PKR Jelajah Malaysia hulur sumbangan sempena Deepavali

Sempena Deepavali 10 November depan, PKR jelajah dari Utara ke Selatan hulur sumbangan kepada masyarakat India yang memerlukan dalam program ‘Jelajah Deepavali Peduli Rakyat’

Categories
SELANGOR

200 hadir rumah terbuka ADUN Kota Alam Shah

Oleh: SHUAIB AYOB

SHAH ALAM, 22 OKT: Lebih 200 masyarakat sekitar Shah Alam membanjiri rumah terbuka Deepavali anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, V Ganabatirao di Dewan Exco Kerajaan Negeri, Seksyen 7, di sini, hari ini.

Jamuan yang bermula dari jam 11 pagi hingga 2 petang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan beberapa pimpinan negeri dan Pakatan Rakyat (PR) antaranya Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok.

_MG_1866Pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum dilihat mula membanjiri dewan berkenaan seawal jam 11 pagi dan turut bergambar bersama pimpinan yang hadir ke majlis Ganabatirao yang juga Ecxo Kemiskinan, Kerajaan Prihatin, dan Pekerja Ladang Selangor.

Beraneka hidangan turut disajikan termasuk makanan tradisi masyarakat India antaranya maruku, tosai, capati dan kari.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Hujan tidak halang sambutan Deepavali bersama DSAI

Oleh: AFIX REDZUAN

KLANG, 21 OKT: Sambutan perayaan Deepavali bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Little India, di sini, berlangsung meriah walaupun dalam suasana sedikit basah ekoran hujan lebat yang turun.

Beliau yang tiba pada jam 4.40 petang disambut dengan paluan gendang dan tarian tradisi masyarakat India.

IMG_4190Turut kelihatan beberapa pimpinan PKR kawasan Klang yang mengiringi lawatan beliau untuk beramah mesra bersama masyarakat India yang sedang membuat persiapan akhir untuk menyambut Deepavali.

Anwar sempat melawat Wisma Muthu Thilaga dan minum petang seketika di Restoran Chat Masala walaupun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Kesempatan itu juga diambil pengunjung sekitar Little India untuk melihat dengan lebih dekat Ketua Pembangkang itu dan pimpinan PKR setempat.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sambutan Deepavali peringkat Selangor meriah

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG, 21 OKT: Sambutan perayaan Deepavali peringkat Selangor yang diraikan rakyat beragama Hindu mewarnai persekitaran Little India di Jalan Tengku Kelana, di sini, dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum.

Pesta cahaya yang diraikan saban tahun itu tambah meriah dengan kehadiran Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan isteri, Shamsidar Taharin serta diiringi beberapa pimpinan negeri termasuk Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Selangor.

DSC_5276Persembahan nyanyian serta tarian kaum India menjadi latar sambutan penuh bermakna itu sambil tetamu yang hadir berpeluang melihat sendiri kemeriahan suasana perayaan dan menjamu makanan tradisi antaranya tosai, capati, kari dan maruku.

Hadir memakai set persalinan kurta berwarna putih, Azmin kemudiannya beramah mesra bersama hadirin sambil mengedarkan duit raya kepada pengunjung terutama kanak-kanak sebagai saguhati kepada mereka.

Pengunjung yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk melawat puluhan gerai dan kedai bagi mendapatkan keperluan masing-masing antaranya set persalinan pakaian, kasut dan makanan.

Selain itu, suasana bertambah meriah dengan percikan bunga api sebagai simbolik perayaan itu.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

PEKAWANIS hulur sumbangan rai Deepavali

Dr Xavier Jayakumar_ PEKAWANIS 01

SHAH ALAM 28 OKT: Persatuan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen serta ADUN dan Ahli Parlimen wanita (PEKAWANIS) memberi sumbangan perayaan bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan menjelang sambutan Deepavali.

Seramai 30 wanita yang kebanyakannya terdiri daripada ibu tunggal menerima sumbangan wang tunai RM100 serta beg cenderahati yang disampaikan ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar di Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Seri Andalas, di sini, baru-baru ini.

Pada majlis sama, penerima sumbangan turut membangkitkan beberapa masalah kesihatan yang dihidapi kepada Dr Xavier.

Dr Xavier Jayakumar_ PEKAWANIS 02

PEKAWANIS adalah persatuan yang menumpukan kepada gerak kerja kebajikan serta menguruskan rumah kebajikan di Shah Alam untuk wanita muda yang menghadapi masalah, selain menguruskan pusat dialisis di Klang.

Setiap kali sambutan perayaan, persatuan terbabit akan menyumbangkan RM3,000 untuk diagihkan kepada wanita atau keluarga miskin di setiap DUN.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

350 penduduk Sementa terima baucer Jom Shopping

Jom Shopping Deepavali

KLANG 20 OKTOBER : Seramai 350 penduduk di Dun Sementa menerima bantuan baucer Jom Shopping Deepavali, di pasaraya Econsave Persiaran Hamzah Alang, di sini.

Program terbabit dilaksanakan menjelang perayaan Deepavali yang akan disambut bulan depan yang merupakan kesinambungan program Jom Shopping yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Rata-rata penerima teruja dan gembira dengan pemberian daripada Kerajaan Negeri itu.

Penerima, K.Kanniama, 51, berkata pemberian itu dapat menampung perbelanjaan dapur semasa perayaan.

“Saya ini daripada keluarga yang susah, kesihatan pun tidak begitu memuaskan, jadi saya sangat-sangat berterima kasih,” katanya ketika ditemui.

Bagi P.Alaki, 55, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang berusaha membantu golongan berpendapatan rendah.

“Walaupun dengan jumlah macam sedikit, tapi sekurang-kurangnya kami sekeluarga gembira dengan pemberian ini,” katanya.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi berkata pihaknya bercadang untuk meminta baucer lebih daripada Kerajaan Negeri ekoran permintaan yang tinggi.

“Kawasan saya merupakan kawasan India yang ramai dan juga ramai yang berpendapatan rendah. Ramai yang memohon, kami terpaksa memilih sedangkan ramai yang layak.

“Jadi, saya akan panjangkan perkara ini sebelum Deepavali. Mungkin kita boleh gunakan baucer daripada Dun yang tidak habis menggunakan pemberian ini,” katanya.

Permit Deepavali boleh dipohon bermula 17 September

deepavaliKLANG 16 OKTOBER : Mana-mana individu yang berminat untuk berniaga sempena Deepavali boleh mengemukakan permohonan di Jabatan Perlesenan dan Penjaja (tingkat bawah) Majlis Perbandaran Klang bermula 17 hingga 30 September 2013 ini.

Pengarah Jabatan Pelesenan MPK, Azhar Samsudin berkata, pemohon dikehendaki menyerahkan borang permohonan dengan membawa bersama buku bank.

Katanya, pemohon juga mestilah mempunyai lesen perniagaan, penjaja atau permit perniagaan sementara 2013 atau permit Deepavali 2012 beserta bayaran berjumlah RM 790.

Beliau berkata, tarikh undian akan diadakan 17 Oktober yang akan diadakan di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran pada jam 9.30 pagi.

“Perniagaan akan dimulakan pada 19 Oktober sehingga 1 November 2013 dan kawasan yang terlibat sekitar Jalan Tengku Kelana.

“Hanya seorang pemohon sahaja untuk satu tapak dan peniaga serta pembantu dikehendaki memakai tag yang disediakan kelak,” katanya dalam kenyataan media.

Perutusan Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim Sempena Hari Diwali


 

Sinopsis: Kedatangan Diwali disambut dengan iltizam dan tekad untuk berubah ke tahap yang lebih baik.

Nilai universal yang mengiringi hari mulia ini tepat dikala rakyat Selangor hari ini berhadapan dengan cabaran Malaysia baru.

Peningkatan taraf hidup rakyat perlu dilakukan secara menyeluruh dari peringkat akar umbi, secara adil dan saksama, tanpa kompromi.

Bersendi komitmen kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban, kekuatan kita bersama diperkemas dan kelemahan terus diperbetulkan.

Terima kasih atas kepercayaan ini.

Perutusan Penasihat Ekonomi Selangor YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Sempena Hari Diwali


 

Sinopsis: Sikap dan prinsip memastikan kemenangan kuasa kebaikan keatas kejahatan harus ditanam dalam segenap aspek hidup.

Semaian ini tidak terhad dalam ruang lingkup rutin seharian, tetapi juga disuburkan dalam visi dan strategi kerajaan negeri Selangor.

Hasil penerapan ini dapat dilihat dari rekod audit cemerlang yang berterusan, juga dalam pelbagai agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang bukan sahaja mensasarkan penganut Hindu, tetapi rakyat negeri tercinta ini seluruhnya.

Terima kasih atas kepercayaan ini.

Anwar: PR Janji Tidak Abai Masyarakat India Jika Memerintah Putrajaya

KLANG 11 NOV: Masyarakat India di negara ini tidak akan diabaikan jika Pakatan Rakyat (PR) diberikan peluang memerintah di Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaum India yang sebelum ini seringkali diabaikan Kerajaan Umno-BN akan diberi perhatian sama-rata termasuk kaum-kaum lain yang menjadi penduduk di negara ini.

Katanya, contoh terbaik yang ditunjukkan adalah Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PR di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memberikan peruntukan berjumlah RM4 juta setiap tahun kepada semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri ini.

“Jika 50 tahun dahulu SJKT tidak pernah menerima bantuan khusus bagi pembangunan sekolah, Kerajaan Negeri sekarang beri tiap-tiap tahun RM4 juta untuk semua SJKT di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan sempena lawatannya ke tapak Pesta Deepavali yang berlangsung di Jalan Kelana, Klang petang tadi.

Turut hadir ialah Exco-exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu serta Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Sementara itu, Anwar berkata, semua rakyat di negara ini digesa menanamkan keyakinan kepada PR bagi melaksanakan dasarnya yang terbukti demi kepentingan rakyat.

“Macam-macam kita sudah dengar, daripada mansuhkan PTPTN, turunkan harga kereta dan pelbagai lagi dasar yang akan dilaksanakan PR jika memerintah Putrajaya.

“Saya sudah tidak mahu lagu gaduh-gaduh soal kaum, kita akan jaga semua kaum dan rakyat di negara ini,” katanya yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.