Categories
NASIONAL

Tabung Haji: Jangan dedah akaun kepada pihak tak dikenali

SHAH ALAM 4 NOV: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menafikan pihaknya ada menghubungi mana-mana pendeposit bagi menjalankan transaksi pemindahan kewangan.

Tabung Haji berkata, pihaknya menerima aduan pendepositnya mengenai kewujudan sindiket menyamar kakitangan agensi itu dan memaklumkan akan berlaku transaksi pindahan wang dari akaun Tabung Haji kepada pihak ketiga melalui bank komersial tempatan.

“Kita tidak pernah menghubungi mana-mana pendeposit bagi tujuan pindahan kewangan dan peraturan pengeluaran atau pindahan wang juga tidak boleh dilaksanakan melalui panggilan telefon.

“Jangan percaya dengan panggilan tersebut, abaikan arahan mereka dan jangan sesekali mendedahkan maklumat akaun kepada orang yang tidak dikenali,” katanya dalam kenyataan media.

Tambah kenyataan itu, ketika panggilan dibuat sindiket itu memaklumkan mereka akan mengalihkan panggilan ke Balai Polis Kota Kinabalu di mana individu yang menyamar sebagai pegawai di balai akan mendapatkan maklumat akaun pendeposit.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Kumpulan pertama haji berlepas 24 Julai ini

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Kumpulan pertama bakal jemaah haji Malaysia bagi sesi 1438 Hijrah akan mula berlepas ke Makkah, pada 24 Julai ini.

Seramai 30,200 orang jemaah haji Malaysia bakal menunaikan rukun Islam kelima itu, pada tahun ini.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, surat tawaran sudah dihantar kepada bakal jemaah haji berkenaan.

“Segala persiapan sudah dilaksanakan dan berjalan lancar termasuk menghantar surat tawaran kepada bakal jemaah haji.

“Semua (bakal jemaah) sudah diberi surat (tawaran). Mereka pun dah jawab,” katanya lapor BH Online.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Kuota haji Malaysia ditambah kepada 30,200

SHAH ALAM, 15 MAC: Kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah kepada 30,200 berbanding 27,900 orang, kata Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Katanya, tambahan itu berikutan perbincangan semasa lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia, baru-baru ini.

“Tabung Haji mendapat 30,200 kuota haji tahun ini berbanding 22,230 selama tiga tahun, sebelum ini,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, pada persidangan Dewan Rakyat, lapor BERNAMA.

Pada Januari lalu, kuota haji Malaysia dikembalikan kepada 27,900 berbanding 22,230, sejak 2013.

-AA-

Categories
NASIONAL

Kouta haji perlu ditingkat 50,000 jemaah setahun

OLEH : NORHAYATI UMOR

KUALAU LUMPUR, 15 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun disaran berunding dengan Kerajaan Saudi dalam usaha meningkatkan kuota haji sehingga 50,000 jemaah setahun.

Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata hal itu memandangkan beliau sangat rapat dengan Kerajaan Saudi.

“Kita juga mahu mereka memendekkan tempoh menunggu giliran untuk rakyat ke tanah suci itu.

haji-dan-umrah“Saya sedia maklum jawapan Datuk Seri Jamil Khir semalam seolah-olah menunding jari kepada komen saya buat sebagai sebab kenapa jemaah haji terpaksa menunggu sehingga 70 tahun untuk menunaikan haji.

“Jawapan diterima pada 9 Mac laku mengenai kaedah digunakan menentukan giliran jemaah haji berdasarkan ‘mendaftar dahulu akan didahulukan.

“Sebab itu jawapan beliau semalam tidak tepat dan cuba menyembunyikan kelemahan kerajaan dengan memberi gambaran seolah-olah timbal balik kedudukan kewangan Tabung Haji punca terpaksa menunggu lama,” katanya kepada pemberita dalam sidang media.

Rafizi berkata setakat Februari 2016, terdapat 2.023 juta pemegang akaun Tabung Haji mendaftar sedangkan kuota haji hanya 0.1 peratus dari jumlah penduduk Malaysia.

“Kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia adalah 30,000 setahun. Namun, sejak beberapa tahun lalu, kuota haji Malaysia sekitar 22,000 setahun.

“Pada angka ini dan jumlah bakal haji seramai 2.023 juta, purata seorang bakal haji perlu menunggu di antara 40-70 tahun menunaikan haji,” katanya.

Katanya, beliau mahu membentangkan analisis mengenai pengurusan giliran haji dan kuota haji dalam masa terdekat.

Beliau berkata ia bagi menunjukkan terdapat kepincangan memangsakan bakal haji miskin dan tua.

EZY

Categories
NASIONAL

Rafizi kekal pendirian TH bakal rugi RM1.4 bilion

Oleh: ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 27 FEB: Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli mengulangi pendiriannya bahawa Tabung Haji bakal berdepan risiko kerugian sehingga RM1.4 bilion membabitkan pelaburan syarikat bersekutunya, Tabung Haji Heavy Engineering (THHE).

Beliau berkata, surat bertarikh 8 Disember tahun lalu yang diluluskan Kementerian Kewangan membolehkan Tabung Haji membuat jaminan korporat berjumlah USD228.2 kepada THHE adalah bukti bahawa Tabung Haji kini berisiko menangung kerugian itu.

rafizi 01“Maka, risiko kewangan yang ditanggung Tabung Haji sehingga RM1.4 bilion berkenaan pelaburannya di dalam THHE seperti yang saya timbulkan sebelum ini adalah benar.

“Saya kecewa ekoran sikap pengurusan tertinggi Tabung Haji masih lagi mahu menyembunyikan perkara sebenar daripada berterus terang sedangkan banyak dokumen sudah pun bocor kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian mengulas penafian Tabung Haji berkenaan risiko kerugian terbabit dengan menegaskan kononnya THEE bergiat aktif dalam industri minyak dan gas memahami sepenuhnya pelbagai cabaran dihadapi industri itu.

Rafizi berkata, institusi itu seharusnya mematuhi Akta Tabung Haji yang tidak membenarkan mana-mana urusan jaminan korporat kepada bukan anak syarikatnya.

Namun, proses jaminan korporat itu diterukan yang mana THEE kini berdepan tindakan undang-undang daripada kontraktornya ekoran kegagalan membayar hutang.

Jumlah hutang tertunggak yang mungkin perlu dibayar THHE dianggarkan mencecah RM109.7 juta.

-AA-

Categories
NASIONAL

TH diminta perjelas kerugian RM100 juta pelaburan 2007

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 23 FEB: Tindakan agresif Lembaga Tabung Haji membuat pelaburan besar dalam syarikat roti pada 2007 menyebabkannya kerugian hampir RM100 juta, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau berkata pembelian saham Silverbird Group Berhad (kini dikenali sebagai Hi-5 Conglomerate Berhad) ketika itu menyebabkan nilai saham syarikat itu melonjak daripada 39 sen (awal September 2007) kepada RM1.08 (16 Oktober 2007).

tabung-hajiKatanya, Tabung Haji (TH) melabur kira-kira RM98 juta bagi 90.483 juta saham sekaligus muncul pemegang saham terbesar pada akhir tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2007.

“Bagaimanapun pada Julai 2014, saham Tabung Haji terpaksa dijual apabila syarikat itu terlalu banyak berhutang sehingga dianggap sebagai tidak patuh syariah.

“Dianggarkan ketika penjualan dibuat, nilai saham berkenaan jatuh sehingga RM0.07 atau RM0.08 sahaja iaitu bersamaan RM3 juta.

“Secara kasarnya, pelaburan RM98 juta pada 2007 itu hangus semua,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Sehubungan itu, Rafizi menggesa Tabung Haji memberi penjelasan berhubung tindakan yang menyebabkannya membayar premium sehingga 177 peratus.

“Menariknya, pada ketika Tabung Haji menjadi pemegang saham terbesar, Tan Sri Vincent Tan juga muncul pemegang saham kedua terbesar.

“Tindakan agresif Tabung Haji membeli saham sehingga melonjak nilai saham ketika itu semestinya menguntungkan Vincent Tan.

“Oleh itu, Tabung Haji mesti memberikan penjelasan bagi mengelak spekulasi,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Pecat Azeez, pulihkan imej TH dari campur tangan politik – Rafizi

Oleh : Ermizi Muhamad

SHAH ALAM, 16 FEB : Kepercayaan rakyat terhadap tabung haji hanya boleh dipulihkan sekiranya badan itu menyingkirkan Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Rahim, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, badan itu perlulah bebas daripada campur tangan politik agar kerugian melibatkan pelaburannya di dalam saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) tidak berulang.

tabung-haji“Langkah awal memberi jaminan kepada rakyat Tabung Haji dibebaskan dari campur tangan politik ialah dengan menukar Pengerusi Tabung Haji sedia ada dengan seorang lebih layak dan lebih ahlinya di dalam hal ehwal pelaburan Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika ini, Tabung Haji terpaksa menanggung kerugian atas kertas sebanyak RM933 juta di dalam saham FGV yang masih mengekalkan sahamnya walaupun pendapatannya mencatatkan penurunan.

Perkara tersebut kata Rafizi, mengesahkan wujudnya campur tangan politik lebih-lebih lagi Pengerusi Tabung Haji juga seorang pemimpin politik.

“Penglibatan ahli politik yang bukan ahli di dalam kepimpinan Tabung Haji iaitu Datuk Seri Azeez Rahim yang melanggar prinsip tata kelola sewajarnya dipamerkan Tabung Haji,” tambah Ahli Parlimen Pandan itu.

Bahkan, pengasas FGV, Datuk Seri Najib Razak juga tidak mustahil terlibat dalam campur tangan tersebut.

Sebelum ini,Tabung Haji dilaporkan mencatatkan kedudukan negatif pada 2015 bagi tahun kedua berturut-turut.

Perkara tersebut selaras dengan peringatan Bank Negara Malaysia apabila defisit rizab Tabung Haji bagi tahun kewangan tahun lalu diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.195 bilion.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

TH tanggung rugi terkumpul RM933 juta disebabkan FGV

OLEH : RAFIZI RAMLI

Saya meneliti kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak di blog beliau bertarikh 12 Februari 2016 mengenai isu-isu yang dibangkitkan berhubung kedudukan kewangan Tabung Haji.

Sementara saya memuji langkah beliau menjawab sendiri isu-isu yang saya timbulkan dan tidak diserahkan bulat-bulat kepada aktivis maya (“cybertroopers”) Umno di bawah seliaan Dato’ Ahmad Maslan, kenyataan Perdana Menteri itu langsung tidak menjawab perkara-perkara pokok yang diajukan.

Ada beberapa perkara pokok yang telah saya ajukan seperti berikut:

1. Kedudukan rizab Tabung Haji yang terus kekal negatif bagi tahun kewangan 2015 iaitu dua tahun berturut-turut.

2. Teguran-teguran oleh Bank Negara Malaysia dalam surat gabenornya bertarikh 23 Disember 2015 yang menjadi semakin dizahirkan apabila kedudukan rizab Tabung Haji terus menjadi negatif pada nilai yang lebih besar bagi tahun kewangan 2015.

tabung-haji3. Penglibatan ahli politik yang bukan ahli di dalam kepimpinan Tabung Haji iaitu Datuk Seri Azeez Rahim yang melanggar prinsip tata kelola yang sewajarnya dipamerkan Tabung Haji.

Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak menjawab langsung ketiga-tiga isu pokok yang saya ajukan ini.

Sebaliknya beliau merendahkan martabat diri beliau sendiri apabila mengemukakan hujah yang tidak berbeza dari hujah-hujah aktivis maya Umno; iaitu kononnya isu-isu yang ditimbulkan adalah satu serangan bermotifkan politik.

Malah, beliau cuba pula mengheret Kerajaan Arab Saudi bila mana beliau tidak mampu menyangkal unjuran-unjuran kewangan yang saya telah kemukakan kepada rakyat.

Asas kritikan-kritikan saya ialah campur tangan politik di dalam pengurusan Tabung Haji sehingga keputusan pelaburan Tabung Haji dilihat bermatlamatkan politik dan bukannya pulangan terbaik kepada pendeposit.

Contoh yang paling baik ialah penglibatan Tabung Haji sebagai pemegang saham ketiga terbesar (pegangan 7.78% setakat 31 Disember 2015) di dalam Felda Global Venture Berhad (FGV) selepas Felda dan Koperasi Permodalan Felda.

FGV adalah ilham Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri yang telah digunakan sebagai salah satu bahan kempen dalam PRU13 yang lalu untuk memenangi undi peneroka Felda, sedangkan majoriti penganalisa pasaran berpendapat tindakan menyenaraikan FGV bukanlah satu tindakan yang bijak.

Kesilapan Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menyenaraikan FGV itu kini terbukti apabila prestasi saham FGV terus merudum seperti berikut:

Oleh kerana FGV ini satu inisiatif penting pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak, institusi pelaburan milik kerajaan yang dimodalkan dengan wang rakyat terpaksa turut serta.

Tabung Haji muncul sebagai pemegang saham bukan Felda yang terbesar pada pegangan 7.78%.

Saya telah menyemak setiap urusniaga jual beli saham FGV oleh Tabung Haji atau pengurus dananya Maybank Asset Management Sdn Bhd (yang memegang saham FGV bagi pihak Tabung Haji pada jumlah yang sangat kecil).

Saya juga telah mengira jumlah yang dibayar untuk membeli saham, jumlah yang diterima apabila saham dijual dan kerugian terkumpul seperti yang diperincikan di dalam lampiran.
Kesimpulan dari analisa pergerakan saham FGV dan untung/(rugi) yang dialami oleh Tabung Haji adalah seperti berikut:

1. Kerugian terkumpul yang ditanggung oleh Tabung Haji ialah RM933 juta

2. Sepanjang Tabung Haji terlibat di dalam FGV, keuntungan hasil dari penjualan saham FGV hanyalah RM7.6 juta iaitu terlalu sedikit berbanding jumlah terkumpul yang dibayar oleh Tabung Haji untuk membeli saham-saham FGV iaitu RM1.3 bilion

3. Kali terakhir Tabung Haji menjual saham FGV ialah pada 12 Julai 2012 iaitu pada awal penyenaraian sebanyak 750,000 saham.

Semua penjualan saham FGV yang direkodkan selepas itu dibuat oleh pengurus dana Tabung Haji sama ada Maybank, AmInvest atau CIMB yang melibatkan jumlah saham yang sangat kecil dan tidak menjejaskan pegangan keseluruhan Tabung Haji di dalam FGV.

Ini bermakna walaupun harga saham FGV mula menunjukkan penurunan mendadak, Tabung Haji tidak mengambil apa-apa langkah melindungi dana pendeposit sebanyak RM1.3 bilion yang telah dilaburkan di dalam FGV.

Ini berbeza dengan institusi pelaburan kerajaan yang lain seperti KWSP dan KWAP yang dilihat cuba untuk mengurangkan kerugian mereka dan mengambil langkah mengurangkan pegangan di antara 2012 hingga 2015.

Tindakan Tabung Haji yang langsung tidak mengambil apa-apa tindakan melindungi dana pendeposit dalam keadaan sudah jelas pelaburan di dalam FGV merugikan bukanlah satu sifat profesional yang biasa ditunjukkan oleh sebuah institusi pelaburan bertaraf antarabangsa seperti Tabung Haji.

Tindakan terus memegang saham FGV sehingga menyebabkan kerugian terkumpul RM933 juta sudah tentu berkait rapat dengan kedudukan FGV sebagai inisiatif utama pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak walaupun dalam keadaan biasa, sebuah institusi pelaburan tidak akan berkelakuan seperti Tabung Haji.

Sebab itu rakyat ada hak untuk mendesak supaya semua campur tangan politik di dalam Tabung Haji perlu dihentikan segera untuk mengelakkan berulangnya kerugian besar seperti pelaburan di dalam FGV yang dilihat bersifat politik.

Langkah awal untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa Tabung Haji akan dibebaskan dari campur tangan politik ialah dengan menukar Pengerusi Tabung Haji sedia ada dengan seorang yang lebih layak dan lebih ahlinya di dalam hal ehwal pelaburan Islam.

* Rafizi Ramli adalah Naib Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Pandan

Categories
NASIONAL

Pengumuman bonus TH tak bermakna kewangan kukuh

SHAH ALAM 9 FEB: Pendeposit Tabung Haji perlu mengetahui bahawa pengumuman bonus tahunan 5 peratus dan bonus haji 3 peratus bukanlah bermakna kedudukan kewangan Tabung Haji (TH) adalah kukuh.

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata tambahan pula TH terlibat dalam beberapa pelaburan mendatangkan kerugian besar dan kebelakangan ini terlibat dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

tabung-hajiKatanya, beliau terus menyiarkan analisa kewangan mengenai TH dengan harapan ia mendorong kerajaan menggantikan Pengerusi TH sedia ada dengan seorang lebih sesuai dan arif dalam hal ehwal pelaburan.

“Saya meneliti dan menganalisa penyata kewangan Tabung Haji yang diaudit bagi tahun kewangan 2009 hingga 2014.

“Berdasarkan angka ini, saya menulis laporan ringkas mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji dan unjuran rizabnya bagi tahun kewangan 2015,” kata Rafizi dalam kenyataan media.

Beliau berkata oleh kerana penyata kewangan TH diaudit lazimnya hanya dikeluarkan di akhir tahun, orang ramai hanya boleh mengetahui kedudukan sebenar kewangan dan rizab TH bagi tahun kewangan 2015 di akhir tahun 2016.

Katanya, ini sudah tentu tidak baik kerana pelbagai perkara boleh berlaku di antara sekarang dan akhir tahun ini.

“Apatah lagi dalam keadaan rizab Tabung Haji yang sudah pun negatif bagi tahun kewangan 2014.

“Diharap analisis dan laporan ringkas mengenai kedudukan kewangan TH ini membuka perbincangan awam mengenai prestasi TH yang mendorong TH mengeluarkan penyata kewangannya diaudit lebih awal,” katanya.

BACA KENYATAAN PENUH DI SINI

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Isytihar bonus tak boleh tutup unjuran negatif kewangan Tabung Haji

OLEH : Rafizi Ramli

Saya telah meneliti dan menganalisa penyata kewangan Tabung Haji yang diaudit bagi tahun-tahun kewangan 2009 hingga 2014. Saya juga mengambil kira pengumuman keuntungan dan bonus yang diumumkan oleh Datuk Seri Jamil Khir minggu lalu.

Berdasarkan angka-angka ini, saya telah menulis satu laporan ringkas mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji dan unjuran rizabnya bagi tahun kewangan 2015 (yang disertakan bersama).

Oleh kerana penyata kewangan Tabung Haji yang diaudit lazimnya hanya dikeluarkan di akhir tahun, orang ramai hanya boleh mengetahui kedudukan sebenar kewangan dan rizab Tabung Haji bagi tahun kewangan 2015 di akhir tahun 2016.

Ini sudah tentu tidak baik kerana pelbagai perkara boleh berlaku di antara sekarang dan akhir tahun ini, apatah lagi dalam keadaan rizab Tabung Haji yang sudah pun negatif bagi tahun kewangan 2014.

tabung-hajiOleh yang demikian, saya berharap analisa dan laporan ringkas mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji ini akan membuka satu perbincangan awam mengenai prestasi Tabung Haji yang mendorong Tabung Haji mengeluarkan penyata kewangannya yang diaudit lebih awal.

Analisa saya menunjukkan perkara-perkara berikut yang perlu diberi perhatian segera oleh rakyat dan pengurusan Tabung Haji (dirumuskan di mukasurat 1 dan 2 dalam laporan):

1. Kedudukan rizab Tabung Haji diunjurkan terus negatif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 iaitu dua tahun berturut-turut rizab Tabung Haji mengalami defisit.

Ini selaras dengan peringatan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia. Defisit rizab Tabung Haji bagi tahun kewangan 2015 diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.195 bilion. Rizab yang negatif bermakna Tabung Haji tidak berkeupayaan memulangkan semua simpanan pendeposit Tabung Haji jika ia dituntut serentak oleh pendeposit.

2. Keuntungan RM3.53 bilion yang diumumkan oleh Datuk Seri Jamil Khir pada 4 Februari 2016 lalu tidak mengambil kira kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti yang dipegang Tabung Haji sebagai pelaburan.

Memandangkan prestasi Bursa Kuala Lumpur jatuh mendadak sepanjang tahun 2015, kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.14 bilion. Jika kerugian akibat kejatuhan harga saham mencecah paras tersebut, ia boleh menghapuskan keuntungan yang diumumkan oleh Datuk Seri Jamil Khir.

3. Tabung Haji membayar bonus melebihi keuntungan yang dijana pada tahun-tahun 2012 dan 2014. Bonus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 (yang dibayar pada awal 2013) besar kemungkinan bermotifkan pilihanraya.

Bonus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 (yang dibayar pada awal 2015) disyaki berlatar belakangkan krisis 1MDB bila mana pihak berkuasa perlu meyakinkan rakyat bahawa masalah kewangan 1MDB tidak mempunyai kesan kepada pasaran kewangan tempatan.

Adalah sangat penting bagi pendeposit dan rakyat tahu bahawa pengumuman bonus tahunan 5% dan bonus haji 3% bukanlah bermakna kedudukan kewangan Tabung Haji adalah kukuh.

Tambahan pula ia terlibat dalam beberapa pelaburan yang mendatangkan kerugian besar dan kebelakangan ini terlibat dengan 1MDB.

Saya akan terus menyiarkan analisa kewangan mengenai Tabung Haji dengan harapan ia akan dapat mendorong kerajaan menggantikan Pengerusi Tabung Haji sedia ada dengan seorang yang lebih sesuai dan arif dalam hal ehwal pelaburan.

* Rafizi Ramli adalah Naib Presiden dan Setiausaha Agung KEADILAN

Categories
KENYATAAN MEDIA

Pendedahan telus pastikan simpanan rakyat terjamin

OLEH : NURUL IZZAH ANWAR

Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan notis amaran daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Tabung Haji dan pelantikan Peguam Negara sebagai ahli pengarah Tabung Haji (TH) baharu yang menambahkan lagi kontroversi yang membelenggu Lembaga Tabung Haji Negara.

Sehingga ke hari ini, Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim masih tidak mendedahkan butiran atau menafikan dakwaan berkenaan nisbah aset:liabiliti 98:100.

Merujuk kepada Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955, Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengumumkan jumlah kutipan dividen, berikutan jumlah aset yang kurang daripada jumlah liabiliti.

Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan:

Pengisytiharan untung boleh agih

22. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, Lembaga boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan pada bila-bila masa sama ada wajar untuk mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh dibahagikan berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang dan jika ia menentukan untuk mengisytiharkan sedemikian, Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh dibahagikan berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang itu.

(2) Jika suatu perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah juga menentukan cara, amaun dan masa bagi mengkreditkan untung boleh agih boleh diisytiharkan dalam mana- mana tahun melainkan jika Lembaga telah terlebih dahulu menubuhkan Kumpulan Wang Rizab, dan tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan dalam mana-mana tahun melainkan jika pada akhir tahun itu —

(a) aset Kumpulan Wang tidak kurang daripada jumlah liabiliti Kumpulan Wang, amaun yang kena dibayar kepada pendeposit dikira seolah-olah kena dibayar dengan serta-merta; dan

(b) aset Kumpulan Wang Rizab tidak kurang daripada apaapa peratusan amaun yang sebenarnya terkredit untuk pendeposit setakat akhir tahun itu termasuk untung boleh agih, sebagaimana yang diluluskan oleh Perbendaharaan.

Orang awam tidak mempunyai pilihan selain merujuk kepada Laporan Kewangan 2014 memandangkan laporan kewangan Tabung Haji berakhir pada 31 Disember 2015 belum keluar.

Nurul IzzahPun begitu, setiap data yang dinyatakan seperti butiran saham, hartanah, kewangan, sukuk dan nilai aset pada 31 Disember 2015 sepatutnya telah boleh diakses oleh orang awam.

Pengerusi Tabung Haji perlu mengetahui jumlah keseluruhan yang dimasukkan oleh pendeposit Tabung Haji. Hal ini merupakan perkara asas yang wajib ditunaikan oleh pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji bagi mengelakkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan pendeposit Tabung Haji.

BNM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kawalan Kewangan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang berperanan untuk membantu pengurusan kestabilan kewangan.

Memandangkan LTH bukan meruapakn institusi perbankan. Kebimbangan Bank Negara berikutan kesan yang bakal ditanggung oleh pendeposit apabila kadar liabiliti melebihi aset yang dimiliki.

Lembaga Tabung Haji ditubuhkan pada awalnya adalah untuk menguruskan Tabung Haji dan membantu memastikan jemaah haji mampu menunaikan ibadah haji dengan selamat.

Bahkan kini, LTH dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan jumlah caruman oleh pendeposit agar dapat membantu mengurangkan kos dalam bentuk subsidi kepada pencarum yang diperlukan untuk menunaikan haji.

Namun demikian, prestasi prospek pelaburan yang dijalankan oleh LTH perlu diberi perhatian serius.

tabung-hajiTambahan pula, ahli lembaga pengarah serta Ketua Pengarah mempunyai kuasa menentukan deposit sekiranya mereka memenuhi tuntutan undang-undang mengikut Seksyen 22 (5).

Seksyen 22 (5) Akta Tabung Haji menetapkan:

(5) Apa-apa keputusan Lembaga berkenaan dengan amaun untung boleh agih yang akan diumpukkan kepada seseorang pendeposit adalah muktamad dan mengikat pendeposit itu dan sesuatu perakuan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang untung boleh agih yang diumpukkan kepada pendeposit itu.

Umum mengetahui, deposit Tabung Haji tertumpu di kalangan sebilangan kecil penyumbang iaitu 5% pendeposit terbesar merangkumi kira-kira 75% jumlah keseluruhan pendeposit.

Hal ini memerlukan penilitian khusus dan perbincangan secara mendalam demi memastikan jumlah agihan kepada setiap pendeposit adalah saksama.
Terutamanya kepada mereka yang dalam keadaan mendesak dan perlu menunaikan haji buat kali pertama.

Tindakan melebihkan golongan Kelas-kelas tertentu dalam pengagihan bayaran adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang.

Persoalan utama ialah bagaimana Pengerusi Lembaga Pengarah dan CEO Tabung Haji membuat perancangan secara teliti terhadap pendeposit 95 peratus umat Islam Malaysia yang mencarum dan bergantung kepada akaun Tabung Haji untuk menunaikan ibadah haji?

Ini merupakan kayu aras dalam mengukur prestasi agihan bayaran dividen. Kita dapat melihat beza antara agihan bayaran dividen pada era 90 an adalah sebanyak 8.5% manakala dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini hanya 6% dividen tahunan yang diumumkan. Hakikat sebeginilah yang dinamakan maju kebelakang.

Berselindung di sebalik faktor kelembapan ekonomi semasa yang telah memberi kesan kepada prospek pelaburan LTH disulitkan lagi dengan merudum krisis kepercayaan kepada kredibiliti keputusan pelaburan yang diputuskan.

Justeru, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH perlu mengambil mengambil tindakan segera dan menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan.

Perlu ada keberanian untuk tampil secara telus berkenaan laporan audit bagi mengembalikan kepercayaan pendeposit. Jika gagal untuk berbuat demikian, maka adalah wajar untuk pihak yang bertanggungjawab untuk meletak jawatan.

Lembaga Tabung Haji merupakan institusi awam yang memperoleh kepercayaan orang awam.

Justeru, sebagai salah sebuah institusi yang semakin berkembang maju sewajarnya berupaya untuk melantik seseorang yang berpengalaman dan mempunyai integriti dalam bidang korporat, bukanlah menerima lantikan partisan politik yang mencemar dan memberi kesan negatif kepada pengurusan Lembaga Tabung Haji.

* NURUL IZZAH ANWAR : AHLI PARLIMEN, LEMBAH PANTAI / NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA, KEADILAN

Categories
NASIONAL

Isu TH : KEADILAN gesa Abdul Azeez beri taklimat terbuka

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 JAN: KEADILAN menggesa Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk mengadakan taklimat terbuka kepada pendeposit Tabung Haji jika keadaan kewangannya kukuh.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli, berkata sehingga kini beliau masih menunggu jawapan daripada Azeez dan Pengarah Urusan Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail berkenaan dakwaan rizab lembaga itu sebenarnya negatif sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.

“Ini bermakna ia tidak cukup dana dan aset untuk menampung pembayaran balik simpanan rakyat jika dikeluarkan serentak, apatah lagi untuk membayar dividen atau bonus.

rafizi-TI-01“Saya berharap kepimpinan Tabung Haji berhenti mengelirukan rakyat dengan berselindung di belakang terma kewangan yang cuba menyembunyikan perkara sebenar,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau turut memberi amaran kepada Lembaga Tabung Haji (LTH) supaya tidak berselindung daripada fakta sebenar berkenaan krisis melanda mereka.

“Mengambil kira prestasi Bursa Kuala Lumpur yang tidak memberangsangkan dalam 2015, sudah tentu kedudukan rizab negatif ini adalah lebih buruk bagi 2015.

“Kenyataan saya (sebelum ini) itu tidak disanggah malah keseluruhan kepimpinan kerajaan dan Tabung Haji mengelak dari menjawabnya,” katanya.

Rafizi turut menyertakan laporan kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, aset (bersendirian) adalah RM54.751 bilion, sementara aset kumpulan Tabung Haji (digabungkan dengan anak-anak syarikat) adalah RM107.038 bilion.

“Alasan inilah digunakan kononnya anak syarikat Tabung Haji mempunyai aset besar sebanyak RM52.287 bilion yang mampu menampung rizab Tabung Haji yang negatif.

“80 peratus daripada aset anak syarikat yang digabungkan di dalam kumpulan Tabung Haji (iaitu RM41.683 bilion daripada RM52.287 bilion) adalah terdiri daripada ‘Securities available-for-sale’ dan ‘Financing’ iaitu 2 kategori aset terbesar Bank Islam.

“Ini bermakna 80 peratus daripada aset anak syarikat yang kukuh sebagaimana diuar-uarkan mampu membantu rizab Tabung Haji yang negatif itu datangnya daripada Bank Islam,” katanya.

-AA-