Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Gandingan Anwar-Mahathir terajui Pakatan Harapan

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 14 JULAI: Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharu yang menyaksikan gandingan dua tokoh berpengaruh, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar diumumkan sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan, manakala Tun Mahathir dipilih selaku Pengerusi.

Keputusan itu diumumkan selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan bermesyuarat di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, semalam.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula diletakkan selaku Presiden Pakatan Harapan.

Sementara Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu masing-masing memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden.

Dato’ Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pula dipilih menjadi Naib Presiden Pakatan Harapan bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM), Chong Chieng Jen (DAP) dan Salahuddin Ayub (AMANAH).

Tugas selaku Ketua Setiausaha pula dipertanggungjawabkan kepada Datuk Saifuddin Abdullah, manakala M Kula Segaran bertindak selaku Bendahari Pakatan Harapan.

Menerusi kenyataan bersama, struktur baharu yang dipersetujui kini sebagai tanda kesatuan politik yang lebih jitu, segar dan dinamik.

Dalam perkembangan sama, Pakatan Harapan memberi komitmen bahawa proses memohon pengampunan dan pembebasan Anwar akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

“Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Anwar kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

WhatsApp Image 2017-07-14 at 7.49.41 AM WhatsApp Image 2017-07-14 at 7.49.40 AM

Categories
KENYATAAN MEDIA

Pelan pembangunan masyarakat India hanya ‘lakonan’ raih undi

OLEH PAKATAN HARAPAN

Kaum India di Malaysia adalah warganegara Malaysia. Mereka telah menyumbang kepada kekayaan tanahair kita di ladang getah, kelapa sawit dan estet. Kaum India juga menjadi tonggak utama dalam pembinaan keretapi dan jalanraya.

Kini, kaum India dipinggirkan di tepi masyarakat mainstream dan ketinggalan dalam pelbagai isu seperti perkerjaan, kemahiran, persekolahan, gangsterisma, ‘death-in-custody’, ‘availability of credit’, kewarganeraan, marginalisasi budaya & sebagainya. UMNO BN telah gagal memberi peluang yang adil sepertimana UMNO BN gagal membela rakyat marhean seluruh tanah air kita.

Pakatan Harapan mengambil maklum pengumuman pelan tindakan pembangunan masyarakat India oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

1. Setelah meneliti laporan-laporan media mengenainya, kami berpendapat pelan tindakan 10 tahun itu hanyalah satu cadangan bersifat ilustrasi tanpa perincian pelaksanaan yang jelas. Kami yakin pelan itu sama sekali tidak akan mencapai objektifnya untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh 1.7 juta kaum India di negara ini.

2. Berdasarkan pengalaman lepas, kami beranggapan, penggumuman terbaharu ini tidak lebih dan hanyalah ‘lakonan semula’ yang dimainkan PM Najib bagi mengaburi kegagalan kerajaan dalam membela nasib semua kaum di negara ini.

Kami juga menganggap hal ini sebagai satu lagi janji kosong dalam percubaan PM Najib untuk meraih semula sokongan masyarakat India, terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan tidak lama lagi. Pelan ini salah satu ‘gula-gula politik’ bagi memastikan kelangsungan politik beliau dan pentadbirannya terjamin.

3. Di sini, timbul persoalan berkenaan sikap kerajaan BN dalam membantu masyarakat India. Sebelum ini banyak program diumumkan untuk masyarakat India yang berakhir tanpa sebarang hasil membanggakan.

Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) yang diumumkan melalui Bajet 2012 misalnya, setelah lima tahun program tersebut diumumkan, ia terus gagal meningkat pendapatan dan taraf ekonomi kaum India secara menyeluruh.

Bagaimana pula kegagalan PM Najib mematuhi janji membela nasib golongan miskin India melalui memorandum persefahaman (MOU) 18 Perkara di antara Hindraf dan Barisan Nasional (BN) yang ditandatangani dua minggu sebelum PRU-13 lalu? Bukankah kegagalan menunaikan pelan itu merupakan pengkhianatan terbesar kerajaan UMNO BN terhadap masyarakat India?

4. Masyarakat India harus bertanya kepada diri mereka sendiri – apakah Najib benar-benar ikhlas dalam membantu masyarakat India?

Sepanjang Presiden UMNO itu dilantik sebagai Perdana Menteri, nasib masyarakat Melayu sendiri tidak terbela dan telah terjejas teruk dari sudut sosial serta ekonomi.

Hal ini dapat dilihat apabila agensi-agensi berkaitan kepentingan orang Melayu seperti Felda, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Tabung Haji berdepan dengan pelbagai masalah dan terpalit dalam isu ketirisan yang berpunca daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (IMDB).

Ketika masyarakat Melayu dan Cina enggan lagi memberi sokongan kepada Najib dan BN, beliau cuba pula ‘merasuah’ pengundi India melalui pengumuman terbaharunya ini.

umnobn-e14642275477945. Keengganan pentadbiran Najib menyelesaikan pelbagai isu melanda rakyat terutama berkaitan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan, kejatuhan nilai mata wang dan tekanan ekonomi yang dihadapi jelas membuktikan kelemahan kerajaan yang sedia ada.

6. Justeru, tiba masanya masyarakat India serta seluruh rakyat negara membulatkan tekad untuk membuat perubahan besar pada PRU yang akan datang.

Pakatan Harapan menggesa semua rakyat agar memberi kami peluang mentadbir negara untuk satu penggal. Peluang itu bagi membolehkan kami menunjukkan hala mana Malaysia akan ditadbir dan perbezaan urustadbir berbanding apa yang telah dilakukan oleh UMNO BN.

Semua rakyat perlu melihat kejayaan Pakatan Harapan mentadbir Pulau Pinang dan Selangor dengan baik sehingga memberi manafaat besar kepada rakyat di negeri berkenaan.

Selain memastikan kesaksamaan semua kaum di negara ini, Pakatan Harapan akan memberi tumpuan untuk mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi melalui usaha pendidikan dan kemahiran demi meningkatkan produktiviti serta gaji.

Pakatan Harapan juga akan menghapuskan ketirisan dan rasuah. Kami percaya strategi ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada kaum India, tetapi kepada semua kaum di Malaysia.

PAKATAN HARAPAN

YB Manivanan Gowin
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Gopalan Papachan
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Dato’ Ariff Sabri
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Categories
KENYATAAN MEDIA

Naikkan semula peruntukan IPT, tambah jawatan tetap

OLEH PAKATAN HARAPAN

Sejak dua tahun kebelakangan ini pernah dilaporkan Universiti Malaya telah terjejas teruk akibat daripada pemotongan bajet di dalam belanjawan 2016 dan diikuti 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sehingga kemudahan institut pengajian awam (IPT) itu terabai dan terdapat beberapa orang pensyarah yang dipaksa untuk berhenti.

Beberapa hari lepas kita dikejutkan pula dengan laporan muka hadapan Berita Harian bertarikh 6 Mac bahawa Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) mendakwa hampir 6,000 orang pensyarah termasuk bertaraf profesor berhenti dan ditamatkan kontrak akibat kekangan kewangan.

Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menyangkal jumlah tersebut dan membetulkan jumlahnya sekitar 2,000 orang, termasuk mereka yang ditamatkan kontrak dan mereka yang pencen.

1. Namun bagi kami hal ini tetap merupakan suatu perkembangan yang menyedihkan kerana jelas pentadbiran PM Najib Razak tidak mampu mengawal selia wang negara untuk disalurkan secara secukupnya kepada kementerian-kementerian yang memerlukan. Sepatutnya lebih banyak jawatan tetap, berbanding kontrak dibuka di pusat pengajian tinggi.

2. Pada kami, semua ini terjadi disebabkan pemotongan peruntukan pendidikan dalam belanjawan persekutuan yang telah memberi impak yang sangat besar serta buruk. Hal ini juga turut memberi kesan kepada masa depan mahasiswa di universiti-universiti tersebut. Mahasiswa sebagai tunjang utama masa depan negara akan mengalami masalah kekurangan pensyarah yang berkaliber dan berpengalaman untuk mendidik mereka.

3. Malah keadaan ini turut akan memberi kesan daripada sudut ekonomi apabila masalah pengangguran dijangka semakin bertambah. Bilangan pengangguran yang semakin tinggi ini sangat membimbangkan negara. Agak sukar untuk diterima golongan bijak pandai negara yang membuat pelbagai penyelidikan dan pembangunan (R&D) kini tiada pekerjaan.

Sekarang hanya ada 32,000 pensyarah di universiti awam berbanding jumlah seramai 35,000 orang yang direkodkan sebelum ini.

4. Selain itu, secara keseluruhan, dilaporkan seramai 37,699 rakyat Malaysia diberhentikan kerja pada tahun lepas. Manakala bilangan penganggur kini dianggarkan melebihi 515,200 orang berbanding 490,300 tahun sebelumnya. Hal ini amat membimbangkan di dalam keadaan ekonomi negara yang agak merudum, diikuti kos sara hidup yang semakin tinggi.

5. Keputusan kerajaan untuk memotong peruntukan IPT secara terlalu drastik ini juga tidak sepatutnya dibuat dengan begitu mengejut. Jelas, kebanyakan IPT kini bergelut dengan masalah kewangan yang akhirnya akan menjadi beban yang terpaksa dipikul oleh siswa siswi daripada segi kekurangan pensyarah, kualiti pengajaran yang menurun serta kos pendidikan yang meningkat. Adakah yuran pendidikan IPT akan mengalami kenaikan dalam masa terdekat sebagai akibat?

6. Malangnya, kerajaan seringkali dilihat seolah-olah berlepas tangan dengan menyalahkan harga minyak mentah dunia sebagai punca pemotongan belanjawan, terutama belanjawan dalam bidang pendidikan. Namun bagi kami, alasan yang diberikan itu tidak boleh diterima kerana kewangan negara berada pada tahap yang terbaik sekiranya ditadbir urus dengan cara berhemah tanpa ada sebarang unsur rasuah. Malah timbul juga persoalan ke mana perginya hasil kutipan GST?

7. Justeru, bagi menyelesaikan masalah ini, kami menggesa kerajaan untuk menaikkan semula peruntukan kepada IPT dan mewujudkan lebih banyak jawatan tetap berbanding kontrak bukannya memotong bajet universiti tetapi menambah peruntukan untuk program-program yang tidak relevan.

PAKATAN HARAPAN

YB Nik Nazmi Nik Ahmad
Parti Keadilan Rakyat
(PKR)

YB Zairil Khir Johari
Parti Tindakan Demokratik
(DAP)

Faiz Fadzil
Parti Amanah Negara
(AMANAH)

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Pakatan – Bersatu tandatangani perjanjian kerjasama hadapi PRU-14

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 13 DIS: Perjanjian kerjasama di antara Pakatan Harapan (Pakatan) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ditandatangani hari ini bagi membentuk satu kerjasama politik bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Perjanjian itu ditandatangani pucuk pimpinan parti-parti komponen Pakatan yang terdiri daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, manakala Bersatu pula diwakili Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perjanjian menggariskan tujuh perkara dipersetujui bersama termasuklah perkara keempat iaitu mengadakan rundingan dengan parti yang belum berada dalam perjanjian ini bagi memastikan tiada pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya nanti.

mou-pakatan1Perjanjian ditandatangani di Ibu Pejabat KEADILAN itu turut menggariskan umewujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang sebelum Pilihanraya Umum ke-14 dengan tujuan untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

Perkara lain yang turut dimuatkan dalam dokumen perjanjian bersejarah itu adalah seperti berikut:

Perjanjian Kerjasama Pakatan Harapan – PPBM

PERJANJIAN

BAHAWASANYA Pakatan Harapan (yang terdiri daripada KEADILAN, DAP dan AMANAH); dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan ini bersetuju dan komited akan perkara-perkara berikut:

1. Berjuang dengan berlandaskan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957/63 terutamanya:

i. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas, aman dan damai di di negara ini sejajar dengan Perkara 3; serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153;

ii. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan; dan

iii. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan dan pembelajaran bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

2. Memperjuangkan Agenda Reformasi dalam kebangunan-semula negara demi rakyat dengan berpaksikan nilai-nilai yang dikongsi bersama, termasuk kebenaran, keadilan, kebebasan, integriti, kebajikan dan tatakelola yang baik.

3. Meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan – PPBM di dalam sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat setelah pembahagian kerusi ditentukan melalui perundingan di antara kedua pihak berdasarkan prinsip kebolehmenangan (winnability).

4. Berunding dengan parti yang belum berada di dalam perjanjian ini untuk memastikan seboleh mungkin satu calon sahaja yang akan mewakili pembangkang bagi melawan Barisan Nasional.

5. Mewujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang sebelum Pilihanraya Umum ke 14 dengan tujuan untuk membentuk kerajaan selepas pilihanraya.

6. Mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi pilihanraya, manifesto dan logo bersama dan merangka gerakerja Pilihanraya Umum ke 14.

7. Atas semangat setiakawan dan kerjasama, parti-parti dalam rangka perjanjian ini hendaklah memelihara hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan pertikaian menerusi perundingan bersama.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Pemuda Pakatan sokong Himpunan #TangkapMO1

OLEH SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 13 OGOS: Pemuda Pakatan Harapan (Pakatan) komited menyokong usaha solidariti anak muda terhadap himpunan aman #TangkapMalaysiaOfficial1 (TangkapMO1) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, pada 27 Ogos ini.

Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany Hamzan, berkata adalah wajar pandangan mereka bukan sahaja didengar, malahan diiktiraf sebagai sumbang saran untuk pemerintah.

“Diingatkan kepada Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan para pentadbir universiti supaya memberi ruang kepada mahasiswa dan anak muda bersuara.

“Suara mahasiswa adalah suara kuasa ketiga yang bebas daripada kepentingan politik yang akan menjadi pemangkin untuk mencapai negara lebih sejahtera,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua DAPSY Kebangsaan, Wong Kah Woh.

IMG_1235Sementara itu, Nik Nazmi berkata, Malaysia perlu diselamatkan daripada kepincangan urus tadbir membimbangkan ekoran laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US DOJ) berkenaan penyelewengan berbilion ringgit melalui 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tiga individu yang didakwa bertanggungjawab disebut dengan jelas dua daripadanya Rizza Aziz dan Jho Low, namun seorang lagi hanya dinyatakan sebagai Malaysia Official 1.

“Dipercayai individu di sebalik nama Malaysia Offical 1 yang disebut 32 kali dalam laporan US DOJ menjadi dalang dalam menyusun atur dan menerima ratusan juta dari 1MDB ke akaun peribadinya,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

Tiada pilihan raya mengejut di Pulau Pinang

SHAH ALAM, 20 JULAI: Pakatan Harapan (Pakatan) hari ini bersepakat menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Keputusan itu dicapai hasil perbincangan Guan Eng bersama Timbalan Presiden KEADILAN yang juga Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Sidang media itu turut dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Guan Eng bagaimanapun berkata, perbincangan berkenaanya tetap diteruskan bersama komponen Pakatan yang lain.

13725060_1322867944409970_645923345071266020_o“Kita tidak akan mengambil keputusan secara uliteral, sebaliknya meneruskan perbincangan dengan rakan-rakan dalam KEADILAN dan Amanah.

“Atas semangat demokratik semangat kebersamaan, maka kita (DAP) menerima keputusan untuk meneruskan perbincangan ini,” katanya dalam kenytaan, hari ini.

Bercakap pada sidang media sama, Mohamed Azmin berkata, partinya sendiri berpendirian meneruskan perbincangan berkenaan cadangan DAP itu.

“Bagi pihak KEADILAN, kita tidak pernah kata ‘tidak’.

“Apa yang kita (Biro Politik KEADILAN) duduk berbincang semalam (19 Julai) adalah untuk mendapatkan keyakinan berkenaan objektif sebenar pilihan raya mengejut ini.

“Dan pada hal ini, kita bersetuju untuk meneruskan perbincangan. Inilah semangat sebenar Pakatan,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

Temu rapat pemimpin Pakatan teliti strategi bersama

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 12 JULAI: Pemimpin Pakatan Harapan akan mengadakan satu temu rapat pemimpin daripada KEADILAN, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi membincangkan strategi bersama bagaimana untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada gabungan pembangkang itu.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata perbincangan yang akan diadakan pada masa terdekat itu diputuskan dalam satu Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

markshort presiden-1“Pimpinan Pakatan Harapan menginsafi pelbagai cabaran dan bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat mutakhir ini apabila pimpinan politik dilihat terlalu terperangkap dengan kegawatan sesama ahli dan parti.

“Pakatan mewarisi perjuangan pembangkang selama berdekad yang meletakkan kebajikan, kesenangan, keselamatan dan masa depan rakyat sebagai kepentingan teratas sesebuah parti politik.

“Oleh yang demikian, Majlis Presiden hari ini membulatkan nekad bahawa pelbagai kelemahan Pakatan setakat ini perlu diselesaikan dengan segera supaya kepentingan rakyat didahulukan,” katanya.

Katanya, Pakatan juga akan membuat pembentangan dan rundingan dengan rakyat berkenaan dasar bersama yang lebih menyeluruh dengan segera supaya tumpuan kembali kepada rakyat.

Turut sama dalam sidang media itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook; Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan, Datuk Saifuddin Abdullah dan beberapa pemimpin tertinggi tiga parti itu.

Sementara itu, SelangorKini turut difahamkan antara yang hadir dalam mesyuarat itu, Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PRK: Pakatan Harapan belum putuskan calon bertanding

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 11 MEI: Pakatan Harapan (PH) masih belum memutuskan tindakan untuk meletakkan calon khususnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata ia hanya akan dibincangkan semula selepas parti komponen PH bermesyuarat di peringkat masing-masing.

Meeting Wan Azizah isu banjir di Kajang (7)“Kita belum putuskan dengan muktamad. Kita mesti tahu dalam persada politik Malaysia padang tidak sama rata untuk kerajaan dan pembangkang.

“Dalam konteks ini kita mengambil kira ini adalah PRK bukan Pilihan Raya Umum (PRU).

“Segala kekuatan kerajaan itu akan tertumpu di situ. Kita bukan sahaja menghadapi PRK tetapi dengan seluruh jentera kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan pendirian mereka meletakkan calon di dua kerusi Parlimen.

Parlimen Sungai Besar kosong selepas penyandangnya Datuk Noriah Kasnon meninggal dunia dalam satu nahas helikopter di Sarawak pada 6 Mei lalu.

-AA-

Categories
NASIONAL

Pakatan Harapan lakukan post-morterm PRN Sarawak

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 11 MEI: Parti komponen Pakatan Harapan (PH) sudah memulakan post-mortem Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak di peringkat masing-masing.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pimpinan PH mengakui kelemahan dalam PRN Sarawak yang memberi kesan keyakinan rakyat terhadap mereka.

“Kita menetapkan bahawa satu penilaian tulus ikhlas dilakukan dan dalam hal ini ketiga-tiga parti melakukan post-mortem di peringkat masing-masing.

Wan Azizah“Selanjutnya Majlis Presiden akan mengadakan mesyuarat khas dalam tempoh masa terdekat untuk mengenalpasti kesalahan dan mengatasi segala kekurangan itu.

“Kita juga akan mengambil langkah memperbaiki dan memperbetulkan organisasi serta strategi kami khususnya dalam berdepan dengan gelanggang lebih besar, Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan kenyataan Majlis Presiden PH dalam satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.

Pada PRN Sarawak lalu, pembangkang sekadar meraih 10 kerusi menerusi tujuh kemenangan DAP dan tiga KEADILAN daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

-AA-

Categories
NASIONAL

Najib enggan undur: Majlis Presiden PAKATAN bakal umum tindakan

OLEH : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 3 MAC: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bakal mengumumkan tindakan selanjutnya berhubung kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam mesyuarat pada 7 Mac di Bangunan Parlimen.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.

NAJIB BANGLADESH“Mesyuarat Majlis Presiden pada 7 Mac akan memberi butiran lanjut berasaskan kenyataan media beberapa hari lalu tentang kedudukan Perdana Menteri dan langkah seterusnya.

“Butiran itu bakal diumumkan setelah sekian lama kita menghentam Datuk (Seri) Najib, menyelongkar isu 1MDB, RM2.6 bilion, YaPIEM, MARA dan sebagainya.

“Takkan kita nak bercakap sahaja tanpa memikirkan langkah seterusnya dan ia akan diumumkan pada Isnin,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.

Katanya, butiran agenda mesyuarat turut dibincangkan dalam mesyuarat sekateriat hari ini dan segala keputusan akan dimumkan secara rasmi pada Isnin.

EZY

Categories
NASIONAL

Penamatan 2 Adun dari GLC dibincang dalam mesyuarat PH

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 23 FEB: Penamatan khidmat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) KEADILAN Pulau Pinang daripada syarikat berkait kerajaan (GLC) seharusnya dibincang dalam mesyuarat Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata surat rasmi bagi tujuan itu dihantar kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini.

rafizi-TI-01“Surat itu untuk membincangkan beberapa perkara berhubung tindakan menamatkan khidmat pemimpin Adun KEADILAN daripada GLC.

“Saya percaya Guan Eng pasti memberikan ruang untuk membincangkan perkara ini secara tertutup,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat parti itu hari ini.

Rafizi berkata sensitiviti orang ramai perlu diambil kira dan dibincangkan bersama para pimpinan.

“Saya faham dengan apa yang berlaku, apabila media tanya beliau (Guan Eng) perlu jawab.

“Apabila media tanya Dato’ Seri Mohamed Azmin, beliau juga harus menjawab,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Selesai perbezaan pandangan di Mesyuarat Majlis Presiden

SHAH ALAM 23 FEB: Perbezaan pendapat antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diharap dibincangkan dan diselesaikan pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, berkata beliau mahu isu berkenaan pemecatan dua adun KEADILAN dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang diselesaikan dalam suasana sivil dan baik.

tian chua pc pkr 01“Keupayaan kami untuk mengatasi perbezaan adalah kunci untuk menyakinkan rakyat bahawa gabungan ini mampu membawa negara menuju masa depan yang lebih cerah,” kata Tian Chua dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kenyataan Mohamed Azmin itu dibuat atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden KEADILAN tanpa sebarang niat untuk campur tangan dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang.

“Saya harap Lim memahami bahawa ini adalah bukan pendapat peribadi Mohamed Azmin tetapi adalah pendirian KEADILAN,” kata Tian Chua.

Sebelum ini Mohamed Azmin berkata Biro Politik KEADILAN membuat keputusan membantah sebarang tindakan terhadap pemecatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Pulau Pinang daripada memegang jawatan dalam GLC.

Mohamed Azmin berkata perbezaan pandangan berkenaan perkara itu perlu diraikan dan tidak perlu diambil tindakan.

Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng tidak mengundi usul berkaitan penambakan tanah yang dibentangkan Umno, November lalu dengan ditamatkan khidmat dalam syarikat GLC berkenaan.

Masing-masing Chin Wen dipecat daripada jawatan pengarahnya di Penang Invest and Island Golf Properties Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), manakala Kah Peng ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.

EZY