Categories
SELANGOR

Cadangan kaji kenaikan tol hanya sandiwara BN

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 18 OKT : Cadangan Umno Selangor supaya Kerajaan Persekutuan mengenakan harga tol dengan dua kaedah dianggap tidak lagi relevan ketika ini.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau, berkata ia kaedah ‘biasa’ Barisan Nasional (BN) untuk mengaburi mata rakyat kononnya mereka bersikap prihatin.

Demo Bantah Tol di LDP Puchong (3)“Selepas kerajaan BN menaikkan tol, cadangan daripada pimpinan parti itu tidak bererti dan hanya satu lagi sandiwara kononnya untuk membela nasib rakyat,” katanya ringkas kepada Selangor Kini.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencadangkan harga tol boleh dikekalkan ketika waktu puncak dan dikurangkan ketika luar waktu puncak.

Selain itu, beliau juga mencadangkan supaya kerajaan mengurangkan harga tol ketika cuti umum.

Pada masa sama, Ganabatirau berkata Kerajaan BN perlu sedar kesempitan hidup rakyat di sebalik tekanan ekonomi yang dihadapi golongan berpendapatan rendah.

Katanya rakyat sudah sekian lama terseksa dengan peningkatan harga petrol dan barangan yang tidak menentu dan kini ditambah dengan kenaikan tol.

“Kenaikan tol baru-baru ini dengan kadar yang begitu tinggi sudah cukup jelas menunjukkan kerajaan BN tidak mempedulikan rakyat.

“Rakyat sudah lama terseksa dengan kenaikan harga petrol, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kesan kenaikan harga barang,” katanya kepada Selangor Kini.

EZY

Categories
NASIONAL

Pemimpin veteran BN patut bangkit realisasi perubahan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 OKT: Pakatan Harapan menggesa kesemua pemimpin veteran Barisan Nasional (BN) bangkit merealisasikan perubahan yang dapat memberi kesan terhadap sidang parlimen bakal berlangsung nanti.

Dalam kenyataan bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayob dan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, berkata hal itu kerana Malaysia ketika ini berhadapan saat getir apabila beberapa isu kritikal menghambat negara.

Selamat MalaysiaKatanya, isu kritikal itu berlaku secara serentak membabitkan aspek politik, ekonomi, sosial dan hubungan antara kaum.

“Seluruh rakyat diseru bersatu padu menyelamatkan Malaysia demi memastikan kita tidak terjerumus ke kancah huru-hara yang memusnahkan harapan rakyat,” katanya.

Kenyataan itu juga berharap rakyat dapat bangkit secara berterusan daripada krisis melalui transisi demokratik ke arah membina Malaysia sebagai sebuah negara contoh yang moderat dan bertoleransi untuk dicontohi dunia.

“Maka, dalam konteks ini kami mengalu-alukan pertemuan bersejarah mempertemukan bekas pemimpin veteran BN termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Seri Shafie Apdal, Tun Ling Liong Sik dan Tan Sri Ong Tee Keat, baru-baru ini.

“Seruan kami ini juga ditujukan kepada ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional yang turut sama menjadi elemen penting untuk melakukan perubahan secara demokratik semasa parlimen bersidang bermula Isnin 19 Oktober 2015 ini,” katanya.

Pemimpin Malaysia yang berkumpul di Bosphorus, Istanbul, Turkey, pada 17 Oktober, mendesak seluruh rakyat Malaysia agar bersatu demi menyelamatkan negara dari ancaman perkauman, fahaman agama yang sempit, ekstremis dan ketidak toleransian.

Bosphorus adalah selat yang menghubungkan antara benua Eropah dan Asia. Maka para pimpinan politik berhimpun di sini dengan semangat harapan baharu untuk Malaysia dan negara akan bangkit menjadi obor harapan baru dipentas dunia.

“Selaku bangsa Malaysia berdaulat. Marilah kita bersatu selamatkan Malaysia diatas semangat Rukun negara,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Akhiri derita, tukar kerajaan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 15 OKT: Penderitaan bertubi-tubi ‘dihadiahkan’ Barisan Nasional (BN) kepada rakyat perlu diakhiri dengan menukar pemerintahan baru.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan, berkata kepincangan BN dalam pengurusan dana awam semakin menjejaskan kedudukan kewangan negara dan kesejahteraan rakyat.

hasbullah gombak setia 16 mei 01Katanya, rakyat semakin menderita apabila terpaksa menanggung amalan ketirisan kerajaan yang tidak menunjukkan tanda ia akan berakhir.

“Rakyat derita, perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) dapat derma. Rakyat terpaksa berniaga kecil-kecilan untuk sara hidup tetapi wang negara disapu peniaga yang menipu.

“Ayuh rakyat! Raja-raja sudah bertitah, negarawan sudah mengarah, segala pincang sudah terdedah. Akhiri derita kita, tukar kerajaan BN,” katanya dalam satu paparan di Facebook.

Pada masa sama, Hasbullah berkata slogan rakyat didahulukan yang sering dilaungkan BN juga palsu dan lebih sesuai digantikan dengan ‘rakyat dideritakan’.

barang naik copy1Beliau berkata, rakyat juga perlu lebih bijak berfikir supaya tidak lagi terpedaya dengan gula-gula dan janji manis BN ketika pilihan raya.

“Turun minyak 10 sen, naik 20 sen, kemudian diberinya Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Tol naik, tambang pengangkutan awam juga akan naik. Tunggulah harga barang pula nak naik ni,” katanya.

Mulai hari ini, sebilangan besar pengguna jalan raya di Lembah Klang perlu menjelaskan bayaran tol pada kadar baru yang disifatkan tidak munasabah.

Ia berikutan lebih 10 syarikat konsesi lebuh raya mengumumkan pertambahan kadar tol antara 10 sen dan RM6 iaitu kira-kira 80 peratus kenaikan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pemimpin Umno BN patut bangkit lawan kepincangan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 OKT: Gesaan pimpinan tertinggi Umno Barisan Nasional (BN) untuk bangkit menentang kepincangan kepimpinan perlu diberi perhatian serius bukan sekadar ahli Umno tetapi semua komponennya.

Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie, berkata saranan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dilihat berkepentingan negara, bukan atas kepentingan masa depan dirinya.

BN-umno-memerintah-grafik“Pastinya beliau ada asas fakta yang kuat mengapa beliau berani menyarankan sedemikian rupa.

“Isu kepincangan IMDB (1Malaysia Development Bhd) contohnya membuka mata ramai pihak dalam dan luar negara dan ia sangat menjolok mata ahli ahli Umno. Pastinya mereka malu tetapi keberanian menegur kepimpinan curang tidak ada dalam diri sebahagian besar mereka.

“Semoga keberanian Muhyiddin menyuarakan isi hatinya diberi perhatian yang lebih kali ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, Muhyiddin menyertai sidang media bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menggesa ahli Umno bangkit menentang kepincangan kepimpinan parti.

shuhaimi kongres ke 9 PKR 04Mengulas lanjut, Shuhaimi yang juga Adun Seri Muda menyeru rakyat tanpa pegangan politik bangkit menentang penyelewengan demi menyelamatkan ekonomi negara serta memulihkan keyakinan pelabur luar.

“Tindakan ini diyakini membantu menstabilkan matawang negara seterusnya memulihkan kembali nilai ringgit untuk bersaing dengan matawang lain,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Nurul Izzah sahkan Ahli Parlimen Pakatan-BN bincang undi tak percaya

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SEGAMBUT, 9 OKT: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan wujud perbincangan antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan blok pembangkang bagi mengadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nurul Izzah berkata, beliau bagaimanapun percaya langkah itu sukar dilaksanakan kerana Najib melakukan persediaan awal termasuk ‘menyuap’ Ahli Parlimen BN dengan menaikkan peruntukan RM5 juta seorang.

izzah“Perbincangan berlaku dengan rancak tetapi bak kata orang putih ‘the prove of the pudding is in the eating’. Jadi kita lihatlah nanti, undi tak percaya berlaku atau tidak.

“Pada saya, kita boleh berjanji pelbagai perkara tetapi adakah mereka berani mendepani cabaran dan mengundi untuk masa depan di akhir pelunasan pada hari terbabit.

“Awal lagi, kita mengajak mereka secara terbuka dan pertemuan ada walaupun bukan berskala formal tetapi tak mencukupi kerana ujian sebenar adalah pada hari Dewan Rakyat bersidang nanti,” katanya kepada Selangor Kini, semalam.

Beliau berkata demikian sebaik selesai Solat Hajat bagi kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesejahteraan negara yang diadakan di kediaman Ketua Umum PKR itu, di sini.

UMNO BN 55Nurul Izzah berharap Ahli Parlimen BN mampu berfikir rasional demi masa depan negara dan rakyat.

“Kita harus pragmatik, adakah perjuangan ini harus dipanjangkan sedikit. Jika kita ada komitmen dan istiqamah, In Shaa Allah akan berjaya,” katanya.

Nurul Izzah turut mengucapkan tahniah kepada Bersih 2.0 dan beberapa badan bukan kerajaan kerana melahirkan cadangan terbabit.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Wan Azizah: Jangan goyah, fokus tumbang BN

Oleh: AFIX REDZUAN

BATU CAVES, 17 SEP: Ahli PKR diingatkan supaya tidak goyah dan kekal fokus menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang turut berhadapan krisis kepimpinan serta kepercayaan rakyat, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, rakyat menaruh kepercayaan kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk membawa perubahan berdasarkan situasi semasa, bahkan kehilangan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais yang akhirnya ditemui mati juga menunjukkan kebimbangan dalam soal keselamatan.

IMG_8979“Ini mengejutkan (kematian Kevin) dan menimbulkan rasa bimbang rakyat. BN tidak boleh diharapkan lagi, maka kita jangan berpecah belah apabila melihat BN sedang goyah.

“Rakyat tidak akan memberikan undi dan sokongan, jika mereka tidak yakin kita boleh mengambil alih tampuk pemerintahan,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Gombak 2015, di sini, pada 16 September lalu.

Pada masa sama, Wan Azizah turut menjelaskan pertemuan bersama PAS adalah bagi membincangkan beberapa perkara yang disepakati bersama, baru-baru ini.

“Kita bersama dalam isu undi tidak percaya, negara dan sebagai satu blok pembabgkang. Saya akan bertemu wakil DAP dalam masa terdekat bagi berbincang hala tuju Pakatan Rakyat seperti yang dilakukan bersama PAS dan Amanah.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Anwar: Terus lawan, kapal BN nak tenggelam

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA TERENGGANU, 15 OGOS: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pimpinan PKR supaya terus berjuang menentang Barisan Nasional (BN) dan menumbangkan gagasan itu.

Pesanan itu ditinggalkan Anwar kepada pimpinan PKR ketika hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai saksi bagi kes saman bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

anwar“Teruskan berjuang, kapal BN sudah mahu tenggelam,” katanya yang disampaikan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin pada Jelajah Amanat Presiden peringkat Terengganu di Hotel Grand Continental, semalam.

Anwar juga meminta supaya tidak berbalah sesama sendiri, sebaliknya lebih menumpukan kepada perjuangan parti untuk menegakkan keadilan demi rakyat.

Saman Abdul Khalid itu ditarik balik atas nasihat Anwar sebagai perantara yang menyatakan negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tolak kerajaan “merakyatkan kebodohan”

Oleh: LIZAWATI MADFA

SEREMBAN, 8 OGOS: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak kini ternyata sedang rancak melaksanakan program ‘merakyatkan kebodohan’.

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata bukan Najib sahaja malah barisan menteri serta kepimpinan di bawahnya turut menyerlahkan usaha itu.

Katanya, keadaan itu meletakkan negara berada di tahap kronik di samping rakyat terus diketepikan.

UMNO BN 55“Soal amanah kini membelenggu Najib, tetapi malangnya isu itu dipertahankan pula perbuatannya.

“Bagaimana orang terdekat pun tidak tahu, Majlis Tertinggi Umno juga tidak tahu isu RM2.6 bilion itu.

“Inilah kerja merakyatkan kebodohan di mana kesemuanya seolah-olah di’Ahmad Maslan’kan,” sindirnya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Jelajah Amanat Presiden di Hotel One Garden di sini petang semalam.

Pada masa sama, bekas presiden Gerakan Mansuh ISA (GMI) itu menyeru barisan ahli dan kepimpinan memperkukuh perjuangan menumbangkan Umno-BN.

“Dahulu, kita lawan ISA untuk dimansuhkan, tetapi rupanya ada lagi besar perlu dijatuhkan.

“Sebab itu kita kena rapatkan muafakat, cari titik persamaan dan kukuhkan silaturrahim untuk menolak Umno-BN seluruhnya,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

BN muflis idea cari sumber baru

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 JUN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) muflis idea untuk mencari sumber pendapatan baru bagi menampung hutang dan perbelanjaan negara yang semakin meningkat.

Kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat hanya mampu memikirkan jalan mudah melalui langkah memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menyedut dana awam.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata idea itu lahir apabila kerajaan ditadbir golongan tidak memiliki intergriti atau keupayaan menjaga harta diamanahkan rakyat.

mahfuz parlimen 01“Mereka perlu cari idea bagaimana menjana atau dapatkan sumber baru, selain tidak hanya bergantung kepada sumber sedia ada sahaja iaitu minyak dan gas.

“Kerajaan hanya mampu fikirkan sumber baru daripada poket rakyat iaitu GST dan dana seperti KWSP, Tabung Haji dan Mara. Ini jalan mudah.

“Otak mereka dah tepu, tak mampu fikirkan idea bagaimana untuk mencari sumber baru untuk menjana dana,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu diambil bagi menampung hutang ekoran amalan berbelanja boros, ketirisan dan rasuah yang tidak dibendung.

“Akhirnya rakyat terpaksa menanggung sikap buruk mereka ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Pondok berbumbung permudah masyarakat ziarah tanah perkuburan

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 29 JUN: Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi menyumbangkan pondok berbumbung bergerak di setiap tanah perkuburan di DUN itu ekoran cuaca panas terik selain memudahkan masyarakat membaca tahlil dan membersihkan pusara.

“Ramadan tiba, tanah perkuburan mula menerima tetamu yang datang untuk bertahlil, membersihkan pusara dan membaca al-Quran.

“Panas terik menghalang mereka untuk berbuat demikian, jadi kita serahkan wakaf kubur membabitkan pondok berbumbung bergerak di setiap lapan tanah perkuburan di DUN ini,” katanya kepada Selangor Kini.

WAKAF KUBURBudiman berkata, pihaknya turut melaksanakan agihan sumbangan raya kepada 1,500 fakir dan miskin, ibu tunggal dan warga emas.

Selain itu, kira-kira 10,000 bungkus bubur lambuk disediakan untuk disumbang kepada masyarakat sepanjang Ramadan di sembilan bazar di DUn Sungai Panjang.

Sementara di DUN Semenyih, program sama turut dianjurkan membabitkan hampir 12,000 bungkus bubur lambuk untuk diagihkan secara berperingkat di beberapa lokasi tumpuan ramai.

johan buburAdunnya, Datuk Johan Abdul Aziz, berkata pihaknya memfokuskan program mengimarah masjid dan surau bagi menghidupkan madrasah Ramadan.

“Kita sudah selesai program khatam al-Quran yang membabitkan 60 penyertaan. Kita juga menganjurkan majlis berbuka puasa di 30 surau DUN ini,” katanya.

Johan juga mengerakkan program Singgah Sahur dengan menjejaki polis, bomba dan peronda lebuh raya bagi menyampaikan pek makanan sahur.

-NFN-

Categories
SELANGOR

BN tak perlu menanti peluang, Selangor kekal bawah Pakatan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEKINCHAN, 17 JUN: Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim yakin masalah antara parti itu dengan PAS mampu diakhiri dengan nada gembira dan Pakatan Rakyat (Pakatan) kekal mendokong amanah rakyat ke arah pembaharuan di negara ini.

Adun Sekinchan itu berkata, gabungan DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan sejak 2008 tidak sunyi daripada masalah namun mampu diatasi hasil kerjasama semua pihak.

Grafik-Selangor-Pakatan“Saya yakin semua masalah ini pasti ada penyelesaiannya. Pasti ada jalannya.

“Jika kita komited, ikhlas, yakin, hormati mandat rakyat dan boleh bertoleransi, banyak perkara boleh diselesaikan,” katanya kepada Selangor Kini, di sini.

Suee Lim berkata, pentadbiran Kerajaan Selangor tidak terkesan dengan isu yang timbul dan segalanya berjalan seperti sedia kala.

Katanya, DAP Selangor memberi kerjasama baik kepada Kerajaan Negeri dan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali seiring kepercayaan diberi rakyat.

“Memang realitinya Pakatan bagaikan tidak wujud tetapi rakyat mengharapkan kita terus memimpin Selangor dan membela hak rakyat.

ngsueelim“Ini masanya pemimpin DAP, PAS dan PKR perlu memikirkan untuk mencari satu penyelesaian dan menerokai mekanisma baharu,” katanya.

Suee Lim menyatakan keyakinan Selangor akan terus kekal ditadbir Pakatan, sekali gus menutup ruang Barisan Nasional (BN) kembali.

“Saya beritahu musuh khususnya Umno dan MCA tak perlu menanti peluang kerana tiada ruang.

“Selangor akan kekal ditadbir Pakatan di bawah Mohamed Azmin. Kekal, majoriti kita ada,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dicabar jalani hidup biasa

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 30 MEI: Datuk Seri Rohani Abdul Karim dicabar menjalani hidup sebagai wanita biasa dengan gaji minimum RM900 sebulan bagi menyelami kesusahan golongan kurang berkemampuan.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu diharap menerima cabaran terbabit dan membuat keputusan berhubung relevan sesebuah keluarga mempunyai jumlah anak yang ramai selepas tempoh sebulan berakhir.

Zuraida 4“Keluarga perlu bersedia menerima tanggungjawab tambahan dari segi kewangan yang stabil sebelum mempertimbangkan mempunyai lebih ramai anak bagi mengelakkan masalah pada jangkamasa panjang.

“Ia satu fakta bahawa kadar kelahiran semakin berkurangan tetapi pada masa sama kualiti kehidupan juga harus dipertingkatkan.

“Daripada memberi nasihat ‘tidak perlu terlalu tumpu pada kualiti hidup’, kerajaan perlu mengambil tanggungjawab memastikan tahap kualiti kehidupan di Malaysia harus menjadi lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, walaupun kadar kelahiran memerlukan perhatian namun isu pokok yang harus diperbetulkan adalah menghentikan rasuah supaya kewangan negara berada pada tahap yang sihat.

Datuk-Rohani-Abdul-Karim-565x376Katanya, negara mempunyai hasil mahsul yang kaya dan seharusnya mempunyai peruntukan cukup untuk semua rakyat bukannya kroni.

“Jika kerajaan benar-benar serius, maka 50 peratus daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) perlu dimasukkan ke dalam akaun suri rumah.

“Kerajaan juga perlu melihat subsidi kelahiran baru dengan memberi peruntukan kepada ibu bapa seperti dilakukan Selangor melalui program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) kerana banyak perbelanjaan yang ditanggung semasa kelahiran hingga proses pembesaran anak,” katanya.

Zuraida berkata, Wanita PKR pasti BN tidak akan mempertimbangkan cadangan itu kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan dikenakan ke atas bayi mengikut kepada keperluan asas mereka seperti susu tepung walaupun ia adalah usul yang baik untuk rakyat.

“Malaysia perlu mencontohi negara Asia lain seperti Korea yang sudah jauh ke hadapan dengan jenama sendiri seperti Samsung, LG, Hyundai dan Kia yang mencipta nama di seluruh dunia.

“Apa yang berlaku pada Proton? Hampir 58 tahun kemerdekaan, kita masih lagi ketinggalan dari segi ekonomi, pendidikan dan hak asasi manusia,” katanya.

-NFN-