Categories
NASIONAL

PAS: Krisis politik Kedah perlu diselesai ikut demokrasi

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 FEB: PAS menggesa masalah kepimpinan utama Kerajaan Kedah diselesaikan dengan segera mengikut amalan demokrasi.

Dalam satu kenyataan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata penyelesaian perlu dibuat menerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PAS-for-All“PAS berpegang pada lunas undang-undang serta asas demokrasi yang berakhlak dan beradab dalam menyelesaikan apa jua masalah melanda dalam negeri dan negara kita.

“Apatah lagi sekiranya sebarang masalah yang berlaku itu menjejaskan pengurusan kerajaan sekaligus mengganggu kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sidang media yang berlangsung di Ibu Pejabat PAS dihadiri Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden, Idris Ahmad, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Kedah Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi.

Krisis Menteri Besar Kedah yang sudah berlarutan dua minggu masih belum diselesaikan meskipun Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengadap Istana Kedah bagi mempersembahkan nama pengganti Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

EZY

6,000 jentera PAS berhimpun, siap siaga PRU-14


6,000 hadiri Himpunan Jentera Pilihan Raya, PAS Selangor siap siaga

PRU14 : PAS tanding 25 kerusi DUN Selangor


PAS cadang tambah 5 kerusi lagi untuk ditandingi pada PRU-14

Categories
NASIONAL

PM tertekan tentu masa terbaik PRU, PAS jangka Mac 2017

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 10 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tertekan bagi menentukan masa terbaik untuk membubarkan parlimen berikutan senario politik semasa tidak memihak kepada Umno dan pentadbiran beliau.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata antara isu yang menghantui Najib dan Umno ketika ini termasuk perpecahan dalaman Umno, skandal 1MDB, imej pemimpin boros yang dibawanya dan tekanan kos sara hidup rakyat.

IMG_7765“Najib sekarang dalam keadaan tertekan. Mungkin dia nak buat pilihan raya awal tetapi dibelenggu banyak masalah atau jika nak buat lambat akan ditekan banyak pihak sebab kita tahu Umno berpecah, ada ramai tidak menyokong Perdana Menteri.

“Jadi, dia akan menggunakan PRU-14 ini untuk membuang individu dalam Umno yang tidak menyokongnya dan inilah sebab dia tidak tahu bila nak adakan pilihan raya dan menyebabkan tertekan,” katanya pada Perhimpuan Jenteri Pilihan Raya PAS di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, PAS Selangor menjangkakan PRU-14 akan diadakan seawal Mac 2017 supaya Najib mempunyai masa menyelesaikan beberapa isu terutama melibatkan sokongan kepada beliau oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).

Iskandar turut mengingatkan supaya jentera pilihan raya PAS mula mengadakan persiapan bagi menghadapi kempen PRU-14 nanti.

IMG_7733“Kita jangka PRU-14 pada Mac 2017. Jadi, masa semakin suntuk dan kita kena berkerja keras daripada sekarang dan tidak boleh ada satu strategi untuk satu negeri tetapi perlukan strategi berlainan untuk setiap kelompok masyarakat berlainan,” katanya.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut melancarkan perkhidmatan medik yang dijalankan di bawah badan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Amal.

Perkhidmatan medik yang dilancarkan itu meliputi khidmat perubatan, menyelamat dan ambulan membawa mangsa ditimpa bencana.

Pasukan medik itu terdiri daripada anggota sukarelawan berpengalaman dan terlatih yang pernah atau masih berkhidmat antaranya sebagai doktor, sukarelawan bomba dan Jabatan Pertahanan Awam.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PAS tiada kerjasama politik dengan Umno

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA SELANGOR, 10 JAN: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan partinya tidak akan bergabung atau menjalinkan kerjasama politik bersama Umno.

Katanya, selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama bahawa PAS akan bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara baik bukan sebaliknya.

“Macam keputusan Majlis Syura Ulama, bekerjasama dalam perkara baik, tidak bekerjasama dalam perkara tidak baik.

KUALA SELANGOR 04 June 2015. Reaksi Presiden PAS, Datuk Seri  Abdul Hadi Awang ketika sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor. NSTP/Yazit Razali?

“Daripada segi politik, tiada gabungan. Isu Palestin, Bosnia dan Rohingya kita bekerjasama.

“Dalam TPPA kita tidak bekerjasama,” katanya dalam sidang media selepas Ijtima’ Pilihan Raya PAS Selangor, di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata, PAS kekal bertanding dalam pilihan raya walaupun tidak berada dalam mana-mana gabungan buat masa ini.

Ketika ditanya pembentukan Pakatan Harapan yang sudah menandatangani perjanjian kerjasama semalam, beliau menganggap ia sebagai perkara biasa.

“PAS parti paling berpengalaman dalam kalangan parti di Malaysia.

“Kita anggap ia perkara biasa. Pakatan bukan perkara baru. Ada yang rebah, ada yang mati, ada yang rebah tak bangun-bangun.

“Kita terus bangun dan bangkit. PAS semakin hari semakin kuat,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Penganalisis: Amanah perlu buktikan kredibiliti

SHAH ALAM, 10 JAN: Pakatan Harapan (Pakatan) menandatangani perjanjian tataetika semalam bagi mengukuhkan hubungan antara parti dalam gabungan berkenaan.

Pengukuhan itu penting dilakukan bagi mengelak kemelut sama berulang sebagaimana berlaku sebelum ini.

Perjanjian tataetika Pakatan membabitkan KEADILAN, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menjadi panduan kepada mereka untuk menyelesaikan konflik, membuat keputusan dan membina perpaduan, bahkan ia tidak pernah dilakukan.

Laporan dipetik dari The Malaysian Insider bagaimanapun memberi gambaran Amanah dijangka akan berdepan kesukaran dengan menerima peruntukan kerusi lebih kecil pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ujian pertama dihadapi Pakatan baru-baru ini adalah pembahagian kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan di Selangor dengan Amanah memperoleh lapan kerusi.

IMG_1254Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed, berkata Amanah adalah parti serpihan PAS dan perlu membuktikan kredibiliti mereka sebagai parti politik yang berwibawa sebelum mampu membuat tuntutan untuk bertanding dalam PRU-14.

Beliau berkata, Amanah juga seharusnya berterima kasih kepada rakan komponen Pakatan di Selangor kerana bermurah hati memberikan lapan kerusi ahli majlis PBT kepada mereka.

“Amanah tidak wajar mohon lebih kerusi, mereka belum ada kredibiliti. Pemimpin mereka dulu parti lain, tidak wajar minta lebih kerusi,” kata Pensyarah Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.

Beliau berkata, kepimpinan Pakatan Harapan juga sudah pasti menilai keupayaan Amanah sebelum menyerahkan mana-mana kerusi untuk dipertandingkan parti itu pada PRU-14 yang perlu diadakan selewat-lewatnya 2018.

“Apa yang dilakukan Pakatan di Selangor refleksi kepada yang akan berlaku kepada mereka dalam pembahagian kerusi untuk PRU14.

dr.dzul“Kita juga tidak pasti calon Amanah mampu memenangi kerusi dalam PRU-14,” katanya.

Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Aris Arif Mundayat pula berpendapat, Amanah mempunyai kekuatan lebih kecil berbanding rakan mereka dalam Pakatan.

“Amanah lebih kecil, kekuatan mereka belum terbukti dan masih baru sertai struktur ahli majlis PBT,” katanya.

Bagaimanapun Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berpandangan berbeza dengan berkata, beliau tidak khuatir perkara itu kerana blok pembangkang akan menandatangani persetujuan secara kolektif bagi tujuan itu.

“Saya sangat positif mengharapkan komponen dapat buktikan mereka faham dan tahu tuntutan serta manfaat politik.

“Macam mana sukar dalam pembahagian kerusi, ia dapat diselesaikan Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya.

Walaupun tidak menolak akan wujud masalah pembahagian kerusi untuk pembangkang pada PRU-14, beliau positif dengan semangat setia kawan dalam Pakatan dengan penganjuran konvensyen presiden bagi memuktamadkan kerjasama.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Iskandar: Tambah kerusi hasil kajian Jabatan Penyelidikan PAS Pusat

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA SELANGOR, 10 JAN: Keputusan PAS untuk menambah lima lagi kerusi bertanding dalam pilihan raya umum akan datang hasil daripada kajian Jabatan Penyelidikan PAS Pusat.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata tindakan itu bertitik tolak daripada rakyat dan suara akar umbi parti.

iskandar_samad“Kita mendapat maklum balas daripada akar umbi untuk bertanding lebih kerusi.

“Kita sedang mempertimbangkannya selepas bertanding 20 kerusi sebelum ini,” katanya dalam sidang selepas perasmian Ijtima’ Pilihan Raya PAS Selangor.

Keputusan menambah lima lagi kerusi menyaksikan PAS akan bertanding 25 kerusi di Selangor.

Ketika ditanya kemungkinan bakal berlaku pertembungan tiga penjuru, Iskandar sekadar menjawab ‘tidak tahu’ namun segalanya bakal diputuskan kelak.

Pada PRU-13 lalu, PAS berjaya memenangi 15 kerusi daripada 20 kerusi yang ditandingi di Selangor.

Secara keseluruan DUN Selangor mempunyai 56 kerusi.

-NFN-

Categories
SELANGOR

6,000 hadir Himpunan Jentera Pilihan Raya tanda PAS Selangor bersedia

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 10 JAN: Jentera PAS Selangor membuktikan kesediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila dianggarkan lebih 6,000 petugas jentera menghadiri Himpunan Jentera Pilihan PAS Selangor yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata jumlah itu terus bertambah apabila masih ramai petugas yang hadir masih dalam proses mendaftarkan kehadiran masing-masing.

pas1“Sebenarnya, kami tak menjangkakan kehadiran yang sebegini ramai tetapi nampaknya setakat ini sudah lebih 6,000 yang mendaftar dan terus bertambah sebab ramai lagi yang beratur panjang untuk mendaftarkan diri.

“Jika begini keadaannya, perhimpunan ini seharusnya diadakan di stadium terbuka kerana mampu menampung lebih ramai kehadiran,” katanya pada sidang media selepas perasmian perhimpunan terbabit.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Ir Mohd Haslin Hassan, pula berkata jentera pilihan raya PAS tidak boleh berada di dalam keadaan selesa kerana beliau menjangkakan PAS akan menghadapi pertembungan lebih dua penjuru di beberapa kerusi pada PRU-14 nanti.

Perhimpun itu turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyampaikan ucapan perasminan perhimpunan.

Selain ucapan perasmian Hadi, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali dan pemimpin PAS negeri, turut diadakan pembentangan kertas kerja pilihan raya oleh PAS negeri.

-NFN-

Categories
SELANGOR

PAS akan bertanding 25 kerusi DUN Selangor

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA SELANGOR, 10 JAN: PAS Selangor akan menambah lima lagi kerusi bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan 25 kerusi.

Iskandar Samad“Kita akan tambah lagi lima kerusi selepas ini. Sebelum ini, kita bertanding 20 kerusi di Selangor,” katanya.

Pada PRU-13 lalu, PAS berjaya memenangi 15 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor.

Namun, tindakan dua daripada ADUN mereka mengambil keputusan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) menyaksikan PAS kini mempunyai 13 ADUN di Selangor.

Daripada segi komposisi Kerajaan Negeri, PAS mempunyai tiga Exco serta turut menjadi Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS).

-NFN-

 

Categories
SELANGOR

PAS himpun kekuatan 5,000 jentera pilihan raya 10 Januari

SHAH ALAM 8 JAN: PAS Selangor menghimpunkan jentera pilihan rayanya seramai 5,000 di ijtimak pilihan raya pada 10 Januari (Ahad) ini bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

“Wakil cawangan PAS dari seluruh negeri Selangor akan hadir,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

“Tujuan himpunan itu adalah untuk memberi taklimat tentang gerak kerja pilihan raya terkini yang perlu dilaksanakan di semua peringkat,” katanya dalam satu kenyataan.

PAS SELANGORMemandang Selangor adalah negeri yang penting, katanya, kedua-dua Presiden dan Timbalan presiden PAS akan turut hadir.

Perasmian ijtimak itu bakal dilakukan oleh Timbalan Presiden PAS manakala penutup oleh Presiden PAS.

Menurut Iskandar, taklimat penting kerana pilihan raya umum yang akan datang dijangka berlangsung dalam masa kurang dari dua tahun.

“Penerangan tentang isu terkini juga diadakan. Pelan tindakan pilihan raya PAS Selangor juga dilancarkan di perhimpunan itu,” katanya.

Program ini dikendalikan Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor yang dipengerusikan Mohd Haslin Hassan.

EZY

Categories
NASIONAL

Majlis Syura : PAS tolak sertai BN

SHAH ALAM, 6 JAN : PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak berkenaan kepentingan Islam, namun menolak untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu dibuat Majlis Syura Ulama PAS dalam mesyuaratnya Sabtu lalu selepas mengambil kira pandangan Islam mengenai kerjasama dan membantu orang lain.

zawawi“Kami bersetuju meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.

“Majlis Syura Ulama juga menegaskan PAS tidak akan menyertai BN,” kata setiausahanya, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS kekal dengan keputusan sebelum ini untuk tidak menyertai BN atau UMNO.

“Bagi PAS, jika kami dijemput UMNO untuk sampaikan mesej (Islam), kami akan hadir.

“Dalam mesyuarat (Majlis Syura) itu, turut dibincangkan kita tidak boleh kerjasama (dengan UMNO) dalam perkara melibatkan dosa dan melanggar syarak,” katanya lapor Sinar Harian.

Isu kerjasama antara dua parti itu mencuri perhatian apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO Disember lalu menghulurkan tali silaturahim kepada PAS untuk sama-sama “menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya”.

-AA-

Categories
SELANGOR

PAS: “Jangan digigit dari lubang sama”

SHAH ALAM 23 DIS: Ahli-ahli PAS perlu berhati-hati kerana kemungkinan perkembangan politik terkini adalah perancangan secara halus untuk memecahbelahkan PAS.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad, berkata Presiden PAS hanya sekadar menghadiri Multaqa Al-Azhar tetapi terdapat media yang mencanangkan seolah-olah PAS akan bersatu dengan UMNO atau PAS akan menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.

umno-dan-pas-565x376Katanya, media yang selama ini memusuhi PAS atau sentiasa memburuk-burukkan pimpinan PAS menjadikan isu ini berita utama mereka.

“Kononnya pelbagai inisiatif sedang dirancang bersama oleh kedua-dua parti.

“Mereka mendakwa terdapat kumpulan yang menyokong perpaduan bersama UMNO dan terdapat kumpulan yang menentang. Mungkin agar ahli-ahli PAS bergaduh sesama sendiri,” kata Iskandar dalam kenyataan media.

Beliau berkata ahli perlu berwaspada dengan taktik seperti ini kerana “political move” dari Umno ini mungkin terdapat “udang di sebalik batu”.

“Umat Islam juga sentiasa diingatkan agar tidak digigit dari lubang yang sama,” katanya.

EZY