Categories
NASIONAL

SAMM tak terlibat pergaduhan di Dataran Merdeka

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 3 MEI : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan terlibat dalam pergaduhan dengan mana-mana pihak pada Himpunan Bantah GST baru-baru ini.

Ketua Propagandanya, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan berkata SAMM mengecam sebarang tindakan ganas sesama sendiri termasuk aksi tolak-menolak yang melampau atas alasan menghalang orang masuk dataran dan sebagainya.

SAMM 1Katanya, kekecohan bermula dengan kejadian tolak-menolak orang ramai hingga masuk ke lingkungan kedudukan SAMM menyebabkan ada anggotanya yang dirempuh termasuklah wanita muda SAMM.

“SAMM terpaksa mempertahankan diri dari asakan dan juga cuba bertindak meleraikan kekecohan.

“SAMM tidak menafikan beberapa komrad SAMM dalam jumlah yang sangat kecil (daripada hampir dua ratus anggota) gagal mengawal perasaan dalam keadaan penat dan panas berarak hampir 5 kilometer, akhirnya berjaya ditenangkan,” katanya.

rakyat GSTPada 1 Mei lepas, lebih 50,000 peserta menyertai Himpunan Bantah GST dan berkumpul di sekitar Dataran Merdeka bagi membantah tindakan Kerajaan Pusat memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan mula berkuat kuasa 1 April tahun hadapan.

Perhimpunan aman yang mendapat kerjasama pihak polis kali ini bagaimanapun dicemari insiden wakil media bertugas dikasari peserta berbaju hitam dan bertopeng yang didakwa anggota SAMM.

“SAMM menafikan sekerasnya laporan akhbar Bernama yang mengatakan kononnya SAMM terlibat memukul pihak media.

“SAMM mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kekerasan terhadap media, ini tidak harus berlaku dan merupakan kesalahan yang tiada kompromi.

“SAMM menasihatkan agar media yang tersalah lapor agar membetulkan semula laporan,” katanya lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

SAMM tidak bergaduh dengan Unit Amal PAS

KUALA LUMPUR, 2 MEI: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menafikan berita yang tersebar di dalam laman sosial bahawa anggotanya terbabit dalam insiden pergaduhan dengan Unit Amal PAS pada Himpunan Turun 501, semalam.

Penyelaras SAMM Kelantan, Haji Osama, berkata kehadiran anggota SAMM dengan baju hitam menyamai kumpulan tidak dikenali yang juga menggunakan baju warna sama mungkin menyebabkan kekeliruan.

“Memetik beberapa kenyataan atas talian berkenaan pergaduhan antara SAMM dan Unit Amal PAS pada hari ini (semalam), saya dengan ini menegaskan bahawa bukan SAMM yang bergaduh dengan Unit Amal PAS.

samm“Mungkin SAMM yang kebetulannya berada di tempat dan keadaan yang hampir sama dengan kumpulan yang juga berbaju hitam,” katanya dalam kenyataan media, di sini,

Osama berkata, perarakan kumpulan SAMM bermula dengan baik dari KLCC ke Dataran Merdeka manakala kenderaan milik aktivis SAMM diletakkan di kawasan yang dibenarkan.

Katanya, SAMM menghargai dan menyanjung tinggi tugas Unit Amal yang banyak membantu melancarkan perjalanan himpunan semalam.

“Saya menyeru pihak yang memainkan sentimen ini menghentikan segera kerana SAMM dengan PAS dan Unit Amal sering bekerjasama dalam hampir semua program untuk menumbangkan kerajaan yang zalim hari ini,” katanya.

Osama berkata, selaku badan bukan kerajaan yang bukan bersifat kepartian, ramai ahli SAMM turut menyertai PAS.

Categories
KENYATAAN MEDIA

SAMM tidak terbabit dalam pergelutan di Dataran Merdeka

Oleh: Osama

Memetik beberapa kenyataan akhbar online tentang pergaduhan antara SAMM dan unit Amal Pas pada hari ini saya dengan ini menegaskan bahawa bukan NGO SAMM yang bergaduh dengan UNIT AMAL PAS.

Mungkin SAMM yang kebetulannya berada di tempat dan keadaan yang hampir sama dengan group yang juga berbaju hitam.

SAMM bermula dengan baik dari KLCC dan berarak masuk dan kami hanya meletakkan kenderaan di kawasan yang dibenarkan.

Kami juga sedar dan menyanjung tinggi tugas unit amal yang banyak membantu melancarkan perjalanan bantahan pada hari ini.

Saya menyeru pihak yang memainkan sentimen ini menghentikan dengan segera kerana SAMM dengan PAS dan unit Amal sering bekerjasama dalam hampir kesemua program untuk menumbangkan kerajaan yang zalim pada hari ini.

Selaku NGO yang bukan bersifat kepartian, SAMM juga mempunyai ramai ahlinya di kalangan anggota parti PAS.

Untuk rujukan:

Watch “Himpunan Bantah GST : Pergaduhan Antara Unit Amal…” on YouTube – Himpunan Bantah GST : Pergaduhan Antara Unit Amal…:http://youtu.be/S8PIYvbN118

Sekian Terima Kasih.

# Osama adalah Penyelaras SAMM Kelantan

Categories
KENYATAAN MEDIA

SAMM: Bodek Amerika, rakyat jadi mangsa undang-undang drakonian

Oleh: Badrul Hisham Shaharin

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesahkan bahawa seorang aktivis kami telah ditahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau SOSMA.

Saudara Saiden Muslimin Ismail telah ditahan dengan pertuduhan disyaki sebagai pengganas yang ingin menjalankan misi jihad di beberapa negara yang sedang bergolak.

sosmaSaiden Muslimin Ismail adalah anggota SAMM Muar, juga berasal dari Muar, Johor. Beliau yang berumur 24 tahun, baru sahaja mendirikan rumahtangga pada akhir tahun 2013, ketika ini bergerak aktif dalam menjayakan banyak program anjuran SAMM.

Mengapa penahanan dengan tuduhan misi jihad ini dilakukan sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama selesai mengadakan lawatan beliau ke Malaysia?

Timbul persoalan bahawa ini merupakan satu cubaan untuk membodek Amerika Syarikat agar Malaysia dilihat sebagai sebuah negara sekular yang bersekutu dengan Amerika Syarikat.

Apakah penahanan ini menuntut sokongan White House dalam isu kecelaruan demokrasi yang sedang berlaku Malaysia sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Obama ketika lawatannya minggu lalu?

Mengikut laporan media, kesemua yang ditahan ini merupakan satu kumpulan yang kononnya akan berlepas ke negara bergolak untuk berjihad. Sekali lagi, akta drakonian ini digunakan untuk menahan orang awam diatas satu kesalahan yang belum berlaku.

Penahanan atas satu kesalahan yang berdasarkan kepada andaian dan risikan sedangkan PDRM mengakui ada di antara orang kena tahan ini tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dengan Polis.

sammBagaimana pihak PDRM boleh membuat kesimpulan bahawa mereka ini sedang ingin berlepas ke negara bergolak untuk berjihad?

SAMM tidak menolak kemungkinan penahanan yang melibatkan anggota SAMM Johor adalah satu asakan politik untuk mengaitkan gerakan anak muda yang menentang dasar kerajaan dengan aktiviti militan.

SAMM menuntut perbicaraan segera dan SAMM juga ingin memperingatkan pihak PDRM agar tidak mengabaikan hak-hak Orang Kena Tahan ini sepanjang kes ini disiasat.

SAMM akan terus memerhati dari dekat akan perjalanan kes ini dan mengambil tanggungjawab penuh dalam usaha membebaskan aktivis kami daripada pertuduhan ini serta kebajikan isteri dan waris beliau.

Sehubungan itu, SAMM berharap agar peguam-peguam rakyat dan juga gerakan masyarakat sivil yang lain dapat tampil bersama kami dalam membantu membebaskan aktivis kami daripada segala pertuduhan ini.

Aksi penahanan terhadap ‘muslim yang memilih jalan berjihad’ sempena kedatangan Obama ini juga mencerminkan betapa pemerintah negara ini ‘barua’ kepada zionis.

* Badrul Hisham Shaharin adalah Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia

Categories
KENYATAAN MEDIA

Apa isi muatan kargo MH370, kenapa senarai manifest kargo dan penumpang dipadamkan?

Oleh: Badrul Hisham Shaharin

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sekali lagi mengucapkan simpati dengan semua keluarga penumpang dan kakitangan pesawat MH370 dimangsakan dalam trajedi kehilangan pesawat itu.

Sehingga kini tidak ada sebarang yang ‘pasti’ dalam tragedi ini. Malah Perdana Menteri (Najib Razak) sendiri begitu lemah sehingga beliau sendiri gagal mengambil tanggungjawab atas apa yang diucapkan.

mh066Umum pasti ingat bagaimana selepas dia mengatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi tetapi apabila ditanya adakah pesawat tersebut terhempas maka muncul pula ayat ‘pusing’ berakhir tak berhenti terhempas.

Adakah ia kerana Najib memang lemah sehingga tak berani mengambil tanggungjawab terhadap ucapan sendiri atau ia tahu apa sebenar terjadi sebaliknya terpaksa mengunci mulut kerana terperangkap dengan pertembungan permainan kuasa besar sebalik misteri kehilangan pesawat tersebut.

Media arus perdana cuba mengenepikan terdapat satu kajian pendapat oleh sebuah institut bebas mengenai majoriti rakyat Malaysia sendiri percaya kerajaan khususnya Najib dan sepupunya Hishamuddin tidak telus dalam mengendalikan isu MH370.

Namun hasil kajian ini merupakan gambaran sebenar bukan sahaja Malaysia tetapi seluruh dunia.

Awal April lagi SAMM sudah menegaskan simpati kepada Najib yang tersepit dalam pertembungan politik kuasa besar yang akhirnya MH370 menjadi mangsa.

SAMM juga mengingatkan Najib bahawa sesungguhnya dia tidak mampu berdepan sendirian dan dia lemah maka tampilah di depan rakyat untuk bercakap benar.

SAMM menulis kenyataan ini untuk sekali lagi menaikkan persoalan yang sedar berlegar seluruh dunia. Iaitu apa isi muatan kargo MH370 dan kenapa senarai manifest kargo serta senarai lengkap penumpang yang ‘check in’ dipadamkan dari sistem dan semua dokumen bercetak dirampas ?

Apa yang cuba diselindungkan ?
* Badrul Hisham Shaharin adalah Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Categories
NASIONAL

Perarakan himpunan tolak GST ‘berakhir’ di Dataran Merdeka 1 Mei

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 21 APRIL: Perhimpunan rakyat menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei nanti akan diadakan di empat lokasi berbeza sebelum ‘berakhir’ di Dataran Merdeka.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, perhimpunan yang dinamakan Himpunan 1 Mei 2014 itu akan diadakan di Masjid Negara, Brickfield, Sogo dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sebagai kumpulan utama sebelum bergabung di Dataran Merdeka selepas itu.

Dataran Merdeka“Ada orang tanya ada perhimpunan di Dataran Merdeka atau tidak dan disebabkan banyak pihak yang terlibat kita mengambil sikap seperti mana Najib mengumumkan ‘pesawat itu berakhir di Lautan Hindi’, begitu juga himpunan ini juga akan ‘berakhir’ di Dataran Merdeka,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi Selangor Kini di sini hari ini.

Kata Badrul Hisham atau juga dikenali dengan Chegu Bard, acara 1 Mei yang akan bermula pada tengahari di KLCC itu dijangka berakhir sekitar jam 2.00 petang sebelum memulakan perarakan ke Dataran Merdeka.

Kata beliau, pelbagai acara sudah diaturkan di KLCC oleh sekumpulan organisasi yang bergabung dan membentuk Jawatankuasa Mei 1, 2014 seperti ucapan pimpinan, persembahan dan ikrar hari pekerja.

Mengulas isu permit berhimpun, Chegu Bard meminta agar pihak berkuasa menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam isu GST, saya mohon pihak berkuasa seperti polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersikap rasional kerana kita adakan ini untuk menyambut seruan Perdana Menteri ketika pembentangan belanjawan yang menyentuh pasal GST dia sendiri menyebut dia nak tengok respon rakyat.

“Kita dah respon macam-macam tetapi mungkin menteri atau agensi tipu dia dengan kata rakyat terima dan GST dibentangkan dalam parlimen.

“Jadi kita nak beritahu dengan jelas dalam perhimpunan yang besar kali ini dan kita dah buktikan pada malam tahun baru perserta demontrasi memasuki ke Dataran Merdeka tanpa kekacauan, tiada yang pecah dan sebagainya tetapi berjalan aman,” katanya.

Beliau berkata adalah perkara biasa rakyat berhimpun termasuk di Dataran Merdeka pada malam minggu tak perlu permit.

“Seharusnya Dataran Merdeka juga adalah milik rakyat. Adakah Dataran Merdeka sudah tidak merdeka lagi, sudah tidak sesuai dengan manifestasi kewujudannya?” Soal Badrul Hisham.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kajian Merdeka Centre: 54% yakin Putrajaya tidak jujur isu MH370

Oleh: BADRUL HISHAM SHAHARIM

SolidaritiAnak Muda Malaysia (SAMM) mengajak semua mengambil serius dapatan dari kajian terbaru Merdeka Centre berkenaan isu kehilangan pesawat MH370.

Dalam respon kepada soalan sama ada responden menyangka Putrajaya jujur atau menyembunyikan sesuatu mengenai MH370, 54% daripada responden berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat. Selepas lebih lima minggu pesawat hilang, ternyata rakyat Malaysia juga cenderung mempercayai Putrajaya tidak jujur berhubung maklumat berkenaan pesawat itu.

Kali ini, responden dari kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bersatu dalam mempercayai Putrajaya kurang jujur dalam mendedahkan maklumat berkenaan MH370.

Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut etnik, jantina dan umur, serta meliputi semua kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia.

Kajian itu dijalankan dari 24-30 Mac dengan pemilihan responden berkadar dengan penduduk di setiap kawasan Parlimen.

Malah dapatan survey yang sama mendapati ekoran dari peristiwa MH370 lebih 45% rakyat mula hilang keyakinan terhadap Putrajaya.

SAMM pada 4 April 2014, jam 9 pagi melalui kenyataan media telah dengan tegas menggesa Perdana Menteri, Najib Razak agar bercakap benar di depan rakyat. SAMM dan majoriti rakyat mula sedar kes kehilangan MH370 ini bukan kemalangan trajedi biasa sebaliknya satu kes rampasan pesawat melibatkan pertembungan kuasa besar dunia dan semua termasuk Malaysia menjadi mangsa.

SAMM sedar Najib sedang tersepit dalam pertembungan kuasa besar. Najib sedang berusaha menyelamat keadaan sebaliknya dia tidak sedar dengan tidak bercakap benar kepada rakyat sendiri akan menyebabkan dia terus tersepit lebih teruk malah meletakkan negara lebih berisiko.

Najib dan para pengampu harus berhenti bersikap negatif dengan menyifatkan semua yang memberi pendapat bercanggah sedikit dengan skrip beliau dilihat sebagai tidak patriotik dan harus dihukum termasuk dibuang kerakyatan.

Kepada Najib kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia berpunca dari kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu dibawah karpet ? Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.

Amat lemah, Malaysia hanya mencari mengikut cakap – cakap negara lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat tersebut tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula.

Persoalanya adakah kita lemah atau Najib sedang dihimpit permainan politik kuasa besar dunia ?
misteri MH370.

Najib, ketahuilah kamu bahawa China sedang marah bukan sahaja kerana kehilangan warganya tetapi kehilangan sesuatu yang bernilai buat negaranya. Kuasa besar ekonomi ini boleh menghimpit negara kerana kelemahan kamu mengendalikan isu ini. Najib, kamu tidak perlu berselindung.

Bercakap benarlah dihadapan rakyat. Tidak perlu kamu membaca skrip tulisan pihak lain seperti ‘ia berakhir di Lautan Hindi’ dan kemudian cuba dimanipulasi oleh sepupu kamu dengan mengatakan “PM tak sebut pesawat terhempas”.

Percayalah akibatnya nanti tidak terjangkau oleh pemikiran kamu, Malaysia bakal hilang syarikat penerbangan kerana saman dari seluruh dunia, negara bakal menerima tekanan hebat dari perbagai segi.

Najib, kami sayangkan negara ini. Kami tahu kamu terhimpit dan tampillah dengan bercakap terus terang kepada rakyat. Kuasa besar mana pun kami akan bersedia berdepan tetapi kamu perlu beritahu perkara sebenar kepada rakyat atau kamu selesa menjadi memainkan peranan selaku watak boneka lemah semata-mata.

Kita mungkin berbeda pandang dalam banyak isu di dalam negara ini tetapi dalam isu mempertahankan negara ia tidak ada kompromi cuma berani tampil dan bercakap benar dengan kami.

#Badrul Hisham Shaharim adalah Pengerusi SAMM

Categories
NASIONAL

SAMM: Penjawat awam digesa terus dedah salah laku kerajaan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 APRIL: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa penjawat awam supaya terus membuat pendedahan berhubung salah laku kepimpinan kerajaan terutama membabitkan pembaziran menggunakan wang rakyat.

Hal itu kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan etika kerahsiaan demi melindungi salah laku yang merugikan negara dan wang rakyat.

Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharim, berkata SAMM mengecam ugutan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam yang menegaskan tidak akan berkompromi dengan penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.

Chegubard“Memang benar penjawat awam perlu menjaga etika kerahsiaan demi kepentingan negara, malangnya pemimpin rejim pemerintah kini sedang menggunakan etika kerahsiaan itu demi melindungi kegiatan salah laku yang lebih merugikan negara dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ali Hamsa membuat kenyataan sebagai respon ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar supaya mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), bermula 8 April lalu.

“Jadual itu terbukti jadual yang sedang disiapkan untuk lawatan Muhyiddin dan ia penuh dengan acara membazir seperti bermain golf. Maka, selepas jadual itu terdedah awal ia ditukar.

“Bukankah yang membocorkan jadual itu menyelamatkan wang rakyat dan yakinlah jika tidak dibocorkan, pembaziran akan berlaku,” katanya.

MuhyidinBadrul berkata, penjawat awam yang mendedahkan salah laku pemimpin disifatkan sebagai wira rakyat dan negara walaupun berhadapan risiko selain berharap penerima maklumat dapat melindungi pemberi maklumat.

“Kepada penerima maklumat pastikan kamu juga punya tanggungjawab bagi merahsiakan dan melindungi pemberi maklumat.

“SAMM sendiri punya pengalaman membuat banyak pendedahan seperti cincin RM24.4 juta, bukan sikit ugutan dan tawaran untuk mendapatkan siapa pembocor maklumat dalam agensi kerajaan termasuk dalam pejabat Perdana Menteri sendiri, sebaliknya kami terus memegang janji melindungi pemberi maklumat,” katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Air Sarawak: Kekayaan dipunggah rakyat merana

Oleh: Siti Norazarizah Rahman

Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 merupakan kesepakatan untuk bersama menjadi sebuah negara berdaulat di antara Malaya (Pada ketika itu) serta Sabah dan Sarawak. Kesepakatan ini menjanjikan kemakmuran dan keselesaan yang bakal dikongsi oleh rakyat terbanyak.

Selepas lebih dari 50 tahun, kerajaan Malaysia diterajui oleh Barisan Nasional masih gagal menyelesaikan masalah berkaitan air bersih di kebanyakkan kawasan di negeri Sarawak.

Kita menyaksikan hampir 90 peratus dari hasil hutan di Sarawak digondolkan. Begitu juga dengan hasil bumi seperti petroleum dan gas asli yang tuhan kurniakan kepada Negeri Sarawak terus dikaut dengan cebisan keuntungan hanya terpalit pada kroni-kroni terdekat.

Air yang menjadi keperluan asas kepada manusia masih menjadi duri dalam daging kepada masyarakat di Sarawak. Andai di kawasan pedalaman alasan utama adalah logistik untuk pemasangan infra bagi agihan air, apa pula alasan kepada masyarakat di kawasan hampir bandar dan dalam kawasan bandar. Masalah air bukan masalah baru. Ia telah berlanjutan sekian lama.

Bagi menutup masalah air bersih kerajaan negeri Sarawak, setiap kali pilihanraya kecil negeri kerajaan akan menghadiahkan ‘tangki 1Malaysia’ kepada penduduk. Penduduk diminta menyimpan air hujan untuk digunakan.

Pemasangan infra untuk penyaliran air bersih masih di tahap lama. Bagi kawasan yang sudah mempunyai saliran, mutu air yang disalirkan adalah amat rendah. Keladak dan enapan menjadi sajian harian kepada penduduk.

Saban hari SAMM Sarawak menerima aduan berkaitan pencemaran air paip yang disalurkan kepada penduduk Sarawak.

Ke mana perginya peruntukkan tahun 2013 sebanyak RM 1.75 billion untuk program bekalan air terawat? Berapa banyak isi rumah yang mendapat manafaat dari peruntukkan ini?

Projek pembinaan empangan yang sedang berjalan dengan pesat sepatutnya diagihkan untuk membina prasarana agihan air dan peralatan untuk rawatan air, bukan untuk melupus balak semata-mata.

Lebih banyak pusat pemerosesan dan rawatan air harus dibina bagi menampung keperluan penduduk Sarawak.

Kepentingan penduduk Sarawak harus diutamakan bagi memastikan kualiti air terawat bagi meningkatkan tahap kesihatan orang ramai dan kualiti hidup masyarakat setempat.

Keadaan geografi Sarawak yang luas dan penempatan penduduk di banyak kawasan terpencil bukan alasan untuk menindakkan hak rakyat Sarawak.

Rakyat Sarawak harus bangun menuntut hak mereka seperti negeri lain, dikala sumber alam negeri Sarawak digondol semahunya.

* Siti Norazarizah Rahman adalah Penyelaras bersama SAMM Sarawak

Categories
NASIONAL

Data penumpang, kargo MH370 dihilangkan seperti data kemasukan Altantuya?

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 APR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mempersoalkan langkah pihak berkuasa menghilangkan semua data penerbangan pesawat MH370 termasuk penumpang dan kargo dihilangkan daripada sistem Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Langkah itu, ujar Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin hanya menguatkan kepercayaan bahawa wujudnya permainan kuasa besar dunia di sebalik tragedi kehilangan misteri pesawat malang itu.

“Apabila SAMM cuba menghubungi pihak yang terbabit menguruskan penerbangan khususnya kargo, respon yang diperoleh adalah semua tidak berani bercakap berkenaan penerbangan itu.

SAMM pc chegu bard badrul hisham 02“Kunci mulut ini jelas berlaku selepas proses menahan siasat mereka yang terbabit dan mengapa semua data berkenaan penerbangan mebabitkan penumpang serta muatan dihilangkan dalam sistem.

“Melalui carian SAMM, sumber dalaman memaklumkan bukan sahaja dalam sistem tetapi data bercetak juga dibawa pergi tanpa ada salinan yang tinggal. ‘Manifest’ dan ‘load-sheet’ untuk penerbangan dihilangkan! Mengapa ini berlaku dan apa yang cuba diselindungkan?,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini kewujudan kargo misteri yang dikatakan transit dan dinaikkan dalam penerbangan itu sudah menjadi pengetahuan umum walaupun cuba dirahsiakan kerajaan.

Beliau turut mempersoalkan jumlah sebenar warga asing yang masuk dan keluar dari negara ini dengan menggunakan pasport palsu dengan mudah.

“Daripada segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas. Polis dan DCA sendiri ‘bertengkar’ dalam media.

scorpene najib altantuya“Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian kapal selam negara, yang mana ketika perbicaraan kes pembunuhannya rekod kemasukan wanita itu didapati hilang,” katanya.

Badrul Hisham juga tidak menolak kaitan isu kehilangan pesawat MH370 dengan isu Agensi Perisikkan Pusat (CIA) Amerika Syarikat menempatkan seorang agennya dalam pejabat Peguam Negara sedikit masa dahulu.

“Kepada Najib, kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia berpunca daripada kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu di bawah karpet?

“Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah, watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.

“Amat lemah, Malaysia hanya mengikut cakap negara lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat terbabit tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula,” katanya.

-NFN-

 

JURNAL SELANGOR : ‘Chinese for chinese’, serlah politik perkauman BN

Sinopsis

1. Wan Azizah: PRK Kajang bukti pengundi Melayu kembali sokong PR

2. Speaker DNS : Wan Azizah angkat sumpah 7 April

3. Keputusan Rasmi: PKR menang peroleh majoriti 5,379 undi

4. Cubaan serang Anwar, serlah sikap ganas penyokong BN

5. PRK DUN Kajang: Penyokong BN terus cetus provokasi

6. Nurul Izzah: SPR patut profesional, bukan sasar penyokong PR sahaja

7. SAMM : 10,000 rakyat banjiri Stadium Kajang, Reformasi 2.0 bergema

8. MB: Selangor kawal urusan air menerusi satu firma

9. Teng : 3 syarikat konsesi air rugi RM2.05 bilion akibat degil

10. Pangsapuri Saga Suria terbengkalai zaman BN diselesaikan Kerajaan Selangor

11. MB: Jangan politikkan kehilangan pesawat MH370

12. Anwar: Pertahankan maruah dan profesionalisme juruterbang Zaharie

13. Anugerah Sukan Selangor rai atlet cemerlang

14. MB: Majukan diri dengan bidang kesenian reka cipta

http://tv.selangorku.com

JURNAL BERITA – ‘Chinese for Chinese’, serlah politik perkauman BN

1. Pengundi Kajang jangan mudah serah salinan kad pengenalan

2. PRK Kajang : PR tolak provokasi, seru penyokong lawan kezaliman

3. Parlimen : Kos terowong bawah tanah MRT RM340 juta tidak rasional

4. Provokasi laga komponen PR, bukti BN terdesak di Kajang

5. FMFA : Mei Fun perlu mohon maaf kepada Kerajaan Selangor

6. Umno-BN akhirnya mengaku biayai PERKASA

7. SAMM : PRK Kajang serlah politik perkauman BN

8. Muhyiddin berdongeng, nafi BN tidak terbabit rayuan kes Anwar

9. Apa motif SPR pindah DUN pengundi?

10. UNISEL : Image East beri peluang pelajar ketengah bakat

11. MBSA anjur Kayuhan Santai Shah Alam edisi kedua