Categories
SELANGOR

SAMM : ‘Chinese for Chinese’ serlah politik perkauman BN

Oleh : AFIX REDZUAN

KAJANG, 21 MAC: Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor, Mohd Ariff Mat Nasir dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuatnya, pada 19 Mac lalu.

Laporan polis terbabit berkenaan transkrip ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Joseph Kurup yang mengeluarkan ucapan berbaur perkauman dengan meminta pengundi Cina menyokong calon kaum itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, pada 23 Mac ini.

Ucapan berkenaan disampaikan dalam satu majlis ‘Sayangi Komuniti’ yang menggunakan dana Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bagi tujuan kempen pilihan raya.

IMG_7058Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin yang hadir menemani Mohd Ariff berkata, PRK DUN Kajang sekali lagi menyerlahkan sikap Barisan Nasional (BN) yang terus mengamalkan politik perkauman.

“Transkrip itu dengan jelas beberapa kali menyebut perkataan supaya mengarahkan orang Cina mengundi calon daripada mereka dan jangan mengundi orang Melayu.

“PRK DUN Kajang sekali lagi menyerlahkan sifat perkauman BN yang memecahbelahkan rakyat dan dasar pecah perintah.

“Strategi mereka berkempen di kawasan Cina menggunakan slogan C4C yang membawa maksud ‘Chinese For Chinese’ dan di kawasan Melayu dengan mengatakan PKR dan Pakatan Rakyat liberal, anti-Melayu dan sebagainya,” katanya pada sidang media ringkas di luar pintu masuk IPD Kajang, hari ini.

IMGKatanyanya, perkara itu menyalahi Akta Pilihan Raya dan polis seharusnya turut memanggil menteri berkenaan bagi memberi keterangan.

Pada masa sama, persediaan Himpunan Reformasi 2.0 yang akan berlangsung di Stadium Kajang berjalan lancar dan diharapkan ramai penyokong akan hadir, pada malam ini.

Katanya, peringkat sekretariat bilik gerakan utama sudah memaklumkan kepada polis dan diharapkan tidak ada sebarang masalah dalam program penganjuran berkenaan.

-NFN-

 

Categories
KENYATAAN MEDIA

Pemimpin Umno, NGO Melayu Pro-Umno serah borang sertai PR di Stadium Kajang, malam ini

Oleh : Eddy Noor Reduan
 
Stadium Kajang malam ini bakal menyaksikan pemimpin Umno setempat beserta ahli-ahlinya dan beberapa NGO melayu Pro-Umno, akan umum keluar Umno dan serah borang menyertai Pakatan Rakyat.
 
Berikutan hilangnya kepercayaan terhadap kewibawaan pemimpin Barisan Nasional menerajui negara, dipercayai tindakan ‘keluar Umno masuk Pakatan’ ini akan berterusan dalam skala yang lebih besar. 
 
Datuk Seri Wan Azizah dijangka akan menerima serahan lebih 100 borang disaksikan oleh DS Anwar Ibrahim pada sekitar jam 9 malam ini di pentas Karnival Rakyat Selangorku anjuran SAMM dan Exco Pengguna dan Pelanconangan Negeri Selangor.
 
Semua pengamal media termasuk dari media arus perdana dijemput untuk membuat liputan.
 
SAMM menjemput orang ramai untuk hadir menyaksikan sendiri peristiwa yang menjadi satu titik penting dalam meneruskan legasi ‘Langkah Kajang’.
 
Selesai majlis penyerahan borang, acara diteruskan dengan sebuah forum debat ‘Wancana AMK’ yang menampilkan calon-calon Ketua dan timbalan ketua AMK dengan idea masing-masing.
 
Sekian,

# Edy Noor Reduan adalah Pengarah Propaganda SAMM 
Categories
KENYATAAN MEDIA

MH370: Status sebenar keupayaan Scorpene menjadi persoalan

Oleh : EDY NOOR REDUAN

Misi pencarian dan penyelamat bagi penerbangan MH370 masih lagi menemui jalan buntu walaupun telah memasuki hari yang kelima. Namun sehingga hari ini hasrat rakyat untuk melihat armada laut terbaik negara iaitu sepasang kapal selam scorpene beraksi dalam misi ini masih tidak kesampaian.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku. Namun SAMM tetap bertegas bahawa mencari sesuatu yang ‘tidak kena’ itu bukan bermaksud tidak menghormati sensitiviti.

Ketika negara lain berlumba-lumba mengerah kepakaran dalam misi mencari dan menyelamat, termasuklah menghantar kapal kelas perang, kerajaan Malaysia melalui kementerian bertanggungjawab mengelak dari menggunakan kapal selam Scorpene.

Berikut adalah jawapan dari Dato’ Seri Hishamuddin dalam sebuah twit yang berbunyi;

“Our (Msian) Submarines are not designed for this operation. Its not the role for a submarines for Search & Resque #MH370”

Jawapan menteri ini telah menimbulkan lebih banyak polemik malah mencetus kemarahan orang ramai. Umumnya, tidak perlu belajar hingga ke Oxford untuk mengetahui sistem kelengkapan sonar yang terdapat dalam mana-mana kapal selam mampu mengesan dan menjejak objek di permukaan dan dasar laut.

Malah, satu laporan berita AFP bertarikh 3 September 2009 dengan jelas menyebut antara kemampuan kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia sedia untuk beroperasi dalam misi ‘Search & Rescue’.

Antara keratannya berbunyi;

“Naval officials said the submarine would be based in Sabah state, on Borneo island, where it will undergo fine-tuning before it is deployed in SEARCH and RESCUE”

Justeru, apakah Hishamuddin Hussin sebagai seorang menteri telah menipu rakyat Malaysia? Atau apakah kapal selam bernilai RM 7 bilion itu mempunyai masalah untuk beroperasi?

SAMM bukan sahaja menggesa persoalan ini dijawab segera oleh menteri, malah turut menuntut supaya dua kapal selam negara yang meragut wang rakyat hampir RM1bilion setahun untuk penyelenggaraan itu memulakan misi pencarian khususnya di dasar laut.

Segalanya masih belum terlambat kerana jika diimbas kembali, penerbangan Air France yang terhempas di lautan atlantik pada tahun 2009 hanya ditemui 5 hari selepas dilaporkan hilang. Maka Malaysia harus segera menghantar Scorpene, atau benarlah seperti yang dikhabarkan – Malaysia telah membeli kapal selam yang tidak boleh menyelam.

Sekian, SAMM mendoakan agar MH370 ditemui dalam keadaan selamat, inshaAllah.

# Edy Noor Reduan adalah aktivis blogger dan Pengarah Propaganda SAMM

Categories
BERITA UTAMA

Transformasi: JPN yang dulu bukanlah yang sekarang

Oleh: EDY NOOR REDUAN

Dari dulu hingga kini, seperkara yang kita cuba elak berlaku dalam kehidupan seharian kita ialah kehilangan dompet. Setelah meluangkan masa beberapa minit hingga beberapa jam cuba mengesan kedudukan dompet tidak membuahkan hasil, maka perasaan yang tenang pada awalnya tadi merubah menjadi gundah gulana.

Ya benar, tidak boleh buat ‘misscall’ jika dompet hilang. Misscall dibuat hanya untuk mengesan talipon bimbit yang keciciran atau missplace.

sammJika ada ‘ringing’ tetapi suasananya sepi, itu bermakna talipon bimbit itu masih selamat cuma kita tidak berada di tempat yang betul.

Jika awal tadi ada ‘ringing’ kini sudah tiada, itu bermakna harapan tipis untuk mendapatkan semula talipon bimbit hilang tadi, telah musnah. Kita bukan berada di negara skandanavia atau di negara Iran.

Berbalik cerita kehilangan dompet tadi. Perasaan gundah gulana itu hadir bukan kerana jumlah duit yang memenuhi dompet.
Sebagai seorang warga miskin kota, kebiasaannya jumlah duit yang tertinggal di dalam dompet itu tidaklah banyak mana, cuma ketika luar biasa sahaja dompet itu penuh empuk dengan wang ringgit.

Kebarangkalian dompet hilang atau tercicir ketika dompet penuh wang ringgit adalah sangat rendah kerana sudah pasti tangan kita akan mendakap dompet itu setiap tiga minit.

Perasaan gundah itu hadir bukan kerana gambar kekasih lama yang terselit di kompartmen berzip, ditakuti dompet ini dikesan oleh isteri (lalu berlaku sesi spotcheck), maka gegak gempita lah tetangga kejiranan.

Namun ini zaman ‘anak kecil main ipad’ agak mustahil gambar kekasih lama disimpan dalam dompet, melainkan ia disimpan di dalam ipad, iphone atau android talipon pintar.

Bukan fasal duit, bukan fasal gambar kekasih lama, dan bukan juga fasal kad kredit. Ya memang benar dalam dompet tersebut ada beberapa keping kad kredit, malangnya kad kredit tersebut sudah tiada kredit atau dengan kata lain, sudah cecah limit.

Perasaan gundah gersang itu hadir tidak lain dan tidak bukan, kerana memikirkan kad pengenalan (Mykad) yang turut hilang bersama dompet. Sesudah kehilangan MyKad, terbayanglah kita bermacam-macam musibah yang perlu dihadap.

Pertama, kita tidak sedar berapakah denda yang bakal dikenakan kerana denda kehilangan Mykad berubah-ubah semakin mahal.

Perketat pengeluaran MyKad kerana sindiket jual IC yang berleluasa sering dijadikan alasan maka warga Malaysia yang hilang Mykad akan dihukum seberat yang boleh.

Kedua, selagi kita belum memiliki sijil pengenalan sementara, selagi itu kita mampu dicas sebagai warga asing. Kerana warga asing hari ini bukan saja ramai melimpah ruah, tetapi keterampilan mereka menghampiri keterampilan warga tempatan. Hanya berbeza dengan ketara pada vokalnya sahaja.

Ketiga, terbayang juga sejauh mana lakunya sijil pengenalan sementara yang dibekalkan oleh JPN khususnya dalam soal urusan rasmi seharian. Berapa lama masa yang perlu ditunggu untuk mendapatkan semula Mykad yang baru juga tidak dapat dipastikan, apakah sebulan?

Alkisahnya hari ini, seusai sebutan kes di Mahkamah Jalan Duta pagi tadi (kes himpunan malam tahun baru), saya telah singgah menjenguk Jabatan Akauntan Negara (JPN) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta.

Tujuan saya menjengah JPN adalah bukan kerana kehilangan Mykad sepertimana mukadimah saya tadi, tetapi kerana cip dalam MyKad milik saya sudah tidak beroperasi sejak sekian lama. Goreslah guna pemadam fabre castell sekalipun, cip tetap gagal dibaca.

Sampai di JPN saya terkejut pejabat itu lengang. Ini luar kebiasaan. Bila saya masuk pejabat JPN, datang seorang pegawai memaklumkan bahawa sistem offline sejak pagi dan tidak dapat menjamin waktu pulihnya, dicadangkan pula kepada saya untuk pergi ke Puduraya aras dua.

Tanpa membuang masa saya beredar dan bergegas ke Puduraya. Saya tidak komplen sistem offline, saya cuma komplen jumlah parkir yang tidak mencukupi. Tidak menolak kemungkinan puncanya ialah pengangkutan awam yang sangat lemah.

Setibanya di JPN Puduraya, ketika mengurus penggantian MyKad, saya mengalami satu kejutan, saya tidak pasti apakah ia kejutan budaya? Urusan penggantian Mykad sangat mudah dan lancar, ini di luar fikrah yang terdoktrin sejak sekian lama.

Akhirnya saya hanya mampu merumuskan bahawa – saya bukan sahaja telah menerima layanan yang cukup baik, malah melihat sistem pengeluaran dan memperbaharui MyKad berlangsung sangat pantas dan penuh efisyen berbanding beberapa tahun lalu.

Dari nombor giliran dipanggil (juga tidak ambil masa yang lama), hingga sesi bergambar, hanya mengambil masa tidak sampai 5 minit dan kad siap dalam masa beberapa jam.

Tahniah saya ucapkan kepada JPN di atas transformasi ini. JPN yang dulu bukanlah yang sekarang, dulu berbulang sekarang hanya beberapa jam berselang.

Kita tidak lagi perlu mengheret sijil pengenalan sementara ku hulu dan hilir sehingga lunyai fizikalnya. Kita tidak lagi terdedah untuk ditangkap sebagai warga asing kerna rupa kita juga tidak jauh berbeda.

Namun dalam masa yang sama, kita juga harus berdoa agar sistem yang efisyen dan telah di’transformasi’ ini tidak disalahguna khususnya bila tiba musim pilihanraya.

* EDY NOOR REDUAN adalah Aktivis Blogger dan Pengarah Propaganda SAMM

Categories
KENYATAAN MEDIA

Perkembangan pelik di Kajang, SPR patut minimakan ruang manipulasi

Oleh : Badrul Hisham Shaharin

Satu perkembangan yang pelik telah berlaku di sekitar Kajang apabila pasukan pemantauan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga asing di hadapan KTM Kajang pagi ini.

pengundi myanmarApakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA.

Dalam perkembangan yang sama, adakah kehadiran warga asing ini turut berkaitan dengan kelewatan melampau tarikh pilihanraya kecil yang jatuh pada akhir Mac dengan alasan yang tidak masuk akal?

SAMM tidak menolak kemungkinan kelewatan tarikh PRK ada kaitan, demi persiapan lebih rapi untuk penipuan pilihanraya kecil N25. Usaha SPR untuk menggunakan senarai pemilih yang baru (Mac 2014) juga agak meragukan.

SAMM turut menggesa supaya SPR meminimakan ruang-ruang manipulasi antaranya dalam soal jumlah pengundi awal yang begitu ramai.

pengundi myanmar1Menjadi persoalan, mengapa SPR menggunakan petugas dari pengundi DUN Kajang? Mengapa tidak SPR memanggil petugas dari sekitar Bangi, Semenyih dan Cheras untuk menjadi petugas pilihanraya?

Jika SPR memanggil pengundi Kajang sebagai petugas maka ia membuka ruang manipulasi dengan peningkatan besar jumlah pengundi awal. Ini sepatutnya boleh dielakkan.

Sebagai sebuah badan yang tercalar teruk menafikan demokrasi dalam PRU lalu, SPR harusnya terarah untuk menjadi lebih bersih bagi mengembalikan keyakinan orang ramai.

Namun pemerhatian SAMM setakat ini, SPR tetap tidak berubah dan tidak punya usaha yang nyata untuk perbaiki kelemahan. SPR terus diperkudakan pemerintah.

Sebelum ini SAMM telah mendesak pihak SPR memperinci anggaran perbelanjaan RM1.6 juta untuk PRK Kajang yang disifatkan agak tinggi.

Ia ekoran operasi SPR yang kerap menggunakan orang tengah dalam pelbagai urusan secara tidak langsung berlaku ketirisan dan pembaziran.

Akhir sekali, SAMM menyeru kepada orang ramai dan semua aktivis demokrasi agar turun ke Kajang untuk memastikan pilihanraya kecil kali ini berlangsung dengan bersih dan adil.

Harus diingat, Inilah ‘turning point’ bagi pihak Barisan Nasional maka tidak mustahil penipuan terbesar dalam sejarah bakal berlaku di Kajang.

* Badrul Hisham Shaharin adalah Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Categories
NASIONAL

SAMM: Jauhi hasutan perkauman pecah keharmonian

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 19 FEB : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk keras usaha berterusan Umno yang seolah-olah sengaja bermain sentimen perkauman dengan mengambil kesempatan atas isu yang langsung tiada kaitan.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, berkata tindakan Umno itu juga menunjukkan parti berkenaan kini semakin lemah hingga sanggup menimbulkan perbalahan kaum.

sammKatanya, respon penyokong Umno yang hadir berdemo dengan parang dan hasutan jelas merupakan antara cubaan menimbulkan kebencian kaum.

“Contohnya, aksi demo kangkung yang memperlihat kelemahan seorang Perdana Menteri, langsung tiada kaitan dengan penghinaan agama dan bangsa, begitu juga dengan video dihasilkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

“Tidak mengapalah, nilai perpaduan yang diterap dengan baik oleh Pakatan Rakyat (PR) pasti menjadikan rakyat tidak terpedaya dengan helah perkauman sepertimana Teresa Kok cuba dijadikan ‘kambing hitam’,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Edy menggesa pihak berkemahiran supaya menyiarkan semula video yang diterbit Teresa Kok dengan sarikata berbahasa Melayu.

“Ini penting agar semua pihak memahami bahawa satira politik yang ditonjolkan tiada unsur penghinaan terhadap agama dan bangsa lain khususnya Islam dan Melayu.

“Lagipun, apa salahnya kelemahan pemerintah itu ditonjolkan dalam bentuk satira selagi pihak kerajaan masih sombong dan bongkak tidak akui kelemahan diri,” katanya.

cat teresa kokDalam perkembangan lain, Edy mengutuk keras perbuatan melempar bangkai ayam dan menabur cat merah di pejabat Teresa Kok, dipercayai bagi menakut-nakutkan Naib Presiden DAP itu supaya membuat permohonan maaf.

“SAMM menegaskan bahawa Teresa tidak harus tunduk kepada tekanan ini kerana rakyat yang celik perpaduan tetap menjaga keharmonian negara.

“Hanya segelintir yang ‘sakit’ sahaja tergamak ingin melihat rusuhan antara kaum berlaku,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

SPR digesa perinci kos RM1.6 juta kos PRK DUN Kajang

SHAH ALAM 13 FEB : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menyenaraikan dengan  terperinci jenis perbelanjaan anggaran kos RM1.6 juta untuk PRK DUN Kajang.

sammPengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata kos RM1.6 juta agak tinggi berbanding kos perbelanjaan PRK Dun Kuala Besut yang tidak mencecah RM1 juta, dalam keadaan logistik pengangkutan di Kajang jauh lebih baik berbanding Kuala Besut.

“Dalam perlaksanaan PRK Kajang, tidak ada perbelanjaan baru buat SPR, tiada kenderaan baru yang dibeli, tiada perkakasan baru yang dibeli melainkan kertas ballot undian.

“Jadi di manakah kos pilihanraya yang tinggi ini disalur?,” kata Badrul Hisham dalam satu kenyataan media.

sprKatanya, SAMM juga tidak menolak kemungkinan modus operandi SPR didakwa hanya menguntungkan pihak ketiga seterusnya menyebabkan kos perbelanjaan melambung tinggi.

“SPR seharusnya lebih efisyen dan memanfaatkan sepenuhnya sumber tenaga pekerja SPR yang diberi gaji bulanan,” katanya.

PRK DUN Kajang akan diadakan pada 23 Mac manakala manakala penamaan calon pada 11 Mac.

EZY

Categories
NASIONAL

SAMM lancar Suara Rider bela nasib penunggang motorsikal

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 12 FEB : Prihatin dengan penindasan dan diskriminasi ke atas penunggang motorsikal oleh pihak penguatkuasa undang-undang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membantu anak muda melancarkan kempen Bantah Diskriminasi Terhadap Penunggang Motorsikal atau dikenali dengan nama ‘Suara Rider’.

Penyelaras SAMM Kedah, Miqhdad Shukri, berkata ‘Suara Rider’ diperkenalkan dengan hasrat memastikan suara penunggang motorsikal dapat didengari oleh kumpulan pembuat dasar, penguatkuasa dan masyarakat.

1 Feb Stadiium (5)Katanya, penunggang motorsikal sekian lama menjadi mangsa penindasan dan diskriminasi oleh penguatkuasa Undang-Undang, lebih lagi melalui sekatan jalan raya.

“Seringkali sekatan jalan raya yang mensasarkan penunggang motorsikal diadakan sedangkan pengguna jalan raya yang lain juga sering melakukan kesalahan undang-undang jalanraya.

“Supaya isu ini dapat diperhalusi dan masalah diskriminasi terhadap penunggang motorsikal diselesaikan segera dan satu Kertas Panduan Operasi Standard (SOP) yang jelas dapat dikeluarkan.

“Ia supaya semua anak muda faham dan tahu apakah hak mereka, larangan dikenakan sewaktu menunggang motorsikal,” katanya dalam kenyataan media.

Pada 1 Februari lalu, kempen terbabit dirasmikan di Stadium Daruk Aman, Alor Star

Buat pertama kalinya, kempen ini memulakan aksi seramai 500 buah motorsikal berkumpul di perkarangan stadium untuk bersama-sama menjayakan kempen ini.

Pelancaran kempen pada hari itu turut disertai dari pelbagai kelab motorsikal dari seluruh negeri Kedah.

Turut hadir bersama dalam pelancaran ini adalah Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin, ADUN Kubang Rotan, Nasir Mustafa sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.

31 Jan Sedim (7)“SAMM turut menyatakan sokongan dan bantuan kepada anak muda ini dengan memastikan agar saluran yang mereka gunakan ini adalah betul dan sah di sisi undang-undang.

Miqhdad berkata kempen itu akan dijalankan di seluruh pelusuk negara dengan kerjasama kumpulan penunggang motor di setiap negeri bagi memastikan suara penunggang ini dapat didokumenkan untuk didengari banyak pihak.

Antaranya termasuk Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan dan Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai kempen in boleh didapati di www.facebook.com/suara.rider dan www.anakmudamalaysia.com

EZY

Categories
SELANGOR

Khalid Samad sedia sertai debat kalimah Allah anjuran SAMM

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 FEB: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bersedia menjadi panel dalam program debat yang membincangkan isu penggunaan kalimah Allah anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang dijangka berlangsung, pada 10 Febuari ini.

Khalid berkata, debat yang mempertemukan beliau dengan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar itu wajar diadakan tanpa kehadiran penyokong dua belah pihak bagi mengelakkan berlaku ketegangan atau kejadian tidak diingini.

“Saya rasa lebih baik jangan diadakan di dewan, sebab kita tidak mahu kalau ada pihak yang sengaja mengganggu program debat itu daripada berjalan lancar. Tambah lagi, dua belah pihak ada penyokong dan penyokong tegar.

khalid samad“Sebaiknya kita adakan di studio TV Selangor dengan masing-masing membawa dua atau tiga orang sahaja serta moderator sama yang dipilih Datuk Seri Noh Omar,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Katanya, beliau berharap isu itu dapat dibahaskan secara ilmiah dan perundangan seperti yang diketahui Noh adalah pengamal perundangan di negara ini.

“Dia kata ingin sekolahkan saya, jadi saya bersedia. Tidak payah ramai tetapi dia boleh bagi kuliah atau ‘private tutorial’ di studio yang rakyat boleh ikuti secara langsung seluruh negara,” katanya.

Sebelum ini, SAMM dalam satu kenyataan medianya menyatakan kesediaan mempertemukan Khalid dan Noh dalam satu debat anjuran NGO itu bagi membincangkan isu kalimah Allah, pada 10 Febuari ini.

Program debat yang masih belum ditentukan tempatnya itu diadakan daripada susulan pembatalan program Wacana Sinar Harian bertajuk ‘Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Perundangan’ yang dibatalkan pada saat akhir.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

SAMM: Selangor perlukan Anwar dan Khalid Ibrahim

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) lahir dari semangat perlawanan anak muda, menegaskan perubahan itu tidak datang bergolek dan tidak boleh ditunggu.

Perubahan harus direntap sebagaimana kita mengasak dan terus mengasak dengan matlamat menumbangkan mana-mana regim penindas rakyat.

sammPRK Kajang hadir dalam suasana politik yang tidak menentu. Ramai yang menyokong langkah ini demi kestabilan dan kelangsungan perlawanan, namun tidak kurang juga yang membantah dengan alasan tersendiri.

Selepas penjelasan demi penjelasan diutarakan, akhirnya kata putus dari semua pimpinan Pakatan Rakyat dicapai dengan nilai positif – tumbangkan Barisan Nasional demi perubahan.

SAMM juga tidak terlepas dari pertembungan pendapat. Sebagai anak muda, kita meraikan perbezaan pendapat dan membuat keputusan dasar di atas persetujuan kolektif.

SAMM merakam beberapa perkara dalam kenyataan ini, adalah termasuk;

1. Pakatan Rakyat harus berani melambung bola untuk dimainkan oleh pihak lawan, maka Langkah Kajang adalah keputusan yang sangat berani, mempertaruhkan reputasi kekuatan sebuah parti dan gabungan Pakatan Rakyat. Ia juga berupa satu serangan untuk mematahkan serangan pihak musuh yang pelbagai.

2. TS Khalid Ibrahim telah menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar dengan cemerlang, namun asakan hebat dari musuh yang penuh tipu helah melangkau bidang kekuatan TS Khalid.

Bagi mengekang kemaraan musuh ini, sosok Anwar menjadi pertaruhan terbaik untuk memimpin negeri Selangor dari asakan seteru utama iaitu Najib Razak yang menjadi pengerusi BN Selangor.

3. TS Khalid Ibrahim juga mempunyai jasa yang amat besar di Selangor, dan antara jasanya yang paling besar ialah memberi laluan kepada DS Anwar Ibrahim untuk memimpin Selangor dan seterusnya menjadi faktor penyatu yang paling berpengaruh.

Maka SAMM turut mencadangkan supaya TS Khalid menjadi orang paling kanan dalam pengurusan kewangan di negeri Selangor, dan diangkat menjadi Pengarah Pilihanraya.

4. Soal ‘amanah’ telah dijadikan senjata utama oleh pihak musuh selepas Adun Kajang meletak jawatan. Sedarkah semua bahawa Barisan Nasional telah pecah amanah selama lebih 50 tahun lamanya?

SAMM nasihat kepada Umno dan BN supaya melihat kekayaan dan pemborosan Rosmah Mansor sebagai simbol ‘amanah’.

5. Pertembungan Mahathir dan Najib menjadikan negeri Selangor sebagai medan penilaian dalaman Umno. SAMM tidak menolak kemungkinan isu perkauman dan kebencian agama akan dilancarkan dalam skala besar yang di luar jangkaan.

Maka wajar untuk SAMM nyatakan bahawa Selangor memerlukan seorang Anwar Ibrahim.

Justeru itu, SAMM dengan ini menyokong cadangan meletakkan DS Anwar sebagai calon Pakatan Rakyat dan TS Khalid Ibrahim Sebagai Pengarah Pilihanraya.

SAMM juga akan menggerakkan kekuatan jentera SAMM dalam usaha membuahkan kemenangan Pakatan Rakyat di PRK N25 Kajang.

* Isamuddin Sanusi adalah Pengarah Sekretariat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Categories
NASIONAL

SAMM sedia anjur debat Khalid Samad – Noh Omar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 2 FEB: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersedia mempertemukan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar dalam satu gelanggang debat yang menyentuh isu penggunaan kalimah Allah.

Debat yang dicadangkan pada 10 Febuari itu diadakan bagi menyambut gesaan Khalid agar debat penggunaan kalimah Allah itu diteruskan dan mengubati kekecewaan Noh apabila Wacana Sinar Harian bertajuk ‘Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Perundangan’ dibatalkan pada saat akhir.

debatPengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, selain itu SAMM juga percaya bahawa rakyat juga ingin melihat siapa yang bakal ‘disekolahkan’ dalam perdebatan yang masih belum ditentukan lokasinya itu.

“Drama yang ditonjolkan oleh Noh Omar yang hadir ke venue debat di auditorium Karangkraf walaupun berita pembatalan telah dimaklum secara meluas, membuktikan betapa seriusnya hasrat Noh untuk ‘bertemu’ Khalid Samad.

SAMM dengan ini sedia untuk merealisasikan hasrat tersebut dan percaya rakyat juga ingin melihat siapa yang bakal ‘disekolahkan’.

samm“SAMM juga berpendapat debat antara Khalid dan Noh ini harus menjadi cetusan awal memecahkan ‘taboo’ pemikiran rakyat seandainya pihak yang lebih afdal membicarakan soal ini secara terbuka masih belum bersedia,” kata Edy menerusi satu kenyataan medianya hari ini.

Justeru itu menurut beliau, SAMM mengambil tanggungjawab ini bagi menyediakan platform terbaik buat kedua-dua seteru politik ini saling berhujah.

“SAMM percaya Khalid Samad punya hujah untuk dipertahankan dan Noh Omar juga tidak akan melepaskan peluang untuk menjadi ‘guru’ dan sudah sampai masanya rakyat dimatangkan pemikiran dengan hujah yang bernas.

“Ia bukan dengan cara menunjukkan kekuatan fizikal dan memomokkan orang lain. Ini zaman pakai otak, bukan pakai otot,” kata beliau lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

SAMM Perlis sokong Abdul Khalid jadi Pengarah PRK Kajang

SHAH ALAM 2 FEB: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis menyatakan sokongan terhadap cadangan agar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Pengarah Pilihanraya untuk DUN Kajang.

Penyelaras SAMM Perlis, Asrul Nizam Abd Jalil, berkata SAMM Perlis dan sekutunya bertekad menggembeling seluruh kekuatan jenteranya berkampung di Kajang bagi membantu jentera pilihanraya PR serta mempertahankan DUN Kajang.

sammKatanya, tragedi pahit berikutan kekalahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Kedah lantaran perpecahan dalaman perlu diambil iktibar oleh semua pendokong PR dan tidak mahu ianya berulang di Selangor.

“Kita perlu sedar tentang hakikat bahawa Selangor adalah merupakan negeri paksi utama kepada Pakatan Rakyat, justeru negeri ini wajib dipertahankan oleh para pendokong PR dan gerakan Asal Bukan Umno,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bahawa krisis sedang dicipta oleh ‘parasit’ tertentu di negeri itu dan ianya hendaklah ditamatkan segera.

“Bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa ‘parasit’, maka SAMM Perlis dengan jiwa besar menyokong penuh pencalonan Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil N25 Kajang,” katanya.

EZY