Categories
NASIONAL

Tiada Halangan DAP Guna Lambang PKR, Pas

pakatan putrajaya 01

SHAH ALAM 25 Mac : Tiada halangan untuk pemimpin parti DAP bertanding menggunakan lambang rakan gagasan Pakatan Rakyat yang lain sekirannya benar Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhasrat membatal pendaftaran parti itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata kesediaan ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang untuk menggunakan lambang PAS, jelas mencerminkan kekuatan muafakat dalam gagasan Pakatan Rakyat.

“Kita hargai hasrat Kit Siang itu, pada saya ia mengambarkan bertapa percayanya DAP terhadap PAS yang menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat.

“Ini membuktikan semangat setia kawan di dalam Pakatan Rakyat semakin akrab,? kata Salahudin apabila dihubungi TVSelangor.

Sebelum ini, Lim dilaporkan sebagai berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya ROS membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan parti pada tahun lalu.

Dalam beberapa siri tulisannya di Twitter, Kit Siang berkata, walaupun tiada sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, beliau bimbang terdapat konspirasi untuk mengelak partinya daripada menggunakan lambang sendiri.

Naib Presiden PKR, N Surendren berkata PKR sentiasa membuka pintu untuk DAP menggunakan lambang partinya dalam mencapai hasrat mengambilalih pentadbiran negara selepas
pilihanraya umum ke-13 nanti.

Surendran juga tidak menolak kemungkinan tindakan ROS untuk membatalkan pertubuhan parti DAP datangnya dari arahan Umno-BN.

“Tiada sebab munasabah mengapa ROS perlu membatalkan pendaftaran parti DAP.

“Jika pendaftaran parti DAP dibatalkan, ia jelas adalah dari arahan Umno-BN. Ini jelas percubaan untuk mencuri pilihanraya umum daripada Pakatan Rakyat.”

Categories
NASIONAL

Audit Wayang Politik – Laporan Khas


 

Sinopsis:

Barangkali kes salahurus dan salahguna kuasa kerajaan BN jik dikumpulkan mampu wajar dibukukan sebagai rujukan bagaimana untuk tidak mengurus negara

Layari http://www.selangorkini.net

Jom Ke Island BBQ Steamboat – Singgah Selangor


 

Sinopsis:

Destinasi Singgah kali ini menyinggah di lokasi yang terletak di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, iaitu Island BBQ Steamboat. Sama-sama kita amati keistimewaan lokasi ini dari dekat.

Layari http://www.selangorkini.net

Jelajah Merdeka Rakyat – Salam Selangor


 

Episod 24

Sinopsis : Satu fenomena menarik dan berkesan dalam seni dan strategi berpolitik di Malaysia. Pemimpin politik, khususnya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim jelajah dengan menaiki bas bergerak dari negeri ke negeri termasuk Selangor, untuk menyampaikan mesej penting kepada hadirin mewakili rakyat supaya timbul kesedaran, kebangkitan, dan perubahan kepada pembentukan kerajaan persekutuan dan negeri terajuan Pakatan Rakyat.

Tetamu : Yg Bhg Azmizam Zaman Huri ,Ketua AMK Selangor

Jemputan Sesi Penerangan Hutang TALAM


Sinopsis: Rakyat Selangor yang dihormati. Tuan dan puan dijemput menghadiri Sesi Penerangan Hutang TALAM untuk penerangan proses perolehan hutang dari wakil-wakil kerajaan negeri Selangor.

Selaku pembayar cukai, anda berhak tahu tahap ketelusan dan profesionalisma kerajaan anda dalam menguruskan kes ini.

http://www.selangorkini.net

Persiapan Sidang Khas Dewan Undangan Negeri Selangor – Salam Selangor


 

Sinopsis

Apabila Dewan Negeri Selangor bersidang, keputusan dicapai Wakil Rakyat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada kehidupan kita sehari-harian. Lebih-lebih lagi sidang khas, lebih fokus. Terdapat 3 perkara utama bakal dibahaskan. Kerajaan akui, serius.Pertama Isu Air, kedua Pengundi Hantu dan ketiga: Kutipan Hutang Talam. Perinciannya akan mencerahkan kefahaman kita, setelah Menteri Besar memberikan penjelasan. Perlangsungan masih menunggu perkenan DYMM Sultan Selangor, dan Dewan akan bersidang. Sementara itu ikuti Segmen Pemimpin Salam Selangor bersama Hos Zubli Zainordin bagi mendapatkan temuramah eksklusif daripada Timbalan Speaker Dewan YB Haniza Mohamed Talha hal berkaitan dengan Sidang Kali Kedua Dewan Negeri Selangor.

Layari http://www.selangorkini.net

Laporan Audit: Hasil Selangor Meningkat 114.3 Peratus – INFO 12


 

Sinopsis

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 16 OKTOBER 2012 :

Laporan Audit:  Hasil Selangor Meningkat 114.3 Peratus,
MB : Kerajaan Negeri Kaji Kaedah Rawatan Air Lebih Murah,
MB : Tidak Semua Pembeli Layak Terima Bantuan,
Kerajaan Negeri Peruntuk RM 5 Juta Untuk Kerja Mitigasi Banjir di Klang.

Air Percuma Selangor, Sudahkah Anda Nikmati?


Sinopsis

Lebih 5 juta rakyat selangor menikmati air percume selangor setiap bulan.

“Hak air adalah hak rakyat, kerajaan negeri akan berusaha mempertahankan hak asasi ini daripada menjadi bahan keuntungan kroni” Menteri Besar Selangor, Tan Seri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Jika anda menghadapi masalah untuk menerima aor percuma, sila hubungi 1800-88-28-24

Layari http://www.selamgorku.com

Unisel Melahirkan Graduan Mampan – Salam Selangor


 

Sinopsis

Bual bicara bersama Prof. Dr. Anuar Haji Ahmad, Naib Canselor Unisel ini telah disiarkan secara langsung menerusi program Salam Selangor yang berkeudara setiap hari Isnin hinga Jumaat jam 12.10 tengahari – 12.40 tengahari. Layari http://www.selangorkini.net

Memahami Pilihanraya – Salam Selangor


 

Sinopsis

Tetamu : Yg. Bhg. Borhan Aman Shah

Pilihanraya pada masa ini menjadi tumpuan masyarakat di Malaysia. Lebih-lebih lagi PRU13. Menerusi Salam Selangor Segmen Pemimpin, Hos, Zubli Zainordin bersama dengan Pengarah Pilihanraya PKR Selangor Yg. Bhg. Borhan Aman Shah, dengan topik Memahami Pilihanraya, mengupas aspek-aspek yang terlibat.

Layari http://bm.selangorku.com/

Kerajaan Pusat Digesa Bersikap Adil Kepada Semua Negeri – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 09102012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 9 OKTOBER 2012 :

Kerajaan Pusat Harus Adil Dan Saksama Kepada Semua Negeri,
MB : Muhyiddin Tidak Pandai Baca Angka,
MB : Jangan Percaya Mahathir Yang Cakap Bodoh,
Selangor Perluaskan ‘Natural Farming’, Jana Lebih Keuntungan Untuk Petani.

 

Episod 12 – SALAM SELANGOR : Islam dan Masyarakat


Sinopsis

Salam agama, hairan mengapa masyarakat melayu muslim melakukan sesuatu yang negatif sedangkan masyarakat bukan islam kurang melakukannya. Ikuti penjelasan bersama Ustaz Yob Zainal Ismail.

Layari http://bm.selangorku.com/