MBPJ : Pelan Induk Keselamatan 2015-2020, wujudkan bandar raya makmur dan selamat

MBPJ laksana Pelan Induk Keselamatan 2015-2020, giat kurangkan kes jenayah di kawasan Petaling Jaya dalam mewujudkan bandar raya makmur dan selamat

Categories
SELANGOR

Ahli PAS perlu beri maklumat jika ada provokasi & ancaman

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 MAC: PAS Selangor menggesa setiap ahlinya memantau dan memberi maklumat kepada pihak polis jika terdapat usaha memprovokasi serta mengancam mana-mana ahli atau pimpinan parti.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya memandang serius kes pukul yang mencederakan Ahli Jawatankuasa Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, pagi tadi.

khairuddin othman“Kita tidak bertolak ansur dengan sebarang tindakan jenayah dan minta polis menyiasat kejadian berkenaan sehingga pelaku ditangkap serta dibawa ke pengadilan.

“Semoga Dr Dzulkefly segera sembuh dan di dalam perlindungan Allah sentiasa,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Terdahulu, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang berjaya menghubunginya memaklumkan Dzulkefly akan membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Dzulkefly dilaporkan memberitahu, penjenayah bertanya ‘kenapa kurang ajar’ selepas bertindak menumbuk beliau di muka dan dahi.

Cubaan Selangor Kini untuk menghubungi Dzulkefly menerusi panggilan telefon masih tidak berjawab.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA

Q&A: Pembelotan masyarakat dalam kes jenayah

Kes gangster berparang banyak berlaku di Klang dan beberapa lokasi lain hingga mengorbankan nyawa dipercayai ekoran perebutan kawasan. Wartawan SelangorKini, Afix Redzuan menemu bual penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim mengenai kepentingan peranan masyarakat.

Ramai resah berikutan kes kumpulan gangster berparang umumnya kian menjadi-jadi kebelakangan ini. Komen?

Kalau menyangka polis tidak mengambil pandang, tidak beri perhatian, itu saya sangkal. Dari masa ke masa, kes samun berparang menjadikan orang perseorangan, kenderaan, rumah dan premis perniagaan sebagai sasaran. Kita dapat lihat tangkapan yang dibuat polis.

Yang penting ialah pera-nan masyarakat. Bukan setakat laporkan kejadian tetapi kalau ada percubaan membeli bara-ngan curi, hendaklah dilapor.

kamal affendi ihsan blogmasjidbandarbukitraja2Tidak mungkin barangan samun seperti komputer riba, telefon bimbit digunakan me-reka, sudah pasti ia dijual. Jadi pembeli juga yang curang kepada masyarakat.

Kebanyakan maklumat di laman sosial lebih berbentuk perkauman misalnya pergaduhan antara kaum dan melibatkan warga asing. Pandangan?

Inilah masalahnya. Kadang-kadang penerangan gambar yang mereka muat naik tidak mengambil kira sensitiviti, ada kalanya fitnah semata-mata. Bila dikaitkan dengan kaum tertentu, misalnya India, walhal bukan mereka. Ini menimbulkan kekecohan hingga boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Ambil contoh, penyebaran kejadian di sebuah pasar raya walhal yang terlibat bukan dilakukan orang Malaysia. Tetapi apabila viral, ia dikatakan orang Malaysia dan merujuk kaum tertentu. Ini menjadi polemik masyarakat sehingga timbulnya ketakutan.

Dari segi kajian, adakah statistik jenayah berada di tahap membimbangkan?

Apa-apa bentuk jenayah mestilah ia menjengkelkan. Apabila kes dibuka, polis akan beri perhatian sama ada kes itu kecil atau besar. Polis akan melakukan tindakan berdasarkan siasatan atau maklumat orang awam dalam menyelesaikan kes.

jenayah2 pcaSecara statistiknya, sasaran yang ditetapkan antarabangsa ialah 25 peratus penyelesaian kes mengikut jumlah laporan kes setiap tahun. Di Malaysia, polis mensyaratkan pencapai-an penyelesaian kes ialah 45 peratus. Ini direalisasikan.

Secara keseluruhan, bagaimana kerjasama masyarakat dalam membanteras jenayah?

“Hampir setiap hari, ada pembelotan sebahagian ahli masyarakat. Umpamanya membeli barangan curi, tahu maklumat jenayah tetapi enggan dedahkan maklumat.

Walaupun berpuas hati de-ngan peranan masyarakat dalam pencegahan jenayah dari segi rondaan dan sebagainya tetapi mereka perlu pertingkatkan lagi kerjasama dengan menyalur maklumat.

“Barangkali masyarakat hanya berfikir mereka hanya ada sedikit maklumat tetapi sebenarnya, apabila dicampur dengan maklumat orang lain, mungkin jadi komposit maklumat yang membantu penyelesaikan kes. Malangnya, ramai berdiam diri atau menganggapnya tidak penting. Akhirnya tanggungjawab itu dipikul polis.

Kecuaian menjadi kunci utama jenayah seperti kecurian motosikal dan seumpamanya. Bagaimana kecederungan kes yang meragut nyawa?

jenayah tembakDari segi kes melibatkan nyawa tidak sampai 200 kes setahun. Jumlah kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada jenayah.

Untuk berlaku jenayah, perlu ada kombinasi tiga faktor iaitu kehadiran penjenayah, sasaran dari segi mangsa atau tempat dan peluang.

Hanya gabungan tiga perkara tadi dalam satu titik, maka jenayah berlaku. Untuk kurangkan penjenayah agak sukar kerana dalam tamadun manusia, memang adanya penjenayah. Yang boleh dilakukan orang awam ialah mengurangkan peluang dari menjadi mangsa penjenayah.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Mangsa perlu tampil, masyarakat jangan hanya melihat

Oleh: DR DAROYAH ALWI

SHAH ALAM –  Kerajaan Negeri menyeru kepada seluruh rakyat di Selangor agar tidak berdiam diri jika mengetahui berlakunya kes keganasan dan penderaan di sekeliling mereka.

Exco Kebajikan, Dr Daroyah Alwi berkata, sebagai sebuah masyarakat yang prihatin, kita perlu menasihati mereka (mangsa) agar segera tampil ke hadapan bagi mendapatkan bantuan.
Menurutnya, mangsa keganasan dan penderaan terutamanya wanita dan kanak-kanak tidak seharusnya berdiam diri tetapi perlu mencari penyelesaian bijak dengan tampil mengemukakan aduan di “One Stop Crisis Centre” (OSCC) yang terdapat di Jabatan Kecemasan setiap hospital.

“One Stop Crisis Centre” (OSCC) atau lebih dikenali sebagai Pusat Khidmat Krisis Sehenti merupakan sebuah pusat perkhidmatan lengkap dan menyeluruh kepada mangsa penderaan, perkosaan dan keganasan rumah tangga.”

“Pusat khas yang ditubuhkan pada 1997 ini berfungsi untuk memberi rawatan kecemasan, pemeriksaan dan dokumentasi, khidmat kaunseling, sokongan emosi dan penempatan sementara bagi membantu dalam menstabilkan semula emosi mangsa serta membolehkan mereka memperolehi ketenangan fikiran seterusnya menyelesaikan masalah dihadapi setiap mangsa,” katanya semasa sesi perjumpaan dan taklimat serta penyerahan Kit OSCC kepada wakil enam buah hospital di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dalam pertemuan tersebut, dilaporkan OSCC di Hospital Klang menerima kes yang paling ramai tahun lalu (2014) iaitu sebanyak 792 kes diikuti Hospital Ampang (344 kes) Hospital Selayang (300) dan hospital-hospital lain.
Agak menyedihkan selain ramai mangsa penderaan hari ini masih bersikap ‘mengunci mulut’, masyarakat sekeliling pula bersikap buat tidak tahu.

Dr Daroyah berkata, masih ramai masyarakat negeri ini khususnya di kawasan luar bandar belum memahami fungsi sebenar pusat itu dan terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak mengetahui langsung akan kewujudannya.

Menurutnya lagi, perkara seumpama itu tidak seharusnya dipendamkan atau dibiarkan melarat kerana ia boleh merosakkan emosi dan berlakunya kes penganiayaan yang berterusan.

“Sehingga ke hari ini, peranan dan fungsi OSCC mendapat maklumbalas yang baik. Oleh yang demikian, peranan unit tersebut perlu disebar luas agar lebih banyak kes keganasan rumah tangga, penderaan, rogol, cabul serta eksploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak dapat dikesan awal seterusnya diselesaikan dengan lebih cepat.

“Dengan kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan khidmat guaman, kebajikan dan keselamatan mangsa sentiasa menjadi keutamaan.

Pada majlis tersebut, Kerajaan Negeri menyediakan sebanyak 100 buat Kit OSCC kepada setiap hospital yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Kit tersebut dilengkapi dengan keperluan diri antaranya tuala, baju, kain pelikat atau batik, kelengkapan mandi dan selipar untuk diberikan kepada pesakit (mangsa).

Sehingga hari ini, terdapat enam buah hospital kerajaan yang mempunyai kemudahan OSCC iaitu Hospital Klang, Ampang, Kajang, Sungai Buloh, Selayang dan Serdang.

# Dr Daroyah Alwi adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri puji inisiatif PDRM tangani jenayah

SHAH ALAM, 2 OKT: Kerajaan Negeri akan terus menyokong dan mendokong inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani masalah jenayah di negeri Selangor.

“Saya dan pimpinan baharu telah pun diberi taklimat tentang keadaan di negeri Selangor, dan kami berterima kasih kepada pihak PDRM yang telah mengambil inisiatif untuk menangani masalah di negeri Selangor.

“Kita melihat indeks jenayah telah menurun atas usaha yang telah dimainkan PDRM, dan Kerajaan Negeri akan memberi sokongan dan dokongan kepada PDRM untuk terus menjamin keselamatan rakyat dan memelihara ketenteraman rakyat,” kata Datuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dalam kunjungan hormat beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor semalam.

DSC_0142

Bersama Azmin ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Exco Zaidy Abdul Talib, Exco Dr Daroyah Alwi dan Exco Amirudin Shari.

Delegasi Kerajaan Negeri itu disambut Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah dan barisan kepimpinan PDRM Selangor.

HM

Categories
NASIONAL

Penjenayah tidak gentar undang-undang sedia ada

KUALA LUMPUR, 30 MEI: Pelbagai pihak terutama Umno yang menunjangi pemerintahan negara perlu mencari jalan penyelesaian lebih holistik membabitkan kes jenayah dan tidak hanya terkejut dengan kejadian rogol membabitkan 38 lelaki di Ketereh, Kelantan.

Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kejadian itu membuktikan penjenayah tidak gentar atau gerun terhadap sistem perundangan sedia ada.

“Keberkesanan sistem perundangan yang ada semakin diragui apabila kadar jenayah dalam negara tidak berhenti meningkat,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.

datuk-ibrahim-tuan-man1Beliau berkata, kes rogol, penderaan seksual, pembuangan bayi, penderaan kanak- kanak, peningkatan ketagihan dadah dan arak di kalangan remaja adalah gejala yang wajib diberi perhatian semua pihak.

“Kes dua pelajar dirogol 38 lelaki di Ketereh, Kelantan menggemparkan pelbagai pihak. Kejadian malang yang menimpa pelajar itu seharusnya membuka mata pemimpin negara khususnya dan rakyat bagi melihat betapa teruknya keadaan masyarakat hari ini.

“Masyarakat kini melihat kejadian jenayah rogol, dadah, bunuh, kecurian dan ragut sebagai berita semasa yang biasa.

“Malahan, jika kejadian di Ketereh itu hanya membabitkan seorang remaja lelaki merogol remaja perempuan, masyarakat tidak akan merasai kejadian terbabit pelik,” katanya.

rogol budakBeliau berkata, Allah SWT menurunkan sistem perundangan bagi menyelamatkan agama, akal, harta, maruah serta zuriat dan keturunan manusia.

Sehubungan itu, katanya, sistem perundangan Islam perlu dilaksanakan bagi menyelamatkan masyarakat daripada penjenayah.

Beliau berkata, kejadian di Ketereh itu walaupun suspek tidak boleh diadili menurut hukum hudud jika sistem perundangan Islam dikuatkuasakan ekoran wujud pelbagai keraguan, namun boleh diadili di bawah perundangan takzir.

“Hukum takzir boleh lebih keras daripada hudud jika mahkamah melihat wujudnya keperluan menjatuhkan hukuman yang lebih berat,” katanya.

Categories
NASIONAL

ABIM: Tidak serius laksana Maqasid Syariah punca jenayah meningkat

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 MEI: Sikap tidak serius kerajaan melaksanakan konsep Maqasid Syariah adalah antara faktor yang mendorong kepada peningkatan jenayah di negara ini.

Ini dibuktikan dengan beberapa kes jenayah yang menimbulkan kebimbangan masyarakat dan terbaru apabila laporan seorang pelajar tingkatan dua yang didakwa dirogol 38 lelaki, pada 27 Mei lalu.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abd Manan, berkata Maqasid Syariah adalah kualiti kehidupan yang perlu dijaga dan dicapai.

amidi“Namun, jika tiada kesungguhan daripada pihak kerajaan maka hasrat umat Islam untuk mencapai kualiti kehidupan yang selari dengan konsep berkenaan tidak akan tercapai.

“Melihat daripada keadaan ini, saya rasa kerajaan tidak serius daripada sudut untuk mencapai Maqasid Syariah. Kenyataan Perdana Menteri apabila beliau mengatakan bahawa Perundangan Syariah itu tidak boleh dilaksanakan kerana masalah Maqasid, maka ia (Maqasid) tidak diusahakan dengan serius dalam hal ini.

“Maqasid Syariah adalah kualiti kehidupan yang perlu dijaga dan dicapai. Kita tidak nampak kesungguhan itu untuk dilaksanakan.

“Bukan sahaja aspek seperti jenayah rogol yang jelas terkanun dalam Maqasid Syariah dan terletak dalam penjagaan maruah tetapi dalam hal rogol penjagaan nasab (keturunan) dan juga penjagaan nyawa itu sendiri. Maka, kita kira hasrat umat Islam untuk melihat perundangan syariah dilaksanakan sebenarnya masih lagi jauh kerana tiada kesungguhan dalam hal ini,” katanya kepada Selangor Kini.

blogger-image-162863562Katanya, kadar jenayah berpotensi untuk meningkat dalam masa terdekat ditambah dengan kurangnya tindakan membanteras gejala pornografi dalam kalangan masyarakat jika keadaan itu berterusan.

“Kalau lihat masalah rogol antaranya disebabkan pornografi dalam masyarakat dan kita belum mendengar tindakan bersungguh yang diambil kerajaan, bahkan kemungkinan masalah ini akan meningkat.

“Kita agak kecewa kerana seharusnya dengan teknologi terkini,pihak keselamatan boleh bertindak dengan cepat dan berkesan. Kita lihat seakan tidak tiambil tindakan dengan begitu baik,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Barang naik : BN memangsakan rakyat, tingkat kemalangan dan jenayah

KUALA LUMPUR, 27 DIS: Impak inflasi bukan sahaja membabitkan aspek kewangan tetapi kesan sosial ke atas keutuhan kekeluargaan apabila ibu bapa mula membuat pelbagai kerja tambahan yang akan menjejas pelbagai aspek keharmonian keluarga.

“Ini sudah pasti. Apa lagi? Ada lagi dan yang ini tentunya menyayat hati,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad yang dipetik daripada Harakahdaily.

Dzulkefly Ahmad Pejabat PAS 01Beliau berkata, mengikut kajian sebuah badan penyelidikan (International Association of Traffic and Services) setiap kali bahan bakar iaitu petrol dan diesel naik dan inflasi tercetus, maka golongan berpendapatan rendah akan merubah cara hidup mereka.

“Menteri Barisan Nasional (BN) tidak perlu suruh rakyat ikat perut atau suruh ambil jalan alternatif kalau tidak bayar kenaikan tol sebab mereka memang tahu sangat untuk ‘survive’,” katanya.

Katanya, hanya menteri yang boleh hidup mewah membeli-belah di Harold, London dan bandar besar dunia ketika cuti krismas dan Tahun Baru, tetapi rakyat sudah mula mengikat perut serta bergelut untuk menyiapkan anak yang bakal memulakan sesi persekolahan.

Dzulkefly berkata, apabila rakyat bertukar daripada kereta Kancil dan Proton Saga kepada menunggang motosikal untuk ke pejabat, maka dapatan kajian membuktikan kadar kemalangan meningkat.

Beliau berkata, Malaysia adalah negara punyai risiko kematian jalan raya tertinggi di dunia, yang mana penunggang motosikal terdedah tiga kali ganda risiko kemalangan berbanding menaiki kereta.

“Dengan kenaikan kos saraan hidup ini atau inflasi barang naik, rakyat Malaysia berdepan dengan kemalangan maut. Apakah kerajaan BN sedar akibat perbuatan mereka menaikkan secara mendadak ini? BN memangsakan rakyat,” katanya.

Katanya, satu dapatan kajian sekumpulan penyelidik Universiti Saians Malaysia (USM) juga menemui hubungan faktor inflasi dan kadar jenayah, pada 2009.

“Sayugia dingatkan kerajaan Najib dengan NKRA jenayah serta KPInya pasti akan tercalar apabila rakyat lebih mudah menukar kerjaya mereka atau menambah pendapatan dengan meragut, mencuri dan merompak. Dapatan menemui hakikat bahawa ketika dalam tekanan kos sara hidup yang tinggi iaitu inflasi akan turut meningkatkan kadar jenayah.

“Rakyat juga diheret ke kancah jenayah atau menjadi mangsa jenayah. Pencetusnya siapa?,” katanya.

Categories
SELANGOR

BN lemah tapi kekal kuasa antara punca kadar jenayah naik

OLEH : AFIX REDZUAN

PUCHONG 17 NOV : Kesilapan memilih kerajaan antara punca peningkatan kadar jenayah yang dihadapi kini sehingga membawa kepada kebimbangan rakyat dalam menempuhi kehidupan seharian.

Pandangan itu dilontarkan oleh Penulis dan Penterjemah fahaman Buddha, Sherob Wong dalam dialog antara agama bertajuk Jenayah: Punca dan Solusi dari perspektif semua agama.

jenayahKatanya, punca jenayah diketegorikan dari aspek luaran dan dalaman yang saling berkait di antara kedua-duanya.

Beliau menafsirkan jenayah sebagai apa-apa yang boleh memberi masalah dan kesusahan kepada orang lain.

“Punca jenayah ada hubung kait dengan pentadbiran kerajaan sekarang. Kita telah pilih kerajaan pusat yang salah. Ini  masalah yang tidak boleh kita abaikan kerana kerajaan tidak efisyen

“Selepas pilihan raya kita tahu.  Pilihan raya lepas merupakan satu jenayah moral (moral crime) yang amat ketara. Kenapa? sebab ada manipulasi.

“Blackout, magik, bangla dan semua isu ini. Ini menentang banyak harapan dan hasrat rakyat.

“Ini boleh dikatakan satu jenayah walaupun secara halus,” katanya.

Selain itu, kekeliruan terhadap budaya dan arah tuju slogan ‘1Malaysia’ yang dilaungkan selama ini gagal dilaksanakan kepada masyarakat juga menjadi punca luaran berlakunya jenayah.

Dialog antara agama dianjur buat pertama kali oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Selangor yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Ia dihadiri hampir 50 orang hadirin bagi mendengar sendiri pandangan wakil empat agama utama di Malaysia berhubung isu jenayah dan solusi.

Berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Taman Puchong Intan, dialog itu turut dihadiri Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail dan Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib.

-EZY FZL