Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan, Permaisuri julung kali berangkat serikan sambutan Tahun Baru Cina PAKATAN

KLANG, 6 FEB: Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Selangor kali ini lebih berseri apabila Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin julung kalinya berkenan untuk mencemar duli berangkat ke majlis yang diadakan PAKATAN di Kompleks Sukan Pandamaran, malam tadi.

Sultan Tahun Baru Cina (3)Keberangkatan tiba pasangan diraja itu disambut Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, barisan Exco Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lain.

Dalam majlis itu, baginda berdua turut berkenan bertemu dan bersalaman dengan rakyat yang hadir.

Sementara itu, majlis yang dihadiri lebih 10,000 rakyat itu turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan termasuk kebudayaan masyarakat Cina, tarian singa dan naga.

Selain disediakan pelbagai juadah istimewa, kanak-kanak yang hadir turut diberikan ang pow.

Majlis anjuran Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan bersama Invest Selangor itu turut dihadiri Exconya, Dato’ Teng Chang Khim dan beberapa Ahli Dewan Negeri.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pelbagai kaum raikan Tahun Baru Cina DUN Serendah

Oleh: HAFIZAN TAIB

SERENDAH, 6 MAC: Orang ramai terutama penduduk setempat tidak melepaskan peluang beramah mesra bersama pemimpin dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di sini, malam tadi.

Majlis dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan lebih 500 orang itu berlangsung meriah tetapi sederhana dengan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama berhimpun di situ.

IMG_20160305_213520Ia turut disertai Presiden KEADILAN merangkap ADN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong, ADN Rawang, Gan Pei Nei, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim dan Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor, June Liew.

Selain menjamu selera, pelbagai acara diadakan seperti persembahan paluan gendang, tarian dan nyanyian berkenaan perayaan itu.

Mohamed Azmin, Wan Azizah dan hadirin kehormat lain turut serta memukul gendang perayaan sambil diiringi muzik latar.

Penyertaan orang ramai dalam majlis anjuran KEADILAN Cabang Hulu Selangor itu membuktikan perpaduan rakyat Malaysia tetap utuh biarpun negara memghadapi pelbagai dugaan dan cabaran masa kini.

-AA-

Uniknya Sambutan Tahun Baru Cina di pekarangan masjid


Keunikan Sambutan Tahun Baru Cina di Perkarangan Masjid Aminah Al-Muhairi, SS 2/6. Lebih 200 masyarakat kaum Cina yang hadir memeriahkan majlis ini.

Kesepaduan kaum aset terpenting kekuatan Selangor

Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Dataran Petaling Jaya pada 20 Feb 2016. |

Dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dengan paluan gendang bersama barisan Exco Kerajaan Negeri, Adun serta pimpinan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Selangor 20 Feb ini

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pada 20 Februari ini. Orang ramai dijemput hadir. Perkhidmatan Bas percuma #SmartSelangor disediakan.

Categories
SELANGOR

MB edar limau dan angpow, masyarakat cina teruja

Oleh : NORHAYATI UMOR

GOMBAK, 30 JAN: Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkesempatan mengedarkan kira-kira 1,500 ‘goodies bag’ kepada penduduk Ampang dan Sri Gombak.

Selain mengedarkan limau, Mohamed Azmim turut memberikan angpow.

MB LIMAU 1Dalam dua majlis berasingan itu, beliau turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan penduduk yang hadir di Ampang serta pengunjung pasar.

Program muhibbah itu mendapat respon yang baik dalam kalangan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina bagi tahun ini akan disambut pada 8 dan 9 Februari.

-nR-

MB turunkan tol sebagai langkah keselamatan di jalanraya sempena Tahun Baru Cina

SINOPSIS :

Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor untuk mengatasi kerosakan jalan raya berlubang dan berlopak yang boleh menyebabkan kemalangan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata masalah jalan raya berlubang adakalanya tidak boleh dielakkan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Katanya lebih RM100 juta telah diperuntukkan sehingga tahun 2013 untuk kerja-kerja menaiktaraf jalan raya dan lebuh raya yang selamat bagi keselesaan pengguna.

http://www.selangorku.com

Categories
KENYATAAN MEDIA

Perutusan MB Selangor sempena Tahun Baru Cina 2014

Selamat sejahtera dan Salam kemakmuran kepada rakyat Selangor berketurunan Cina yang menyambut Tahun Baharu Cina 2014.
Tahun Baharu Cina adalah perayaan sebagai menandakan permulaan tahun, dan pada tahun 2014 ini Tahun Baharu Cina mula disambut pada Jumaat, 31 Januari.
 Setiap Tahun Baharu Cina berlambangkan haiwan dalam Zodiak Cina, dan pada tahun 2014 ia adalah Tahun Kuda.  Menurut perhitungan kalendar Thong Su, kuda melambangkan ketangkasan, kegigihan dan kesetiaan.
Pada tahun kuda keadaan rezeki diramalkan lebih baik kerana  kedatangan bintang rezeki yang makmur, bintang penolong, bintang terang, bintang kerjasama yang terang dan rezeki pelaburan terbuka lebar.
1Tahun Baharu Cina juga dikenal sebagai Pesta Musim Bunga dan semasa era pramoden ia melambangkan betapa perlunya kalangan petani di Tanah Besar China membuat persiapan untuk turun menanam padi di sawah mereka.
Jika kaum Melayu berkumpul di surau dan masjid sambil bertakbir beramai-ramai menandakan esok bermulanya sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha, bagi  Tahun Baharu Cina pula ia dimulai dengan  makan malam sekeluarga  pada malam Tahun Baharu.
Saya percaya pada ketika inilah puncak kesyukuran masyarakat Cina apabila seluruh ahli keluarga datang untuk makan bersama di rumah ibu bapa atau di rumah abang sulung, namun sekarang jamuan sekeluarga lazim pula diadakan di restoran.
Di Malaysia, hidangan bernama yee sang atau “lambungan kemakmuran”,  iaitu campuran ikan dan salad biasanya  disajikan terlebih dahulu dan setiap orang mengelilingi meja untuk menyepit salad dengan chopstick masing-masing sambil bergelak ketawa. Mereka percaya, siapa lebih tinggi melambung salad, lebih baiklah tuahnya pada Tahun Baharu!
Sebenarnya, sambutan perayaan kaum-kaum terbesar di Malaysia menghasilkan elemen silang budaya, yang boleh diamalkan dalam masyarakat Melayu selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Contohnya, memberi buah tangan berupa buah oren dan angpau berupa sampul merah berisi duit semasa Tahun Baharu Cina, kini sudah lumrah dalam masyarakat Melayu semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha. Cuma, buah tangan berupa kuih muih bukan buah oren!
Perayaan Tahun Baharu Cina berlangsung sehingga 15 hari, berakhir dengan sambutan Chap Goh Mei pada malam ke-15. Cap Goh Mei diraikan dengan makan bersama keluarga di dalam ruang yang dilatari muzik dan perhiasan persis makan malam sekeluarga dahulu.
Di kebanyakan negeri di Malaysia, diperuntukkan dua hari cuti umum sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
2
Sebenarnya, banyak manfaat daripada perayaan-perayaan kaum ini bagi kalangan penduduk yang prihatin dan menginsafi akan keperluan saling memahami dan bertolak ansur terhadap budaya atau adat resam kaum-kaum lain yang menjadi warganegara di negara ini.
Sehubungan ini, perpaduan antara kaum tidak sepatutnya dipersoalkan lagi apabila kaum Melayu sendiri secara jujur sedia menjadi teladan kepada kaum-kaum lain dalam hal saling memahami dan menghormati akan agama dan budaya serta adat resam kaum lain.
Sikap supaya mengenal dan memahami sesama manusia ini sepatutnya menjadi pegangan umat Islam dan kaum-kaum lain di Malaysia kerana ia merupakan antara suruhan Allah, Tuhan sekalian alam, dalam al-Quran, surah al-Hujarat, ayat  13.
Wajar diketahui bahawa Pakatan Rakyat di Selangor menzahirkan perpaduan melalui perkongsian kuasa antara parti-parti komponen – PKR, PAS, DAP – dalam usaha mentadbir urus negeri ini sejak Mac 2008 demi keharmonian dan kesejahteraan seluruh rakyat serta kemakmuran negeri.
Usaha ini tidak sekali-kali menggugat kedaulatan Sultan Melayu dan hak istimewa orang Melayu serta bumiputera lain.
Kaum Cina merupakan 27 peratus daripada 5.6 juta orang penduduk Selangor. Atas prinsip membela kebajikan seluruh kaum, kita akan terus konsisten dan istiqamah dengan program-program merakyatkan ekonomi bagi faedah seluruh rakyat dari usia bayi ke usia emas hingga ke liang lahat.
Sekian sahaja. Xie Xie. Gong Xi Fa Cai!
Categories
KENYATAAN MEDIA

Perutusan Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Tahun Baru Cina 2014

Kesungguhan dan ketekunan untuk mencapai cita-cita sudah menjadi lumrah kehidupan masyarakat Cina yang seharusnya dicontohi oleh seluruh masyarakat Malaysia.

Ini penting, terutama sekali dalam perjuangan dan usaha kita untuk membawa perubahan ke arah kebaikan dalam kehidupan, masyarakat dan negara.

Di sebalik pelbagai kemelut yang melanda negara mutakhir ini, saya bagi pihak Pakatan Rakyat telah mengusulkan supaya dirundingkan suatu Konsensus Nasional bagi merungkai segala permasalahan khususnya yang membabitkan isu perpaduan di antara kaum dan agama.

ANNYakinlah bahawa sekiranya Konsensus ini tercapai, kerukunan hidup bernegara dapat dikukuhkan dan kesemua rakyat dapat bekerjasama untuk membawa negara ini ke suatu tahap yang lebih baik.

Justeru, sempena sambutan tahun baru ini, saya menyeru seluruh lapisan rakyat untuk terus beriltizam meneruskan usaha memastikan negara ini kekal dalam keharmonian dan kerukunan.

Perbezaan agama dan fahaman politik sewajarnya diketepikan dan titik persefahaman perlu dicapai demi merealisasikan matlamat ini.

Di kesempatan ini, saya mewakili pimpinan dan anggota KEADILAN mengucapkan Xin Nian Kuai Le dan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat berketurunan Cina di Malaysia.

Semoga sambutan tahun baru kali ini dilimpahi dengan kebahagiaan dan kegembiraan.

 

Categories
SELANGOR

Rakyat perlu waspada anasir jahat untuk timbul ketegangan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 JAN: Rakyat Selangor dinasihat supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang anasir jahat yang sengaja ditimbulkan sesetengah pihak bagi mewujudkan ketegangan dan rasa tidak percaya di kalangan masyarakat.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata rakyat juga perlu sentiasa berwaspada dengan mainan ahli politik yang sengaja ditimbulkan untuk memecah-belahkan keutuhan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, kematangan rakyat untuk menilai dengan betul dan tepat menjadi asas kepada sistem demokasi tulen ke arah masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain.

rodziah“Ia menuntut supaya rakyat faham dan jelas berkenaan sesuatu itu, bukan mengikut sahaja apa yang disogokkan kepada mereka melalui kaca televisyen, radio dan akhabar arus perdana.

“Rakyat seharusnya tidak membenarkan anasir jahat itu mengawal, memperlaku dengan sewenang-wenangnya dan memperkosa apa yang menjadi hak serta milik mereka selama ini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kemajuan ke arah meningkatkan kefahaman dalam perbezaan antara masyarakat adalah jaminan kepada kelangsungan suasana aman dan terpeliharanya kesejahteraan di kalangan rakyat.

Katanya, rakyat juga kini lebih bijak menilai erti demokrasi dan ketelusan serta utuh memelihara keamanan walaupun berbeza fahaman agama serta kaum.

“Semoga menjadi budaya rakyat, saling ingat-mengingati untuk berlaku adil dan waras dalam isu yang ditimbulkan supaya semuanya menuju ke arah saling memahami dengan lebih baik antara satu satu sama lain daripada perspektif adat, tradisi, budaya juga agama,” katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kematangan rakyat asas perpaduan & keharmonian

Oleh : RODZIAH ISMAIL

Bersyukur kepada Allah bahawa kita masih utuh memelihara keamanan dalam masyarakat berbagai kaum, bangsa dan agama.

Ia adalah hasil kebijaksanaan rakyat yang kini sudah jauh celik, lebih mengerti tentang demokrasi dan ketelusan – terima kasih kepada perkongsian hebahan isu dan informasi dari kalangan rakyat yang didokong oleh penggunaan teknologi maklumat yang berleluasa.

Oleh yang demikian, elemen, khususnya ahli politik yang beragenda peribadi amat sukar untuk berterusan memperbodoh dan memperdayakan rakyat.

Kemajuan rakyat ke arah meningkatkan kefahaman dalam berbezaan antara mereka adalah jaminan kelangsungan suasana aman dan terpeliharanya kesejahteraan di kalangan rakyat.

“Hai manusia, sesungguhnya Aku menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” – Hujurat:13

forum wanita muda

Rakyat seharusnya tidak membenarkan sebarang anasir jahat yang ingin menimbulkan ketegangan dan rasa tidak percaya sesama rakyat supaya anasir jahat itu akhirnya mengawal, memperlaku dengan sewenang-wenangnya dan memperkosa apa yang menjadi hak dan milik rakyat.

Rakyat juga tidak harus terperangkap dalam mainan ali-ahli politik yang ingin memecah-belahkan masyarakat. Kematangan rakyat untuk menilai dengan betul dan tepat adalah asas dalam sistem demokasi tulin ke arah masyarakat yang saling menghormati antara mereka.

Ia menuntut agar rakyat faham dan jelas mengenai sesuatu itu, bukan mengikut sahaja apa yang disogokkan kepada mereka menerusi kaca TV, radio dan akhabar arus perdana.

Semoga menjadi budaya rakyat, budaya saling ingat-memperingati untuk berlaku adil dan waras dalam isu-isu yang ditimbulkan agar semuanya menuju ke arah saling memahami dengan lebih baik antara satu satu sama lain dari perspektif adat, tradisi, budaya dan agama.

Selamat menyambut Tahun Baru 2014 kepada seluruh warga Tionghua di Malaysia, khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan.

 

Rodziah Ismail adalah Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga

Perutusan MB sempena Tahun Baru Cina

Layari http://tv.selangorku.com