Categories
NASIONAL

Hishammuddin Rais tuntut Najib henti sebar video Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Aktivis sosial Hishammuddin Rais memulakan proses mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyiarkan video menampilkan dirinya dan beberapa rakannya.

Katanya, notis tuntutan itu bagi memberi amaran kepada Najib supaya berhenti menyebarkan klip video berkaitan dirinya yang ditayangkan pada Perhimpunan Agung Umno.

hishamuddin raisMenerusi notis tuntutan itu dinyatakan, Perdana Menteri telah ‘mewujudkan suasana benci dan prejudis terhadap anak guam kami (Hishamuddin).”

Video itu menggambarkan Hishamuddin dan Datuk S Ambiga serta Adam Adli yang dikatakan terbabit dalam aktiviti menghasut.

Peguamnya, Daim dan Gamany menerusi notis tuntutan mengarahkan Najib yang juga Presiden Umno untuk menghentikan tayangan, pengedaran klip video itu pada perhimpunan tahunan berkenaan.

Hishamuddin dalam kenyataannya pada Sabtu berkata, penayangan video itu boleh mempengaruhi keputusan mahkamah terhadap perbicaraan kes membabitkannya mengikut Akta Hasutan.

“Jika gagal mematuhinya, kami telah mengarahkan supaya tindakan undang-undang diambil,” katanya.

EZY

 

Categories
NASIONAL

GHAH: Kekal Akta Hasutan masa depan rakyat bertambah suram

SHAH ALAM, 27 NOV: Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengecam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang memungkiri janjinya sendiri memansuhkan Akta Hasutan.

“Keputusan Najib mengekalkan Akta Hasutan yang didakwa melindungi kesucian Islam dan agama lain serta menangani gesaan sebilangan pihak untuk memisahkan Sabah, Sarawak jelas berniat jahat.

Akta Hasutan“Akta kuno ini secara berleluasa telah disalahguna untuk menahan ahli politik, aktivis dan sesiapa saja yang mengkritik kerajaan.

“Keputusan Najib ini akan lebih mengongkong kebebasan bersuara dan berekspresi, sekaligus menjadikan masa depan rakyat bertambah suram di bawah pemerintahan tidak demokratik,” kata GHAH dalam satu kenyataan, hari ini.

Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dalam ucapan perasmiann perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini

GHAH menyeru Najib agar menghormati norma demokrasi, kedaulatan undang-undang dan bertanggungjawab kepada seluruh rakyat terhadap janji yang pernah berkali-kali beliau taburkan sebelum ini.

“Najib perlu ingat bahawa beliau telah berulang kali berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan dan janji itu harus dikotakan,” kata kenyataan itu.

EZY

Categories
SELANGOR

PR: Kekal Akta Hasutan, Najib tiada pendirian & tak layak pimpin negara

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 27 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah pemimpin tiada mempunyai pendirian tetap dan sering mungkin janji apabila mengekalkan Akta Hasutan yang sebelum ini berikrar mahu memansuhkannya.

ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, berkata perkembangan terbaru itu memperlihatkan Najib sebagai Perdana Menteri tidak mempunyai kekuatan untuk menerajui negara.

Akta Hasutan“Bagaimana rakyat boleh mengharapkan beliau yang memungkiri janji untuk memansuhkan Akta Hasutan. Hanya disebabkan tekanan daripada segelintir pihak berkepentingan.

“Ini adalah gambaran bahawa beliau seorang Perdana Menteri yang lemah,” katanya kepada SelangorKini di sini , hari ini.

Shuhaimi yang pernah didakwa di bawah akta itu berkata, ia memberi gambaran jelas Najib bukan pemimpin yang layak memimpin negara.

“Saya menuntut Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana beliau tidak mempunyai kredibiliti,” katanya.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim turut terkejut dengan pengumuman itu dan mempersoalkan pendirian Perdana Menteri yang sebelum ini mahu memansuhkannya.

“Dalam Parlimen, Najib sudah berjanji bahawa akta ini akan dimansuhkan tetapi sekarang beliau mahu mengekalkannya. Di mana janjinya terhadap rakyat?.

“Dari segi prinsip dan moral, ia adalah tidak bermaruah,” katanya.

Beliau berkata, akta tinggalan zaman British itu sudah tidak relevan lagi pada masa ini dan penambahan peruntukan khas bagi melindungi agama Islam juga tidak sesuai kerana hak itu sudah terjamin di dalam perlembagaan.

“BN pasti tidak dihormati rakyat. Semakin lama BN memerintah, kita menuju ke arah konservatif,” katanya.

Adun Hulu Kelang, Saari Sungip, berkata pendekatan itu boleh dianggap sebagai menghalang kewujudan masyarakat majmuk di negara ini.

“Secara mudah akta ini boleh disalah guna, boleh menghalang hak asasi manusia.

“Dalam dunia terbuka masa kini, ia masih diguna bagi menafikan hak untuk berhimpun, bersuara, berbahas dan perkara berkaitan agama, sudah lebih 50 tahun, ia masih dianggap sebagai isu sensitif,” katanya.

Katanya, di Britain contohnya, kebebasan diberi kepada semua tanpa mengira rakyat tempatan mahupun bangsa dari luar kerana ia mementingkan hak bersama ke arah keharmonian dan kemajuan bersama.

EZY

Categories
NASIONAL

Anwar: Kekal Akta Hasutan, Najib mungkir janji rakyat patut bantah

SHAH ALAM 27 NOV: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 memungkiri janji yang pernah dilaungkan untuk memansuhkan akta itu.

Anwar berkata Akta Hasutan merupakan warisan penjajah Inggeris untuk menekan pejuang kemerdekaan pada suatu ketika dahulu.

Akta Hasutan“Akta Hasutan 1948 warisan penjajah Inggeris untuk menekan pejuang kebangsaan kini dipertahan Umno. DSNajib mungkiri lagi, Rakyat harus bantah,” tulis Anwar ditwitternya.

Presiden UMNO itu hari ini mengumumkan akan terus mengekalkan Akta Hasutan 1948 seiring dengan desakan tiga sayap parti itu dalam persidangan mereka semalam.

Najib berkata, bukan hanya akta tersebut dikekalkan malah dua peruntukan khas akan dimasukkan supaya ia lebih berkesan.

EZY

 

Categories
NASIONAL

Tian Chua bebas dakwaan hasutan kes Lahad Datu

KUALA LUMPUR 14 NOV: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ni melepaskan dan membebaskan Naib Presiden PKR ,Tian Chua tanpa dipanggil bela diri isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, Mac 2013.

Pada 1 Mac 2013, Portal KeadilanDaily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

tian chua mahkamahDia didakwa melakukan perbuatan itu di Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu, off Jalan Yew di sini pada kira-kira 11 pagi 1 Mac lepas mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Jika sabit kesalahan, Tian Chua berdepan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, dan penjara lima tahun bagi kesalahan seterusnya.

EZY

Categories
NASIONAL

Peguam Negara patut gugur semua kes Akta Hasutan

SHAH ALAM 31 OKT: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail patut menggugurkan semua tuduhan kes Akta Hasutan di mahkamah ekoran keputusannya “membebaskan” Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Pengerusi Biro Undang-Undang dan Hak Asasi PKR, R Sivarasa berkata, Gani perlu membuat tindakan betul dengan mengkaji semula Akta Hasutan 1948 memandangkan undang-undang itu membimbangkan rakyat Malaysia dan dikritik hebat oleh negara luar.

mansuh akta“Peguam Negara kata Ibrahim Ali membuat kenyataan kontroversi ‘bakar Bible’ mengikut ‘konteks’ dan disebabkan itu beliau tidak didakwa.

“Tetapi Gani Patail tidak peduli dengan ‘konteks’ yang sama apabila mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengenai kuasa Mais atau peguam N Surendran mengenai kenyataan kes Liwat II anak guamnya, atau Profesor Azmi Sharom dengan pandangan undang-undangnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Subang itu berkata, Gani masih membisu mengenai pertemuannya dengan 60 pemimpin Umno pada 14 Ogos lalu, beberapa hari sebelum Akta Hasutan mula dikenakan, walaupun dipersoalkan banyak pihak.

Beliau turut membangkitkan janji Gani pada 10 September lalu mengkaji semula dakwaan hasutan selepas menerima kritikan hebat, tetapi sehingga kini masih tiada sebarang tindakan.

“Malah lebih banyak individu yang ditahan untuk disiasat atau didakwa di bawah undang-undang lapuk itu,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Selangor lawan Akta Hasutan hingga dimansuhkan

SHAH ALAM 27 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi jaminan pentadbirannya akan melawan Akta Hasutan 1948 sehingga ia dimansuhkan, bagi menyuburkan demokrasi di Selangor.

Mohamed Azmin berkata, pentadbirannya memberi sokongan kuat kepada usaha kumpulan masyarakat sivil dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendesak pemansuhan akta penjajah tersebut.

PC MB Azmin di SUK (5)“Kerajaan negeri akan beri sokongan kuat dan padu kepada kumpulan masyarakat sivil dan NGO bagi menyuburkan demokrasi di negara ini.

“Kerajaan negeri mahu menjadi rakan dengan mereka supaya wujud keseimbangan demokrasi di negeri ini,” kata Azmin semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Bantah Akta Hasutan di Dewan Sivik, Petaling Jaya malam ini dipetik The Malaysian Insider.

Azmin berkata, hanya kerajaan yang lemah akan terus menggunakan akta tersebut untuk menindas dan menekan rakyatnya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

PM mesti tegur Abdul Rahman Dahlan kenyataan Akta Hasutan

Oleh: Gooi Hsiao Leung

Semalam saya membuat panggilan awam kepada Perdana Menteri untuk membersihkan rekod hak asasi manusia didalam negeri kita untuk membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa kita layak kerusi dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Saya mengingatkan PM bahawa tugas pertama beliau yang tidak dapat dielakkan mesti menghormati janji 2012 beliau untuk memansuhkan Akta Hasutan.

mansuh aktaWalaupun hanya 3 hari lalu sejak kami memenangi kerusi dalam UNSC, Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan telah keluar semalam memberi amaran kepada Amerika Syarikat untuk jangan campur dalam urusan negara kita – merujuk kepada perdebatan nasional yang sedang berjalan sama ada atau tidak untuk memansuhkan Akta Hasutan.

Teguran Menteri itu dibuat sebagai respons kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat melalui kedutaannya di Malaysia – bahawa Amerika Syarikat telah mengambil perhatian terhadap perhimpunan Majlis peguam yang memanggil untuk pemansuhan Akta Hasutan.

Adalah menyedihkan untuk seorang Menteri membuat kenyataan tidak toleran sebagai respons kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat menggesa kerajaan kita mengikuti aturan undang-undang atau “rule of law” secara adil, telus dan tanpa memihak politik bagi meningkatkan keyakinan dalam demokrasi, badan kehakiman dan ekonomi Malaysia.

Reaksi kasar beliau yang menunjukkan ketidakmampuan untuk mendengar dan secara konstruktif berbincang dengan pendapat dan pandangan orang lain, mencerminkan pemikiran ahli-ahli Perkasa, dan bukan dari seorang Menteri kerajaan.

Jika dunia tidak tahu lebih baik, cetusan Abdul Rahman Dahlan dengan mudah akan salah dianggap seperti yang dikeluarkan oleh Menteri Korea Utara bertindak balas terhadap Amerika Syarikat.

Malangnya, reaksi Menteri akan mengesahkan pandangan antarabangsa bahawa Malaysia tidak bersedia untuk mengambil kerusi UNSC, mewakili PBB dalam mempromosikan secara global, perlindungan hak asasi manusia.

Bagaimana kita akan mengambil bahagian dalam peranan antarabangsa memantau dan menilai tindakan negara negara lain untuk menentukan sama ada mereka telah mengancam keamanan antarabangsa atau telah melanggar hak asasi manusia apabila kita sendiri tidak mampu menerima pandangan negara-negara anggota lain mengenai bagaimana kita mengurus isu-isu hak asasi manusia kita sendiri di negara ini.

Saya mendesak Perdana Menteri untuk segera keluar menegur Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk kenyataannya yang tidak boleh diterima dan salah mengenai campur tangan Amerika Syarikat dalam urusan dalaman negeri kami dan mengulangi komitmen dan janjian Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Hasutan, untuk menghilangkan sebarang andaian antarabangsa bahawa kita tidak layak untuk duduk dalam UNSC.

* Gooi Hsiao Leung adalah Ahli Parlimen, Alor Setar dan Pengerusi Biro Antarabangsa PKR

Categories
NASIONAL

Buktikan Malaysia layak di PBB dengan hapus Akta Hasutan

SHAH ALAM 18 OKT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu membuktikan Malaysia layak sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dengan memulakan langkah memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Gooi Hsiao Leung berkata beliau mengalu-alukan pelantikan Malaysia di kerusi itu.

Akta HasutanKatanya, cabaran pada masa hadapan adalah membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia layak menduduki kerusi berkenaan.

“Tugas pertama yang perlu dilakukan adalah membersihkan rekod dengan menghormati janji yang dibuat pada 2012 untuk memansuhkan Akta Hasutan,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkaya pemerhati antarabangsa baru-baru ini mempersoalkan keupayaan Malaysia dalam menangani isu keganasan dan hak asasi manusia.

“Persepsi negatif terhadap Malaysia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh rekod hak asasi manusia yang buruk di negara ini,” katanya.

Beliau merujuk kepada laporan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang baru-baru ini mengkritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan Akta Hasutan untuk “menjenayahkan perbezaan pendapat” dan menghalang kebebasan bersuara.

“Dunia sedang memerhatikan kita. Bagaimana kita dapat meyakinkan mereka bahawa kita boleh mengambil isu-isu kritikal, untuk bersama masyarakat antarabangsa terhadap ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia,” katanya.

Malaysia memperoleh 187 undi daripada 193 negara anggota yang menyertai proses pengundian secara sulit di New York, Amerika Syarikat pada Khamis lalu.

Pertama kali Malaysia menduduki kerusi itu adalah pada sesi 1989-1990 dan seterusnya pada penggal 1999- 2000.

EZY

Demo: Perarakan untuk Keamanan dan Kebebasan 2014

Lebih 500 peguam bersut hitam berarak kira-kira satu kilometer ke Parlimen dari Padang Merbok mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan.

Categories
NASIONAL

Akta Hasutan makin mengganas, Anwar mangsa terkini

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 24 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus diam membisu meskipun sebelum ini beliau berjanji memansuhkan akta ini dalam transformasi dasar-dasar negara ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pertuduhan akta hasutan yang bertalu-talu terhadap wakil rakyat pembangkang dan individu lain dilihat sebagai satu tindakan penindasan bukannya pendakwaan.

mansuh akta“Persoalannya, selepas pimpinan pembangkang, aktivis NGO, pendakwah bebas, ahli akademik dan mahasiswa, siapa lagi bakal menjadi mangsa akta zalim ini?

“Sebagaimana kata-kata pemikir Islam tersohor, Tariq Ramadan, Manusia itu sememangnya bebas, tetapi beliau bertanggungjawab di atas kebebasan ini di hadapan Tuhan sebagaimana di hadapan manusia yang lain,” katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam, penasihat undang-undang KEADILAN, Latheefa Koya memberitahu, Anwar menjadi mangsa terbaru yang disiasat di bawah Akta Hasutan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan disiasat pada Jumaat ini, dipercayai berhubung ucapan yang dibuat dalam satu perhimpunan aman pada 2011.

Setakat ini,  12 individu dituduh di bawah akta hasutan ini seperti Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendren, Aktivis Mahasiswa Adam Adli, Wartawan Soosan Loone, Ahli Akademik Azmi Sharom dan beberapa individu lain.

Beliau berkata, Perunding imej Najib giat melabelkan beliau sebagai pemimpin Islam yang mempromosikan demokrasi dan wasatiyyah meskipun gelaran ini tidak diterjemahkan di dalam realiti.

“Ini adalah amanah Najib dan menteri-menterinya yang lain yang sepatutnya menunaikan janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan dari terus diam membisu,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Hanya kerajaan lemah guna Akta Hasutan tekan rakyat

KUALA LUMPUR 16 SEPT: Hanya kerajaan lemah sahaja perlu mengancam rakyatnya dengan mengguna pakai Akta Hasutan.

Aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim berkata, beliau yang turut didakwa kerana menghasut tahun lepas menggesa orang ramai bersatu dan menekan kerajaan memansuhkan akta itu.

mansuh aktaSementara itu, Muhammad Safwan Anang pula berpandangan, semua orang tidak terlepas daripada tuduhan menghasut kecuali Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

“Kita mempunyai sistem yang gila di Malaysia, saya terkejut apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kata saya bersalah dan menjatuhkan penjara 10 bulan,” katanya semasa pelancaran Gerakan Mansuh Akta Hasutan (GHAH) semalam.

Jelasnya, beliau akan meneruskan kempen ke seluruh negara bersama aktivis muda lain bagi menentang Akta Hasutan dan akan terus menentang akta berkenaan memandangkan beliau telah menjadi mangsa akta berkenaan.

Pengarah Eksekutif Lensa itu dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini,selepas didapati bersalah pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramahnya, tahun lalu.

EZY