Categories
NASIONAL

Dua kawasan catat IPU tertinggi tidak sihat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 SEP: Enam daerah kembali mencatatkan Indek Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sejak jam 10.00 pagi tadi.

Menurut Portal Jabatan Alam Sekitar, dua bacaan tertinggi dicatatkan di Sarawak iaitu Samarahan (191) dan Kuching (170).

JEREBUManakala, empat kawasan lain mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Sri Aman, Sarawak (138), Tawau, Sabah (112), Bukit Rambai, Melaka (108) dan Bandaraya Melaka (106).

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

Selain itu, 34 kawasan lain mencatatkan udara sederhana dan 12 kawasan selebihnya mencatatkan udara sihat.

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Dua kawasan catat IPU sangat tidak sihat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 17 SEP: Keadaan cuaca semakin membimbangkan apabila dua kawasan mencatatkan IPU sangat tidak sihat iaitu hampir mencecah 200 dan 12 kawasan lain mencatatkan tidak sihat sehingga jam 10 pagi tadi.

Menurut Portal Jabatan Alam Sekitar, dua bacaan tertinggi dicatatkan di Sarawak iaitu Kuching (209) dan Samarahan (207).

Manakala, keadaan jerebu di beberapa kawasan lain mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Kapit (135), Sarikei (111), Sibu (105), Sri Aman (129), Banting (114), Shah Alam (105) dan Putrajaya (105).

Jerebu-Shah-AlamBagaimanapun, Melaka dan Negeri Sembilan menjadi kawasan terbaharu yang mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu di Bandaraya Melaka (120), Bukit Rambai (124), Nilai (107), Port Dickson (109) dan Seremban (114)

Selain itu, 24 kawasan lain mencatatkan udara sederhana dan 12 kawasan selebihnya mencatatkan udara sihat.

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Jerebu: 13 kawasan catat IPU tak sihat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 16 SEP: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan sehingga jam 11 pagi tadi menunjukkan 13 Kawasan mencatatkan status kualiti udara tidak sihat.

Manakala 30 kawasan berada di paras sederhana dan 9 lagi kawasan dalam keadaan baik setakat ini.

Menurut Portal Jabatan Alam Sekitar, bacaan tertinggi dicatatkan di Sri Aman iaitu 164, Kuching (146), Sarikei (145) dan Samarahan (145).

Shah Alam mencatatakan kualiti udara tidak sihat iaitu 108, manaka kawasan lain di Selangor merekodkan kualit udara sederhana iaitu Pelabuhan Klang (97), Kuala Selangor (72), Petaling Jaya (97), Banting (91).

JerebuSelain itu, Kawasan lain yang mencatatakan udara tidak sihat adalah Balok Baru, Kuantan (124), Jerantut (101), Tawau (122), Kapit (116), Sibu (133), Kemaman (124), Kuala Terengganu (101) dan Paka (120).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Kualiti udara di Wilayah Persekutan, Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis dan Pulau Pinang mencatatkan kualiti udara pada tahap sederhana.

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

EZY

Categories
NASIONAL

IPU Jerebu: 34 kawasan catat indeks tidak sihat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 15 SEP: 34 kawasan merekodkan bacaan indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga jam 10 pagi tadi.

Menurut Portal Jabatan Alam Sekitar, bacaan tertinggi dicatatkan di Ipoh, Perak iaitu 190 diikuti Kuantan, Pahang (184) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (181).

Selain itu, Kemaman (180), Nilai (174), Banting (174), Seremban (168) dan Bukit Rambai (160). Manakala Jerantut, Seri Manjung, Pelabuhan Klang dan Putrajaya mencatatkan bacaan yang sama iaitu 166.

jerebu2Kawasan lain yang turut sama merekodkan kualiti udara tidak sihat iaitu Port Dickson dan Indera Mahkota (155), Shah Alam (152), Seberang Jaya 2, Perai (152), Cheras (150), Bandaraya Melaka (149), Petaling Jaya (147), Kg. Air Putih, Taiping (143), Muar (126), Pasir Gudang (104), Bakar Arang, Sg. Petani (121), Perai (127), USM (122), Kuala Selangor (111) dan Paka (119).

Di Sarawak mencatatkan lima kawasan bacaan tidak sihat iaitu Sri Aman (153), Satikei (136), Samarahan (120), Sibu (116) dan Kuching (111).

Manakala kualiti udara di Sabah pada tahap sederhana.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

EZY

Categories
SELANGOR

Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat

SHAH ALAM 8 SEP: Tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat setakat jam 9.00 pagi, hari ini.

Rujukan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar menunjukkan kawasan Nilai mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 137 diikuti Bukit Rambai (124), Port Dickson (116) dan Seremban (114).

JerebuTurut merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka (109), Batu Muda (Kuala Lumpur) (114) dan Banting (108).

Beberapa kawasan lain seperti Tanah Merah, Tanjung Malim, Kangar, Keningau, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kapit, Limbang, Miri, Kuala Terengganu dan Labuan mencatat bacaan IPU baik.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

EZY

Categories
NASIONAL

Enam lokasi catat IPU tidak sihat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 SEP: Enam kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 setakat jam 4.00 petang ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), situasi itu berlaku di Pelabuhan Klang (102), Alor Star (117), Taiping (105), Ipoh (106), Seri Majung (104) dan Kangar (110).

Selain itu, 34 kawasan lagi mencatatkan IPU sederhana.

Jerebu-Shah-AlamPagi tadi, 12 kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat membabitkan Selangor aiitu di kawasan Banting (102), Pelabuhan Klang (109), Shah Alam (108) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (113).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pelabuhan Klang catat bacaan IPU sederhana

SHAH ALAM, 17 OGOS: Kualiti udara di seluruh negara secara puratanya dilaporkan baik kecuali tujuh kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana sehingga jam 10 pagi, hari ini.

Menurut laporan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, IPU di beberapa kawasan mencatatkan bacaan sederhana iaitu Larkin Lama (58), Pasir Gudang (51), Sg. Petani (55) dan Bandaraya Melaka (53).

ipu seluruh negaraTiga kawasan lain yang turut mencatat IPU sederhana adalah Pelabuhan Kelang (52), Kemaman (53) dan Paka (52), manakala 44 kawasan lain mengalami bacaan baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

 

Categories
NASIONAL

Kualiti udara baik hanya satu kawasan catat IPU sederhana

SHAH ALAM, 16 OGOS: Kualiti udara di sebahagian besar kawasan seluruh negara berada dalam keadaan baik apabila hanya satu lokasi merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat jam 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), hanya kawasan Bukit Rambai di Melaka merekodkan bacaan IPU sederhana iaitu 52 setakat ini.

ipu seluruh negaraManakala, lokasi lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU baik dengan purata antara 20 hingga 40.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 dan 300 sangat tidak sihat dan melebihi 301 sebagai berbahaya.

Bacaan IPU boleh diperolehi menerusi laman web JAS di http://www.doe.gov.my.

Categories
NASIONAL

Pelabuhan Klang , Miri catat IPU sederhana

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 11 OGOS: Pelabuhan Klang dan Miri mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat jam 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Pelabuhan Klang adalah 65 dan Miri (54).

ipu seluruh negara Kawasan lain di seluruh negara pula mencatatkan bacaan IPU baik iaitu antara 0 hingga 50.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari laman sesawang http://apims.doe.gov.my.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Bacaan IPU baik di kebanyakan kawasan

SHAH ALAM, 9 OGOS: Kualiti udara di kebanyakan kawasan seluruh negara dilaporkan berada dalam keadaan baik dengan hanya lima lokasi mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, setakat jam 8 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana adalah Alor Setar (53), Bakar Arang-Sungai Petani (66), Kampung Air Putih-Taiping (56), Seberang Jaya 2-Perai (53) dan Pelabuhan Klang (64)

cuacaManakala lokasi lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 dan 300 sangat tidak sihat dan melebihi 301 sebagai berbahaya.

Bacaan IPU boleh diperoleh menerusi laman web JAS di http://www.doe.gov.my.

Categories
NASIONAL

Pelabuhan Klang catat IPU tidak sihat cecah 114

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 6 OGOS: Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 114 setakat jam 9 pagi, hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), terdapat 19 kawasan lain mengalami bacaan sederhana.

Di Selangor, bacaan IPU menunjukkan empat kawasan dengan bacaan sederhana adalah Banting (53), Kuala Selangor (59), Petaling Jaya (58) dan Shah Alam (55).

Jerebu-Shah-AlamKawasan lain yang turut mengalami IPU sederhana adalah Wilayah Persekutuan membabitkan kawasan Batu Muda (65) dan Cheras (62), manakala Labuan dan Putrajaya kekal baik.

Selain itu, kawasam lain antaranya Kemaman (55), Alor Setar (53), Sungai Petani (63),Seri Manjung (69), manakala Ipoh, Taiping dan Tanjung Malim mencatatkan IPU 61.

Di Pulau Pinang, tiga kawasan mencatatkan IPU sederhana adalah Perai (58), Seberang Perai (64) dan Universiti Sains Malaysia (60).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Jerebu: Indeks IPU Lembah Klang sederhana

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 OGOS: Indeks Pencemaran Udara ( IPU) di beberapa kawasan seluruh negara termasuk Selangor terus mencatatkan bacaan sederhana setakat jam 10 pagi tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar ( JAS), 23 kawasan semalam terus mengalami bacaan sederhana

Jerebu-Shah-AlamDi Selangor, lima kawasan dengan bacaan sederhana ialah Banting (53), Kuala Selangor (73), Pelabuhan Klang (77), Petaling Jaya (56) dan Shah Alam (61).

IPU di lima kawasan itu meningkat bacaannya berbanding semalam dalam tempoh yang sama.

Turut mencatatat kan IPU sederhana Wilayah Persekutuan, di Batu Muda (61), Cheras (56) dan Putrajaya kembali sihat.

Selain itu, negeri lain antaranya Sg Petani (61), Nilai (56), Ipoh (71), Taiping (77), dan Tanjung Malim (56) serta Seri Manjung (84).

Bagi kawasan lain pula Perai (59), Seberang Jaya (67) dan USM (62).

Bagi Sabah dan Sarawak pula, di Miri (56), Kuching (61), Samarahan (62), dan Sri Aman (71).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

EZY