Categories
SELANGOR

Pengguna disaran manfaat 303 petak parkir percuma

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 OGOS: Pengguna sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di sekitar Petaling Jaya disarankan menggunakan kemudahan tempat letak kenderaan percuma yang disediakan berhampiran Stesen LRT Taman Jaya.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, R Rajiv berkata, hal itu kerana manfaat terbabit tidak diguna pakai walaupun sudah setahun disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Katanya, 303 petak parkir termasuk tiga parkir untuk Orang Kurang Upaya (OKU) disediakan, namun sehingga kini hanya dipenuhkan dengan kurang dari lima buah kenderaan setiap hari.

“Berbeza dengan tempat parkir di Stesen LRT Asia Jaya, sebanyak 602 petak parkir penuh setiap hari sehinggakan pengguna terpaksa datang awal untuk mendapatkan petak parkir.

“Sedangkan, di kawasan ini tidak digunakan. Mungkin pengguna tidak mengetahui mengenai tempat parkir ini atau sedikit jauh dari stesen,” katanya kepada pemberita.

Rajiv berkata, kawasan parkir itu terletak kira-kira 700 meter iaitu hanya membabitkan lima hingga tujuh minit ke stesen sekiranya berjalan kaki.

“Oleh itu, bagi saya ia bukan alasan untuk pengguna menggunakan tempat letak kenderaan di sini kerana jarak perjalanan tidak jauh dari stesen.

“Ia juga boleh dijadikan tempat letak kenderaan alternatif dan dapat menampung parkir di stesen LRT Asia Jaya,” katanya.

Categories
SELANGOR

JKR diminta beri kerjasama lulus permit ganti paip

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG, 2 MAC: Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor disaran memberi kerjasama terhadap pemberian kelulusan permit bagi pelaksanaan projek penggantian paip di Jalan Meru, di sini.

Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (JPK-SAS), R Rajiv berkata, agensi terbabit perlu bertindak segera bagi membolehkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjalankan projek berkenaan.

Katanya, projek penggantian paip usang di laluan utama Jalan Meru sepanjang lapan kilometer adalah salah satu daripada tiga projek yang akan dilaksanakan Air Selangor.

“Lokasi Jalan Meru ini adalah ‘hot sport’ paling banyak kes dengan 21 kes paip pecah dan 370 paip bocor dalam setahun, maka banyak kerja penggantian perlu dijalankan, itu objektif kita.

“Kita harap JKR tidak menangguhkan lagi pemberian permit kepada Air Selangor supaya projek ini dapat dijalankan segera,” katanya kepada media.

IMG_20170302_113754_164Beliau berkata, masalah paip pecah dan bocor di Jalan Meru membabitkan laluan utama dan sekiranya berlaku, ia akan menimbulkan masalah bekalan air serta lalu lintas.

Difahamkan, Air Selangor sudah memohon kepada JKR negeri bagi kelulusan permit itu sejak tiga bulan lalu.

JPK-SAS diketuai Pengerusi, Ng Sze Han, hari ini mengadakan lawatan bagi meninjau projek penggantian paip di Taman Eng Ann, di sini serta mendergar taklimat projek daripada Air Selangor.

Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan kira-kira RM363 juta bagi membantu Air Selangor menjayakan 84 projek penggantian paip usang di seluruh Selangor.

-AA-

Categories
NASIONAL

Henti buru Dego Ride

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 FEB: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) digesa untuk tidak bertindak ‘dwi-standard’ terhadap perkhidmatan teksi motosikal, Dego Ride.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, R.Rajiv berkata, usaha memburu dan menyaman penunggang motosikal menjalankan perkhidmatan itu mengikut Seksyen 23 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 juga harus dihentikan serta-merta.

Katanya, pemandu Grab dan Uber turut melanggar akta sama bagaimanapun mendapat layanan istimewa Kerajaan Persekutuan.

“Mengeluarkan saman terhadap penunggang Dego Ride adalah jelas amalan dwi-standard sedangkan hampir kesemua pemandu Uber dan Grab melakukan kesalahan sama.

Rajiv“Namun, kita tidak pernah dengar JPJ ingin memburu mereka sebaliknya Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan membenarkan Uber dan Grab beroperasi secara sah kerana sedar faedahnya kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Pada 11 Februari lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan perkhidmatan Dego Ride dihentikan serta-merta atas faktor keselamatan selain JPJ dilaporkan mula mengeluarkan saman terhadap penunggang Dego Ride.

Rajiv berkata, Tiong Lai sepatutnya memberi layanan serupa terhadap Dego Ride dalam usaha mengalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

“Dego Ride memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah ‘first mile last mile’ dan mampu mengalakkan lagi rakyat Malaysia bertukar daripada penggunaan kereta persendirian kepada pengangkutan awam seperti MRT, LRT dan lain-lain,” katanya.

Terdahulu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, tiada peruntukan undang-undang yang menghalang mereka untuk terus menjalankan operasi perkhidmatan berkenaan.

Katanya, perkhidmatan itu antara lain membantu golongan B40 menjana pendapatan sampingan dengan bermodalkan motosikal sebagai pelaburan utama.

Ia juga dilihat selaras dengan saranan menteri supaya rakyat melakukan dua, tiga atau lebih pekerjaan bagi menampung kos sara hidup tinggi.

-nR-

Categories
SELANGOR

MBPJ rangka penambahbaikan atasi kesesakan lalu lintas Jalan Utara

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 26 OGOS: Kesesakan lalu lintas di Jalan Utara, di sini, akan diatasi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) secara berperingkat melalui beberapa penambahbaikan dirancang.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, R Rajiv, berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memutuskan akan memanggil semula pihak perunding bagi menjalankan kajian dan mencadangkan penyelesaiaan bagi masalah berkenaan dalam mesyuarat minggu lalu.

Katanya, kawasan lalu lintas di Jalan Utara yang kini laluan sehala menjadi tumpuan ekoran terdapat banyak pejabat dan kilang di simpang Jalan 223 dan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Asia Jaya di situ.

Rajiv“Satu alternatif difikirkan ialah membina satu jejantas di hadapan Stesen LRT bagi menggantikan lintasan jalan raya sedia ada.

“Ia akan membabitkan jumlah belanjawan baru dan akan dibincangkan bersama MBPJ termasuk Prasarana Berhad kerana ia turut berkaitan dengan LRT,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam masa terdekat perbincangan akan dijalankan bersama MBPJ dengan sedikit perubahan kepada lampu isyarat sedia ada bagi mengurangkan kesesakan di situ.

Katanya, kesesakan di kawasan laluan sehala itu berlaku apabila kenderaan yang datang dari arah Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Barat bertembung ketika memasuki Jalan Utara.

“Jumlah kenderaan agak tinggi menyumbang kepada kesesakan di sini untuk ke simpang Jalan 223 hingga ke hadapan Stesen LRT Asia Jaya. Kesesakan lalu lintas juga berlaku apabila orang ramai menggunakan lintasan jalan raya di sini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kontraktor gagal selenggara naik taraf pembentungan

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 18 MEI: Kerja menaik taraf sistem pembentungan di Petaling Jaya tidak diselenggara dengan baik pihak kontraktor yang dilantik Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP).

Adun Bukit Gasing, R Rajiv, berkata terdapat beberapa masalah yang berlaku akibat mengakibatkan beberapa faktor yang perlu diambil berat.

“Kontraktor tidak mengeluarkan sebarang notis tempoh kerja naik taraf itu akan siap dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

IMG_7540“Selain itu, faktor keselamatan pengguna jalan raya juga perlu dititik beratkan, tetapi pihak JPP tidak mengambil sebarang tindakan walaupun dimaklumkan,” katanya pada sidang media di Jalan 1/21, di sini, hari ini.

Rajiv berkata, paling mengecewakan kontraktor tidak menurap semula jalan dengan sempurna selepas kerja naik taraf selesai.

“Kontraktor hanya menurap ala kadar kerana jalan tidak rata seperti sedia kala kemudian meneruskan kerja mengorek di jalan yang lain.

“Lebih malang, JPP sebagai pembayar dan Indah Water Konsortium (IWK) tidak memantau kontraktor dilantik dengan baik.

“Petaling Jaya antara bandar raya yang menjadi tumpuan, jika keadaan ini berterusan ia mengganggu keadaan di sini khususnya keselamatan orang ramai,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

“Sila Laporkan Lorong Gelap” jaga keselamatan penduduk

OLEH SYASYA SUFIAN

PETALING, 13 APRIL: Demi menjaga keselamatan rakyat, DUN Bukit Gasing mengambil inisiatif melaksanakan kempen “Sila Laporkan Lorong Gelap’ dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Adun Bukit Gasing, R Rajiv, berkata kempen itu khusus untuk kepentingan penduduk di kawasan berkenaan yang akan berlangsung selama sebulan bermula hari ini hingga 15 Mei depan.

“Jika terdapat sebarang lorong atau lampu didapati tidak berfungsi, penduduk boleh membuat laporan secara terus ke pejabat Adun Bukit Gasing untuk diambil tindakan seterusnya.

IMG_6231“Antara sebab jalan raya gelap ini mungkin disebabkan lampu rosak, lampu dihalang pokok atau tidak ada lampu.

“Walaubagaimanpun, di kawasan ini hampir 90 peratus lampunya berfungsi,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di PJ Old Town, pagi ini.

Pada masa sama, Rajiv berkata, setiap aduan diterima akan disusun mengikut urutan bagi membolehkan lawatan dilakukan bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Katanya, penduduk juga boleh membuat permintaan kepada MBPJ untuk memasang lampu di lorong didapati tidak dilengkapi kemudahan berkenaan.

“Maklum balas akan diberi kepada pengadu selepas masalah itu diatasi,” katanya.

Penduduk kawasan Bukit Gasing boleh membuat aduan di Pejabat Adun, 84A Jalan Othman 1/14, PJ Old Town atau hubungi talian 03 77847490 atau email ke [email protected].

-AA-

Sabar karenah pembayar cukai, beri khidmat terbaik

Pendekatan ‘people engagement’ penting bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) mendepani cabaran berurusan dengan pembayar cukai.

Categories
SELANGOR

Masalah trafik: Pengangkutan awam lebih efisyen, bukan Kidex

Oleh: SYASYA SUFIAN

PUCHONG, 3 FEB: Cadangan penambahan pengangkutan awam dilihat lebih efisyen berbanding pembinaan lebuh raya, kata Adun Kinrara, Ng Sze Han.

Merujuk kepada Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), Sze Han berkata, pembinaan lebuh raya itu bukan jalan penyelesaikan terbaik bagi merungkai kesesakan lalu lintas di Petaling Jaya.

SZE HAN RAJIV“Hari ini kita lihat masyarakat lebih selesa menggunakan pengangkutan awam khususnya penduduk di puchong dan Bandar Kinrara.

“Ia juga memberi manfaat kepada orang ramai berulang alik ke Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan destinasi lain,” katanya ketika sidang media, di Bandar Kirara, di sini, hari ini.

Sementara itu, Adun Bukit Gasing, R. Rajiv berkata, dalam cadangan Pelan induk pengakutan awam Kerajaan Negeri terdapat tujuh hentian stesen yang dicadangkan sepanjang Laluan Sunway BRT.

Katanya, jajaran itu menghubungkan beberapa kawasan perumahan dan komersial, bermula dari stesen KTMB Setia Jaya di hadapan Pangsapuri Mentari Courts sehingga ke USJ 6, selepas pusat membeli-belah Summit.

“Kita telah kemukakan cadangan itu sejak lima April 2014 iaitu 21 bulan yang lalu, namun sehingga tidak ada sebarang maklum balas dari kerajaan persekutuan.

“Saya menggesa untuk pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mempertimbangkan cadangan ini menambah pengagkutan awam seperti BRT, LRT atau MRT yang akan memberi manfaat kepada rakyat khususnya,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

‘Tipu’ hidangan daging, empat restoran diambil tindakan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 OKT: Sekurang-kurangnya empat restoran menjual hidangan berasaskan daging diambil tindakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ekoran mencampur aduk bahan asas sajian itu dari kualiti berbeza.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MBPJ, Dr Chitra N Vadivellu, berkata tindakan diambil di bawah Seksyen 14 Akta Makanan 1983 melarang penjualan makanan bukan daripada jenis, bahan atau kualiti diminta.

MBPJ“Sampel daripada 10 restoran sudah diambi dan mendapati empat daripadanya memberi keputusan negatif kepada ujian DNA kambing, pada 23 Jun lalu.

“Tiga daripada restoran itu menghidangkan makanan India dan satu lagi restoran India Muslim,” katanya.

Beliau berkata, Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia (Primas) memberi alasan harga daging kambing dari Australia lebih murah iaitu RM25 sekilogram dengan belian secara borong.

Sebelum itu, Adun Bukit Gasing, R.Rajiv, berkata beliau menerima banyak aduan dalam tempoh 24 jam mendakwa restoran terbabit menjual hidangan yang kononya daging kambing.

“Ia amat membimbangkan terutama kepada masyarakat Hindu kerana melibatkan faktor keagamaan jika terdapat campuran daging lembu.

“Ia adalah tuduhan yang serius kerana akan menjejaskan restoran lain yang tidak bersalah,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Rajiv: Kini tiga, bakal empat dalam masa terdekat

Oleh: SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 23 OKT: Penduduk di Dun Bukit Gasing kini boleh menikmati perkhidmatan internet percuma WiFi Selangorku sepenuhnya apabila tiga kawasan tumpuan ramai sudah dilengkapi alat pemancar.

Adunnya, R.Rajiv, berkata kemudahan sama akan diperluas dari masa ke masa bagi memastikan lebih ramai penduduk menikmati perkhidmatan itu.

RAJIV“Setakat ini, WiFi Selangorku berpusat di Medan Selera Seksyen 8, Seksyen 14 dan Seksyen 17.

“Kita juga dalam perancangan menambah WiFi Selangorku di Seksyen 25 berdekatan mahkamah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),” katanya.

Rajiv berkata, pemusatan WiFi Selangorku itu mengambil kira keperluan memastikan masyarakat kawasan kos rendah merapatkan jurang digital dan bersama mengkuti perkembangan teknologi.

“Kawasan itu diduduki majoriti rakyat berpendapatan rendah dan tidak mampu masang modem internet kerana kos yang agak tinggi.

“Selepas ini, mereka tidak lagi perlu ke kedai kopi mahal atau ke kedai makanan segera untuk mengakses internet,” katanya.

September lalu, Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali secara rasminya melancarkan WiFi Selangorku bagi membolehkan rakyat menikmati internet percuma lebih meluas dengan 2,500 hotspot di beberapa lokasi seluruh negeri.

-nR-

Categories
SELANGOR

Adun : Belanjawan 2016 perlu perkasa pengangkutan awam

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 OKT: Kerajaan Negeri perlu memberi fokus utama penyediaan pengangkutan awam dalam pembentangan Belanjawan 2016 hujung bulan ini.

Adun Bukit Gasing, R Rajiv mencadangkan Kerajaan Negeri menambah laluan yang menyeluruh supaya dapat menampung permintaan pengguna sekitar Lembah Klang.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu menyediakan peruntukkan untuk membuat kajian menyeluruh dalam isu itu.

Rajiv a“Seperti di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ketika ini, mereka sedang menyediakan kajian menyeluruh berkenaan laluan supaya rangkaian perjalanan bas lebih lengkap.

“Jadi, untuk itu kita perlukan lebih peruntukkan lantik ‘consultant’ bagi kajian itu dijalankan,” katanya kepada SepangorKini.

Rajiv berkata, Kerajaan Negeri perlu membuat rundingan secara keras dengan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi merealisasikan inisiatif itu.

“Bagaimana kita berunding dalam isu penstrukturan air, begitu juga dengan SPAD.

“SPAD hanya buat MRT tetapi tidak buat laluan bas yang baik, kita kena lakukan dan fikir cara yang terbaik supaya rakyat tidak terus terbeban dengan kenaikan kadar tol,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Belanjawan 2016 juga perlu meneruskan usaha menyediakan Rumah Mampu Milik.

-nR-

Categories
SELANGOR

‘Mosquito Magnet’ inisiatif baru perangi denggi

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 15 OKT: Adun Bukit Gasing, R Rajiv mengambil inisiatif dengan memasang’ Mosquito Magnet’ atau perangkap nyamuk di Taman Jaya dan Gasing Indah dalam usaha mengurangkan populasi nyamuk.

Rajiv berkata, langkah terbabit membantu mengurangkan penularan nyamuk aedes yang mengakibatkan demam denggi apabila kes itu semakin meningkat sabahn tahun.

yb rajiv a“Ini projek perintis di DUN saya. Kita perlu cuba cara baru kerana langkah sebelum ini kurang mencapai matlamat.

“Jadi, saya menambah usaha supaya kita boleh lihat keberkesanannya. Jika selepas ini masih kurang berkesan, maka kita cuba cara lain pula,” katanya.

Rajiv berkat, kos alatan itu adalah RM4,800 seunit dan dua taman rekreasi terbabit dipilih ekoran kedatangan pengunjung yang ramai.

“Kita menerima rungutan daripada pengunjung bahawa nyamuk banyak di sini. Namun, ia akan diletakkan secara bergilir di seluruh taman atau kawasan lain,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini DUN terbabit masih bebas daripada sebarang kawasan ‘hotspot’ penularan denggi, namun pernagkap itu sebagai langkah berjaga-jaga pada masa akan datang.

“Kesan daripada alat ini boleh pergi sejauh satu ekar kecuali jika ada halangan bangunan atau sebagainya,” katanya.

Magnetig Mosquito oleh YB Rajiv di Taman Jaya PJ (2)Rajiv turut menyarankan inisiatif memasang peralatan itu dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Sebagai permulaan mungkin Kerajaan Negeri boleh memasang 100 unit di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Teknologi ini digunakan di Amerika Syarikat dan terbukti berkesan di beberapa negara lain.

“Gas dalam tong itu akan bertukar menjadi karbon dioksida untuk menarik nyamuk ke perangkapnya. Nyamuk akan terperangkap dalam jaring dan mati sekitar 24 jam, bahkan peralatan sama juga digunakan di Pulau Pinang dan Sarawak.

-NFN-