Categories
AGENDA GLOBAL

Jangkitan Covid-19 di Indonesia lepasi 250,000 kes, korban 9,837

JAKARTA, 22 SEPT: Indonesia mencatatkan 4,071 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu kini meningkat kepada 252,923.

Berdasarkan data yang disiarkan dalam laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 109,721 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 160 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 9,837 orang.

Provinsi Jakarta, yang kembali dikuatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula 14 September lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 64,554 kes, dengan tambahan 1,236 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,015 orang, diikuti Jakarta (1,600), Jawa Tengah (1,314) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: 49 kes baharu di Singapura, keseluruhan 57,406

SINGAPURA, 13 SEPT: Laporan awal Kementerian Kesihatan Singapura hari ini menunjukkan tambahan 49 kes baharu jangkitan Covid-19 di negara republik itu, dengan lapan daripadanya melibatkan kes import.

Menerusi data ringkas yang dikeluarkan hari ini, menurutnya semua kes import telah diberikan Notis Tinggal di Rumah sebaik tiba di Singapura, dan berdasarkan siasatan sehingga kini, hanya satu kes dikesan dalam komuniti yang melibatkan seorang pemegang pas kerja.

Susulan laporan kes baharu, jumlah jangkitan secara keseluruhan kini menjangkau kepada 57,406.

Menerusi data penuh yang dikeluarkan lewat semalam, kementerian itu mengklasifikasikan 983 daripada kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,237 sebagai kes komuniti, dan 54,137 melibatkan penghuni asrama.

Menurutnya 56,699 pesakit sembuh sepenuhnya, dan 54 kes disahkan yang masih di hospital, namun tiada yang ditempatkan di unit rawatan rapi, manakala 577 pesakit dengan simptom ringan atau sihat secara klinikal tapi masih positif Covid-19 diasingkan dan dijaga di kemudahan komuniti.

Tiada kluster baharu dikesan semalam, dan sehingga kini 27 meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan Covid-19 di Singapura.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Indonesia catat 3,806 kes baharu, 106 kematian

JAKARTA, 12 SEPT: Indonesia mencatatkan 3,806 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di republik itu kini 214,746 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 95,539 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 106 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 8,650 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik tersebut iaitu 52,840 kes dengan tambahan 1,205 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,746 orang, diikuti Jakarta (1,386); Jawa Tengah (1,139); Kalimantan Selatan (386); Sulawesi Selatan (376) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Korban Covid-19 global lepasi 900,000, jumlah kes 27.6 juta

NEW YORK, 10 SEPT: Korban Covid-19 global pada Rabu sudah melepasi 900,000 orang, lapor agensi berita Xinhua.

Jumlah korban kini mencecah 900,079 manakala terdapat lebih 27.6 juta kes di seluruh dunia, menurut data Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat kekal negara paling teruk diancam dengan 6,356,310 kes dan 190,649 kematian, menyumbang kepada lebih 20 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian global.

Brazil mencatatkan jumlah kematian kedua tertinggi di dunia, sebanyak 127,464 diikuti India dengan 73,890 korban.

India baru-baru ini mengatasi Brazil sebagai negara yang merekodkan jumlah kes kedua tertinggi di dunia, melebihi 4.3 juta.

Negara yang mencatatkan lebih 30,000 kematian termasuk Mexico, Britain, Itali, Perancis dan Peru.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Singapura catat 40 kes baharu, 13 import

SINGAPURA, 6 SEPT: Singapura mengesahkan tambahan 40 lagi kes positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah terkumpul jangkitan tersebut di republik itu sebanyak 57,022 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan republik itu, kes baharu terbabit termasuk empat penularan dalam komuniti melibatkan pemegang pas kerja.

Selain itu, terdapat 13 kes import yang kesemuanya diletakkan di bawah notis kuarantin di rumah, kata kementerian tersebut dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan data penuh yang dikeluarkan lewat semalam, republik itu mengklasifikasikan 923 daripada kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,225 jangkitan dalam komuniti dan selebihnya sebanyak 53,834 kes lagi melibatkan penghuni asrama pekerja.

Setakat ini, seramai 56,267 pesakit pulih sepenuhnya daripada jangkitan manakala 50 masih dirawat di hospital namun tiada yang ditempatkan di unit rawatan rapi.

Seramai 638 pesakit yang bergejala ringan atau sihat secara klinikal namun diuji positif Covid-19 diasingkan dan dirawat di pusat jagaan komuniti.

Setakat ini Singapura merekodkan 27 kematian akibat jangkitan itu.

Selain itu, sebanyak tiga kluster baharu dikenal pasti semalam iaitu di Cochrane Lodge I, Mandai Lodge I dan Tuas South Dormitory.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Kes Covid-19 di Indonesia lepasi 190,000, korban 7,940

JAKARTA, 5 SEPT: Indonesia mencatatkan 3,128 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu berjumlah 190,665 kes setakat ini.
Berdasarkan data laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 86,778 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 108 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif akibat Covid-19 di Indonesia kini 7,940 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu pada 45,157 kes, dengan tambahan 877 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,515 orang, diikuti Jakarta (1,265), Jawa Tengah (1,076), Sulawesi Selatan (370) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Indonesia catat 2,719 kes baharu, keseluruhan 162,884

JAKARTA, 27 OGOS: Indonesia mencatatkan 2,719 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac lepas.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 162,884 kes, manakala jumlah kematian keseluruhan meningkat kepada 7,064 orang.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 120 lagi kematian berlaku di republik berkenaan.

“Bagi tempoh 24 jam itu, provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kes positif baharu tertinggi iaitu 760 kes, dengan 11 lagi kematian,” menurut laman sesawang tersebut.

Provinsi Jakarta kini mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 36,213 kes, diikuti Jawa Timur (31,696) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,282 orang, diikuti Jakarta (1,146), Jawa Tengah (937), Sulawesi Selatan (356) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Kes Covid-19 global kini lebih 22 juta, korban 778,557

NEW YORK, 19 OGOS: Kes Covid-19 di seluruh dunia kini sudah melebihi 22 juta pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua berdasarkan data Johns Hopkins University.

Jumlah kes global mencecah 22,046,135, dengan korban seramai 778,557 setakat 8.27 malam waktu tempatan (0027 GMT Rabu).

Amerika Syarikat paling teruk diancam, menyaksikan 5,480,487 kes jangkitan dan 171,687 orang meninggal dunia, diikuti Brazil 3,359,570 kes dengan korban seramai 109,888. India pula mengesahkan lebih 2.7 juta kes.

Negara dengan lebih 400,000 kes termasuk Rusia, Afrika Selatan, Peru, Mexico dan Colombia. Sementara itu, Mexico, India, Britain, Itali dan Perancis pula mencatatkan lebih 30,000 kematian.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: New Zealand tangguh pilihan raya umum sehingga Oktober

MOSCOW, 17 OGOS: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, memutuskan untuk menangguhkan pilihan raya umum sehingga 17 Oktober, disebabkan wabak Covid-19, lapor agensi berita Sputnik.

Ardern juga mempertimbangkan beberapa pilihan lain, termasuk mengadakan pemilihan pada 19 September, seperti yang dijadualkan, menangguhkannya selama empat minggu atau mengadakannya pada 21 November.

“Saya memutuskan untuk menukar tarikh pilihan raya selewat-lewatnya empat minggu sehingga 17 Oktober. Pada akhir minggu lalu, saya diberitahu ia mungkin boleh diadakan pada tarikh ini dan kurang berisiko berbanding jika kita mengekalkan status quo,” kata Ardern semasa taklimat media yang disiarkan di Facebook.

Minggu lalu, New Zealand merekodkan empat kes baharu untuk pertama kalinya dalam masa 102 hari, mendorong pihak berkuasa mengenakan peraturan kuarantin di Auckland.

Sehingga kini New Zealand mengesahkan 1,271 kes, dengan jumlah korban seramai 22 orang.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Kes positif Covid-19 di Indonesia kini 132,816, korban 5,968

JAKARTA, 13 OGOS: Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 132,816, manakala 76,515 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus itu.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 2,098 kes positif baharu disahkan dalam tempoh 24 jam.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, 65 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 5,968 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 27,761 kes, diikuti Jawa Timur (26,561) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,953 orang, diikuti Jakarta (970), Jawa Tengah (765), Sulawesi Selatan (339) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: 42 kes baharu di Singapura, keseluruhan 55,395

SINGAPURA, 12 OGOS: Singapura mencatat 42 kes kes baharu jangkitan Covid-19 dengan 11 daripadanya adalah kes import dalam tempoh 24 jam lepas.

Menurut data ringkas yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu hari ini, kesemua kes import telah diserahkan notis kuarantin di rumah sebaik sahaja mereka tiba di Singapura.

Berdasarkan siasatan MOH setakat ini, ia berkata hanya ada satu kes dalam komuniti, melibatkan seorang warga Singapura sementara majoriti kes adalah daripada pekerja warga asing yang kini sedang dikuarantin.

Perangkaan terbaharu ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di republik itu mencecah 55,395.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, kementerian itu berkata kira-kira 22,500 pekerja masih berada dalam tempoh kuarantin.

Singapura mengklasifikasikan 763 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,195 kes komuniti dan 52,395 kes merupakan penghuni asrama.

Sejumlah 50,128 pesakit atau kira-kira 90 peratus daripada jumlah kumulatif kes sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan didiscaj daripada hospital atau pusat penjagaan komuniti.

Sementara itu, 104 kes disahkan masih lagi berada di hospital tetapi tiada yang dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Sejumlah 5,094 pesakit yang bergejala ringan atau yang secara klinikal disahkan sihat tetapi masih positif dalam saringan Covid-19 diasingkan dan dijaga di pusat penjagaan komuniti.

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di republik itu.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Kes Covid-19 di Indonesia kini 130,718, korban 5,903

JAKARTA, 12 OGOS: Kes positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 130,000 selain 86,619 orang masih dalam pemantauan virus itu.

Berdasarkan data yang dimuat naik di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 1,942 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kes positif virus itu kini 130,718 kes.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini juga sebanyak 79 lagi kematian akibat pandemik itu dilaporkan, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini seramai 5,903 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 27,153 kes, diikuti Jawa Timur (26,220) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,931 orang, diikuti Jakarta (959), Jawa Tengah (751), Sulawesi Selatan (338) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA