Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri perlu wujud tabung khas L’Ceria untuk naik taraf lif

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 APRIL: Kerajaan Negeri diminta mempertimbangkan cadangan mewujudkan satu tabung khas khusus bagi membaik pulih dan menaik taraf lif di kawasan pangsapuri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata inisiatif itu bagi membolehkan lebih banyak kawasan pangsapuri mendapat manfaat daripada Skim Ceria.

Katanya, sebahagian besar daripada kelulusan Skim Ceria sebelum ini adalah bertujuan untuk membaik pulih atau menaik taraf lif sedia ada.

iskandar samad dun“Jika diwujudkan tabung baru untuk lif yang saya cadangkan dinamakan L’Ceria, lebih banyak kerja lain dapat dijalankan.

“Contohnya, seperti membaik pulih, menukar tangki air, megganti paip, menambah kemudahan awam atau mengecat bangunan dapat dilakukan,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha berhubung penggunaan dana Skim Ceria sehingga kini.

Iskandar berkata, sehingga kini, 104 kawasan pembangunan pangsapuri beroleh manfaat Skim Ceria sejak dilancarkan pada 2011.

pangsapuri teratai-iskandar samadSemua kawasan pangsapuri dilaksanakan secara tiga fasa iaitu fasa pertama membabitkan 20 kawasan, fasa kedua (56) dan fasa ketiga (28) dengan kos keseluruhan RM15.2 juta.

Bagi fasa keempat atau Ceria 2, Kerajaan Negeri pada bulan Januari lalu sudah meluluskan dana RM13 juta dan sehingga kini 56 kawasan diluluskan dengan kos RM13.5 juta.

“Memandangkan Skim Ceria ini adalah sebuah tabung, maka Kerajaan Negeri akan menambah dana di dalam tabung berkenaan apabila ia kehabisan. Had RM13 juta adalah maksima bagi tabung ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Exco : Kerajaan Pusat enggan kerjasama bina rumah mampu milik

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 25 MAC : Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak mahu bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi membina lebih banyak rumah mampu milik untuk didiami rakyat di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata pihaknya sudah tiga kali menulis surat kepada kementerian untuk menyatakan hasrat bekerjasama, namun tiada sebarang reaksi diberikan sehingga hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka berkata, masalah kediaman hanya mampu diselesaikan secara efisyen melalui perbincangan bersama keranamembabitkan kepentingan rakyat.

IMG_7355a “Saya lihat rumah adalah masalah negara kerana kebanyakan mereka yang membeli rumah di Selangor ini bekerja di Kuala Lumpur dan Putrajaya, bahkan di Negeri Sembilan.

“Jadi, Selangor terpaksa menampung mereka yang bekerja di luar ini. Sebab itu, harus ada kerjasama antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Negeri supaya masalah ini dapat selesai, tetapi tiada respon diberikan mereka,” katanya dalam slot Selangorku, di sini semalam.

Mengulas berkenaan rumah mampu milik, Iskandar berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah pihak pertama yang muncul melancarkan kediaman jenis berkenaan pada harga antara RM42,000 hingga RM250,000.

Katanya, ia dilaksanakan melalui tiga polisi yang ditetapkan iaitu melalui anak syarikat negeri, mewajibkan pemaju swasta membina rumah mampu milik (polisi Rumah Selangorku) dan Kerajaan Selangor sendiri yang membina rumah mampu milik.

rumah mampu milik sept 2012 01“Kita janji ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk bina rumah mampu milik sendiri dengan menggunakan peruntukan negeri.

“Setakat ini, kita sedang membina 2,400 unit rumah di Sungai Sering, Hulu Kelang dan akan meningkat kepada 5000 unit, bahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) juga ada beberapa tempat yang sedang dibina serta mendapat kelulusan membina seperti di Kota Puteri, Hulu Selangor,” katanya.

Projek ‘Rumah Selangorku’ pertama yang akan dibina di Sungai Sering akan menggunakan RM100 juta daripada rizab Kerajaan Negeri berjumlah RM3 bilion.

Peruntukan RM100 juta itu digunakan sebagai modal pusingan membina rumah mampu milik tanpa perlu Kerajaan Negeri membuat pinjaman bank.

Projek pembangunan rumah mampu milik pertama itu akan dibangunkan di atas tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) pada keluasan kira-kira 22.26 hektar

Sebanyak 2,400 unit rumah akan dibina melalui projek perintis itu dengan keluasan 900 hingga 1,000 kaki persegi dengan menggunakan konsep pembinaan secara pasang siap (IBS).

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pangsapuri Saga Suria terbengkalai zaman BN diselesaikan Kerajaan Selangor

Oleh : AFIX REDZUAN

AMPANG, 22 MAC: Penantian hampir lapan tahun pembeli Pangsapuri Saga Suria, Taman Saga, di sini, berakhir apabila projek berkenaan berjaya disiapkan di bawah kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Lebih menggembirakan, projek pangsapuri yang sebelum ini terbengkalai sudah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) pada Dismber lalu dan mula diduduki beberapa keluarga, sejak awal tahun ini.

Pangsapuri yang mengandungi 468 unit Rumah Kos Rendah dengan keluasan 700 kaki persegi dan tiga bilik itu sepatutnya siap dibina pada 2006, namun terbengkalai.

IMG_7131Exco Perumahan Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata 44 projek rumah terbengkalai daripada jumlah keseluruhan 140 projek berjaya diselesaikan.

Katanya, 140 projek terbengkalai berkenaan membabitkan 37,381 unit rumah yang direkodkan sebagai projek terbengkalai.

“Sebenarnya bidang kuasa Kerajaan Negeri terhad dalam memulihkan projek terbengkalai ini kerana kuasa terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966.

“Walaubagaimanapun, 44 projek berjaya diselesaikan membabitkan 20,573 unit rumah, dari Mac 2008 hingga 1 Januari lalu,” katanya.

Penyelesaian projek terbengkalai itu jelas menunjukkan Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim komited menyelesaikan projek pembangunan terbengkalai yang ditinggalkan BN.

Sebelum ini, projek perumahan Bukit Botak, Pangsapuri Berembang Indah dan Alam Perdana antara projek yang berjaya diselesaikan Kerajaan Negeri.

IMG_7089Sehubungan itu, Iskandar berkata, Kerajaan Selangor dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) memantau perkembangan projek berkenaan daripada semasa ke semasa.

Sebelum ini, Iskandar mengadakan dua lawatan kerja ke pangspuri itu bagi melihat sendiri perkembangan projek, selain mengadakan mesyuarat pemantauan.

Iskandar berkata, pembeli yang teraniaya boleh memohon surat pengesahan daripada LPHS untuk membuat permohonan rayuan pengecualian, pengurangan kadar faedah atau penjadualan semula pembayaran daripada pihak bank tetapi tertakluk kepada kelulusan bank pembiaya.

Sehubungan itu, pembeli yang mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan projek rumah terbengkalai boleh menghubungi Unit Pemantauan LPHS di talian 03-5544 7950.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor wujud kurikulum pengurusan pembangunan berstrata

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 3 MAC: Kerajaan elangor akan menyediakan satu kurikulum khusus untuk membimbing badan pengurusan pembangunan berstrata ke arah mengurus dan mentadbir pembangunan mereka dengan lebih baik serta berkesan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata kurikulum yang dinamakan Format Kurikulum Pembangunan Berstrata (Fokus) itu akan disediakan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).

“Dijangkakan kurikulum ini akan disiapkan dalam masa tiga bulan dan selepas itu Pesuruhjaya Bangunan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menganjurkan kursus kepada Badan Pengurusan Bangunan (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) berdasarkan kurikulum ini.

YB Iskandar 1“PBT ini akan menganjurkan kursus dan latihan sekurang-kurangnya dua kali setahun di kawasan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media dalam Perhimpunan Perdana JMB/MC dan Anugerah Komuniti Bestari ‘K-Star’ Pangsapuri Negeri Selangor 2013, semalam.

Iskandar berkata, beliau berharap kurikulum bersepadu itu akan dapat memastikan pembangunan berstrata seperti pangsapuri dan kondominium dapat diuruskan dengan lebih profesional serta mengurangkan perselisihan pandangan serta perbezaan pantafsiran di kalangan Pesuruhjaya Bangunan, JMB juga MC.

Katanya, selain akta berkenaan pengurusan bangunan starata, kurikulum itu juga akan meliputi tajuk seperti pentadbiran organisasi, pengurusan kewangan dan perhubungan awam.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor lulus RM13 Juta untuk Skim CERIA 2014

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 FEB : Kerajaan negeri meluluskan peruntukan berjumlah RM13 juta bagi merealisasikan pelaksanaan Skim CERIA (Program Baik Pulih Negeri Berkebajikan) bagi tahun 2014.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata kesinambungan program itu adalah usaha berterusan kerajaan negeri bagi mewujudkan persekitaran sihat, aman dan harmoni kepada penduduk Selangor.

Katanya, usaha itu juga bagi meringankan beban penduduk dan pembeli dalam menanggung kos tinggi bagi membaik pulih kediaman pangsapuri mereka.

iskandar“Sehingga kini, kita berjaya mengenal pasti kawasan yang perlu dibaik pulih dan sebahagian besarnya boleh diklasifikasikan sebagai kerosakan sangat kritikal.

“Antaranya adalah masalah berhubung dengan bumbung, lif dan tangki air serta kerosakan serius lain yang berupaya mengancam keselamatan penduduk,” katanya sidang media di Bangunan SUK, di sini, semalam.

Iskandar berkata, kerajaan negeri mensasarkan lebih 50 kawasan kemajuan pangsapuri untuk dibaik pulih pada tahun ini.

“Sehingga kini, kita menerima 149 jumlah permohonan dan semuanya masih di dalam proses penilaian.

ceria iskandar selayang 03“Jika ada keperluan, peruntukan untuk program ini akan ditambah kerana RM13 juta adalah had siling yang akan ditambah apabila jumlah dana yang diperuntukkan habis digunakan,” katanya.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2010, kerajaan negeri memperuntukkan RM16.1 juta bagi membaik pulih 104 kawasan pemajuan di seluruh Selangor, sehingga tahun lalu.

Bagi sebarang pertanyaan berhubung Skim Ceria, orang ramai boleh menghubungi pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di talian 03-55102122.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PAS nafi jadi ‘pak turut’, amal perbincangan bersama

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 FEB: Dakwaan sesetengah pihak terutama Umno yang menganggap PAS sebagai ‘pak turut’ dalam Pakatan Rakyat (PR) membabitkan isu agama dan Melayu dinafikan parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata setiap keputusan yang dibuat bersama PR adalah melalui perbincangan dan kajian mendalam dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Beliau berkata, PAS akan memastikan perbezaan itu diurus dengan baik dan tidak akan menyebabkan pergaduhan, jika wujud perselisihan faham berhubung sesuatu perkara.

yb iskandar 3 edit“Saya rasa PAS tidak ada masalah dan hubungan PR juga berada dalam keadaan baik. Jika ada perselisihan faham, perkara itu adalah biasa kerana kita akui PR datang daripada ideologi berbeza,” katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian.

Sementara itu, Iskandar berkata, PAS mempunyai langkah tertentu untuk menangani isu yang timbul ketika engulas cabaran berhubung isu kalimah Allah yang menjadi perhatian umum.

Katanya, PAS turut mengambil pendekatan berjumpa dengan ketua agama dan masyarakat luar yang bukan beragama Islam bagi memahamkan mereka tentang isu berkenaan, selain memberi penerangan kepada Ahli Dewann Undangan Negeri (ADUN).

“Sebagai contoh, Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi ada mencadangkan untuk membuat satu penerangan kepada semua dan ini adalah penerusan dakwah yang dilakukan PAS.

“Hubungan dakwah itu penting dan perlu ada walaupun Selangor terpalit dengan isu Kalimah Allah,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Iskandar : Polis perlu serius banteras budaya samseng di Kampung Pandan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 31 JAN: Pihak polis digesa supaya lebih serius dalam membanteras jenayah terutama membabitkan budaya samseng yang semakin berleluasa di Kampung Pandan dan kawasan sekitarnya.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata polis perlu menggandakan usaha mereka untuk mengenal pasti pihak yang terbabit dengan insiden jenayah supaya kawasan itu kembali aman.

Hal itu berikutan beberapa siri jenayah yang dilaporkan sebelum ini dengan kes terbaru membabitkan insiden cermin kereta bekas Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahmad Fauzi Khamis yang dipecahkan.

iskandar-samad-pink-01“Beberapa minit sebelum kejadian, dua orang individu datang mencari Fauzi di rumah tetapi ketika itu beliau berada di luar.

“Beliau mengesyaki kejadian itu berpunca daripada operasi MPAJ terhadap peniaga tanpa izin di kampung itu, pada 28 Januari lalu.

“Satu laporan polis dibuat pada hari sama dan keluarganya sudah dipindahkan ke tempat lain buat sementara waktu untuk keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

1011849_731704813515185_537895276_nBekas Ahli Majlis terbabit juga pernah diugut selepas beliau membangkitkan kewujudan kafe siber yang tidak mematuhi peraturan di kampung itu pada mesyuarat Ahli Majlis MPAJ.

Iskandar yang juga ADUN Cempaka berkata, kejadian itu bukan pertama kali berlaku di Kampung Pandan kerana kes sama turut menimpa kakitangan dan penguatkuasa MPAJ ketika cuba menyampaikan notis kepada pemilik premis perniagaan tanpa izin.

Susulan tindakan itu, mereka diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang, bahkan cermin kereta mereka turut dipecahkan.

“Sehingga kini, rakyat tidak melihat sebarang tindakan bersungguh-sungguh daripada pihak polis. Gerai tanpa izin terbabit masih terus beroperasi dengan bebas,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Khalid Samad: Angkara ‘macai kangkung’, lebih 2,000 rakyat terpedaya

Oleh : SIRAJ ZAINI

SHAH ALAM, 23 JAN: Sebaran maklumat palsu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan aplikasi Whatsapp kononnya terdapat program pembiayaan rumah tanpa faedah oleh kerajaan negeri minggu lalu, mengakibatkan lebih 2,000 pemanggil terpedaya dengan maklumat tidak benar itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata usaha pihak tidak bertanggungjawab itu menyatakan kerajaan negeri membuka peluang kepada semua rakyat Selangor memohon skim pembiayaan perumahan (PURSE) tanpa faedah sehingga RM350,000 dengan menyertakan alamat pejabat dan nombor telefon pegawai khasnya, Mohd Jamil Abdul Rahim.

“Antara syarat yang dinyatakan di dalam maklumat palsu itu adalah pemohon berusia antara 18 hingga 45 tahun, berpendapatan RM 7,000 dan ke bawah, tidak memiliki sebarang unit kediaman di Selangor serta keutamaan akan diberi kepada pemohon yang sudah berkahwin,” katanya.

khalid samadKhalid di dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini, menyatakan sehingga kini masih ada orang ramai yang menelefon pegawainya bertanyakan berkenaan maklumat itu, bahkan ada yang sanggup datang sendiri ke pejabat.

Katanya, fitnah itu adalah usaha pihak tertentu untuk memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor sehingga menyebabkan lebih 2,000 masyarakat termakan mainan politik jahat berkenaan.

“Sejak Isnin (20 Januari) lalu, lebih 2,000 yang menelefon pegawai saya, bukan setakat orang Selangor tetapi ada dari Johor, Melaka, dan juga penjawat awam termasuk Pegawai Pejabat Daerah sendiri yang bertanyakan berkenaan kesahihan maklumat itu,” katanya.

Bagaimanapun, Khalid berkata, setiap panggilan yang masuk akan diberikan penerangan secara lebih jelas dan berharap orang ramai yang sudah tahu kebenaran di sebalik maklumat palsu itu menyebarkan kepada orang lain.

“Kita beri layanan baik dan ksudah buat laporan polis, tetapi ia mengubah cabaran kepada peluang iaitu menerangkan kepada orang ramai bahawa sebaran itu hanya mainan politik pihak lawan,” katanya.

iskandar-samad-pink-01Sebelum ini, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad menafikan kerajaan negeri terbabit dengan program itu dan menyifatkan sebaran maklumat palsu berkenaan sebagai usaha terdesak pihak terbabit untuk memburukkan imej PR.

Iskandar berkata, usaha itu juga berkemungkinan untuk membangkitkan kemarahan rakyat dalam usaha menyebabkan mereka kurang percaya dengan kredibiliti pentadbiran kerajaan negeri.

Pada masa sama, Khalid berkata, semua rakyat Selangor digesa supaya meneliti dahulu setiap maklumat dan mendapat kesahihannya di dalam web portal kerajaan negeri sebelum mempercayainya.

-NFN-

Sidang Media YB Iskandar jelas penyebaran mesej palsu

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Waris pelajar syiling RM64 terima sumbangan Iskandar

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 7 JAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Iskandar Abdul Samad menyerahkan sumbangan bantuan kepada waris pelajar yang terpaksa membayar yuran persekolahan dengan menggunakan duit syiling sebanyak RM64.00 bertempat di Taman Dagang, Ampang.

Iskandar melalui laman sosial Facebook memaklumkan, bantuan diserahkan kepada ‘Pak Long’ dan ‘Mak Long’ yang juga datuk dan nenek pelajar berkenaan.

yb iskandar 3 editKatanya, sebelum ini pihak DUN pernah menziarahi keluarga berkenaan sebanyak dua kali selain menghulur bantuan sumbangan.

“Mereka juga pernah menerima bantuan seperti Jom Shopping, bantuan Hari Raya dan membeli kasut sekolah, baru-baru ini,” katanya menerusi laman Facebook miliknya.

Selain itu, Iskandar turut memaklumkan perkara itu akan diketengahkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk permohonan bantuan yang sesuai.

Kisah menyayat hati pelajar Sekolah Agama Integrasi Ar-Rahmaniah Taman Dagang mendapat perhatian pengguna laman sosial Facebook sejak semalam.

Menurut paparan di laman sosial, datuk pelajar berkenaan membawa punjut syiling yang bernilai RM64.00 untuk membayar yuran persekolahan.

Namun, jumlah berkenaan tidak mencukupi untuk membayar jumlah yuran berkenaan dan atas inisiatif guru, mereka menambah wang untuk melengkapkan jumlah yuran.

Ibu pelajar berkenaan meninggal dunia sejak umurnya sebulan sementara bapa dipenjara kerana masalah dadah, manakala neneknya masih bekerja sebagai pembantu kebersihan dan akan tamat kontrak pada bulan Jun ini sementara datuknya sudah tidak berdaya hanya menerima bantuan PERKESO RM350.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sumbangan tersekat ekoran beberapa kawasan lumpuh akibat banjir buruk

Oleh : Norhayati Umor

GOMBAK 7 DIS : Kerajaan negeri dalam usaha mendapatkan lori daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerja Raya dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk kerja penghantaran bahan keperluan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Samad berkata, setakat ini banyak sumbangan orang ramai dihantar ke balai raya, pejabat, surau dan masjid.

yb iskandar 3 editKatanya, sumbangan itu masih belum dapat dilaksanakan ekoran banyak kawasan sekitar negeri lumpuh ekoran banjir buruk yang melanda beberapa kawasan.

“Kita sedang berbincang dengan Menteri Besar untuk mendapatkan lori daripada pihak tertentu supaya bahan keperluan seperti makanan yang sudah terlalu banyak dapat segera dihantar dan berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Saya berterima kasih kepada rakyat Selangor yang prihatin dengan menghantar sumbangan ini,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Flag Off bantuan banjir, di sini, hari ini.

Dalam konvoi kumpulan pertama PAS Selangor itu, lebih 50 kereta dan empat lori mula bertolak ke negeri Pahang dan Terengganu dengan bahan makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, konvoi itu turut disertai 100 kereta, 30 lori dan sebuah kontena yang sudah bergerak ke negeri terbabit, malam semalam.

“Kira-kira 200 petugas ditugaskan di Pahang dan Terengganu dan kita menjangkakan 80 hingga 100 tan bahan keperluan dapat dihantar ke sana, bahkan akan menambah keperluan jika masih belum mencukupi,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 ganti RSN 2020

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 3 DIS : Kerajaan negeri sedang menyediakan Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor (RSNS) 2035 yang bakal menggantikan RSN Selangor 2020.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, berkata RSNS 2035 adalah kajian perancangan bersepadu yang membabitkan 20 sektor perancangan selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172.

06Iskandar berkata, perancangan RSNS 2035 meliputi sektor pengangkutan dan lalu lintas, perumahan, guna tanah fizikal, perniagaan dan perkhidmatan, perindustrian, pelancongan, kemudahan masyarakat, pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan infrastruktur serta utiliti.

“Kajian sudah dimulakan, pada 4 Jun 2012 dengan beberapa siri bengkel dan mesyuarat teknikal serta pemandu diadakan bersama agensi juga jabatan kerajaan termasuk negeri bersempadan.

“Perbincangan ini bagi memastikan penyediaan kajian RSNS 2035 menepati keperluan semasa dan lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu sesi penggulungan menjawab perkara yang dibangkitkan R Rajiv (DAP-Bukit Gasing) berkenaan RSNS, di Dewan Negeri Selangor, di sini, semalam.

Iskandar (PAS-Cempaka) berkata, kajian semula RSNS 2035 itu akan mula dibuka kepada orang awam dan pihak berkepentingan, pada Mac 2014.

“Ia bagi mendapatkan pandangan, maklum balas, cadangan atau bantahan berhubung RSNS dalam tempoh sebulan selaras dengan Akta 172.

“Apabila diwartakan, RSNS 2035 akan menjadi rujukan utama untuk usaha memacu perancangan fizikal dan membantu pertumbuhan ekonomi Selangor sehingga 2035,” katanya.

-NFN-