Penduduk Pangsapuri Damai kini boleh akses Wifi Selangorku

1,735 lokasi hotspot Wifi Selangorku siap dipasang sehingga 15 Disember lalu. Rakyat di Dun Seri Setia kini boleh menerima akses wifi percuma di Pangsapuri Damai, PJ Selatan 8/9.

Categories
SELANGOR

Tingkat kitar semula, elak belanja besar urus sampah

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 1 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membelanjakan kira-kira RM62 juta bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di kawasan seliaannya tahun ini.

Jumlah terbabit adalah 20.7 peratus daripada jumlah keseluruhan hasil pendapatannya dengan anggaran kutipan sampah menjangkau 217,000 tan.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata pihaknya meningkatkan kos itu berikutan jumlah kutipan sampah bertambah hampir 50 peratus bebanding sebelumnya.

Mohd azizi mbpj“Secara purata setiap tahun sebanyak 144,000 tan sampah dikutip dan RM44 juta dibelanjakan MBPJ antara 2011 hingga 2014.

“Peningkatan pada tahun in berlaku dengan mengambil kira 677,000 penduduk di bandar raya ini yang mana MBPJ terpaksa membelanjakan sejumlah RM91.60 per kapita per tahun bagi perbelanjaan pengurusan sisa pepejal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Hari Terbuka Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (JPSPPA) sempena sambutan Ulangtahun Pertama JPSPPA di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Azizi berkata, jumlah terbabit boleh dikurangkan sekiranya kadar kitar semula lima peratus pada masa kini boleh dinaikkan kepada 22 peratus menjelang 2020 seperti disasarkan negara.

Lawatan kerja YB Ean Yong ke tapak sampah haram Kg. Johan Setia (3)Jelasnya, jika ianya dicapai, sebanyak 37,000 tan sampah dapat digunakan semula sebagai sumber bahan mentah ke dalam tapak pelupusan sampah.

“Pasa masa sama, sebanyak RM1.11 juta untuk pembayaran fi pelupusan dapat dijimatkan begitu juga dengan impak sampah ke atas pelepasan karbon dioksida dan seterusnya kepanasan iklim dapat dikurangkan.

“Fokus belanjawan majlis pada tahun depan akan turut memberikan perhatian kepada 3R efektif dalam pengurusan sisa pepejal,” katanya.

-NR-

Categories
SELANGOR

MBPJ teliti aduan penduduk sebelum laksana pembangunan

Oleh: AFEEQA AFEERA

PETALING JAYA, 18 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya mementingkan hubungan baik dengan masyarakat setempat dan meneliti setiap aduan yang diterima sebelum pelaksanaan pembangunan di bandar itu.

Datuk Bandar MBPJ, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata slogan ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’ menjadi teras MBPJ dalam melaksanakan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.

Katanya, sebarang perancangan yang dibuat akan dirujuk kepada penduduk untuk melihat sama ada positif atau negatif walauppun pembangunan Petaling Jaya menjadi keutamaan pihaknya..

Mohd azizi mbpj“Pembangunan boleh berlaku tetapi jangan ganggu persekitaran kerana kebanyakan penduduk yang tinggal di Petaling Jaya sudah menetap lebih 50 tahun.

“MBPJ mengambil tema Kerajaan Selangor supaya mengutamakan rakyat dengan mendengar keluhan mereka sebelum sesuatu pembangunan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual eksklusif bersama media di Ibu Pejabat MBPJ, di sini, semalam.

Mohd Azizi berkata, kehendak masyarakat yang berlainan menjadi satu cabaran MBPJ dalam memastikan kelancaran terhadap perancangan yang dibuat.

Mengambil contoh pembinaan lebuh raya, beliau berkata, pihaknya perlu menilai semula halangan yang mungkin timbul kepada penduduk setempat dengan berusaha memperbaikinya dari masa ke masa.

“Bila sebut cabaran, ini cabarannya. Kita tahu Petaling Jaya ada isu pengangkutan, trafik dan lebuh raya.

“Contohnya, Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang dibatalkan dan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash) yang perlu dilihat semula supaya gangguan terhadap penduduk berkurangan.

“Kita bukan sahaja berdepan situasi untuk sediakan perkhidmatan terbaik, penduduk terlibat juga menjadi cabaran buat MBPJ,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Puasa bukan alasan untuk banyak rehat

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 17 JUN: Ramadan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk meluangkan lebih banyak masa berehat dan mengurangkan kualiti kerja.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mohd Azizi Mohd Zain, berkata tugas adalah satu amanah yang perlu diteruskan seperti biasa.

“Sebagai pekerja, Ramadan adalah zon perubahan yang perlu difahami dan dihayati. Alasan menjadikan Ramadan untuk berehat daripada melaksanakan tugas tidak wajar berlaku.

Puasa“Puasa sebulan menahan segala kejahatan dan seharusnya menjadi pemangkin untuk menjadi individu lebih baik selepas Ramadan,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam Majlis Penyampaian Buah Kurma dan Program Tautan Kasih Sempena Ramadan 1436 hijrah di Dewan Banquet, di sini, hari ini.

Selain pemberian buah kurma kepada kakitangan dan ahli majlis, sumbangan turut diberikan kepada warga emas yang berdaftar di bawah program pembasmian kemiskinan MBPJ.

Seramai 50 penerima terdiri daripada warga emas Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, PPR Kota Damansara, Desa Mentari dan Taman Medan menerima sumbangan RM200 dan buah kurma.

-NFN-

Categories
SELANGOR

5 pangsapuri perintis skim SEROJA

DSC_0417

BATU CAVES, 23 SEPT: Sebanyak 5 pangsapuri dipilih menjadi perintis Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (SEROJA) yang dirumus bagi membantu polis memelihara keamanan dan mencegah jenayah di kawasan-kawasan pangsapuri seluruh Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Iskandar Abdul Samad berkata Skim Seroja ini disasar membantu sehingga 250 pangsapuri di masa akan datang.

Dijangka dilaksanakan Oktober tahun ini, lima pangsapuri itu adalah Laksamana Jaya, Seri Era, Puchong Permai, Mawar Cempaka dan Megah Villa. Penduduk yang dipilih untuk melakukan rondaan pengamanan di pangsapuri masing-masing akan disaring Polis Diraja Malaysia terlebih dahulu, dan dilengkapi dengan belantan, wisel dan lampu suluh.

“Kerajaan negeri akan membantu program bantu mula ini selama tempoh 3 tahun dan selepas itu program ini dapat diteruskan oleh penduduk itu sendiri.

“Pihak kerajaan negeri juga berterima kasih kepada pihak polis yang bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan program berjaya dilaksanakan,” kata Iskandar di program pelancaran Skim Seroja di Pangsapuri Laksamana Jaya, 21 September lepas.

Acara dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Mohd Azizi Mohd Zain dan Adun Batu Caves, Amiruddin Shari.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10,000 setahun untuk mengadakan program-program keselamatan dibawah SEROJA. Peronda yang terlibat juga diinsuranskan sehingga RM10,200 sekiranya berlaku kemalangan semasa melakukan rondaan.

Ketika ditanya wartawan, Iskandar berkata antara tugasan di sesi retreat Exco Kerajaan Negeri Selangor adalah mengenalpasti teknologi Industrialized Building System (IBS) untuk membantu pembinaan Rumah Mampu Milik di Selangor.

IBS adalah teknik pembikinan komponen-komponen pembinaan dalam persekitaran terkawal samada di kawasan pembinaan atau diluar kawasan pembinaan,untuk diletak dan disusun dalam kerja-kerja pembinaan. Melalui teknologi ini, pembinaan dalam dilakukan dengan lebih cepat, pada kos yang lebih berkesan, lebih selamat dengan bahan yang lebih berkualiti, dan pembaziran dapat dikurangkan.