Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Petugas media dihalang lapor liputan siasatan awam SPR

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 MAC: Petugas media yang mula berkumpul di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak jam 9 pagi tidak dibenarkan membuat liputan di perkarangan pejabat SPR, pagi ini.

Lebih 10 petugas media diminta meninggalkan premis berkenaan dengan salah seorang pegawai dan jurufoto suruhanjaya itu turut merakamkan beberapa keping gambar petugas media sebagai ‘ancaman’.

Dalam kejadian itu, pegawai bertugas memberikan alasan tindakan terbabit sebagai sebahagian prosuder siasatan awam suruhanjaya itu.

SPR (2)Susulan itu, petugas media hanya dibenarkan berkumpul di ruang legar berdekatan pejabat utama SPR Selangor, di Kompleks PKNS.

Pada masa sama, dianggarkan 50 individu diminta tampil memberikan kenyataan kepada SPR untuk lanjutan proses penerangan pendaftaran alamat pengundian pengundi di Parlimen Sepang.

Ia susulan wujudnya pertikaian di pihak SPR yang mendedahkan wujudnya penama bagi ‘alamat tidak dikenali’ di kawasan terbabit.

Sesi pendengaran siasatan awam SPR dijalankan susulan timbulnya bantahan proses pendaftaran pemilih yang didakwa tidak bertepatan dengan prosuder suruhanjaya itu.

Antara pertikaian dibangkitkan termasuk isu pendaftaran alamat pengundian dan status daftar pemilih bagi Pilihan Raya Umum ke-14.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Program Belia bersama MPAJ, tempuh laluan berbukit ATV

OLEH : REMY ARIFIN

ULU KLANG, 21 MEI : Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan Program Belia Bersama ATV 2016 melibatkan lebih 10 organisasi dan agensi media di ATV Adventure Park, Kampung Kemensah di sini, hari ini.

Antaranya penyertaan agensi media TV Selangor, SelangorKini, Utusan, Sinar Harian, organisasi Pejabat Tanah Galian Selangor, Wakil penjawat awam negeri, pelajar-pelajar dan masyarakat setempat.

ATV2Peserta diberi peluang menunggang ATV, sejenis kenderaan permotoran tinggi untuk melalui halangan berbukit curam di sepanjang laluan 2.7KM.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang DiPertua MPAJ; Tuan Abdul Hamid Hussain, Ahli Dewan Negeri (ADN) Ulu Klang; Saari Sungib dan Ahli Majlis MPAJ; Hassan Yussof.

Lebih istimewanya, mereka tidak melepaskan peluang menunggang ATV dan turut sama menempuh laluan berhalangan dengan catatan masa lebih kurang 1 jam 20 minit.

Sementara itu, Abd Hamid ketika berucap dalam upacara penutup perasmian berharap aktiviti sedemikian mampu mengukuhkan lagi hubungan pentadbiran pihak majlis dan masyarakat setempat.

“Ini merupakan kejayaan MPAJ untuk terus konsisten mengeratkan hubungan antara pihak majlis dan masyarakat Ampang Jaya.

ATV4“Insya Allah program seperti ini akan diteruskan dan menjadi acara tahunan pihak MPAJ dan kesemua organisasi terlibat.

“Untuk tahun-tahun akan datang kita berharap lebih banyak lagi organisasi seluruh Selangor menyertai program ini pada masa depan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, wakil SelangorKini Muhammad Rahimi dipilih peserta terbaik kumpulan 13 mengalahkan beberapa peserta lain.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kebebasan media tonggak terpenting demokrasi

OLEH : MOHAMED AZMIN ALI

Kebebasan media merupakan salah satu tonggak terpenting kepada demokrasi. Tanpa media yang bebas, demokrasi akan tempang dan lumpuh.

Media yang bebas akan melaporkan kebenaran yang berlaku dalam masyarakat, mendedahkan kepura-puraan dan kezaliman penguasa durjana serta menyediakan wahana untuk perdebatan dan percambahan idea.

Azmin AliApabila media dibungkam, maklumat yang sahih sukar diperolehi untuk rakyat membuat pendirian dan keputusan yang saksama.

Sebaliknya, yang akan berleluasa adalah pembohongan yang disaluti dengan basa-basi dan eufemisme. Fikiran rakyat akan terpasung, jumud dan seterusnya hilang kreativiti.

Bagi pemerintah autoritarian tiada yang lebih mereka takuti dari kebenaran dan maklumat yang sahih kerana kebenaran dan maklumat tersebut akan membebaskan minda rakyat dan mendedahkan kepada mereka kepincangan dan kedurjanaan pemerintah.

Maka tidak hairanlah mengapa pemerintah yang tidak demokratik dan mengamalkan dasar kuku besi memusuhi kebebasan media.

Sejarah membuktikan bahawa perjuangan untuk membangun sebuah demokrasi yang matang dan adil sudah barang tentu melibatkan perjuangan membangun media yang bebas, adil dan bertanggungjawab.

Cadangan untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk menyekat blog dan portal berita bercanggahan dengan semangat kebebesan akhbar dan perlu ditentang.

Justeru itu setiap demokrat sejati adalah rakan setia kepada wartawan yang berjiwa merdeka dan media yang bebas lagi bertanggungjawab.

Hari ini (3 Mei) adalah tarikh keramat bagi pengamal media dan aktivis kewartawanan yang cekal berpegang kepada prinsip kebebasan akhbar.

Laporan terbaharu Wartawan Tanpa Sempadan menyatakan cabaran yang semakin getir dihadapi oleh pejuang-pejuang kebebasan akhbar akibat cengkaman meningkat dari pemerintah dan kepentingan sektor swasta.

Kedudukan Malaysia dalam ranking Index of Press Freedom, di tangga 146 dari 180, amat memalukan.

Sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2016 kita memperkukuhkan iltizam untuk membangun dunia media yang bebas, demokratik luhur dan bertanggungjawab. Ini adalah sebahagian dari perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia.

* DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI adalah Timbalan Presiden KEADILAN

Categories
NASIONAL

Tangkap wartawan tamparan hebat kebebasan media

SHAH ALAM 13 MAC: Pentadbiran Putrajaya digesa menghentikan serangan terhadap media yang menyebabkan imej negara rosak di mata dunia.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, berkata media bebas merupakan asas penting buat demokrasi yang perlu dipertahankan.

tangkap mediaKatanya beliau terkejut mengenai penangkapan tiga anggota program Four Corners dari ABC Australia di Kuching kerana “cuba bertanya Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak mengenai kes skandal rasuah,” seperti dijelaskan penerbit program itu.

“Saya mengecam penangkapan ini, yang jelas merupakan satu usaha untuk menakut-nakutkan petugas media,” kata Fahmi dalam kenyataan media.

Beliau berkata, ia merupakan serangan hebat ke atas kebebasan media dan kebebasan bersuara.

Walaupun ketiga-tiga kru ABC tersebut dibebaskan, mengikut laporan media mereka mungkin boleh didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Dari segi prinsip, mereka tidak patut ditahan hanya kerana mereka ingin menanyakan soalan kepada Perdana Menteri.

“Sebarang usaha untuk mendakwa anggota media kerana melaksanakan tugas mereka patut dikecam,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Media digesa sebar maklumat tepat kepada rakyat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 NOV: Pengamal media di negara ini perlu bertanggungjawab menyalurkan maklumat betul dan tepat kepada rakyat, bukannya mendukung pemimpin dan kerajaan korup.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, berkata tindakan sesetengah media yang memberi laporan salah akan mengelirukan pembaca sekaligus gagal membuat pilihan tepat pada pilihan raya umum (PRU).

“Saya tahu rakan wartawan semuanya baik dan profesional, tetapi ada wahyu di atas mereka.

mbkongres web 3“Kalau media beri laporan betul dan setiap berita jam 8.00 malam dilaporkan dengan tepat dalam kongres, saya yakin rakyat akan lihat inilah parti politik yang layak menerajui negara.

“Media mainkan peranan membawa perubahan, jangan sesekali mendukung perasuah dan perompak,” katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan Ke-11 2015 di IDCC di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, keadaan di kongres itu berbeza daripada UMNO yang menghadkan liputan media dalam Persidangan Agungnya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Pada kongres ini semua media boleh masuk, lihat penuh.

“Dahulu tidak ada orang hendak lapor kongres KEADILAN, tetapi sekarang penuh sampai tak cukup tempat perwakilan nak duduk sebab beri peluang kepada rakan media.

“Tetapi lapor yang betul, berikan fakta,” katanya.

Mengulas mutu perbahasan perwakilan, Mohamed Azmin berpendapat kualitinya semakin meningkat apabila pembahas berjaya membawakan isu penting negara dan bukannya isu picisan.

-AA-

Categories
NASIONAL

Serbu media serlah sikap pilih kasih

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 8 NOV: Tindakan menyerbu dua portal berita tempatan merupakan usaha jahat dengan tujuan menakut dan menyekat kebebasan media, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata, tindakan itu juga hanya menyerlahkan sikap ‘double standard’ Kerajaan Persekutuan terhadap media alternatif berbanding media pro-Umno serta ‘cybertrooper’nya.

The MediaKatanya, media dan cybertrooper Umno tidak pernah dikenakan tindakan sama walaupun laporan dibuat jelas sarat pembohongan.

“Kes paling klasik ialah tiada tindakan diambil berhubung laporan muka depan Utusan Malaysia kononnya DAP mahu mewujudkan negara Kristian sebelum ini, sekalipun ia adalah fitnah.

“Malah, banyak kes seumpama itu tidak diambil tindakan sekalipun membabitkan media sama,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan polis dan Suruhanjaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu pejabat MalaysiaKini dan The Star Online.

Menerusi serbuan itu, dua buah komputer yang digunakan bagi menghasilkan laporan berkaitan perpindahan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dirampas.

Kit Siang berkata tindakan itu hanya mencemar lagi reputasi negara di mata dunia sebagai sebuah negara yang sederhana, telus dan demokratik.

Semalam, Gerakan Media Marah (GERAMM) turut mengecam serbuan itu dan menggesa pihak berkuasa menghormati hak media untuk melaporkan berita secara bebas serta tanpa ancaman.

EZY

Categories
NASIONAL

8 Ogos KL solidariti media bersama The Edge

SHAH ALAM 31 JUL: Gabungan Demi Kebebasan Media mengumumkan menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 8 Ogos ini bagi menyatakan solidariti bersama The Edge Media Group serta dua penerbitan yang digantung.

Himpunan dikenali sebagai “808” itu bermula pada jam 11 pagi di Pasar Seni dan peserta kemudian bergerak ke arah Ibu Pejabat Majlis Peguam, lapor Malaysiakini.

The MediaPerkara itu diumumkan gabungan tersebut di ibu pejabat The Edge di Petaling Jaya.

Himpunan bekenaan ini disertai 70 pengamal media yang melaungkan ‘Bebaskan media’ dan ‘Hidup media”.

Gabungan ini disertai Gerakan Media Marah (GERAMM), institute Of Journalist ( IOJ), Foreign Correspondents Club Of Malaysia (FCCM), Reporter Sans Frontieres (RSF) dan Center for Indipendent Journalism (CIJ).

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Call for action: A rally for free media

In light of the recent developments, as groups representing the journalistic profession, we the undersigned have collectively gathered as a coalition to condemn the Home Ministry’s decision to suspend The Edge Weekly and The Edge Financial Daily’s publishing permits for three months effective July 27.

We take the stand that there are existing legal recourses to be pursued in any dispute over reports, without resorting to an archaic law which has long been abused to clamp down on the media.

There may be ethical debates surrounding The Edge Media Group’s methods of obtaining information which led to an expose on the operations of state investment arm 1Malaysia Development Berhad, but this does not merit the government’s suspension orders.

The EdgeThus, we urge all media organisations, regardless of language or stream, to stand in solidarity against the government’s latest crackdown under the Printing Presses and Publications Act 1984.

The government has continued to use the PPPA to crack down on press freedom despite freeing the media being part of its promise of reforms made back in 2012.

Therefore, we invite our media colleagues and also the public to support us in a series of public solidarity events as follows:

1) Solidarity gathering at The Edge’s office on Friday, July 31, 3pm.

2) For all media members to stand in solidarity by signing in during press conferences with ‪#‎AtTheEdge‬ (instead of our names) – a tagline to be used for all ongoing campaigns, including our social media outreach.

3) And a major rally on Aug 8 with the participation of the public and civil society, to be held at a yet-to-be-finalised location in Kuala Lumpur.

Aside from these immediate actions, we also reiterate the call for the government to repeal the PPA, Official Secrets Act and Sedition Act – laws which have been abused to stifle freedom of press and expression in Malaysia.

While they are used in the name of protecting national security, we view that these laws are often enforced to protect the interests of certain parties.

We are also of the opinion that the ethical debate surrounding The Edge’s exposes on 1MDB highlights the need for media to be given fair access to information.

It is time to move from a regime of Official Secrets to one of Freedom of Information, whereby information should by default be a public right.

We demand a stop to political intervention in media affairs and that media access to information that is of interest to public is not hindered either by law or process.

To the media, this is an issue that should affect us all. We are all #AtTheEdge.
What has happened to The Edge is not something new and will not be the last, unless all of us collectively speak up against such acts.

The actions of the government is also a sign that it is unable to come to terms with contemporary rights of the public to information.

Free the media.

Gerakan Media Marah (Geramm), Institute of Journalists (IoJ), Reporter Sans Frontiers (RSF), Center for Independent Journalism (CIJ), Foreign Correspondents Club of Malaysia

Categories
NASIONAL

Ahli politik jangan jerat media dalam kemelut dalaman

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 JULAI: Gerakan Media Marah (GERAMM) hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan nama media bagi menyebarkan berita palsu terutama untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Dalam satu kenyataan Sekretariatnya, GERAMM bertegas, media tidak seharusnya dijadikan alat politik oleh parti, sama ada Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN).

Oleh itu, GERAMM menyeru ahli politik supaya tidak menjerat media di dalam kemelut politik dalaman mereka kerana media seharusnya bebas dan tidak terikat.

geramm-logo“Tidak dapat dinafikan bahawa media bertanggungjawab untuk melaporkan perkembangan politik tanah air tetapi menyalahgunakan nama media bagi mengapi-apikan kemelut dalaman parti adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Tindakan ini juga boleh dilihat sebagai satu kesalahan jenayah,” katanya.

Pada malam 6 Julai lalu, satu pesanan yang memetik sumber didakwa daripada kalangan media mula tersebar melalui khidmat pesanan ringkas Whatsapp memaklumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi meletak jawatan.

“Satu sidang media khas akan menyusul selepas itu,” memetik pesanan yang kemudian dinafikan pegawai dari pejabat Menteri Besar.

geramm-red-pencil9-1024x576 (4)(1)Khabar angin itu dipercayai bagi memberi tekanan terhadap Abdul Khalid yang sedang bersaing merebut jawatan Timbalan Presiden PKR bersama penyandang, Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

“Geramm dengan ini menegaskan bahawa jelas terdapat cubaan untuk menyalahguna nama media untuk kepentingan peribadi ahli politik tertentu yang sebelum ini mengeluh bahawa kenyataan mereka diputar-belit oleh media dan perbuatan ini harus dikecam,” katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

MB: Malaysia’s score in World Press Freedom Index worsened under Najib’s administration

Freedom of the press and printing or freedom of the media entails freedom of communication and expression through various channels of print and electronic media.

Although media freedom usually implies the absence of government intervention or interference, it is the duty of the government to ensure its protection by defining it in the constitution or any relevant laws.

MBThe concept of freedom of speech is often covered by the same laws as freedom of the press, according equal treatment to spoken and published expression.

According to Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights, “Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference and to seek, receive and impart information and ideas through any media and regardless of frontiers”. As such, to safeguard media freedom, the definition and acceptance of the concept has to be entrenched in any country’s legal system.

A government would usually distinguish which materials can be disclosed to the public or have to be protected from the public domain based on categorisation of information as sensitive, classified or secret and being withheld in the name of national interests, which could be arbitrary at times.

Some governments have the tendency to interpret national security and surveillance needs in an overly broad and abusive manner at the expense of the right to inform and be informed, a phenomenon which is fast becoming a global threat to freedom of information in countries deemed as democracies.

Apart from legal definitions, there is an increasing number of global non-governmental organisations (NGOs) with their own assessment criteria to determine levels of press freedom worldwide. Among the prominent global NGOs are Reporters Without Borders (RWB), the Committee to Protect Journalists (CPJ) and the Freedom House. Among their assessment criteria include:

1. the number of journalists murdered, expelled or harassed; the existence of government monopoly on TV and radio; the existence of censorship and self-censorship in the media; the overall independence of media and difficulties that foreign reporters may face as considered by RWB

2. the possibility and existence of independent research, fact-finding missions and first-hand contacts in the field; journalist deaths and detentions/imprisonments as considered by CPJ

3. existence of relationships of dependence that may limit the level of press freedom in practice such editorial independence enjoyed by the press by studying the political and economic environment in general of a country as considered by the Freedom House

WPF

The RWB releases a ranking of countries in terms of their press freedom every year, called the World Press Freedom Index, which aims to become a good governance indicator.

This index is arrived based on responses to surveys sent to journalists who are members of partner organisations of the RWB as well as related specialists or experts in the field such as researchers, lawyers, jurists, judges and human rights activists.

Questions in the survey only deal with press freedom such as direct attacks on journalists and the media as well other indirect sources of pressure against the free press but do not attempt to measure the quality of journalism.

The index is in essence a reference tool based on 7 criteria, namely the level of abuses, the extent of pluralism, media independence, the environment and self-censorship, the legislative framework, transparency and infrastructure.

According to the RWB, more than a third of the world’s population lives in countries where there is no press freedom. In fact, these people live in countries where there is no system of democracy or where real democratic process is seriously lacking.

In many of these countries, according media freedom and hence, greater democratic space, seems to be a big issue since strict control of access to information is a sine qua non to the existence of most non-democratic governments.

It is therefore very common for media organisations in these countries to be state-owned or state-run to ensure promotion of their propaganda so much so that the existing power base can be maintained while any dissenting views or even merely attempts to challenge the “approved mainstream line” can be easily suppressed.

Journalists or members of the media with critical mind in such countries may find it very difficult to operate and are often subject to intimidation or scare tactics by agents of the state from simple threats to their professional career to even death threats, abduction, mental and physical torture and worst, assassination.

The 2014 World Press Freedom Index, which covers 180 countries (out of 193 sovereign states recognised by the United Nations), one country more compared to 2013, highlights the negative correlation between freedom of information and conflicts, both open and undeclared conflicts.

In an environment of high instability and uncertainty, the media has become strategic goals and targets for those who attempt to control news and information, violating the rights and guarantees as enshrined in international laws, in particular Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, the 1949 Geneva Convention and the 1977 Protocols Additional 1 and 2 to the Geneva Convention.

At last, the international community provided a positive response to the surge in violence against journalists worldwide, at least in terms of resolutions.

The United Nations (UN) General Assembly adopted its first-ever resolution on the safety of journalists by consensus on 26 November2013. From now onwards, 2 November every year should be celebrated as International Day to End Impunity for Crimes of Violence Against Journalists.

It was indeed a step in the right direction, complementing Resolution 1738 condemning attacks on journalists in armed conflicts, which the Security Council adopted in December 2006 on Reporters Without Borders’ initiative, and the UN Plan of Action on the Safety of Journalists and Impunity, adopted in April 2012.

The RWB is now pushing the UN to create a group of independent experts with the task of monitoring respect by member states for their obligations, in particular, their obligation to protect journalists, to investigate all cases of violence against them, and bring those responsible to justice.

Malaysia’s score in the the RWB’s 2014 World Press Freedom Index, released in February 2014 fell to a historic low of 147th position out of 180 countries, down two notches from 145th spot out of 179 countries in 2013.

Although Malaysia’s 2014 ranking is better than the Philippines (149), Singapore (150), Laos (171) and Vietnam (174), it is shameful that Malaysia’s performance in the annual index is much worse than Brunei (117), Thailand (130), Indonesia (130), Cambodia (132) and even Myanmar (145).

In 2006, Malaysia was still in a respectable position at 92nd spot but things worsened under PM Najib’s administration, even plunged to the bottom quarter of all the countries under assessment. This clearly runs counter to PM Najib’s promise to make Malaysia “the world’s best democracy”.

Annual media freedom indicator: 3456 in 2014 (3395 in 2013)

• European Union and Balkans: 17.6 (17.5)
• Americas: 30,3 (30,0)
• Africa : 35,6 (34,3)
• Asia-Pacific: 42,2 (42,2)
• Eastern Europe and Central Asia: 45,5 (45,3)
• Middle East and North Africa: 48,7 (48,5)

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

 

Categories
SELANGOR

Media laman sosial beri impak baru pada dunia kewartawanan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 4 MEI : Peranan media di laman sosial (internet atau portal) memberi perubahan dan impak besar kepada dunia kewartawanan, malah ia lebih diminati masyarakat masa kini sebagai sumber berita berbanding media cetak mahupun elektronik.

Editor Eskekutif Sun Media Corporation Sdn Bhd, Balan Moses, berkata kebanyakan organisasi media sedia ada di Malaysia menjadikan laman sosial sebagai rujukan untuk menyemak atau mengetahui perkembangan terkini tentang sesuatu isu yang berlaku di negara ini.

IMG_0243aKatanya media cetak dan elektronik mampu menghasilkan kualiti berita yang jauh lebih baik sekiranya tidak disekat dan diberi kebebasan yang sama seperti media sosial.

“Wartawan di media cetak dan elektronik ingin tahu apa yang dilaporkan di internet supaya sesuatu berita itu boleh dibuat ‘follow up’.

“Saya yakin kita boleh buat lebih baik jika media cetak diberi kebebasan yang sama seperti media di laman sosial,” katanya pada Forum Kebebasan Akhbar Sedunia di Universiti Selangor (Unisel), di sini.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 3 Mei sebagai Hari Kebebasan Media Sedunia bagi menimbulkan kesedaran tentang pentingnya kebebasan akhbar dan mendukung hak kebebasan bersuara di bawah Artikel 19, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

mediaIa juga adalah simbolik kepada ulang tahun perisytiharan Windhoek, satu pernyataan tentang prinsip kebebasan akhbar yang dirangkumkan oleh para wartawan akhbar Afrika pada tahun 1991.

Balan berkata rakyat yang menentukan sama ada suatu berita itu berkualiti atau tidak melalui pembelian surat khabar sedia ada di pasaran.

Beliau berkata sekiranya lebih banyak permit dikeluarkan, maka lebih banyak pandangan berita daripada orang ramai akan diketahui.

“Penguatkuasa kata kita tidak boleh beri permit kerana mereka (media) akan menulis berita sensasi tetapi bagi saya biar rakyat tentukan.

“Media adalah organisasi komersial di mana kalau orang tak beli surat khabar, media itu akan mati atau terkubur,” katanya lagi.

EZY

 

Categories
NASIONAL

Kesatuan Eropah seru kerajaan hormati kebebasan akhbar

SHAH ALAM 3 MEI: Kesatuan Eropah (EU) menyeru semua kerajaan supaya menghentikan perbuatan mengugut, menekan, menapis dan menahan dengan sewenang-wenangnya terhadap golongan wartawan.

Wakil Peringkat Tinggi EU Bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Catherine Ashton berkata kewujudan media yang bersifat terbuka, pelbagai dan bebas adalah antara asas penting bagi pembentukan masyarakat demokratik kerana ia menyumbang ke arah memudahkan pengaliran maklumat serta idea secara bebas dan menjamin ketelusan serta kebertanggungjawaban.

media“Usaha melindungi wartawan perlu juga meliputi sokongan yang diberi kepada petugas dan pihak lain yang menggunakan media untuk menemui khalayak ramai,” kata Ashton dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena sambutan ulang tahun ke-21 Hari Kebebasan Akhbar Sedunia hari ini.

Kenyataan itu menyebut di samping mewujudkan cara baharu untuk meningkatkan kebebasan bersuara, inovasi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi juga membawa bersamanya cabaran baharu.

Sejajar dengan itu, katanya EU dengan tegas menentang sebarang sekatan tidak wajar yang dikenakan terhadap internet dan media baharu lain kerana hak asasi manusia yang wujud secara di luar talian juga perlu dilindungi seperti hak manusia yang terdapat secara dalam talian.

“Tidak lama lagi, EU akan mengguna pakai Garis Panduan EU mengenai Kebebasan Bersuara Secara Dalam Talian dan Luar Talian bagi menangani sekatan tidak wajar yang dikenakan terhadap kebebasan bersuara dan meningkatkan kebebasan media serta menyediakan garis panduan yang amat penting bagi para pegawai dan petugas EU di seluruh dunia,” katanya. –

Bernama