Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Elak penularan Covid-19, Hari Natal dirai sederhana

SUBANG JAYA, 15 DIS: Bimbang penularan jangkitan Covid-19 yang masih tinggi, kebanyakan penganut Kristian memilih untuk meraikan sambutan Krismas secara sederhana.

Paderi Gereja Kota Kemuning Jeffrey Koay berkata meskipun sambutan tidak semeriah dahulu, ia bukan alasan untuk tidak bergembira dan berkumpul bersama keluarga.

Jeffrey Koay

“Tidak buat persediaan sangat, yang penting dapat berkumpul dan mengeratkan silaturahim. Ini hikmah Covid-19 apabila disambut bersama yang tersayang,” katanya kepada Selangorkini.

Sementara itu, Pengerusi Gereja St Thomas More M Gevanantham akan memanfaatkan cuti perayaan itu termasuk tahun baharu dengan membawa keluarganya bercuti ke Pulau Pinang dan Ipoh.

Beliau juga bercadang mengadakan sambutan secara kecil-kecilan di rumah bersama komuniti setempat selain melaksanakan upacara sembahyang di gereja.

M Gevanantham

“Kita akan pastikan semua aktiviti mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) supaya boleh kekang penularan Covid-19,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan kerajaan sedang memperhalusi SOP sambutan perayaan Krismas dan Thaipusam.

Jelasnya, perincian dibincangkan bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Sadique dan Menteri Sumber Manusia Datuk M Saravanan, Kementerian Kesihatan (KKM) dan beberapa pihak berkaitan.

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Aliran trafik lebuh raya utama lancar pagi ini

KUALA LUMPUR, 26 DIS: Aliran trafik di lebuh raya utama negara setakat 11 pagi ini, bergerak lancar dan terkawal walaupun jumlah kenderaan meningkat berikutan cuti panjang sempena perayaan Krismas yang akan disusuli cuti umum tahun baharu, minggu depan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata aliran trafik di kedua-dua arah berjalan lancar dan terkawal.

“Kita menjangkakan aliran trafik akan meningkat esok berikutan orang ramai mula pulang ke rumah masing-masing untuk bekerja,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik ke arah timur negara juga bergerak lancar dan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafikm atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik .

-BERNAMA

Sumber Grafik: LLM
Categories
BERITA UTAMA PENDAPAT RENCANA

MB: Hayati semangat memberi, berkongsi

Perutusan Hari Krismas Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari

Sambutan Hari Krismas penting bukan sahaja bagi penganut agama Kristian di Selangor, Malaysia malah di seluruh dunia. Krismas, yang diraikan untuk menyambut hari kelahiran Jesus atau dalam tradisi Islam disebut Nabi Isa A.S, mengajak kita menghayati nilai-nilai baik yang universal seperti kepedulian kepada jiran tetangga serta sekeliling, kemurahan hati, dan semangat berkongsi atau disebut “the spirit of giving and sharing”.

Izinkan saya memetik kata-kata Pope Francis baru-baru ini. “Instead of complaining in these difficult times about what the pandemic prevents us from doing, let us do something for someone who has less: not the umpteenth gift for ourselves and our friends, but for a person in need whom no-one thinks of!”.

Dengan mengambil kira semangat ini, Selangor akan terus memberi dan tidak pernah berhenti berkongsi kekayaan negeri untuk semua, terutamanya “the poor and the downtrodden” kerana kita berikrar untuk memastikan tiada sesiapa pun tercicir dalam kemakmuran ini atau yang seringkali disebut: “no man left behind”.

Ternyata, kepayahan dan kesukaran yang dihadapi rakyat amat berat dirasa, lebih-lebih lagi dengan ancaman wabak Covid-19 yang melatari. Justeru, Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Selangor 2021 telah menyediakan banyak inisiatif dalam erti kata membantu mereka yang paling terkesan dan memerlukan.

Inisiatif Data Internet Selangor contohnya, memperuntukkan RM17.5 juta untuk membantu pelajar serta golongan yang memerlukan mendapat perkhidmatan internet pada harga yang berpatutan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor, Hee Loy Sian (dua, kanan) dan Uskup Agung, Julian Leow Beng Kim (dua, kiri) bersama wakil gereja selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Sempena Perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor 2020 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 21 Disember 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) telah ditambah baik dengan peruntukan sebanyak RM62 juta yang turut memberi manfaat kepada 5,000 ibu tunggal, dan Skim Mesra Usia Emas 2.0 yang memberi bantuan khairat kematian RM500 bersekali dengan Jom Shopping SMUE sedia ada untuk para ‘old timers’.

Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) turut tidak dilupakan dengan peruntukan RM3.25 juta. Tidak cukup dengan sekadar memberi, Kerajaan Negeri turut secara agresif menggalakkan pengusaha dan keusahawanan serta keseluruhan aktiviti ‘job creation’. Antara yang utama adalah inisiatif Niaga Darul Ehsan (NaDi) yang memberi pinjaman perniagaan serendah RM1 ribu untuk rakyat Selangor memulakan perniagaan.

Lain-lain program termasuklah Selangor Kerjaya dengan new skilling, upskilling dan reskilling serta Selangor Freelancer bagi semua yang memerlukan fleksibiliti dalam meraih punca rezeki.

Selain dari ‘the spirit of charity and giving’, sumbangan peribadi tokoh spiritual yang besar seperti Jesus kepada kita semua adalah berkenaan betapa pentingnya untuk kita terus berpegang kepada nilai dan akhlak.

Tahun ini, pelbagai insiden telah berlaku dalam negara dan juga di seluruh dunia. Kita melihat merosotnya kepercayaan atau ‘trust deficit’, malah nilai dan akhlak telah berkurangan dan sekaligus dilihat hampir mereput ataupun berlakunya apa yang disebut sebagai ‘moral decay’ dan akibatnya, kebajikan rakyat menjadi mangsa.

Kita semua seolah-olah hilang kompas moral.Dengan sebab itu, Selangor akan tetap meneruskan agenda reformasi yang digenggam erat selama ini. Keutuhan Kerajaan Negeri membuahkan permuafakatan yang bukan kepalang dan hasil daripada nilai-nilai ‘reform’ seperti ketelusan, kebertanggungjawaban, integriti dan ‘good governance’ ini, rakyat mendapat nikmat kemakmuran bersama.

Begitulah hasrat kita dalam menyambut Hari Krismas yang membawa harapan kepada masyarakat yang menghadapi pelbagai cabaran, rintangan, dan ketidaktentuan kepada kestabilan dan keharmonian buat semua.

Akhir kata, untuk seluruh komuniti Kristian, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu kepada semua.

Categories
SELANGOR

Mohamed Azmin berikrar pertahan hak semua kaum di Selangor

Oleh: AFIX REDZUAN

KAJANG, 7 DIS: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berikrar akan mempertahankan hak semua kaum di Selangor dan tidak akan ada ruang untuk kumpulan pelampau agama di negeri itu.

IMG_4882Katanya, perayaan Krismas membuktikan kepelbagaian agama dan budaya bukan bertujuan menimbulkan konflik atau prasangaka tetapi ia kekuatan untuk masyarakat majmuk dalam usaha memastikan perpaduan di Selangor dan Malaysia.

“Saya beri jaminan kepada masyarakat Kristian, Hindu, Buddha dan Islam, kamu takkan keseorangan, kami akan pertahankan hak kamu,” katanya di Holy Family Church, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Reverend ‘Father’ George dan Exco Selangor, V Ganabairau.

Lebih 100 orang hadirin hadir untuk bersama dalam Majlis Jamuan Muhibbah Krismas berkenaan.

-NFN-

Sambutan Krismas bersama YB Dr Xavier Jayakumar – Salam Selangor

Episod 58

Sinopsis:

Perayaan Krismas di Selangor amat meriah. Kerjasama pihak Gereja berlainan denominasi merapatkan lagi persahabatan menjalin Krismas bermakna. Lantaran manfaat kepada rakyat miskin dan mereka kalangan memerlukan bantuan menjadi prihatin golongan penghulur kebajikan. Itulah satu peranan Keluarga YB Dr Xavier Jayakumar Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin.

Tetamu: YB Dr Xavier Jayakumar (Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin)

xavier

Categories
SELANGOR

Sambutan Krismas 2012 – Salam Selangor

Episod 57

Sinopsis:

Paparan menarik sempena Hari Krismas 2012 hanya di www.selangorkini.net

Tetamu:
1.YB Ronnie Liu Tian Khiew (Adun Pandamaran)
2. YB Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang)
3. YB Teresa Kok Suh Sim (Adun Kinrara)

sacc