Categories
SELANGOR

Golongan OKU perlu dibawa dalam arus pembangunan

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LANGAT, 5 NOV: Karnival OKU anjuran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) yang julung kali diadakan baru-baru ini nyata mendapat sambutan luar jangkaan dengan jumlah penyertaan yang menggalakkan.

Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, penganjuran karnival itu membuktikan MDKL tidak pernah meminggirkan golongan orang kelainan upaya (OKU).

MDKLKatanya, golongan OKU juga berhak mendapat peluang seperti mana dinikmati golongan normal lain.

” Mereka harus dibawa ke tengah-tengah arus pembangunan dan tidak sepatutnya disembunyikan atau dipinggirkan yang kemudiannya menjadi penonton dan penumpang dalam masyarakat.

“Penglibatan dan gabungan semua pihak sama ada kerajaan mahu pun pihak swasta amat diperlukan bagi membangunkan warga OKU ini.

“Tanggungjawab untuk membangunkan OKU perlu dipikul oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.

Karnival yang berlangsung pada 1 November lepas antara lain mengetengahkan pertandingan bocce yang mirip sukan petanque dan boling padang.

Para peserta juga berpeluang menyertai pertandingan bola sepak yang menjadi medan pemilihan pemain-pemain yang akan mewakili Malaysia ke 1st. Special Olympics World Cup 11 A Side Unified Team 2015.

Selain dua acara utama berkenaan, terdapat juga pertandingan mewarna, tiup tepung, boling kelapa, makan biskut, isi air dalam botol dan bawa bola ping pong dalam sudu.

Pada masa sama, Azhar menyeru warga OKU supaya berani tampil ke hadapan bagi merebut peluang yang banyak disediakan buat mereka.

“Diseru semua lapisan masyarakat supaya mendaftarkan anak-anak atau anggota keluarga OKU mereka kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Diharap swasta juga dapat tampil membantu golongan OKU ini dari segi memberi mereka peluang-peluang untuk mengikuti latihan kemahiran dan peluang pekerjaan,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

MDKL: Bayar kompaun RM10 sebelum 31 Okt

BANTING 28 OKT : Orang ramai yang masih mempunyai kompaun kesalahan tempat letak kereta MDKL dinasihatkan agar menjelaskan bayaran sebelum tempoh kempen berakhir pada 31 Oktober ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, bagi Januari hingga September 2013 sahaja, MDKL telah mengeluarkan sebanyak 28,001 notis kompaun dengan jumlah kutipan telah dibayar sebanyak 10,195 kompaun.

MDKLManakala bagi Januari hingga September 2014 pula, MDKL telah mengeluarkan sebanyak 31,288 notis kompaun dengan kutipan telah dibayar sebanyak 12,842 kompaun.

Daripada jumlah itu, sebanyak 17,806 notis kompaun bagi Januari hingga September 2013 masih belum dijelaskan dan sejumlah 18,446 notis kompaun yang masih belum dijelaskan dari Januari hingga September 2014.

Manakala bagi Oktober 2013 sahaja, sejumlah 3,592 kompaun tempat letak kereta telah dikeluarkan dengan 1,148 kompaun telah dibayar dan bagi 1 Oktober hingga 24 Oktober 2014 pula, sebanyak 3,357 kompaun telah dikeluarkan dengan jumlah kompaun yang telah dibayar sebanyak 2,014 kompaun.

Menurut Mohd Azhar lagi, peluang ini hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh orang awam yang masih mempunyai kompaun tertunggak kerana tawaran pengurangan bayaran kompaun tempat letak kereta ini adalah yang termurah ditawarkan oleh MDKL berbanding kawasan lain pada kadar harga RM10.00 bagi setiap kompaun.

Beliau menambah, bagi mengatasi masalah pesalah tempat letak kereta yang ingkar menjelaskan kompaun, MDKL telah mendaftarkan dan mengambil tindakan mahkamah terhadap 127 kes di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Daerah Kuala Langat) 2007 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tindakan selanjutnya dan boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM300.00.

Sehubungan itu, pemilik kompaun bolehlah membuat bayaran di Kaunter Ibu Pejabat MDKL dan di Pejabat Penguatkuasa Telok Datok, sepanjang Oktober ini. Kaunter-kaunter ini beroperasi seawal jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang dan semakan juga boleh dibuat di www.mdkl.gov.my.

EZY

Categories
SELANGOR

Walkathon Mesra Alam semai kesedaran urus sungai 18 Oktober

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 OKT: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menjemput orang ramai ke program Walkathon Mesra Alam dan Pemeliharaan Sungai Langat dalam usaha menyemai kesedaran awam berkenaan kepentingan pengurusan sungai.

Program terbabit akan diadakan di Taman Awam, Jabatan Sultan Abdul Samad, Banting dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor, pada 18 Oktober ini.

Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, penganjuran program itu dilaksanakan sebagai satu inisiatif progresif dalam memperindahkan imej taman awam di tebing Sungai Langat.

BANNER WALKATHONKatanya, program itu sekali gus untuk menjadikan kawasan terbabit sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.

“MDKL juga berharap program ini dapat menyemai kesedaran awam berkenaan kepentingan melindungi serta mengurus sungai bagi kegunaan masa kini dan generasi yang akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Azhar berkata, program terbabit turut memfokuskan aspek perkongsian pintar antara ‘stakeholders’ di samping memenuhi sasaran pelan induk Local Agenda 21 MDKL.

Dalam program itu, pelbagai aktiviti akan dijalankan antaranya membuat lukisan mural dinding bertemakan pemeliharaan sungai, walkhaton mesra alam dan pertandingan kitar semula.

Selain itu, aktiviti menanam 50 spesis pokok, melepaskan 500 benih anak ikan siakap, pembersihan kawasan sungai dan darat, serta pertandingan mewarna kanak-kanak tadika berumur lima hingga enam tahun.

DSC_0402“Kita mensasarkan golongan belia terutama penduduk sekitar dengan membuka penyertaan kepada awam secara percuma.

“250 penyertaan awal akan mendapat kemeja-t dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bagi tempat pertama RM350, kedua (RM250), ketiga (RM150) dan tempat keempat hingga kesepuluh RM100 serta hadiah cabutan bertuah iaitu TV LED, basikal serta barangan elektrik.

“Orang ramai diharapkan dapat meluangkan masa bagi menyertai dan menghayati program ini bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang sihat, di samping penekanan terhadap pemuliharaan alam sekitar,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Belia dan Kemasyarakatan di talian 03-31803140.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Inisiatif kawasan hijau, MDKL tanam 502 pokok di Pantai Batu Laut

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 OKT: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menanam 507 anak pokok di Pantai Batu Laut sebagai inisiatif mewujudkan persekitaran hijau di kawasan terbabit.

Program terbabit dilaksanakan melalui Program Pantai Angkat Tahun 2014 sebagai usaha mewujudkan kawasan perairan dan pesisir pantai yang dapat menarik kedatangan pelancong, sekali gus meningkatkan taraf hidup penduduk setempat selain menanam sikap ”sense of belonging” atau ”ownership” di kalangan penduduk setempat.

Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, semua pihak dapat memainkan peranan dalam memelihara dan meningkatkan lagi mutu alam sekitar melalui aktiviti itu.

DSC_0300(1)Katanya, ia juga dapat berfungsi dalam mengawal suhu bumi serta permasalahan fenomena alam seperti banjir kilat dan hakisan yang kian meruncing akibat sikap individu yang tidak bertanggungjawab dengan pertumbuhan hijau terbabit.

“Melalui program seperti ini, kita mensasarkan pembabitan pelajar sekolah dan penduduk setempat supaya mereka dapat turut sama memainkan peranan dalam soal pemeliharaan serta pemuliharaan pantai.

“Bagi memastikan sesuatu kejayaan sesebuah program, ia bukan sahaja bergantung kepada penyelaras tetapi memerlukan kerjasama jitu daripada masyarakat setempat demi memastikan kelangsungan program yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Program Tanam Pokok Pantai Angkat yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan, baru-baru ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MDKL terima Sijil Audit Kewangan Bersih 7 tahun berturut-turut

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 26 SEPT: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menerima anugerah Sijil Audit Kewangan Bersih daripada Jabatan Audit Negara buat kali ketujuh berturut-turut berikutan amalan urustadbir kewangan telus dan berhemah.

Yang Dipertuanya, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, ia berkat usaha dan kerjasama berpasukan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di daerah Kuala Langat.

MDKL1Katanya, MDKL sentiasa komited meningkatkan kawalan dalaman yang lebih efisyen dan mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran di dalam berbelanja.

“Bagi tahun lalu pendapatan MDKL berjumlah RM54.79 juta manakala jumlah perbelanjaan sebanyak RM49.2 juta. Daripada jumlah itu MDKL menunjukkan lebihan pendapatan sebanyak RM5.6 juta.

“Catatan itu menunjukkan MDKL berjaya meningkatkan hasil sebanyak 74 peratus,” katanya dalam kenyataan media.

Mohd Azhar berkata, sebelum itu pada 2008 MDKL hanya mempunyai hasil sebanyak RM31 juta dan membelanjakan pada jumlah sama.

Bagaimanapun, katanya, dengan ketekunan serta komitmen tinggi yang ditunjukkan warga kerja, MDKL berjaya meningkatkan hasil pada tahun lalu dan bagi mengawal perbelanjaan lebih efisyen, pihaknya hanya membelanjakan sebanyak RM49 juta dengan peningkatan perbelanjaan sebanyak 58 peratus dengan rizab bersih tahun lalu sebanyak RM11 juta.

“Antara punca peningkatan perbelanjaan sebanyak RM49 juta bagi tahun lalu adalah kerana meningkatnya kos tarif elektrik yang memberi impak besar terhadap perbelanjaan MDKL,” katanya.

Mohd Azhar mengingatkan kepada seluruh warga MDKL agar sentiasa berhemah dalam berbelanja dan mengikut apa yang telah diperuntukkan.

Ini adalah penting, kerana baginya demi memastikan sistem urustadbir kewangan yang terurus serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pembayar cukai dan amnya kepada penduduk di daerah berkenaan.

EZY

Categories
SELANGOR

Kerajaan galak sukan paragliding pacu pelancongan

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 22 SEPT: Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan terhadap sukan paragliding bertujuan melahirkan masyarakat cergas dan sihat dan mempromosikan pelancongan.

Exco Belia dan Sukan, Ahmad Yunus Hairi berkata, Kejohanan Paragliding Antarabangsa kali ini menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi sihat di kalangan pelbagai negara.

Slide9Beliau berkata, ekoran daripada pembangunan sukan paragliding ini memberikan kesan positif dengan menyumbang pendapatan kepada operator perhotelan, restoren dan homestay.

“Seramai 30 orang peserta dari Spain, Taiwan, Singapura, Indonesia dan juga Malaysia menyertai kejohanan pada kali ini.

“Kejohanan seperti ini dapat memberi peluang dan ruang kepada lebih ramai generasi muda untuk bergiat cergas di dalam bidang sukan,” katanya.

Tapak acara ini juga telah menyaksikan beberapa siri kejohanan bertaraf antarabangsa dan dunia pada tahun 2006, 2007, 2008 dan kali terakhir MDKL menganjurkan kejohanan ini adalah pada tahun 2009.

“Semua agensi kerajaan dan swasta yang terlibat agar mengekalkan kerjasama yang ada agar kemajuan pembangunan sukan paragliding ini akan terus dicapai.

“Diharap peserta dapat menimba seberapa banyak pengalaman dan membina keyakinan serta semangat juang yang tinggi melalui kejohanan ini,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Jugra lokasi tumpuan sukan Paragliding dunia

Oleh: NORHAYATI UMOR

BANTING, 17 SEPT: Selepas beberapa tahun menyepi daripada menganjurkan sebarang kejohanan di peringkat antarabangsa, Jugra sekali lagi menjadi tuan rumah bagi ‘Jugra International Paragliding Accuracy Championship 2014’.

Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, dengan aktiviti sukan lasak ini Jugra atau Bukit Jugra yang dulu suram, kini berubah wajah apabila setiap hujung minggu atau hari biasa terdapat pelancong dari dalam dan luar negara melakukan aktiviti paragliding.

photo 3Katanya, MDKL menganjurkan beberapa siri kejohanan bertaraf antarabangsa dan dunia pada 2006, 2007, 2008 dan kali terakhir MDKL menganjurkan kejohanan ini adalah pada 2009 dengan menganjurkan “Paragliding Accuracy World Cup Jugra 2009”.

“Ketika dahulu, Jugra hanya dikenali sebagai sebuah Perkampungan Tradisi Melayu dan tinggalan sejarah sahaja.

“Akan tetapi, Jugra kini terkenal apabila kawasan tersebut dibangunkan sebagai kawasan Pusat Latihan Paragliding selain daripada kesan tinggalan sejarahnya,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau juga menambah, sebelum kejohanan bertaraf dunia ini dapat dijalankan, Jugra terlebih dahulu dibangun dan dipersiapkan dengan segala kemudahan infrastruktur bagi melayakkan ianya menjadi tuan rumah bertaraf dunia.

photo 5Antara kemudahan dibangunkan adalah tempat berlepas (take off) berumput berdekatan dengan Rumah Api Bukit Jugra, tapak pendaratan yang telah ditanam rumput sepenuhnya, tandas, ruang pejabat, gazebo, landskap, anjung tinjau, landasan ”aeromodelling” dan menaiktaraf taman permainan kanak-kanak.

“Dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur seperti ini, Jugra akhirnya berjaya menarik sebanyak 14 buah negara seperti Republik Chezh, Serbia, Indonesia, Jepun, Slovania, Montenegro, United Kingdom, Philippine, Thailand, South Korea, Switzerland, Saudi Arabia, Bulgaria dan juga Malaysia dengan menampilkan seramai 62 orang peserta bertaraf dunia,” katanya.

Azhar berkata selain daripada menganjurkan beberapa siri kejohanan ini, MDKL juga menghantar beberapa kakitangan menyertai kejohanan di luar negara.

“Ekoran daripada pembangunan sukan paragliding ini memberikan kesan positif dengan menyumbang pendapatan kepada operator-operator perhotelan, restoren, homestay dan lain-lain,” katanya.

Beliau juga berharap dengan penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa itu, penduduk khususnya penduduk di Daerah Kuala Langat akan beramai-ramai datang menyaksikan kejohanan itu.

Pertandingan itu berlangsung pada 19 hingga 21 September 2014 bertempat di Pusat Latihan Paragliding, Jugra, Kuala Langat, Selangor.

Seramai 35 orang peserta membuat pengesahan untuk menyertai kejohanan pada kali ini.

Antara negara-negara yang akan menyertai kejohanan pada kali ini adalah seperti Singapura, Indonesia, Taiwan, Spain dan juga Thailand.

Hadiah berupa wang tunai, sijil dan t.shirt berjumlah lebih daripada RM9000.00 bakal menjadi rebutan peserta-peserta ini.

Antara kategori yang akan dipertandingkan adalah seperti Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka dan Berpasukan Terbuka.

Pada kejohanan kali ini MDKL menghantar seramai 4 orang peserta bertaraf antarabangsa dan seorang pegawai teknikal bagi sama-sama merebut kejuaraan pada kali ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Tiada masalah sampah serius di Kuala Langat

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 16 OGOS: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) tidak menghadapi masalah sampah yang serius berikutan kerja pungutan berjalan lancar dan aduan juga kurang diterima daripada orang awam.

Jurucakap MDKL dalam kenyataan kepada Selangor Kini berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu hanya menerima kurang 20 aduan setiap bulan daripada penduduk yang menerima perkhidmatan daripada mereka.

Tasik Sampah 3“MDKL mempunyai tujuh syarikat kontraktor dilantik bagi melaksanakan kerja pengutan sampah domestik. Bagi sampah pukal, haram
dan kebun pula, pungutan dilakukan pekerja MDKL dengan kemudahan empat lori dan sebuah jengkaut (JCB).

“Program goton-royong juga dilakukan dengan fokus kepada pembersihan kawasan terutama membersihkan sampah longgok, sampah  haram, semak-samun danmasalah lain yang berkaitan dengan kebersihan kawasan,” katanya.

Bagi pencegahan dan penularan wabak demam denggi, MDKL juga sering mengadakan gotong-royong di antara penduduk, ahli majlis dan pihak berkaitan termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) di kawasan sasaran.

MDKLKatanya, kawasan pengumpulan sampah pukal, haram dan sampah kebun yang boleh menjadi tempat berpotensi pembiakan nyamuk aedes akan dibersihkan pekerja MDKL melalui Unit ‘Waste Gang’ yang ditubuhkan, pada 1 September 2012.

“Dalam permasalahan denggi ini juga penduduk diberi kesedaran berkenaan bahaya denggi dan kaedah pencegahan melalui pengedaran risalah semasa aktiviti gotong-royong serta turut mengadakan ceramah di sekolah,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MDKL galakkan penganjuran sukan, promosi pelancongan Kuala Langat

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 12 MEI: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengalukan-alukan sebarang bentuk penganjuran program sukan dan riadah dijalankan seterusnya dapat mempromosikan produk pelancongan di daerah itu.

Isteri Yang Dipertua MDKL, Noreana Jamal berkata hal itu selaras dengan daerah terbabit yang sememangnya terkenal dengan pelbagai produk pelancongan antaranya sukan paragliding dan paramotor yang berjaya menarik ribuan pelancong asing ke daerah ini.

MDKLKatanya, selain itu daerah Kuala Langat begitu terkenal dengan pelancongan sejarahnya seperti Istana Bandar, Makam DiRaja Bukit Jugra, Muzium Insitu Jugra dan sebagainya.

“Ianya juga dapat menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada orang ramai khususnya para belia dan beliawanis terhadap nilai–nilai positif yang terdapat di dalam aktiviti sukan.

“Ini secara tidak langsung dapat menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi sihat di kalangan pelbagai kaum,” katanya dalam ucapannya di majlis penutup program Cabaran Langkah Sihat, di Dataran Banting, Kuala Langat.

Slide3Noreana berkata penganjuran program sukan dan riadah juga dapat memberi peluang dan ruang kepada lebih ramai generasi muda untuk bergiat cergas di dalam bidang sukan seterusnya dapat mencungkil bakat dan potensi yang ada di kalangan masyarakat.

“Penganjuran acara juga dapat mempromosikan satu daripada produk pelancongan yang terdapat di Daerah Kuala Langat,” katanya.

“Diharap semua agensi kerajaan dan swasta agar mengekalkan kerjasama dan hubungan yang ada, supaya perancangan dan perlaksanaan, kemajuan pembangunan pelancongan sukan akan dapat dicapai,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

3 muka baru angkat sumpah ahli majlis MDKL

Oleh: Lizawati Madfa

KUALA LANGAT 19 FEB : Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) memperkenalkan tiga muka baru sebagai ahli majlisnya pada sesi 2014/15 dalam usaha memantapkan lagi prestasi cemerlang pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Yang Di Pertua MDKL, Mohammad Azhar Mohamed Ali berkata, ketiga-tiga mereka; Muhamad Zain Abd Rahman, S. Jayamaran dan Rogayah Ibrahim akan diberikan kawasan seliaan dalam masa terdekat.

MDKLKatanya, pihak MDKL juga akan bertindak segera dalam urusan pecahan zon agar kerja-kerja memantau kawasan setempat dapat dimulakan dengan segera.

“Bagi ahli majlis yang masih kekal, kita masih melihat kawasan-kawasan yang diselia untuk mereka dalam keadaan baik.

“Bagaimanapun, tidak timbul siapa baru atau lama kerana apa yang penting ialah untuk jalankan tanggungjawab selain menyahut cabaran menjadikan MDKL sebagai sebuah perbandaran,” katanya sewaktu Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MDKL semalam.

Sementara itu, salah seorang ahli majlis baru, Jayamaran berazam untuk menjalankan tanggungjawab sebagai orang tengah antara penduduk dengan PBT secara lebih proaktif.

MDKL1“Saya mahu penduduk maklumkan kepada saya apa yang mereka mahukan daripada pihak MDKL termasuk aduan atau cadangan.

“Sekiranya gagal atau terdapat bantahan, saya harap penduduk akur namun saya akan membantu selagi berupaya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Pelantikan kali ini menyaksikan MDKL kini mempunyai 15 ahli majlis sementara seorang ahli majlis, Hairulizam Saliban terpaksa menarik diri kerana melanjutkan pelajaran.

Beberapa lagi ahli majlis akan mengangkat sumpah selewat-lewatnya bulan depan dalam Mesyuarat Penuh MDKL kerana senarai nama mereka baru diperolehi.

EZY

Categories
SELANGOR

‘MTB Jamboree D’Paya Indah Wetlands’ tarik peserta antarabangsa

Oleh : Norhayati Umor

SHAH ALAM 16 DIS : Kira-kira 1,400 peserta termasuk empat buah negara antaranya Korea, Jepun, Indonesia dan Singapura menyertai program lumba basikal dalam program ‘MTB Jamboree D’Paya Indah Wetlands’ sempena visit Kuala Langat 2013.

MTB JamboriYang DiPertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Azhar Mohamed Ali, berkata penganjuran program terbabit dapat melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat sekaligus menjalinkan ikatan perpaduan melalui aktiviti sukan.

Katanya, pihak MDKL akan terus memberi sokongan terhadap program sebegitu ekoran sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara yang menyertai itu.

“Penganjuran kejohanan seperti ini juga dapat memberikan banyak faedah kepada kemajuan pelancongan sukan di Negeri Selangor khasnya Daerah Kuala Langat, serta ia juga dapat mempromosikan salah satu daripada produk pelancongan seperti Paya Indah Wetlands yang terdapat di Daerah Kuala Langat.

“Ini jelas menunjukkan dengan MDKL sebagai penganjur dan Bike Away yang berperanan sebagai pengurus acara, selain laluan sepanjang 40 kilometer membabitkan 30 peratus jalanraya dan 70 peratus laluan sukar membuatkan para peserta berpuashati dan rata-ratanya mencadangkan agar kejohanan ini dianjurkan lagi pada masa-masa akan datang,” katanya kepada Selangor Kini.

Azhar berkata kejohanan yang julung kali diadakan itu turut mendapat sokongan daripada ikon lumba basikal negara seperti M Kumaresan.

“Selain itu juga nama-nama gergasi seperti Musairi Musa, Anuar Manan dan banyak lagi turut terlibat di dalam kejohanan pada kali ini.

Kejohanan terbabit menyaksikan Anuar Manan yang mewakili Pasukan Cyclomotion dinobatkan sebagai juara bagi kategori lelaki terbuka dengan tempat kedua dimenangi Mohd Khuzairi juga dari Cyclomotion dan tempat ketiga dimenangi peserta daripada Pasukan XDS Factory Team, Mohd Syawal Shafie.

-EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kerajaan Negeri Akan Teliti Perlaksaan Siaran Langsung Mesyuarat PBT Daerah

teng chang kim  pc dun 1 jul 01

KUALA LANGAT 15 JULAI : Kerajaan Selangor bakal menjadi negeri pertama mengadakan siaran langsung mesyuarat pihak berkuasa tempatan peringkat daerah sekiranya siaran langsung mesyuarat PBT mendapat maklumbalas positif.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim berkata Kerajaan Negeri juga bersedia menyalurkan dana kepada PBT yang kurang kemampuan kewangan seperti yang di luar bandar, bagi menjayakan usaha tersebut.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, objektif siaran langsung tersebut adalah supaya orang ramai mendapat maklumat tentang gerak kerja dan perkembangan PBT mereka.

“Kalau sekiranya ada masalah kewangan, kita boleh bantu dengan syarat kita nak pastikan berbaloi untuk melakukannya.

“Itu kita nak lihat bagaimana perlaksanaannya di peringkat bandaraya dan perbandaran dahulu,” kata Teng.

Beliau berkata demikian ketika sidang media dalam lawatan kerja ke Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di sini hari ini.

Menurut Chang Kim, kebanyakan kawasan tadbir PBT daerah adalah kawasan luar bandar dengan bilangan penduduk yang menggunakan internet sederhana.

Sehingga kini, lapan PBT, majoritinya kawasan bandar dan pinggiran bandar, yang telah diarahkan untuk mengadakan siaran langsung mesyuarat mereka.

PBT terlibat adalah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Turut terlibat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp).

Dalam isu yang berlainan, Chang Kim berkata, program bas komuniti juga bakal diperluaskan ke peringkat daerah selepas dinilai keberkesanannya di peringkat perbandaran dan bandaraya.

Minggu lepas, Selangorkini melaporkan bahawa lapan PBT, di bandaraya dan pinggiran bandar, sedang memperhalusi perancangan untuk mengadakan bas komuniti.

Kesemua PBT perbandaran dan bandaraya sedang mengemukakan kertas cadangan bas bagi usaha tersebut kepada Kerajaan Negeri untuk dinilai dan diteliti.