Categories
NASIONAL

Tabung Haji digesa dedah laporan audit sebelum umum dividen

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 JAN: PAS menggesa supaya Laporan Ketua Audit Negara disertakan bersama sebelum pengumuman pembayaran dividen kepada pendeposit Tabung Haji.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dalam keadaan negara terpalit pelbagai kontroversi, diharapkan tidak akan muncul satu lagi skandal kewangan mengejutkan.

datuk-ibrahim-tuan-man1“Buat Lembaga Tabung Haji (LTH), memandangkan mereka sedang menunggu keputusan Ketua Audit Negara sebelum memutuskan jumlah dividen dan bonus, saya menyarankan supaya laporan audit Ketua Audit Negara terhadap LTH juga didedahkan dalam waktu itu.

“Ini kerana penafian masalah LTH dibuat Ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang memacu LTH seperti Pengerusi, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim mempertahankan pembelian tanah TRX sudah tidak lagi diyakini rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hanya pengesahan kedudukan kewangan daripada Ketua Audit Negara dan Bank Negara Malaysia (BNM) dapat memulihkan keyakinan rakyat susulan pendedahan surat amaran BNM yang diakui benar Pengerusi LTH sendiri.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim berkata, adalah lebih baik jika Pengerusi LTH dilantik bukan dalam kalangan orang politik.

Pertengahan minggu ini menyaksikan pendedahan kedudukan Penyata Kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang didakwa negatif dengan kerugian terkumpul sebanyak RM351 juta.

Namun Abdul Azeez berkata, Tabung Haji langsung tidak berdepan sebarang masalah kewangan seperti digembar-gemburkan.

-AA-

Categories
NASIONAL

Rizab Tabung Haji negatif sejak tahun berakhir 31 Disember 2014

SHAH ALAM 27 JAN: Penyata Kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang diaudit menunjukkan rizab terkumpul Tabung Haji adalah negatif iaitu kerugian terkumpul sebanyak RM351 juta.

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata jika semua pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan sebanyak RM54.358 bilion, semua aset Tabung Haji tidak cukup untuk membayar simpanan itu dan kekurangan dana sebanyak RM351 juta.

Rafizi Tabung HajiKatanya, kedudukan kewangan itu berlaku sebelum 2015 yang menyaksikan kejatuhan pasaran saham dan nilai matawang ringgit mendadak.

“Ini bermakna bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, Tabung Haji akan mengalami kerugian jauh lebih besar.

“Maka nilai rizab terkumpulnya menunjukkan kerugian terkumpul jauh lebih besar dari RM351 juta,” kata Rafizi dalam kenyataan media.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Urusan Tabung Haji berhubung isu kelemahan dana rizab Tabung Haji yang ditimbulkan Bank Negara Malaysia.

Katanya sebagai Ahli Parlimen, beliau berpeluang meneliti sendiri Penyata Kewangan Tabung Haji yang diserahkan kepada Ahli Parlimen setiap tahun.

Tabung Haji tidak mempunyai aset mencukupi untuk membayar simpanan pendeposit sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 dan dijangka makin teruk bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Rafizi berkata, Tabung Haji tidak mempunyai rizab keuntungan terkumpul untuk membayar bonus kepada pendeposit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 kecuali ia meminjam wang atau mencairkan asetnya.

“Dituntut Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan serta merta di atas kegagalan beliau memastikan prestasi kewangan Tabung Haji tidak menjejaskan simpanan pendeposit,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Tabung Haji masih menunggu kelulusan Ketua Audit Negara berhubung pengumuman pembayaran dividen kepada pendepositnya.

Manakala Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,berkata Tabung Haji langsung tidak berdepan sebarang masalah kewangan seperti digembar-gemburkan.

Katanya, semua pendeposit tidak perlu risau dengan perkara dilemparkan dan Tabung Haji juga tidak memerlukan sebarang bantuan daripada kerajaan.

EZY

Pecat Azeez, jika benar rizab Tabung Haji diparas negatif.


PAS desak Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dipecat segera sekiranya benar dakwaan rizab diparas negatif.

Kewangan Tabung Haji membimbangkan. Rizab diparas negatif?

Bayaran dividen Tabung Haji kepada 8.8 juta pencarum tidak akan dapat dibayar sekiranya rizab diparas negatif – Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Rafizi : Isu Tabung Haji, batalkan sahaja urusniaga

Rafizi Ramli berpendirian, sejak berita penjualan tanah kepada Tabung Haji diketahui umum segala urusan yang dirancangkan harus dibatalkan serta merta demi menyelamatkan Tabung Haji dan 1MBD perlu memulangkan kembali wang yang diberikan.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Selamatkan wang Tabung Haji!

Oleh: Datuk Mahfuz Omar

Gerakan Selamatkan Tabung Haji (“Selamatkan Tabung Haji”) membantah sekeras-kerasnya penggunaan dana Tabung Haji untuk menyelamatkan syarikat 1MDB, sebuah lagi syarikat milik kerajaan yang diselubungi pelbagai skandal.

Syarikat “dana daulat” yang berhutang sebanyak RM42 bilion ini dilaporkan terlibat di dalam pelbagai transaksi kewangan yang meragukan (questionable financial transactions) menyebabkan ia kekeringan mudah tunai dan gagal melunaskan hutang pada masanya.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa pembayaran balik hutangnya dengan beberapa buah bank telah tertangguh beberapa kali dan untuk mengelakkan hutang berkenaan dari diklasifikasikan ke dalam kategori “hutang tidak berprestasi” (non-performing loans).

Syarikat 1MBD dikatakan telah meminjam wang dari seorang ahli korporat ternama untuk melunaskan hutang yang tertangguh pembayarannya itu.

11111119_966916093358965_373478111639316114_nJuga dilaporkan, Kementerian Kewangan telah membuka kemudahan surat kredit (Standby letter of credit) dengan had kemudahan sebanyak RM950 juta bertujuan melegakan kesempitan mudah tunai yang sedang dihadapi oleh syarikat berkenaan.

Sebagai satu usaha untuk melegakan kesempitan mudah tunai yang dihadapi, syarikat 1MDB pada awalnya dilaporkan telah mencairkan pelaburan sulitnya (confidential investment portfolio) di Cayman Island tetapi khabarnya, dana tunai itu tidak dibawa masuk terus ke Malaysia tetapi sebaliknya, telah dipindahkan ke sebuah bank di Singapura.

Ia bagi mengelakkan apa yang didakwa “peraturan Bank Negara yang lebih ketat” dalam hal membawa dana masuk dari luar negara berbanding dengan “amalan yang lebih mudah yang berkuatkuasa di Singapura.”

Sampai ke hari ini, tidak diketahui kedudukan dana tunai ini samada ia masih disimpan di Singapura atau telah dibawa balik ke Malaysia.

Terkini dilaporkan bahawa tiada dana milik syarikat 1MDB di dalam akaun banknya di Singapura dan dokumen yang didakwa menunjukkan dana tunai itu ada di dalam akaun berkenaan dilaporkan sebagai dokumen palsu.

Apa pun, yang jelas ialah syarikat 1MDB terus berdepan dengan situasi kesempitan mudah tunai dan risko tidak mampu membayar hutang yang tinggi.

Gerakan Menyelamatkan Tabung Haji percaya bahawa “keadaan terdesak” yang dihadapi oleh oleh syarikat 1MDB seperti yang disebut di atas “memaksa” syarikat “dana daulat” ini menjual tanah miliknya di TRX bagi menjana tunai dengan secepat mungkin untuk melunaskan hutang atau bunga ke atas hutang yang sudah sampai tempohnya untuk dibayar.

Tindakan menjual tanah seluas satu setengah ekar di TRX kepada Tabung Haji pada “harga yang luar biasa tingginya” adalah satu tindakan terdesak (desparate move) untuk menjana tunai dengan secepat mungkin bagi menyelamatkan syarikat 1MDB dari dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak bank.

Untuk tanah seluas satu setengah ekar, Tabung Haji membayar RM188.5 juta tunai, tidak seperti amalan biasa di mana pembeli biasanya membayar 10-20% wang pendahuluan dan selebihnya setelah segala urusan perundangan dan lain-lain urusan berkaitan dengan transaksi berkenaan dimuktamadkan.

Dalam amalan biasa, pihak pembeli seperti Tabung Haji ini perlu membuat penelitian wajar (due diligence) ke atas hartanah yang bakal dibeli, melantik juruukur dan jurunilai bertauliah untuk mengesahkan nilai hartanah dan hartanah yang hendak dibeli bebas dari sebarang ikatan (encumberances) dan seterusnya menguruskan segala aspek perundangan berkaitan transaksi berkenaan.

Amatlah menghairan, proses yang lazimnya memakan masa agak panjang dapat dibereskan dalam masa yang agak pendek.

Kelajuan yang luar biasa di dalam memuktamadkan transaksi ini dan pembayaran tunai penoh dan segera kepada penjual mengundang persepsi bahawa urusniaga hartanah di antara 1MDB dan Tabung Haji ini tidak lain adalah helah dan muslihat untuk menggunakan dana Tabung Haji untuk menyelamatkan sebuah syarikat yang diselubungi pelbagai skandal, 1MDB.

Kita tahu 1MDB banyak berhutang dan kebarangkaliannya tinggi bahawa hartanah di TRX itu sudah dicagarkan kepada bank.

Transaksi hartanah 1MDB-Tabung Haji ini dengan jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri Malaysia boleh, pada bila-bila masa, mempengaruhi proses pembuatan keputusan di Tabung Haji. Ini adalah satu tindakan contoh (precedence) yang bakal ditiru dan diulang oleh pemimpin-pemimpin yang lain.

Justeru, campur tangan ini perlu dibantah sekeras-kerasnya kerana ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa dalam urusan dana awam dan bertentangan sama sekali dengan prinsip-prinsip urustabir yang baik, ketelusan, keamanahan dan kebertsngungjawaban dalam pengurusan dana awam.

Harus dingat bahawa dana Tabung Haji adalah hak milik penabung-penabung yang terdiri dari dari orang Islam yang majoritinya berpendapatan rendah – penoreh getah, nelayan, pemandu teksi, kakitangan kerajaan dan pekerja-pekerja persendirian – yang menabung berdikit-dikit untuk memenuhi hajat ke Tanah Suci.

Adalah malang wang yang dijana dari keringat dan air mata rakyat marhain ini disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan yang langsung tidak ada kena mengena dengan kepentingan dan kebajikan penabung-penabung.

Kita dengar, sudah berkali-kali dan Tabung Haji digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kerajaan dan syarikat milik keroni kepada pemimpin tertentu, maka, sudah sampai masanya penyalahgunaan dana awam seperti ini dihentikan segera.

Berurusan dengan sebuah syarikat yang dalam penyiasatan oleh pihak berkuasa dan sebuah syarikat yang secara terbuka sudah diketahui ada tuduhan ke atasnya bahawa ia terlibat dalam pelbagai skandal kewangan adalah menyalah etika perniagaan. Sukar difahami kenapa Tabung Haji masih mahu berurusniaga dengan syarikat seperti ini.
Dilaporkan Perdana Menteri mendakwa bahawa pembelian hartanah oleh Tabung Haji dari 1MDB ini bakal menjana keuntungan lumayan kepada Tabung Haji, kononnya sehingga ratusan juta. Dakwaan ini boleh dipertikaikan.

Pertama, kalau memang niat Perdana Menteri untuk memberi keuntungan lumayan kepada Tabung Haji supaya akhirnya penabung-peanbung- penabung akan mendapat manfaat dalam bentuk bayaran dividen yang tinggi, kenapa tidak dijual tanah TRX itu kepada Tabung Haji awal-awal lagi pada harga “tanah kerajaan” seperti yang dibayar oleh 1MDB bila ia membeli tanah itu?

Kalau sesungguhnya Perdana Menteri Berjiwa Islam dan Melayu, itulah yang sepatutnya dilakukan kerana penabung-penabung di Tabung Haji 100% orang Islam dan Melayu.

Kedua, sekiranya niat Perdana Menteri ialah untuk memberi keuntungan lumayan kepada Tabung Haji, kenapakah hartanah berkenaan dijual kepada Tabung Haji pada harga yang luar biasa mahalnya, lebih mahal dari hartanah di Bukit Bintang dan kita difahamkan bahawa hartanah yang bernama TRX itu seolah-olahnya adalah sekeping hartanah di Kota London dan New York.

Malah ada pihak yang mendakwa hartanah yang dibeli oleh Tabung Haji itu adalah sekeping hartanah yang harganya paling mahal di dunia.

Oleh yang demikian, kami melihat bahawa tidakan menjual satu setengah ekar tanah di TRX oleh 1MDB kepada badan kaya tunai Tabung Haji dengan harga tunai dibayar segera dan sepenuhnya tidak lain melainkan adalah satu tindakan untuk menyelamatkan 1MDB yang diselubungi pelbagai skandal dan yang sedang menghadapi kesempitan mudah tunai akibat dari terlibat, seperti yang dilaporkan pelbagai pihak, dalam pelbagai transaksi kewangan yang meragukan yang menyebabkan sebahagian dana tunainya “lesap tidak dapat dikesan.”

Gerakan Menyelamatkan Tabung Haji (Selamatkan Tabung Haji) berpendirian Tabung Haji perlu diselamatkan dari menjadi mangsa puak yang menyalahgunakan kuasa dan yang dilihat tidak berminat untuk menjaga kepentingan dan kebajikan penabung-penabung.

Oleh itu, kami mendesak satu rombakan dan penyusunan semula pengerusi dan lembaga pengarah Tabung Haji serta pengarah urusan dan timbalan pengarah urusan hendaklah dilakukan dengan segera.

Tabung Haji hendaklah dibebaskan dari menjadi mangsa kepada gejala pertembungan kepentingan.

Kita tidak boleh membiarkan elemen-elemen seperti ini mengkompromi keutuhan sebuah institusi kewangan Islam yang amat besar maknanya kepada kepentingan ekonomi umat Islam ini.

Gerakan Selamatkan Tabung Haji menasihatkan supaya penabung-penabung mengelakkan diri dari mengambil tindakan yang negatif yang tidak menguntungkan Tabung Haji dan penabung-penabung sendiri.

Jangan ada pihak yang bertindak untuk mengkrompromi keutuhan Tabung Haji yang telah dibina dari keringat rakyat miskin ini.
* Datuk Mahfuz Omar adalah Pengerusi Gerakan Selamatkan Tabung Haji

Isu Tabung Haji : Abdul Azeez perlu letak jawatan

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan pengurusan Tabung Haji yang terlibat dengan isu pembelian tanah milik 1MDB diminta segera meletakkan jawatan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Ali Rustam dilantik Senator, Menteri JPM, ketuai PNB demi upah politik?

umno-retakSHAH ALAM, 27 OGOS: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin ditolak rakyat dalam pentadbiran kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikesali kerana tindakan itu dianggap sebagai upah politik demi menjaga kepentingan politik beliau menjelang Pemilihan Agung Umno yang bakal dilangsungkan tidak berapa lama lagi.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin, Najib sepatutnya melantik individu yang mempunyai pengalaman serta trek rekod yang bersih selaras dengan prinsip wasatiah dan bukan melantik pemimpin yang mempunyai rekod prestasi yang buruk dan terpalit dengan pelbagai skandal rasuah.

“Saya lihat ada satu trend pengagihan jawatan penting untuk mengemudi syarikat startegik negara kepada mereka yang kalah seperti Datuk Abdul Ghani Othman di Sime Darby, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di Tabung Haji dan terbaru Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula diwarkan bakal mengemudi Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) atau Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Malangnya ada diantara mereka bukan sahaja ditolak rakyat, malah tidak mempunyai latar belakang ekonomi dan lebih teruk lagi mempunyai rekod perkhidmatan yang tidak menyinar seperti Ali Rustam yang menyebabkan Melaka berhutang sebanyak RM900 juta dan skandal perkahwinan anak beliau yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).”

Shamsul berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah media semalam, Mohd Ali dipercayai bakal dilantik mengetuai PNB dan senator bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Untuk rekod, Lembaga Disiplin Umno sebelum ini juga pernah menggantung Ali Rustam daripada bertanding dalam Pemilihan Agung Umno 2009 apabila didapati bersalah memberi rasuah kepada perwakilan agar memberikan pencalonan bagi membolehkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Shamsul menambah, trend melantik demi upah politik yang dipraktikan Umno-BN mampu memburukkan lagi keadaan prestasi ekonomi dan sekaligus membawa kewangan negara terus berada dalam keadaan defisit yang semakin tinggi.

“Malaysia sekarang ini sejak Najib dilantik sebagai Perdana Menteri berada dalam keadaan ‘auto pilot’ dan tiada pencapaian yang boleh dibanggakan dilakukan Najib selepas 100 selepas pilihan raya dan diburukkan lagi dengan amalan memberi upah politik untuk dapatkan balasan politik,” ujar Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Sebelum ini amalan melantik semula pemimpin politik dari Umno-BN tanpa mengambil kira trek rekod, pengalaman dan latar belakang ke jawatan penting dalam organisasi strategik kerajaan dengan gaji lumayan mula dilihat sebagai trend pentadbiran Najib.

Selain Abdul Ghani, Abdul Azeez dan terbaru Mohd Ali, pemimpin Umno lain, Datuk Seri Isa Samad yang pernah terpalit dengan rasuah politik wang dilantik sebagai Pengerusi Felda dan Tan Sri Rahim Thamby Chik yang didakwa dikaitkan dengan skandal rogol gadis bawah umur turut mendapat tempat dalam pentadbiran Najib.- MZA