Categories
NASIONAL

KEADILAN nafi wujud surat bantahan calon PRK Semenyih

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 MAC: KEADILAN menafikan pihaknya mengarahkan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menulis sepucuk surat berkaitan sokongan terhadap calon BERSATU dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Semenyih pada Mesyuarat Biro Politik, minggu ini.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya juga tidak menerima bantahan daripada sebarang Cabang berkenaan PRK DUN Semenyih dibangkitkan atau dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

“Surat ini berniat jahat, yang cuba mengadu-domba dan menanam syak wasangka dalam kalangan anggota KEADILAN dan Pakatan Harapan.

“Jika diperhati lebih teliti, beberapa perkara termasuk nombor rujukan dan format surat juga berlainan dari surat-surat rasmi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menyifatkan tindakan ini adalah kerja musuh politik yang sudah kehilangan modal dan tidak bermaruah.

“Hentikan politik fitnah yang keji ini,” katanya.

Sebelum ini, tersebar sepucuk surat bertajuk ‘Keputusan Sokongan Tehadap Calon PPBM Pada PRK DUN N24 Smenyih’.

Surat bertarikh 28 Februari itu turut memaparkan nama Saifuddin Nasution selaku Setiausaha Agung KEADILAN berserta tandatangan.

 

 

 

Categories
NASIONAL

SMS SKMM undang rasa jelik

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 26 APR: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil menyatakan rasa jeliknya dengan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada sebahagian rakyat di negara ini.

Katanya, mesej berbunyi ‘Meraikan 20 tahun Akta Komunikasi & Multimedia 1998’ itu tidak sewajarnya dihantar oleh suruhanjaya tersebut.

“SKMM tidak perlu meraikan kewujudan akta itu kerana hakikatnya kes kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih pada 2014 masih belum diselesaikan dan dijelaskan secara terperinci.

“Kejadian lima tahun lalu itu masih belum dipertanggungjawabkan oleh sesiapa, malah tiada penahanan dibuat atas kebocoran itu,” katanya kepada SelangorKini.

Fahmi berkata, tidak sepatutnya sms sebegitu dihantar kepada pemilik telefon bimbit secara rawak sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam.

“Apa tujuan SKMM sebenarnya, paparan nombor pengirim juga tidak tertera dan lebih penting tiada penjelasan dibuat berhubung penghantaran sms berkenaan.

“Adakah ini amaran atau sekadar nasihat?, SKMM tidak perlu menzalimi rakyat terutamanya dalam era kebangkitan media sosial sekarang,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Tiada halangan guna logo KEADILAN

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 19 APR: Pakatan Harapan (HARAPAN) menyambut baik kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada halangan mengguna pakai lambang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya bersedia membenarkan penggunaan simbol atau lambang KEADILAN bagi kesemua calon Pakatan Harapan (PAKATAN) yang akan bertanding dalam PRU14.

“Kesediaan kami ini adalah berasaskan semangat setiakawan dan kesepakatan di antara semua ahli untuk membawa perubahan demi Malaysia yang lebih baik.

“KEADILAN turut menggesa semua pengundi untuk segera menyemak tempat mengundi mereka, bersedia untuk pulang membuang undi, serta menjadi sukarelawan ejen mengundi dan ejen mengira (PACA) bagi calon PAKATAN dalam mempertahan demokrasi serta masa depan negara,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataannya berkata, mana-mana calon yang berhasrat bertanding atas tiket PAKATAN dan menggunakan simbol KEADILAN tertakluk kepada kebenaran daripada parti itu sendiri, bukannya SPR.

Namun katanya, SPR mengingatkan bahawa bagi tujuan mengambil bahagian dalam PRU14, parti politik mestilah merupakan parti yang didaftarkan dan dibenarkan menjalankan segala aktivitinya di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Categories
NASIONAL

Pengumuman bubar ditunggu, rakyat sedia ubah kerajaan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 APR: Pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini sememangnya ditunggu-tunggu rakyat.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil berkata, hal ini berikutan rakyat semakin sedar bahawa harapan untuk menikmati perkhidmatan kerajaan yang lebih baik dan peduli rakyat semakin pudar sekiranya Barisan Nasional (BN) terus berkuasa.

“Pengumuman pembubaran ini adalah satu-satunya pengumuman Datuk Seri Najib yang ditunggu-tunggu rakyat kerana hampir semua sudah bersedia untuk ubah Kerajaan Pusat,” katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Jelasnya, ‘mood’ rakyat menolak BN ketika ini juga mencerminkan perasaan jemu dengan janji BN yang kononnya membela rakyat.

Sementara itu, ketika mengulas kerjasama Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dengan sayap pemuda parti lain di bawah Pakatan Harapan (PAKATAN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Fahmi berkata, mereka berjaya membina persefahaman baik.

“Semua berjalan lancar. Kerjasama setakat ini Alhamdulillah baik dan akan bertambah baik memandangkan rakyat kini bersedia untuk undi PAKATAN dan ubah Kerajaan Pusat,” kata Exco AMK itu lagi.

Categories
NASIONAL

Pembinaan jalan raya Bangsar-Bukit Damansara, siapa yang untung?

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 27 MAC: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor digesa mengadakan sesi ‘townhall’ bersama warga Bangsar dan Bukit Damansara mengenai pembinaan jalan raya bertingkat dari Lebuh Raya Sprint/Jalan Maarof ke persimpangan Jalan Semantan.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana Tengku Adnan tidak memperincikan kesan pembinaan jalan raya itu terhadap masa perjalanan sebaliknya hanya menjanjikan penjimatan masa perjalanan dengan terbinanya jajaran bertingkat itu.

“Secara khusus, berapa minit pengguna akan jimat dengan pembinaan jalan raya 1.34 kilometer (km) ini yang bakal menelan belanja RM211 juta malah RM130 juta datangnya dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)?,” soalnya.

Semalam, Tengku Adnan memaklumkan pembinaan jalan raya sepanjang 1,340 meter dengan aliran tiga lorong dan satu hala secara bertingkat itu dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik.

Tengku Adnan juga dilaporkan sebagai berkata, projek pembinaan bernilai RM211 juta itu mendapat pembiayaan RM130 juta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengambil masa kira-kira 30 bulan untuk disiapkan.

Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Fahmi berkata, keadaan lalu lintas yang memasuki Bangsar melalui Jalan Maarof dijangka akan bertambah selain mempersoalkan pemilihan pemaju yang dipilih berdasarkan tender terbuka atau runding terus.

“Mengikut kajian DBKL, berapa minit pula yang akan terpaksa ditanggung warga Bangsar akibat peningkatan lalulintas ini nanti?

“Memandangkan RM130 juta atau 62 peratus kos pembinaan dibayar warga Kuala Lumpur melalui peruntukan DBKL, adakah pemilihan WCT Sdn Bhd melalui tender terbuka atau runding terus?

“Pada kos RM211 juta, jalan raya bertingkat sepanjang 1.34 km ini bakal menelan belanja RM157,462 per meter. Memandangkan RM130 juta datang dari wang rakyat, ini bermaksud warga Kuala Lumpur memberi subsidi RM97,015 per meter kepada syarikat pemaju,” katanya.

Beliau berkata, tanpa subsidi wang rakyat RM97,015 semeter itu, sudah pasti pemaju tidak akan dapat menyiapkan projek dalam masa 30 bulan seperti diumumkan.

“Saya menggesa Datuk Seri Tengku Adnan segera mengadakan satu pertemuan rakyat (townhall) sama seperti yang pernah beliau lakukan dengan warga Taman Tun Dr Ismail berkaitan pembinaan di Taman Rimba Kiara,”katanya.

Categories
NASIONAL

Jangan gertak wartawan media luar negara

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 26 MAC: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil menggesa supaya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak tidak menggertak wartawan media antarabangsa.

Fahmi berkata, media adalah ‘tiang seri’ demokrasi, tidak kira dalam atau luar negara mereka perlu bebas menjalankan tugas semak imbang pentadbiran negara bagi memastikan rasuah, kleptokrasi dan salahguna kuasa tidak bermaharajalela.

“Saya menggesa Datuk Seri Salleh bukan sahaja menjelaskan Fasal 3 akta ini kepada wartawan berkenaan malah juga orang ramai serta berjanji tidak akan menggertak pengamal media antarabangsa terutama yang membuat laporan mengenai skandal 1Malaysia Development (1MDB).

“Ini kerana kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, pada 21 Mac lalu, memberi gambaran bahawa pihak kerajaan mempunyai monopoli ke atas takrif ‘berita palsu’ itu sendiri. Ini adalah satu pandangan yang tidak baik untuk demokrasi negara kita,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, jam 3.30 petang hari ini, Datuk Seri Salleh akan mengadakan pertemuan dengan beberapa wartawan media antarabangsa.

Manakala, di Parlimen dikemukakan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018 untuk bacaan kali pertama. Mengikut draf yang diletakkan di atas meja Ahli Parlimen pagi tadi, terdapat satu fasal mengenai aplikasi akta tersebut terhadap bahan-bahan diterbitkan di luar negara Malaysia, seperti berikut:

Jika mana-mana kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh mana-mana orang, walau apapun kerakyatan atau kewarganegaraannya, di mana-mana tempat luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.

Bagi maksud subseksyen (1), Akta ini hendaklah terpakai jika, bagi kesalahan yang berkenaan, berita tidak benar itu adalah mengenai Malaysia atau orang yang disentuh oleh pelakuan kesalahan itu ialah warganegara Malaysia.

Bukan sahaja Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018 secara am bersifat drakonian, dengan hukuman denda maksima RM500,000 atau penjara maksima 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Namun, lingkungan pemakaian akta itu membawa maksud mana-mana pengguna media sosial malah juga media arus perdana di luar negara mungkin boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang Malaysia.

 

Categories
NASIONAL

Tubuh jawatankuasa khas, pantau penyelenggaraan lif

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 JUL : Penubuhan Jawatankuasa Khas dianggotai Kementerian Wilayah Persekutuan perlu dilaksanakan bagi menjalankan audit dan siatasan menyeluruh berhubung isu penyelenggaraan lif seluruh negara.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, langkah berkenaan dijalankan bagi mengelakkan sebarang insiden dan masalah penyelenggaraan lif khususnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang saban hari semakin membimbangkan.

“Saya menggesa pihak kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menubuhkan satu jawatankuasa tindakan bersama.

FAHMI FADZIL“Ia berfungi untuk melakukan audit dan kajian mendalam mengenai keadaan, mutu perkhidmatan serta tahap penyelenggaraan lif sedia ada di seluruh negara.

“Tumpuannya membabitkan bangunan di bawah seliaan badan-badan kerajaan seperti PPR, hospital awam, dan pejabat kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil pengauditan jawatanakuasa itu perlu dibentang di Parlimen bagi tujuan pembaikan aspek piawaian keselamatan lif seluruh negara.

“Dapatan-dapatan jawatankuasa ini kemudiannya perlu diterbitkan, serta satu kertas putih kerajaan dibentang dan dibahas di Parlimen untuk mengenalpasti amalan terbaik (best practice), piawaian asas terkini serta penambahbaikan undang-undang sedia ada.

” Ini termasuklah Peraturan Kilang dan Jentera (Lif Elektrik untuk Penumpang-penumpang dan Barang-barang) 1970, yang perlu dikemaskini dengan memasukkan had umur lif serta penalti lebih tinggi bagi kegagalan penyelenggaraan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan, demi memastikan keselamatan pengguna lif seluruh negara lebih terjamin,” katanya.

Terdahulu, seorang remaja dilaporkan maut setelah tersepit pada lif barang di sebuah kedai perkakas di Jalan Pekan Pendang Baru.

Muhammad Zairul Naim Zaini, 16, dari Kampung Paya Palas, Kuala Rimau dekat sini tersepit dalam lif barang di tingkat dua kedai dalam keadaan bahagian bawah badan berada di dalam lif sementara bahagian dada ke atas terjulur ke tingkat bawah.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Categories
NASIONAL

KJ patut demo depan kedutaan jika benar DOJ bersifat politik

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 28 JUN: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk berdemonstrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat jika benar saman terbaru Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) bersifat politik.

Fahmi Fadzil mengemukakan cabaran tersebut selepas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali merumuskan saman DoJ sebagai bersifat politik dalam cubaan melindungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

FAHMI FADZIL“Kenyataan Peguam Negara TS Apandi Ali hari ini yang merumuskan bahawa tindakan saman sivil DoJ bersifat politik adalah satu kenyataan yang cukup serius.

“Saya yakin Peguam Negara mempunyai maklumat yang lengkap mengenai isu 1MDB ini termasuk laporan Ketua Audit Negara yang masih dirahsiakan, serta pasukan siasatan khas polis terhadap isu 1MDB untuk membuat rumusan sedemikian,” katanya dalam kenyataan.

Fahmi turut mengingatkan Khairy Jamaluddin, bahawa jika benar wujud usaha kuasa asing seperti AS yang ingin mencampuri urusan dalaman negara, maka Khairy perlu segera mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan AS sebagai tanda protes.

Tambahnya lagi, Peguam Negara juga perlu menasihatkan Najib segera menerbitkan laporan Ketua Audit Negara agar orang ramai dapat memahami isu 1MDB dan DOJ.

“Sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, Malaysia tidak boleh bertolak ansur terhadap tindakan mana-mana kuasa asing terutama yang bersifat politik dengan niat mencampuri urusan dalaman negara,” katanya.

Sebelum ini, Peguam Negara mendakwa tindakan DOJ mengemukakan saman sivil terbaru terhadap 1MDB adalah berasaskan politik dan menuimbulkan spekulasi.

DOJ baru-baru ini mengemukakan saman sivil untuk merampas tambahan aset AS 40 juta yang didakwa diperoleh dengan dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

Categories
NASIONAL

“Nak buat macam mana, Noh hidup di alam lain”

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 22 MEI: Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dibidas ekoran kenyataannya menggesa rakyat Selangor memilih Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14, baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil, berkata kenyataan Noh itu seolah-olah menggambarkan beliau hidup di alam lain sehingga gagal melihat perbezaan ketara antara Kerajaan Negeri di era Umno-BN sebelum 2008 dengan Kerajaan Negeri di bawah PAKATAN, hari ini.

“Nak buat macam mana, dia tak hidup di alam yang sama dengan kita. Mungkin apa yang beliau lihat berbeza daripada apa yang kita saksikan secara realitinya berlaku sebelum dan selepas PAKATAN menerajui Selangor.

FAHMI“Bagi saya, wujudnya Noh di Selangor membuktikan krisis kepimpinan yang ada dan muflisnya Umno yang tidak mempunyai seorang pemimpin berkaliber di negeri itu untuk dijadikan Ketua Pembangkang. Itu isu pokok berkait dengan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini, di sini, hari ini.

Katanya, salah guna kuasa di bawah Kerajaan Negeri era Umno-BN sebelum ini terlalu berleluasa demi meraih keuntungan peribadi pemimpin atasan tanpa memikirkan masalah dihadapi rakyat.

Katanya, Kerajaan PAKATAN di Selangor hari ini berusaha gigih meningkatkan taraf hidup rakyat dengan berkongsi kekayaan hasil negeri.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri turut berusaha memakmurkan lagi negeri itu dengan memastikan ekonomi berada di landasan kukuh walaupun di peringkat Kerajaan Persekutuan berada di tahap yang lemah selain berkongsi kekayaan negeri melalui 17 Skim Inisiatif Peduli Rakyat.

Categories
NASIONAL

Janji PRU-13 tak ditunai, Najib dah tabur janji baru

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 MAC: Rakyat diingatkan supaya tidak mudah termakan janji pemimpin munafik seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini ekoran sudah banyak bukti menunjukkan beliau bukanlah seorang yang jujur, amanah dan menepati janji.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil, berkata Najib sebelum ini gagal menunaikan janji menangani kos sara hidup rakyat yang merupakan perkara utama dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 lalu.

“Niat Perdana Menteri turun padang dan tabur janji adalah untuk cuba tenggelamkan persepsi umum terhadap pentadbiran beliau yang dilihat semakin lemah dan dipenuhi pelbagai masalah, termasuk isu rasuah dan penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Mutakhir kita lihat beliau ke Kelantan menabur janji untuk cuba meraih sokongan rakyat di sana tetapi bila kita lihat kembali manifesto BN pada PRU-13, dalam hal pertama pun iaitu menangani kos sara hidup, kita saksikan kegagalan beliau,” katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

NAJIBJelasnya, sepanjang empat tahun selepas PRU-13 berlalu, tiada sebarang usaha atau tindakan konkrit diambil Najib menangani kos sara hidup rakyat sekaligus membuktikan beliau sememangnya tidak pernah berhasrat menunaikan janji.

Katanya, sebaliknya kos sara hidup rakyat terus meningkat disebabkan beberapa keputusan pentadbiran Najib yang tidak mengambil kira tekanan hidup yang dihadapi rakyat.

Antaranya, keputusan pentadbiran Najib yang beberapa kali dikesan menaikan harga bahan mentah dengan tidak selaras dengan harga pasaran minyak antarabangsa yang sepatutnya berada di paras rendah.

“Sebagai contoh, harga RON95 pada Mei 2013 ialah RM1.90 seliter tetapi hari ini sudah mencecah RM2.30 seliter, iaitu peningkatan 21 peratus.

“Harga gula pula ialah RM2.50 sekilogram pada 2013 dan RM2.95 sekilogram hari ini, iaitu peningkatan 18 peratus dan ini belum lagi kita sebut tentang harga barang keperluan asas seperti minyak masak dan sayur-sayuran.

“Jika dalam hal harga barang ini yang merupakan janji pertama dalam manifestro PRU-13 BN, pun Putrajaya gagal kawal, maka umum patut sedar bahawa Perdana Menteri hanya menabur janji yang bakal dicapati lagi,” katanya lagi.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

SPR akhirnya setuju adakan siasatan tempatan persempadanan semula

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 16 DIS: Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan siasatan tempatan terhadap isu persempadanan semula bagi Parlimen Setiawangsa sebagai kemenangan awal buat pengundi kawasan itu.

Fahmi berkata, SPR pada awalnya menolak permohonan bantahan itu dengan alasan hanya menerima 81 borang bantahan berbanding syarat minima yang memerlukan sekurang-kurangnya 100 bantahan.

“Kami hantar 110 borang bantahan sama seperti dalam rekod tetapi ditolak dengan alasan hanya menerima 81 borang sahaja.

FAHMI“Bagaimanapun, SPR melalui surat bertarikh 25 November 2016 akhirnya mengakui bahawa 110 borang bantahan yang kami masukkan pada 11 Oktober lalu telah memenuhi peruntukan Seksyen 5, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan,” kata Fahmi pada sidang media di perkarangan Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Katanya, berikutan keputusan SPR itu, beliau dan wakil 110 pengundi terbabit, Nalina Nair menarik menarik balik permohonan semakan kehakiman yang difailkan, pada 18 November lalu.

Katanya, kejayaan itu membuktikan reformasi proses persempadanan semula amat diperlukan termasuk langkah mengumum sebab khusus mengapa sempadan sesebuah daerah mengundi itu diubah agar penduduk memahami rasional SPR mengubah sesebuah sempadan pilihanraya.

Katanya, SPR juga perlu mengumumkan pasukan pakar topografi dan tebaran penduduk yang digunakan dalam merangka syor persempadanan semula.

Selain itu, SPR juga disarankan supaya mereformasi proses persempadanan semula untuk memudahkan lebih ramai pengundi terlibat secara langsung daripada peringkat perangkaan syor ke proses bantahan dan selanjutnya.

“SPR perlu menunjukkan kesungguhan politik (political will) untuk mereformasi proses persempadanan semula agar ia menjadi lebih telus, lebih adil, dan yang paling penting lebih terbuka kepada kritikan serta pandangan pengundi juga penduduk sesebuah bahagian pilihan raya,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Umno, tumpu sahajalah usaha selamatkan negara

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 2 NOV: KEADILAN meminta Umno memberi tumpuan terhadap usaha menyelamatkan negara juga membantu rakyat menghadapi pelbagai cabaran ekoran peningkatan kos sara hidup.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, perkembangan ketika ini menyaksikan Umno cuba mengaitkan dana asing dengan badan bukan kerajaan (NGO) juga media lain hanya satu taktik lapuk digunakan sejak 1998 untuk mengalih pandangan rakyat.

“Jika dilihat pada dasar Putrajaya mutakhir ini, rakyat bertanya di mana Umno bila subsidi minyak masak dihapuskan mengakibatkan kenaikan harga mendadak?

“Di mana Umno bila dana untuk institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan hospital kerajaan dikurangkan dalam Bajet 2017 termasuk harga minyak kereta melambung 15 sen bulan ini?

“Umno perlu segera henti bersandiwara, sebaliknnya bermuhasabah segera dengan menumpukan usaha menyelamatkan rakyat Malaysia daripada belenggu kesusahan,” katanya dalam kenyataan.

Fahmi berkata, ramai turut memaklumi tindakan Umno yang mengaum bagaikan singa selepas terbongkar skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan bertujuan untuk mempertahankan rakyat.

Sebaliknya, beliau berkata, ia satu percubaan mengalih kemarahan umum daripada dasar pimpinan Umno yang terus membebankan rakyat.

FAHMI“Malahan ramai bertanya di mana Umno bila aset strategik negara seperti stesen janakuasa dimiliki 1MDB melalui Edra Energy dijual 100 peratus kepada China melalui China General Nuclear Power Corp?

“Nampaknya semakin lama semakin banyak projek utama negara seperti Bandar Malaysia dan East Coast Double-Tracking Railway yang memerlukan dana juga penyertaan syarikat milik kerajaan China.

“Bukankah ini bakal menjadi liabiliti terhadap pendirian Malaysia sebagai negara berkecuali, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira aspek geopolitik seperti dasar “Sembilan Garis Putus” (Nine Dash Line) China di Laut Cina Selatan?” soalnya.

Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan pendirian Umno apabila timbul kenyataan daripada kedutaan asing terhadap kepimpinan negara.

“Di mana Umno bila seorang duta asing mengeluarkan kenyataan bersifat politik baru-baru ini – dipetik akhbar Sin Chew – yang menimbulkan persepsi kemungkinan wujud percubaan campur tangan asing dalam politik negara?” katanya.

-AA-