Categories
NASIONAL

Kes SRC: Najib salah seorang pengarah YR1M – Pegawai SSM

KUALA LUMPUR, 15 APR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah salah seorang pengarah Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).

Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Muhamad Akmaludin Abdullah berkata, Najib dilantik menjadi pengarah Yayasan itu pada 11 Januari 2013.

Saksi pertama itu berkata demikian semasa diperiksa balas oleh peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib pada perbicaraan kes bekas perdana menteri itu yang didakwa atas tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Harvinderjit : Pengarah-pengarah YR1M setakat tarikh percetakan dokumen ini adalah seperti berikut, pertama Che Lodin Wok Kamarudin (Tan Sri), Mohd Najib Razak (Datuk Seri) dan Wan Ahmad Shihab Wan Ismail (Datuk) yang diilantik pada 11 Jan 2013, iaitu tarikh penubuhan syarikat tersebut.

Muhamad Akmaludin : Betul

Muhamad Akmaludin, 35, yang berkhidmat di SSM sejak 2007 juga mengesahkan ketika syarikat SRC International Sdn Bhd ditubuhkan pada 7 Januari 2011, saham syarikat itu tidak dimiliki oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Harvinderjit: Sejak tarikh SRC ditubuhkan, saham-saham itu tidak dimiliki 1MDB?

Muhamad Akmaludin: Betul, saya sahkan ia tidak dimiliki oleh 1MDB.

Harvinderjit: Daripada maklumat yang telah diberikan daripada tarikh syarikat ditubuhkan, nama syarikat masih kekal sebagai SRC International Sdn Bhd?

Muhamad Akmaludin: Betul

Harvinderjit: Maksudnya, syarikat ini daripada asal, ditubuhkan dengan nama khusus iaitu SRC International Sdn Bhd?

Muhamad Akmaludin: Betul

Harvinderjit: Daripada semua dokumen syarikat 1MDB Energy Sdn Bhd tidak pernah menggambarkan pemilik sahamnya adalah syarikat SRC?

Muhamad Akmaludin : Betul

Dalam keterangannya, saksi itu turut bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa terdapat resolusi berhubung pengeluaran 999,998 saham SRC kepada syarikat 1MDB Energy dalam mesyuarat diadakan oleh pemegang saham SRC pada 15 Ogos 2011.

Najib, 66, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Ahli Parlimen Pekan itu yang merupakan Perdana Menteri keenam, didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan dan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos dan 10 Feb 2015.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Kronologi Kes SRC Najib

KUALA LUMPUR, 2 APR: Esok, Mahkamah Tinggi akan mendengar kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC International) berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan akan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib, 66 yang juga Anggota Parlimen Pekan mengaku tidak bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan. Berikut adalah garis masa kes SRC Najib:

  • 4 Julai 2018 – Najib didakwa buat pertama kali di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta. Kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
  • 8 Ogos 2018 – Najib didakwa di Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana sama (RM42 juta daripada SRC International) yang merupakan hasil kegiatan haraam.
  • 10 Ogos 2018 – Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib untuk melarang media dan orang ramai daripada menerbitkan kenyataan berhubung merit kes jenayahnya yang akan membuat inferens (kesimpulan) Najib bersalah sementara menunggu kesnya selesai.
  • 10 Ogos 2018 – Mohd Nazlan menetapkan 33 hari bermula 12 hingga 28 Feb dan 4 hingga 29 Mac untuk perbicaraan kes SRC Najib.
  • 13 Ogos 2018 – Najib memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak untuk mengeluarkan perintah melarang media dan orang awam daripada menerbitkan kenyataan berhubung merit kesnya.
  • 18 Dis 2018 – Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk mendapatkan surat pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah bagi mengetuai pasukan pendakwaan dan permohonannya untuk mendapatkan dokumen berhubung kes itu.
  • 15 Jan 2019 – Najib menerusi firma guamannya Messrs Shafee & Co telah menulis surat bertarikh 15 Jan kepada Mahkamah Tinggi memohon agar perbicaraan yang dijadualkan pada 12 Feb dilapangkan sementara menunggu tiga rayuan interlokutorinya di Mahkamah Rayuan.
  • 17 Jan 2019 – Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Manoj Kurup dalam surat bertarikh 17 Jan 2019 yang dihantar kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membantah permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan, menyatakan permohonan itu “adalah remeh dan akan menyebabkan kelewatan yang tidak munasabah terhadap perbicaraan yang dijadualkan.
  • 11 Feb 2019 – Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan sehingga rayuannya berhubung keputusan pendakwa raya menarik balik sijil perpindahan tujuh pertuduhan terhadapnya, selesai.
  • 14 Feb 2019 – Mahkamah Rayuan menetapkan 11 dan 12 Mac untuk mendengar empat rayuan Najib bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung permohonan interlokutori Najib mengenai tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC.
  • 11, 12, 15 dan 18 Mac 2019 – Mahkamah Rayuan mendengar empat rayuan Najib.
  • 21 Mac 2019 – Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan sementara perbicaraan Najib sehingga Mahkamah Persekutuan mendengar dan memutuskan tiga rayuan interlokutori yang sebelum itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
  • 21 Mac 2019 – Mahkamah Rayuan menolak tiga rayuan Najib iaitu rayuannya untuk mendapatkan perintah melarang media dan orang awam membincangkan merit kes jenayahnya; akses kepada dokumen penyiasatan termasuk kenyataan saksi pada peringkat praperbicaraan; dan mengenai penarikan balik sijil perpindahan pertuduhannya oleh Peguam Negara.
  • 21 Mac 2019 – Mahkamah sama bagaimanapun membenarkan rayuan Najib untuk mendapatkan salinan surat pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah mengetuai pendakwaan.
  • 27 Mac 2019 – Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan sementara menunggu rayuannya berhubung permohonan interlokutorinya selesai.
  • 28 Mac 2019 – Mahkamah Tinggi menetapkan 3 April pada 2 petang bagi perbicaraan kes SRC Najib.
  • 1 April 2019 – Najib memfailkan satu lagi rayuan (permohonan semakan) terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya menangguhkan perbicaraan kesnya berkaitan SRC.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Dana SRC: Perbicaraan Najib bermula Rabu

KUALA LUMPUR, 1 APR: Tanpa melengahkan masa, pihak pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas akan mula membentangkan kes terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana SRC International Sdn Bhd pada Rabu dan sudah bersedia dengan tiga saksi pertama yang akan memberi keterangan.

Perbicaraan ditetapkan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menarik balik penangguhan prosiding yang dibenarkan Mahkamah Rayuan kepada Najib yang pada 8 Februari memfailkan permohonan bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung rayuan “interlocutory” untuk didengar.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, yang mengetuai panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan, berkata Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian dan dengan itu, memerintahkan Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh perbicaraan.

Perbicaraan kes Najib membabitkan dana SRC itu mulanya dijadualkan berlangsung dari 12 Februari hingga 29 Mac lalu tetapi ditangguhkan sebanyak dua kali selepas Mahkamah Rayuan pada 11 Februari dan 21 Mac membenarkan penangguhkan prosiding sementara menunggu untuk mendengar rayuan-rayuan berkaitan.

Menurut sumber-sumber dari Jabatan Peguam Negara, pihak pendakwaan akan membentangkan kes dengan Thomas membacakan kenyataan pembukaan.

“Selepas itu saksi pertama akan dipanggil untuk memberi keterangan. Kami bersiap sedia dengan tiga orang saksi tetapi ia bergantung bagaimana perbicaraan berlangsung pada hari itu.

“Kami juga telah menyediakan kenyataan saksi-saksi dan selepas saksi membaca kenyataan, pihak pembelaan akan memulakan pemeriksaan balas ke atas mereka , ” kata sumber-sumber ketika ditanya mengenai prosiding semasa perbicaraan.

Sumber-sumber memberitahu bahawa ketiga-tiga saksi itu adalah pegawai kerajaan dan pengusaha bank yang telah disapina oleh pihak pendakwaan pada Jumaat lepas.

“Pihak pendakwaan telah menampilkan lebih 60 saksi untuk memberi keterangan dalam kandang saksi pada perbicaraan ini,” kata sumber itu.

Najib, 66, perdana menteri Malaysia yang keenam, adalah perdana menteri pertama diheret ke mahkamah.

Pada 4 Julai 2018, Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Bagi pertuduhan pertama, Najib didakwa, sebagai seorang penjawat awam dan ejen, iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Penasihat Emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC) dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC International befrjumlah RM4 billon, telah melakukan pecah amanah jenayah sejumlah RM27 juta.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, di Kuala Lumpur antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM10 juta di tempat sama antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen sama Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan keempat, Najib didakwa, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila dia mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012.

Pertuduhan itu, mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 8 Ogos, bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang yang sama RM42 juta yang merupakan hasil aktiviti haram ke dalam dua akaunnya empat tahun lalu, milik SRC International Sdn Bhd.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan, Najib didakwa telah menerima, masing-masing RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta, yang merupakan hasil aktiviti haram, yang dipindahkan mengikut Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) ke dalam akaun miliknya di AmIslamic Bank Berhad menggunakan nombor akaun 2112022011880 dan 2112022011906.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan AmBank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini, antara 26 Disember 2014, dan 10 Februari 2015.

Pertuduhan-pertuduhan itu difailkan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang memperuntukkan penalti mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama.

Perbicaraan akan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Selain Thomas, pasukan pendakwaan juga terdiri daripada Datuk Sulaiman Abdullah dan Datuk V. Sithambaran yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya dan timbalan pendakwa raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Manoj Kurup, Budiman Lutfi Mohamed dan Muhammad Izzat Fauzan.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan dan dibantu oleh Harvinderjit Singh, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, Rahmat Hazlan dan Syahirah Hanapiah.

– BERNAMA

 

 

Categories
NASIONAL

Tranformasi Najib gagal, rakyat kekal kepompong kemiskinan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 OKT : Program Transformasi Ekonomi hasil cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilaksanakan pada 2010 tidak membuahkan hasil seperti yang diwar-warkan oleh Umno BN.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasuition berkata demikian merujul kehidupan sebenar rakyat pada masa kini yang menyaksikan lebih ramai isi rumah di Malaysia berada di dalam kepompong kemiskinan.

“Bank Negara di dalam data kepenggunaan isi rumah bagi tempoh 2000 – 2009 menyatakan, perbelanjaan makanan ialah 23 peratus daripada jumlah perbelanjaan isi rumah, perumahan sebanyak 18.9 peratus dan pengangkutan pula sebanyak 13.4 peratus.

“Berdasarkan peratusan ini, jika RM950 dijadikan rujukan, bererti untuk setiap item tersebut bernilai RM220 untuk makanan, RM180 untuk perumahan dan RM130 untuk pengangkutan.

“Jika diteliti secara kasar nilai-nilai ini bolehlah dianggap terpesong daripada realiti sebenar. Semua pihak perlu sedar bahawa takrifan kemiskinan yang ditetapkan oleh kerajaan Umno BN adalah untuk menipu rakyat, terutama bagi keluarga miskin tegar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas laporan terkini Jabatan Perangkaan yang kononnya membuktikan pengurusan ekonomi yang dirancang oleh kerajaan Umno BN mencapai keputusan yang cemerlang.

Laporan itu juga menyatakan pendapatan isi rumah kumpulan sederhana meningkat kepada RM5,228 pada 2016 berbanding RM4,585 pada 2014 iaitu pertumbuhan pada kadar 6.6 peratus setahun dengan nilai nominal.

Pada masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyatakan pencapaian itu secara tidak langsung menafikan dakwaan bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak memberangsangkan dan tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Bagaimanapun kata Saifuddin, perincian dinyatakan agensi berkenaan tidak menunjukkan realiti sebenar kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat.

Beliau indikator yang menentukan angka berkenaan ialah pendapatan garis kemiskinan (PGK) iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah memenuhi keperluan asas dalam masyarakat.

“Jika benar, apa yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan tersebut, saya mendesak kerajaan segera umumkan dasar dan perancangan untuk meningkatkan paras pendapatan rakyat supaya rakyat bebas daripada dibelenggu kemiskinan,” katanya.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Pengalaman Muhyiddin lihat rasuah Najib

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 15 OKT: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin membongkar pengalaman peribadinya melihat wujudnya salahguna kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Beliau yang pernah berada sebagai individu kedua tertinggi dalam pentadbiran negara selepas Najib mengakui Putrajaya kini ditunjangi seorang pemimpin rasuah yang menafikan hak rakyat.

“Dua tahun lalu, saya telah berada dalam kerajaan. Saya menyaksikan sendiri dengan mata dan kepala saya tentang penipuan, pembohongan dan pencurian harta rakyat yang dilakukan Najib Razak.

“Saya tidak berbohong, sebab itu pernyataan yang dinyatakan pimpinan Pakatan sebelum ini jelas bahawa masanya sudah tiba untuk rakyat membuat keputusan untuk melakukan perubahan.

“Perubahan itu adalah untuk menolak kerajaan kini dan menyokong Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada himpunan antikleptokrasi – Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya, malam tadi.

Muhyiddin sebelum ini adalah Timbalan Perdana Menteri, juga merangkap Timbalan Presiden Umno.

Bagaimanapun, Jun tahun lalu menyaksikan Ahli Parlimen Pagoh itu dipecat keahlian Parti Ketuanan Melayu itu kerana secara terang-terangan mengkritik Najib Razak berhubung kontroversi 1MDB.

Pemecatan itu dibuat secara sebulat suara menerusi perbincangan lanjut dipecat selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno atas alasan ‘melanggar displin parti’.

Selain Muhyiddin, turut dipecat adalah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pemecatan itu akhirnya membentuk dua parti politik baru iaitu, PBBM dan Parti Warisan Sabah.

=EZY=

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kepimpinan Najib urus negara lebih melucukan

OLEH DATO’ JOHARI ABDUL

Saya terbaca kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan struktur kepimpinan pembangkang sebagai melucukan.

Tidakkah Najib Razak sememangnya berasa begitu tercabar kerana struktur kepimpinan komponen Pakatan Harapan begitu kukuh dan bersatu untuk menentang Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pentadbiran Najib Razak yang tidak menjadikan rakyat sebagai paksi telah menyebabkan segala kesejahteraan, pencapaian dan pembangunan sosial dan ekonomi diabaikan.

Begitu memalukan apabila sepanjang pentadbiran Najib Razak, pelbagai isu menghantui rakyat negara ini seperti rasuah, pendidikan yang caca merba, masyarakat miskin yang tidak dibela, infrastruktur luar bandar yang masih ketinggalan, dan kenaikan harga barang.

1MDB-1024x731Banyak perkara boleh dilakukan bagi memperkenalkan negara di mata dunia tetapi bukan dengan perkara-perkara yang negatif seperti 1MDB.

Kerajaan hari ini diketuai barisan kepimpinan yang tidak segan silu melakukan sesuatu perkara buruk secara sewenang-wenangnya.

Masih ingatkah pada Februari 2012, Najib Razak telah menyatakan bahawa setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti.

Tetapi Najib Razak sendiri tidak ikut sepertimana diperkatakannya sendiri. Malah menerima ‘derma’ sejumlah RM2.6 bilion dengan sumber yang tidak mahu diperjelaskan secara terperinci kepada umum.

Tidakkah ahli-ahli Umno BN tidak berasa malu mempunyai Presiden seperti ini? Mengapa juga rakyat Malaysia patut dipimpin oleh seorang Perdana Menteri seperti ini?

* Dato’ Johari Abdul adalah Ahli Parlimen Sungai Petani (KEADILAN)

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Lantikan Menteri Tugas Khas Hishammuddin imbau kisah Anwar dipecat

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 12 APRIL: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution membayangkan wujudnya gelombang besar bakal berlaku membabitkan kepimpinan tertinggi Umno Barisan Nasional (BN).

Ia susulan pelantikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas, di Jabatan Perdana Menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Saifuddin berkata, situasi sama pernah berlaku ketika pentadbiran Tun Mahathir Mohamad yang melantik Tun Daim Zainuddin dalam kabinet yang akhirnya menyebabkan penyingkiran orang nombor dua dalam pentadbiran negara ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini mengingatkan saya pada tahun 1997 apabila negara mengalami krisis kewangan, Tun Mahathir melantik Tun Daim sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas.

“Tidak lama selepas itu, berlaku peristiwa terbesar dalam politik iaitu penyingkiran Anwar, jadi saya melihat perkembangan ini sama.

“Cuma yang membezakan waktu itu Tun Daim tidak lagi berada dalam kabinet tetapi Hishammuddin adalah sebagai Menteri Pertahanan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Bagaimanapun, Saifuddin tidak merujuk nama individu tertentu yang ‘diramal’ bakal mengalami situasi sama sebagaimana Anwar yang mencetuskan gelombang Reformasi 1998 selepas disingkirkan.

Namun wujud spekulasi, lantikan ini memberi kesan kepada kedudukan dan bidang kuasa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Terdahulu, Perdana Menteri dalam kenyataannya tengah hari ini memaklumkan lantikan Hishamuddin berkuatkuasa hari ini.

Pada masa sama, Hishammuddin turut menjalankan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Azmin: Cukuplah bersembunyi Najib, jelaskan isu 1MDB

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 JULAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi menyembunyikan diri sebaliknya perlu tampil menjelaskan isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada rakyat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata tidak syak lagi skandal terbabit menyalahgunakan wang rakyat oleh mereka yang berpangkat tinggi dalam kakitangan awam.

AZMIN“Akhirnya, selepas berbulan menyorokkan skandal juga bermain teka teki, tidak syak lagi memang ada konspirasi menyalahgunakan duit rakyat oleh mereka berpangkat tinggi.

“Walaupun benar tidak ada tindakan undang-undang dinamakan atas Najib, tetapi ia membabitkan orang yang rapat dengan beliau,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, aset terbabit termasuk rumah ‘penthouse’, karya seni, jet peribadi dan kutipan filem ‘Wolf of Wall Street’ yang didakwa diperolehi secara tidak sah menerusi wang yang dilencongkan daripada 1MDB ketika Najib menjadi pengerusinya.

“Langkah Amerika Syarikat ini dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha mereka ‘menentang rasuah global’.

“Ia juga untuk memastikan bahawa Amerika Syarikat tidak akan menjadi ‘syurga’ yang selamat untuk mereka bersembunyi daripada menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Katanya, tindakan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan orang tertinggi di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan ada konspirasi untuk menutup skandal itu.

“Ia mengesahkan dengan jelas sememangnya wujud satu konspirasi untuk menipu dan membersihkan berbilion dolar wang pembayar cukai yang di ‘songlap’ mereka yang rapat dengan pemerintah tertinggi negara,” katanya.

najibwsjTerdahulu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memohon untuk merampas 17 aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet, demikian menurut saman sivil yang menamakan pembikin filem blockbuster ‘The Wolf of Wall Street’.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Los Angeles itu menyatakan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom daripada dana yang dilencong melalui 1MDB.

AS$731 juta didakwa disalurkan daripada 1MDB ke dalam akaun bank milik ‘Malaysian Official 1’ yang tidak dinamakan, demikan menurut saman yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), semalam.

DOJ tidak menamakan ‘Malaysia Official 1’ tetapi menggambarkan individu itu sebagai ‘pegawai berpangkat tinggi’ dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan berkuasa dengan 1MDB.

Anak tiri Najib, Riza Aziz, dinyatakan dalam saman itu sebagai saudara mara ‘Malaysian Official 1’.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Skandal kewangan: Najib Razak mesti bercuti pastikan siasatan bebas

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 19 APR : Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mesti mengambil langkah sama mengikut tindakan Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak apabila bercuti bagi membenarkan siasatan berhubung skandal kewangan AS$7 juta.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata Najib sewajarnya bertangunggjawab terhadap sebarang salahlaku penyelewengan itu supaya siasatan bebas boleh dilakukan.

“Apa yang dilakukan Nazir itu secara tidak langsung mengakui ada sesuatu yang tidak betul telah dilakukan oleh Perdana Menteri.

najibwsj“Mengambil keputusan untuk bercuti juga bermaksud Nazir menerima tangunggjawab atas kesilapan ini.

“Apa yang lebih penting, jika Nazir dianggap bersalah, sudah tentu Najib juga tidak boleh terlepas daripada menerima hukuman,” katanya kepada SelangorKini.

Nazir sebelum ini dilaporkan bercuti berhubung sejumlah wang diagihkan Nazir bagi pihak abangnya, Najib Razak.

Pada masa sama, media antarabangsa, The Wall Street Journal mendedahkan wang itu diperoleh daripada Najib Razak untuk kegunaan pilihan raya.

Bagaimanapun Nazir menegaskan wang itu sumbangan syarikat korporat, dan tidak pasti status sebenar perolehan sumber kewangan itu.

Menyelar kenyataan itu, Tian yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata Nazir sewajarnya memahami konteks perundangan Akta Penggubahan Wang Haram (AMLA) dengan mengambil kira kedudukannya.

“Kalau ikut undang-undang AMLA, Nazir sebagai CEO Bank sepatutnya sedar tindakan itu bertentangan dengan undang-undang, tetapi apacberlaku sebaliknya.

“Lebih memalukan, Najib pula tidak membuat sesuatu yang boleh dianggap bermaruah seperti mengambil cuti semasa siasatan, tetapi tetap pegang kuasa untuk tutup saluran siasatan,” katanya.

EZY

Categories
Press Statements

National Security Council Bill and the road to dictatorship

Press Statement
3 December 2015

The National Security Council Bill is nothing but a brazen attempt at silencing all criticism of the Najib administration, particularly Najib himself. This proposed law has nothing to do with protecting national security. It is about protecting the political security of the Prime Minister Najib who is drowning in a sea of scandals.

Najib cannot use Parliament to bulldoze such a law which is clearly unconstitutional as it violates the basic freedoms of the people. This nation is already saddled with a plethora of repressive laws without another more draconian catch-all law that clearly runs counter to the democratic process and the institution of constitutional government. This law will take us only to one path and that is the path to dictatorship.

Najib cannot use the nation’s security as a mask to cover his wrong doings and to suppress opposition against his continuation of power both from within his party and outside.

Are we elected by the people in order to legislate sweeping powers for the Executive so that they can trample on our fundamental rights and liberties? Are we not sworn to protect the Federal Constitution and to uphold the Rukun Negara and ensure that this nation will progress under rule of law and democracy?

Everyone from Members of Parliament, political parties, civil societies and the general public must reject this bill as this strikes at the very centre of our conscience.

Mohamed Azmin Ali
Chief Minister of Selangor

Categories
NASIONAL

Kenyataan ‘cari makan’, Pengerusi PAC perlu letak jawatan

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin perlu meletak jawatan serta-merta jika benar mengeluarkan kenyataan ‘cari makan’ berkenaan 1MDB.

Saranan itu dinyatakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo; Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mewakili Pakatan Harapan.

Gobind berkata, Hasan jelas tidak mampu berperanan sebagai Pengerusi PAC dan kenyataannya itu memberi kesan kepada Dewan Rakyat.

“Saya menggesa Pengerusi PAC berundur jika benar berkata tidak perlu memanggil Datuk Seri Najib Razak untuk memberi keterangan isu 1MDB atas sebab hendak cari makan.

“Rakyat harap Pengerusi PAC bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih, tanpa pengaruh sesiapa dan efisyen,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Hanipa berkata, kenyataan Hasan untuk tidak memanggil Perdana Menteri bagi memberi keterangan isu 1MDB disifatkan tidak adil.

Beliau turut menggesa PAC supaya memanggil semua pihak yang mempunyai kaitan dengan syarikat kontroversi itu untuk memberi kenyataan.

“Najib secara jelas terbabit dengan 1MDB, jadi tak adil jika tidak memanggil beliau dan ini akan menggugat kredibiliti PAC,” katanya.

Hal sama turut disokong Johari yang menyatakan seluruh negara menunggu tindakan PAC selepas siasatan berkenaan 1MDB ditangguh sebelum ini.

“Komen daripada Pengerusi PAC adalah pelik kerana walaupun bersifat peribadi, saya tidak menjangka ia mendapat persetujuan anggota lain. Sebagai pengerusi, tidak profesional untuk jawab saya nak cari makan kerana ini adalah Parlimen bukan syarikat sendirian berhad,” katanya.

Portal Malaysia Kini melaporkan kenyataan Hasan bahawa PAC tidak perlu Najib untuk memberi keterangan berkenaan isu 1MDB.

“Tak perlu,” kata Ahli Parlimen Rompin itu apabila ditanya media langkah selanjutnya yang diambil PAC menyiasat kes syarikat tajaan kerajaan itu.

Apabila diasak lebih lanjut, Hassan berkata: “Jangan la, saya pun nak cari makan juga.”

Kenyataan itu dibuat apabila beliau dimaklumkan Pengerusi PAC terdahulu Datuk Nur Jazlan Mohamed mengakui mungkin memanggil Najib membantu siasatan isu 1MDB jika dirasakan perlu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Najib sila sahut cabaran, dedah siapa salur RM2.6 bilion

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 8 OKT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menyahut cabaran supaya mendedahkan dana RM2.6 bilion seperti yang dilakukan BERSIH.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, menyifatkan Najib gagal sebagai perdana menteri apabila tidak mahu menjawab segala yang membabitkan 1MDB dan RM2.6 bilion yang kononnya sumbangan penderma.

Tian Chua parlimen 01“Najib bukan sahaja tidak mahu mendedahkan, malahan beliau menghalang dan memecat pegawai yang cuba melakuka siasatan terhadap kes itu.

“Sebagai pemimpin yang pernah menjanjikan rakyat transformasi yang telus, Najib gagal berbuat demikian dan ini menyebabkan kebanyakan rakyat menuntut beliau supaya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri,” katanya kepada Selangor Kini.

Tian Chua berkata demikian sebagai mengulas isu BERSIH yang mencabar Najib mengikut jejak yang sama dengan mereka apabila berani mendedahkan dana yang diterima.

Najib-1MDB“Najib perlu berhenti untuk cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya adalah derma. Rakyat sudah bijak untuk menilai ketelusan pemimpin.” katanya.

Sebelum itu, BERSIH mendedahkan laporan setebal 2,126 muka surat yang mengandungi jumlah keseluruhan dana diterimanya RM2,647,361.74 termasuk semua nama penderma.

-NFN-