Categories
NASIONAL

Tabung Haji digesa dedah laporan audit sebelum umum dividen

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 JAN: PAS menggesa supaya Laporan Ketua Audit Negara disertakan bersama sebelum pengumuman pembayaran dividen kepada pendeposit Tabung Haji.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dalam keadaan negara terpalit pelbagai kontroversi, diharapkan tidak akan muncul satu lagi skandal kewangan mengejutkan.

datuk-ibrahim-tuan-man1“Buat Lembaga Tabung Haji (LTH), memandangkan mereka sedang menunggu keputusan Ketua Audit Negara sebelum memutuskan jumlah dividen dan bonus, saya menyarankan supaya laporan audit Ketua Audit Negara terhadap LTH juga didedahkan dalam waktu itu.

“Ini kerana penafian masalah LTH dibuat Ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang memacu LTH seperti Pengerusi, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim mempertahankan pembelian tanah TRX sudah tidak lagi diyakini rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hanya pengesahan kedudukan kewangan daripada Ketua Audit Negara dan Bank Negara Malaysia (BNM) dapat memulihkan keyakinan rakyat susulan pendedahan surat amaran BNM yang diakui benar Pengerusi LTH sendiri.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim berkata, adalah lebih baik jika Pengerusi LTH dilantik bukan dalam kalangan orang politik.

Pertengahan minggu ini menyaksikan pendedahan kedudukan Penyata Kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang didakwa negatif dengan kerugian terkumpul sebanyak RM351 juta.

Namun Abdul Azeez berkata, Tabung Haji langsung tidak berdepan sebarang masalah kewangan seperti digembar-gemburkan.

-AA-

PAS : Gaji menteri potong 20% dan pecat menteri kontroversi

PAS cadang gaji menteri dan timbalan menteri dipotong 20% untuk penjimatan wang kerajaan.

Categories
NASIONAL

PAS tak akan sekongkol ‘pikul biawak hidup’

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 DIS: PAS bertegas tidak akan bersekongkol ‘memikul biawak hidup’ dan kekal dengan perjuangan memperkukuh syariat sebagai gerakan Islam kepada negara serta rakyat.

Pendirian itu dizahirkan Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan Umno menjadi musuh tradisi mereka kerana prinsip syarak bukan atas nama atau diri ahli parti itu.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tampil dengan cadangan gagasan pembinaan negara berteraskan syariat ketika terus lemas dalam soal derma RM2.6 bilion.

tuan ibrahim tuan man“Negara perlu diselamatkan daripada rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, salah urus tadbir dan politik wang yang kini subur dan menjadi ciri terkenal dalam pentadbiran kerajaan diterajui Umno.

“Antara keadilan Islam pertama yang perlu dihayati Umno adalah keperluannya untuk berlaku adil dan menghentikan kezaliman kepada musuh politiknya.

“Ini termasuk membayar royalti minyak kepada Kerajaan Kelantan dan berhenti menzalimi rakyat negeri itu dengan meneruskan projek Lebuhraya Pantai Timur sehingga sampai ke Kota Bharu atas dasar keadilan syariat Islam,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, Umno selaku pemerintah mempunyai tanggungjawab terhadap aqidah dan syariat serta perlu meninggalkan dasar nasionalisme.

Beliau turut mengingatkan tindakan Umno menekan Kelantan dan kakitangan awam yang cenderung menyokong PAS hingga mengakibatkan mereka ditukar serta dikenakan hukuman.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kritik Allahyarham Nik Aziz, Ibrahim Ali dangkal & jahil

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 13 FEB: Kritikan ke atas diri dan kepimpinan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus berlaku walaupun sudah kembali ke rahmatullah.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menerusi laman sosial Facebook miliknya hari ini menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham disusuli kritikan yang disifatkan sebagai tindakan dangkal dan jahil sebagai seorang Islam.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak wajar ucapan itu terbit dari sosok pemimpin beragama Islam terhadap pemergian saudara seagamanya.

FB IBRAHIM ALI“Jika benar status itu hadir dari akaun sebenar Ibrahim Ali, ia tidak sewajarnya berlaku.

“Nabi (Muhammad s.a.w) juga berpesan jika seseorang saudara Islam itu meninggal dunia, jangan kita ceritakan hal keburukan dirinya.

“Seharusnya, semua pihak lebih mendalami Islam supaya perkara seumpama ini tidak berulang kepada sesiapa tidak kira arwah itu pemimpin atau orang biasa,” katanya kepada Selangor Kini.

Ibrahim dalam status facebooknya dengan jelas mengkritik Allahyarham  yang didakwa gagal melaksanakan hukum hudud dan membangunkan Kelantan walaupun menjadi menteri besar lebih 20 tahun.

Beliau juga menyeru rakyat tidak membuat kesilapan sama dengan memilih pemimpin warak tanpa wawasan seperti Allahyarham.

datuk-ibrahim-tuan-man1Sehubungan itu, Tuan Ibrahim meminta rakyat melihat kembali pemerintahan Allahyarham yang bebas rasuah dan menjalankan kepimpinan yang berprinsip berbanding dakwaan Presiden Perkasa itu.

“Allahyarham sudah buat yang terbaik untuk agama, rakyat dan negara. Lihat sahaja dalam tempoh 23 tahun memerintah Kelantan, beliau berjaya memimpin kerajaan yang bersih, bebas rasuah dan penyelewengan.

“Beliau adalah contoh pemimpin yang zuhud, tegas, berprinsip dan berpandangan luas. Pemergiannya satu kehilangan besar buat negara,” katanya.

Nik Aziz menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di kediamannya, jam 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari hospital.

Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, pada jam 11 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham sebelum itu disempurnakan di Masjid Pulau Melaka pada jam 10 pagi dan dianggarkan hampir 30,000 orang hadir di Masjid Pulau Melaka menunaikan solat jenazah.

-NFN-

Categories
SELANGOR

ADUN PAS diingat jangan belakangi keputusan jamaah

SHAH ALAM 14 OGOS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Selangor diingatkan supaya mematuhi arahan parti dalam berdepan isu Menteri Besar di negeri itu.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu membuat ketetapan akan membincangkan perkara berkenaan pada mesyuarat PAS Pusat, pada 17 Ogos ini.

“Kita harap tidak ada yang mendahului keputusan parti. Jangan ada yang membelakangi keputusan jamaah ini.

datuk-ibrahim-tuan-man1“Jangan anggap keputusan kita secara bersendirian itu lebih bijak daripada keputusan parti.

“Bertindak membelakangi keputusan jamaah ini tidak ada keberkatan dan jika berlaku masalah, parti tidak akan bertanggungjawab,” katanya dipetik Harakahdaily.

Pada masa sama, beliau menasihatkan seluruh ahli bersabar menunggu keputusan rasmi parti.

Beliau juga meminta ahli PAS tidak mudah terpengaruh dengan laporan bukan daripada sumber utama parti.

“Peranan kita adalah semak dan teliti dahulu, jangan mudah terima serta menyebarkannya, lebih baik diam daripada komentar yang mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Categories
NASIONAL

Penjenayah tidak gentar undang-undang sedia ada

KUALA LUMPUR, 30 MEI: Pelbagai pihak terutama Umno yang menunjangi pemerintahan negara perlu mencari jalan penyelesaian lebih holistik membabitkan kes jenayah dan tidak hanya terkejut dengan kejadian rogol membabitkan 38 lelaki di Ketereh, Kelantan.

Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kejadian itu membuktikan penjenayah tidak gentar atau gerun terhadap sistem perundangan sedia ada.

“Keberkesanan sistem perundangan yang ada semakin diragui apabila kadar jenayah dalam negara tidak berhenti meningkat,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.

datuk-ibrahim-tuan-man1Beliau berkata, kes rogol, penderaan seksual, pembuangan bayi, penderaan kanak- kanak, peningkatan ketagihan dadah dan arak di kalangan remaja adalah gejala yang wajib diberi perhatian semua pihak.

“Kes dua pelajar dirogol 38 lelaki di Ketereh, Kelantan menggemparkan pelbagai pihak. Kejadian malang yang menimpa pelajar itu seharusnya membuka mata pemimpin negara khususnya dan rakyat bagi melihat betapa teruknya keadaan masyarakat hari ini.

“Masyarakat kini melihat kejadian jenayah rogol, dadah, bunuh, kecurian dan ragut sebagai berita semasa yang biasa.

“Malahan, jika kejadian di Ketereh itu hanya membabitkan seorang remaja lelaki merogol remaja perempuan, masyarakat tidak akan merasai kejadian terbabit pelik,” katanya.

rogol budakBeliau berkata, Allah SWT menurunkan sistem perundangan bagi menyelamatkan agama, akal, harta, maruah serta zuriat dan keturunan manusia.

Sehubungan itu, katanya, sistem perundangan Islam perlu dilaksanakan bagi menyelamatkan masyarakat daripada penjenayah.

Beliau berkata, kejadian di Ketereh itu walaupun suspek tidak boleh diadili menurut hukum hudud jika sistem perundangan Islam dikuatkuasakan ekoran wujud pelbagai keraguan, namun boleh diadili di bawah perundangan takzir.

“Hukum takzir boleh lebih keras daripada hudud jika mahkamah melihat wujudnya keperluan menjatuhkan hukuman yang lebih berat,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA

Kurang kos sebelum naikkan harga – Tuan Ibrahim Tuan Man

Oleh: Tuan Ibrahim Tuan Man

Kerajaan menaikkan harga asas seperti minyak, tarif elektrik, tambang pengangkutan awam seperti LRT, monorail, KTM dan bas dan tahun hadapan kemungkinan besar tol.

Ini menyebabkan kos pengangkutan pekerja untuk berulang-alik ke tempat kerja juga meningkat. Akibatnya, baki wang untuk kegunaan sendiri berkurang dan lebih teruk lagi harga barangan lain turut meningkat kerana peningkatan kos barangan asas.

Disebabkan tertekan, pekerja mengharapkan majikan memberikan kenaikan gaji untuk menampung kenaikan kos hidup.

Para majikan bimbang jika tidak memberikan kenaikan gaji, pekerja akan berhenti.

Datuk-Tuan-Ibrahim-Tuan-Man barangJika menaikkan gaji pekerja, kos perniagaan meningkat. Disebabkan kos pengangkutan dan tarif elektrik juga meningkat, maka keuntungan perniagaan berkurangan.

Akibat itu, majikan tidak dapat memberikan bonus sebagai satu langkah mengurangkan kos. Bukan itu sahaja, claim perubatan, OT dan kebajikan pekerja diterhadkan untuk memastikan perniagaan kekal untung.

Apabila keadaan memaksa, majikan terpaksa meningkatkan harga jualan mahupun servis yang ditawarkan. Namun, majikan menghadapi risiko hilang pelanggan kerana barangan dan servis yang lebih mahal.

Pelanggan di luar pula kekurangan duit kerana harga asas barangan meningkat. Kuasa membeli berkurangan mendadak kerana inflasi tinggi kerana harga barangan dan servis semakin mahal. Kitaran duit bertukar tangan semakin lambat. Maka, secara automatik, ekonomi tidak bergerak apabila eksport dan import semakin tidak rancak.

Dengan ini, rakyat memasuki satu ‘spiral’ atau pusingan ekonomi menjunam yang dahsyat.

Pekerja semakin tidak cukup duit belanja. Majikan tertekan menaikkan gaji untuk mengekalkan pekerja dan terpaksa menaikkan harga barangan dan servis kerana pelanggan semakin berkurangan.

Kerana pelanggan semakin berkurangan, untung perniagaan semakin berkurang. Akibat itu, kenaikan gaji pekerja tidak mampu diberikan lagi.

Pekerja pula semakin tertekan kerana harga barangan dan servis semakin mahal. Keadaan menjadi lebih buruk apabila majikan tidak lagi mampu menampung kerugian, maka pekerja terpaksa dilepaskan untuk mengurangkan beban perniagaan.

Maka di situlah bermula pengangguran kerana para majikan tidak mampu lagi mengambil jumlah pekerja seperti biasa.

Kerana untung berkurangan, maka jumlah pendapatan kerajaan juga berkurang kerana cukai keuntungan perniagaan semakin berkurangan kerana majikan tidak mampu mengekal keuntungan. Semakin rakyat tidak mampu membayar cukai kerana kurang pendapatan dan tingginya pengangguran, ini menyebabkan jumlah pendapatan kerajaan terus berkurang.

Kerajaan terpaksa meminjam, menjual aset atau menghabiskan duit rizab negara untuk menampung ekonomi.

Inilah pusingan ekonomi menjunam yang sangat dahsyat.

Tiada siapa yang untung daripada keputusan kerajaan menaikkan harga minyak, tarif elektrik dan kos pengangkutan awam dan tol selain IPP, TNB dan juga syarikat konsesi tol.

Apabila jumlah pendapatan kerajaan berkurang, apakah kerajaan sekali lagi akan meningkatkan harga barangan asas atau mengurangkan kos dan pembelanjaan untuk meningkatkan pendapatan?

naik.jpg

Akibat rakyat marah, mungkin kerajaan pada masa itu akan mula cuba mengurangkan kos dan pembelanjaan semua kementerian termasuklah membekukan pemberian kontrak mewah, mengurangkan pembelian peralatan kerajaan tidak perlu, berkongsi kereta menteri, mengurangkan jumlah lawatan ke luar negara, memastikan pembelian tiket kapal terbang termurah, membatalkan majlis makan sempena mesyuarat, mengambil saranan laporan audit dengan serius, membatalkan pemberian cenderahati, T-shirt dan lain-lain sempena apa-apa program kerajaan, memotong elaun menteri kabinet dan sebagainya sebelum membuat keputusan menaikkan harga barangan asas seperti minyak, tarif elektrik dan kos pengangkutan awam.

Persoalannya mengapa kerajaan tidak mengambil langkah mengurangkan kos dahulu sebelum menaikkan harga barangan asas seperti minyak, tarif elektrik dan kos pengangkutan awam dan memaksa seluruh rakyat Malaysia memasuki pusingan ekonomi yang dahsyat ini?

Apabila keadaan ini berlaku, rakyat perlu bertanya apakah yang perlu dibuat untuk mengelakkan keadaan ini daripada berlaku? Sudahkah kita mengambil langkah untuk menyedarkan lebih ramai untuk membuat keputusan yang lebih bijak di PRU14 nanti?

Atau kita terus duduk merungut dan membiarkan perkara ini terus berulang dan berulang dan marah hanya ketika ia berlaku kerana sikap kita yang hangat-hangat tahi ayam dalam memerangi kemungkaran?

Secara lontaran peribadi untuk difikiran.

* Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Naib Presiden PAS.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB : Faekah kekal Setpol sehingga penyusunan semula – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 09092013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Faekah Husin dikekalkan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar beliau sehingga proses penyusunan semula pejabat Menteri Besar selesa.

2. Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mualaf 2013 anjuran Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS) mendapat pujian dari Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mendekati isu pembangunan mualaf berdasarkan kajian keatas pengalaman dari pakar-pakar terlibat.

3. Ketua Biro Guaman PKR, Latheefa Koya berkata, keengganan polis membuat siasatan baru kes pembunuhan Altantuya Shariibuu, menunjukkan sikap tidak lepas tangan pihak berkuasa itu dalam memberi keadilan kepada mangsa.

4. Kerajaan tidak wajar meletakkan kesalahan kepada takdir semata-mata apabila harga barangan keperluan harian naik ketika ada kumpulan hidup mewah, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

5. Rafizi Ramli hari ini menuntut keikhlasan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk mengemukakan usul tergempar kenaikan harga minyak di Parlimen selepas menolak tawaran mengadakan perdebatan berhubung isu berkenaan.

6. Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak 30 peratus kerja-kerja pembersihan dalam kawasan perbandaran akan dilakukan oleh pihak dalaman pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim

7. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri bagi penubuhan Polis Bantuan dengan seramai 100 orang anggota bagi mempertingkatkan tahap keselamatan bandar raya itu menjelang 2014, kata Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.

8. Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, projek tebatan banjir akan dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dan Klang baru-baru ini.

Kenaikan harga barang bukan takdir, Islam bela hak pembeli

Datuk-Tuan-Ibrahim-Tuan-Man barangSHAH ALAM, 9 SEPTEMBER – Kerajaan tidak wajar meletakkan kesalahan kepada takdir semata-mata apabila harga barangan keperluan harian naik ketika ada kumpulan hidup mewah.Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata, Islam bukan sahaja membela hak peniaga sebaliknya turut menitik berat hak pembeli supaya konsep adil dapat dilaksanakan sebaiknya.Katanya, petikan hadis yang disebut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari dalam artikel ‘Harga Barang Ketetapan Allah’ digunakan dalam konteks salah.

“Memang hakikat naik turun, ajal maut semua ketentuan Allah tetapi bukan bermakna pemerintah boleh sesuka hati meletakkan kesalahan kepada takdir.

“Kalau manusia (peniaga) boleh buat begitu maka kita tengok dalam Islam hak adil bukan kepada peniaga sahaja tetapi pembeli juga kena berlaku adil.

“Demikian juga kalau kita tengok kerajaan memotong subsidi untuk rakyat tetapi dalam waktu sama golongan korporat dan bangsawan lihat hidup melampau-lampau mewah,” katanya kepada TV Selangor.

Menyifatkan kenyataan itu perlu diperbetul semula bagi mengelakkan salah faham, Tuan Ibrahim berkata, kenyataan Fathul Bari membawa gambaran imej negatif terhadap Islam.

Seolah-olah, katanya, Islam membenarkan peniaga meletakkan harga sesuka hati dan menganggapnya sebagai ketentuan Allah.

– FZL

PAS Desak Kerajaan Pusat Adakan Sidang Khas Parlimen Bincang TPPA

tppa

SHAH ALAM 5 OGOS : PAS mendesak Kerajaan Pusat supaya mengadakan sidang khas parlimen bagi membahaskan isu Perundingan perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang bakal dimeterai Oktober ini.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbahasan isu itu perlu menjurus kepada sudut perlunya Malaysia harus mengundur diri dan menolak TPPA.

Katanya, perbahasan itu juga perlu disertai oleh bekas negarawan dan Gabenor Bank Negara serta institusi-institusi yang mempunyai kepakaran ekonomi.

“Ia perlu dilakukan sebelum keputusan dibuat ,jika tidak menjumpai sebarang alasan kukuh untuk menolaknya, barulah ia harus dibincang mengapa Malaysia harus menerima TPPA.

“Kerajaan Pusat harus menangguhkan perjanjian TPPA ini selagi TPPA tidak didebat secara menyeluruh dan difahami rakyat,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau menambah penarafan kredit dunia, Fitch Ratings meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif dan penurunan nilai mata wang Ringgit secara mendadak sejak Umno-BN mendapat mandat selepas Pilihanraya Umum ke 13 lalu.

Katanya, ia membuktikan jelas tanda bahawa ekonomi negara belum bersedia dan kukuh untuk memasuki perjanjian TPPA.

Jelasnya, kedudukan ekonomi negara yang semakin lemah menyebabkan kerajaan tiada sebab yang cukup untuk berunding dan memastikan TPPA menguntungkan negara secara keseluruhannya.

“Tanpa kawalan modal dan penambatan mata wang sebagai senjata pertahanan ekonomi ketika diserang kapitalis-kapitalis dunia seperti di 1997.

“Negara akan mudah ditekan untuk menerima bantuan daripada institusi kewangan dunia seperti IMF, yang mana syaratnya bagaikan satu penjajahan moden terhadap negara kecil,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS bimbang kerana di dalam TPPA tertera sistem Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) di mana pelabur atau syarikat asing diberi kuasa untuk mengemukakan saman kepada kerajaan di mahkamah antarabangsa.

“Sekiranya krisis berlaku, dan nilai mata wang Ringgit jatuh mendadak, ketidakmampunan negara dan syarikat tempatan menanggung kos perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa akan meningkat secara mendadak.

” Ini sangat tidak adil untuk negara-negara kecil yang memasuki TPPA ini.

“Setelah 18 kali berunding, kandungan TPPA masih tidak diketahui umum, dan lebih teruk lagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terus membisukan diri,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Facebook PALSU “Mustafa Ali” Paparkan Klip Video, Pengakuan

fb palsu mustafa ali 03

SHAH ALAM, 13 APR: Satu akaun peribadi laman sosial Facebook dengan menggunakan nama ‘Mustafa Ali’ ditemui dan turut memaparkan pautan sebuah klip video aksi seks dengan tajuk ‘Memang Betul Ini Saya’.

Lebih mengejutkan, laman akaun ini baru sahaja diwujudkan sekitar 10 jam lalu selain memaparkan status semasa yang menyatakan ‘Mustafa Ali’ adalah individu di dalam klip video berkenaan.

“Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku dua tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya,” memetik status semasa yang dinaikkan sekitar 10 jam lalu.

Akaun berkenaan didakwa mempunyai ‘motif politik’ bertujuan memburukkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kerana dikaitkan sebagai individu di dalam klip video seks berdurasi 11 minit 27 saat yang dinaikkan dua jam lepas.

Laman akaun berkenaan boleh diakses pada pautan https://www.facebook.com/profile.php?id=100005696323534 fb palsu mustafa ali 01

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, Pas menyatakan sokongan penuh kepada Mustafa menghadapi serangan politik seperti mana yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bagi pihak PAS kita tidak mahu terganggu dengan cubaan-cubaan musuh mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu yang sengaja diwujudkan dengan pelbagai fitnah menjijikan.

“Dalam mood rakyat ingin membawa perubahan dama Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ganguan sebegini akan muncul. Saya yakin pelbagai Facebook ciplak direka akan sentiasa wujud,” katanya kepada TV Selangor.

Beliau turut mengingatkan para petugas parti agar terus melakukan tugasan dalam usaha memenangi PRU-13.

Dalam pada itu, memetik laporan portal Malaysiakini dan Bernama hari ini, Mustafa mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.

fb palsu mustafa ali 02Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam semalam, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas penyebaran gambar dan video seks tersebut.

Categories
NASIONAL

PAS Cabar Umno Bentang Perincian Hudud

SHAH ALAM 29, OGOS: PAS mencabar Umno membentangkan sendiri perincian perlaksanaan perundangan hudud memandangkan parti berkenaan begitu lantang dan terus menerus memperlekeh hasrat berkenaan.

Cabaran ini dilontarkan sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang nyata dukacita dengan kenyataan ‘sumbang’ berhubung cadangan perlaksanaan syariat berkenaan terutamanya dari mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas Presiden Umno.

Menyifatkan kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan tidak pernah menolak hudud seperti yang terkandung dalam Islam dan hanya menolak hudud yang akan dilaksanakan PAS sebagai bentuk pemikiran lama, katanya sehingga kini Umno masih gagal membentangkan perincian hudud sebenar seperti yang digariskan Islam.

Menurutnya lagi, sehingga kini Umno-BN masih membisu berhubung cadangan Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat ditambah kenyataan lantang yang dilemparkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

“Mahathir masih dalam pemikiran lama. Kita minta enakmen hudud ini dibentangkan di seluruh negara. Bagi kita (PAS) tidak mengapa dia (Mahathir) mengatakan ini hudud PAS tapi kita mahu dengar mana hudud dari Umno.

“Kita mencabar bentangkan hudud Umno atau yang didakwa oleh Dr Mahathir di dalam atau luar parlimen kerana sehingga kini tidak ada sepatah pun hudud yang dikatakan betul seperti mana dakwaan Dr Mahathir,” katanya.

Dr Mahathir dalam kenyataannya kepada media semalam menyatakan hudud yang ingin dilaksanakan Pakatan Rakyat mirip kepada hukuman lebih berat dan tiada dalam al-Quran.

Jelasnya, enakmen hudud yang dibuat di Kelantan hasil perbincangan cendakiawan agama yang tidak mempunyai latar belakang politik antaranya Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Datuk Daud Muhammad.

Beliau menambah, PAS akan tetap memberikan sokongan kepada mana-mana pihak yang ingin melaksanakan perundangan berkenaan dan beliau percaya dunia memerlukan undangan ciptaan Allah SWT dikala kadar jenayah semakin meningkat.