Categories
AGENDA NASIONAL PENDIDIKAN

Taska boleh mula operasi, patuhi SOP

PUTRAJAYA, 3 JUN: Taska sudah boleh beroperasi dengan berpandukan kepada Panduan Pencegahan Penularan Covid-19, Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Keselamatan Warga Taman Asuhan Kanak-kanak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, panduan itu dibentangkan dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan (KKM), serta ditambah baik dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, dan demi kesejahteraan mereka yang terlibat.

Menurutnya, panduan dibangunkan itu meliputi panduan menyeluruh pengoperasian taska, bermula daripada persediaan untuk membuka semula taska, semasa taska beroperasi, dan selepas selesai sesi harian tersebut.

“Pengusaha taska adalah dinasihatkan agar merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan terlebih dahulu, bagi dibuat verifikasi sebelum mula beroperasi,” katanya.

Bagi memastikan agar pengusaha taska mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) tersebut, Rina berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan KKM, akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa ke atas taska yang telah mula beroperasi.

“Diharapkan dengan pembukaan semula taska ini, dapat memberi kelegaan kepada ibu bapa berkerja, yang sebelum ini terkesan dengan penutupan taska akibat pandemik Covid-19 dan PKP,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

PKP Bersyarat dilonggar tak bermakna kembali cara hidup asal

KUALA LUMPUR, 10 MEI: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei lepas, yang menyaksikan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan untuk beroperasi semula, bukanlah bermakna orang ramai boleh kembali kepada kehidupan mereka sebelum PKP dikuatkuasakan.

PKP dikuatkuasakan selama 47 hari bermula 18 Mac bagi membendung penularan virus Covid-19 dan setelah melalui empat fasa dengan peraturan yang ketat dan menunjukkan kejayaan dalam memastikan jangkitan Covid-19 semakin berkurangan, PKPB dilaksanakan pula dengan kelonggaran tertentu tetapi perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM).

Keputusan diambil kerajaan itu pastinya berdasarkan garis panduan antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Dalam Negeri yang mana pematuhan terhadap SOP perlu dititikberatkan oleh semua majikan dan pekerja serta orang ramai.

Pengarah Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Rafee Baharudin berkata kelonggaran beroperasi yang diberikan kerajaan kepada syarikat dalam tempoh PKPB bukan lesen untuk memulakan operasi seperti sedia kala.

“Majikan mestilah mempunyai mekanisme bagi memantau setiap pekerja mereka supaya sentiasa mematuhi SOP KKM. Satu pemeriksaan ke atas pematuhan itu mestilah dibuktikan oleh majikan kepada pihak berkuasa yang dilantik.

“Perkara ini sangat penting memandangkan tahap pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan pekerja adalah berbeza-beza. Perbezaan kefahaman dan amalan menjaga kebersihan ini perlu diberi keutamaan yang sewajarnya oleh majikan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Rafee berkata setiap pekerja juga hendaklah menjalani latihan kesedaran dan membuat akujanji akan mematuhi setiap langkah pencegahan penularan virus Covid-19.

“Sikap buat tidak tahu atau mengambil jalan mudah akan memungkinkan bakal wujud satu kluster baharu di tempat kerja,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pekerja mengamalkan aspek pengurusan kendiri seperti mengisytihar status kesihatan harian dengan jujur dan sekiranya mempunyai gejala demam, batuk, sakit tekak dan kesukaran bernafas, segera maklumkan kepada majikan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagi Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Prof Dr Jamal Othman, PKPB adalah satu pendekatan menyeimbangkan keperluan untuk aktiviti ekonomi berfungsi demi kelangsungan mata pencarian dan keperluan untuk membendung penularan wabak Covid-19.

“Kita menganggap pandemik ini akan terus bersama kita untuk satu tempoh yang agak lama. Namun ekonomi perlu dibenarkan berfungsi secara terkawal demi kemaslahatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Jika PKP diteruskan, misalnya untuk dua minggu lagi tanpa stimulus ekonomi, negara boleh mengalami kerugian sebesar dua peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Beliau, yang juga Ketua Kluster Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial Akademi Profesor Malaysia berkata, tiba masanya kerajaan melaksanakan PKPB setelah mengambil kira petunjuk-petunjuk kesihatan dan keperluan membuka ekonomi demi kelangsungan mata pencarian rakyat.

Bagaimanapun, katanya sangat penting difahami PKPB tidak bermakna rakyat telah keluar daripada PKP, bahkan mereka perlu memberikan kerjasama untuk mematuhi syarat-syarat PKPB agar penularan pandemik Covid-19 dapat terus dibendung.

Dalam pada itu beliau juga senada dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menyatakan keputusan membenarkan sebahagian aktiviti ekonomi disambung kembali mulai 4 Mei lepas bukan satu tindakan tergesa-gesa memandangkan kerajaan telah mengkaji dan memastikan negara memenuhi syarat yang ditetapkan WHO.

“Ya, saya beranggapan kerajaan telah mengambil kira saranan WHO seperti kadar kebolehjangkitan pandemik Covid-19 yang rendah, bilangan kes aktif semakin berkurangan, kadar sembuh tinggi serta kesediaan negara dari segi kemudahan perawatan.

“Daripada pengamatan saya prestasi Malaysia dalam mengawal penularan wabak Covid-19 selama ini setanding dengan Korea Selatan dan ini sesuatu yang harus kita banggakan,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Lebih 90 peratus perusahaan utama di China kembali operasi

BEIJING, 17 MAC: Lebih 90 peratus sektor perusahaan utama di wilayah China yang terjejas akibat wabak Covid-19, kecuali beberapa kawasan tertentu termasuk Hubei, menyambung semula operasi dan pengeluaran.

“Terima kasih di atas langkah-langkah pemulihan spesifik dilaksanakan di wilayah itu,” kata jurucakap Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara Meng Wei pada Selasa.

Wilayah termasuk Zhejiang, Jiangsu, Shanghai, Shandong, Guangxi, dan Chongqing hampir menyaksikan 100 peratus sektor perusahaan kembali beroperasi seperti biasa, menurut agensi berita Xinhua.

Data penggunaan elektrik menunjukkan pemulihan di seluruh sektor.

Industri logam bukan besi menyaksikan peningkatan penggunaan eletrik ke paras biasa seperti tahun lalu.

Penggunaan elektrik dalam industri farmaseutikal, kimia dan elektronik juga kembali mencapai tahap 90 peratus.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

Operasi besar-besaran terhadap pendatang asing – KP Selangor

KUALA LUMPUR, 27: Polis akan melaksanakan operasi besar-besaran terhadap kebanjiran warga Afrika terutama Nigeria di negeri Selangor yang dilihat mengundang kebimbangan orang awam.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata operasi secara berterusan itu akan dijalankan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti diduduki warga asing itu.

“Kami percaya ada antara warga Afrika ini yang memiliki dokumen lengkap. Jika ada, kami lepaskan tapi mana-mana yang langgar syarat-syarat pas lawatan atau pas pelajar atau telah tamat tempoh, akan diambil tindakan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara bekas Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya yang baharu Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, dekat sini.

Ditanya sama ada terdapat warga asing itu yang terlibat dengan aktiviti jenayah seperti Afican Scam atau Macau Scam, Noor Azam berkata: “Ada itu ada. Itu memang tidak dinafikan. Tapi kami anggap semua sama sahaja… yang mana buat salah, kami akan ambil tindakan sewajarnya”. -BERNAMA

Categories
PBT SELANGOR

Padah abai kebersihan, dua premis makanan diarah tutup serta merta

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

BANTING, 3 JAN: Dua premis menjual makanan di daerah itu diarah tutup serta-merta akibat mengabaikan aspek kebersihan selepas serbuan dijalankan penguat kuasa Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), pada 31 Disember lalu.

Operasi penutup bagi tahun 2018 itu membabitkan 16 anggota terdiri daripada Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Perbendaharaan dan Unit Korporat serta Perhubungan Awam MDKL.

Pengarah Penguat Kuasa MDKL, Nordila Yasir berkata, arahan penutupan itu turut dikeluarkan kerana pemilik premis berkenaan didapati melanggar pelbagai peraturan ditetapkan.

Katanya, premis terbabit disita di bawah Undang-Undang Kecil 62, Undang-Undang Kecil Perlesenan Establisymen Makanan (MDKL) 2007 selain diberi tempoh 14 hari untuk melakukan kerja pembersihan serta penambahbaikan seperti diarahkan.

“Antara kesalahan dilakukan seperti tidak memakai apron dan penutup kepala di bawah Seksyen 8 (5) Undang-Undang Kecil Pengendali makanan (MDKL) 2007, tidak menyediakan perangkap makanan hingga menyebabkan sisa makanan dan minyak terus masuk ke dalam longkang di bawah Seksyen 19 (1) (d) Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MDKL) 2007.

“Premis ini juga tidak menyelenggara premis dalam keadaan baik dan bersih pada setiap masa di bawah Seksyen 15 Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MDKL) 2007, di mana tindakan pembersihan hendaklah dilakukan serta-merta,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, terdapat juga peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan lain sepanjang pemeriksaan dibuat.

“Antaranya, mempamerkan iklan tanpa lesen di bawah Undang-Undang Kecil 7, Undang-Undang Kecil Iklan, tiada lesen perniagaan di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan Dan Perindustrian dan membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan di bawah Undang-Undang Kecil 4, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap,” katanya.

Sehubungan itu, Nordila menyeru kepada semua peniaga khususnya di daerah itu supaya sentiasa mematuhi peraturan dan menjaga mutu perkhidmatan masing-masing.

 

Categories
PBT SELANGOR

MDKL tahan 26 warga asing, serbu 10 kilang plastik haram

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KUALA LANGAT, 21 SEPT: Seramai 26 warga asing ditahan, manakala 10 kilang plastik haram disita dalam Operasi Penguatkuasaan Kilang Haram dijalankan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), di sini, semalam.

Operasi bersepadu yang bermula jam 10 pagi itu membabitkan penahanan warga asing yang berasal dari pelbagai negara termasuk India, China, Nepal dan Bangladesh.

Ketua Operasi, Mohd Hairul Salimi berkata, ketika serbuan dijalankan hanya tujuh premis beroperasi termasuk empat daripadanya yang terpaksa dipecah masuk kerana menggunakan pelbagai taktik bagi melengahkan kemasukan pihak berkuasa ke premis masing-masing.

Katanya, sembilan daripada premis terbabit melakukan pelbagai kesalahan seperti membuat sambungan elektrik secara tidak sah, mencuri bekalan elektrik dan tiada penggunaan meter termasuk kesalahan di bawah Akta Imigresen.

“Sebuah premis lagi tidak dikenakan sebarang tindakan kerana ketika diserbu mereka tidak beroperasi selain tidak mempunyai mesin dan hanya menyimpan barangan mentah sahaja.

“Turut ditahan 26 warga asing yang dikenalpasti melakukan kesalahan di bawah Sub Seksyen (1) Seksyen 40 Ordinan Imigresen 1959. Kita juga menyita 15 mesin mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,” katanya dalam kenyataan.

Turut serta dalam operasi berkenaan adalah Ahli Dewan Negeri Banting, Lau Weng San.

Pada masa sama, Mohd Hairul berkata, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut melakukan pemotongan bekalan elektrik ke atas dua premis di Teluk Panglima Garang dan Sungai Rambai, Jenjarom kerana didapati membuat sambungan secara tidak sah.

“Operasi yang berakhir pada jam 5 petang itu berjalan lancar tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.

“Serbuan ini mendapat kerjasama polis, Jabatan Alam Sekitar, TNB, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dan Pejabat Daerah Kuala Langat.

Categories
SELANGOR

MBSA kuatkuasa operasi tunda kereta

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menguatkuasakan operasi penundaan kenderaan di sekitar kawasan Shah Alam khususnya di sekitar Plaza Alam Sentral, pusat bandar, Kota Kemuning dan Sungai Buloh.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad, berkata operasi itu bertujuan mendidik orang ramai untuk meletakkan kenderaan masing-masing di tempat letak kereta yang disediakan.

MBSA-Shahrin Ahmad“Ini juga dapat memastikan keadaan jalan tidak mengalami kesesakan lalu lintas seterusnya mengakibatkan aliran trafik terganggu ekoran kenderaan diletakkan di bahu jalan.

“Operasi ini juga adalah respon kepada aduan awam yang diterima MBSA terhadap kenderaan yang diletakkan di bahu jalan khususnya di sekitar Plaza Alam Sentral dan pusat bandar,” katanya dalam satu kenyataan.

Shahrin berkata, kompaun dan caj penundaan RM270 dikenakan terhadap kenderaan biasa yang ditunda sementara RM350 bagi pacuan empat roda.

Pemilik kenderaan yang ditunda boleh menuntut kenderaannya mengikut kawasan seperti di Depoh Tunda MBSA, Seksyen 17, Pejabat Cawangan Kota Kemuning MBSA, Seksyen 31 dan Depoh Tunda Pejabat Cawangan Sungai Buloh MBSA, Seksyen U20.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan operasi, orang ramai boleh menghubungi Depoh Tunda, Bahagian Penguatkuasaan di talian 03-55416879.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MPS roboh 40 rumah setinggan warga asing

Oleh: AFEEQA AFEERA

SELAYANG, 9 APR: Sebanyak 40 unit rumah setinggan yang dihuni warga asing dirobohkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam satu operasi bersepadu membabitkan beberapa kawasan di daerah itu, pagi tadi.

Kawasan berkenaan adalah di sekitar Taman Templer berhampiran Kelab Golf Perangsang Templer, dekat sini.

MPS_4224Timbalan Yang Dipertua MPS, Juhari Ahmad berkata, Operasi Penempatan Pendatang itu dilaksanakan berikutan struktur kediaman terbabit dibina tanpa kebenaran dan terletak di atas rizab sungai serta talian elektrik.

Katanya, struktur kediaman berkenaan juga dipercayai mula dibina dan didiami kira-kira 100 penghuni warga asing berasal dari Indonesia dan Bangladesh lebih setahun lalu.

“Pihak Majlis tidak pasti sama ada penghuni warga asing ini mempunyai permit atau tidak, tetapi kita sudah perhatikan mereka lebih enam bulan lalu melalui pemantauan secara berkala.

“Kita ambil tindakan supaya struktur binaan haram ini tidak lagi merebak dengan lebih banyak kerana kalau dibiarkan akan menyukarkan MPS untuk mengambil tindakan,” katanya.

MPS_4398Juhari berkata, penghuni warga asing di situ juga tidak mengamalkan aspek kebersihan dengan menyalurkan sisa kumbahan tandas ke dalam sungai berhampiran.

Katanya, tindakan mereka juga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat di sekitar kawasan itu dan beberapa aduan sudah dikemukakan.

“Budaya penempatan mereka ini juga menimbulkan masalah kerana ada yang membela haiwan ternakan seperti kambing dan ayam di kawasan itu.

“Dalam serbuan itu juga MPS menemui beberapa senjata tajam seperti parang dan celoret yang dipercayai mungkin ada kaitan dengan aktiviti jenayah,” katanya.

Operasi berkenaan disertai anggota penguatkuasa MPS dan tindakan dilakukan di bawah Akta 133 Mendirikan Struktur Tanpa Kebenaran Majlis.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Operasi mencari MH370 ditangguh, Lautan Hindi alami cuaca buruk

SHAH ALAM, 27 MAC: Operasi pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi terpaksa ditangguhkan ekoran cuaca buruk yang melanda kawasan terbabit, hari ini.

Pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat, Leftenan Komander Adam Schantz, berkata ramalan cuaca menyatakan pembentukan ais dan angin kencang yang teruk dan jarak penglihatan hampir sifar menyebabkan operasi itu batal.

Color MH370 location map.jpg.CROP.promovar-mediumlargeMemetik laporan Reuters, Schantz adalah individu yang bertanggungjawab mengetuai pasukan pesawat Poseidon P8 milik tentera laut Amerika Syarikat dalam operasi pencarian pesawat MH370 yang dilaporkan berakhir di Lautan Hindi, pada 24 Mac lalu.

“Semua yang terbabit dalam operasi ini d luar sana dalam perjalanan balik dan usaha pencarian tambahan dari sini dibatalkan,” katanya.

Sementara itu, Badan Keselamatan Maritim Australia turut mengesahkan penerbangan turut dibatalkan kerana cuaca dan operasi pencarian terbabit turut ditangguhkan disebabkan masalah sama, pada 25 Mac lalu.

 

Categories
SELANGOR

MPSJ gempur perniagaan besi buruk, bendung kecurian

mpsj 03Oleh : Nazli Ibrahim

SUBANG JAYA 4 DIS : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjalankan operasi bersepadu perniagaan barangan lusuh haram bagi tujuan membendung jenayah kecurian khususnya membabitkan harta benda awam.

Operasi bersepadu yang diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasaan MPSJ, Mazrul mpsj 04Zahar Mohamad itu dijalankan apabila MPSJ dan polis memperoleh maklumat terdapat kegiatan menjual barangan curi di perniagaan barangan lupus sekitar Subang Jaya.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mejar (B) Mohd Raship Rasul, berkata operasi yang membabitkan 53 anggota penguatkuasa dan polis dari Balai Putra Height itu dijalankan ke atas empat perniagaan barangan lusuh yang beroperasi tanpa lesen di sekitar Bukit Lancung di sini, semalam.

“Kita mengadakan operasi di empat buah pusat menjual barangan lusuh kerana kita percaya pusat jualan ini adalah antara penyumbang kepada peningkatan indeks jenayah dengan kejadian mencuri harta benda awam dan persendirian yang boleh dijual sebagai besi buruk.

mpsj 02“Selain itu, kita juga menerima aduan awam berkenaan kewujudan perniagaan besi buruk tanpa lesen ini berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, berisiko tinggi terbakar dan menimbulkan gangguan terhadap keselesaan penduduk setempat,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, MPSJ juga mengambil tindakan menutup empat premis terbabit, selain dikenakan denda RM1,000 dan barangan berharga seperti mesin penimbang, tong gas memasak dan tong gas bertekanan tinggi disita.

mpsj 01Tindakan terbabit diambil di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian iaitu menjalankan perniagaan tanpa lesen dari MPSJ.

“Sebelum ini, perniagaan barangan lusuh terbabit juga pernah dikenakan empat notis dan kompaun. Jumlah ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan kepada peniaga besi buruk di seluruh kawasan Subang Jaya untuk tahun ini sebanyak 255.

“MPSJ hanya mengeluarkan lesen perniagaan barangan lusuh selepas pihak pemohon memenuhi syarat yang ditetapkan dalam peruntukkan undang-undang kecil,” katanya.

-NFN-