Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Smart Selangor galak inovasi dan usahawan teknologi

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KUALA SELANGOR, 15 OKT: Kerajaan Negeri optimis misi Smart Selangor bakal menggalakkan kajian inovasi dan keusahawanan teknologi, di Malaysia mahupun serantau ASEAN.

Ketua Pegawai Kewangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Zannifa Azura berkata, ia sekali gus membuktikan keberkesanannya sebagai model pembangunan masa hadapan di bawah Revolusi Industri 4.0.

Katanya, Selangor adalah satu-satunya negeri yang bermatlamat mengubah sebuah negeri melalui kepelbagaian kemajuan ke arah menjadikan satu ‘Regional Smart State’.

“Sejak ia diperkenalkan, beberapa program dan aktiviti berjaya dirancang dan dilancarkan, malahan kini ia bergerak selangkah demi selangkah untuk mencapai Visi Smart Selangor 2025.

“Contohnya, dengan pelancaran Smart Selangor Blueprint dan inisiatif lain seperti WiFi Smart Selangor, Intelligence Response System untuk aduan lubang jalan, Smart Waste Management di bawah KDEB Waste dan Selangor Intelligent Transport System iaitu satu aplikasi Bas Smart Selangor, membina asas yang kuat bagi kemajuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan mewakili EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, pada Majlis Perasmian Jelajah 360 Smart Selangor: Alami Smart Selangor, di Pantai Remis, di sini, semalam.

Zannifa Azura berkata, Smart Selangor adalah satu agenda penting di bawah Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat, di negeri ini.

Justeru katanya, rakyat Selangor perlu mengenali lebih baik inisiatif di bawah agenda Smart Selangor dan memahami misi serta visi yang mahu dicapai.

“Kita mampu berdiri teguh meskipun dihadapkan tekanan globalisasi abad ke-21, jika kerjasama diberi semua pihak sama ada pegawai kerajaan, industri, pendidik dan masyarakat, amnya.

“Pada masa sama, kejayaan sebenar boleh dicapai jika negeri dan rakyatnya bersedia berubah mengikut peredaran zaman, terutama di bawah era Revolusi Industri 4.0 yang sedikit sebanyak berkait dengan inovasi teknokogi serta revolusi digital.

Agenda Smart Selangor diperkenalkan sejak November 2015 dengan model yang dibentuk adalah berasaskan ‘Stakeholder Engagements’ merangkumi ribuan rakyat, pihak berkepentingan, anggota kerajaan dan industri.

Categories
SELANGOR

SSDU hargai PBT jaya inisiatif Smart Selangor

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 18 SEPT: Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) menghargai kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang memainkan peranan penting menjayakan inisiatif Smart Selangor.

Pengarah Projek dan Pembagunan Perniagaan SSDU, Mazlan Mahadi berkata, jalinan kerjasama antara kedua pihak banyak menbantu ke arah pelaksanaan inisiatif itu  melalui pendekatan ‘co-creation’.

“Sejak ditubuhkan pada April 2016, SSDU bekerjasama erat dengan pihak berkepentingan di Selangor terutama PBT bagi mengenal pasti permasalahan rakyat, merancang penyelesaian terbaik dan seterusnya melaksana inisiatif yang mampu menambah baik kualiti kehidupan sejagat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, satu sesi penghargaan kepada PBT di ruang pameran Smart Selangor bersempena Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor 2018 diadakan, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur disampaikan Timbalan Pengarah (Seksyen PBT), Ahmad Zaki Yusof dan Penasihat Smart Selangor, John Davies.

Katanya, pengahrgaan untuk pelaksanaan Smart Selangor Delivery Platform (SSDP) diberikan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam.

“SSDU juga menganugerahkan Majlis Daerah Hulu Selangor atas iltizam dan kerjasama menjayakan agenda Cashless Society, salah satu daripada inisiatif pintar Smart Selangor manakala Majlis Perbandaran Klang menerima penghargaan untuk pelaksanaan inisiatif Smart Pasar.

“Di samping itu, enam pegawai masing-masing daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Sepang, MPK, MPKj dan MPAJ diberi penghargaan atas kerjasama serta dedikasi untuk pelaksanaan inisiatif pelaporan jalan berlubang menerusi aplikasi Intelligent Response Selangor (i-RS),” katanya.

Pada masa sama, Mazlan turut berharap penghargaan itu dapat menyemarakkan lagi pembabitan PBT dalam usaha merelalisasikan inisatif berimpak tinggi kepada pembangunan ekonomi negeri dan menjamin kesejahteraan rakyat terutama bagi menjadikan Selangor sebagai “Smart State” di ASEAN, pada 2025.

Categories
EKONOMI SELANGOR

Smart Selangor model pembangunan masa hadapan

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Gagasan Smart Selangor diyakini mampu direalisasikan, sekali gus menjadi model pembangunan masa hadapan dengan menggalakkan penyelidikan inovatif serta keusahawanan teknologi, di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Othman berkata, Selangor juga mampu menjadi pelopor dalam era globalisasi ke-21 dengan kerjasama semua pihak termasuk pendidik, komuniti perniagaan dan kerajaan,

Katanya, agenda gagasan yang mula dibangunkan dengan visi jelas, pada 2015 sudah mencipta beberapa kejayaan.

“Kerajaan Negeri bersedia merealisasikan gagasan yang dinamik, pelbagai budaya dan penyayang serta mencipta teknologi pintar menjelang 2025. MBI Selangor ditugaskan untuk menerajui revolusi ini, melalui Smart Selangor Delivery Unit (SSDU).

“Sejak penubuhannya, beberapa program dan aktiviti berjaya dilaksanakan dan kami kini bergerak dari satu tapak ke tapak yang lain bagi mencapai wawasan Smart Selangor 2025.

“Smart Selangor bukan retorik semata-mata kerana Kerajaan Negeri mahu mewujudkan inisiatif ini dengan berkesan demi kepentingan ekonomi dan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor 2018, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC), di sini.

Raja Shareen berkata, Kerajaan Negeri yakin kefahaman rakyat menjadi asas utama dan agenda yang mampu menghubungkan rakyat, negara dan industri dalam pelaksanaannya.

Katanya, dengan pelancaran Smart Selangor Blueprint, pada 2016 dan inisiatif seperti ‘Intelligent Response System’, ‘Smart Selangor Waste Management’ dan ‘Selangor Intelligent Transport System’, Selangor berjaya membina asas kukuh ke arah kemajuan itu.

“Walaubagaimanapun, kemajuan sebenar memerlukan negeri dan rakyatnya menyesuaikan diri dengan perubahan dunia global kini ke arah Revolusi Perindustrian 4.0.

“Selangor juga tidak bersendirian dalam misi ini. Inisiatif Smart City juga diikuti di Malaysia termasuk Cyberview, yang ditugaskan menerajui pembangunan di Cyberjaya iaitu salah satu cybercities pertama di Malaysia.

“Begitu juga ‘Smart Penang’ seperti dinyatakanKetua Menterinya, Chow Kuan Yew menerusi rancangan Penang 2030 iaitu ‘family-focused, green and smart state’ dan Down South, Smart City Iskandar Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, Kerajaan Negeri kini sedang membangunkan ‘Selangor Maritime Gateway’ di Sungai Klang yang akan bertindak sebagai ‘Centre Economic Region’.

Categories
SELANGOR

Smart Selangor bawa impak positif

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 SEPT: Pelaksanaan Smart Selangor diperkenalkan Kerajaan Negeri melalui Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) membawa impak positif kepada pembangunan negeri dan rakyat.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, sejak penubuhan unit berkenaan pada 2016, beberapa inisiatif baharu berasaskan teknologi dan konsep Smart State berjaya dilaksanakan.

“Penggunaan aplikasi jalan raya ‘Waze’ di Selangor meningkatkan kecekapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membaiki kerosakan jalan raya kepada tahap 80 peratus, berbanding 65 peratus setahun sebelumnya,” titahnya.

Sultan Selangor bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Keempat Belas, di sini, hari ini.

Titahnya, penggunaan sistem Tindakbalas Pintar Selangor (Intelligent Response Selangor) juga memudahkan Kerajaan Negeri melakukan tindakan susulan.

“Ia memudahkan kerajaan memantau kecekapan dan tindakan PBT dalam melaksanakan operasi pembaikan ini secara telus dan bersepadu,” titahnya.

Categories
SELANGOR

Selangor Synergies: Smart Living for Smart People

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI Selangor) menganjurkan forum keempat Selangor Synergies berlangsung di Saujana Hotel Kuala Lumpur, semalam.

Dalam siri terbaru bertemakan ‘Smart Living For Smart People’ itu dihadiri pemimpin korporat, sektor awam dan akademik untuk membincangkan langkah bertujuan mengubah Selangor menjadi negeri pintar terkemuka.

Antara panel dijemput ialah Ketua Pegawai Kewangan MBI, Zannifa Azura; Pengarah Eksekutif Kanan, Sunway Education Group, Elizabeth Lee; Ketua Pegawai Eksekutif, Pendapat Perubatan Asia, Stuart J Venner Pack, dan Timbalan Pengarah MARDI, Dr Mohd Syaifudin Abdul Rahman.

Sementara itu, turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MBI, YM Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IBR Asia, Dato’ Beatrice Nirmala sebagai moderator.

Penyampaian gambaran keseluruhan disampaikan oleh Pengasas Sekolah Cempaka, Dato’ Freida Pilus, menekankan pentingnya pendidikan bermutu dan kegunaan teknologi dalam mencapai matlamat itu.

Berikutan persembahan Freida, panel meneroka beberapa topik termasuk bagaimana teknologi boleh digunakan untuk meningkatkan bidang yang berbeza seperti pertanian, penjagaan kesihatan, dan pendidikan, serta cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan teknologi berkenaan.

Bagi Venner Pack, berpendapat terdapat banyak aplikasi teknologi untuk penjagaan kesihatan, seperti menggunakan percetakan 3D untuk membuat penggantian lutut.

“Teknologi komunikasi juga semakin kritikal untuk berkongsi kepakaran perubatan, dan ini adalah cara untuk berkomunikasi dengan semua orang, di mana-mana di dunia,” katanya.

Selain itu, Zannifa berkata pihaknya mahu teknologi untuk orang pintar, sebaliknya mahukan orang pintar yang boleh membina teknologi.

“Itulah cara untuk merealisasikan wawasan Selangor untuk komuniti yang progresif,” katanya.

Manakala, Mohd Syaifudin berkata semua pihak perlu menjana minat dalam bidang pertanian dalam generasi muda.

Sebagai contoh, katanya, terdapat sistem penanaman baru yang bukan sahaja menjimatkan ruang tetapi juga sihat untuk kedua-dua tumbuhan dan pengguna.

“Kita boleh menggunakan sistem di kedai, pertanian bandar dan pertanian bandar,” katanya.

Elizabeth Lee pula berpendapat jika kita tidak mengikuti trend atau merangkul teknologi, kita akan kehilangan banyak dalam dunia digital berkenaan.

Forum itu memberi peserta kesedaran dan pemahaman baru mengenai perkembangan Pendidikan Pintar, Kesihatan Pintar dan Pertanian Pintar, serta usaha kerajaan Selangor untuk mempromosikan mereka melalui MBI Selangor.

Sesi itu akan berakhir menerusi siri ke lima yang bertajuk ‘Conneting the Dots’ pada Oktober, depan.

 

Categories
SELANGOR

SSDU hargai jasa Mohamed Azmin

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 19 JUN: Smart Selangor Delivery Unit (SDDU) merakamkan ucapan tahniah kepada mantan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di atas pelantikan selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi untuk Kerajaan Persekutuan.

Pengarah SSDU, Dr Fahmi Ngah berkata, pihaknya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Mohamed Azmin yang banyak mencetuskan idea dan sokongan dalam memulakan program Smart Selangor Smart State.

“Bagaimanapun, ia tidak terhenti di sini kerana program itu akan tetap diteruskan di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar yang baharu, Amirudin Shari,” katanya.

Terdahulu, SSDU berhasrat melaksanakan lapan projek infrastruktur, pada tahun ini.

Ia termasuk sistem pembayaran parkir untuk semua Pihak Berkuasa Tempatan yang mengenakan bayaran ruang parkir menerusi sistem ‘Smart Parking’.

SSDU turut mencuba sistem ‘Digital Wallet’ yang menyimpan duit serta dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan baucar secara digital bagi memudahkan transaksi berlaku tanpa tunai.

SSDU ditubuhkan pada April 2016, merupakan unit khas diberi mandat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk menggerakkan Smart Selangor dengan lebih efektif.

Pada awal Disember 2016, Smart Selangor Blueprint 1.0 dilancarkan dengan menumpukan empat teras utama iaitu Inovasi, Perhubungan, Perpaduan Sosial dan Kehidupan Mampan.

=EZY=

Categories
SELANGOR

e-World 2.0 dukung agenda Smart Selangor

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 4 MEI: Mendukung agenda Smart Selangor, Worldwide Holdings (Worldwide) menerusi pengurusan sisa pintar akan membangunkan sistem elektronik dalam talian, e-World 2.0, hujung tahun ini.

Pengurus Besar Bahagian Alam Sekitar Worldwide, Zamri Abdul Rahman berkata, sistem itu akan membabitkan pengumpulan sisa industri.

Katanya, e-World 1.0 dilancarkan tahun lalu sebagai landasan pendaftaran, pemudahcara urusan rekod dan dokumentasi pengurusan alam sekitar serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Pengurusan sisa pepejal di Selangor diharap dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh menerusi dalam talian menjelang hujung tahun ini.

“Kami juga berharap ia dapat digunakan sebagai saluran untuk semua rakyat mengetahui jumlah sebenar pembuangan sisa pepejal haram,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Selangor Synergies 3: Sustainable Synergies in Selangor, di Hotel Empire, di sini.

Zamri berkata, setakat ini terdapat 3,000 trak berdaftar menggunakan sistem e-World.

Katanya, e-World atau Sistem Electronic Worlwide Online Registration Landfill Data Management itu juga membolehkan PBT memantau dan mengurus maklumat trak kontraktor secara lebih efisien.

“Melalui sistem ini, pemantauan boleh dilakukan secara harian oleh PBT tanpa perlu menunggu pemandu trak menyalurkan semula maklumat kepada mereka.

“Penggunaan sistem e-World juga memudahkan semua dokumen dan data disatukan secara lebih sistematik dan tepat, tanpa perlu bimbang data yang disalurkan bercampur aduk,” katanya.

Terdahulu, kaedah melalui sistem itu juga mesra teknologi dan boleh diakses serta dikemas kini menggunakan data internet rendah seperti pendaftaran melalui Whatsapp.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Pembangunan Pasar MPAJ realisasi gagasan Smart Selangor

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 8 APR: Pembangunan pasar MPAJ yang baharu di Kuala Ampang di sini, dilengkapi kemudahan moden selaras hasrat Kerajaan Negeri menjayakan agenda Smart Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pasar dibina dengan kos RM3.7 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) itu bagi menggantikan pasar lama yang dibina kira-kira 30 tahun lalu.

“Ia dibangunkan dengan teknologi hijau untuk menjamin kebersihan dan memberi ruang lebih selesa kepada peniaga juga pengunjung.

“Antara kemudahan baharu disiapkan ialah Waste Water Treatment Plant (WWTP) dan Stationary Refuse Compactor (SRC) yang mana ianya selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membangunkan Selangor sebagai ‘smart state’,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata, melalui sistem WWTP dan SRC, operasi di pasar itu menjadi lebih sempurna serta menjimatkan kerana air sisa pasar dan sampah dibuang akan diproses terlebih dahulu sebelum dipindah keluar.

Katanya, Kerajaan Negeri berharap kemudahan moden disediakan itu memberi keselesaan kepada 59 peniaga dan pengunjung di pasar berkenaan.

“Saya melihat ia satu keperluan yang mendesak dan gembira kerana ia telahpun disiapkan,” katanya.

Hadir sama, Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain; Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang, Saari Sungib; ADN Teratai, Tiey Way Keng dan mantan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Yana Samsudin optimis Selangor capai Smart State 2025

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 APR: Pelaksanaan dasar Smart Selangor yang diperkenalkan Kerajaan Negeri perlu diteroka secara menyeluruh bagi memastikan agenda itu disalurkan secara efektif kepada masyarakat.

Selebriti tempatan, Yana Samsudin berkata, agenda itu mampu memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat seluruh negeri, menjelang 2025.

Katanya, beliau optimis pelaksanaan dasar itu mampu dicapai jika rakyat mendapat pemahaman sebenar berhubung pelaksanaan dasar berkenaan.

“Secara peribadi, untuk mencapai misi Smart State pada 2025, ia visi yang sangat jauh, namun jika kita bersama meningkatkan taraf kemajuan diri untuk terbabit sama dalam pelaksanaan inisiatif ini, saya percaya dasar ia mampu direalisasikan.

“Seiring dasar Smart State yang diperkenalkan Kerajaan Selangor, sebagai rakyat kita perlu ambil tahu dan mengaplikasikannya,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau diminta mengulas inisiatif Kerajaan Selangor yang melaksanakan dasar Smart State untuk menjadikan negeri itu sebagai negeri pintar, pada 2025.

Terdahulu, dasar Smart Selangor memberi tumpuan kepada beberapa teras domain utama antaranya, Samrt Governance, Smart Waste Management, Smart Transport and Mobility dan Smart Digital Infrastructure.

Pembangunan Smart Selangor dilaksanakan bagi memacu pembangunan negeri mencapai status Smart State yang mula dilaksanakan sejak 2015.

Ia juga diwujudkan bagi merealisasikan objektif pembangunan ekonomi mampan, sistem penyampaian berkesan bagi menjamin kehidupan kualiti rakyat lebih baik.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

SmartShorties Selangor cungkil bakat industri filem

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 APR: Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) menganjurkan pertandingan Projek Filem Pendek Smartshorties 2018 bagi mempromosikan pembangunan agenda pintar, Smart Selangor bermula 27 Mac sehingga 17 April ini.

Ketua Pegawai Esekutif MBI, YM Raja Shahreen Raja Othman berkata, penganjurannya bagi mengasah bakat pembikin filem amatur, di negeri itu.

Beliau berkata, pertandingan itu juga sebagai usaha mengenal pasti dan menyokong bakat filem baru tempatan untuk tampil mengetengahkan idea baru dalam industri perfileman negara.

“Objektif lainnya adalah mempromosikan Smart Selangor dan kami sangat menggalakkan penyertaan orang ramai supaya mesej disampaikan melalui video filem pendek itu akan mudah diingati dan difahami rakyat.

“Pertandingan ini akan melalui beberapa fasa, termasuk bengkel khas mengasah lagi bakat pembikin video amatur oleh penggiat industri yang profesional.

“Seterusnya, peserta yang terpilih akan diberi pengalaman cukup lumayan apabila video mereka akan ditayangkan pada Malam Gala ‘movie premier’, pada 5 Mei ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Smart Selangor Shorties 2018 di Shah Alam Convention Centre, semalam.

Smartshorties 2008 adalah inisiatif program yang dianjurkan MBI Selangor bersama Smart Selangor Delivery Unit (SSDU).

Sementara itu, orang awam boleh merebut wang tunai sehingga RM14,000 dan berpeluang mengikuti latihan pembikinan filem terkenal bersama Pengarah Urusan Creative Learning and Development, Zaki Abdul Rahim dan selebriti tempatan, Yana Samsudin.

“Tema penghasilan video pendek itu mestilah berdurasi tiga minit dan menekankan 12 domain utama Smart Selangor.

“Antaranya Smart Governance, Smart Digital Infrastructure, Smart Waste Management, Smart Transport and Mobility, Smart Safety and security dan banyak lagi,” kata Raja Shahreen.

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, orang ramai boleh membuat pendaftaran di http://bot.ly/SmartShorties

Categories
PBT SELANGOR

152 warga kerja MBPJ terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

OLEH SHEEDA FATHIL

PETALING JAYA, 31 MAC: Seramai 152 warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diraikan dengan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017, semalam.

Majlis disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bertempat di Dewan Banquet MBPJ.

Mohamed Azmin dalam ucapannya berkata, pentingnya sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dipimpin dan diterajui oleh satu pasukan yang kuat dan berintegriti.

“Kita perlukan sebuah pasukan mempunyai tahap profesionalisme tinggi serta mempunyai ilmu dan kemahiran bagi menjamin sesebuah Majlis dapat memenuhi aspirasi rakyat hari ini yang semakin kompleks dan mencabar.

“Saya berani menyatakan mewakili Kerajaan Negeri bahawa pimpinan dan pengurusan MBPJ pada hari ini merupakan kepimpinan terbaik dan saya akan tetap mempertahankan pegawai serta warga kerjanya,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, MBPJ merupakan antara PBT terunggul dan pertama menyambut dasar Kerajaan Negeri untuk membina smart state di peringkat perbandaran.

Malah, Mohamed Azmin turut berbangga dalam masa terdekat MBPJ berjaya membina konsep ‘blue print’ atau Smart PJ yang berpegang kepada tiga prinsip iaitu pintar, mampan dan berdaya tahan.

Selain itu, Mohamed Azmin berkata, penjawat awam kini boleh berbangga kerana sehingga hari ini Selangor terus melakar kejayaan dengan sumbangan terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia iaitu 23 peratus.

“Berdasarkan perbandingan antara kesemua negeri, Selangor mendahului dengan sumbangan tertinggi menerusi tiga sektor iaitu perkhidmatan (25.2 peratus), pembuatan (28.9 peratus) dan pembinaan (29 peratus).

“Kerajaan Negeri amat menghargai sumbangan penjawat awam yang cemerlang dan tidak dinafikan tenaga baru amat penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi baru dan membangunkan negeri.

“Semoga menerusi anugerah APC dapat dijadikan pendorong kepada pegawai dan kakitangan MBPJ khususnya serta perkhidmatan awam negeri ini untuk terus mencurahkan khidmat bakti serta idea demi mencapai misi dan visi Kerajaan Negeri,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin turut menyampaikan anugerah penghargaan kepada 38 pesara MBPJ 2018.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Smart Selangor untuk jadikan Selangor negeri terulung Asean

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 MAC: Smart Selangor yang diilhamkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali merupakan satu usaha untuk menjadikan Selangor sebagai negeri terulung di rantau Asean yang peduli rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), YM Raja Shahreen Othman, berkata selain itu Smart Selangor juga dilandasi penggunaan teknoloji terkini bagi memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.

“Sejak diumumkan pada tahun 2015 dan terus diusahakan sehingga kini, pelbagai inisiatif yang dirangka berlandaskan 12 tunjang utama iaitu ‘Smart Governance’, ‘Smart Digital Infrastructure’, ‘Smart Transport & Mobility’ dan ‘Smart Waste Management’,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Inisiatif ‘Activ8 Smart Selangor & Forum Bicara Smart Selangor yang bertajuk “Kesukarelawan: Glamor @ Tanggungjawab Sosial” di Stadium Melawati di sini, semalam.

Jelasnya, selain itu turut menjadi tunjang utama adalah ‘Smart Social Support’, ‘Smart Healthcare & Well-Being’, ‘Smart Education’, ‘Smart Water Management’, ‘Smart Energy’, ‘Smart Food & Agro’, ‘Smart Safety & Security’, ‘Smart Building & Smart Disaster Management’.

Katanya, Smart Selangor Delivery Unit dengan kerjasama pelbagai pihak akan terus mara ke hadapan untuk melakar pelbagai kemajuan dan memudahkan kehidupan harian rakyat Selangor.

=EZY=