Categories
SUKANKINI

Stadium Shah Alam pilihan perlawanan akhir Piala Malaysia

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 13 SEPT: Stadium Shah Alam dipilih sebagai ‘venue’ perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 4 November depan.

Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan perlawanan akhir itu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Oktober.

Bagaimanapun, katanya, jadual Liga Malaysia terpaksa dipinda bagi memberi laluan kepada persiapan skuad Harimau Muda ke Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

“Selain itu, pada November ini juga, Stadium Nasional Bukit Jalil juga tidak dapat digunakan kerana sudah ditempah bagi acara lain,” katanya memetik dari laman Facebook FMLLP.

STADIUM SHAH ALAMStadium Shah Alam yang berkapasiti 80,000 tempat duduk penonton itu merupakan stadium kedua terbesar di negara ini menjadikan pemilihan stadium itu sebagai pilihan terbaik ekoran beberapa perlawanan akhir termasuk KL2017 diadakan di stadium itu.

Stadium itu pernah ditutup awal tahun lalu ekoran kerja-kerja pengantian dan penanaman rumput jenis ‘cow grass’ di padang stadium itu.

Penggantian rumput itu membabitkan kos berjumlah RM200,000 dan ia bermula selepas tamatnya perlawanan akhir Piala Malaysia, Disember 2015.

Selain itu, baru-baru ini, bumbung dan infrastruktur stadium itu turut diganti bagi memberi laluan kepada acara bola sepak KL2017.

=EZY=

Categories
AGAMA BERITA UTAMA SELANGOR SUKANKINI

Kemudahan solat di Stadium Shah Alam ditambah, exco jadi imam

SHAH ALAM 30 OGOS: Kerajaan Selangor menyediakan menyediakan keperluan ruangan solat untuk lebih 80,000 penonton beragama Islam yang hadir menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea pasukan Malaysia menentang Thailand di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, penambahan ruangan tersebut dilakukan selepas mengadakan perbincangan bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Alhamdulillah, pada malam ini kita dapat saksikan ramai dalam kalangan penonton yang hadir selain memberi sorakan kepada pasukan bola sepak negara kita, mereka juga tidak lupa melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan terhadap tuntutan agama.

Solat“Matlamat kita jelas, tujuan penambahan ruangan solat ini adalah kita nak pupuk dan semai kepada masyarakat bahawa bersukan tidak memisahkan antara sukan dan solat. Solat boleh didirikan di mana-mana sahaja dan bukan alasan untuk meninggalkannya,” katanya lapor Harakahdaily.

Stadium Shah Alam sebelum ini telah menyediakan dua ruangan solat iaitu di Zon A dan Zon B, berikutan kapasiti penonton yang begitu ramai ruangan solat ditambah menjadikan enam iaitu penonton yang hadir boleh mendirikan solat di Zon C dan D yang terletak di aras bawah dan aras tiga.

“Lebih ramai yang dirikan solat, tetapi secara bergilir-gilir dan kita juga sediakan ruangan yang cukup selesa dengan menghamparkan tikar, kita ada jemput imam untuk mengimamkan solat manakala laungan azan adalah di Zon B.

“Di tingkat tiga itu, kita ada masalah punca air untuk wuduk, kita dah bincang dengan pihak JAIS dan dapatlah kita sediakan 8,000 ‘cup mineral water’ untuk dijadikan sumber berwuduk.

“Pihak JAIS dan Exco juga sediakan telekung untuk mudahkan kaum hawa solat sebab tak ada alasannya untuk mereka tidak solat,” katanya.
Berikut adalah gambar suasana kemudahan disediakan seperti dipaparkan di laman sosial FB Dr Ahmad Yunus Hairi:

Solat

 

21150065_1467634793325307_1448149485497687856_n

 

21150072_1467634356658684_8825223475187606295_n

 

21105868_1467635013325285_8387072937149361862_n

 

21192279_415687975493722_11281800143216794_n

 

21034437_1467635316658588_2380698913987262361_n

 

21078819_415681632161023_8442391491424802118_n

 

21192402_415681605494359_2159670814055116921_n

=EZY=

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Stadium Shah Alam pertembungan akhir bola sepak Sukan Sea

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 27 OGOS: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan Stadium Shah Alam menjadi venue perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan SEA 2017 antara Malaysia dan Thailand Selasa ini, 29 Ogos.

FAM dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dicapai selepas mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Lokman Hakim Ali di Hotel Hilton Petaling Jaya, pagi tadi.

Harga tiket bagi perlawanan penentuan pingat emas yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.45 malam dijual pada harga RM21.20 termasuk GST.

Sementara itu, perlawanan penentuan pingat gangsa antara Indonesia dan Myanmar akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada Selasa dengan sepak mula jam 4.30 petang.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Polis janji kawalan ketat perlawanan Malaysia vs Indonesia

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 26 OGOS: Polis melakukan pemeriksaan ketat kepada 80,000 penyokong yang dijangka hadir ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan pertemuan separuh akhir bola sepak Sukan SEA antara Malaysia dan Indonesia.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor dalam kenyataan berkata, penyokong dinasihatkan mengikut arahan ditetapkan dan jika gagal mematuhi arahan mereka bakal berdepan tindakan.

“Polis memperketatkan kawalan termasuk menahan penyokong membawa bahan larangan seperti bahan letupan dan senjata tajam mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

“Pemeriksaan badan yang ketat dibuat pada setiap pintu masuk bagi mengelakkan membawa masuk bahan-bahan terlarang ke dalam stadium untuk tujuan keselamatan semua pihak.

sukan sea kl“Jika sewaktu pemeriksaan badan dibuat dan pihak polis menjumpai bahan-bahan larangan, penyokong tersebut akan ditahan serta-merta dan tiada lagi amaran akan diberi,” katanya.

Menurutnya, anggota polis juga akan ditempatkan di tempat duduk penyokong di dalam stadium bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Selain bahan letupan, pihak polis akan menahan penyokong membawa pemetik api, payung dan botol air minuman ke dalam stadium namun mereka akan dibenarkan masuk kecuali penonton membawa bahan letup.

Penyokong amula dibenarkan masuk ke dalam stadium seawal jam 4 petang mengikut pintu masuk ditetapkan.

Penyokong Indonesia dibenarkan melalui Pintu A manakala penyokong Malaysia melalui Pintu Masuk B, C dan D.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Giat bersih Stadium Shah Alam

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 OGOS: Pengurusan Stadium Shah Alam kini sedang mengambil tindakan segera ekoran pelbagai aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan dilaporkan, di situ.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, antara aduan yang kerap diajukan adalah tempat duduk penonton dan sistem aliran tandas.

“Ekoran beberapa aduan, pengurusan mengambil tindakan segera membabitkan pembersihan kerusi tempat duduk penonton dan sistem aliran tandas,” katanya menerusi Twitter.

Pada masa sama, Amirudin menggesa pengguna menjaga kebersihan stadium selepas menggunakannya.

Katanya, hal itu kerana proses pembersihan dilaksanakan menemui puntung rokok dan tuala wanita yang menyebabkan aliran tersumbat.

Sementara itu, penggantian bumbung bocor dan berlubang siap sepenuhnya.

Beliau berharap kerja penggantian itu membuatkan penonton selesa, pada perlawanan pertama Malaysia dan Brunei, semalam.

Categories
SUKANKINI

Baik pulih stadium Shah Alam siap 90% Ogos ini

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 OGOS: Kerja membaik pulih bumbung Stadium Shah Alam yang rosak, baru-baru ini dijangka siap 90 peratus menjelang 11 Ogos ini, kata Amirudin Shari.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan itu berkata, kerja pembaikan bumbung itu berjalan lancar seperti dirancang.

“Setakat ini tidak ada masalah kerana semua kemudahan sudah dinaik taraf, cuma makan sedikit masa.

“Bagaimanapun, kita sedang menunggu maklum balas dari pihak penganjur jika terdapat keperluan tambahan atau sebagainya,” katanya.

Pada masa sama, Amirudin berkata, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dijangka akan melawat stadium berkenana, pada 11 Ogos ini.

Terdahulu, Kerajaan Negeri membaik pulih bumbung Stadium Shah Alam bagi memastikan ia dapat digunakan dengan selamat untuk perlawanan bola sepak Liga Malaysia dan temasya Sukan Sea 2017, Ogos ini.

IMG_20170714_164558Kerajaan Negeri menyegerakannya termasuk mengkaji kos bagi memastikan segala proses berjalan lancar.

Bahagian bumbung stadium itu mendapat perhatian ramai apabila terdapat objek terjatuh akibat hujan lebat ketika perlawanan persahabatan Malaysia B-22 menentang Myanmar B-22, pada Julai lalu.

Insiden itu bagaimanapun menyebabkan perlawanan dihentikan beberapa minit.

Amirudin sebelum ini turut memaklumkan, Kerajaan Negeri merancang pengurusan stadium itu diambil alih pengurusan lebih profesional bagi jangka masa panjang tetapi perlu dikaji semula supaya bertepatan dengan ‘value for money’ dan pelan pembangunan sekitar kawasannya.

Katanya, pengurusan stadium juga sedang mengkaji keadaan padang bagi memastikan ia dapat digunakan dengan selamat terutama untuk Sukan Sea nanti.

Categories
SELANGOR

Selangor sambut huluran tangan KBS baik pulih stadium

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 JULAI: Kerajaan Negeri menyambut baik huluran tangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membantu menyelenggara kerosakan di Stadium Shah Alam.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang masalah menjalin kerjasama pentadbiran dengan Kerajaan Persekutuan demi manfaat rakyat.

Katanya, ia termasuk kerjasama Kerajaan Negeri dengan mana-mana persatuan, jika kena dengan caranya.

“Soalnya, semua pihak perlu hormati tugas dan peranan masing-masing kerana akhirnya kita menjawab kepada tanggungjawab, amanah serta pengundi.

“Memang kita sentiasa terbuka soal rundingan. Siapa yang faham, fahamlah,” katanya menerusi status terkini di laman Facebook rasminya.

Pada 14 Julai lalu, Amirudin menyarankan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengemukakan permohonan rasmi kepada Kerajaan Negeri bagi mendapatkan bantuan dana RM3 juta.

YB AMIR“Perkara diutarakan itu hanya boleh dipertimbangkan jika FAS menggunakan saluran betul seterusnya berbincang lebih lanjut berkenaannya.

“Permohonan seperti ini belum boleh kita pertimbangkan, kalau nak memohon, kena buat betul-betul lah, bukan permohonan menerusi media,” katanya.

Terdahulu, Amirudin mempelawa KBS selaku penganjur utama Sukan Sea untuk bersama membantu usaha membaik pulih Stadium Shah Alam, jika mempunyai peruntukan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kemudian memberi respon menerusi Twitter:

“YB, KSU (Ketua Setiausaha) KBS sudah melawat SSA. Esok saya harap kedua pihak boleh berbincang skop dan lain-lain untuk segerakan kerja penambahbaikan,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kerja baik pulih bumbung stadium Shah Alam dilaksana segera

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 14 JUL: Proses membaik pulih bumbung Stadium Shah Alam dilaksanakan segera bagi memastikan ia dapat digunakan dengan selamat bagi perlawanan bola sepak Liga Malaysia termasuk temasya Sukan Sea 2017, Ogos ini.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri menyegerakannya termasuk mengkaji kos bagi memastikan segala proses mengenainya berjalan lancar.

Beliau berkata, perbincangan juga dijalankan bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pengurusan Stadium Shah Alam berhubung perkara itu.

“Isu penting dibincangkan hari ini juga semalam ialah berkaitan bumbung, dengan usia stadium ini melebihi 20 tahun maka saya kira memang sewajarnya ia diubah.

IMG_20170714_164558“Kita tidak memandang mudah perkara ini dan akan segera melihat jumlah kos di mana dijangkakan sekitar RM500,000 ke RM600,000,” katanya kepada media selepas meninjau keadaan bumbung dan padang di Stadium Shah Alam di sini, hari ini.

Bahagian bumbung stadium itu mendapat perhatian ramai apabila terdapat objek terjatuh akibat hujan lebat ketika perlawanan persahabatan Malaysia B-22 menentang Myanmar B-22, semalam.

Insiden itu bagaimanapun menyebabkan perlawanan dihentikan beberapa minit.

Amirudin menjelaskan, kerja bagi baik pulih dijalankan dengan segera dan dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga minggu untuk siap.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak menggangu perlawanan bola sepak diadakan di sini seperti Liga Malaysia termasuk juga bagi temasya Sukan Sea 2017 bagi acara bola sepak membabitkan pasukan negara.

Tambahnya, kos dinyatakan itu adalah bagi anggaran sekitar 1,000 keping bagi menutup bumbung berlubang.

IMG_20170714_164335“Stadium ini juga telah melalui proses naik taraf sistem pemasangan lampu dan ia kini dianggap antara terbaik di negara ini.

“Kita berharap Kementerian Belia dan Sukan selaku penganjur utama Sukan Sea sekiranya mempunyai peruntukan, boleh turut sama membantu dalam perkara ini dan ia dialu-alukan.

“Kita tidak menerima sebarang bantuan sebelum ini walaupun terdapat permohonan dibuat pengurusan stadium,” katanya.

Amirudin selanjutnya berkata, Kerajaan Negeri merancang pengurusan stadium itu diambilalih pihak pengurusan lebih profesional daripada MBSA bagi jangka masa panjang tetapi ia mesti dikaji semula supaya betul-betul bertepatan dengan ‘value for money’ dan pelan pembangunan sekitar kawasannya.

Katanya, pengurusan stadium juga sedang mengkaji keadaan padang bagi memastikan ia dapat digunakan dengan selamat terutama untuk Sukan Sea nanti.

Categories
SUKANKINI

Kualiti lampu limpah Stadium Shah Alam memuaskan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 4 MEI: Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) berpuas hati dengan kualiti pencahayaan lampu limpah Stadium Shah Alam yang menjadi lokasi tuan rumah pasukan PKNS FC selepas membuat penilaian, semalam.

Perkara itu dikongsikan FMLLP menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial selepas melakukakan pemeriksaan bersama PKNS FC dan Stadium Shah Alam.

“Secara purata, Stadium Shah Alam mempunyai kecerahan 2800 lux dan melepasi tahap minimum 1200 lux serta layak digunakan pada sebelah malam bagi pertandingan Liga Malaysia.

“Syabas pengurusan Stadium Shah Alam amnya dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) khususnya kerana berusaha memenuhi syarat ditetapkan FMLLP,” katanya.

Sementara itu, Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid ketika dihubungi SelangorKini mengesahkan perkara terbabit dan memaklumkan pihaknya masih menunggu surat rasmi daripada FMLLP bagi membolehkan mereka beraksi, pada waktu malam.

“Pemeriksaan semalam semuanya berjalan dengan baik. Secara lisan, PKNS FC dijangka boleh menggunakan Stadium Shah Alam untuk aksi Liga Super menentang Kedah, pada 9 Mei dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 24 Mei ini,” katanya.

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Stadium Shah Alam diselenggara baik

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan dakwaan bahawa kerja penyelenggaraan dan pengurusan Stadium Shah Alam diabaikan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, MBSA sudah melaksanakan kerja membaiki bumbung sebanyak empat kali dengan kos RM78,263.40 pada 2015.

Katanya, MBSA dengan bantuan Kerajaan Negeri juga menyediakan 80 unit kamera litar tertutup (CCTV) dan menaik taraf satu unit ‘scoreboard’ dengan kos RM2.3 juta.

“Pada 2016, MBSA juga menaik taraf dan memperbaiki kemudahan dengan bantuan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM8.7 juta.

“Ia digunakan bagi membaiki bumbung, naik taraf pintu masuk, ruang menunggu VIP dan mengganti kerusi VVIP, VIP, penaja dan media.

“Pada masa sama, MBSA juga sedang menaik taraf lux (pencahayaan) lampu limpah daripada 1200 kepada 2000 lux dan dijangka siap pada pertengahan Mac nanti,” katanya kepada SelangorKini.

Shahrin berkata, MBSA sentiasa berusaha menambah baik fasiliti Stadium Shah Alam agar berkeupayaaan menjadi tuan rumah kepada kejohanan bola sepak di peringkat antarabangsa.

“MBSA tidak pernah gagal melaksanakan kerja penyelenggaraan stadium kebanggaan Selangor itu, sejak mengambil alih pengurusan pada 2003.

“Ia diuruskan Seksyen Pengurusan Stadium dengan pejabatnya terletak di Stadium Shah Alam sendiri,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Stadium Shah Alam jadi gelanggang PKNS

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 2 JUL: Selepas lebih sebulan berehat, PKNS F.C memulakan sambungan Liga Perdana dan perlawanan Piala Malaysia 2016 yang berlangsung dengan menjadikan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang ketika bermain sebagai tuan rumah.

Pengurus pasukan PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abd Rashid, berkata perkara itu disahkan selepas mendapat kelulusan semua pihak bertanggungjawab.

PKNS-FC3-e1464660261546“Sebelum ini kami bermain di Melaka sebagai stadium tuan rumah tetapi dengan menjadikan Stadium Shah Alam ini lebih dekat dan mudah untuk semua pihak termasuk penyokong kami.

“Diharap dengan pertukaran stadium ini membolehkan penyokong PKNS FC datang menyaksikan dan memberikan sokongan kepada pemain kami,” kata Mahfizul Rusydin ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Jelasnya, PKNS turut mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Kedah pada hari Ahad, jam 10.00 malam di Stadium Shah Alam.

“Semua penyokong dijemput datang menyaksikan perlawanan persahabatan menentang Kedah.

“Tiada bayaran tiket dikenakan pada perlawanan itu nanti,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Ruang media Stadium Shah Alam penuh najis burung

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 MEI: Ruang petugas media yang kurang selesa dan dipenuhi najis burung sedikit sebanyak menjejaskan suasana kerja di Stadium Shah Alam.

ssaBerdasarkan pemerhatian SelangorKini, keadaan kurang selesa itu turut menyaksikan beberapa kemudahan asas seperti bangku dan plug elektrik tidak diselenggara dengan baik.

Beberapa keping foto itu turut dikongsi beberapa laman Facebook dan mendapat kritikan petugas media.

Wartawan sukan, Vijhay Vick memuat naik gambar ruang petugas media di laman Twitter dengan kapsyen ‘Ni tempat media ke sarang burung? VIP seats are brand new though’ dan dikongsi semula 65 pelayar lain.

Meskipun kualiti padang Stadium Shah Alam dilihat baik selepas dibaiki, namun keselesaan petugas media juga perlu diberikan perhatian serius.

-AA-