Categories
KENYATAAN MEDIA

Tasik Chini semakin nazak, mana tanggungjawab kerajaan?

OLEH FUZIAH SALLEH

Saya melahirkan kebimbangan terhadap persekitaran kawasan Tasik Chini yang semakin terjejas ekoran pelbagai kegiatan tidak terkawal di sekelilingnya.

1. Saya merujuk kepada laporan Harian Metro bertarikh 25 Februari 2017 bertajuk ‘Tasik Chini Makin Nazak’ yang hampir memusnahkan persekitaran kawasan itu berikutan kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan. Akibatnya, tasik semula jadi kedua terbesar negara selepas Tasik Bera itu berada dalam situasi tercemar apabila saiznya mula mengecil serta menunggu masa menjadi kering jika pemendapan di dasar tasik terus berlaku.

Akhbar berkenaan juga menyiarkan kenyataan Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Prof Datuk Seri Dr Mushrifah Idris yang mengesahkan kegiatan penerokaan itu menyebabkan air tasik menjadi keruh serta memberi kesan kepada hidupan lain, terutama tumbuhan teratai yang sering dikaitkan dengan tasik berkenaan.

2. Masalah Tasik Chini sudah berlarutan selama hampir 10 tahun, keadaannya semakin bertambah teruk dan sekarang ini diibaratkan seperti tasik yang mati. Berdasarkan maklumat yang saya peroleh dari Orang Asli di sana, ikan-ikan pun sudah tidak boleh dimakan.

Pencemaran yang berlaku agak kronik tetapi setakat ini Kerajaan Negeri Pahang tidak prihatin dan ambil peduli berkenaan Tasik Chini. Saya menyeru Kerajaan Pusat yang nampaknya menunjukkan sedikit kekhuatiran berbuat sesuatu agar pemulihan dapat dilakukan.

3. Berkenaan kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mendakwa tiada lesen pembalakan dikeluarkan, saya mendapati ada bukti bergambar yang menunjukkan sebaliknya. Jika dakwaan Junaidi itu benar, hal ini bermakna pembalakan tersebut dilakukan secara haram.

4. Semua ini, berbalik kepada penguatkuasaan seperti mana dalam kes bauksit, isu penggondolan Cameron Highlands dan pencerobohan hutan simpan kekal di Pahang. Dalam perkara tersebut, jelas Kerajaan Negeri telah lepas tangan dan membiarkannya terus berlaku. Saya merayu Kerajaan Persekutuan membantu kami warga Pahang memulihkan segera tasik Chini bagi menjamin biodiversiti di dalam dan sekitarnya tidak terancam.

5. Kerajaan Negeri sepatutnya mengambil langkah pro-aktif dengan menjaga keindahan alam sekitar di tasik berkenaan bagi memastikan ia kekal sebagai tempat tarikan pelancongan, yang secara tidak langsung mampu meningkatkan penghasilan ekonomi negeri.

6. Suka saya ingatkan Kerajaan Negeri, Tasik Chini juga disenaraikan sebagai Tapak Rizab Biosfera di bawah program Manusia dan Biosfera (MAB), hasil inisiatif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang pertama diwartakan di Malaysia pada tahun 2009.

7. Justeru itu, saya juga memohon Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Kerajaan Negeri agar melakukan pemantauan berterusan kerana penerokaan hutan tidak terkawal khususnya di kawasan bukit akan memberikan impak yang tinggi kepada hakisan tanah.

*Fuziah Salleh adalah Ahli Parlimen Kuantan

Categories
NASIONAL

Bauksit: Kembalikan kelestarian alam sekitar

SHAH ALAM 14 JAN: Pihak berkuasa wajib mengembalikan kelestarian alam sekitar di kawasan terjejas dengan aktiviti perlombongan bauksit di sekitar Kuantan.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata tempoh moratorium selama tiga bulan perlu digunakan bagi memantau Kerajaan Pahang untuk memastikan aktiviti perlombongan tidak dimulakan semula.

Katanya, bencana pencemaran alam sekitar dan risiko kesihatan yang dialami sebelum ini akibat hilangnya kawalan pihak berkuasa terhadap industri bauksit di Kuantan tidak boleh dibenarkan berulang.

Fuziah Bauksit“Menyiapkan garis panduan amalan terpuji antarabangsa perlombongan bauksit dan menggesa melihat kesungguhan Kerajaan Negeri bagi memastikan tidak dimulakan semula melainkan syarat dipatuhi.

“Garis panduan ini merangkumi aspek prosedur melombong, mengangkut tanah, mencuci tanah, stockpile dan juga prosedur mengeksport,” kata Fuziah dalam kenyataan media.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Badan Bertindak Mencegah Pencemaran Bauksit komited memperjuangan kelestarian ekonomi tempatan yang wujud sekian lama iaitu industri perikanan dan industri pelancongan.

Katanya, gabungan itu mengambil langkah memulakan kempen mengembalikan kehijauan Kuantan didalam kempen #RedToGreen

“Pasukan ini juga membantu memastikan perlombongan bauksit tidak dimulakan semula melainkan syarat ketat Best Practise dipatuhi,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Hentikan terus perlombongan bauksit, banyak mudarat dari untung

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 JAN: Aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan perlu diharamkan terus kerana ia membawa lebih banyak kemudaratan berbanding keuntungan.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata hasil negara daripada perlombongan bauksit tidak berbaloi dengan kos dan bencana yang ditanggung rakyat.

Katanya, hasil kutipan Kerajaan Pahang tidak sampai RM200 juta sehingga 2016, sedangkan kerajaan dan penduduk Kuantan menanggung kos jauh lebih tinggi.

Fuziah Bauksit“Oleh itu sudah sampai masanya perlombongan bauksit diharamkan terus kerana terbukti membawa kerosakan kepada majoriti penduduk sedangkan hasil kepada rakyat tidak berbaloi dengan kos ditanggung.

“Saya mendesak supaya moratorium aktiviti melombong diumumkan ditukar kepada pengharaman aktiviti melombong bauksit berkuatkuasa serta merta.

“Kerajaan Persekutuan nampaknya tidak mengenakan sebarang cukai ke atas perlombongan bauksit. Maka hasil kepada Kerajaan Persekutuan adalah kosong,” katanya dalam kenyataan media.

Fuziah berkata kos ditanggung kerajaan dan orang ramai termasuk pemuliharaan alam sekitar, membaiki jalan dan infrastruktur serta kehilangan pendapatan di kalangan penduduk.

Selain itu, kos rawatan kesihatan juga meningkat akibat pencemaran alam sekitar dan nilai hartanah menjadi susut.

Memetik laporan Sydney Morning Herald Ogos lalu, Fuziah berkata pengaruh Malaysia di pasaran bauksit China akan hilang menjelang 2017 dan dijangka tidak akan kekal lama.

Ini kerana pengimport bauksit dari China memilih bijih bauksit yang berkualiti sedangkan kualiti bauksit yang dihasilkan di Malaysia adalah lebih rendah.

Katanya, pengeksport baru dari Australia juga dijangka mula mengeksport ke China dan akan memberi saingan kepada negara ini.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Bauksit: Tiada hasil untuk negara, bencana ditanggung rakyat

OLEH : FUZIAH SALLEH

Perlombongan berleluasa bauksit di Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan kawasan sekitarnya yang memuncak sejak lewat 2014 telah membawa kesengsaraan kepada ratusan ribu penduduk di situ.

Selain dari gangguan akibat dari debu merah yang menyelubungi Kuantan dan kawasan sekitar, saya telah berkali-kali menyuarakan kebimbangan mengenai kesan jangka panjang kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk setempat.

Fuziah BauksitSaya juga berharap pimpinan Umno/Barisan Nasional yang bertanggungjawab sedia maklum bahawa industri perlombongan bauksit dan eksport bauksit Malaysia pada kuantiti sekarang (sekitar 20 – 25 juta tan setahun) tidak akan kekal lama atas faktor-faktor berikut:

1. Kualiti bijih bauksit adalah lebih rendah dan sekiranya diberikan pilihan, pengimport China lebih gemar membeli dari pengeksport yang boleh memberikan kualiti bijih bauksit yang lebih baik

2. Harga bijih bauksit yang melonjak sekejap dalam tahun 2014 hingga 2015 akibat dari larangan eksport bauksit oleh Kerajaan Indonesia akan mula stabil

3. Lombong-lombong baru dan pengeksport baru dari Australia dijangkakan mula mengeksport ke China bagi memenuhi permintaan dan kualiti bijih bauksit mereka adalah lebih baik
Laporan Sydney Morning Herald bertarikh 19 Ogos 2015 (http://www.smh.com.au/…/alumina-targets-bauxite-exports-des…) malah menyebut pengaruh Malaysia di pasaran bauksit China akan hilang menjelang tahun 2017.

Oleh itu saya menganggarkan bahawa hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri Pahang tidak pun akan mencecah RM200 juta dari tahun 2014 hingga 2016 (RM47 juta dikutip dalam tahun 2015, kuantiti eksport dalam 2016 adalah lebih rendah dari 2015 kerana moratorium aktiviti perlombongan dan kutipan 2014 jauh lebih rendah dari kutipan 2015).

Pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan nampaknya tidak mengenakan sebarang cukai ke atas perlombongan bauksit. Maka hasil kepada Kerajaan Persekutuan adalah kosong.

Namun kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan terutamanya penduduk Kuantan dan sekitarnya sudah tentu jauh lebih tinggi dari RM200 juta. Kos-kos ini termasuklah:

1. Kos pemuliharaan kembali alam sekitar yang rosak akibat perlombongan.

2. Kos membaiki jalan dan infrastruktur lain yang rosak akibat lori keluar masuk.

3. Kos hilang pendapatan oleh penduduk kerana tanah mereka tidak boleh digunakan lagi.

4. Kos rawatan kesihatan yang ditanggung oleh kerajaan dan penduduk akibat masalah kesihatan yang timbul kerana pencemaran alam sekitar

5. Kos hilang nilai hartanah yang ditanggung penduduk
dan lain-lain.

Oleh itu sudah sampai masanya perlombongan bauksit diharamkan terus kerana telah terbukti membawa kerosakan kepada majoriti penduduk sedangkan hasil kepada rakyat tidak berbaloi dengan kos yang ditanggung.

Saya mendesak supaya moratorium aktiviti melombong yang diumumkan ditukar kepada pengharaman aktiviti melombong bauksit berkuatkuasa serta merta.

* Fuziah Salleh adalah Ahli Parlimen Kuantan

Categories
NASIONAL

Bersatu lawan BN, elak berdepan tiga penjuru

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 NOV: Kesanggupan pemerhati daripada PAS, DAP, PSM dan Amanah duduk bersama mendengar ucapan dasar Presiden KEADILAN dianggap sebagai petanda positif buat Pakatan Harapan (Pakatan) menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengarah Latihan KEADILAN, Fuziah Salleh, berkata beliau yakin kerjasama antara PAS dan parti dalam Pakatan Harapan dapat dimetarai sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Fuziah Salleh“Hari ini kita lihat mereka duduk bersama mendengar ucapan Presiden. Saya percaya kesepakatan boleh dicapai sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 nanti,” katanya kepada Selangor Kini pada Kongres Nasional Tahunan kali ke-11 KEADILAN di IDCC di sini, hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mengingatkan semua pihak harus bersatu menentang kezaliman Kerajaan Barisan Nasional (BN).

nurul izzah“Kita tidak ada pilihan lain kerana sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru sama juga memberi kemenangan kepada BN sebab itu kita harus bersatu,” kata Nurul Izzah.

Katanya lagi, kegagalan meletakkan calon satu lawan satu berhadapan BN pada pilihan raya nanti bermakna pembangkang gagal mengambil kesempatan terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Categories
NASIONAL

Memorandum bantah perlombongan bauksit di Kuantan

Oleh : HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 25 NOV: Gabungan Badan Bertindak Bauksit mengemukakan memorandum bantahan berkenaan projek perlombongan di Kuantan didakwa mendatangkan mudarat kepada orang ramai.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata Kerajaan Persekutuan dan Pahang perlu bertindak segera bagi menangani ancaman Arsenik hasil daripada perlombongan berkenaan.

“Kita membawa petisen warga Kuantan yang menanggung akibat daripada isu perlombongan ini di mana apa dikemukakan adalah menggantung lesen eksport sementara bauksit.

fuziahsalleh“Ia perlu dikawal selia dan dikaji kesan kepada kesihatan ekoran banyak kerosakan berlaku.

“Air sungai dikaji Jabatan Alam Sekitar Pahang juga meghasilkan keputusan pada tahap kelas lima yang boleh menyebabkan kemerosotan kesihatan serius,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Bertindak Bauksit berkata, tindakan Timbalan Speaker yang menyokong kerajaan dalam isu itu juga tidak sepatutnya berlaku.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, bantahan warga Kuantan terhadap isu perlombongan itu adalah nyata dan harus dihentikan segera.

“Di mana suara rakyat boleh didengar kecuali di Parlimen.

“Kalau di luar negara apabila rakyat mengemukakan petisyen, ia diizinkan dan sepatutnya Parlimenperkara sama dibenarkan di sini tetapi berlaku sebaliknya,” katanya.

Pejabat Ahli Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota, Pejabat Adun Beserah, Semambu, Tanjung Lumpur dan Teruntum hari ini mengemukakan momerandum bantahan diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pihak terbabit menuntut Ahli Parlimen menyokong dan bersetuju meminta kerajaan memberhentikan pengeluaran permit eksport bauksit.

Perlombongan itu dikatakan mencemari kualiti udara di persekitaran kediaman, premis awam, dan pusat perniagaan, mengotori jalan awam, saliran, sungai dan laut.

-AA-

Categories
NASIONAL

Nisbah polis, penduduk 1:10000 di bandar utama membimbangkan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Nisbah anggota polis berbanding penduduk di kebanyakkan bandar utama di negara ini mencecah 1:10000 amat membimbangkan.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata senario itu berbeza dengan ketetapan nisbah polis berbanding penduduk secara keseluruhan ketika ini iaitu 1:300.

Katanya, nisbah 1:300 itu patut dipatuhi memandangkan angka itu tidak jauh berbeza dengan nisbah dicadangkan Polis Antarabangsa (Interpol) iaitu 1:240.

Fuziah Salleh“Bila kita tengok data anggota polis di balai sangat rendah, contohnya di Petaling Jaya 1:10000 dan kebanyakkan di bandar besar seperti di Johor Bahru.

“Polis dalam Cawangan Khas (SB) dan Unit Simpanan terlalu ramai mengapa tidak digunakan untuk memerangi jenayah dan Menteri tidak boleh menafikan data ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, beliau sudah membangkitkan isu sama sejak 2009 dan percaya kehadiran polis beruniform di kawasan awam dengan lebih kerap mampu mengurangkan kejadian jenayah.

Terdahulu, Fuziah menggesa kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengurangkan kadar kejadian jenayah sekaligus mengurangkan kebimbangan rakyat dari menjadi mangsa jenayah dalam persidangan di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, 15,000 responden terlibat dengan kajian Indeks Kebimbangan Menjadi Mangsa Jenayah kendalian Program Transformasi Kerajaan (GTP) itu menunjukkan pada 2012 sebanyak 56 peratus atau lebih satu perdua rakyat negara ini bimbang menjadi mangsa jenayah.

-nR-

Categories
NASIONAL

Indeks kebimbangan rakyat jadi mangsa jenayah meningkat 56 %

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Kebimbangan rakyat terhadap keselamatan mereka meningkat menurut kajian Indeks Kebimbangan Menjadi Mangsa Jenayah kendalian Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Menurut kajian yang melibatkan 15,000 responden itu, Indeks Kembimbangan Menjadi Mangsa Jenayah pada 2009 adalah sebanyak 58.5 peratus menurun 54 peratus pada 2010 dan 52.5 peratus pada 2011.

Fuziah-Salleh2Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata indeks terbabit meningkat kepada 56 peratus pada 2012 sekali gus membuktikan dakwaan menteri bahawa indeks kebimbangan semakin menurun saban tahun adalah tidak benar.

“Orang ramai merasa tidak selamat, kebimbangan ini memberi kesan terhadap kualiti kehidupan rakyat,” katanya.

Fuziah berkata demikian pada persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari ketiga, semalam.

Beliau berkata, kerajaan harus mengambil langkah segera bagi mengurangkan kebimbangan rakyat.

“Kerajaan harus mengambil tindakan segera bukan sahaja di atas kertas tetapi tindakan di lapangan supaya rakyat lebih berasa selamat,” katanya ketika ditemui Selangor Kini.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, tiga kaji selidik sudah dilaksana ke atas lebih 15,000 rakyat di seluruh negara mengenai persepsi mereka terhadap perkhidmatan polis dan kebimbangan menjadi mangsa jenayah.

Kaji selidik dilaksanakan secara rawak dari rumah ke rumah di kawasan bandar dan luar bandar dalam kalangan rakyat berumur 18 tahun dan ke atas.

-nR-

Categories
NASIONAL

Individu bocor soalan UPSR pengkhianat negara – Fuziah

Oleh Lizawati Madfa

SHAH ALAM, 12 SEPT: Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin didesak meletak jawatan ekoran kejadian soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bocor.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata ia bukan sahaja memalukan, malah menghancurkan integriti institusi pendidikan negara yang diuar-uar sebagai terbaik dunia.

Sebagai menteri bertanggungjawab, beliau berkata Muhyiddin tidak boleh lari dan sekadar menuding jari kepada pihak lain.

“Akibat tangguh kertas peperiksaan ini, kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan, cetak semula, kos pengangkutan, bayaran kepada pemeriksa dan pengawas peperiksaan dan lain-lain kos.

“Juga, kesan kepada perkara lain seperti perancangan percutian keluarga terganggu, masa guru terpaksa masuk kelas dan mengajar lagi,” katanya dipetik dari Facebooknya.

Pada 10 Spetember lepas, soalan kertas Sains UPSR didapati bocor diikuti kertas Bahasa Inggeris yang diduduki calon pada pagi semalam yang juga terpaksa dibatalkan.

Kementerian Pendidikan mengumumkan kedua-dua kertas peperiksaan berkenaan akan ditangguhkan kepada 30 September ini.

Mengulas lanjut, Fuziah menggesa agar kerajaan dapat mengesan punca kejadian ini dan memastikan ia tidak akan berulang di masa hadapan.

“Orang yang membocorkan soalan ini adalah pengkianat negara, bangsa dan agama,” katanya.

Categories
NASIONAL

Fuziah, Surendran diarah keluar Dewan Rakyat

SHAH ALAM, 17 JUN: Dua Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran (Padang Serai) dan Fuziah Salleh (Kuantan) diarahkan keluar dari Dewan Rakyat selepas mengingkari nasihat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Memetik BERNAMA, Fuziah diarah keluar apabila beliau mempersoalkan kewajaran penolakan usul membahaskan isu Lesen Operasi Sementara (TOL) berkenaan projek Lynas.

fuziahsallehKetika Pandikar sedang memberi penjelasan, Surendran pula bangun mencelah dan meminta Speaker Dewan Rakyat itu menjelaskan mengapa usul itu ditolak.

Apabila Surendran mengingkari arahan untuk duduk, Pandikar berkata: “Ahli yang berhormat Padang Serai, saya buat keputusan yang berhormat.

“Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat apabila berdiri berkenaan petisyen terpaksa juga rujuk ‘point of order 14F’.

20130623_PKR_Padang_Serai_N_Surendran“Oleh kerana Padang Serai dan Kuantan enggan mematuhi arahan, maka sekarang ini saya arahkan Yang Berhormat keluar dari Dewan,” katanya.

Arahan Pandikar itu mengakibatkan suasana di dalam Dewan Rakyat menjadi kecoh seketika.

Ini adalah kali keempat Surendran diusir daripada persidangan Dewan Rakyat dan semalam (17 Jun) hari pertama beliau menghadiri persidangan selepas penggantungan enam bulan, pada November 2013.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Fuziah: “Bangkai gajah tidak boleh ditutup selama-lamanya, JPP perlu bertindak”

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 MEI: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2014 digesa bertindak tegas terhadap pihak yang terbbait dengan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan parti itu supaya tidak menjejaskan keyakinan rakyat.

Calon Naib Presiden, Fuziah Salleh, berkata hal itu berikutan terdapat banyak aduan berlakunya penyelewengan di dalam pengendalian pemilihan 2014 terutama di Sabah dan Sarawak seperti kes di Batang Sadong serta beberapa kawasan terpencil yang disalurkan melalui saluran dalaman parti, media sertalaman sosial.

“Terlalu banyak aduan dan laporan yang di terima daripada pelbagai pihak yang menjurus kepada pendapat bahawa ada sesuatu yang tidak kena di dalam tatacara pengendalian pemilihan kali ini selepas berakhir pusingan pertama dan kedua yang membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Johor, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.

FUZIAH SALEH“Ahli parti mengharapkan JPP akan bertindak secara telus dan bertanggungjawab tanpa sifat bias waima atas alasan atau sifat mahu melindungi nama baik parti.

“Yakinlah bahawa melindungi kepincangan tidak akan membawa kebaikan kepada parti. Bangkai gajah tidak mampu di tutup selamanya, sebaliknya akan menghakis keyakinan ramai terhadap parti,” kata Fuziah dalam surat terbukanya kepada JPP, hari ini.

Katanya, JPP harus mengambil tindakan tegas dengan tidak teragak-agak dan bersifat bias jika siasatan membuktikan terdapat penyelewengan walaupun dilakukan sama ada calon atau pengawas JPP sendiri.

“Jika benar berlaku penyelewengan selepas disiasat, maka JPP harus bertindak tegas dan tidak teragak-agak tanpa sifat bias. Tidak kira jika penyelewengan itu dilakukan calon atau pengawas JPP sendiri. Sama ada calon yang disenangi JPP atau sebaliknya dan harus berlaku adil.

“Segala bentuk politik wang, ugutan oleh calon yang bertanding atau agen dan tindakan pegawai JPP berkrompromi harus ditolak sama sekali dan diambil tindakan tegas,” katanya.

Kongres PKR 05Sementara itu, Fuziah dalam satu mesej melalui sistem pesanan ringkas (sms) kepada Selangor Kini berkata, walaupun mengakui beliau menulis surat terbuka itu tetapi ia dibuat untuk edaran dalaman sahaja.

Pada hari pengundian pusingan pertama dan kedua yang tamat semalam, beberapa insiden yang dikaitkan dengan penipuan pemilihan dilaporkan berlaku.

Antara penipuan yang didakwa berlaku dakwaan terdapat pihak yang menanda kertas undian bagi memenangkan calon tertentu dan jumlah kertas undi yang jauh melebihi jumlah anggota membuang undi.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Bantuan jutaan ringgit untuk bencana luar negara tetapi Kuantan?

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 27 DIS: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh melahirkan kekecewaan dengan sikap kerajaan pusat yang dilihat bertindak lebih pantas ketika menghulurkan bantuan bernilai jutaan ringgit terhadap mangsa bencana alam di luar negara berbanding bantuan di Kuantan.

“Kita lihat apabila berlaku bencana di negara lain, baik kerajaan sendiri atau badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kerajaan begitu cepat menghulurkan bantuan bernilai jutaan ringgit.

fuziahsalleh“Kalau ada bencana di luar negara cepat sahaja bantuan dihulurkan tetapi dalam isu banjir di Kuantan kita masih belum dengar pengumuman bantuan yang besar. Kita bimbang penduduk Kuantan dianaktirikan hanya disebabkan idealogi politik,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

Dalam beberapa siri kejadian bencana alam di luar negara, lazimnya kerajaan bersedia menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai, minuman, makanan, selimut, pegawai perubatan, anggota keselamatan dan sukarelawan lain daripada NGO berkaitan kerajaan.

Kelab Putra Satu Malaysia (KP1M) turut menghantar sukarelawan yang dilengkapi doktor dan pelbagai kelengkapan lain melalui Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana di beberapa negara seperti bencana Taufan Haiyan di Filipina dengan menelan kos perbelanjaan yang tinggi.

Pemergian sukarelawan kelab itu juga mendapat perhatian khas daripada kerajaan dengan diiringi pasukan keselamatan dan dibawa dengan menggunakan pesawat khas Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).

Walaupun usaha murni itu dialu-alukan, namun situasi seperti itu tidak berlaku ketika penduduk Kuantan sedang menghadapi bencana banjir apabila kelibat sukarelawan kelab yang dipengerusikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim itu langsung tidak kelihatan.

Kebanyakn mangsa banjir ketika itu terpaksa menyelamatkan diri sendiri sama ada dengan bantuan orang ramai atau bantuan daripada Jabatan Amal PAS dari luar Pahang.

Jabatan Amal yang lebih gemar tidak menonjolkan diri dengan sebarang publisiti memainkan peranan cukup penting daripada awal banjir sehingga ke peringkat membantu penduduk membersihkan kediaman selepas banjir.

-NFN-