Categories
NASIONAL

Lynas jejas penduduk kampung di Gebeng-Fuziah

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Projek Lynas di Gebeng, Kuantan Pahang menjejaskan penduduk kampung yang tinggal berhampiran, kata ahli parlimennya, Fuziah Salleh.

Fuziah berkata hanya selepas lima tahun beroperasi, pembuangan sisa radioaktif di tapak serta sisa berjadual kini berjumlah 1.5 juta tan metrik dan air bawah tanah di bawah Lynas sudah tercemar dengan logam berat.

“Ini akan memberi kesan kepada penduduk kampung yang tinggal di sekitar Gebeng, yang sebahagiannya masih bergantung kepada telaga tiub untuk kegunaan air harian mereka. Ia juga akan mencemarkan saluran air di sekitar Gebeng,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Perdana Menteri berkata isu berkenaan dengan Lynas biasanya disalah faham oleh ramai orang, terutamanya berkaitan dengan pengurusan sisa khususnya dengan sisa radioaktif.

“Lynas bijak dalam strategi menyampaikan mesej mereka di mana agak mudah terpedaya dengan pernyataan mereka tentang tahap radiasi yang rendah. Lynas sentiasa membisu mengenai thorium dalam sisa radioaktif mereka yang mempunyai jangka hayat yang sangat lama sehingga mencapai 14 bilion tahun

“Tetapi sayang sekali, ramai di dalam kerajaan juga tidak memahami isu pengurusan sisa yang betul dan yakin dengan cerita Lynas yang juga disampaikan kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Fuziah juga berkata Parlimen Kuantan mengalu-alukan sebarang pelaburan langsung asing (FDI) kecuali Lynas.

“Ya, kami mengalu-alukan FDI tetapi tidak seperti LYNAS. Kami mengalu-alukan FDI sehingga saya membantu mereka menyelesaikan isu kekurangan air yang sedang dihadapi oleh industri sekarang.

“Bagaimanapun, industri yang mencemari dan menganggap mereka berada di atas undang-undang tidak dialu-alukan di Kuantan dan Pahang dalam soal itu,” katanya.

Pada 24 Mac, Pengurus Besar Keselamatan Sinaran Lynas Malaysia, Prof. Dr. Ismail Bahari dilaporkan sebagai berkata bahawa tidak ada asas untuk mendakwa Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan boleh menyebabkan kejadian pencemaran sisa kimia serupa di Pasir Gudang, Johor .
– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Wajibkan vaksin: Jakim akan bincang dengan KKM, KPM

MELAKA, 7 MAC: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pelajaran (KPM) mengenai kajian mewajibkan suntikan vaksin imunisasi ke atas kanak-kanak sebelum memasuki sesi persekolahan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, jabatan itu sedia membantu kedua-dua kementerian berkenaan bagi meneliti cadangan mewajibkan suntikan vaksin imunisasi sebelum menetapkan sebarang dasar berhubung perkara terbabit.

“Apabila seseorang kanak-kanak tidak mengambil suntikan vaksin imunisasi, dia boleh memudaratkan orang lain seperti mana kes yang berlaku baru-baru ini ada kanak-kanak meninggal dunia disebabkan jangkitan difteria.

“Dari sudut ‘maqasid syariah’, (tanpa pengambilan vaksin) membahayakan nyawa orang lain, jadi kita perlu buat dasar mewajibkannya namun ia memerlukan fatwa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Townhall Maqasid Syariah peringkat Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini, lapor BERNAMA.

Program berkenaan dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Fuziah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai KKM bersedia menimbang cadangan Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) untuk mewajibkan sekurang-kurangnya dua daripada 12 vaksin bawah Program Imunisasi Kebangsaan yang akan dimuktamadkan dalam waktu terdekat.

Sementara itu, Adly berkata, Kerajaan Melaka sentiasa terbuka dalam memberikan kerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi membincangkan pelbagai tuntutan syariah dalam Islam.

Melaka adalah negeri pertama melaksanakan program sesi perbincangan maqasid syariah sebagai usaha menyokong hasrat kerajaan Persekutuan bagi membincangkan pelbagai perkara demi kesejahteraan masyarakat serta kemakmuran negeri dan negara.

Categories
NASIONAL

Jakim bantu perjelas isu suntikan vaksin dari sudut fatwa

KUANTAN, 2 MAC: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membantu Kementerian Kesihatan untuk membuat dasar berkenaan suntikan vaksin imunisasai dari sudut pandangan fatwa sama ada perlu mewajibkan pengambilannya atau sebaliknya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, dalam masa yang sama Jakim akan turut membantu memperjelaskan kepada orang ramai mengenai suntikan vaksin itu memandangkan terdapat sesetengah ibu bapa berpandangan ia mempunyai elemen yang tidak halal.

“Kita akui hak mereka sebagai ibu bapa tetapi kalau kita lihat dari sudut lebih besar apabila anak itu (tidak mendapatkan suntikan vaksin) mungkin tidak terlindung daripada sesetengah penyakit dan kemudian dia boleh merebak membawa penyakit itu kepada orang lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Moh Sambung Belajar 2019 Kolej Poly-Tech Mara Kuantan di sini, hari ini.

Katanya, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kemaslahatan ummah perlu sentiasa difikirkan di samping menghormati pendirian golongan ibu bapa terhadap soal anak-anak mereka.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini berkata, pihaknya akan membentangkan cadangan dan dasar kepada jemaah menteri supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.

Katanya, kementerian mendapat ‘desakan’ kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbang mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan menyebabkan berlaku jangkitan penyakit yang membawa kematian.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Tindakan biadap hina Yang di-Pertuan Agong – Fuziah

KUANTAN, 2 FEB: KEADILAN Pahang menyifatkan tindakan segelintir individu menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial sebagai perbuatan biadap.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Fuziah Salleh yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, mereka yang melakukan perbuatan itu perlu dikenakan tindakan tegas.

“Perkara mengenai Yang di-Pertuan Agong ada termaktub di dalam Perlembagaan negara dan tidak seharusnya perkara ini dipersoalkan atau dihina, apatah lagi ia membabitkan institusi raja-raja.

“Saya menyokong tindakan tegas diambil ke atas mereka yang melakukan kesalahan itu, tapi dalam masa sama, ingin mengingatkan supaya tiada pihak mengambil tindakan sendiri serta gunakan saluran undang-undang yang ada,” katanya semasa ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Tahun Baharu Cina di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kelakuan beberapa individu yang didakwa menghina Sultan Abdullah di laman sosial, sehari selepas baginda melafaz sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan di Istana Negara, Khamis lalu.

Fuziah seterusnya mendakwa tindakan pembangkang dalam memainkan sentimen fobia DAP dan memutarbelitkan kenyataan termasuk yang berbentuk fitnah menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati masyarakat Melayu terhadap pentadbiran Pakatan Harapan (PAKATAN).

“Sebagai contoh mereka membuat dakwaan DAP hendak menghapuskan institusi Raja dan Islam yang mana adalah fitnah. DAP sebagai sebahagian daripada PAKATAN menjunjung Perlembagaan negara yang sudah menyebut Islam sebagai agama rasmi dengan agama lain bebas diamalkan.

“Perkara ini tidak seharusnya dipersoalkan kerana pemimpin PAKATAN sentiasa mempertahankan Islam termasuk saya sendiri yang menjaga (portfolio) agama. Tugas saya untuk pastikan kedudukan itu terjaga,” katanya, lapor BERNAMA.

Fuziah juga menyifatkan tindakan memainkan isu berkaitan agama demi kepentingan politik adalah berbahaya kerana boleh menjejaskan keharmonian kaum sedangkan Malaysia adalah negara Islam contoh dalam hal terbabit kepada masyarakat antarabangsa.

Semalam, media melaporkan dapatan agensi perundingan Ilham Centre bersama Penang Institute yang mendakwa hampir 60 peratus masyarakat Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi PAKATAN setelah menjadi kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Fuziah yang juga Anggota Parlimen Kuantan berkata, pihaknya dalam perancangan mewujudkan bank makanan di sini, bagi membantu masyarakat sekitar yang kurang bernasib baik, mengambil contoh kejayaan pelaksanaan program itu di Pulau Pinang.

“Program ini membabitkan kerjasama pengurusan pasar raya besar di daerah ini yang mana mereka boleh menyumbang produk makanan yang hampir tarikh tamat tempoh ke pusat khidmat untuk diagihkan kepada penduduk kurang bernasib baik.

“Kerjasama ini adalah situasi menang-menang kerana sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), tiada pembaziran dan menjaga kualiti produk manakala orang yang tidak bernasib baik boleh menikmati makanan yang mungkin jarang dibeli,” katanya.

Categories
NASIONAL

Siasat jika ada elemen sabotaj

KUANTAN, 26 JAN: Pengurusan stesen televisyen Alhijrah melakukan siasatan dalaman untuk mengetahui sama ada berlaku elemen sabotaj dalam insiden pelanggaran etika dan dasar syarikat sebagai media dakwah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pengurusan Alhijrah akan mengemukakan laporan terperinci berkenaannya, pada Isnin ini.

“Kita ingin tahu siapa yang mempunyai akses kepada sistem termasuk ke atas laman sesawang dan sebagainya kerana dikhuatiri berlaku sabotaj memandangkan perbuatan itu tidak seperti kebiasaan.

“Alhijrah sebelum ini bersih dan profesional dalam kandungan mereka,” katanya lapor BERNAMA.

Beliau ditemui selepas merasmikan pusat servis 4S oleh Sendok Group yang menyediakan perkhidmatan jualan dan servis kepada trak tugasan berat jenama Sinotruck, di Jalan Gambang di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan ringkas Alhijrah di laman sosialnya bahawa Anggota Lembaga Pengarah syarikat itu akan mengambil tindakan tatatertib kepada semua pegawai bertanggungjawab melanggar etika dan dasar syarikat sebagai media dakwah.

Kenyataan itu walaupun tidak dijelaskan secara terperinci, dipercayai merujuk kepada penyiaran artikel berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di media sosial dan laman sesawang Alhijrah, yang kini sudah dipadamkan.

Dalam perkembangan lain, Fuziah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang berkata, beliau sudah menghantar notis tuntutan kepada penulis blog bernama Yusman Zahari Zakaria berhubung penulisan artikel yang didakwa bersifat fitnah.

“Saya mengarahkan peguam berbuat demikian kerana penulis berkenaan gagal membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam yang diberikan,” katanya.

Terdahulu, Fuziah mendesak penulis blog itu memohon maaf kerana didakwa menuduhnya menggunakan kenderaan milik kerajaan untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kuantan mendakwa perkara itu terkandung dalam artikel bertajuk ‘Fuziah Salleh bercakap depan cermin, terbukti beliau salah guna aset kerajaan’ yang turut tular di Facebook.

Categories
NASIONAL

Tiada ugutan, tawaran kepada Tok Batin – Fuziah

KUANTAN, 20 JAN: Tiada ugutan atau tawaran dibuat kepada Tok Batin di Cameron Highlands untuk mendapatkan undi, tegas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang, Fuziah Salleh.

Beliau berkata perjumpaan dihadiri 46 Tok Batin yang tular di media sosial semalam, adalah majlis dialog bersama pihak berkepentingan untuk membincangkan masalah dan mendengar pandangan mereka untuk mencari penyelesaian.

Katanya, mereka yang hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Ketua Pengarah Jakoa Datuk Ajis Sitin dan dua Senator berkaitan Orang Asli.

“Dalam majlis itu, semua ingin berdialog bagi memahami masalah Orang Asli seperti tidak mempunyai pendapatan tetap, masalah ekonomi, kemiskinan, isu perumahan yang daif, ketiadaan rumah transit kepada wanita mengandung yang menunggu hari kerana dibimbangi tidak sempat ke hospital kerana jarak yang jauh.

“Kita juga dengar masalah mereka dalam isu pelaksanaan ladang rakyat yang terbengkalai atau tidak dilaksanakan dengan baik yang akhirnya gagal meningkatkan pendapatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Khidmat Masyarakat ‘Seluas Budi, Seteguh Harapan’ di Dewan Komuniti Kampung Tanjung Api di sini, hari ini.

Fuziah berkata, kehadirannya pada majlis itu juga atas kapasiti sebagai Timbalan Menteri JPM yang menjaga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana agensi itu juga terbabit secara aktif dalam isu berkaitan Orang Asli.

Katanya, permasalahan pendidikan anak Orang Asli turut ditimbulkan pada majlis itu, seperti tidak mempunyai kelengkapan persekolahan termasuk baju yang lengkap dan keengganan guru untuk mengajar di pos penempatan masyarakat tersebut.

“Masalah itu yang kita bincangkan. Tiada satu pun unsur ugutan, hasutan atau tawaran. Malah calon Pakatan Harapan (PAKATAN), M Manogaran juga tidak dibawa (ke majlis itu).

“Kita beritahu Tok Batin bahawa mereka adalah wakil kepada Orang Asli dan tidak sepatutnya timbul konflik walaupun ada jawatan dalam politik,” katanya.

Fuziah berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan yang tular di media sosial Facebook semalam, mendakwa Tok Batin sekitar Cameron Highlands ‘dikurung’ di sebuah hotel di Brinchang dengan tujuan untuk dipaksa memberi undi kepada calon PAKATAN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu 26 Januari ini.

Fuziah yang juga Anggota Parlimen Kuantan seterusnya menegaskan tidak akan menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen pada PRK Parlimen Cameron Highlands dan menasihatkan Barisan Nasional (BN) untuk belajar berkempen daripada PAKATAN.

“Jangan buat silap dan belajar berkempen sebagai orang politik. Saya ambil cuti dan bawa kereta sendiri (untuk berkempen).

“Jangan salah guna jentera kerajaan. Saya pun tidak ada panggil guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kerana saya tak mahu salah guna,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Kerajaan kaji serap lantikan tetap Guru KAFA

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 OGOS: Kerajaan sedang mengkaji untuk menaik taraf status guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) termasuk dilantik ke jawatan tetap dalam usaha membela kebajikan golongan berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Fuziah Salleh berkata, kajian terbabit membabitkan status guru KAFA dan penyediaan kursus bersesuai kepada guru KAFA itu.

Katanya, ia akan dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai penyelaras program KAFA.

“JAKIM kini sedang membuat kajian menaik taraf status guru KAFA antaranya dilantik menjadi penjawat tetap dalam perjawatan dan kita ingin pastikan kemahiran guru-guru KAFA ditingkatkan dengan diberi kursus-kursus bersesuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan tambahan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) mengenai perancangan kerajaan dalam menaik taraf status kontrak guru KAFA di seluruh negara.

Pada masa sama, Fuziah berkata, terdapat 31,460 guru KAFA dengan seramai 973,555 murid sedang mengikuti program KAFA serta 5,609 premis KAFA di seluruh negara, ketika ini.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor giat melaksanakan inisiatif baru bagi mengukuhkan peranan guru berkenaan di seluruh negeri selain menaikkan elaunnya kepada RM1,500 kepada lebih 3,000 guru KAFA.

Antaranya pengurusan latihan, pengurusan tekanan, pengursuan pentadbiran sekolah, komunikasi, penulisan kajian dan pengurusan kewangan.

Selain itu, pengajaran dan pembelanjaran interakftif, pelaksanaam pembelanjaran holistik, kaedah penulisan jawi, pembinaan bantuan pendidikan, jati diri dan motivasi, pengurusan displin murid, tarbiah rohani, kursus penyediaan dan kursus penyelanggaraan komputer.

Categories
NASIONAL

Najib gelabah jika saya bertanding Pekan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 22 NOV: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa Datuk Seri Najib Razak gentar sekiranya beliau bertanding di kerusi Parlimen Pekan, pada pilihan raya umum depan.

Katanya, beliau mempunyai ‘rahsia besar’ yang mampu menggungat kedudukan Najib sebagai wakil rakyat, di Parlimen itu.

“Najib takut kalau saya bertanding Pekan, saya tahu berkenaan 18,000 jumlah pengundi, di sana dan saya tahu berkenaan isu pengundi Pekan.

“Malah, mereka (Barisan Nasional) pada pilihan raya lalu peruntuk sekitar RM20 juta untuk tewaskan saya di Kuantan.

“Walau apapun, saya akan pertahankan Kuantan dan kalau (parti) tukar saya pun, saya lebih berminat di Pekan,” katanya kepada pemberita di Parlimen, petang ini.

Untuk rekod, ini bukan pertama kali kenyataan dikeluarkan pimpinan pembangkang untuk bertanding, di Pekan.

Sebelumnya, Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pernah secara sinis terbuka untuk bertanding di kawasan itu.

Terdahulu, Najib memaklumkan beliau tidak pernah membayangkan untuk meninggalkan kerusi berkenaan.

“Saya tidak pernah bermimpi untuk tinggalkan Pekan. Hidup dan mati perjuangan politik saya ialah di Pekan,” katanya lapor Bernama.

Najib menjadi anggota Parlimen Pekan, pada 1976 selepas bapanya, Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia.

Sejak itu, Najib kekal menjadi wakil rakyat di kawasan itu, kecuali semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang antara 1982 dan 1986.

Ketika itu beliau mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar Pekan.

Categories
KENYATAAN MEDIA NASIONAL

Saranan bekukan AP Bauksit ternyata tepat

OLEH FUZIAH SALLEH

Kenyataan Media saya pada 30 hb Jun 2017 telah menyebut bahawa cara yang terbaik untuk menguruskan isu perlombongan bauksit haram ialah dengan membekukan permit ekspot khas.

Pada hari semalam SPRM telah menyita 10 juta metrik ton stokpile bauksit. Jumlah yang teramat banyak bukti kerakusan manusia dan kegagalan penguatkuasaan agensi2 terlibat.

Ia juga menyerlahkan sifat ketamakan pihak pelombong haram didalam membuat keuntungan tanpa mengambil kira kerosakan kepada alam sekitar dan kesan kepada kesihatan awam.

BAUKSIT 1Pada 8 Ogos 2017 apabila Menteri NRE membuat kenyataan tentang jumlah ekspot bauksit telah amat jelas membuktikan berlaku perlombongan bauksit haram apabila jumlah ekspot stokpile diluar pelabuhan telah menjangkau 5.8juta metrik ton sedangkan jumlah stokpile di permulaan ialah hanya 5.4juta metrik ton

Saya juga telah beberapa kali sebelum itu menyarankan perkara yang sama iaitu bekukan permit ekspot khas untuk membenarkan perlombongan haram tidak terus berlaku.

Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak menentang industri perlombongan bauksit. Namun segala bentuk aktiviti ekonomi mestilah lestari (sustainable) serta menjunjung prinsip dan kaedah menang-menang.

Maksud menang-menang ialah apabila pelombong dapat untung, negeri juga dapat revenue, rakyat dapat manfaat, dan bukan dapat penyakit dan alam sekitar juga dipastikan tidak tercemar.

* Fuziah Salleh adalah Ahli Parlimen Kuantan (KEADILAN)

Categories
NASIONAL

Bauksit: Tiada kuasa dakwa, taring SPRM dipotong BN

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 10 OGOS: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran kejayaan menahan beberapa penjawat awam di Pejabat Tanah dan Galian Pahang di Kuantan kerana disyaki membocorkan maklumat operasi kepada pelombong haram bauksit.

Fuziah bagaimanapun berkata, penahanan dan siasatan SPRM itu tidak membawa sebarang makna jika pihak Peguam Negara tidak melakukan pendakwaan terhadap tertuduh.

“Aktiviti membantu perlombongan haram ketika moratorium yang diumumkan kementerian adalah perbuatan khianat kepada negara, insan dan alam sekitar serta tidak ada toleransi yang wajar diberikan kepada pengkhianat.

Fuziah Bauksit“Namun, SPRM hanya punya kuasa untuk menyiasat tetapi tidak untuk mendakwa. Taring SPRM sudah dipotong rejim kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mahu terus membantutkan proses demokrasi, amalan ‘good governance’ serta integriti dan ketelusan di dalam urus tadbir,” katanya kepada SelangorKini, semalam.

Katanya, pihak Peguam Negara perlu membuktikan kesungguhan mereka untuk membersihkan rasuah di dalam industri perlombongan bauksit haram dengan mendakwa semua tertuduh yang ditahan SPRM itu.

SPRM menahan seorang pembantu am di PTG Pahang kerana disyaki menerima rasuah membocorkan maklumat operasi kepada pelombong bauksit haram, pada 5 Ogos lalu.

Penahanan terbaru itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan berkaitan kegiatan perlombongan bauskit ini seramai 11 orang termasuk seorang Pegawai Kanan Kastam dan sembilan kakitangan PTG Pahang.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Keputusan SPR membelakangi demokrasi

OLEH FUZIAH SALLEH

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghentikan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahunan kepada parti politik dan pihak-pihak berkepentingan dengan perjalanan pilihan raya adalah sangat mengejutkan dan tidak munasabah.

Perkara itu yang disahkan Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh melalui laporan media baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan dikalangan rakyat apakah proses pilihan raya di Malaysia dapat dilakukan dengan ‘bersih’ dan ‘adil’ selepas ini.

Saya melihat keputusan dibuat SPR melalui mesyuarat kali ke-773 nya pada 28 Mac lalu itu sebagai tindakan tidak telus yang membelakangkan proses demokrasi yang diamalkan di negara ini.

SPRSaya tegaskan, salinan RDPT adalah penting kepada mana-mana parti politik. Ia digunakan sebagai sumber rujukan untuk proses semakan bakal pengundi agar dapat disahkan keabsahannya.

Di dalam RDPT disenaraikan pengundi yang baru didaftarkan, pengundi yang baru berpindah masuk ke kawasan serta pengundi pindah keluar dan juga pemotongan nama pengundi.

Contohnya diantara bulan Oktober sehingga Disember 2016 tahun lalu sahaja, terdapat kira-kira 1090 bakal pengundi baru telah didaftarkan di Parlimen Kuantan, tanpa senarai RDPT diberikan kepada parti politik bagaimana semakan dapat dijalankan dilapangan.

Bagaimana mungkin dapat dikenalpasti mereka itu hantu atau benar-benar wujud atau mereka sebenarnya warga asing yang diberikan MyKad dan seterusnya punya hak mengundi?

Justeru, sebarang keputusan menghalang parti politik atau pihak yang mempunyai kepentingan mendapatkan salinan RDPT hanya akan menyukarkan dan menggagalkan proses semakan.

Saya khuatir akan membuka ruang untuk pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan di atas kelemahan itu bagi mendaftarkan pengundi-pengundi hantu di kawasan-kawasan tertentu.

Semakan pihak kami di Kuantan keatas RDPT sebelum ini mendapati bahawa ramai pengundi di daftarkan tanpa pengetahuan mereka. Ini menyalahi dari segi undang-undang.

SPR (6)Ada banyak juga kami dapati pengundi di pindahkan tempat mengundi tanpa pengetahuan mereka apabila mereka menukar alamat didalam MyKad mereka kerana berpindah rumah di dalam kawasan. Ini juga salah dari segi undang-undang.

Malah ramai juga di daftarkan di daerah mengundi yang salah oleh SPR, tidak mengikut kedudukan sebenar rumah mereka di dalam peta kawasan pilihanraya.

Kesemua semakan dilapangan ini mustahil dilakukan tanpa salinan senarai RDPT yang dibekalkan

Saya juga mempersoal kewajaran kenyataan dibuat Abdul Ghani bahawa pameran RDPT memadai bagi membolehkan mana-mana parti politik dan pihak berkepentingan membuat semakan, tuntutan dan bantahan juga mengejutkan.

Ia tentu akan menyebabkan proses semakan kepada ribuan nama pemohon menjadi semakin sukar dan tidak dapat dilakukan dengan secara terperinci.

Abdul Ghani perlu menjawab, bagaimana proses semakan hendak dilakukan dengan terperinci dan tepat di tempat-tempat pameran RDPT yang disediakan SPR?

Memandangkan banyak pendedahan berkaitan pelbagai kepincangan yang dikesan didalam senarai daftar pemilih didedahkan baru-baru ini, apakah keputusan menghentikan pengedaran senarai RDPT ini satu lagi helah politik. Apa rasional disebalik keputusan SPR ini?

spr_600Apakah ia satu usaha bagi menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan umum? atau taktik bagi membantu Umno BN untuk terus dapat mengekalkan kuasa mereka melalui Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang?

Sehubungan itu, ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa rakyat di negara ini sangat mengharapkan satu proses pilihan raya yang bersih dan adil dapat dijalankan. SPR sepatutnya memperbaiki servis mereka kepada pihak yang berkepentingan. Ini tidak! Tindakan mereka berbentuk ‘regressive’.

Lebih parah lagi SPR ambil langkah berdiam diri dan tidak menjawab segala penyelewengan yang di dedahkan sebelum ini.

Tindakan-tindakan terdesak dilakukan SPR termasuk dengan menghentikan pengedaran senarai RDTP ini dapatlah disifatkan sebagai membunuh kepercayaan rakyat terhadap integriti dan kebebasan suruhanjaya itu menjalankan tugasnya.

Jesteru saya menasihatkan agar barisan kepimpinan SPR seharusnya merasa malu. Keputusan tidak demokratik itu perlu ditarik balik.

  • Fuziah Salleh adalah Ahli Parlimen Kuantan (KEADILAN)
Categories
KENYATAAN MEDIA

Batal projek PBT, kerajaan tiada wang?

OLEH FUZIAH SALLEH

Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar bahawa sejak tahun lalu peruntukan untuk KPKT sangat terhad dan ia tidak boleh diagihkan kepada semua 222 kawasan parlimen di negara ini.

Menurut Noh, kementeriannya terpaksa mengutamakan kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan parlimen dan Dun yang dikuasai Barisan Nasional (BN) yang menang pada pilihan raya umum lalu terlebih dahulu.

1. Bagi saya, tindakan Noh Omar yang mengarahkan pembatalan projek kemudahan asas di kawasan-kawasan dikuasai pembangkang menguatkan lagi bukti bahawa kerajaan sebenarnya sudah tidak ada wang untuk menampung sebarang projek.

Ini bermakna pembentangan belanjawan yang menyatakan negara ada pendapatan yang banyak dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi, adalah dengan sengaja menyelewengkan pemikiran rakyat kerana terbukti sebelum pengumuman itu, kerajaan memang tidak dapat lagi memberikan peruntukan atas sebab keadaan kewangan yang terhad.

2. Dalam isu ini, Noh Omar tidak ada hak membatalkan projek untuk semua rakyat Malaysia, ini kerana semua projek BP 1 merujuk kepada projek-projek infrastruktur berskala kecil di peringkat majlis tempatan di kawasan Parlimen, ia perlu diberikan tanpa mengira fahaman politik, kerana itu merupakan hak rakyat dalam negara demokrasi seperti Malaysia.

Malah sekiranya Noh bertindak demikian beliau bukan sahaja menghukum majoriti pengundi yang memilih pembangkang sebagai wakil mereka akan tetapi tindakan itu juga menghukum pengundi BN dikawasan tersebut.

Fuziah-SallehSaya melihat di Parlimen Kuantan, sebagai contoh di Taman Gelora, kerajaan tidak dapat mengekalkan kemudahan asas seperti memotong pokok-pokok tua serta membaikpulih kemudahan sukan dan rekreasi. Kawasan ini merupakan tempat riadah terutama penduduk di sekitar Kuantan, kerana berhampiran dengan pantai.

Selain itu, masalah di taman bersebelahan sungai Galing menghadapi keadaan yang sama. Lebih parah lagi kawasan seperti Kampung Kurnia yang masih tidak disediakan tong sampah yang mencukupi oleh PBT untuk penduduk setempat sehingga menimbulkan masalah kebersihan pula. Ini contoh diKuantan dan saya yakin perkara yang sama berulang diseluruh negara.

3. Bertambah malang lagi, apabila semua wang untuk keperluan rakyat terpaksa digunakan bagi menampung hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibuat oleh pimpinan tertinggi Umno-BN, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Akhirnya, rakyat yang terpaksa menangung semua beban yang dibuat Najib dan menteri-menteri Umno BN.

4. Apa yang jelas, dalam trend terkini adalah taktik kotor BN yang ditunjangi Umno mula terserlah apabila yang kaya terus buat kesilapan dalam pentadbiran, negara berhutang dan Menteri Umno BN bersenang lenang.

*Fuziah Salleh adalah Ahli Parlimen Kuantan