Categories
SELANGOR

PRK DUN Kajang: SPR perlu bidas rancangan Umno-BN guna taktik keji, lucah

SHAH ALAM, 3 FEB: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus membidas rancangan Umno-BN untuk menggunakan taktik keji dan lucah dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata Pengerusi SPR perlu tanpa kompromi dan pro-aktif mempertahankan integriti proses pilihan raya kerana itu adalah kewajipan untuk berbuat demikian di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kegagalan berbuat demikian membuktikan SPR adalah ‘harimau tak bertaring’ dan berat sebelah, bahkan memihak kepada BN.

20130623_PKR_Padang_Serai_N_Surendran“Ini tindakan yang tidak beretika, kotor dan terdesak oleh Umno untuk menuduh Anwar serta Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, rancangan Umno menjalankan kempen ‘seks dan kotor ‘ tidak boleh dipandang ringan dan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno bertanggungjawab atas kaedah kempen kotor Umno-BN.

Katanya, Najib tidak seharusnya membenarkan kempen jijik seperti itu dilakukan parti politiknya sebagai Perdana Menteri.

“Sebelum ini, Umno pernah mengumumkan secara terbuka untuk menjalankan kempen ‘seks dan kotor’ terhadap lawan politiknya,” katanya.

“Umno masih lagi tidak sedar kesalahan moral yang dilakukan dalam kempen pilihan raya sejak 1998 lagi. Umno merancang menggunakan rekayasa tuduhan terhadap Anwar untuk menipu dan mengelirukan pengundi pada pilihan raya kecil di Kajang nanti.

“Umno mengambil jalan pintas dalam berpolitik kerana mereka takut kesan kenaikan harga barang dan rasuah dalam BN itu sendiri,” katanya.

Categories
SELANGOR

PRK DUN Kajang: AMK wujud pemantau khas media sosial dekati anak muda

SHAH ALAM, 3 FEB: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menubuhkan pasukan pemantau khas laman media sosial menjelang pilihan raya kecil (PRK) Kajang bagi menjelaskan kepada golongan muda akan keperluan PRK itu diadakan.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata AMK mensasarkan untuk mendekati golongan anak muda di Kajang bagi memastikan kemenangan PKR dalam PRK itu nanti.

Katanya, AMK menerima reaksi positif daripada golongan anak muda selepas pasukan pemantau itu ditubuhkan.

shamsul“Kita sudah wujudkan pasukan pemantau untuk berikan penjelasan berkenaan isu berbangkit dan cuba mendekati golongan ini,” kata Shamsul dipetik daripada FMT News.

Shamsul berkata, PKR akan memulakan gerak kerja mereka di Kajang sebelum penamaan sesi calon.

Sementara itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan seperjuangan dalam Pemuda PAS dan DAP yang mengeluarkan kenyataan akan membantu PKR di Kajang.

“Ini menunjukkan bahawa tiga parti tidak ada masalah untuk bekerjasama bagi menjayakan misi,” katanya.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR melepaskan jawatannya, pada Januari 27 lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), PKR memenangi kerusi terbabit dengan majoriti 6,824 dalam pertembungan enam penjuru.

Keputusan PRK Kajang itu tidak akan memberikan sebarang kesan dalam DUN Selangor lantaran Pakatan Rakyat berjaya memenangi 44 kerusi dari keseluruhan 56 kerusi DUN.

 

Categories
SELANGOR

UMCEDEL: Anwar dijangka menang majoriti besar PRK DUN Kajang

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 3 FEB : Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) menjangkakan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memperolehi majoriti yang lebih besar berbanding PRU-13 lepas.

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata isu dalaman yang berlaku dalam PKR tidak akan mempengaruhi undi kepada Ketua Umum PKR itu.

UMCEDELKatanya, kehadiran pemimpin itu sebagai calon di DUN Kajang adalah penyelesaian kemelut isu terbabit.

“Isu krisis dalaman parti itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Kajang, malah beliau akan menang dengan majoriti yang besar.

“Mengikut kajian sejak 1999, pilihanraya adalah perkara yang ditunggu rakyat, tidak ada soal tidak suka atau sebaliknya,” katanya memetik laporan Umdecel.

Dalam laporan itu juga memaklumkan, isu dalaman PKR perlu diselesaikan segera sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.

Beliau berkata tindakan terbabit juga membabitkan Putrajaya, sehubungan itu wajar meletakkan Anwar di DUN Kajang untuk menyelesaikan kemelut yang akan mencetuskan pelbagai masalah di negeri itu masa depan.

AnwarAnwar diumumkan menjadi calon DUN Kajang oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Adunnya, Lim Chin Cheh meletak jawatan.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, PKR menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

EZY

Categories
SELANGOR

Pengundi alu-alukan Anwar tanding di Kajang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG 3 FEB: Masyarakat Kajang menganggap pemilihan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang nanti sebagai tepat pada masanya dan yakin dengan kemampuan Anwar memperjuangkan isu rakyat.

kajang usulPendapat itu disuarakan penduduk Kajang sendiri apabila Anwar diketahui umum sebagai mempunyai pengalaman dan rekod yang baik ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia sebelum ini.

“Saya sebagai penduduk Kajang tentunya berbangga bila dapat tahu Datuk Seri Anwar sendiri bertanding di sini kerana kita semua memang tahu kewibawaan dan ketokohan beliau sebagai Ketua Pembangkang.

“Saya sebagai penduduk Kajang memang mengalu-alukan dia sebagai Adun Kajang. Saya rasa kehadiran Anwar mampu menambah baik keadaan kehidupan masyarakat Kajang,” kata Arif Abd Wahab, 56, seorang penjaja makanan di Bandar Kajang.

arif abd wahabArif yang merupakan seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata demikian kepada Selangor Kini dalam satu tinjauan umum bagi mendapatkan reaksi pengundi Kajang dalam isu pencalonan Anwar sebagai calon di sini, hari ini.

Arif juga berharap agar Anwar sekiranya menang dalam PRK Kajang nanti akan memberikan tumpuan kepada isu yang melibatkan kepentingan peniaga kecil khususnya golongan peniaga Melayu di Kajang.

mariyyapan vadiveluMariyappan Vadivelu, 82, yang sudah berkhidmat sebagai pemandu Teksi di Kajang selama 43 tahun pula berkata pemilihan Anwar sebagai calon merupakan pilihan terbaik dan dinanti-nantikan pengundi Kajang.

“Dia orang lama, ada pengalaman banyak hingga pernah jadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan. Saya rasa dia akan menang dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk sini,” kata Mariyappan pula.

Krew Ambulan, Muhammad Fahyudin, 28, berkata Anwar boleh dianggap sebagai idola rakyat negara ini khususnya golongan muda dalam memperjuangkan hak rakyat.

mohammad fahyudin“Datuk Seri Anwar ini adalah idola kepada rakyat biasa lebih-lebih lagi golongan muda. Jadi memang baguslah kalau dia yang jadi Adun sini nanti, memang tuah penduduk sini. Saya percaya Anwar dapat membantu dari segi menaikan taraf kehidupan rakyat di sini,” kata beliau kepada Selangor Kini.

Katanya lagi, PRK yang berlangsung di Kajang juga mampu memberi kesan positif kepada penduduknya apabila kehadiran ramai petugas pilihan raya akan menyemarakkan lagi ekonomi penduduk khususnya yang terlibat dalam aktiviti perniagaan.

che puan baharomChe Puan Baharum, 52, pengurut tradisional pula berpendapat aura sebagai seorang pemimpin berwibawa yang dimiliki Anwar menyebabkan beliau disenangi pelbagai lapisan masyarakat.

“Akak harap kalau Anwar menang dapatlah bantu orang-orang susah macam kakak ini sebab umur kakak pun sudah melebihi 50 tahun, kurang larat nak mengurut lagi,” kata beliau.

EZY

Categories
SELANGOR

SAMM Perlis sokong Abdul Khalid jadi Pengarah PRK Kajang

SHAH ALAM 2 FEB: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis menyatakan sokongan terhadap cadangan agar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Pengarah Pilihanraya untuk DUN Kajang.

Penyelaras SAMM Perlis, Asrul Nizam Abd Jalil, berkata SAMM Perlis dan sekutunya bertekad menggembeling seluruh kekuatan jenteranya berkampung di Kajang bagi membantu jentera pilihanraya PR serta mempertahankan DUN Kajang.

sammKatanya, tragedi pahit berikutan kekalahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Kedah lantaran perpecahan dalaman perlu diambil iktibar oleh semua pendokong PR dan tidak mahu ianya berulang di Selangor.

“Kita perlu sedar tentang hakikat bahawa Selangor adalah merupakan negeri paksi utama kepada Pakatan Rakyat, justeru negeri ini wajib dipertahankan oleh para pendokong PR dan gerakan Asal Bukan Umno,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bahawa krisis sedang dicipta oleh ‘parasit’ tertentu di negeri itu dan ianya hendaklah ditamatkan segera.

“Bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa ‘parasit’, maka SAMM Perlis dengan jiwa besar menyokong penuh pencalonan Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil N25 Kajang,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

PRK N25: Cadang letak Lee Chong Wei, bukti BN tandus pemimpian

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 2 FEB : Cadangan Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan jaguh badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sebagai calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang adalah tidak masuk akal dan mengarut.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok, berkata cadangan itu juga menunjukkan BN sebenarnya ketandusan pemimpin berwibawa yang dirasakan mampu menandingi calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR.

LEE CHONG WEI (1)Katanya, BN juga bertindak keterlaluan apabila sanggup mengheret Chong Wei sebagai alat politik sempit mereka.

“Cadangan itu membuktikan bahawa mereka sama sekali tidak mempunyai senarai calon yang sepadan dan mampu menandingi kekuatan Anwar.

“Akhirnya, populariti Chong Wei pula ingin digunakan bagi menyelamatkan mereka pada PRK Kajang nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mencadangkan Chong Wei sebagai calon mewakili BN atas alasan MCA tidak memiliki tokoh yang mampu menandingi Anwar.

Teresa-KokTeresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata cadangan itu sebagai tidak menghargai Chong Wei yang memerah kudrat membawa nama negara ke kejohanan badminton seluruh dunia.

“Saya juga terkejut apabila Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai seakan-akan menimbangkan cadangan berkenaan.

“Ia adalah penghinaan kepada Chong Wei selaku pemain badminton terkemuka dunia kerana sukan dan politik adalah dua bidang berbeza.

“Seorang yang berbakat dalam bidang sukan tidak semestinya turut miliki bakat dalam politik,” katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pula dalam reaksinya menegaskan tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

Khairy menulis di laman mikro Twitternya, Lee merupakan harta negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan politik.

EZY

Categories
SELANGOR

PRK DUN Kajang: Anwar perjelas keputusan terperinci esok

SHAH ALAM 2 FEB : Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan membuat penjelasan terperinci berhubung keputusan PKR meletakkan beliau sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, esok (3 Feb).

Anwar berkata penjelasan itu akan dibuat pada satu majlis di Kajang bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Anwar KhalidDalam pada masa yang sama akan dilancarkan jentera PRK N25 DUN Kajang dijadualkan diadakan di Dewan Orang Ramai, Taman Mesra Kajang bermula jam 9.00 malam.

“Kita bercakap soal pentadbiran yang baik dan pengurusan ekonomi tetapi tidak mengambil berat kekuatan politik untuk Pakatan Rakyat adalah satu kesilapan.

“Kita tidak boleh bercakap soal kerajaan alternatif tanpa kemampuan untuk menunjuk dan membuktikan kita boleh kawal ribut ini,” katanya dipetik dari The Malaysian Insider.

Terdahulu, Anwar memberikan penjelasan kepada kira-kira 500 penduduk tempatan di kawasan Parlimennya itu mengenai keputusannya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
EZY

Categories
SELANGOR

PRK DUN Kajang: SAMM Muar cadang MB sebagai Pengarah Pilihan Raya

SHAH ALAM 1 FEB: SAMM Muar mencadangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Pengarah Pilihanraya untuk Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Penyelaras SAMM Muar, Ahmad Anwar Asyraf, berkata SAMM juga menyokong penuh pencalonan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi pilihanraya kecil DUN Kajang.

Anwar KhalidKatanya, rakyat di DUN Kajang harus berbangga kerana mereka mempunyai peluang untuk mendapat khidmat seorang negarawan yang bukan sahaja diakui oleh dunia politik tempatan malahan masyarakat antarabangsa.

“SAMM Muar dan sekutu juga berikrar dan bersedia menggerakkan jentera kami ke Kajang bagi membantu mempertahankan DUN Kajang seperti dalam pilihanraya umum yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, dalam dunia politik Demokrasi Berparlimen, situasi kekosongan kerusi legislatif sama ada di peringkat Parlimen atau di Dewan Negeri bukan sesuatu yang tidak normal.

“Barisan Nasional juga tidak patut angkuh kononnya tindakan ini sebagai satu tindakan tidak demokratik.

“Bagaimana kamu boleh mengungkapkan perkataan tidak demokratik walhal kamu sebelum ini melakukan sesuatu yang lebih buruk di Perak?,” katanya.

Katanya, dalam konteks politik tanahair pun terdapat beberapa peristiwa pengosongan kerusi legislatif dengan bersandarkan kepada alasan strategi taktikal percaturan sesebuah gabungan parti politik.

Beliau berkata, SAMM Muar sebagai sebuah gerakan anak muda sudah muak dengan pentadbiran rejim pemerintah Barisan Nasional dalam memahami justifikasi tindakan tidak popular Anwar dalam isu DUN Kajang.

“Tindakan PKR dan Anwar ini lebih elok apabila menyerahkan semula hak rakyat Kajang untuk membuat pilihan mereka bukan dengan memaksa mereka menerima sahaja tindakan atau keputusan yang diambil,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

PRK Kajang : PR tidak guna formula komposisi kaum

SHAH ALAM, 31 JAN: Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah mengamalkan pembahagian kerusi mengikut komposisi kaum dalam menempatkan calon untuk bertanding ketika pilihan raya seperti yang diamalkan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata wakil rakyat PR mewakili masyarakat Malaysia berbilang bangsa dan agama bukan tertumpu kepada kaum tertentu sahaja.

Katanya, pengunduran bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh baru-baru ini tidak bermakna suara kaum cina di dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) akan berkurang.

“Kita tidak ada wakil rakyat Cina yang kita ada wakil rakyat Malaysia, bahkan tidak pernah bincang berkenaan isu Cina atau Melayu kerana apa yang dibincangkan adalah isu rakyat.

tian chua pc pkr 01“Saya sendiri bertanding di kawasan yang majoriti pengundinya Melayu, tetapi menang juga. Wakil rakyat PR adalah wakil untuk semua.

“Pemilihan calon mengikut komposisi kaum berlaku untuk MCA dan MIC dalam BN dan bukannya PR,” katanya yang dipetik daripada portal Free Malaysia Today.

Terdahulu, Speaker DNS, Hannah Yeoh mengumumkan perletakan jawatan Chin Cheh dalam satu surat bertulis yang dihantar secara peribadi kepadanya.

Tidak lama kemudian, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai calon menggantikan tempat Chin Cheh.

 

Categories
SELANGOR

BN jangan letak calon kalau rasa PRK Kajang membazir

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 31 JAN : Barisan Nasional (BN) tidak perlu meletak calon untuk menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika hal itu mampu mengelak pembaziran.

rodziah-ceramah-biru-01Dipetik dari laman sosial Twitter, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata masih belum terlambat untuk BN bertindak dan memberi kemenangan percuma kepada calon PKR.

“Umno kalau rasa dengan berlakunya PRK Kajang ini satu pembaziran, jangan bertanding. Beri laluan kepada calon PKR. Amacam?,” katanya.

Sementara itu, penulis buku politik, Shahbudin Husin dalam tulisan di blognya menyindir Umno yang pernah melakukan tindakan sama pada 1997 ketika mahu menggantikan Tan Sri Muhammad Mohd Taib sebagai Menteri Besar Selangor.

Katanya, Tan Sri Abu Hassan Omar yang menjawat posisi menteri kabinet meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor, manakala Jamaluddin Adnan pula berundur sebagai ADUN Permatang bagi memberi laluan kepada Abu Hassan.

812shahbudin_new-buku_penulisBeliau berkata, tindakan itu memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan dua pilihan raya kecil setelah Abu Hassan dan Jamaluddin bertukar kedudukan.

“Jika PRK DUN Kajang yang diadakan untuk membolehkan Anwar dilantik sebagai Menteri Besar Selangor dianggap membazir, maka dua pilihan raya kecil serentak ketika mahu melantik Abu Hassan dulu tentu jauh lebih membazir lagi,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan PRK Kajang yang akan datang adalah pembaziran wang awam oleh Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, keputusan mengadakan pilihan raya itu hanya sekadar untuk menyelesaikan perebutan kuasa dalam PKR.

-NFN-