Categories
SELANGOR

PRK Kajang : Calon tawar diri ghairah serang peribadi Anwar

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 5 FEB: Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kian terasa walaupun Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan calon yang akan menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 23 Mac ini.

Penulis blog, Shahbudin Husin, berkata sementara BN belum menetapkan calon sama ada Umno atau MCA untuk menggalas cabaran, muncul pula pihak yang disifatkan tidak ‘malu-malu’ menawarkan diri mereka mewakili BN dan Bebas.

Antara individu terbabit adalah Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP), Datuk K S Nallakaruppan dan bekas pembantu peguam bela Anwar, Yuktes Vijay.

812shahbudin_new-buku_penulisBeliau berkata, secara dasarnya hasrat dua individu berkenaan bukan kerana mahu menang atau ghairah bergelar wakil rakyat, tetapi lebih kepada ingin menyerang atau mendedahkan keburukan peribadi Anwar.

“Nalla adalah bekas rakan karib Anwar dan hasratnya bertanding tidak lain untuk mendedahkan segala rahsia Anwar yang didakwa diketahuinya ketika mereka bersahabat.

“Beliau yang meminta hasratnya untuk mewakili BN dalam PRK dipertimbangkan, tetapi nampaknya tidak berminat langsung untuk menang, sebaliknya hanya mahukan ruang kempen selama beberapa hari itu sebagai medan untuk mendedahkan keburukan Anwar.

“Sama seperti Nalla, Yuktes yang mahu bertanding sebagai calon Bebas juga bukan menyertai pilihan raya ini kerana mahu menang atau ghairah bergelar wakil rakyat, tetapi semata-mata mahu menyerang, mendedahkan keburukan dan mungkin membalas dendam terhadap Anwar,” katanya.

Shahbudin berkata, tidak mustahil jika BN memberi ‘lampu hijau’ kepada Nallakaruppan untuk bertanding, tayangan video berkenaan Anwar akan menjadi sebahagaian daripada acara kempennya.

Anwar-Najib-Geng Nalla3Beliau juga secara sinis menyifatkan kehadiran individu yang tidak ‘malu-malu’ menawarkan diri sebagai calon ini seperti menjadikan PRK Kajang seperti Hari Raya.

“Ia umpama kemeriahan Hari Raya yang sudah dapat dirasakan walaupun bulan puasa belum tiba,” katanya.

PRK Kajang dijangka bakal menjadi PRK paling unik dan menarik dalam sejarah berikutan taruhan PKR menempatkan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai calon di DUN itu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

SPR anggar kos PRK Kajang RM1.6 juta

SHAH ALAM, 5 FEB: Anggaran kos perbelanjaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah RM1.6 juta, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusoff.

Beliau berkata, 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRK berkenaan, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.

“Anggaran kos perbelanjaan bagi PRK ini RM1.6 juta,” katanya yang dipetik daripada BERNAMA. di sini, hari ini.

Tan Sri Abdul Aziz Yusof1Beliau berkata, daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRK berkenaan adalah Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya itu yang digabungkan dengan Daftar-Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013, Suku Tahun Kedua 2013 dan Suku Tahun Ketiga 2013 yang dikemaskini sehingga 26 Januari lalu.

Bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh menang kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 dengan majoriti 6,824 undi membabitkan pertembungan enam penjuru termasuk Barisan Nasional (BN), BERJASA dan tiga calon bebas.

PKR menamakan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu untuk bertanding dalam PRK yang bakal berlangsung , pada 23 Mac ini.

Abdul Aziz berkata, belanjawan bagi setiap PRK bergantung kepada pelbagai faktor ketika ditanya berkenaan anggaran kos perbelanjaan kali ini jika dibandingkan dengan PRK Kuala Besut, Terengganu yang kurang daripada RM1 juta.

“Antaranya bilangan pengundi, keluasan kawasan pengundian dan lokasinya sama ada di bandar atau luar bandar. Kalau di bandar, akan membabitkan jumlah kos sewa yang tinggi dan SPR memerlukan banyak peruntukan untuk menyewa bangunan.

“Keduanya, adalah jumlah petugas yang bukan kakitangan SPR tetapi dilantik untuk membantu dalam pengurusan pilihan raya, jumlah saluran undi, jumlah pusat pengundi dan pelbagai faktor lain,” katanya.

Beliau berkata, SPR berusaha menjadikan belanjawan untuk PRK Kajang membabitkan kos paling minimum, manakala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman dilantik sebagai Pengurus Pilihan Raya yang akan dibantu tiga penolong pegawai pengurus.

logo SPRMBeliau berkata, 673 petugas pilihan raya pula dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya dan Kompleks Sukan MPKJ, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi dipilih sebagai pusat penamaan calon serta pusat penjumlahan rasmi undi.

“Sebanyak 18 pusat mengundi akan dibuka untuk tujuan pengundian membabitkan tiga pusat mengundi bagi undi awal dan 15 pusat mengundi bagi pengundian biasa.

“Tarikh keluar writ adalah hari ini, manakala tarikh notis pilihan raya pada 6 Februari ini, tarikh penamaan calon 11 Mac, tarikh pengundian awal 19 Mac dan tarikh pengundian biasa 23 Mac,” katanya.

Categories
KENYATAAN MEDIA

AMK Selangor cabar BN namakan segera calon PRK Kajang

Oleh : Azmizam Zaman Huri

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah pun menetapkan tarikh 23 Mac 2014 sebagai hari pengundian bagi Pilihanraya Kecil menentukan wakil rakyat baru bagi Dewan Undangan Negeri N25 Kajang. Seperti yang diketahui umum, Parti Keadilan Rakyat meletakkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi mempertahankan kerusi tersebut, dan kini menunggu siapakah lawan yang bakal memberikan saingan kepada Ketua Umum Keadilan itu.

Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini mencabar Barisan Nasional untuk segera menamakan calon mereka bagi Pilihanraya Kecil Dun N25 Kajang bagi menghadapi Dato Seri Anwar Ibrahim dan membuktikan dakwaan mereka bahawa Keadilan tidak lagi relevan dan ditolak rakyat.

AMK Selangor percaya Barisan Nasional hanya tahu cakap kosong tetapi hakikatnya tidak berani untuk menghadapi Dato Seri Anwar Ibrahim pada Pilihanraya Kecil kali ini. Respon Barisan Nasional nyata berbeza berbanding lima tahun lalu apabila Dato Seri Anwar Ibrahim bertanding pada Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan penyandang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail.

AMK Selangor meyakini bahawa Barisan Nasional sedang bergelut dengan isu perebutan kerusi antara Umno dan MCA, rata-rata kedua belah pihak meragui keupayaan satu sama lain dan mahu menjadi jaguh di Kajang. Namun, sambutan hebat masyarakat pelbagai kaum di Kajang terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim membantutkan niat mereka dan mula menjadikan perancangan mereka tergendala.

Kajian UMCDEL yang meramalkan Dato Seri Anwar Ibrahim bakal meraih majoriti lebih besar juga menambah kecut Barisan Nasional yang seringkali lantang memperlekeh Pakatan Rakyat dan Dato Seri Anwar Ibrahim. Ini adalah berdasarkan faktor calon, kekuatan jentera serta kesediaan rakyat untuk menerima perubahan dalam hala tuju pentadbiran Selangor.

Justeru, AMK Selangor sekali lagi melontarkan cabaran agar Barisan Nasional menamakan calon mereka dengan segera dan tidak cakap-cakap kosong tetapi hakikatnya takut berdepan kekalahan sekali lagi di Dun Kajang ini yang telah menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat. Tidak ada gunanya hanya berani di media sedangkan gagal terjemah sokongan rakyat di medan sebenar.

PERTAHANKAN SELANGOR, MARA KE PUTRAJAYA

#Azmizam adalah Ketua AMK Selangor merangkap Naib Ketua AMK Malaysia

Categories
SELANGOR

PRK DUN Kajang: Penamaan calon 11 Mac, undi 23 Mac

PUTRAJAYA 5 FEB: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini mengumumkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan berlangsung, pada 23 Mac ini. dan manakala penamaan calon pada 11 Mac.

Memetik laman sosial mikro BERNAMA, SPR turut mengumumkan penamaan calon adalah 11 Mac ini, manakala pengundi awal akan mengundi pada 19 Mac ini.

sprPerkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan kekosongan kerusi dalam Dewan Negeri Selangor itu berikutan perletakan jawatan secara mengejut anggota DUN Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada 27 Januari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Lee memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), BERJASA dan tiga calon bebas.

 

 

 

 

 

Categories
SELANGOR

PRK Kajang peluang pengundi hukum BN

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Tan Sri Muhammad Muhd Taib menegaskan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Barisan Nasional (BN) yang gagal menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Memetik laporan Keadilan Daily, bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang berang terhadap kenaikan harga barang dan perkhidmatan ekoran kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Tapi, Umno-BN jangan fikir bahawa rakyat lupa. Dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan menghadapi ujian besar.

mat taib“Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu besar,” kata Muhammad.

Beliau berkata, PRK Kajang adalah waktu yang tepat kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, PRK Kajang juga tidak harus digunakan BN untuk menjatuhkan pihak lawan dengan pelbagai serangan peribadi.

“PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba jadikan PRK Kajang sebagai tempat menyerang isu peribadi.

“Isu peribadi sudah tidak laku. Tidak payah bawa isu remeh temeh kerana yang penting adalah masa depan rakyat dan negara.

“Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting, selain ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan,” katanya.

JURNAL BERITA – MB cemerlang jana pendapatan ekonomi

1. Abdul Khalid : Rakyat penting demi kelangsungan pentadbiran Selangor –

2.Abdul Khalid penting dalam pentadbiran Selangor selepas PRK Kajang- Anwar –

3.Anwar : Prestasi Abdul Khalid cemerlang, jana pendapatan ekonomi Selangor –

4.Nurul Izzah alu-alukan Abdul Khalid dilantik Pengarah PRK Kajang –

5.Anwar tumpu pelbagai isu termasuk masalah peniaga Melayu di Kajang

6.Anwar ‘mengaku kalah’ jika lawan Lee Chong Wei

7.PRK DUN Kajang: AMK wujud pemantau khas media sosial dekati anak muda

8.UMCEDEL: Anwar dijangka menang majoriti besar PRK DUN Kajang

9.Anwar di DUN Kajang elak rampasan kuasa Perak berulang

10.PRK DUN Kajang: SPR perlu bidas rancangan Umno-BN guna taktik keji, lucah

11.Pengundi alu-alukan Anwar tanding di Kajang

12.Khalid Samad sedia sertai debat kalimah Allah anjuran SAMM

13.Khalid Samad : MAIS patut amal dasar syura bagi selesai isu Islam

14.AKTIVITI YB: 28 waris DUN Dengkil terima Skim Mesra Usia Emas

15.Khalid Samad : Tindakan Chin Cheh jauh beza berbanding fenomena lompat parti 2009

16.Iskandar : Polis perlu serius banteras budaya samseng di Kampung Pandan

17.Rakyat perlu waspada anasir jahat untuk timbul ketegangan

18.Program Pembasmian Kemiskinan Bandar: MBPJ jejak golongan miskin

19.Contract for Service MBPJ bantu ibu tunggal, golongan miskin raih peluang kerja

Categories
SELANGOR

Kemenangan Anwar halang BN guna darurat rampas Selangor

SHAH ALAM, 4 FEB: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menjelaskan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Selangor penting untuk menghalang Barisan Nasional (BN) menggunakan situasi darurat untuk merampas negeri itu.

Beliau berkata, itu adalah satu lagi persediaan dan juga iktibar yang pernah berlaku di Kelantan pada tahun 1977 apabila BN menggunakan perkara sama untuk merampas kuasa kerajaan negeri daripada PAS.

Rafizi“Kita tidak menolak kemungkinan bagaimana isu kaum dan agama dimainkan. Dahulu, Umno pernah melakukannya di Kelantan.

“Umno menggunakan kuasa darurat bagi menggantung pentadbiran kerajaan negeri dan ia pernah berlaku sebelum ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Rafizi berkata, jika isu agama digunakan setiap minggu terutama membabitkan kenyataan sensitif ia bakal mengundang pelbagai kemungkinan termasuk campur tangan Umno Selangor dalam perkara berkenaan.

Categories
SELANGOR

Abdul Khalid dilantik Pengarah Jentera PKR hadapi PRK DUN Kajang

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 FEB : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, manakala Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin sebagai timbalannya bagi parti itu.

Sementara itu, Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri, Borhan Aman Shah dilantik sebagai Pengarah Operasi Pilihan Raya.

DSC_9834Pelantikan itu disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan hari ini sebagai persediaan menghadapi PRK Dun Kajang yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Insya Allah dengan ini jentera pilihan raya PKR akan dapat bergerak dengan berkesan demi membawa kemenangan kepada parti, Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat Malaysia,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Rakyat penting demi kelangsungan pentadbiran Selangor

Oleh : AFIX REDZUAN

KAJANG, 4 FEB: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid menegaskan rakyat adalah keutamaan beliau dalam memastikan hasil pentadbiran negeri dikongsi bersama.

Abdul Khalid berkata, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrhim adalah individu istimewa yang sentiasa memantau perkembangan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Kita tidak mahu rakyat tertinggal dan ingin mereka terus dapat keistimewaan. Sudah tentu pilihan utama kita adalah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

DSC_9768“MES juga sentiasa dekat di hati Anwar,” katanya pada majlis Pelancaran Jentera DUN Kajang di hadapan hampir 350 orang penyokong di Dewan Orang Ramai Taman Mesra, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin; Exco Selangor, Rodziah Ismail dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Abdul Khalid yang juga Pengarah Pilihan Raya DUN Kajang berkata, pimpinan negeri perlu bekerja keras mencari sumber kewangan untuk membantu rakyat.

“Saya berjanji akan bekerja keras. Kita ada pasukan baru untuk meletakkan Malaysia terus maju di bawah Pakatan Rakyat,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Anwar: Kecemerlangan MB jana pendapatan ekonomi Selangor

Oleh : AFIX REDZUAN

KAJANG, 4 FEB: Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peranan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjana pendapatan ekonomi negeri itu akan dikekalkan.

Katanya, perkembangan dan peningkatan ekonomi Selangor jelas menunjukkan prestasi Khalid boleh dibanggakan.

“Kita bangga prestasi ekonomi Selangor di bawah Khalid kerana beliau seorang yang cermat. Kalau orang kata beliau kedekut tetapi itu berlaku kerana membabitkan wang rakyat dan bukan satu kelemahan.

DSC_9807“Sejarah Selangor, pimpinan silih berganti tetapi prestasi ekonominya di bawah Khalid terbaik dalam sejarah negeri ini,” katanya di hadapan hampir 350 penyokong di Taman Mesra, di sini, semalam.

Tegasnya, Abdul Khalid adalah kebanggan Selangor sebagai anak jati dan Menteri Besar yang telus serta tegas menentang rasuah.

Sementara itu, Tan Sri Abdul Khalid dipilih sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Kajang yang disahkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula akan bermesyuarat bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi, pada 5 Februari ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Anwar ‘mengaku kalah’ jika lawan Lee Chong Wei

Oleh : AFIX REDZUAN

KAJANG, 4 FEB: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘mengaku kalah’ jika jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertanding dalam pertandingan badminton menentang beliau.

Anwar menegaskan tidak akan menarik diri atau mengaku kalah dalam pertembungan pilihan raya sebagai menjawab tomahan dan cadangan dikemukakan pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya jaguh badminton itu diletakkan sebagai calon menentang beliau.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau adalah antara peminat Chong Wei dalam sukan badminton dan percaya pemain nombor satu dunia itu akan membuat pertimbangan bijak.

“Saya kebetulan minat Chong Wei dan mengaku kalah dalam badminton. Dalam politik beliau ada keyakinan dan saya yakin Chong Wei akan mendoakan kalau saya bertanding,” katanya ketika berucap di Taman Mesra, di sini, semalam.

DSC_9803Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mengulas berkenaan modus operandi BN yang akan mengitar semula kempen serangan terhadap Anwar melalui video seks dan kes Fitnah II.

“Serangan media hina dan aib, bahkan Umno masih belum menukar cara yang digunakan setiap kali pilihan raya sejak 15 tahun lalu. Fitnah seks bermula daripada bangun tidur dan hingga tidur juga masih fikir seks.

“Setiap kali pilihan raya ini cara yang dijangka iaitu seks belum berakhir. Saya serah kepada Allah dan anda untuk fikir sebaiknya,” katanya.

Anwar berkata, hanya bertemu dengan bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dua jam sebelum beliau menyerahkan surat perletakan jawatan.

DSC_9852“Saya hanya menemui Chin Cheh antara satu hingga dua jam sebelum beliau serah surat jawatan. Ada yang kecam dan bingung, bahkan saya dikatakan tamak tetapi tidak mahu jawab jika berniat buruk.

“Saya tidak tersinggung kalau ada yang tanya. Tidak betul ada pergeseran dua tokoh dan saya tidak perlu masuk campur,” katanya.

Beliau turut memuji ketokohan mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat yang cekal menangkis serangan BN berseorangan selama ini dan kini giliran Selangor serta Pulau Pinang untuk berhadapan perkara sama selepas menang, sejak 2008.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Anwar tumpu pelbagai isu peniaga Melayu di Kajang

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 FEB: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula menggerakkan pasukan khas untuk bertemu masyarakat akar umbi di Kajang bagi tujuan mengenal pasti isu penting yang perlu diselesaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata pasukan itu mula digerakkan sejak tiga hari lalu membabitkan pemimpin masyarakat setempat sekitar Kajang.

“Pelbagai isu yang kita kenal pasti antaranya membabitkan peniaga kecil khususnya Melayu dan bagaimana mereka dapat menjalankan perniagaan dengan lebih baik, selain isu lokasi perniagaan. Semua perkara itu akan kita kaji.

rafizi 01“Keputusan kajian ini mungkin boleh diperoleh dalam masa beberapa hari sebelum bermulanya kempen PRK Kajang,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

Menyentuh strategi ketika berkempen nanti, Rafizi memberitahu PKR akan menekankan sentuhan peribadi dengan bertemu seramai mungkin pengundi di Kajang.

Katanya, PKR juga akan membuka akaun di laman sosial bagi mendapatkan maklum balas terhadap sebarang masalah yang berlaku di Kajang.

Rafizi berkata, beliau turut melahirkan keyakinan terhadap Anwar serta pasukan kerjanya yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarkat di Kajang berdasarkan pengalaman sebagai wakil rakyat selama 34 tahun.

Tinjauan yang dijalankan Selangor Kini di Kajang juga mendapati penduduk Kajang menyambut baik dan mengalu-alukan Anwar sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu.

-NFN-