Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri Rangka Pelbagai Program Bela Ibu Tunggal

 

SHAH ALAM 28 NOV : Seramai 24,009 wanita bertaraf ibu tunggal di seluruh Selangor berpeluang membaiki taraf kehidupan apabila Kerajaan Negeri merancang pelbagai program untuk membawa mereka keluar dari belenggu kemiskinan.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Rodziah Ismail berkata, insiatif itu diambil supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri.

“Antara program dijalankan ialah Pemberdayaan Wanita Selangor menerusi Pusat Wanita Budaya (PWB), Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel), Skim Mikrokredit Bandar (Mimbar), Skim Mikrokredit Wanita Ladang (Wala), Program Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor (PET-SOHO-S), Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar), Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) serta Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor.

“Semua program dan skim ditawarkan itu menarik ibu tunggal di Selangor untuk bersama turut serta dan mendaftar bagi melibatkan diri mereka,” katanya ketika menjawab pertanyaan Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Rodziah berkata, dari jumlah dinyatakan, ibu tunggal di kalangan bangsa Melayu mencatat bilangan tertinggi seramai 18,011 orang, India (1,574), Cina (792), Orang Asal (dua) dan lain-lain (3,630).

Beliau berkata, kajian beberapa institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa serta NGO mendapati antara masalah dihadapi golongan itu adalah masalah kewangan untuk menampung keperluan harian diri dan keluarga.

Selain itu, tambahnya, ia turut melibatkan masalah berurusan dengan mahkamah seperti tidak mendapat pembelaan dari sudut penerimaan nafkah akibat perceraian di samping terpaksa melalui proses birokrasi mahkamah yang merumitkan dalam jangka masa panjang.

“Masalah dalam penjagaan sempurna anak-anak ketika mencari nafkah dan kesan psikologi khususnya dalam tempoh tiga bulan pertama menjadi ibu tunggal turut membelenggu mereka ini,” katanya lagi.

Categories
SELANGOR

Jalinan Kasih Skimsel 2012 dan Laman Dapur – Salam Selangor

Episod 40

Sinopsis: Segmen kali ini memberi tumpuan kepada Majlis Jalinan Kasih Kasih Skimsel 2012 ( Cawangan Kuala Selangor ) bertujuan untuk mengeratkan hubungan sadiq dan pihak skimsel yang mana telah berlangsung pada 3 November 2012 di Stadium Kuala Selangor.

Selain itu, salam selangor kali ini juga memberi liputan mengenai laman dapur.

Sama-sama kita tonton

LAPORAN KHAS- SKIMSEL DAN MIMBAR Menjana Ekonomi Rakyat Bawahan

Sinopsis:

Hasil negeri untuk rakyat telah dirangkakan melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Sejak 2008 lagi, pelbagai program telah dijalankan dari semasa ke semasa.

Antaranya Skim Mikrokredit Selangor dan Program Mikrokredit Miskin Bandar. Skim bantuan yang diberikan kepada rakyat Selangor ini merupakan salah satu usaha kerajaan negeri Selangor membebaskan golongan berpendapatan rendah dari kitaran kemiskinan,

Sejak mula dilancarkan, ramai usahawan kecil yang menyertai skimsel dan mimbar kini berjaya memperluaskan perniagaan mereka.

Saksikan laporan khas mengenai skimsel dan mimbar yang memaparkan temubual krew Selangorku dengan usahawan-usahawan kecil yang berjaya