Categories
NASIONAL

Najib berdepan siasatan di Amerika

SHAH ALAM 22 SEP: The New York Times (NYT) melaporkan Badan kehakiman Amerika Syarikat (AS) menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke atas pembelian hartanah di sana oleh anak tirinya, Riza Aziz dan ahli perniagaan, Low Taek Jho.

NYT memetik sumber tanpa nama menyatakan unit di Jabatan Kehakiman AS sedang menyiasat kes rasuah antarabangsa itu.

Siasatan itu memberi tumpuan kepada pembelian hartanah di AS sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang dilakukan ‘syarikat bayangan’.

NEW YORKNYT juga melaporkan selain pembelian hartanah, siasatan rasuah itu juga melihat dakwaan AS$681 juta iaitu sebahagian dari RM2.6 bilion didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib – pertama kali dilaporkanThe Wall Street Journal (WSJ) dan kemudiannya disahkan pihak berkuasa anti-rasuah Malaysia sebagai ‘derma politik’.

Pemindahan dana adalah di bawah bidang kuasa AS kerana ia melalui bank Amerika Wells Fargo, kata akhbar itu.

NYT berkata, ia cuba mendapatkan maklum balas daripada beberapa individu dan syarikat yang disebut dalam laporan itu tetapi semuanya enggan mengulas.

Seorang peguam bagi Cricklewood enggan mengulas, manakala Loo tidak memberi respons kepada nota yang ditinggalkan di kondominium beliau.

Wakil Riza dan Low bagaimanapun memberitahu akhbar itu mereka tidak terbabit dalam sebarang urusan jual beli tidak sepatutnya.

NYT berkata, Najib bersiap sedia untuk berlepas ke London minggu ini bagi konvensyen perdagangan dan dijangka ke New York selepas itu untuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

EZY

Categories
NASIONAL

Adakan sidang tergempar jika yakin Najib tidak bersalah

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 11 SEP : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa membawa usul sidang tergempar di Parlimen bagi mempertahankan diri jika benar beliau tidak bersalah.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata usaha itu boleh dilakukan jika pimpinan Barisan Nasional (BN) mendesak Perdana Menteri mengambil langkah sedemikian.

Katanya, ahli Parlimen lain tidak berkuasa memandangkan peraturan sedia ada jelas memihak kepada Perdana Menteri yang kini berdepan kontroversi.

charles“Pakar undang-undang mesti fikir bagaimana untuk membawa Najib ke mahkamah atau dibincang di Parlimen kerana banyak aduan yang diterima sehingga hari ini.

“Alasan Najib tidak boleh diterima, baik dalam kalangan pemimpin Umno ataupun rakyat biasa.

“Jadi, adalah lebih baik jika mereka mendesak Perdana Menteri membawa usul sidang tergempar atau undi tidak percaya untuk membersihkan namanya,” katanya kepada Selangor Kini.

Menurut Charles, Najib perlu membersihkan namanya di seluruh dunia ekoran kontroversi itu menggugat kepercayaan pelabur masuk ke Malaysia.

Katanya, situasi itu juga memberi hentaman besar kepada ekonomi Malaysia yang saban hari merudum selain penurunan nilai ringgit.

“Ramai pelabur luar takut untuk melabur selepas Najib terpalit dengan kontroversi, malah siasatan terhadap perkara itu sudah mula dijalankan negara luar.

“Jika perkara ini berterusan, ia akan menjejaskan Malaysia untuk jangka masa panjang, maka Najib perlu buat sesuatu,” katanya.

Najib-RMTerdahulu, pimpinan pembangkang mendesak supaya sidang tergempar Parlimen diadakan bagi membolehkan Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, tindakan itu menurut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hanya dibenarkan jika usul itu dikemukakan Perdana Menteri.

Katanya, tiada peruntukan dalam Peraturan Mesyuarat yang menyebut sama ada Ahli Parlimen boleh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

-NR-

Categories
NASIONAL

Khalid: Letak jawatan ‘jika’ bermaruah

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 SEP: Datuk Seri Najib Razak perlu meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri demi memenuhi hasrat juga luahan rakyat Malaysia terutama mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0, pada 29 dan 30 ogos lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad, berkata Perdana Menteri yang bermaruah perlu berbuat demikian jika tidak mampu memberikan jawapan jelas berhubung kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penerimaan dana RM2.6 bilion.

khalid“Demi kepentingan negara dan untuk kembalikan keyakinan masyarakat antrabangsa, beliau perlu bercuti atau letak jawatan bagi membersihkan namanya,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Beliau akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat bagi membolehkan satu kerajaan peralihan dibentuk untuk tempoh terdekat demi menyelamatkan keadaan negara.

Khalid berkata, pembangkang yang dianggotai 89 orang hanya memerlukan sokongan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional bagi membolehkan hasrat itu tercapai.

Najib-1MDB“Apabila satu kerajaan peralihan dibentuk, kita perlu lakukan tiga perkara penting iaitu menyiasat kes 1MDB dan dana RM2.6 bilion sehingga selesai dan memansuhkan dasarmerugikan rakyat.

“Selain itu, pindaan terhadap peraturan pilihan raya yang lebih telus dan adil perlu dibuat. Selepas itu satu pilihan raya baru boleh diadakan,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Azmin: Bukan Peguam Negara, Najib yang patut ‘rehat’

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 Ogos: Tindakan drastik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk membuang beberapa orang penting ternyata berkepentingan peribadi bukan demi rakyat atau negara.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata tindakan itu disahkan sendiri Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam satu temubual yang disiarkan akhbar The Star, pada 16 Ogos lalu.

sri gombak 1-mbMohamed Azmin merumuskan Perdana Menteri secara sengaja menganggu siasatan peringkat tertinggi yang sedang berjalan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipengerusikannya hasil daripada pendedahan Abdul Rahman itu.

“Bagi saya, gangguan itu boleh mendorong kepada pelanggaran kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan atau Akta SPRM (Seksyen 186 dan Seksyen 48),” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Rahman dalam temubual sama mendedahkan, Najib terpaksa membuang orang tertentu supaya keadaan kembali normal selepas menyedari kewujudan draf kertas pertuduhan terhadap beliau.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, penubuhan pasukan petugas khas 1MDB kemungkinan inisiatif Ketua Polis Negara (KPN) tanpa kebenaran kabinet seterusnya tidak sah.

“Kenyataan ini seolah-olah cubaan terdesak untuk menyokong tindakan drastik Najib meredakan siasatan seterusnya meletakkan kesalahan ke atas KPN pula,” katanya.

Najib ZahidMohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR turut menyangkal dakwaan Abdul Rahman bahawa penyingkiran Peguam Negara daripada pasukan petugas khas dibuat atas faktor konflik kepentingan.

Katanya, peranan Peguam Negara penting bagi menjamin kelancaran siasatan terutama berhubung isu undang-undang.

“Kebenaran akhir untuk mendakwa penjawat awam, apatah lagi perdana menteri perlu datang daripada Peguam Negara.

“Peguam Negara tak boleh memberi kebenaran itu tanpa akses dan pengetahuan penuh berhubung perkembangan juga kedudukan siasatan,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin, berkata Najib yang harus berehat selagi siasatan dijalankan atas faktor konflik kepentingan.

Katanya, semua jalan siasatan akhirnya akan kembali juga kepada Najib sama ada sebagai pengerusi 1MDB atau berhubung pindahan bilion ringgit ke akaun peribadinya.

“Sudah terang lagi bersuluh, Najib patut letak jawatan dengan saki-baki maruah diri yang masih ada dalam dirinya,” katanya.

Categories
NASIONAL

Ringgit jatuh sebab rakyat, pelabur tak percaya Najib

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 OGOS:  Kejatuhan Ringgit Malaysia berpunca daripada kegagalan kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pelbagai isu kebelakangan ini khususnya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, berkata hal itu menjadi penyumbang pelabur kurang yakin untuk melabur di negara ini.

Beliau tidak menolak perkembangan politik semasa juga antara faktor menyebabkan ringgit jatuh paling teruk dalam tempoh 17 tahun.

yb rafizi parlimen“Kita akui ada sedikit kebenaran ringgit terkesan sebab politik. Memang benar kejatuhan matawang tidak menggambarkan kedudukan sebenar ekonomi negara, kita sepatutnya lebih baik. Walaupun ringgit jatuh tapi tidak sepatutnya seperti itu.

“Ringgit jatuh disebabkan sentimen masyarakat dan pelabur yang tidak percaya dengan kerajaan terutama kredibiliti Najib, aliran wang dan tindakan beliau kebelakangan ini,” katanya.

Rafizi berkata, Najib harus meletakkan jawatan bagi mengembalikan kepercayaan pelabur antarabangsa.

“Najib sedar kejatuhan ringgit berpunca daripada beliau dan tahu rakyat tidak gembira dan majoriti mahukan beliau letak jawatan.

“Tetapi itu sudah jadi budaya dalam Umno, bahawa apabila seseorang mempunyai kuasa dia akan meletakkan kepentingan melebihi kuasa, keluarga, kerabat daripada kepentingan rakyat.

Najib-RM“Malah, di dalam Umno juga suara akar umbi tidak diambil peduli pimpinan tertinggi.

“Saya yakin Datuk Seri Najib faham, tetapi kepentingan itu terlalu banyak sehingga beliau tidak sanggup mengorbankan kepentingannya untuk rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Najib menyalahkan spekulasi politik antara punca kejatuhan ringgit yang sudah mencecah tahap RM4 untuk satu dolar Amerika Syarikat (AS).

-NFN-

Categories
NASIONAL

Azmin: Selamatkan negara daripada perompak di Putrajaya

Oleh : NAEEM RAFFI

MELAKA, 3 OGOS: Rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik diseru berganding bahu serta bersatu hati menyelamatkan Malaysia yang kini semakin parah ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata keadaan ekonomi dan kejatuhan ringgit yang semakin menekan perlu diselamatkan segera untuk kelangsungan hidup rakyat supaya lebih terjamin selain isu 1MDB.

“Tidak pernah berlaku dalam negara, rakyat menghadapi krisis luar biasa. Krisis ekonomi cukup parah sehingga pelabur asing hilang keyakinan melabur dalam negara.

MB Azmin“Jika terus berlaku, jumlah pelaburan asing dalam negara merosot dan rakyat hilang pekerjaan. Lihat sahaja kepada nilai ringgit hari ini, SGD1 bersamaan RM3, USD1 pula RM4.03 sementara 1 Pound UK (RM6) yang akhirnya akan menekan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Warung Reformasi, Simpang Solok Gaung, di sini, semalam.

Mohamed Azmin hadir ke Melaka mengiringi Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk siri Jelajah Amanat Presiden kepada pimpinan PKR Melaka yang sebelum ini berlangsung di Hotel Sri Impian, Jasin.

Menyifatkan era kepimpinan Najib sebagai zaman edan, Mohamed Azmin berkata perdana menteri itu sanggup berbuat apa sahaja demi menyelamatkan kuasa sehingga meminggirkan rakyat yang memerlukan pembelaan dan kehidupan sejahtera.

ayer molek 1“Apakah kita mahu negara ini sampai ke tahap Greece baru nak bangkit. Sebab itu perlu bersatu hati selamatkan negara daripada perompak yang berada di Putrajaya.

“Sedarlah, rakyat perlukan pemimpin yang mampu selamatkan Malaysia dan memulihkan ekonomi. Selain itu, bertanggungjawab satukan rakyat supaya menjadi negara yang kuat.

“Ini menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan untuk memimpin serta memastikan setiap individu bersatu hati dalam menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Lebih 2,000 penduduk setempat menghadiri rumah terbuka bagi bersama meraikan Syawal bersama pimpinan PKR tempatan dan pusat.

Hadir sama Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jeyakumar dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin serta Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh.

-NFN-

Khalid : Bubar Parlimen untuk diamkan Mahathir

Ahli Parlimen Shah Alam mencadangkan pembubaran Parlimen memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah hilang kepercayaan semua pihak termasuk daripada partinya sendiri iaitu UMNO

Categories
NASIONAL

Rafizi: Najib ‘hina’ Parlimen, tolak 2 soalan penting

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Tindakan Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat menolak dua soalan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dianggap menghina institusi Parlimen.

Jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam dua isu itu dinanti rakyat yang mahu penjelasan Kerajaan Persekutuan berkenaan kestabilan ekonomi dan politik negara.

rafiziRafizi berkata, soalan terbabit berkenaan dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membabitkan tanah 70 ekar di Tun Razak Exchange yang dijual  RM320 juta iaitu RM64 kaki persegi tetapi nilai sebenar RM7,000 kaki persegi.

Najib juga diminta menjawab sama ada bersetuju dengan gesaan Mahathir supaya beliau meletakkan jawatan.

“Dua soalan itu ditolak kerana beliau tak mahu jawab. Ini menghina Dewan Rakyat dan tak sanggup berdepan Tun Mahathir.

“Alasan tak boleh menyoal untuk mandapat buah fikiran tidak masuk akal kerana saya bukan tanya berkenaan isterinya tetapi kepentingan awam.

najib-razak1-may7-540x320“Saya mengutuk Perdana Menteri kerana tidak berani jawab soalan itu,” kata Rafizi pada sidang media di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Katanya, Najib harus mengambil peluang atas soalan itu untuk menjustifikasi tindakan Tabung Haji menjual tanah kepada pihak terbabit pada harga yang dinyatakan tadi.

Beliau berkata, Najib yang tidak berani menjawab sebarang tuduhan Dr Mahathir perlu sekurang-kurangnya mempunyai keberanian menjawab di Dewan Rakyat.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kenyataan pra-matang Najib tentang Sirul mencurigakan dan wajib disiasat

Oleh: Fahmi Fadzil

Kenyataan DS Najib Razak hari ini bahawa mustahil (“utter rubbish”) Sirul “bertindak mengikut arahan” (“acted under orders”) untuk membunuh Altantuya Sharibuu adalah satu kenyataan yang pra-matang, mencurigakan dan wajib disiasat Polis Di-Raja Malaysia.

Ini kerana DS Najib sebelum ini pernah mengaku malah bersumpah tidak mengenali wanita bernama Altantuya Sharibuu; jika benar beliau tidak mengenali dan tiada apa-apa kaitan, mengapa beliau memberi komen sebegini?

ALTANTUYADan adakah beliau mempunyai maklumat lebih dari apa yang diketahui umum tentang perlakuan Sirul sehingga dapat memberi kesimpulan sebegitu?

Komen ini menimbulkan satu persepsi di khalayak ramai bahawa ada sesuatu yang tidak kena di dalam isu ini.

Sama seperti rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya juga berharap pihak berkuasa tidak akan berlengah untuk menyiasat perkara ini.

* Fahmi Fadzil adalah Pengarah Komunikasi dan Naib Ketua Angkata Muda KEADILAN

Categories
NASIONAL

Hishammuddin Rais tuntut Najib henti sebar video Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Aktivis sosial Hishammuddin Rais memulakan proses mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyiarkan video menampilkan dirinya dan beberapa rakannya.

Katanya, notis tuntutan itu bagi memberi amaran kepada Najib supaya berhenti menyebarkan klip video berkaitan dirinya yang ditayangkan pada Perhimpunan Agung Umno.

hishamuddin raisMenerusi notis tuntutan itu dinyatakan, Perdana Menteri telah ‘mewujudkan suasana benci dan prejudis terhadap anak guam kami (Hishamuddin).”

Video itu menggambarkan Hishamuddin dan Datuk S Ambiga serta Adam Adli yang dikatakan terbabit dalam aktiviti menghasut.

Peguamnya, Daim dan Gamany menerusi notis tuntutan mengarahkan Najib yang juga Presiden Umno untuk menghentikan tayangan, pengedaran klip video itu pada perhimpunan tahunan berkenaan.

Hishamuddin dalam kenyataannya pada Sabtu berkata, penayangan video itu boleh mempengaruhi keputusan mahkamah terhadap perbicaraan kes membabitkannya mengikut Akta Hasutan.

“Jika gagal mematuhinya, kami telah mengarahkan supaya tindakan undang-undang diambil,” katanya.

EZY

 

Categories
NASIONAL

Rafizi: Najib tidak bertanggungjawab, kelirukan rakyat dengan CGT

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beberapa hari lalu kononnya pengenalan Cukai Keuntungan Modal (CGT) akan meruntuhkan pasaran modal dan saham negara adalah tidak bertanggungjawab.

Tindakan itu dilihat sebagai cubaan beliau untuk mengelirukan rakyat dengan harapan sebilangan besar tidak memahami soal percukaian akan mudah mempercayai beliau.

Najib bajetKatanya, CGT yang hanya mensasarkan golongan kaya adalah lebih bermoral dan adil berbanding dengan GST yang mengenakan cukai kepada semua rakyat.

Berdasarkan statistik pemilikan aset kewangan yang didedahkan Muhamad Abdul Khalid dalam bukunya “The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia” menunjukkan hanya segelintir rakyat yang mampu memiliki aset kewangan terbabit.

“Lebih dari 53 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai aset kewangan. Golongan 10 peratus terkaya mengawal 77 peratus keseluruhan aset kewangan di negara ini.

“80 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah hanya memiliki 5.5 peratus dari aset kewangan,” katanya di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Gst biasaKatanya, antara negara yang melaksanakan CGT adalah Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Jepun, namun tidak pula menyaksikan runtuhnya pasaran modal di negara terbabit, bahkan menjadi sebahagian penyumbang pendapatan.

Sehubungan itu, katanya, dengan pelaksanaan CGT yang dijangkakan akan dapat mengutip cukai RM3 bilion dalam tahun pertama, dianggarkan sekitar 10 peratus hingga 15 peratus dari rakyat Malaysia yang akan menanggung cukai berkenaan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tun M patut desak Najib letak jawatan bukan sekadar tegur

SHAH ALAM 20 OGOS : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, ekoran prestasinya teruk yang jauh lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Naib Presiden PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan hanya sekadar mengkritik dengan menarik balik sokongannya ke atas Najib tidak memberikan sebarang kesan kepada Najib kerana Mahathir sendiri kini sudah berada di luar kerajaan.

www.kualalumpurpost.net_wp-content_uploads_2013_05_najib-mahathirKatanya disebabkan kritikan keras Mahathir itu, sekiranya Najib bermaruah, Najib pasti akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

“Di bawah pemerintahan Umno-BN, rakyat semakin terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dan peningkatan hutang negara, ekoran kelemahan para pemimpin kerajaan dalam pengurusan ekonomi,” katanya dipetik Harakah Daily.

Tuan Ibrahim berkata, dalam masa yang sama, kerajaan Umno BN turut gagal menurunkan kes-kes jenayah, di samping gagal dalam melaksanakan undang-undang yang relevan dengan keperluan semasa, walaupun ISA dimansuhkan disebabkan penguatkuasaannya yang lemah.

“Isu jenayah bukan sahaja membabitkan undang-undang, tetapi penguatkuasaannya juga perlu diperbaiki. Dalam hal ini, kita mesti tengok secara keseluruhannya. Penguatkuasaan daripada pihak suruhanjaya-suruhanjaya berkenaan juga mestilah dipertingkatkan,” katanya.

Kesemua kelemahan itu, menurut Tuan Ibrahim, amat mengecewakan rakyat dan ia menjadi asas yang kuat kepada Mahathir untuk mengkritik dan menegur Najib ekoran prestasinya yang jauh lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Sepatutnya Tun Dr Mahathir sambung lagi jawatannya sebagai Perdana Menteri, tak patut berhenti sebab wawasannya belum tercapai. Kalau Tun Dr Mahathir berhenti dan lantik siapa-siapa pun untuk menggantikannya, wawasannya seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020 tak akan tercapai,” katanya.

EZY