JURNAL BERITA : ‘Atuk’ lawat 5 beradik yatim piatu hulur bantuan


Sinopsis

1. ‘Atuk’ lawat 5 beradik yatim piatu hulur bantuan

2. Berita Harian kantoi ‘potong kepala’ gambar Pesuruhjaya PAS untuk berita puji BN

3. RM1.044 bilion hasil negeri dikembalikan kepada rakyat

4. Red Giants pamer aksi menarik berdepan Juara Liga Europa 2013

5. SPRM patut siasat skandal pinjaman RM40 juta

6. Najib Razak digesa beri penjelasan skandal pinjaman RM40 juta

7. PRK Teluk Intan: Manifesto BN hanya janji kosong

8. Jakim: Produk tempatan dengan Kod E boleh diguna tanpa waswas

9. Dikaitkan dengan penipuan perniagaan, Rodziah buat laporan polis

10. Rodziah yakin sokongan tinggi di cabang ada pemilihan semula

http://tv.selangorku.com

Categories
BERITA UTAMA

Antara keganasan polis & penyokong kepartian, media ‘terkeronyok’

Oleh Fazallah Pit

SESETENGAH pihak menganggap Utusan atau media arus perdana seratus peratus kebal dari ‘dibelangkung’ pihak berkuasa khususnya polis atau Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ada benarnya tetapi hanya secara organisasi. Wartawannya tidak, jurugambarnya pun tidak. Mereka tetap dimangsai, sama seperti pengamal media alternatif mahupun media independen.

Cuma, ia tidak diperbesar-besar kecuali jika dimangsai penyokong pembangkang. Jika tidak, cerita itu ditutup atau sekurang-kurangnya dikecilkan. Mungkin mereka ‘deal‘ cara lain.

imageSelain kes wartawan The Sun yang dibelasah polis pada perhimpunan Bersih 3.0 hingga terlantar di hospital, kekasaran juga pernah berlaku membabitkan wartawan dan jurugambar Utusan.

Ketika itu, saya masih wartawan Berita Harian dan baru ditukar ke biro Klang. Kami sekereta – Proton Iswara merah yang dipandu wartawan senior Bernama dan dalam perjalanan membuat liputan Perhimpunan 100,000 Kesas.

Kami yakin ‘selamat’ – maklumlah, media arus perdana katakan.

Tidak jauh dari susur keluar Jalan Kebun dari Klang, kami berhenti di satu sekatan jalan raya di arah bertentangan.

Jurugambar Utusan merakam ‘aksi’ beberapa polis terhadap penyokong pembangkang. Untuk simpanan sahaja, mana boleh keluar paper, katanya kepada saya yang merokok sambil meninjau-ninjau.

Tiba-tiba, sekumpulan anggota polis berjalan laju ke arah kami.

Saya cepat-cepat masuk ke kereta – masih trauma akibat dikeronyok penyokong pembangkang dalam insiden ‘polis lepaskan tembakan ke udara’ di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

gardownload (1)Dalam sekelip mata, kereta yang kami naiki dikerumuni berbelas-belas  anggota polis, rasanya LSF (Unit Tindakan Ringan yang pakaiannya mirip FRU atau Unit Simpanan Persekutuan).

Tak ubah macam gula dihurung semut.

Seorang wartawan Utusan bersebelahan pemandu membuka pintu, mahu memberi penjelasan mengenai kehadiran kami. Malangnya, pintu kereta ditendang menyebabkan kaki kirinya terkapit.

Saya pula – di tempat duduk belakang, betul-betul belakang kerusi pemandu – menunjukkan kad media yang dikeluarkan Kementerian Penerangan apabila ditanya seorang anggota polis.

Press, press (Media, media)”  tetapi ‘tidak laku’ di mata anggota polis yang kemudian menghambur herdikan. Saya diam dan mulai memboikot kad media itu bertahun-tahun lamanya.

Kekecohan belum berakhir.

kareownload (1)Jurugambar Utusan – yang hanya menunggu tempoh pencen – dikerumuni anggota polis. Lehernya dicekak manakala filem kameranya dikeluarkan secara paksa. (Kamera berkenaan rosak akibat perbuatan itu).

Kami buat laporan dan dipanggil ke balai polis. Tapi, kami enggan – nekad hanya beri keterangan tanpa pergi ke balai. Maka, ia berlangsung di pejabat Utusan di Jalan Raja Bot, Klang.

Puluhan keping gambar anggota polis ditunjuk tapi semuanya ‘muka muda-muda’. Tak dapat cam, kami rasa dipermainkan, minta gambar yang agak baru tetapi tidak diendah.

Ironinya, polis ketika itu galak meminta media arus perdana memapar gambar wanted reformasi di dada akhbar termasuk Utusan.

Dalam satu sidang media tidak lama kemudian, seorang wartawan senior Utusan mempersoal keganasan polis kepada Ketua Polis Selangor (sudah meninggal dunia).

gandownload (1)“Datuk, polis minta media siar pesalah reformasi tetapi media pun ‘kena’ jugak.” Soalan itu hanya dijawab dengan janji yang tidak ditepati.

Anehnya, kisah sebegini cepat sejuk di kalangan pengamal media arus perdana tetapi cerita dikasari penyokong pembangkang sering kali digembar-gembur dari dada akhbar hingga ke kedai kopi.

Sebaik-baiknya, semua pengamal media konsisten dalam bersikap, dengan membantah sebarang keganasan terhadap pengamal media – baik sesiapapun pihak berkuasa mahupun penyokong kepartian.

Kebetulan, ia juga satu daripada lapan tuntutan Gerakan Media Marah (GERAMM) iaitu menyiasat keganasan terhadap pengamal media.

Maka, Protes Media Marah jam 2 petang esok di depan bangunan Majlis Peguam, Lebuh Pasar, Kuala Lumpur menjadi wadah paling sesuai untuk kita lepaskan marah dan geram.

Copy of geram-poster

* FAZALLAH PIT ialah bekas wartawan Berita Harian selama 13 tahun dan bekas editor Suara Keadilan antara 2010 hingga Mei 2013. Kini, Ketua Pengarang TV Selangor/Selangor Kini. Artikel ini pertama kali disiarkan di Malaysia Kini.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Tony Pua: Harga petrol, barang keperluan akan naik

tony phuaSHAH ALAM, 21 OGOS: Masyarakat pengguna diingatkan agar tidak terkejut jika kerajaan Umno-BN mengambil langkah menaikkan harga barangan keperluan asas termasuk petrol dalam Belanjawan 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Oktober nanti.

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua kenaikan tersebut dijangka berlaku disebabkan kedudukan dana kerajaan semakin meruncing dari akibat kegagalan kerajaan Umno-BN mengambil langkah kukuh membendung isu rasuah, pembaziran dan ketirisan dalam pentadbirannya.

“Saya rasa harga barang keperluan seperti gula, minyak masak, petrol dan lain-lain akan meningkat dalam bajet yang akan dibentangkan tak lama lagi oleh Perdana Menteri.

“Saya rasa ini berlaku kerana pihak kerajaan tidak mengambil langkah yang kukuh mengatasi masalah rasuah, pembaziran, ketirisan dan langkah tidak mengadakan tender terbuka dalam projek kerajaan juga menyebabkan kerajaan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk keperluan kebajikkan orang ramai.

“Orang ramai tiada pilihan selain terpaksa mengamalkan hidup yang lebih menjimatkan seperti terpaksa ‘downgrade’ kenderaan dan lain-lain langkah yang difikirkan perlu,” kata Pua kepada TV Selangor hari ini.

Bagaimanapun menurut Pua, perkara itu tidak berlaku kepada pemimpin Umno-BN dan kroni mereka yang mampu meneruskan gaya hidup yang mewah apabila terus dianugerahkan projek kerajaan.

“Apa yang berlaku sekarang adalah akibat perbelanjaan yang tidak terkawal, kita boleh lihat ini bukan sebab kita kekurangan pendapatan, malah hasil kerajaan juga semakin meningkat mendadak sejak 10 tahun kebelakangan ini, tetapi masih tertekan di segi defisit akibat yang saya sebutkan tadi,” ujar beliau lagi.

Julai lalu, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Leo Moggi membayangkan kemungkinan akan berlaku kenaikan kadar tarif elektrik disebabkan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik.

Bagaimanapun Moggi mendakwa kenaikan tersebut akan diputuskan oleh kerajaan.

Baru-baru ini cadangan menaikan tarif elektrik itu dilihat hampir menjadi kenyataan apabila Presiden dan ketua eksekutif TNB, Azman Mohd dipetik dari Berita Harian mengesahkan cadangan menaikkan tarif elektrik.-MZA

Categories
NASIONAL SELANGOR

Jusuf Kalla : ‘Anwar Terima Dana Asing’ Tidak Masuk Akal – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 1972013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Parti Keadilan Rakyat hari ini mengedarkan surat bantahan mantan Naib Presiden Indonesia, M Jusuf Kalla kepada pemberitaan bohong Berita Harian.

2. Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat (SPAD) merancang untuk menaikan kadar tambang Teksi atas alasan mengurangkan beban tanggungan pemandu teksi yang saban hari menanggung kos operasi yang tinggi.

3. Kerajaan lebih sanggup membelanjakan puluhan juta ringgit untuk penganjuran pesta daripada membelanjakannya untuk memberdaya kehidupan rakyat.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Dakwaan Terima Dana Asing, Anwar Saman BH – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 16072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Negeri perlu meneliti dan melihat perkembangan kelancaran siaran langsung mesyuarat majlis PBT di peringkat perbandaran dan bandaraya jika mahu ia dilaksanakan di peringkat daerah.

2. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memutuskan untuk menyaman akhbar Berita Harian berikutan laporan fitnah kononnya Ketua Pembangkang itu mendapat dana besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Black 505.

3. Pakatan Rakyat akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menjayakan program Tahun Melawat Malaysia 2014.

4. Isu tapak bazar ramadan di jalan Redko Sentral 2 selesai apabila Majlis Perbandaran Kajang menyediakan dua kawasan baru bagi mengantikan tapak tersebut yang ditutup awal minggu lalu.

Categories
NASIONAL

Putar Belit Fakta, Nurul Izzah Ambil Tindakan Undang-Undang

SHAH ALAM, 6 NOV : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog media berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berunsur fitnah.

Izzah dalam satu kenyataan media menegaskan, beliau  mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah untuk melaksanakan tindakan tersebut.

“Saya telah mengarakan peguam saya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

“Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan,” katanya.

Semalam, muka depan Utusan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk ?Melayu Bebas Pilih Agama?? dengan memetik laporan portal Malaysiakini berhubung kenyataan Izzah.

Laporan itu berkata, pada forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’, Nurul Izzah didakwa menegaskan bahawa setiap rakyat di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.