Categories
KENYATAAN MEDIA

Lagi janji manis Umno-BN…

OLEH AZAN ISMAIL

SHAH ALAM, 24 APRIL: Saya mengambil maklum agenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang semakin terdesak meraih undi apabila menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Kuala Besut, Terengganu sedangkan perkara seumpamanya ditabur setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

Berdasarkan laporan portal Utusan Malaysia bertarikh 16 April lalu, ‘Najib lancar pelaksanaan Gerbang Pelancongan Antarabangsa Terengganu’, projek yang menelan belanja RM250 juta itu dikatakan bakal memberi manfaat kepada industri pelancongan dan nelayan tempatan.

1. Projek ini sebenarnya dijanjikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pada 24 Julai 2013 dan diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2. Calon BN dan kini ADUN Tengku Zaihan Che Ku Rahman, iaitu seorang bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Besut dikatakan terlibat bersama jabatan dan agensi pelaksana membuat kajian serta cadangan mendalamkan kuala sungai termasuk membina benteng pemecah ombak.

3. Persoalannya, setelah hampir 4 tahun projek itu mendapat kelulusan, mengapakah baharu sekarang kerajaan beria-ria untuk melaksanakannya? Mengapakah tidak dibuat sebaik sahaja mereka memenangi kerusi Kuala Besut? Apakah janji kempen PRK dulu hanya ‘gula-gula’ untuk para pengundi?

4. Sepatutnya Kuala Besut dari dulu lagi dibangunkan kerana sebagai hub pelancongan di Terengganu kerana merupakan pintu masuk ke Pulau Perhentian, yang mendapat pengiktirafan dalam senarai rangkaian CNN sebagai pulau ke-13 terbaik dunia. Prasarana pelancongan bertaraf dunia juga sewajarnya sudah lama dibangunkan jika kerajaan benar-benar serius melakukannya.

Azan_Ismail5. Selain itu, kerajaan melalui Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada 15 April 2017 turut menabur janji kepada rakyat yang bakal dipilih bagi menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Nanas dan yang sudah menduduki di Padang Hiliran akan disediakan skim sewa beli kepada penghuni yang menyewa di kawasan-kawasan perumahan itu jika BN menang Parlimen Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

6. Suka diingatkan, penduduk Terengganu dari dahulu lagi menghadapi masalah perumahan akibat sikap cuai dan tidak bertanggungjawab kerajaan. Kegagalan kerajaan menyelesaikan masalah perumahan di Terengganu bukan perkara baru, malah diakui sendiri oleh Exco Kemajuan Luar Bandar, Usahawan Koperasi & Penggunaan Negeri, Nawi Mohamad (30 Ogos 2016). Bolehkah kerajaan memberi penjelasan apa sudah jadi kepada projek Rumah Mampu Milik (RMM) di Taman Sri Gemilang, Kerteh? Bagaimana pula dengan nasib pembeli rumah di Padang Setengge, Kuala Berang?

7. Perbuatan ‘merasuah’ rakyat menjelang PRU seperti dilakukan Razif dan Najib ini amat menjijikkan, apatah lagi rasuah itu dibuat menggunakan duit rakyat pula. Saya juga kesal dengan perilaku mereka yang hanya akan memberikan kemudahan kepada pengundi Umno BN semata, walhal dalam amalan demokrasi semua rakyat berhak mendapat kemudahan secara sama rata tanpa mengira ideologi dan siapapun yang mereka pilih.

8. Sehubungan itu, saya mendesak kerajaan Umno BN untuk mengemukakan bukti bahawa kesemua janji mereka pada PRU13 lalu dalam manifesto termasuk tambahan 18 perkara baharu, sudah tertunai. Apakah ia sudah dilaksanakan atau sekadar janji ‘manis di bibir’ saja? Janji dulu pun tidak berjaya dinikmati rakyat, sekarang tabur lagi seribu janji.

*Azan Ismail adalah ADUN Bandar dan Pengerusi KEADILAN Terengganu

Categories
NASIONAL

Pulau Pinang tidak mungkin jadi milik BN

SHAH ALAM, 20 APRIL: Barisan Nasional (BN) tidak mungkin mampu merampas semula Pulau Pinang daripada Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kata Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, hal itu kerana rakyat di negeri itu sudah dapat membayangkan bagaimana keadaan ketika berada di bawah pentadbiran BN, sebelum ini.

“Jika BN kemhali menjadi kerajaan, tempat bersih akan menjadi kotor, Bangunan Komtar kembali berwajah lama, rakyat perlu mencatu air dan Pulau Pinang akan dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan seperti dikehendaki Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,” katanya lapor Oriental Daily.

Guan Eng berkata demikian mengulas analisis akhbar tempatan yang meramalkan BN memiliki peluang untuk merampas Pulau Pinang daripada PAKATAN dalam pilihan raya akan datang.

Terdahulu, dalam PRU-13, DAP berjaya mengekalkan pentadbiran di negeri ini selepas pakatan pembangkang memenangi 30 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Categories
KENYATAAN MEDIA

Pendekatan untuk menutup kegagalan pentadbiran Umno-BN

OLEH G MANIVANAN
Saya mengalu-alukan kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mahukan rakyat negara ini menukar cara pemikiran mereka berhubung pembelian rumah ketika muda dan menanggung hutang jangka panjang yang besar.
1. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, di bawah pentadbiran Najib Razak dan Menteri-Menteri kabinetnya senantiasa memberikan jawapan untuk menutup kegagalan pentadbiran kerajaan UMNO BN.
2. Tidakkah rakyat Malaysia begitu terbeban dengan peningkatan harga barangan makanan seperti ubi kentang, bawang, bayam, sawi, kubis dan sebagainya termasuk sardin, iaitu makanan orang miskin. Malah gaji untuk menampung kehidupan di bandar telah memaksa rakyat mempelbagaikan kerja sampingan lain seperti memandu perkhidmatan Uber dan GrabCar.
Bagaimana mereka hendak membeli rumah sedangkan rumah mampu milik pun hanya mampu dilihat sahaja. Apakah punca sebenar? Punca sebenar adalah kegagalan pimpinan negara untuk mentadbir kewangan negara dengan sebaiknya.
3. Jika seseorang tidak mampu membeli sesebuah rumah, ianya kerana bergantung kepada nilai harga rumah yang begitu tinggi dan ketidakmampuan untuk membelinya.
Harga rumah yang tinggi nilainya menunjukkan kegagalan kerajaan UMNO BN untuk mengawal harga barangan asas pembuatan seperti simen dan pasir. Kegagalan untuk mengawalnya mengakibatkan keuntungan berlipat kali ganda dan wujudnya ‘orang tengah’ yang mengaut keuntungan berganda.
4. Ketidakmampuan untuk membeli wujud kerana kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi tanpa kawalan yang munasabah. Misalannya, mahasiswa yang baru sahaja menamatkan pengajian telah dibebani dengan hutang pengajian (PTPTN). Apabila mendapat kerja, gaji yang diterima pula tidak setimpal ditambah lagi dengan kos sara hidup yang tinggi dengan kenaikan harga barangan yang mendadak.
Inilah antara faktor – faktor menjurus kepada kegagalan kerajaan UMNO BN untuk menyediakan satu pelan atau model bagi membantu golongan muda @ mahasiswa untuk melalui kehidupan yang sewajarnya tanpa tekanan.
5. Perbandingan dengan negara UK sepertimana dikatakan oleh YB Johari Abdul Ghani menunjukkan sikap terpilih, di mana kerajaan UMNO BN menjawab mengikut keselesaan dan kepentingan mereka sahaja.
Keputusan untuk golongan muda menetap di UK tidak boleh dibandingkan dengan negara kita kerana kita mempunyai tradisi kehidupan yang berbeza. Kita orang Timur yang mempunyai adat istiadat tersendiri, seperti hasrat mendirikan rumah tangga, mengamalkan konsep kekeluargaan, menjaga ibubapa dan sebagainya. Maka membeli rumah menjadi salah satu elemen yang terpenting dalam kehidupan orang Timur.
Kerapkali Menteri UMNO BN sedaya upaya cuba untuk menutup kegagalan dan kelemahan mereka, tanpa disedari mereka membuka ruang untuk kita mencari kelompangan mereka. Semakin banyak alasan diberikan, semakin banyak yang akan terbongkar. Saya tersenyum, mengingati peribahasa Melayu ‘bagai kelip-kelip terbang malam’.
Salam Reformasi.
# G Manivanan adalah Ahli Parlimen Kapar
Categories
NASIONAL

Tun M: Tolak Umno BN seluruhnya pada PRU-14

OLEH NAZLI IBRAHIM

MELAKA, 11 OKT: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menggesa rakyat menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) secara menyeluruh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Katanya hanya menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak daripada kerusi Perdana Menteri tidak menyelesaikan masalah kecelaruan politik dan ekonomi yang berlaku dalam negara ketika ini.

“Pada mulanya saya percaya jika Najib disingkir Umno boleh pulih semula tetapi saya dapati Umno sudah begitu busuk, buruk sehingga tak boleh diperbaiki lagi sebabnya Najib adalah perasuah.

“Dia percaya ‘cash is king’. Dia percaya duit boleh beli rakyat Malaysia,” katanya di hadapan kira-kira lebih 1,000 pada Siri Jelajah Penerangan 1MDB – 1 Malaysia Dalam Bahaya di Taman Paya Dalam di sini, malam tadi.

Jelas Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, faktor itu juga menjadi pendorong utamanya berusaha menumbangkan Umno walaupun pada satu masa beliau sendiri pernah menjadi Presiden Umno.

Katanya lagi, rakyat harus bangkit dan memainkan peranan masing-masing pada PRU-14 bagi menyelamatkan negara ini daripada terus dirosakkan Najib.

Jelasnya, Najib turut didakwa menjual negara sedikit demi sedikit untuk membayar hutang negara di bawah pentadbirannya.

Kata Dr Mahathir lagi keadaan itu menyebabkan Malaysia dilabelkan sebagai negara korup di kalangan negara asing dan memberi kesan terhadap ekonomi negara.

EZY

Categories
NASIONAL

67 kerusi Umno BN goyah dalam PRU 14 – Muhyiddin

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SABAK BERNAM, 3 SEPT: Sebanyak 67 kerusi dimiliki Umno Barisan Nasional berada dalam kedudukan goyah dan boleh ditumbangkan menjelang pilihanraya umum akan datang.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keadaan itu boleh berlaku sekiranya penyatuan dalam fahaman pembangkang dilaksanakan.

“Jika empat peratus undian masyarakat berubah, kita pastinya sudah berjaya merampas 45 kerusi daripada 67 kerusi milik Umno Barisan Nasional itu.

“Bagaimanapun keadaan itu boleh berlaku sekiranya wujud kesefahaman dan kerjasama baru serta muafakat kekal untuk tumbangkan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jelajah 1MDB di Stadium Mini Sabak Bernam, di sini malam tadi.

IMG_20160902_233548_523Terdahulu, Muhyiddin bersama bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad memaklumkan bakal membentuk parti baru dinamakan Bersatu, ke arah menumbangkan Umno Barisan Nasional.

Keputusan tersebut disambut baik pimpinan tertinggi pakatan, khususnya Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam perkembangan itu, Muhyiddin memaklumkan kesediaan pihaknya membuat pendaftaran baru parti Bersatu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (ROS).

EZY

Categories
NASIONAL

BN guna dana rakyat biayai PRU-13?

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 23 FEB: Barisan Nasional (BN) ternyata menggunakan dana rakyat bagi membiayai kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), kata Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, dana berjumlah RM2 juta didakwa dikeluarkan kementerian kerajaan sebagai geran kepada sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) perniagaan India mesra BN.

rafizi-TI-01Katanya, NGO itu juga dalam minit mesyuarat mengakui menerima derma RM2.5 juta untuk tujuan kempen membantu BN memenangi PRU13.

“Presiden persatuan berkenaan juga dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Beliau secara jelas dalam laporan minit mesyuarat mengakui menerima derma RM2.5 juta untuk tujuan pilihan raya sehingga tidak menggunakan dana persatuan diluluskan berjumlah RM300,000 sebelum itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Menjawab perbezaan RM500,000 antara surat dikeluarkan dan minit mesyuarat itu, Rafizi berkata persatuan itu mungkin mendapatnya daripada sumber lain.

Rafizi berkata, pendedahan itu membuktikan derma diterima Najib tidak digunakan untuk kempen pilihan raya sepertimana didakwanya sebelum ini.

“Saya ingin tanya Najib mengapa beliau tidak menggunakan RM2 juta daripada wang diterimanya untuk kempen.

“Mengapa perlu menggunakan dana rakyat sedangkan ia nyata bertentangan dengan undang-undang,” soalnya.

EZY

Categories
NASIONAL

Rafizi: Takkan berjaya lawan BN dengan duit

SHAH ALAM, 21 NOV: KEADILAN menyifatkan cubaan melawan BN dengan duit tidak akan berjaya dan hanya kerja bodoh, kata Naib Presidennya, Rafizi Ramli.

“Soal duit tak menjadi pertimbangan dalam berpolitik. Saya tak tahu. Ini kali pertama saya dengar dakwaan ini.

“Kami belajar daripada awal lagi iaitu jika cuba nak melawan Umno dengan duit, itu kerja bodoh. Tak akan menang.

yb rafizi parlimen“Mana kami nak korek? Soal beli (ahli Parlimen BN) dan duit ini memang tak pernah menjadi sebahagian pertimbangan dalam KEADILAN,” katanya yang dipetik Sinar Online.

Pada 20 November lalu, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali cuba membawa masuk RM8 bilion melalui Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan Investment (DEIG) untuk menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak, sekali gus memancing Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan.

Rafizi yang juga Setiausah Agung PKR, berkata BN boleh menawarkan 10 kali ganda daripada jumlah itu jika Pakatan menawarkan sejumlah wang kepada Ahli Parlimen mereka.

“Cuba bayangkan jika kami mempunyai duit nak beli (ahli Parlimen BN), satunya kami nak pergi beli itu yang sudah pasti akan kena tangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

undi-bn-end“Kemudian, jika kami tawarkan wang berkenaan tentu BN boleh beri 10 kali ganda lebih tinggi. Jadi, kita memang tak akan menang,” katanya.

Penasihat Khas PMSP, Ramesh Rao dalam dakwaannya selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Mohamed Azmin, berkata dana berkenaan diperoleh melalui empat projek yang direka khas membabitkan Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, maklumat yang diperoleh mendapati RM3 bilion dibawa melalui yayasan, manakala RM5 bilion pula dibawa melalui PKNS.

Categories
NASIONAL

PAS tolak bersatu dengan BN

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 18 NOV: PAS mengulangi pendiriannya untuk kekal sebagai pembangkang walaupun wujud dakwaan bahawa parti itu akan membentuk kerajaan campuran bersama Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi, berkata Malaysia memerlukan pembangkang untuk mengetahui sama ada dasar kerajaan berkesan atau tidak.

“Tidak perlu PAS bersatu dengan Umno tetapi kita mahu menjadi pembangkang yang membina supaya tidak dilabel hanya tahu membangkang sahaja.

“Mana yang tidak bagus kita akan tegur, kalau baik akan sokong untuk kepentingan rakyat,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Pada masa sama, Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, PAS dan BN tidak perlu bersatu memandangkan dua parti itu memiliki dasar berbeza.

Bagaimanapun, katanya, politik matang perlu ada dalam negara ini walaupun setiap parti memiliki ideologi berbeza.

“Jika perkara itu baik untuk rakyat, maka boleh rentas sempadan politik tetapi kewujudan pembangkang perlu untuk ‘check and balance'”,” katanya.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata parti itu akan terus menjadi pembangkang dan tidak akan sesekali menyertai BN untuk membentuk kerajaan campuran.

Beliau berkata, pertemuan yang dilakukan bersama pemimpin BN sebelum ini adalah berkisarkan masalah rakyat bukan kerjasama politik.

-NFN-

DAP: Rizab Melayu susut di negeri BN, Umno harus malu

Keutuhan rizab Melayu lebih selamat jika diuruskan perikatan PKR, DAP dan PAS.

Categories
SELANGOR

MB: BN kering idea, hanya kritik istilah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 NOV: Kekeringan idea menyebabkan Adun pembangkang Barisan Nasional (BN) hanya mampu menumpukan isu penggunaan beberapa istilah seperti ‘SmartSelangor’ dan mempersendakan perasaan sebak Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2016.

Mohamed Azmin berkata, beliau menerima kritikan itu sebagai sebahagian daripada asam garam yang perlu ditempuhi seorang ahli politik dan juga Menteri Besar.

MB Azmin“Saya mengambil maklum dan berterima kasih atas nasihat yang diberikan. Malangnya, fokus pembangkang lebih kepada istilah seperti ‘Smart Selangor’ dan itu jadi asas kritikan belanjawan kali ini.

“Tak apalah, bagi saya itu sepak terajang politik mereka dan istilah ini dah lama diguna pakai di negara maju (yang Bahasa Inggeris bukan bahasa utama) seperti Perancis, Jerman dan Jepun.

“Mereka turut menyinggung ketika pembentangan belanjawan mengatakan saya sebak dengan mengatakan ini adalah air mata yang tidak boleh dipercayai tetapi ini menyatakan tanggungjawab sebuah kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Mohamed Azmin menganggap kedudukan sebagai Menteri Besar adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikulnya bukan satu keistimewaan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

BN hipokrit, larang pemimpin negeri tapi jemput Ketua Umno

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 NOV: Alasan tidak mahu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sekolah disalah guna untuk kepentingan politik membuktikan sikap hipokrit Barisan Nasional (BN) apabila pada masa sama membenarkan Ketua Umno bahagian menghadiri majlis di dua lokasi terbabit.

Exco Pendidikan Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata Ketua Umno bahagian itu jelas hanya memegang jawatan politik bukannya jawatan rasmi kerajaan.

nik nazmi“Saya datang sebagai Exco Pendidikan Negeri bukannya Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) tetapi tidak dibenarkan masuk. Saya pernah lihat jemputan untuk Ketua Umno bahagian ke satu majlis,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Nik Nazmi (KEADILAN-Seri Setia) berkata, beliau hanya dapat memasuki IPTA ketika diberi peluang menghadiri satu wacana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersama Datuk Saifuddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin sebelum Ahli Parlimen Rembau itu dilantik sebagai menteri.

Selain itu, beliau hanya dapat masuk ke Universiti Malaya dengan menunggang motor dan memakai jaket pelajar untuk menghadiri majlis ilmu anjuran kedutaan United Kingdom.

Lebih mengecewakan, beliau turut tidak dibenarkan memasuki kolej pengajiannya iaitu Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin.

“Saya bekas pelajar di situ yang sekarang adalah Exco Pendidikan tetapi tidak dibenarkan masuk. Ini memang mengecewakan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Gambar jadi mainan politik, BN tak hormat sistem kenegaraan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 NOV: Selepas tujuh tahun, Barisan Nasional (BN) masih gagal menerima hakikat bahawa Kerajaan Selangor kini ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan) dengan diterajui Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata BN juga menunjukkan sikap tidak menghormati sistem kenegaraan, suara rakyat dan institusi yang melantik Dato’ Menteri Besar.

nik nazmiKatanya, hal itu kerana BN tidak membenarkan pemimpin Kerajaan Negeri menghadiri majlis di sekolah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta menggantung potret beliau di pejabat di bawah persekutuan.

“Mereka tidak hormat sistem kenegaraan. Tidak kira siapa menang, jika di Kerajaan Negeri kita letak dua gambar iaitu Perdana Menteri dan Dato’ Menteri Besar kerana mengiktiraf sistem ini.

“Kita berharap ada pengiktirafan sama. Takkan gambar menjadi isu besar kerana itu mencerminkan penghormatan kepada sistem yang ada, suara rakyat termasuk institusi yang terbabit dengan perlantikan Dato’ Menteri Besar,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari.

Nik Nazmi berkata, fikiran sempit pemimpin BN itu menjadikan golongan pelajar dan pendidik menjadi mangsa apabila tidak dapat menjalin kerjasama dengan banyak pihak untuk berkongsi idea bagi meningkatkan taraf pendidikan serta kemudahan pembelajaran di IPTA juga sekolah di negeri itu.

Terdahulu, Nik Nazmi dalam sidang medianya berkata, beberapa mahasisawa dikenakan tindakan oleh pengurusan IPT masing-masing apabila menjemput beliau dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menghadiri satu majlis ilmu di sebuah universiti tempatan.

-NFN-