Categories
AGENDA NASIONAL

PGA7 rampas mercun, bunga api nilai lebih RM20,000

KOTA BHARU, 1 MEI: Menjelang musim perayaan, penyeludup mercun dan bunga api mengambil peluang untuk membawa masuk pelbagai jenis bahan terbabit ke negara ini menggunakan ‘laluan tikus’ yang banyak terdapat di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

Meskipun terpaksa berhadapan dengan risiko tertangkap, masih ada penyeludup yang berani melakukan ‘tugasan’ itu demi mengaut keuntungan berganda.

Difahamkan, kesukaran mendapatkan mercun dan bunga api di sini berlaku ekoran Op Benteng yang dilaksanakan oleh kerajaan menyebabkan harga bahan itu meningkat sekali ganda.

Menurut Pegawai Pemerintah Medan Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Supt Azhari Nusi, pihaknya sedar dengan keadaan itu dan kesemua anggota diarahkan supaya menggiatkan lagi rondaan di sepanjang sempadan bagi mengesan sebarang pergerakan yang mencurigakan.

Beliau berkata kegiatan penyeludupan mercun dan bunga api ke sini terbukti dengan dua rampasan yang dilakukan pada semalam, melibatkan mercun dan bunga api bernilai lebih RM20,000.

“Dalam kejadian pertama, anggota pasukan Strike Force telah merampas sejumlah mercun bernilai RM8,622 berhampiran sebuah stesen minyak selepas menahan sebuah kereta Honda Stream pada 5.57 petang.

“Rampasan dilakukan selepas mengekori sebuah kereta yang dilihat mencurigakan berdekatan Jeram Perdah, Rantau Panjang. Sebaik tiba di stesen minyak itu, sepasukan anggota Strike Force telah menahan seorang lelaki berumur 34 tahun dan menemukan enam kotak besar mengandungi mercun di dalam kereta itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, kesemua barangan termasuk kereta (RM45,000) dianggarkan bernilai RM53,622 telah dirampas dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Azhari berkata kejayaan kedua dicatatkan selepas anggotanya merampas sejumlah 202 kotak mercun bernilai RM11,600 yang ditinggalkan di dalam sebuah kereta jenis Inocom Matrix di Kampung Lanchang dekat Rantau Panjang, Pasir Mas pada 10.06 malam.

Katanya, tiada sebarang tangkapan dilakukan kerana pemilik kenderaan disyaki meninggalkan kereta di situ kerana bimbang ditahan.

“Kesemua barangan bernilai RM18,600 termasuk kereta (RM7,000) diserahkan kepada Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan maklumat dalam dua kes ini mercun dan bunga api yang dirampas adalah untuk pasaran di Bachok dan sekitar Pasir Mas.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Hanya 36 jenis bunga api boleh dijual sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 29 APRIL: Penjualan bunga api musim perayaan bagi Aidilfitri 2021 adalah dibenarkan dengan hanya 36 bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ boleh dijual kepada umum.

Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata penjualan itu perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan antara bunga api yang dibenarkan dijual secara umum adalah Pop-Pop, Happy Boom Dush 20, Happy Boom Glow of Sunset, Happy Boom Flower Silver Cracking Rain dan Happy Boom Thunder Clap (Rockets).

Katanya, perkara itu telah diluluskan Kementerian Dalam Negeri bagi mengimport, menyimpan dan berniaga bunga api untuk jualan umum sempena musim perayaan di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat sembilan jenis bunga api ‘Happy Boom’ bagi kategori jualan umum sempena musim perayaan (bersyarat) itu tidak boleh diniagakan oleh peniaga kecil, peruncit dan pasar raya, antaranya Happy Boom Red Cracker, Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeate, Happy Boom Shoot Cake dan Happy Boom Tikus 50.

Menurutnya, beberapa syarat yang perlu dipatuhi peniaga kecil, peruncit dan pasar raya ialah penjual adalah warganegara Malaysia serta lesen berniaga yang mengandungi senarai bunga api jenis ‘Happy Boom’ dan ‘Pop-Pop’ hendaklah dipamerkan bagi tujuan pemeriksaan serta penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.

“Tempoh jualan hanya dibenarkan selama 30 hari sahaja (15 hari sebelum dan 15 hari selepas tempoh musim perayaan) tertakluk kepada kelulusan dan budi bicara pesuruhjaya polis atau ketua polis negeri.

“Penjualan di luar kawasan bangunan pasar raya (pemborong/pasar raya besar) atau pusat beli-belah adalah dibenarkan dengan syarat mempunyai tempat simpan selamat dan diperakui Bahagian Persenjataan PDRM serta mempunyai lesen serta permit daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Peniaga kecil dan bazar juga dibenarkan dengan bersyarat iaitu mempunyai tempat simpanan yang selamat dan diperakui oleh Bahagian Persenjataan PDRM, manakala perniagaan runcit seperti 7-Eleven, 99 Speedmart, Mr DIY dan lain-lain yang seumpamanya hanya dibenarkan menjual satu jenis bunga api sahaja iaitu Pop-Pop dan mempunyai permit PDRM.

“Urus niaga secara dalam talian atau menerusi sebarang aplikasi media sosial adalah tidak dibenarkan selain tidak dibenarkan menjual bunga api di restoran dan kedai makan serta kepada pembeli berumur kurang daripada 18 tahun.

“Semua pihak yang menjalankan perniagaan ini diingatkan supaya mematuhi tatacara operasi piawai yang dikeluarkan oleh PDRM dan pihak berkuasa bagi mengekang pandemik Covid-19 termasuk individu yang ingin bermain bunga api,” katanya.

Beliau berkata pelanggaran kepada syarat-syarat ditetapkan, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Jual bunga api dalam talian dilarang – polis

KUALA LUMPUR, 16 MEI: Polis mengingatkan bahawa penjualan bunga api secara dalam talian, adalah tidak dibenarkan dan menjadi kesalahan jika ada pihak melanggar syarat serta peraturan.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya mendapati terdapat jualan mercun dan bunga api secara dalam talian, yang tular di media sosial.

“Jualan bunga api perlu mendapatkan kebenaran polis, syarat dan peraturan yang dikuatkuasakan hendaklah dipatuhi.

“Sekiranya kegiatan ini (menjual mencun) masih berterusan, kita akan mengambil tindakan tegas mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207), yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rahim berkata sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, penjualan bunga api di premis dan bazar juga tidak dibenarkan, sehingga arahan kebenaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Jelasnya, larangan bermain mercun diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 15 Februari 1995 dan larangan bermain bunga api pada 15 Mac 1995.

Larangan itu masih berkuatkuasa sehingga kini, dan tertakluk di bawah Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Hanya 45 bunga api boleh dijual secara umum

KUALA LUMPUR, 17 JAN: Sebanyak 45 bunga api jenis ‘pop-pop’ dan ‘happy boom’ dibenarkan untuk dijual secara umum, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor.

Beliau berkata perkara itu diluluskan Kementerian Dalam Negeri bagi mengimport, menyimpan dan berniaga bunga api untuk jualanber sempena musim perayaan di negara ini.

“Daripada jumlah itu, 36 jenis bunga api dibenarkan dijual secara umum manakala sembilan lagi dijual secara bersyarat.

“Peniaga kecil dan pasar raya dibenarkan menjual 36 jenis bunga api itu dengan syarat mempunyai tempat simpan selamat dan lesen yang diperakui seperti pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata antara sembilan jenis bunga api itu ialah Happy Boom Red Cracker, Happy Boom Celebration dan Happy Boom Shoot Cake, yang boleh dibeli melalui syarikat pengimport dengan memenuhi syarat ditetapkan.

Beliau berkata jenis bunga api itu juga tidak dibenarkan dijual oleh peniaga kecil, peruncit, pasar raya atau ejen serta kepada pembeli berusia kurang 18 tahun dan secara dalam talian serta sebarang aplikasi media sosial.

“Peruncit hanya dibenarkan untuk menjual bunga api jenis ‘pop-pop’ sahaja dan premis makanan tidak dibenarkan menjual sebarang jenis bunga api.

“Bagi mengelakkan gangguan dan bahaya kepada orang lain, had tempoh bermain mercun adalah tidak melebihi pukul 12 tengah malam dan hanya boleh bermain di kawasan lapang serta selamat,” katanya.

Bagaimanapun, Mazlan menegaskan larangan bermain mercun dan bunga api masih berkuat kuasa sehingga kini dan tertakluk di bawah Akta Bahan Letupan 1957.

-BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

Insiden bunga api: Pegawai bertanggungjawab dihadap lembaga tatatertib

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 JAN: Jawatankuasa Penyiasatan insiden bunga api pada program Fiesta Gegar Klang, baru-baru ini mendapati seorang ketua jabatan bertanggungjawab menguruskan pertunjukan bunga api terbabit walaupun tidak diputuskan dalam mana-mana mesyuarat peringkat MPK.

Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah berkata, Kerajaan Negeri berpendapat pegawai itu perlu dihadapkan ke Lembaga Tatatertib MPK sebelum memutuskan tindakan yang akan dikenakan berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan dan Tatatertib) 1995 (SEL.P.U.7) selepas Kerajaan Negeri meneliti laporan itu.

“Kerajaan Negeri telah mendapat penjelasan dari MPK ke atas hasil siasatan yang diambil berhubung insiden bunga api yang digunakan untuk pertunjukan bunga api di Fiesta Gegar Klang sempena sambutan tahun baru 2017, meledak dan meletup lebih awal di tanah sebelum ia sempat ke udara.

eanyong“Bagi menyiasat insiden terbabit, MPK menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan dengan melantik empat pegawai dalaman untuk menganggotai jawatankuasa itu.

“Ia berfungsi untuk menyiasat dan mendapatkan keterangan lanjut berkaitan pertunjukan bunga api merangkumi kelulusan program, perbelanjaan, proses semakan dokumen dan menyediakan laporan siasatan,” katany dalam satu kenyataan medianya di sini, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan dan Tatatertib) 1995 (SEL.P.U.7), antara tindakan yang boleh dikenakan adalah amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun pangkat dan buang kerja.

Katanya, Kerajaan Negeri memandang serius ke atas kejadian yang menyebabkan kemalangan kepada orang awam akibat daripada kecuaian penjawat awam.

“Kerajaan Negeri juga amat berharap semua pelaksanaan program dan aktiviti di peringkat negeri, daerah juga pihak berkuasa tempatan perlu mengambil kira kepentingan dan keselamatan orang awam dalam semua aspek,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Laporan kes bunga api dibawa ke MMKN

OLEH AFIX REDZUAN

PELABUHAN KLANG, 15 JAN: Kerajaan Negeri akan meneiliti syor yang dikemukakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) berhubung kejadian letupan bunga api pada malam ambang tahun baru di Kompleks Pandamaran.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, laporan itu akan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), pada 18 Januari ini.

“Kita akan membentangkan dalam MMKN dan meneliti laporan sebelum memaklumkan semula kepada MPK tindakan yang wajar diambil,” katanya.

MB Pulau Indah (1)Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan siasatan letupan bunga api yang mengakibatkan 14 pengunjung cedera.

Mohamed Azmin berkata, siasatan itu bukan menjurus kepada individu sahaja, bahkan secara menyeluruh selain mencari jalan supaya perkara itu tidak berulang.

Terdahulu Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, pihaknya sudah menyiapkan laporan dalaman itu dan hanya menunggu Mohamed Azmin membuat tindakan selanjutnya berhubung perkara itu.

Dalam insiden jam 12.05 tengah malam itu, 14 cedera termasuk kanak-kanak apabila bunga api yang dipasang bagi meraikan kedatangan tahun baru menuju ke arah penonton dan meletup.

Pertunjukan bunga api itu diadakan sempena Fiesta Gegar Klang 2016 anjuran MPK yang berlangsung dari 30 Disember sehingga 1 Januari lalu.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

MPK serah laporan siasatan insiden letupan bunga api esok

OLEH AFIX REDZUAN

PELABUHAN KLANG, 15 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menyerahkan laporan siasatan dalaman berhubung insiden bunga api kepada pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor, esok.

Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, pihaknya sudah menyiapkan laporan dalaman itu dan hanya menunggu Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali untuk membuat tindakan selanjutnya berhubung perkara terbabit.

“Siasatan laporan dalaman telah siap dan hari Isnin (16 Januari) kita akan serahkan ke pejabat Dato’ Menteri Besar. Buat masa ini laporan mengenainya belum dapat kita dedahkan.

MB Pulau Indah“Saya difahamkan, polis juga sudah selesai siapkan siasatan dan menyerahkan laporan mereka kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan insiden letupan bunga api di Pandamaran, pada 1 Januari lalu.

Mengulas mengenai pegawai MPK yang diberikan cuti ekoran terlibat dalam insiden berkenaan, Mohamad Yasid berkata, pihaknya akan memanggil pegawai itu kembali bekerja sekiranya tiada kecuaian atau salah laku membabitkannya dalam insiden berkenaan.

“Berhubung status pegawai itu, ia turut bergantung pada siasatan polis,” katanya.

Dalam insiden jam 12.05 tengah malam itu, 12 dewasa dan empat kanak-kanak cedera apabila bunga api yang dipasang bagi meraikan kedatangan tahun baru menuju ke arah penonton serta meletup.

Pertunjukan bunga api itu diadakan sempena Fiesta Gegar Klang 2016 anjuran MPK yang berlangsung, dari 30 Disember sehingga 1 Januari lalu.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MPK kaji semula prosedur sebelum anjur pertunjukan bunga api

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 5 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan memastikan kejadian letupan bunga api seperti yang berlaku baru-baru ini tidak berulang lagi.

Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, pihaknya akan mengkaji semula prosedur dengan lebih teliti sekiranya mahu acara pertunjukan bunga api diadakan selepas ini.

“Kita akan pastikan perkara ini tidak berulang lagi. Sebab itu, kita adakan siasatan dalaman untuk memperbaiki prosedur dan kelemahan.

YDP MPK“Kelulusan akan diberikan mengikut keadaan semasa dan operasi ‘standard’ prosedur diikuti sebelum bersetuju untuk laksanakan,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Yasid menegaskan pertunjukan bunga api di Fiesta Gegar Klang bukan satu kompenan program terbabit.

Katanya, ia dibentangkan dalam mesyuarat tetapi tidak diluluskan.

“Memang tidak diluluskan. Bajet pun tidak ada dan ia dibentangkan pada peringkat awal tetapi tidak diluluskan dalam mesyuarat penuh,” katanya.

Sebelum ini, penantian detik 12 tengah malam sambutan tahun baharu di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini, memahat sejarah hitam apabila 14 pengunjung cedera terkena percikan bunga api yang meletup di kawasan tanah rata sebelum sempat ke udara dalam kejadian itu.

-NFN-