‘Tak guna hasil kutipan zakat tinggi, tapi rakyat menderita’


MB : Jangan bangga hasil kutipan zakat tinggi jika ia tidak mampu mengupayakan umat Islam terutama golongan asnaf.

Categories
SELANGOR

Tujuh keluarga asnaf terima pangsapuri kos rendah

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 3 NOV: Tujuh keluarga asnaf fakir dan miskin menerima bantuan pembiayaan rumah pangsapuri kos rendah daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah, berkata bantuan itu disalurkan melalui wang zakat PKNS berjumlah RM287,000 bagi membantu golongan asnaf yang terhimpit dengan kemiskinan.

2M8A2378“PKNS mengambil inisiatif membeli pangsapuri bernilai RM35,000 seunit kemudian diserahkan kepada asnaf supaya dapat hidup dalam kediaman lebih selesa.

“Saya berharap bantuan yang diberi dapat meringankan beban yang ditanggung, sekali gus memajukan diri dan keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Menandatangani Dokumen Pemilikan Hartanah lapan unit rumah pangsapuri kos rendah Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang, di Hotel De Palma, di sini, hari ini.

2M8A2408Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali, berkata PKNS adalah salah satu anak syarikat yang mengeluarkan zakat terbesar di Selangor berjumlah RM4.6 juta pada tahun ini.

“Usaha dan inisiatif itu dapat meringankan sedikit tanggungjawab sosial yang ditanggung LZS di samping membantu golongan asnaf di Selangor.

Selain itu, hampir setiap tahun LZS akan membina lebih kurang 500 rumah kos rendah untuk membantu golongan fakir miskin dengan setiap kediaman akan diperuntukkan antara RM42,000 hingga RM50,000 seunit.

-NFN-

Categories
AGAMA

Terjah sahur santuni asnaf

Oleh SYASYA SUFIAN

Rumah usang bukanlah penghalang untuk menyambut Ramadan.

Walaupun disambut dengan serba kekurangan tetapi ganjaran di akhirat tidak mengira siapa atau bagaimana rumah mereka pada padangan manusia.

Pada bulan mulia inilah, Allah menggandakan pahala buat orang-orang yang berpuasa dan beribadah melebihi di bulan lain.

Begitu juga Jailani Hanafiah, 51, yang tetap menyambut Ramadan walau hidup dalam keadaan serba kekurangan di rumah yang tiada jaminan keselamatan buat diri dan keluarga.

IMG_3044Struktur yang seakan-akan rumah separa siap, pintu rumah dan tingkap yang hanya berpagar langsir serta dinding dan bumbung yang lopong, menjadi tempah berteduh Jailani dan keluarga.

Tiada sofa empuk, tiada katil untuk istirehat. Hanya berlapik tikar di simen yang dingin. Begitu Jailani dan keluarga sejak mendiami rumah itu sejak 40 tahun lalu.

Tak siapa yang tidak akan sayu memikirkan bagaimana keselamatan mereka dengan siang dan malam tanpa pintu, tanpa tingkap dan tanpa pagar yang boleh dikunci.

Tetapi itulah yang dilalui berhari-hari oleh keluarga Jailani.

Bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM1,300, beliau menanggung empat anak bersama isteri, seorang suri rumah di Jalan Gajah 18, Kampung Kubu Gajah.

Anak sulungnya, Abdul Raman, 26, sudah mendirikan rumah tangga dan tinggal bersebelahan, juga bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Kami menyambut Ramadan sekadar termampu untuk bersahur dan berbuka bersama anak menantu. Itu sudah cukup memadai.

IMG_3114Sudahlah begitu, isterinya, Zurina Hamdan, 47, hampir tiga bulan tidak boleh berjalan mahupun menguruskan hal rumah tangga berikutan mengidap kencing manis.

“Selepas menjalani rawatan, saya hanya mampu baring sepanjang tiga bulan. Kini, Alhamdulillah saya kembali boleh berjalan sedikit untuk menyiapkan juadah sahur.

“Anak kedua, Muhammad Arif berusia 20 tahun banyak meringankan beban keluarga dalam perbelanjaan harian dan persekolahan adik-adiknya,” kata Zurina, sebak.

Justeru, ketibaan mengejut Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada jam 4.30 pagi menggembirakan mereka sekeluarga, dapatlah menjamah nasi berlauk yang jarang-jarang dinikmati mereka.

Selain terkejut, kesayuan terpapar pada wajah Jailani dan keluarga saat menerima sumbangan itu. Walau sedikit tetapi rasa kesyukuran terkesan di riak mereka.

Keluarga mereka antara enam rumah singgahan LZS untuk memberi sumbangan dan juadah bersahur melalui Terjah Singgah Sahur.

“Sejak lima tahun lalu, saya menerima bantuan zakat. Saya mulakan sedikit demi sedikit duit untuk membaiki rumah yang asalnya rumah kayu tetapi dimakan anai-anai.

IMG_3014“Tapi untuk siap sepenuhnya, tak dapat anggaran kerana bila ada duit, barulah buat ubah suai,” katanya.

Rumah terakhir yang dikunjungi LZS ialah kediaman Mohd Badrun Sadri berusia 47 tahun.

Beliau sedang sibuk menyiapkan juadah sahur ketika LZS tiba dan menyambut kehadiran kami hati terbuka disulami gelak tawa yang memecah kesayuan hati menyaksikan kedaifan rumahnya.

Menanggung lapan anak manakala seorang sudah berumah tangga, Mohd Badrun bersyukur dan berterima atas kunjungan dan sumbangan juadah sahur.

Pengurus LZS Petaling, Zulkepli Mad Yatim menyifatkan jelajah itu dapat memasyarakatkan zakat dan merapatkan hubungan silaturahim.

“Melalui program ini, kita turut sama merasai kesusahan mereka yang mungkin tidak ada juadah bersahur,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Kegembiraan bagi Zulkepli apabila melihat reaksi teruja golongan asnaf ketika rombongan itu tiba dengan membawa juadah sahur dan sumbangan lain.

“Kita dapat melihat keadaan sebenar asnaf dan kemudian LZS akan mempertingkat bantuan dalam menyantuni mereka,” katanya.

Categories
SELANGOR

Bazar Asnaf: Peluang keemasan tambah pendapatan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 JUN: Peniaga Bazar Asnaf teruja dan menghargai peluang perniagaan sepanjang Ramadan yang ditawarkan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Peniaga Nasi Ambeng dari Sijangkang, Norhayati Mohamad, 42, gembira kerana diberi peluang berniaga sepanjang Ramadan, sekali gus menambah pendapatannya dan keluarga.

markshort asnaf a“Sebelum ini, saya hanya berniaga mengikut tempahan sahaja. Pendapatan kurang kerana suami hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Jadi, peluang diberikan LZS dapat menampung perbelanjaan raya nanti,” katanya.

Ibu kepada lapan anak yang berniaga kuih-muih itu memberitahu, dia mendapat pulangan antara RM200 hingga RM300 sehari.

“Saya sudah berniaga di sini sejak enam tahun lalu dan LZS memberi peluang menambah pendapatan. Ketika mula-mula berniaga, LZS memberi modal RM1,500 setahun tetapi tahun ini saya tidak ambil modal itu untuk bagi peluang pada orang lain.

“Inisiatif ini sangat diperlukan dan dihargai. Peluang keemasan seperti ini memang tidak akan dilepaskan,” katanya.

Imam Surau Haji Hassan Batu Lapan Sijangkang, Jailani Ahmad, berkata penganjuran bazar kerjasama LZS itu dapat menjadikan asnaf berdikari dan membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

asnaf a1“Mungkin salah satu faktor adalah lokasi yang strategik menyebabkan bazar ini diserbu orang ramai. “Di Sijangkang, 20 gerai disediakan dan majoriti golongan itu terdiri daripada ibu tunggal.

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat LZS, Norajun Ainun Mohd Hashim memaklumkan Bazar Asnaf mula diwujudkan sejak enam tahun lalu.

Katanya, ia galakan kepada asnaf yang produktif dan sejajar dengan sasaran LZS untuk melahirkan ramai usahawan daripada golongan terbabit bagi meningkatkan kehidupan dan keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Bantuan yang disediakan setiap tahun menjelang Ramadan itu mendapat kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menyediakan tapak untuk asnaf,” katanya.

Sejak penganjurannya itu, hampir setiap daerah menyediakan tapak Bazar Asnaf, bahkan 530 asnaf menerima RM796,000 iaitu bantuan modal bagi memulakan perniagaan sempena Ramadan dan Aidilfitri, tahun lalu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Freerider Bikers sertai Jelajah Singgah Sahur di rumah asnaf

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 JUN: Kira-kira 50 Freerider Bikers bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Penghulu Mukim menjayakan program Jelajah Singgah Sahur ke beberapa rumah asnaf fakir dan miskin kawasan Sungai Buloh, awal pagi ini.

Pengurus LZS Daerah Petaling, Zulkepli Mad Yatim, berkata jalinan kerjasama itu salah satu cara memasyarakatkan zakat dan merapatkan hubungan silaturahim.

IMG_3044“Kita berharap penyertaan riders menjadi landasan dakwah dan masyarakat dapat melihat sendiri bagaimana keperluan golongan asnaf untuk turut sama mengeluarkan zakat.

“Melalui program ini, kita turut sama merasai kesusahan mereka yang mungkin tidak ada juadah bersahur,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Zulkepli berkata, kegembiraan dapat dilihat melalui reaksi teruja golongan asnaf ketika rombongan itu tiba dengan membawa juadah sahur dan beberapa sumbangan lain.

IMG_3283“Kita juga dapat melihat keadaaan sebenar asnaf dan LZS akan mempertingkatkan  bantuan dalam menyantuni golongan itu dengan melihat keperluan asas mereka.

“Di samping itu, kita dapat sebarkan kepada orang ramai yang membayar zakat untuk turut sama membantu melalui penyertaan biker ini kerana masih ramai yang hidup dalam serba kekurangan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

LZS agih RM224.7 juta sehingga Mei

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 26 JUN: Sejumlah RM224.7 juta diagihkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada lapan asnaf seluruh negeri itu sehingga Mei lalu.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata RM87.6 juta diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin daripada jumlah keseluruhan itu.

“LZS sentiasa berusaha memperkasakan aspek agihan zakat melalui lima program teras agihan zakat yang menyokong pembangunan sosial, ekonomi, pendidikan, insan dan institusi agama.

IMG_2643“Ternyata ramai dalam kalangan asnaf mampu melonjakkan diri keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Bayaran Zakat Perniagaan dan Iftar 2015 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, semalam.

Mohamad Adzib berkata, LZS kini sedang giat mengagihkan sumbangan sempena Ramadan dan Syawal berjumlah RM30.8 juta kepada 41,568 keluarga asnaf fakir dan miskin di Selangor.

Katanya, program ini sudah bermula pada 15 Jun lalu dan dijangka akan berakhir dalam tempoh terdekat.

“Bantuan zakat yang disalurkan ini adalah wang tunai dan masing-masing menerima antara RM600 hingga RM1,000 bagi satu keluarga asnaf fakir mengikut tanggungan.

“Keluarga asnaf miskin pula menerima wang tunai antara RM550 hingga RM1,000 bagi satu keluarga mengikut tanggungan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

LZS terjah ‘mengejut’ rumah asnaf

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 18 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) bakal mengadakan aktiviti santai terjah berbuka puasa ke rumah golongan asnaf fakir miskin sepanjang Ramadan ini.

Pengurus Besar Pejabat Agihannya, Abdul Basith Hamid, berkata LZS bersama pembayar akan turun padang ke lokasi terpilih dengan membawa juadah tanpa memberitahu asnaf.

“LZS akan berkunjung ke empat atau lima rumah untuk menghantar juadah berbuka puasa. Salah satu daripadanya akan menjadi pilihan kami untuk berbuka puasa bersama.

Zakat1“Apa yang menarik, LZS akan menjamu juadah dihidangkan dan asnaf serta keluarganya akan berbuka dengan juadah yang kami bawa.

“Melalui program itu, kita dapat mendidik hati turut merasai kesusahan mereka,” katanya, di sini, semalam.

Abdul Basih berkata, aktiviti santai lain yang diusahakan adalah menziarahi peniaga bazar tajaan LZS yang turut dibuat secara mengejut bertujuan memberi sokongan moral kepada mereka.

“LZS akan memberi tambahan suntikan modal jika kami dapati mereka memerlukan bantuan.

“Selain itu, LZS bersama syarikat korporat yang ingin memberi bantuan kepada anak asnaf akan membawa mereka membeli keperluan menyambut Syawal,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Agihan Free Market perlu diperlu ketat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 JUN: Penganjuran Free Market Lembaga Zakat Selangor (LZS) satu usaha yang bagus dalam usaha membantu golongan asnaf namun kaedah pelaksanaannya perlu dipantau lebih ketat.

Ibu tunggal empat cahaya mata, Rozita Ishak, 55, berkata, dia yang hadir di perkarangan ibu pejabat LZS sejak pagi hanya berjaya mendapat sehelai tudung sahaja.

asnaf aKatanya, tiada pihak mengawal pengambilan barangan yang disumbangkan hingga warga tua sepertinya tidak mempunyai peluang.

“Kita mendengar arah, dia suruh ke tepi tetapi orang lebih muda akhirnya menyelinap dan mengambil semua barang. Tiada apa yang tinggal untuk kami.

“Orang biasa pun datang ambil barang kerana ia konsep terbuka. Ada juga orang Indonesia, malangnya asnaf tak dapat apa.

“Tetapi, saya bersyukur LZS ada usaha seperti ini. Sekurang-kurangnya dapat bantu orang susah seperti kami, alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Badrul Hisham Hunimin, 39, memuji usaha LZS membantu golongan asnaf terutama dalam keadaan ekonomi yang tenat pada masa ini.

“Dengan adanya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), memang tak cukup untuk menampung keperluan kami suami isteri dan lima anak yang masih kecil.

“Jadi, bagus ada inisiatif seperti hari ini. Saya memang fokus mendapatkan keperluan anak seperti pakaian,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Free Market serah zakat terus kepada asnaf

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 JUN: Free Market anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya menarik lebih 500 asnaf dan puluhan penyumbang barangan keperluan secara percuma.

Pegawai Acara dan Perhubungan Komunitinya, Siti Hajar Abdul Rahim, berkata konsep Free Market juga memberi peluang kepada pembayar zakat menyampaikan terus sumbangan kepada golongan memerlukan.

Free Market Lembaga Zakat Selangor (16)“Hari ini, kita juga membuka peluang kepada orang awam mendapatkan barangan yang disumbangkan, namun keutamaan semestinya kepada golongan asnaf.

“Dengan sambutan yang menggalakkan, Insya Allah kita akan bawa Free Market ini ke seluruh daerah di Selangor,” katanya kepada Selangor Kini.

Program itu berlangsung di ibu pejabat LZS di Seksyen 13, di sini dan antara barangan yang disumbangkan termasuk pakaian, kasut dan peralatan elektrik.

Tahun lalu, LZS pernah bekerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan pertubuhan Free Market untuk penganjuran acara sama.

wakil zakat aMengulas aduan golongan asnaf yang tidak berpuas hati dengan konsep terbuka kepada orang awam, Hajar berkata, perkara itu akan diperbaiki pada masa akan datang.

“Kita ambil maklum dan mungkin akan adakan konsep lebih tertutup pada masa akan datang.

“Kita juga akan pastikan lebih ramai staf LZS bertugas bagi mengawal keadaan supaya lebih tersusun dan adil kepada semua pihak terutama asnaf,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

221 asnaf berjaya keluar kepompong kemiskinan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 MEI: Sejumlah RM3.7 juta bantuan ekonomi diperuntukkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada asnaf fakir dan miskin serta mualaf sejak Januari hingga April lalu.

Pengurus Sektor Komunikasi Korporat, Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, ia bagi membantu golongan itu meningkatkan taraf kehidupan dan pendapatan melalui pelbagai sektor.

“Bantuan ini hanya disediakan untuk asnaf fakir dan miskin serta mualaf di Selangor yang berdaftar dengan LZS.

lzs“Antara bentuk bantuan yang diberikan adalah modal perniagaan, bantuan perikana dan penternakan,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, RM22.2 juta diperuntukkan LZS untuk pembangunan ekonomi golongan berkenaan tahun lalu.

Pada masa sama, Norajun berkata, seramai 1,859 asnaf sudah menerima bantuan perniagaan daripada LZS sehingga kini.

“Bantuan perniagaan disalurkan maksimum RM5,000 merangkumi modal dan barangan atau mesin untuk golongan asnaf memulakan perniagaan,” katanya.

Seramai 221 asnaf berjaya keluar dari kepompong kemiskinan daripada jumlah penerima bantuan perniagaan berkenaan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

70% asnaf, remaja tak solat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

AMPANG, 26 MEI: Lebih 70 peratus golongan asnaf di Selangor tidak mengerjakan solat hasil kajian yang dijalankan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perangkaan juga menunjukkan ramai remaja turut tidak menunaikan rukun Islam kedua itu.

“Kita dah lancarkan kempen Kaabah Kiblatku. Mesej utama mengingatkan masyarakat Islam di Selangor bahawa solat perkara wajib dilakukan kerana perangkaan mendapati jumlah peratusan tidak solat tinggi.

mark short yb ahmad yunus“Di dalam membangun negeri, kita juga ingin membangun masyarakat. Mungkin secara umumnya, tak ada statistik tepat tetapi ini sudah cukup menggambarkan betapa pentingnya solat dan kita bawa mesej secara simbolik dalam Kaabah Kiblatku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penutup Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Ketua-Ketua Kampung Selangor Siri 4/2015 di Hotel De Palma di sini, hari ini.

Program Kaabah Kiblatku dilancarkan Dr Ahmad Yunus di Masjid Jamiul Ehsani Kampung Sijangkang, Kuala Langat sempena Karnival Kampungku Kesayanganku daerah itu, pada 23 Mei lalu.

Ia bagi meningkatkan ketepatan arah kiblat khususnya di kawasan tumpuan awam termasuk bangunan milik persendirian.

Dr Ahmad Yunus berkata, pemilik bangunan, kediaman atau persatuan boleh mendapatkan panduan arah kiblat yang tepat dengan bayaran RM50 sahaja.

-NFN-

Categories
SELANGOR

45 usahawan asnaf terima lori bergerak RM55,000

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 MAC: Seramai 45 orang usahawan asnaf fakir dan miskin membabitkan sembilan daerah menerima bantuan lori bergerak bernilai RM55,000 setiap satu dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Pemberian itu adalah satu usaha LZS membangunkan asnaf fakir dan miskin yang berpotensi dalam perniagaan bukan hanya dari segi kewangan tetapi turut dibekalkan dengan kursus juga latihan supaya dapat meningkatkan keusahawanan dalam kalangan mereka.

mohd naim bin hamzah48Peniaga, Mohd Naim Hamzah, 48, berkata dia kini mampu menyara keluarga dan keluar dari kepompong kemiskinan dengan bantuan lori bergerak daripada LZS itu.

“Saya bersyukur LZS menyumbang lori bergerak untuk memudahkan saya berniaga dan mengembangkan lagi perniagaan sedia ada.

“Terima kasih kepada LZS dan MAIS kerana memberi peluang kepada saya untuk keluar daripada golongan asnaf,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini

Peniaga makanan, Siti Mariam Mohamat, 44, berkata pelbagai pekerjaan yang dia usahakan untuk menyara enam orang anaknya yang masih bersekolah.

siti mariam by mohammad“Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih terutama kepada pembayar zakat dan LZS yang banyak membantu dalam mengubah hidup kami sekeluarga berbanding dahulu.

“Sumbangan lori bergerak ini sangat membantu saya sekeluarga untuk berusaha pergi lebih jauh dalam meningkatkan pendapatan,” katanya.

Katanya, asnaf yang terlibat dapat bergerak lebih jauh untuk melebarkan perniagaan mereka melalui penyerahan bantuan zakat berkenaan.

IMG_6144Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali berkata, LZS sentiasa usaha melaksana penambahbaikan melalui perbincangan bersama seluruh anggota kerja, selain kerjasama ejen untuk memastikan agihan itu sampai kepada penerima.

“Saya menyeru kepada semua masyarakat untuk memberikan sokongan kepada peniaga usahawan mobil ini supaya terus berkembang dan kekal dalam perniagaan mereka,” katanya.

-NFN-