Categories
SELANGOR

PAS Selangor kekal kerjasama pentadbiran negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 MEI: Tiada sebarang keperluan berlakunya peralihan kuasa membabitkan gabungan komponen PAKATAN dalam pentadbiran di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad menafikan desas-desus kononnya peralihan kuasa bakal berlaku dalam tempoh terdekat.

“Exco menjalankan tugas seperti biasa, tidak ada perubahan.

ISKANDAR SAMAD“Kita sama sekali tidak akan bekerjasama dengan Umno untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri sedia ada,” katanya, lapor portal media.

Pendirian sama turut dinyatakan Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Beliau berkata, amanah rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu memutuskan pentadbiran sedia ada diteruskan.

“Sehingga kini kerjasama itu berjalan seperti biasa,” katanya.

Selain Iskandar dan Zaidy, seorang lagi Exco Kerajaan Negeri daripada PAS adalah Dato’ Dr Ahmad Yunos Hairi.

Terdahulu, gabungan PAKATAN dengan kerjasama KEADILAN, DAP dan PAS mengekalkan kuasa di negeri dengan memenangi 44 dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri, pada PRU-13.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Exco: MPAJ perlu lebih tegas tangani isu kebakaran

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 FEB: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) digesa berubah sikap dengan membuat penguatkuasaan lebih tegas dalam menangani isu kebakaran akibat sistem pendawaian usang dan tidak mengikut piawaian ditetapkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, gesaan sama turut ditujukan kepada pemilik rumah yang mementingkan keuntungan maksima tanpa memikirkan kesan buruk perbuatan mereka.

Katanya, bebanan tenaga elektrik yang meningkat akibat penambahan tanpa izin turut meningkatkan risiko kebakaran.

“Pernah terdapat satu aduan kepada MPAJ tetapi MPAJ bertanya kepada pengadu lokasi rumah terbabit kerana mendakwa tidak menjumpainya walaupun terletak di jalan utama.

“Ada yang menyalahkan Ahli Dewan Negeri (ADN) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kerana tidak mengambil tindakan walaupun masalah ini wujud sejak zaman Barisan Nasional (BN).

iskandar01“Kerajaan Negeri hari ini mewarisi masalah berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Baru-baru ini, terdapat dua kejadian kebakaran berlaku di Kampung Pandan iaitu pada 2 dan 3 Februari lalu sehingga mengorbankan seorang warga emas warganegara Malaysia.

Ia menjadikan keseluruhan lima kebakaran dalam tempoh tujuh bulan dan bomba memaklumkan litar pintas adalah salah satu sebab berlakunya kebakaran.

Iskandar berkata, selepas kejadian ketiga, satu mesyuarat dipanggil ADN di MPAJ pada 25 Ogos 2016 dan semua pihak diingatkan supaya bertindak proaktif dan tegas.

“Tetapi dua kebakaran berlaku selepas mesyuarat itu.
Sebelum ini, ada yang menggelar Kampung Pandan sebagai ‘perangkap maut’ dan nampaknya ia sudah menjadi kenyataan.

“Sekiranya masih tiada perubahan sikap, tidak mustahil lebih ramai lagi yang akan terkorban,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Cegah kebakaran di Kampung Pandang usaha bersama

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 FEB: Semua pihak perlu memainkan peranan sebagai usaha untuk mencegah kebakaran atau mengurangkan kemusnahan sekiranya berlaku insiden itu di kawasan Kampung Pandan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Samad berkata, hal itu kerana empat kebakaran berlaku kurang dari tempoh 12 bulan.

“Semalam, dua kediaman musnah dijilat api dan mengorbankan nyawa seorang warga emas.Tiga kebakaran lain pula pada Julai dan Ogos tahun lalu.

iskandar01“Jabatan dan agensi yang hadir diingatkan supaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka untuk mengelakkan sebarang kebakaran pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Iskandar turut menyarankan penduduk memeriksa sistem pendawaian elektrik di rumah bagi mengelakan usang dan tidak menurut piawaian.

Katanya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) perlu membuat pemantauan yang berterusan dan mengambil tindakan yang tegas jika terdapat pemilik atau penyewa rumah melakukan tambahan tanpa izin.

“Tambahan tanpa izin mengakibatkan kesesakan yang akan menyebabkan bebanan tenaga elektrik meningkat serta mengkibatkan kebakaran.

“MPAJ juga perlu memastikan kegiatan yang dijalankan pennduduk tidak membahayakan orang ramai dan MPAJ perlu proaktif serta tidak hanya menunggu aduan penduduk,” katanya yang juga Ahli Dewan Negeri Chempaka.

kebakaran pandanBeliau berkata, pihak polis perlu membantu dan memberi perlindungan kepada MPAJ untuk menjalankan tugas mereka.

“MPAJ perlu sentiasa memastikan pili bomba mempunyai bekalan air yang secukupnya supaya usaha memadamkan api jika berlaku kebakaran tidak terjejas. MPAJ perlu mengkaji kemungkinan longkang lorong yang sempit ditutup supaya laluan masuk dapat dilebarkan.

“Kelebaran lorong di Kampung Pandan tidak lagi sesuai hari ini kerana hampir setiap rumah memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta,” katanya.

Iskandar turut menyarankan penduduk bertindak proaktif dengan menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

“PBS boleh bertindak pantas jika berlaku sebarang kebakaran dan saya bersedia mengeluarkan peruntukan untuk membantu mereka menubuhkan PBS ini,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Khidmat Malaysia mohon bantuan sukarelawan dan sumbangan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 JAN: Pengurusan Bencana dan Kecemasan Malaysia (Khidmat Malaysia) mohon bantuan orang ramai bagi melancarkan urusan bantuan mangsa banjir, di Pahang.

Ketua Pengarahnya, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, bantuan berbentuk tenaga sukarelawan dan barangan dialu-alukan.

“Khidmat Malaysia sedang menguruskan operasi membantu mangsa banjir di Pahang.

Banjir sabak“Agensi di bawah Khidmat Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan dan orang ramai boleh menghubungi nombor disediakan jika berhasrat membantu atau membuat sumbangan,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai boleh menghubungi Pengarah Khidmat Malaysia Pahang, Hasanuddin di talian 012-6115768, Othman Kathiran di Temerloh (013-9223268), Mohd Yusof Harun di Bera (019-2498747), Ramli A Rahman di Maran (013-9962172) dan Abu Kassim Manaf (019-9513851) atau Nazaha (013-9441298) di Pekan.

Setakat pagi ini, seramai 5,640 mangsa dari 1,454 keluarga di Pahang masih ditempatkan di 80 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Temerloh, Maran, Pekan, Jerantut, Lipis dan Rompin.

Temerloh mencatatkan bilangan mangsa paling ramai dengan 2,209 mangsa.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Polis, MPAJ perlu perjelas ‘pesta dangdut’ warg asing

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 JAN: Ahli Dewan Negeri Chempaka, Dato’ Iskandar Samad mahu polis dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memberi penjelasan berhubung majlis warga asing yang diibaratkan pesta dangdut, baru-baru ini.

Katanya, beliau bimbang majlis itu akan menimbulkan pertembungan antara penduduk tempatan dengan warga asing.

“Penganjuran majlis ini tak pernah dimaklumkan kepada saya dan hanya dapat tahu melalui aduan penduduk dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Pandan.

iskandar01“Majlis seperti ini tidak boleh dilakukan kerana mengganggu ketenteraman awam dan keharmonian dalam kalangan penduduk kampung yang perlu dikekalkan,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Iskandar mahu polis dan MPAJ perlu sentiasa melakukan pemantauan supaya insiden terbabit tidak berlaku lagi.

Sementara itu, Ketua Kampung Kampung Pandan, Abu Hanifah Abdul Rahman berkata, warga asing itu turut membuat pentas di tanah lapang di kawasan berkenaan.

“Mereka turut adakan karaoke serta bunyi muzik yang dimainkan secara kuat hingga larut malam. Majlis berkenaan berlangsung selama dua hari, sehingga semalam,” katanya.

Abu Hanifah berkata, pihaknya membuat laporan polis dan MPAJ untuk tindakan lanjut.

“Kejadian sama turut berlaku di tapak pasar malam berhampiran sebuah pasar raya, sebelum ini. Mereka buat pesta besar-besaran, malahan berjoget lambak di khalayak ramai,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sediakan bas khas untuk pengunjung Hospital Ampang

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 6 JAN: Kesesakan yang dihadapi di sekitar Hospital Ampang perlu diselesaikan menerusi penyediaan bas khusus untuk pengguna yang mahu ke sana tanpa perlu bersesak mencari parkir kenderaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, bas itu perlu dihubungkan berhampiran stesen LRT di sekitarnya dan melalui kawasan yang mempunyai banyak ruang letak kereta.

“Bas ini perlu kerana terdapat tempat letak kenderaan yang terhad sekitar hospital. Pesakit dan pengunjung terpaksa meletakkan kereta mereka di tepi jalan dan berdepan risiko disaman polis.

hospital-ampang“Selain itu, kereta tersebut mengganggu lalu lintas dan boleh menyebabkan kemalangan,” katanya.

Stesen LRT yang berhampiran dengan hospital tersebut adalah Cahaya, Cempaka, Pandan Indah dan Pandan Jaya.

Katanya, jika pihak Hospital Ampang tidak mampu memberikan perkhidmatan bas secara percuma, mereka boleh mengenakan bayaran minima seperti RM0.50 atau RM1 kepada pengguna dengan kekerapan 30 minit sekali pada waktu puncak dan sejam sekali pada waktu biasa.

“Penyediaan bas khas merupakan penyelesaian yang paling praktikal bagi masalah tempat letak kereta itu. Tidak ada tanah kerajaan yang kosong untuk dijadikan tempat letak kereta di kawasan itu.

“Tambahan pula harga tanah adalah tinggi di Ampang dan tidak berbaloi untuk dibangunkan sekeping tanah sebagai tempat letak kereta sahaja. Kecuali bangunan tempat letak kereta sedia ada hospital itu dibangunkan semula dengan ditambah bilangan tingkat,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sewa atas sewa tidak adil, salahi peraturan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Negeri tidak membenarkan penyewa “sewa atas sewa” memintas giliran mereka yang berada di dalam senarai menunggu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, hal itu kerana tidak adil untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan walhal mereka sabar menunggu giliran mereka diabaikan.

Katanya, Kerajaan Negeri berpandangan tidak adil memindahkan kontrak sewaan kepada mereka memandangkan terdapat ramai menunggu untuk menyewa di Program Perumahan Rakyat Kos Rendah (PPR).

“Memang benar seperti laporan media bahawa Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) memberi notis keluar kepada penduduk PPR Kota Damansara yang menyewa dari penyewa sah atau mereka “sewa atas sewa”.

“Terdapat pihak menggesa agar mereka ini dibenarkan menyambung sewaan dari penyewa sah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan dibangkitkan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN), Kampung Tunku, Lau Weng San.

Iskandar berkata tindakan menyewakan kediaman kepada pihak ketiga dan “sewa atas sewa” menyalahi peraturan sewaan di PPR itu dan PPR-PPR lain di Selangor.

Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Negeri cuba membantu mereka diberikan notis keluar mendapatkan kediaman lain tetapi kekosongan di PPR-PPR lain adalah amat terhad.

EZY

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Ramalan hilang 8 kerusi, PAS Selangor sedia kaji

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 NOV: Ramalan yang mengaitkan PAS Selangor akan kehilangan lapan kerusinya di negeri itu memerlukan kajian semula anggota parti berkenaan di peringkat pentadbiran negeri.

iskandar01Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato’ Seri Iskandar Abdul Samad berkata, laporan mengenainya hanya bersifat dakwaan dan memerlukan kajian lanjut berhubung sebarang keputusan dibuat.

“Ini semua hanya kenyataan biasa dan kita perlu lihat kajian yang dibuat pihak kami juga,” katanya menjawab pertanyaan pemberita di Lobi Sidang Dewan Negeri (DNS), di sini.

Pagi ini media melaporkan, Barisan Nasional berpotensi untuk merampas semula Selangor pada pilihan raya umum (PRU) menerusi kajian dilaksanakan firma kajian Politweet.

Menurut laporan itu, BN boleh memenangi antara 17 hingga 23 kerusi daripada keseluruhan 56 DUN kerana peningkatan kerusi yang berisiko untuk dimenangi BN berbanding 12 DUN, pada PRU lalu.

Pada Oktober lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan proses persempadanan semula yang didakwa bersifat berat sebelah dan memberi kelebihan kepada Umno-BN.

-NFN-

Categories
SELANGOR

CCTV untuk 70 pangsapuri kos rendah SEROJA

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 JULAI: Pangsapuri kos rendah yang menyertai Skim Rondaan Kejiranan Dan Keselamatan (SEROJA) akan dipasang kamera litar tertutup (CCTV).

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Samad, berkata program itu adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan pangsapuri di Selangor lebih selamat didiami.

iskandar01Katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10,000 bagi setiap pangsapuri yang menyertai skim itu dan RM5,000 pula akan digunakan untuk memasang CCTV.

“Penduduk juga boleh membeli peralatan rondaan keselamatan seperti belantan, jaket, wisel dan lampu suluh jika tidak mahu memasang CCTV.

“RM5,000 lagi akan digunakan untuk program kemasyarakatan dan kesedaran penduduk,” katanya dalam kenyataan.

Iskandar berkata, program itu dilaksanakan dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

SEROJA mula diperkenalkan pada tahun 2013 bertujuan untuk membanteras kejadian pecah rumah, kecurian, rompakan, peras ugut dan vandalisme.

SEROJA adalah satu lagi program Kerajaan Negeri untuk membantu penduduk di perumahan berstrata.

Sehubungan itu, beliau berkata Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) digesa menyertai SEROJA dengan menghubungi Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) atau menelefon Encik Khairol (0102433400)/Lt Kamaruzzaman (0132069522).

Iskandar turut mensasarkan 70 kawasan pangsapuri kos rendah menyertai SEROJA tahun ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Jimat air dapat RM5,000

OLEH: ASRI SAPFIE

SHAH ALAM, 21 MEI: Bagi menggalakkan rakyat khususnya penduduk pangsapuri menyahut seruan Kerajaan Negeri menjimatkan air, Program Insentif bagi Pangsapuri Kos Rendah Sempena Kempen Jimat Air Negeri Selangor 2016 dilancarkan.

Program itu disempurnakan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad bertempat di Pangsapuri PPR Hicom, Seksyen 26.

pelancaran insentif jimat air dan gotong royong perdana PPR Hicom (2)Beliau berkata, Kerajaan Negeri sentiasa peka dengan senario pembaziran air yang seringkali berlaku terutama di negeri itu.

Tambah beliau, kempen itu bertujuan memberi kesedaran dan galakan masyarakat terutama penduduk di pangsapuri kos rendah supaya lebih peka dan mengambil bahagian menjimatkan air.

“Insentif ini dikaji lagi untuk ditambah nilainya. Dua kali ganda nilai daripada sekarang pun tidak mengapa,” kata beliau.

Pangsapuri yang mendapat penurunan peratusan tertinggi bakal menerima RM5,000 manakala kedua tertinggi mendapat RM3,500 diikuti RM2,500 di tempat ketiga manakala RM1,000 diberikan sebagai hadiah saguhati.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Gotong-Royong Perdana di pangsapuri itu bertujuan mewujudkan persekitaran sihat penduduk.

Menurut beliau, persekitaran kotor itu berpunca sikap segelintir penduduk tidak bertanggungjawab membuang sampah menyebabkan persekitaran kotor dan mengundang jangkitan penyakit seperti denggi, malaria, kencing tikus dan sebagainya.

pelancaran insentif jimat air dan gotong royong perdana PPR Hicom (1)“Walaupun statistik menunjukkan penurunan jangkitan denggi di Selangor, kita perlu memberi perhatian serius memastikan ia dibanteras”, kata beliau.

Beliau berharap program itu memupuk sikap kerjasama masyarakat bukan hanya dalam isu keselematan tetapi juga soal kebersihan.

“Program ini harus dijadikan permulaan penduduk meneruskan program gotong-royong di masa akan datang,” kata beliau.

Hadir sama menjayakan program tersebut, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.

EZY

Categories
SELANGOR

Tak ada keperluan PAS kerjasama dengan Umno

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 NOV: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan tiada keperluan untuk mengadakan kerjasama politik dengan Umno iaitu sebuah parti yang semakin ditolak rakyat.

Naib Presiden PAS itu berkata, kerjasama erat antara PAS, KEADILAN dan DAP dalam Pakatan Rakyat Selangor ketika ini menyebabkan mereka dapat menerajui Kerajaan Negeri dengan selesa.

iskandar“Masa krisis Menteri Besar dulu juga kita tak pernah bincang nak kerjasama dengan Umno dan saya lihat tidak ada keperluan kerjasama dengan mereka sekarang.

“Apa perlu kita wujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno yang tertekan dan Pakatan yang mengawal sekarang ini. Apa perlunya? Orang Umno sendiri pun dah tak mahu dengan Umno,” katanya di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, hari ini.

Iskandar turut menegaskan PAS Selangor akan menolak cadangan itu jika ditimbulkan sebarang pihak pada masa akan datang.

Iskandar berkata demikian apabila diminta reaksi PAS Selangor berhubung kenyataan Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang mendakwa presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

ADUN Salor yang kekal bersama PAS itu dipercayai merujuk ketika Pakatan menghadapi krisis berhubung pertukaran Menteri Besar Selangor, tahun lalu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Exco: Persekutuan patut lantik 2 wakil Selangor ke Tribunal Pembangunan Strata

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 OGOS: Kerajaan Negeri mahu dua wakil dari Selangor dilantik sebagai anggota Tribunal Pembangunan Strata (TPS) yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Samad, berkata TPS ditubuhkan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) bersetuju akta baru itu diperlukan kerana akta terdahulu banyak kelemahan dan tidak lengkap.

iskandar bangunan“Kerajaan Negeri bersetuju akta baru ini amat diperlukan kerana akta digunapakai sebelum ini, Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyelenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) mempunyai banyak kelemahan.

“Kerajaan Selangor terpaksa membuat peraturan tambahan berkaitan pembangunan strata bagi menyelesaikan masalah di pembangunan itu,” katanya dalam kenyataan.

Iskandar berkata TPS ditubuhkan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) namun akta itu perlu mendapat persetujuan negeri-negeri untuk dilaksanakan di peringkat negeri.

Katanya, tanpa persetujuan negeri, akta terbabit tidak dapat dikuatkuasakan atau TPS tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah di pembangunan berstrata seperti pangsapuri dan kondominium.

“Kerajaan Negeri sentiasa berada di hadapan di dalam usaha menyelesaikan masalah dihadapi penduduk pembangunan berstrata.

“Ini terbukti apabila kerajaan persekutuan mengambilkira usaha Kerajaan Negeri apabila merangka akta baru ini,” katanya.

Sebelum ini juga Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) mewujudkan jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa PRIHATIN untuk mendengar melibatkan pembangunan berstrata.

“Tetapi dengan penguatkuasaan akta baru, TPS mengambil alih tugas Jawatankuasa PRIHATIN,” katanya.

Sidang Dewan Negeri Selangor semalam meluluskan resolusi untuk memberi kuasa eksekutif kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menubuhkan TPS.

EZY